Vous êtes sur la page 1sur 9

ATURAN-ATURAN

AKTIVITI PENERIMAAN
PINJAMAN
KOPERASI QALAM UKHUWAH
TERENGGANU BERHAD

KOPERASI QALAM UKHUWAH TERENGGANU BERHAD


ATURAN-ATURAN AKTIVITI PENERIMAAN PINJAMAN
Tajuk

1. (1)
Aturan ini adalah dinamakan Aturan-Aturan Aktiviti
Penerimaan Pinjaman Koperasi Qalam Ukhuwah Terengganu
Berhad.
(2) Peraturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9 (3)
dan dikuatkuasakan selepas persetujuan dan kelulusan mesyuarat
agung tahunan Koperasi ini.

Tafsiran

2.
Di dalam peraturan ini, melainkan ada ada sesuatu perkara
atau perkataan yang berlainan maknanya maka tafsiran berikut
adalah dipakai :Akta ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat
kepadanya dari semasa ke semasa;
aturan ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari
semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang
dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi
1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat
agung;
garis panduan ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke
semasa;
Koperasi atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Qalam Ukhuwah
Terengganu Berhad.
Lembaga ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya
pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
pengurusan berhubung dengan Koperasi ertinya seorang
pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana
anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif,
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau
perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan
berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi
1993;
Peraturan ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke
semasa;

pulangan termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen


atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar
atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi
atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2
Akta Koperasi 1993.
Suruhanjaya ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang
ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi
1993; dan
Undang-undang Kecil ertinya Undang-undang Kecil berdaftar
yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang
diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan
berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
Tujuan Dan
Objektif

3. Tujuan aktiviti penerimaan pinjaman ini ialah untuk :(1) Membiayai dan menjana keperluan kewangan sesuatu
perniagaan / projek yang dikenalpasti dan diluluskan oleh Lembaga
dan Suruhanjaya;
(2) Mengembangkan rantaian perniagaan koperasi dan menyedia
perkhidmatan kepada anggota dan yang bukan anggota.
(3)
Menceburi pelbagai cabang perniagaan / projek
pembangunan oleh Koperasi melalui wang yang dipinjamkan oleh
anggota dan yang bukan anggota dan memberi kadar pulangan atas
pembayaran balik pinjaman tersebut.

Sumber
Kewangan

4. (1) Koperasi boleh menerima pinjaman daripada:


(a)

Anggota; dan

(b)

Bukan anggota, tertakluk kelulusan bertulis Suruhanjaya


dan undang-undang kecil koperasi ini, yang terdiri
daripada
(i)

individu;

(ii)

koperasi;

(iii)

institusi kewangan;

(iv)

syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat


Malaysia, badan kebajikan, badan kerajaan dan
badan berkanun kerajaan; atau

(v)

penyedia dana asing (foreign fund provider)

(2) Koperasi boleh menerima pinjaman daripada bukan anggota


tertakluk kepada had maksimum keterhutangan koperasi ini dengan
mengambil kira pinjaman yang sedia ada.
Kegunaan
Kewangan

5. (1) Koperasi bolehlah menggunakan dana pinjaman ini untuk


menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:(a) Membeli Hartanah Bangunan / Rumah Kedai;
(b) Membeli Tapak Tanah untuk pembangunan hartanah atau
perladangan / pertanian;
(c) Membeli Saham Terbitan Umum (IPO) yang ditawarkan
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI) dan Kerajaan Malaysia.
(d) Perniagaan Francais yang diperakui oleh Persatuan
Francais Malaysia (MFA) dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
(e) Perniagaan Ar-Rahnu; dan
(f) Perniagaan / Projek lain yang diluluskan Suruhanjaya.
(2) Lembaga perlu memastikan perniagaan / projek yang hendak
dijalankan mestilah patuh syariah.

Pengurusan

6. (1) Dana pinjaman ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga.


(2) Akaun berasingan diwujudkan bagi menunjukkan sumber dan
penggunaan dana.
(3) Dana hendaklah disenggara dalam akaun yang berasingan
daripada aktiviti lain.
(4) Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan
(a)

(b)

dasar dan piawaian penerimaan pinjaman adalah:


(i)

sepadan dengan aktiviti sepertimana termaktub


dalam undang-undang kecil; dan

(ii)

bersesuaian
dengan
kekukuhan
modal,
kepakaran pengurusan dan risiko koperasi;

aktiviti penerimaan pinjaman adalah bersesuaian


dengan objektif aktiviti perniagaan dan halatuju

koperasi;
(c)

aturan-aturan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa


dan dipinda sekiranya perlu;

(d)

koperasi dalam setiap masa mengamalkan tadbir urus


yang baik;

(e)

pengurusan
koperasi
yang
dipertanggungjawab
mempunyai keupayaan untuk mengurus aktiviti
penerimaan pinjaman;

(f)

proses pengurusan risiko dalam aktiviti penerimaan


pinjaman adalah mencukupi dan berfungsi;

(g)

suatu sistem penyeliaan yang teratur diwujudkan dalam


hal pengurusan dana pinjaman oleh koperasi; dan

(h)

pengurusan likuiditi iaitu pengurusan keperluan mudah


tunai minimum dan aset-liabiliti disenggara dengan
cekap dan berkesan;

(5) Lembaga hendaklah memantau prestasi aktiviti penerimaan


pinjaman melalui laporan berkala. Sekurang-kurangnya pada setiap
suku tahun, Lembaga diberi taklimat oleh pengurusan mengenai
keseluruhan aktiviti dan dana pinjaman. Lembaga hendaklah
mengkaji dan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
(a)

prestasi dana pinjaman;

(b)

kadar faedah atau pulangan atas bayaran balik


pinjaman;

(c)

pengurusan aset dan liabiliti koperasi dan kesannya


terhadap kewangan koperasi; dan

(d)

kawalan dalaman yang berkesan.

(6)
Kakitangan pengurusan bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar aktiviti penerimaan pinjaman sebagaimana
diluluskan oleh Lembaga dan bertanggungjawab menyediakan
prosedur-prosedur yang perlu untuk dilaksanakan.
(7)
Tanggungjawab
mewujudkan
(a)

kakitangan

pengurusan

termasuk

saluran komunikasi yang teratur dan jelas mengenai


dasar aktiviti penerimaan pinjaman untuk dipatuhi oleh
pegawai yang terlibat;

Syarat-Syarat
Bagi Aktiviti
Penerimaan
Pinjaman

(b)

prosedur operasi yang mencukupi dan berkesan serta


kawalan dalaman untuk mengenalpasti, mengukur dan
mengawal risiko aktiviti penerimaan pinjaman dalam
usaha melaksanakan dasar dan piawaian yang telah
ditetapkan oleh Lembaga;

(c)

sistem pengurusan maklumat yang mencukupi dan


berkesan untuk memastikan laporan prestasi dana
pinjaman boleh disediakan dengan cepat, tepat dan
berinformasi;

(d)

modal insan yang kompeten dan mencukupi di samping


wujudnya penilaian prestasi yang berkaitan aktiviti
penerimaan pinjaman;

(e)

melaporkan kepada Lembaga koperasi


semua aspek dana pinjaman; dan

(f)

memaklumkan pendedahan risiko dan kualiti aktiviti


penerimaan pinjaman.

mengenai

7. (1) Sekiranya koperasi perlu meminjam bagi tujuan untuk


mengembang perniagaan dan menyedia perkhidmatan kepada
anggota, koperasi hendaklah memastikan satu perjanjian dimeterai
dan bayaran balik dengan atau tanpa kadar pulangan untuk suatu
jangka masa.
(2) Perjanjian pinjaman tersebut hendaklah dipersetujui oleh
koperasi dan pemberi pinjaman. Perjanjian mengandungi sekurangkurangnya maklumat-maklumat berikut:
(a)

jenis dan amaun pinjaman;

(b)

tujuan pinjaman;

(c)

kadar pulangan, kadar pulangan ingkar (default interest


rate), caj penalti dan caj-caj lain;

(d)

tempoh bayaran balik pinjaman;

(e)

kaedah bayaran balik pinjaman; dan

(f)

kewajipan koperasi dan pemberi pinjaman serta hak-hak


dan bentuk tindakan setiap pihak sekiranya berlaku
pelanggaran syarat perjanjian, termasuk:
(i)

tindakan ke atas kontrak pinjaman tidak dipatuhi;


dan

(ii)
Kawalan Had
Pinjaman

tindakan bagi penyelesaian pinjaman sebelum


tempoh matang.

8. (1) Pinjaman oleh koperasi daripada anggota atau bukan anggota


hendaklah tertakluk kepada had pinjaman berikut:
Pemberi Pinjam
Bagi setiap anggota
Bagi setiap bukan
anggota

Had Pinjaman
Tidak melebihi 20% daripada jumlah
Kumpulan Wang Anggota
Tertakluk
kepada
kelulusan
Suruhanjaya

(2)
Jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada had
keterhutangan koperasi yang telah diluluskan dalam mesyuarat
agung. Asas penentuan had keterhutangan koperasi adalah seperti
berikut:
Nisbah Kecukupan
Modal (NKM)
Lebih daripada 8%
Lebih daripada 10%
Lebih daripada 12%

Had Keterhutangan Koperasi


Tidak melebihi 5% jumlah aset
Tidak melebihi 10% jumlah aset
Tidak melebihi 15% jumlah aset

(3) Walau apapun para (1) dan (2), had pinjaman dan
keterhutangan berkenaan tidak tertakluk kepada apa-apa pinjaman
yang diberikan oleh Kerajaan atau koperasi lain.
Jawatankuasa
Audit Dalam

9.
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) hendaklah memastikan
wujudnya kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur aktiviti
penerimaan pinjaman. Di samping itu, JAD perlu memastikan
infrastruktur berkenaan adalah mencukupi, dipatuhi dan berfungsi.

Pengurusan
Risiko

10.(1) Lembaga melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko,


bertanggungjawab mengamalkan teknik pengurusan risiko yang
berkesan dengan mewujudkan:
a.

rangka kerja dan tatacara yang mencukupi bagi


mengenalpasti, memantau dan mengawal risiko;

b.

prosedur aktiviti penerimaan pinjaman yang mencukupi


dan berkesan; dan

c.

proses kawalan dalaman untuk menilai, mengukur,


mengawal, memantau dan melaporkan segala jenis
risiko.

(2) Dasar dan prosedur pengurusan risiko hendaklah diluluskan

oleh Lembaga koperasi dan didokumenkan.


Audit

11.
Akaun Dana Pinjaman ini hendaklah diaudit bersekali dengan
lain-lain akaun Koperasi setahun sekali.

Makluman
Kepada
Mesyuarat
Agung

12.
Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat
Agung, laporan mengenai aktiviti penerimaan pinjaman ini serta
membuat cadangan-cadangan penambahbaikan, jika ada bagi
memajukannya.

Pematuhan
UndangUndang
Bertulis Lain

13. (1) Lembaga hendaklah pada setiap masa memastikan aktivitinya


tidak bercanggah dengan undang-undang bertulis lain di antaranya
seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti Money Laundering
And Anti Terrorist Financing Act 2001) supaya integriti dan reputasi
Koperasi terpelihara.
(2) Oleh itu, Lembaga bertanggungjawab mewujudkan kawalankawalan yang mencukupi terutamanya pelaksanaan usaha wajar
(due diligence) serta kaedah mengenali pelanggan (know your
customer) bagi mengelak daripada digunakan sebagai konduit bagi
aktiviti tersebut.

Pelaporan

14.
Menurut perenggan 14(1)(c) Akta, pengurusan dikehendaki
mengemukakan laporan berhubung dengan aktiviti penerimaan
pinjaman mengikut format yang disediakan oleh Suruhanjaya pada
tiap-tiap setengah tahun.

Pertikaian

15.
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran
aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka
pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya.

Aturan - aturan ini telah dibentang, dibincang dan dipersetujui diterima oleh anggotaanggota dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada _________ haribulan __________
tahun ______________

(Nama :

)
Pengerusi

(Nama :

)
Setiausaha

(Nama :

)
Bendahari

Vous aimerez peut-être aussi