Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

PENGENALAN

Tujuan asas rujukan ini adalah untuk menubuhkan Jawatankuasa


Kecil Pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172).

2.0

PENGENALAN

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan


Akta

172

yang

diadakan

pada

18

Januari

2008,

satu

perbincangan perlu diadakan bagi membincangkan proses dan


pelan pembangunan yang terkandung di dalam Akta 172 serta
rang peruntukan koridor-koridor pembangunan wilayah ini. Ianya
harus dikaji untuk mengetahui tentang impak peruntukanperuntukan dalam koridor pembangunan wilayah terhadap Akta
172.

3.0

LATAR BELAKANG

Koridor

ekonomi

melancarkan

di

Wilayah

Malaysia

bermula

Pembangunan

apabila

Iskandar

kerajaan

(WPI)

pada

November 2006. Seterusnya, beberapa koridor lain telah pun


dirangka dan dilancarkan sepanjang tahun 2007. Antaranya ialah
Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur. Seiringan itu, peruntukan undang-undang turut dibuat
untuk memandu rancangan pemajuan dan pembangunan untuk
koridor-koridor yang terlibat. Berikut adalah profil bagi ketiga-tiga
koridor yang terlibat, iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar
(Iskandar Regional Development), Rang Undang-Undang Pihak
Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (North Corridor Economic

1/1
1

Region) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Corridor


Economic Region).

2/1
1

a. Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Regional


Development)

Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) telah


berlangsung di Persada Johor pada 6 November 2006 yang
melibatkan Negeri Johor. Manakala agensi pelaksana WPI
ialah Khazanah Nasional. Akta Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan
Development

Iskandar
Authority

2007
Act

2007

[Iskandar
(Act

Regional

664)]

telah

diwartakan dan menjadi panduan untuk pemajuan WPI.


Menurut Tun Musa Hitam, ahli Panel Penasihat Lembaga
WPI, kepelbagaian dalam sumber pelaburan asing langsung
(FDI) ke WPI telah dikenal pasti bagi enam aspek yang
diberi keutamaan di wilayah tersebut iaitu industri inovatif,
pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perundingan,
perkhidmatan kesihatan, logistik dan pelancongan.

b. Rang

Undang-Undang

Pihak

Berkuasa

Pelaksanaan

Koridor Utara (North Corridor Economic Region)


Ia merupakan pelan induk bagi merangsang pertumbuhan
dan meningkatkan tahap pendapatan di Wilayah Ekonomi
Koridor

Utara

(NCER),

yang

mempunyai

4.29

juta

penduduk. NCER ini telah dilancarkan di Kedah pada 30


Julai 2007. Negeri-negeri yang terlibat ialah Kedah, Perak,
Perlis dan Pulau Pinang dan agensi pelaksana bagi Wilayah
Ekonomi Koridor Utara (NCER) ialah Sime Darby Berhad.

3/1
1

Menurut pelan berkenaan, Perlis akan mempunyai sebuah


depoh kontena darat, pembangunan bandar sempadan,
pusat pengeluaran benih dan program gugusan buahbuahan mengikut iklim. Perak pula akan dijadikan sebagai
pusat pembangunan modal insan manakala Pulau Pinang
akan berperanan sebagai hab logistik wilayah. Kedudukan
aset pelancongan utama seperti Langkawi dan Pulau
Pinang akan diperkukuhkan.
Inisiatif untuk membangunkan industri baru di wilayah
terbabit, seperti penanaman tanaman komersial baru dan
meningkatkan kegiatan hiliran dalam sektor pertanian akan
diambil tindakan. Secara umumnya, pelan induk turut
menggalakkan kegiatan pembuatan baru seperti industri
yang

mempunyai

kaitan

dengan

bioteknologi,

bahan

berkekalan serta minyak dan gas.


Ini

juga

bermatlamat

memanfaatkan

kemantapan

prasarana pengangkutan yang terdapat di NCER serta


kedudukan
Thailand
berkenaan

wilayah
dan

yang

Sumatera,

sebagai

perdagangan

itu

bagi

pusat

untuk

hampir

dengan

menjadikan

wilayah

pemprosesan,

Kawasan

Indonesia-Malaysia-Thailand

begitu

Segi

Tiga

(IMT-GT).

logistik

dan

Pertumbuhan

Rang

Undang-

Undang Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2007


(North Corridor Economic Region) telah didrafkan sebagai
petunjuk untuk koridor ini.

c. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Corridor Economic


Region)

4/1
1

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dirasmikan oleh


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Oktober 2007
dan

negeri-negeri

terlibat

adalah

Negeri

Kelantan,

Terengganu, Pahang dan sebahagian Mersing di Negeri


Johor.
Pelan pembangunan ECER melibatkan pelaburan bernilai
RM112 bilion dengan pelaksanaan 227 projek dalam
tempoh 12 tahun yang membabitkan sektor pengangkutan,
infrastruktur, pelancongan, pertanian serta industri minyak
dan gas. Agensi pelaksana bagi Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER) ialah Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA).
Di Kelantan, antara projek ECER yang telah menunjukkan
kemajuan ialah projek pertanian seperti Taman Herba di
Gua Musang, Pusat Inkubator untuk usahawan kecil dalam
industri

makanan

di

Kota

Bharu,

Taman

Perikanan

Berintegrasi di Tok Bali dan Taman Pemprosesan Makanan


di Pasir Mas.
Semua projek ini akan disokong dengan pelaksanaan Fasa
3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Kuala Terengganu ke
Kota Bharu dan projek mitigasi Empangan Lebir serta
menaik taraf Lapangan Terbang Kota Bharu. Di Terengganu,
projek-projek yang sedang dijalankan di bawah ECER ialah
Pusat Bandar Kuala Terengganu dan menaik taraf Lapangan
Terbang Kuala Terengganu serta Taman Plastik di Kertih
seluas 400 hektar. Di Pahang, projek- projek ECER yang
sedang dilaksanakan ialah Hab Halal Gambang dan pusat
penyelidikan penternakan lembu di Muadzam Shah serta
kompleks petrokimia juga sedang dilaksanakan di Gebeng.
Rang

Undang-Undang

Majlis

Ekonomi Pantai Timur 2007

Pembangunan

Wilayah

(East Corridor Economic

Region) telah didrafkan sebagai panduan untuk koridor ini.

5/1
1

Berdasarkan profil koridor-koridor yang diberikan, pemajuan yang


bakal atau sedang dilaksanakan akan membawa impak terhadap
situasi pembangunan negara ini.

Oleh yang demikian, satu

kajian perlu dilaksanakan untuk memahami implikasi peruntukan


perundangan-perundangan

yang

berkaitan

dengan

Koridor

Pembangunan Wilayah terhadap perancangan bandar dan desa.

3.1

Rang Undang-Undang Koridor Pembangunan Wilayah


dan Akta 172
Terdapat
Ekonomi

peruntukan
yang

secara

Rang

Undang-Undang

langsung

atau

tidak

Koridor
langsung

menyentuh peruntukan yang terdapat di dalam Akta 172.


Antaranya, terdapat peruntukan di dalam Rang UndangUndang

Koridor Ekonomi yang menyatakan bahawa draf

mesti selaras dengan pelan struktur serta

rancangan

pemajuan sosio ekonomi yang sedia ada.


Di

dalam

Akta

menerangkan

172

keahlian

pula,

peruntukan

serta

fungsi

seksyen

6A

Jawatankuasa

Perancang Wilayah. Peruntukan ini amat relevan dengan


pelaksanaan koridor ekonomi kerana antara kandungan
peruntukan Seksyen 6A ini adalah untuk menasihati serta
membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak
berkuasa tempatan mengenai rancangan pemajuan serta
pembangunan yang sesuai di wilayah terbabit selaras
dengan dasar negara.
4.0

ASAS-ASAS PERTMBANGAN

4.1

Matlamat

6/1
1

Koridor-koridor ekonomi wilayah yang baru diperkenalkan


ini

hendaklah

perubahan

dikaji

besar

kerana

terhadap

ianya

bakal

keadaan

khasnya kepada perancangan.

membawa

semasa

negara,

Oleh itu, adalah menjadi

keperluan supaya Jawatankuasa Kecil ditubuhkan untuk


mengkaji

implikasi

dan

perubahan

koridor-koridor

pembangunan wilayah ini kepada perancangan bandar dan


desa. Langkah ini wajar untuk mengkaji peruntukan pada
peringkat awal mampu mengesan sebarang kepincangan
dalam rang undang-undang yang telah disediakan.
Selain itu, mesyuarat ini perlu diadakan bagi mendapatkan
pandangan

daripada

pihak-pihak

berkaitan

terhadap

peruntukan perundangan daripada pihak-pihak berkaitan


dengan koridor pembangunan wilayah terhadap akta 172.

4.2

Objektif
Objektif penubuhan Jawatankuasa Kecil adalah:
i.

Untuk

melihat

dari

perkara/rancangan

segi

perundangan

pemajuan

perkara-

yang

telah

dilaksanakan,dan yang belum dilaksanakan;


ii.

Mengenalpasti potensi koridor pembangunan wilayah


kepada sistem perancangan negara seperti yang
dirancang oleh koridor pembangunan wilayah;

iii.

Mengenalpasti

keperluan

pindaan/gubalan/semakan

terhadap Akta 172;


iv.

Mengenalpasti

kaedah/prosedur

mengasimilasikan
dengan

peruntukan

undang-undang

yang

yang
baru

untuk
sedia

ada

sekiranya

peruntukan yang baru berbeza dari peruntukan sedia


ada; dan

7/1
1

v.

Mengenalpasti isu dan impak yang bakal berlaku pada


pembangunan perancangan bandar.

8/1
1

4.3

Skop
Sehubungan dengan objektif yang dinyatakan, peruntukan
Rang

Undang-Undang

koridor

ini

akan

dilihat/dikaji

berdasarkan:
i. agensi-agensi yang terlibat;
ii.

pentadbiran dan pengurusan;

iii.

kawasan yang terlibat/pengaruh kawasan;

iv.

penglibatan kerajaan tempatan;

v.

kewangan;

vi.

peruntukan am;

vii.

penyediaan rancangan pembangunan;

viii.

kuasa-kuasa agensi terlibat; dan

ix.

perkaitan dengan perancangan bandar dan desa.

4.4

Struktur Pengurusan
4.4.1

Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Akta


172
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kecil ini
adalah:i.

memastikan rang undang-undang yang sedia


ada adalah selaras dengan skop dan keperluan
yang ditetapkan di dalam Asas Rujukan ini;

ii.

menyelaraskan pembahagian seksyen 6A (Akta


172) dengan Akta-Akta Pembangunan Wilayah;

iii.

memberi

nasihat

dalam

hal-hal

yang

menyentuh mekanisme pentadbiran kerajaan;


iv.

menyediakan laporan kecil untuk kegunaan


Jabatan dan Kementerian;

9/1
1

v.

membahagikan

tugas-tugas

mengikut skop;

dan
vi.

mengenalpasti keahlian dalam jawatankuasa


kecil.
Keahlian Jawatankuasa Teknikal

4.4.2

Jawatankuasa kecil ini terdiri daripada:


i.

Timbalan

Ketua

Perancangan

Pengarah

Bandar

dan

II

Jabatan

Desa

sebagai

Pengerusi.
ii.

Pengarah Bahagian Perundangan, Perancangan


dan Kawal Selia sebagai Naib Pengerusi.

iii.

Ketua

Unit

Gubalan

sebagai

Setiausaha

Jawatankuasa.
iv.

Pengarah Bahagian Perancangan Wilayah.

v.

Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan desa


Negeri-negeri terlibat.

vi.

Pengurus Pejabat Projek Jabatan Perancangan


Bandar dan Desa.

vii.

Wakil

Bahagian

Perundangan

Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


4.5

Program Kerja
Program
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
Pelaksanaan Akta 172- Koridor
Pembangunan Wilayah
Asas Rujukan
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
Pelaksanaan Akta 172- Koridor
Pembangunan Wilayah
Laporan Awal
Kaji selidik dan analisis
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

10/
11

Tarikh

7 April 2008

21 April 2008

9 Mei 2008
16 Mei 2008

Pelaksanaan Akta 172- Koridor


Pembangunan Wilayah
Pelaporan Penemuan Kajian
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil
Pelaksanaan Akta 172- Koridor
Pembangunan Wilayah

26 Mei 2008

- Laporan Akhir

5.0

PENUTUP

Mesyuarat

dipohon

untuk

bersetuju

dengan

Mesyuarat

Jawatankuasa Kecil Akta 172 : Koridor Pembangunan Wilayah


diadakan.

Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal Selia


Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Mac 2008

11/
11

Vous aimerez peut-être aussi