Vous êtes sur la page 1sur 28

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

SAINS KOGNITIF
TUGASAN SEMESTER
SEPTEMBER 2014
KOD KURSUS
NAMA KURSUS
PERINGKAT

: MPU 3312
: ETIKA PERBANDINGAN
: SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

: ASLINDA KARMILA

NO. MATRIKULASI

: E30409130087

FASILITATOR
AKADEMIK

: PN. RUSILAWATI

PUSAT
PEMBELAJARAN

: KOLEJ INSANIAH, ALOR SETAR

ISI KANDUNGAN

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Bil.

Isi Kandungan

muka surat

1.
2.
3.
4.

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4

2 hingga 9
10 hingga 14
15 hingga 20
21 hingga 27

SOALAN 1

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN PERUBATAN, PERNIAGAAN DAN


PERDAGANGAN
1.0

PENGENALAN

Islam adalah cara hidup yang menyeluruh, dan akhlak (moral) adalah salah satu batu asas
penting dalam Islam. Akhlak adalah salah satu sumber asas kekuatan sesebuah negara Islam,
sama seperti tidak bermoral adalah salah satu punca utama kemusnahan negara. Islam telah
menetapkan beberapa hak-hak asasi sejagat untuk umat manusia secara menyeluruh, yang
mana ianya perlu dijaga dalam semua keadaan. Untuk menegakkan hak-hak ini, Islam telah
menyediakan bukan sahaja perlindungan undang-undang, tetapi juga sistem moral yang amat
berkesan. Oleh itu, apa sahaja yang membawa kepada kebajikan individu atau masyarakat
dan tidak menentang mana-mana kaedah-kaedah agama itu adalah dari segi moralnya baik
dalam Islam, dan apa yang berbahaya dari segi moral adalah buruk.
Ciri-ciri yang paling asas seorang muslim adalah takwa dan merendah diri. Islam mesti
merendah diri terhadap orang lain sebagaimana terhadap Allah SWT:

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri"
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
Akhlak dalam Islam wujud pada setiap aspek kehidupan seorang Muslim, dari memberi
salam kepada hubungan antarabangsa. Ia bersifat universal dalam skop dan dalam
aplikasinya. Akhlak itu adalah penghalang nafsu mementingkan diri sendiri, kesia-siaan dan
2

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

tabiat buruk. Seorang Muslim itu bukan sahaja perlu menjadi mulia, tetapi mereka juga perlu
menyuruh berbuat kebaikan.

2.0

HUBUNGAN ETIKA ISLAM

2.1

Hubungan Etika Islam Terhadap Sains Dan Perubatan

Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain,
sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad s.a.w.
Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi,
yang merupakan bapa Kimia Arab,

dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk

membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh
kehidupan. Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza
antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk
menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan
mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. pendekatan kedua ialah
pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan
kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia. Etika
merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari
aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya .dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang
ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara
untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sanis
dan teknologi. Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala
perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman.
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan
sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan
keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya.
Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari
segi kuasa intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula
dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip melakukan
sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar. Dengan itu persoalan krisis etika dalam
pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi
manfaat yang menyeluruh. Maqasid Syariah merupakan satu teori yang dapat membantu
3

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

seseorang perawat mengetahui hukum halal haram sesuatu tindakan perubatan terhadap
pesakitnya dan demi mencapai redha Allah. Imam Ghazali antara yang terawal membahaskan
teori ini yang menyatakan bahawa tujuan hukum syariah adalah penting untuk memelihara 5
perkara asas yang penting:

Agama / Ad-din

Nyawa

Keturunan

Akal / Intelek

Harta

1. Memelihara Agama.
Rawatan perubatan menyumbang secara langsung kepada tujuan penciptaan manusia
iaitu ibadah kepada Allah. Badan yang lemah / sakit tentunya menyukarkan
penyempurnaan ibadah. Ibadah mesti diteruskan walaupun dalam keadaan sakit selagi
fikiran waras.
2. Memelihara nyawa.
Tujuan utama perubatan ialah memelihara nyawa. Perubatan tidak dapat menunda
kematian ataupun menghalang kematian kerana hal itu adalah di dalam kekuasaan
Allah swt. Ia hanya berperanan untuk meningkatkan kualiti hidup sebelum tibanya
ajal. Kemajuan perubatan menyumbang kepada kesejahteraan hidup dengan
memastikan fungsi fisiologikal terpelihara. Ilmu perubatan bermanfaat di dalam
pencegahan, perawatan dan juga pemulihan kesihatan manusia.
3. Memelihara Keturunan.
Kemajuan perubatan menyumbang kepada kelangsungan kehidupan manusia.
Penjagaan kesihatan kanak-kanak sangat penting demi memastikan mereka membesar
menjadi manusia dewasa yang sihat. Rawatan kesuburan bermanfaat telah berjaya
memberikan anak kepada pasangan yang mandul. Penjagaan rawatan ante-natal, intra
partum care dan post-partum memastikan kesihatan ibu berada tahap yang optimum.
4. Memelihara Akal.

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Kemajuan ilmu perubatan mampu berperanan memelihara akal. Penyembuhan


penyakit fizikal menghilangkan tekanan yang mengganggu fikiran. Rawatan
penagihan alkohol dan arak mampu mencegah dan mengembalikan tahap kecerdasan
minda.
5. Memelihara Harta.
Kekayaan sesebuah masyarakat itu berkait rapat dengan daya produktiviti warganya
yang sihat. Program pencegahan penyakit seperti immunisasi, promosi gaya hidup
sihat dan rawatan penyakit adalah usaha penting untuk meningkatkan tahap kesihatan
masyarakat. Walaubagaimanapun, rawatan terhadap pesakit kritikal memerlukan
biaya yang tinggi. Ini boleh menimbulkan isu etika kerana dana untuk rawatan
mungkin lebih bermanfaat untuk digunakan pada pesakit lain yang menghidap
penyakit yang boleh disembuhkan.
Perubatan Islam semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat dewasa ini. Isu ini
bukanlah sesuatu yang baru malah telah menjadi bualan dari kedai-kedai kopi hingga ke
media massa dan elektronik dalam usaha mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
Masyarakat kini mula beralih dari perawatan alternatif berbanding perawatan moden yang
memerlukan kos yang tinggi selain jenis penyakit yang lebih bersifat spiritual dan sukar
dikesan melalui perubatan moden. Sebagai muslim, kita wajib meyakini bahawa segala
perkara telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah SWT. Namun begitu, berikhtiar dengan
pelbagai cara untuk merawat penyakit adalah amat digalakkan oleh agama. Perubatan Islam
menitikberatkan dalam prinsip penggunaan bahan-bahan, cara, kaedah, bacaan, yang
diaplikasi di dalam rawatan selari dengan ajaran Islam. Istilah perubatan Islam itu sendiri
memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadith itu sendiri. Selain itu, soal
akhlak dan etika yang harus ditekankan oleh pengamal perubatan Islam semasa memberi
rawatan. Contohnya, pengamal ini tidak dibenarkan untuk mendedahkan pihak tertentu
sebagai orang yang melakukan sihir terhadap pesakit. Mereka juga mesti menjaga batas aurat
dan pandangan mata jika pesakit berlainan jantina. Selain itu, para perawat hendaklah
merahsiakan segala aib yang terjadi semasa perawatan daripada pengetahuan orang lain.
Perawat perubatan Islam adalah tidak wajar mengambil kesempatan untuk mengenakan
bayaran yang tinggi atau tidak munasabah setelah selesai sesi perawatan.
2.2

Hubungan Etika Islam Terhadap Perniagaan dan Perdagangan

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan
perkhidmatan. Syed Sabiq, pula mendefinisikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila
perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan penjual
dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak. Islam memang menghalalkan
usaha perdagangan, perniagaan dan atau jual beli. Namun tentu saja untuk orang yang
menjalankan usaha perdagangan secara Islam, dituntut menggunakan tata cara khusus, ada
aturan mainnya yang mengatur bagaimana seharusnya seorang Muslim berusaha di bidang
perdagangan agar mendapatkan berkah dan redha Allah SWT di dunia dan akhirat.
Aturan perdagangan dalam Islam, menjelaskan berbagai etika yang harus dilakukan oleh para
pedagang Muslim dalam melaksanakan jual beli. Dan diharapkan dengan menggunakan dan
mematuhi etika perdagangan Islam tersebut, suatu usaha perdagangan dan seorang Muslim
akan maju dan berkembang pesat lantaran selalu mendapat berkah Allah SWT di dunia dan di
akhirat. Etika perdagangan Islam menjamin, baik pedagang maupun pembeli, masing-masing
akan saling mendapat keuntungan.
Seorang pedagang wajib berlaku jujur dalam melakukan usaha jual beli. Jujur dalam erti yang
luas. Tidak berbohong, tidak menipu, tidak mengada-ngadakan fakta, tidak bekhianat, serta
tidak pernah ingkar janji dan lain sebagainya. Mengapa harus jujur? Karena berbagai
tindakan tidak jujur selain merupakan perbuatan yang jelas-jelas berdosa, jika biasa
dilakukan dalam berdagang juga akan mewarnai dan memberi pengaruh negatif kepada
kehidupan peribadi dan keluarga pedagang itu sendiri. Bahkan lebih jauh lagi, sikap dan
tindakan yang seperti itu akan mewarnai dan mempengaruhi kehidupan bermasyarakat.
Dalam Al Quran, keharusan bersikap jujur dalam berdagang, berniaga dan atau jual beli,
sudah diterangkan dengan sangat jelas dan tegas yang antara lain kejujuran tersebu di
beberapa ayat dihubungkan dengan pelaksanaan timbangan, sebagaimana firman Allah
SWT:






"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk
mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus
hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil".Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya 6

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

"dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka
hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan
perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian
itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)"(Q.S Al Anaam: 152)
2.3

Hubungan Etika Islam Terhadap Perhubungan antara Individu dan Masyarakat

Islam telah menggariskan beberapa adab etika di dalam kehidupan harian yang di antara lain
berusaha untuk memartabatkan agama yang diakui oleh Allah SWT sebagai contoh Islam
telah menggariskan etika tentang perhubungan antara individu mahupun masyarakat yang
pada dasarnya adalah bertujuan melahirkan keamanan, ketenteraman dan merapatkan
hubungan silaturrahim di antara jiran. Umat Islam dilarang menyakiti hati atau mengkhianati
jiran tetangga.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 27-28 yang bermaksud :
'wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang
bukan rumah kamu sehingga kamu terlebih dahulu meminta izinnya dan memberi salam
kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat
(mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu), maka sekiranya kamu tidak mendapati
sesiapa yang berhak memberi kebenaran maka janganlah kamu masuk ke dalam rumah itu
sehingga kamu diberi keizinannya dan jika dikatakan kepada kamu, pulanglah maka
hendaklah kamu berundur balik, cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan
ingatlah Allah amat mengetahui apa yang kamu lakukan'
Daripada maksud ayat di atas dapatlah difahami bahawa Allah telah menggariskan adab dan
peraturan untuk berziarah atau bertamu supaya perkara yang tidak diingini berlaku terutama
sekali semasa ketiadaan ketua rumah yang berhak memberikan keizinannya. Ini adalah
kerana Islam berkehendakkan masyarakatnya dalam keadaan harmoni dan kesentosaan hidup
yang akhirnya melahirkan kehalusan budi pekerti umat Islam serta ketinggian maruah
mereka.
Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik dan unggul dalam menghormati dan
menunaikan hak-hak jiran. Baginda menetapkan beberapa peraturan tertentu sebagai aturan
Islam dalam urusan berjiran, bersahabat, bermasyarakat dan bernegara. Namun ada yang
tidak menghormati dan memusuhi jiran, kita lupa dengan pesanan Allah yang terkandung
dalam surah An-Nur ayat 27-30 yang di antara intisarinya ialah:
7

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Meminta izin dan memberi salam.

Mematuhi arahan tuan rumah.

Menjaga pandangan mata daripada melihat benda-benda haram dan memelihara


kehormatan jiran.

3.0

RUJUKAN
1

Ismail Nor. 2000. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.-Pengurusan Altruistik: model


ikutan sepanjang masa. Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan pengurusan
Semasa. Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Watt. Muhammad at Medina and R. B. Serjeant "The Constitution of Medina."


Islamic Quarterly 8 (1964) p.4.

Maqasid As-Syariah & Qawaid As-Syariah dalam Amalan Perubatan / Kejururawatan,


Dr Hj Ariff Bin Osman, International Islamic University Malaysia, Pahang.

Surah Luqman, ayat 18-19.

Surah Al-Anaam, ayat 152.

Surah An-Nur ayat 27-28

SOALAN 2
ETIKA DALAM KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN SERTA FUNGSINYA
TERHADAP KEAMANAN
1.0

PENGENALAN

Jika kita percaya bahawa kehidupan sosial adalah sifat semula jadi semua manusia, maka kita
perlu menerima bahawa manusia makhluk kadang-kadang terpaksa hidup dengan orang lain
yang berbeza daripada mereka dalam idea-idea mereka, sikap, kepercayaan dan prinsip teori
dan keagamaan. Menurut kamus dewan konsep masyarakat membawa maksud kumpulan
manusia yang menetap bersamasama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara
tertentu .Masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.Oleh itu gabungan
kedua-dua istilah Masyarakat majmuk yang membawa maksud mayarakat yang mengandungi
9

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

beberapa kumpulan etnik yang hidup bersama-sama dan bercampur gaul, tinggal dalam satu
unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai
budaya yang tersendiri.
Apa-apa fenomena pun boleh dilihat dari sudut kebaikan mahupun keburukan dan sebagai
objektif kepada realiti. Apabila membincangkan tentang hidup berdampingan secara damai,
kepelbagaian agama dan persepsi adalah merupakan realiti objektif. Baik Islam, Kristian,
Hindu, Buddha mahupun yang lain-lain, semua mengajar manusia untuk hidup dalam
perdamaian. Cuma Islam sahaja merupakan satu-satunya agama samawi yang menggariskan
panduan cara serta kaedah bagaimana untuk hidup secara perdamaian, walaupun kini ia telah
dipermain-mainkan oleh Barat sebagai Agama Terrorist. Malangnya pemimpin Islam juga
lebih rela mensekularkan negaranya dari dilabel sebagai negara terrorist.
Pergaulan dan perhubungan dalam pelbagai keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan
pegangan ini merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas
untuk memelihara hubungan tersebut demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Nilainilai agama yang dianuti oleh setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat
bagi mewujudkan kesederhanaan, toleransi, kesefahaman, hormat-menghormati, kesabaran,
keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai itu tercetus dari akar tradisi setiap bangsa dan semua
kaum yang mampu mewujudkan kekuatan perpaduan masyarakat. Setiap sentimen agama
perlu dikawal agar tidak merosakkan hubungan yang sekian lama dijalin. Isu-isu agama yang
pernah wujud boleh mempengaruhi kestabilan dan perpaduan sesebuah negara dan
mengancam keamanan negara itu jika tidak dibendung secara matang dengan fikiran yang
waras.
2.0

ETIKA DAN AGAMA; PEMACU MASYARAKAT MAJMUK

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi
sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor
agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam
kehidupan masyarakat.
Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun
India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam. Kesemua tamadun ini bergerak
dan membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Ia bukan sahaja

10

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah
membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka.
Dalam sejarah manusia, Tuhan telah menurunkan berbagai agama, di antaranya tiga agama
serumpun yang dibawah oleh keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abraham) Bapa Bani Israel dan
Arab iaitu Yahudi, Kristian (Katholik dan Protestan), dan Islam. Ketiga agama tersebut masih
wujud dan merupakan agama terbesar di dunia sekarang, Dua agama besar yang lain, iaitu
Hindu dan Buddha diklasifikasikan oleh para ahli sejarah agama sebagai agama budaya
(ciptaan) atau agama wadi iaitu bukan melalui wahyu.
Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi
sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh
dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang
manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu
mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang
ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan
kemanusiaan, dan kemesraan. Nabi Muhammad saw juga pernah menyeru kepada perpaduan
tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun agama, serta kalau boleh semua disatukan
sebagai 'Satu Ummah'. Malahan sesama Islam pun, tanpa mengira bangsa. Baginda telah
memberi larangan keras terhadap perpecahan; Daripada Abu Hurairah r.a., daripada
Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang tidak mematuhi iman dan memencilkan diri dari
jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyyah, dan sesiapa yang berperang di
bawah bendera ( panji ) buta dan marah ( bermusuhan ) kerana asobiyyah dan menyeru
kepadanya atau membantu kerananya ( asobiyyah ) maka kematiannya adalah mati
jahiliyyah, dan sesiapa yang keluar dari umatku, membunuh orang-orang yang baik dan
orang-orang jahat tanpa memperdulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa
mengendahkan janji yang telah dibuat, maka orang itu juga bukan dari golonganku dan aku
bukan dari golongannya'-Riwayat Muslim, nasaie dan Ibnu Majah (Lafaz oleh Muslim).
Kepelbagaian agama dan juga etnik, menyebabkan susunan masyarakat dunia, termasuk
majmuk, menjadi plural dan majmuk. Keadaan demikian, seringkali menimbulkan
ketegangan antara umat beragama dan antara etnik. Konflik abadi antara Israel dengan
Arab (umat Yahudi dengan Muslim dan Kristiani) di Palestin, permusuhan antara puak
Katholik dan puak Protestan di Ireland Utara, ketegangan antara umat Hindu dan Muslim di
India yang seakan-akan tidak mungkin reda, dan rentetan daripada konflik-konflik itu
11

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

memberi tanggapan seolah-olah agama merupakan salah satu faktor terjadinya konflik itu.
Jika keadaan demikian dibiarkan, maka pada akhirnya agama akan mengalami stigmatisasi
dalam masyarakat global. Agama tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam
kehidupan bermasyarakat. Masyarakat akan kembali menganggap bahwa agama itu tidak
hanya sebagai the opium for the people tetapi lebih dari itu sebagai homo homoni lupus bagi
sesama umat beragama.
Sudah tentu pandangan negatif terhadap agama seperti itu tidak benar. Tetapi realiti sosial
seperti digambarkan di atas, menunjukkan adanya perbezaan antara doktrin agama dengan
sikap dan perilaku umatnya serta terdapat kekeliruan dalam memahami beberapa prinsip asas
agama. Prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kehidupan
bermasyarakat, pada hakikatnya sama pada semua agama. Dengan demikian, perbezaan
antara satu agama dengan agama lainnya bukan merupakan faktor penghalang dalam
kehidupan bermasyarakat.
Pada era globalisasi seperti sekarang ini terdapat peluang untuk terbentuknya masyarakat
pluralistik terutama dari segi agama dan etnik. Meskipun migrasi penduduk secara besarbesaran telah terhenti sejak beberapa abad yang lalu, tetapi pada masa keterbukaan dan
informasi serta komunikasi yang maju seperti sekarang ini, memungkinkan terjadinya
mobilisasi penduduk dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pelbagai alasan. Setelah
Perang Dunia II, sebahagian orang Asia dan Afrika berpindah ke Amerika dan Eropah dan
membentuk komuniti minoriti dengan etnik dan agama yang berbeza dengan masyarakat
setempat. Proses pembentukan masyarakat pluralistik dan majmuk seperti ini akan terus
berlangsung pada era globalisasi, sehinggakan batas-batas wilayah atau negara tidak mampu
lagi mencegah terjadinya perpindahan penduduk dan menyebabkan munculnya masyarakat
majmuk dipelbagai kawasan dunia ini. Bahkan masyarakat majmuk akan menjadi pertanda
utama dari suatu masyarakat yang telah maju.
3.0

KESIMPULAN

Secara amnya peranan agama dalam masyarakat ialah membantu dalam menyembuhkan
seseorang individu,apabila individu telah sembuh daripada penyakit-penyakit sosial,maka
keluarganya pula akan sembuh dan seterusnya masyarakat pula akan sembuh. Kebanyakan
penyakit-penyakit dan gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan
mematuhi kod moral dalam dalam agama seperti Rukun Iman dalam Islam dan Ten
Commanments dalam ajaran Kristian mahupun Yahudi. Kehidupan satu-satu masyarakat itu
12

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

akan berkualiti dan harmoni jika ianya berlandaskan ajaran Tuhan.Agama sebenarnya ialah
makanan yang amat diperlukan oleh jiwa yang mana keperluan jiwa ini lebih penting dan
lebih besar daripada keperluan fizikal manusia.
Selain itu juga,agama berperanan kepada masyarakat melalui sistem yang membina iaitu
sistem pendidikan agama, dengan penglibatan badan-badan agama dan kerajaan memberi
kesan langsung atau tidak langsung dalam masyarakat menambah pengetahuan agama dan
berpotensi dalam meningkatkan kefahaman kepada masyarakat dan penelesaiaian yang baik
melalui sistem pendidikan .Dengan ini pendidikan agama dapat menjadikan masyarakat lebih
konsisten dengan prinsip agama yang masyarakat anuti disamping melatih dan mendidik
masyarakat mematuhi dan mengamalkan nilai prinsip agama masing-masing. Di samping itu
juga agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam masyarakat ,hal ini dapat dilihat
melalui adat resam masyarakat dan amalan agama yang di praktikkan oleh masyarakat itu
sendiri.hal ini juga pengaruh nilai agama dapat memelihara keharmonian agama dikalangan
setiap penganut agama itu sendiri .yang mana setiap penganutnya di seru kepada
pendamaian ,kerukunan hidup sesama manusia.

4.0

RUJUKAN
1

http://www.academia.edu/539377/A_Brief_Look_at_MacIntyres_Virtue_Ethics_and_

Theological_Application
Allen, Douglas. "Phenomenolgy of Religion." In The Routledge Companion of the

Study of Religion, by John R. Hinnel. London & New York: Routledge, 2005.
Simon, Blackburn (2001). Ethics: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford

University Press. ISBN 978-0-19-280442-6.


Damien Keown The Nature of Buddhist Ethics Macmillan 1992; Peter Harvey An

Introduction to Buddhist Ethics Cambridge University Press 2000


http://www.ethicalsociety.org/article/37/about-wes/ethical-culture-our-religious-

heritage/faqs-about-ethical-culture/what-does-it-mean-to-be-an-ethics-based-religion
Yousif, Ahmed F. "Studying the Other: Challenges and Prospects of Muslim
Scholarship on World Religions." Studies In Contemporary Islam, 2000: 1-27.
13

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

SOALAN 3
HURAIKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ETIKA BERASASKAN AGAMA
BUDDHISME DAN HINDUISME DAN BAGAIMANA IA DIAMALKAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH YANG RELEVAN.
1.0

PNGENALAN

Secara amnya, etika merujuk kepada panduan akhlak; yang mana akhlak pula dari segi
bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah,
watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Mengikut ilmu akhlak ialah ilmu yang
mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, hukum & tanggungjawab
akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Perkataan etika berasal daripada
bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat.

14

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia
diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab
dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia
serta tentang yang baik dan yang buruk.
Paling tepat; Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa
maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987).
Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala
etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang

ditentukan untuk memperbaiki sesuatu

keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu
apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika
kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini
menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang
mengkajinya.

2.0

PANDANGAN ETIKA; ANTARA HINDU DAN BUDDHA

2.1

Hinduisme

Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan
prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya. Prinsip tersebut ialah sifat
patuh dan disiplin dalam melaksanakan upacara keagamaan. Tanda-tanda kebaikan dalam
agama Hindu ialah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan. Tanda-tanda
kejahatan pula ialah perhambaan, sakit, fakir dan kecelakaan.
Prinsip etika Hindu ialah peraturan agama itu dipandang sebagai sumber segala kemuliaan
akhlak manusia Etika dalam agama Hindu bergantung kepada prinsip Brahma yang
menjadi dasar kepada norma yang teratur dan bermatlamat. Ia bermaksud keadilan, kebaikan,
kesucian, benar, sederhana dan suci. Brahma ini menjadi kod etika yang merangkumi semua

15

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

aspek kehidupan manusia. Brahma merupakan salah satu matlamat hidup yang mesti diikuti
berdasarkan kelas dan status seseorang.
Ajaran Hindu tidak memakai istilah dogmatik baik dan jahat atau syurga dengan neraka
melainkan memiliki etika-etika yang berdasar kerana kepentingan untuk menyelaraskan
keinginan individu, emosi, dan ambisi untuk mengarahkannya kepada sebuah kehidupan yang
harmonis di bumi dengan tujuan mutlak terhadap agama Hindu untuk menyedari keberadaan
diri sendiri.
Kesedaran diri menurut pandangan Hindu adalah kesedaran pada diri kita dengan Tuhan,
sebagai sumber dan intisari dari keberadaan manusia dan kebebasannya. Dalam kitab Hindu
menyatakan bahwa setiap individu yang terdiri dari tubuh fizik (sarira), fikiran (manas),
intelek (buddhi), dan diri (atman).
Berdasarkan 4 hal itu, setiap individu mementingkan hal-hal keduniaan (artha) untuk dapat
mempertahankan tubuh fizikal dan memuaskan segala keperluan keluarga dengan
kebergantungannya. Untuk memuaskan pemikiran dan intelek, keperluan untuk memenuhi
keinginannya dan pengejaran intelek (kama) atau penyatuan dengan Tuhan merupakan tujuan
utama dalam kehidupan manusia.

2.2

Buddhisme

Pengajaran Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama. Menurut ajaran Buddha, terdapat
Empat Kebenaran Mulia atau etika yang diperjuangkan iaitu: Hidup manusia penuh
penderitaan. Manusia menderita kerana nafsu. Manusia perlu menghapuskan nafsunya untuk
melepaskan diri daripada penderitaan dan mencapai nirwana. Penderitaan dapat dihapuskan
dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.
Pada dasarnya, menurut ajaran Budha, prinsip-prinsip etika dan moral diatur dengan
memeriksa apakah suatu tindakan tertentu, apakah terhubung ke tubuh atau pidato yang
mungkin membahayakan diri sendiri atau untuk orang lain dan dengan demikian menghindari
tindakan yang mungkin berbahaya. Dalam Buddhisme, ada banyak pembicaraan dari pikiran
16

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

yang terampil. Batin yang terampil menghindari tindakan yang mungkin menyebabkan
penderitaan atau penyesalan.
Agama telah menjadi ada sebagai hasil dari perjuangan manusia untuk memecahkan masalah
dasar kehidupan, yaitu penderitaan. "Jika tidak ada kelahiran, pembusukan dan kematian,"
kata Buddha, "Yang Tercerahkan mungkin tidak terjadi di dunia dan ajaran-ajarannya tidak
akan menyebar di luar negeri." Dia juga menyatakan lagi dan lagi bahwa seorang Buddha
muncul di dunia ini untuk kebaikan dan kebahagiaan dari banyak, karena kasihan bagi dunia,
untuk keuntungan, untuk keuntungan dan untuk kebahagiaan para dewa dan manusia. Ini
sama dengan pemberitaan Dharma, lastingness dari Dispensasi dan solidaritas Sangha. Jadi,
sebagaimana nilai kedokteran terletak pada penyembuhan penyakit, sehingga nilai agama
dipastikan oleh kemanjurannya dalam kemiskinan dan penghapusan penderitaan manusia.
Secara umum, ketika sebuah agama membantu orang untuk hidup bersama dalam damai dan
membantu individu untuk berdamai dengan dirinya sendiri, dapat dikatakan telah memenuhi
fungsinya. Namun, yang masih samar-samar gambar dari fungsi agama. Gambarannya akan
menjadi lebih jelas hanya ketika kita melihat lebih dalam untuk melihat apa pandangan
agama telah pada manusia dan penderitaan dan bagaimana hal itu berfungsi untuk
mengurangi atau menghilangkan penderitaan itu.
Semua manusia dilahirkan sama, tetapi hanya dalam beberapa hal. Dalam hal lainnya, tidak
ada orang yang lahir sama dengan orang lain. Penganiayaan manusia, atau sikap yang salah
terhadap kesetaraan ini dan ketidak setaraan telah menimbulkan segala macam masalah, dari
sosial dengan yang rohani.
Menurut agama Buddha, semua manusia adalah sama dalam bahwa mereka semua tunduk
pada hukum alam yang sama. Semua tergantung dari kelahiran, usia tua dan kematian.
Hukum Karma adalah mengikat semua orang. Semua orang menuai apa yang ia menabur dan
dunia terus terjadi setelah kegiatan Karma dijalinkan oleh semua orang. Menurut agama
Buddha tradisional, landasan etika Buddha bagi orang awam adalah Pancasila: tidak
membunuh, mencuri, berbohong, pelecehan seksual, atau minuman keras. Dalam menjadi
seorang Buddhis, atau menegaskan komitmen seseorang terhadap agama Buddha, orang
awam didorong untuk bersumpah untuk menjauhkan diri dari tindakan-tindakan negatif.
Rahib dan biarawati mengambil ratusan lebih sumpah (lihat vinaya).

17

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Ketergantungan tunggal pada formula tradisional atau praktek, bagaimanapun, dapat


dipertanyakan oleh Buddhis Barat yang perhatian yang utamanya adalah solusi praktis dari
masalah-masalah moral yang kompleks dalam dunia modern. Untuk menemukan pendekatan
yang dibenarkan untuk masalah tersebut mungkin perlu tidak hanya untuk menarik sila atau
vinaya, tetapi untuk menggunakan ajaran Buddha yang lebih mendasar (seperti Jalan Tengah)
untuk membantu interpretasi ajaran dan menemukan pembenaran lebih mendasar untuk
kegunaan mereka yang relevan untuk semua pengalaman manusia. Pendekatan ini
menghindari mendasarkan etika Buddhis hanya pada iman pencerahan Buddha atau tradisi
Buddhis, dan memungkinkan lebih universal non-Buddha akses ke wawasan yang ditawarkan
oleh etika Buddha.

2.3

Persamaan Etikal

Walaupun Hindu mempercayai akan konsep kepelbagaian Tuhan dan Buddha pula tidak
percaya langsung akan konsep ketuhanan, namun kedua-dua percaya akan kitaran kelahiran
semula. Kedua-duanya akan melakukan apa saja untuk menamatkan kitaran kehidupan
mereka dengan melakukan kebaikan. Untuk tempoh 3 ribu tahun, tradisi India memandang
anti-keganasan sebagai tingkat akhlak serta etika yang paling tinggi darjatnya. Malahan
dalam latihan seni yoga, 'Ahimsa' ataupun keadaan aman dilakukan sebelum amalan yang
lain, ini kerana mereka percaya akhlak yang baik akan membawa kepada keamanan. Amalan
ini begitu dititik beratkan secara spiritual, sehinggakan mereka menerima azab orang lain
sebagai tingkat disiplin spiritual mereka sendiri. Baik Hinduisme mahupun Buddhisme
menjadikan anti keganasan serta keamanan bukan sekadar teori semata-mata, mereka
mengamalkannya sebagai sebahagian dari etika kehidupan seharian mereka. Keduanya juga
mempercayai serta melakukan nilai-nilai moral serta etika biasa manusia, seperti kejujuran,
amanah, kebaikan, bercakap benar dan lain-lain lagi.
Penganut hindu mahupun buddha juga mengakui bahawa, nafsu manusia terhadap kebendaan
akan membawa manusia ke jalan kecelakaan. Attachment is the origin, the root of suffering;
hence it is the cause of suffering.-Dalai Lama (1).
Kenapa terdapatnya persamaan ini? Ini kerana Hinduism dan Buddhisme, mempunyai sejarah
asal yang sama iaitu kedua-duanya berasal daripada Kebudayaan Ganges (Agama
Kebudayaan) dari Utara India. Yang mana kemunculannya dari apa yang dikenali sebagai
18

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

"second urbanisation" kira-kira 500 SM. 'Ia berkongsi kepercayaan sejajar yang wujud sekian
lama; bersama-sama wujud, tetapi menyatakan yang ianya berbeza' - Y. Masih (2000).

3.0

KESIMPULAN

Setiap agama yang wujud di atas muka bumi ini samada bersifat agama samawi (agama yang
datang berasaskan wahyu dari Tuhan) dan agama budaya (agama yang lahir berasaskan
pengalaman tokoh dan kehidupan) semuanya menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Bertitik tolak dari fakta ini, saya akan menganalisa secara deskriptif
pendekatan pelbagai agama yang dominan di Malaysia khususnya berkaitan dengan persoalan
nilai dan etika. Ajaran agama yang berkaitan sistem nilai ini akan dibahaskan dan dibuat
perbandingan bagi menampakkan persamaan dalam persoaaan etika. Di Negara Malaysia kita
terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan
masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang
berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa
ke semasa.
Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai
nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran
terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai
murni dan etika dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan
yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada
keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

4.0

RUJUKAN
1) (1)The Dalai Lama at Harvard, 1988, Snow Lion USA, p.37
2) Y. Masih (2000) In : A Comparative Study of Religions, Motilal Banarsidass Publ :
Delhi, ISBN 81-208-0815-0 Page 18.
3) Sahakian, William S. & Sahakian, Mabel Lewis. Ideas of the Great Philosophers. pg
31. Barnes and Noble Books (1993). ISBN 978-1-56619-271-2.
4) http://en.wikipedia.org/wiki/Buddhism_and_Hinduism
19

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

5) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Hinduism
6) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Buddhism
7) http://homeoint.org/morrell/buddhism/nonatt.htm

SOALAN 4
HURAIKAN ETIKA BERASASKAN AGAMA ISLAM DAN BAGAIMANA IA
DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. BERIKAN CONTOH-CONTOH
YANG RELEVAN.
1.0

PENGENALAN

Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek
Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh
para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing.
Menurut Ahmad Amin (1975) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan
20

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan
tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika
ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan
yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah
moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsepkonsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi
etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung
dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau
buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal
manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi
perlakuan baik dan jahat. Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka
diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji
tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah
tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan
apakah yang tidak.
Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan
salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah
dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan
orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah
dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik
dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
2.0

ETIKA DALAM ISLAM; ANTARA ETIKA, MORAL DAN AKHLAK

Akhlak secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada
asas wahyu atau syarak. Sementara itu, etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan
selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh
etika sama ada baik atau jahat pula dinamakan moral. Akhlak merupakan satu sistem yang
menilai tindakan zahir dan batin manusia, manakala moral ialah satu sistem yang menilai
tindakan zahir manusia sahaja. Akhlak juga mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati
manusia dalam hubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia
dengan makhluk lain. Moral pula hanya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati
manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai yang terdapat dalam
21

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif,
subjektif dan sementara. Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif
Islam ialah dari segi pemakaian, pemakaian bagi seseorang muslim mengikut Islam mestilah
menutup aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat, mereka dikatakan tidak
berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan moral
jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, mereka
masih dianggap bermoral.
Kemoralan atau etika perlu mempunyai kandungan yang terdiri daripada peraturan
masyarakat dan sifat keperibadian mulia. Setiap kelompok masyarakat mesti mempunyai
peraturan untuk membolehkan manusia dapat hidup dan berfungsi dengan baik dengan
persekitarannya. Justeru kemoralan tidak boleh lari daripada peraturan, norma, tradisi atau
adat kebiasaan dalam masyarakat. Oleh sebab itu sebagaimana yang dijelaskan oleh John
Wilson (1973), peraturan masyarakat dan sifat keperibadian mulia perlu difahami oleh setiap
individu kerana pemikiran moral tidak berkembang dalam keadaan vakum. Tanpa peraturan,
kehidupan sosial manusia tidak dapat diteruskan kerana ia juga merupakan kayu pengukur
untuk menilai sesuatu aktiviti sosial (Wright, 1971). Disamping bermatlamat untuk
memelihara kemuliaan manusia, peraturan juga menjimatkan tenaga dan masa manusia
daripada terpaksa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan. Namun begitu insan
moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima
secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Oleh itu insan bermoral perlu peka dan
memahami keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat (Abdul Rahman Aroff, 1986).
Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan kepada alasan yang munasabah. Individu
yang melakukan sesuatu kerana kebiasaan, takut atau mengikut keadaan tanpa berfikir tidak
dikira sebagai insan yang mempunyai kematangan moral atau dikatakan tidak melakukan
sesuatu secara bermoral. Etika serta sistem moral Islam datangnya dari kepercayaan utama,
iaitu Kepercayaan terhadap Allah Tuhan yang Satu, Yang Maha Pencipta dan Peguasa
Seluruh Alam. Islam meyakini bahawa manusia adalah sebahagian daripada penciptaan Allah
SWT, dan merupakan hamba-NYA. Dari perspektif ini secara Islamnya, tujuan utama
manusia adalah untuk menyembah Allah SWT, dengan menjalani kehidupan duniawi harmoni
dengan kehendak Ilahi, dan dengan itu mencapai keamanan di dunia ini, dan kejayaan yang
berkekalan dalam kehidupan akhirat. Islam melihat kepada Al-Quran dan sunnah Nabi
sebagai panduan moral mereka.

22

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Surah Al-A Araf, Ayat 33; Bermaksud:


'Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak
ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang
benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak
menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang
tidak kamu ketahui".'
Adalah menarik bahawa al-Quran merujuk kepada "perbuatan dosa, melanggar hak manusia
tanpa alasan yang benar". Ia adalah satu tanda rahmat Allah kepada setiap manusia, rasa
moral yang semula jadi. Rasa seperti moral, apabila tidak bercela oleh keluarga atau
masyarakat, adalah apa yang membawa orang kepada perbuatan kebaikan yang terpuji. Etika
dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan dan menguatkan pengertian moral dalam setiap
manusia dan menghiasi watak individu dengan nilai-nilai mulia.

2.1

Etika Islam dalam Kehidupan

Etika Islam (bahasa Arab: ) atau "Adab dan Akhlak Islamiyah" adalah etika dan
moral yang dianjurkan di dalam ajaran Islam yang tercantum di dalam Al-Quran dan Sunnah,
dengan mengikuti contoh dari teladan Nabi Muhammad S.A.W yang di dalam akidah
Islamiyah dinyatakan sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya. Terdapat banyak
dalil dalam Al-Quran yang menunjukkan betapa pentingnya manusia yang berakhlak mulia;
" "
"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan
orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan."- Surah Ali-Imran: 134.
Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia
membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan
sistem akhlak tersebut. Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti
masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat
dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya.

23

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu
wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja
gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu
akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di
akhirat. Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat
diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur,
kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi
akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu
sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak
itu termasuk setengah daripada iman.
Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu ahli
pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam
kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada
sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam
membezakan antara manusia dan binatang. Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia
yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih
baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan
pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah
professional yang boleh menjual negara, bangsa dan agama. Akhlak merupakan manifestos!
yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan
tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia
haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani.
Akhlak semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di
dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah
tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna
ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau
tidak termasuk di bawah naungan istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia
dalam bentuk lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu
akhlak bagi diri seseorang.
Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua;
akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang
dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri
24

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A.W ke dunia ini. Kriteria
baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan piawainya
oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama
ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia
menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah
kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi
orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau
pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain.
Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang
zaman.

3.0

KESIMPULAN

Konsep Etika di dalam Islam adalah luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan
amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Etika adalah nilai Islam
yang penting kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk membina keperibadian dan
memajukan masyarakat. Kod Etika dalam Islam merupakan pelan induk yang mengikat
antara hamba dengan Tuhan, mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya.
Akidah pula merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada Allah. Manakala ibadah
pula mengambil berat tentang gerak langkah manusia bagi ikatan tersebut supaya
pertaliannya selalu rapat serta teguh dengan Allah.
25

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Matlamat ibadah dalam Islam ialah melaksanakan tujuan wujudnya manusia sebagai khalifah
Allah di bumi untuk membina dan memajukan alam ini.
Ibadah juga mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlaki, Menerusi ibadah yang betul akan
melahirkan kelakuan yang baik, bersopan dan juga berakhlak mulia. Namun begitu,
kemuncak pembangunan rohani hanya mampu juga dicapai oleh individu yang benar-benar
menghampiri diri kepada Allah melalui ibadat khusus dan umum. Seorang muslim tidak
diajarkan untuk menyandarkan hanya kepada usahanya dirinya sendiri tetapi juga harus
diiringi dengan doa. Doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W adalah;
"Allahumma kamaa hassanta khalqi, fahassin khuluqi (Ya Allah, sebagaimana Engkau telah
membaguskan tubuhku, maka baguskanlah akhlakku)"
Moraliti dalam Islam wujud disetiap aspek kehidupan seorang muslim, samada hubungan
biasa hinggakan kehubungan antarabangsa. Skopnya universal serta mencakupi segala aspek
kebolehgunaannya.
Seorang muslim bukan sahaja perlu berkeperibadian yang suci, malahan disuruh berbuat
kebaikan. Mereka bukan sahaja perlu menahan diri daripada kejahatan dan maksiat, tetapi
juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam meminta orang ramai untuk menjauhkan diri
mereka dari berbuat kejahatan dan maksiat. Dalam erti kata lain, mereka bukan sahaja perlu
dari segi moral sihat, tetapi juga mesti menyumbang kepada kesihatan moral masyarakat
secara keseluruhannya.

4.0

RUJUKAN
1

Amin, Ahmad, Etika (Ilmu Akhlak), Jakarta: Bulan Bintang.1975

Abdul Fatah Hassan (2001). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam


Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Wilson, John. (1973). A Teachers Guide To Moral Education. London: Geoffrey


Chapman.

Wright, Derek. (1971). The Psychology of Moral Behaviour. Hazell Watson & Viney
Ltd.
26

MPU 3312 ETIKA PERBANDINGAN


ASLINDA KARMILA BT. AHMAD KAMARDIN
E30409130087

Abdul Rahman Md Aroff. (1986). Makna Moral. Jurnal Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Choudhury, G. 1993. The Prophet Muhammad: His Life and Eternal Message. Kuala
Lumpur: WHS Publications Sdn Bhd.

Baharudim Yatim dan Sulaiman Noordin. Islam al-Quran dan Ideologi Masa Kini.
Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.

27

Vous aimerez peut-être aussi