Vous êtes sur la page 1sur 4

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH

1.

PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan
aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya
gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan
sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi,
estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai
penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri,
penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri
yang tinggi.
Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina
keyakinan kental dalam diri.

LATAR BELAKANG
Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan
aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan
lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan
perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah
mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang
agak singkat.

MATLAMAT
Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan
dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang
mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF
1

Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik


pelajar.

Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui


persembahan.

Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

Memperkembangkan bakat pelajar.

PELAKSANAAN
1

PERINGKAT PERTANDINGAN
5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan
5.1.2 Peringkat Negeri
5.1.3 Peringkat Kebangsaan
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih
banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya
pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat
yang lebih tinggi).

PENYERTAAN
1

Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan


bantuan kerajaan.

Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga


Tahun 6.
Hanya dua orang sahaja akan mewakili sesebuah negeri
bagi pertandingan di peringkat kebangsaan iaitu seorang
mewakili bumiputra dan seorang mewakili bukan bumiputra.

LAGU

Setiap peserta mendendangkan sebuah lagu berbahasa Melayu.


Lagu yang dipilih hanyalah ciptaan komposer tempatan.

Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu


yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.

Penggunaan LCD, prop, latar belakang pentas, watak tambahan adalah


dilarang sama sekali.

MUZIK IRINGAN (Accompaniment)


1

Hanya penggunaan CD Minus One yang dibenarkan.

Peserta dikehendaki membawa CD dalam format cda (compact


disc audio) dan menyerahkan kepada petugas P.A sistem sebelum
tiba giliran masing-masing.

Setiap peserta digalakkan membawa beberapa salinan CD tersebut


sebagai backupjika berlaku masalah teknikal.

PAKAIAN
Pakaian yang bersesuaian dan sopan.

10

PERMARKAHAN
11.1

Pic

30 markah

11.2

Ton

15 markah

Tempo

15 markah

11.4

Dinamik

15 markah

11.5

Attack/Release

15 markah

11.6

Sebutan

5 markah

11.7

Ketrampilan

5 markah

TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pelajaran Malaysia

SENARAI LAGU WAJIB PERTANDINGAN KOIR


SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

PUTRA PUTRI
PERAJURIT TANAH AIR
SI BAJU HIJAU
MALAYSIA TANAH AIRKU
BERJAYA
TANAH PUSAKA
BUMI MALAYSIA
NYALAKAN TEKAD
TANAHAIRKU
GEMILANG (Jack)
DIRGAHAYU TANAH AIRKU
KERANAMU
JALUR GEMILANG
BUNGA RAYA
PERWIRAKU
BAHTERA MERDEKA
SELAMAT PERGI PAHLAWANKU
SETANGKAI MAWAR
PERMAINYA BUMI MALAYSIA
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
MALAYSIAKU GEMILANG

Bahagian Kokurikulumdan Kesenian


Kementerian Pelajaran Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi