Vous êtes sur la page 1sur 3

Terima Kasih Yang Dipertuan Dewan.

Sayang-sayang Buah Kepayang,


Sayang Hujah Pembangkang Pincang,
Jaga-jaga Pihak Pembangkang,
Menteri Ketiga, datang bertandang.

Sudah terang lagi bersuluh, Kebebasan media massa sememangnya mendatangkan


banyak keburukan. Maka kami di barisan Kerajaan masih seia dan sekata,
menyokong Usul pada pagi ini.Kami berpegang teguh kepada pendirian kami
bahawa Media massa mendatangkan keburukan.

Tuan Yang Dipertua,


Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihakPembangkang, saya akan
mendedahkan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan
Pembangkang sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak Pembangkang ialah

Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak pembangkang pula ialah

Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak pembangkang ialah.

Tuan Yang Dipertua,


Terlangsai sudah hutang membidas. Kini marilah saya berikan bukti-bukti baru
melalui aspek penyalahgunaan kebebasan media massa.

Ahli dewan yang saya muliakan,


Bukti baru kami yang pertama adalah melalui satu kontroversi yang dihasilkan oelh
rakyat Malaysia sendiri iaitu Huang Ming Zhi, atau lebih dikenali sebagai Namewee.
Beliau telah memuat naik video yang dirakam sendiri olehnya PADA 15 januari 2007
ke dalam (mohon izin yang dipertua) You Tube. Di dalam video ini, beliau telah
menghina lagu Malaysia yan diberi tajuk (mohon izin yang dipertua) I Love My
Country Negarakuku.
Untuk makluman para dewan sekalian, lagu yang dimuat naik ini telah digunakan
sebagai medium untuk mengkritik Kerajaan Malaysia dari perspektif beliau. Dimana
lebih SATU MILLION penonton dalam masa sebulan sahaja. Maka, Kebebasan Media
massa telah menjatuhkan maruah Negara sendiri.

Manakala Bukti Baru Kedua kami pula adalah,

Julian Assange pernah dipenjara selama 10 TAHUN kerana melakukan satu


jenayah besar iaitu menggodam sistem Telekomunikasi Negara Australia dan
Universiti-Universiti di Australia. Dan jenayah beliau hanya dapat dibuktikan dan
dikesan selepas TIGA TAHUN jenayah itu dilakukan.
Tindakan beliau telah membahayakan system Keselamatan Negara sendiri,
yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan mereka.

Hadirin yang saya hormati,


Beralih pula kita kepada bukti baru kami yang ketiga.
Tahukah Pihak Pembangkang, Kajian Buletin Keselamatan Masyarakat di Amerika
Syarikat mendapati lebih sejuta kes jenayah membabitkan kanak-kanak,
kebanyakan berpunca daripada pengaruh media elektronik.
Rentetan itu, wajarlah jika saya kongsikan satu daripada lebih sejuta kes jenayah
yan saya katakan tadi.

Di Amerika Syarikat : seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun


mencadangkan kepada ayahnya memberikan gurunya sebungkus gula-gula
beracun.
Perbuatan itu dilakukan kerana kanak-kanak itu marah berikutan guru berkenaan
memberi markah rendah kepadanya dalam peperiksaan. Apabila ditanya si ayah
siapa yang mengajarnya berbuat demikian, si anak pantas menjawab,
Saya menonton satu adegan di televisyen
Jika dipertimbangkan sekali lagi, Kebebasan media massa yang keterlaluan ini
merisikokan nyawa seorang guru yang hanya menjalankan tanggungjawab nya
sahaja. Wajarkah guru menerima Arus kebebasan media massa ini dengan
menggadaikan nyawanya sendiri?

Tuan Yang Dipertua, Serta Warga Dewan Sekalian


Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kami
tetap Menyokong Usul yang dibentangkan pada hari ini, KEBEBASAN MEDIA
MASSA MENDATANGKAN BaNYAK KEBURUKAN

Sekian Satria Tunggal Chunghua Mohon Mencadang.

Vous aimerez peut-être aussi