Vous êtes sur la page 1sur 25

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KRB3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH (TUGASAN A)

Kekuatan novel INTERLOK sebagai karya agung berdasarkan


ciri-ciri yang berikut :
a) Falsafah
b) Pandangan Hidup
c) Nilai Ilmu
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA

NO. MATRIK

NORIS BINTI KASSIM

D20102045539

GROUP UPSI25(A141PJJ)

NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL HALIM BIN ALI


TARIKH SERAH : 29 NOVEMBER 2014
KANDUNGAN

MUKA SURAT
1

1
2
3
4

Biodata Pengarang
Penerbit
Tahun diterbitkan
Kandungan Teks Edisi Pelajar

35
5
5
5

5.0

Sinopsis Teks Edisi Pelajar

5.1

Buku satu

5.2

Buku dua

5.3

Buku tiga

5.4

Buku empat

8-9

6.0

Bab Pilihan Pengulas

10 15

7.0

Kekuatan Novel Interlok

15 16

7.1

Falsafah

16 19

7.2

Pandangan Hidup

19 22

7.3

Nilai Ilmu

22 24

8.0

Bibliografi

25

NOVEL INTERLOK KARYA ABDULLAH HUSSAIN


Satu Sensitiviti atau Perpaduan Kaum ?
1.0

Biodata Pengarang

Sasterawan Negara (SN) Dato Abdullah Bin Hussain dilahirkan pada 25 Mac 1920 di
Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. Pada tahun 1926, beliau mula belajar di
Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Beliau meneruskan
pendidikannya di Sekolah St. Micheal, Alor Setar, Kedah Darul Aman dari tahun 1932
hingga 1933. Pada tahun 1935, beliau telah meneruskan pengajian di Anglo Chinese
School, Alor Setar, Kedah Darul Aman hingga lulus darjah VII.
Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1943, beliau dihantar ke Singapura untuk
menjalani kursus pentadbiran di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-pegawai
Tinggi) selama tiga bulan. Pada tahun 1939, beliau telah berkhidmat sebagai penolong
penjaga stor di perusahaan lombong bijih di Pahang dan pernah berkhidmat di bahagian
penerbitan, syarikat surat khabar Sahabat, di Pulau Pinang. Pada tahun 1940, beliau
berkhidmat di Pulau Pinang sebagi pembantu pengarang surat khabar Saudara dan pada
tahun 1941 pula (sehingga kedatangan tentera Jepun), beliau berkhidmat di Sungai Petani,
Kedah sebagai kerani dan tukang dobi di kem tentera Inggeris. Beliau juga pernah menjadi
wartawan surat khabar Merdeka, Berita Indonesia dan majalah minggu Merdeka. Beliau
juga pernah bertugas sebagai pengarang majalah Bintang dan Filem. Beliau juga pernah
menjadi pengurus penerbitan di majalah Gelanggang Filem. Dalam filem Hang Tuah,
beliau pernah bertugas sebagai penasihat teknik. Pada tahun 1961-1964, beliau telah
berkhidmat sebagai pembantu pengarang kanan di Oxford University Press dan pernah
berkhidmat di Franklin Books Programme dan memegang jawatan editor di majalah
Angkatan Baru pada tahun 1965-1968.
Selama 10 tahun mulai tahun 1968, beliau telah berkhidmat di Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Seterusnya, pada tahun 1978, beliau telah

berkhidmat sebagai ketua unit bahasa dan sastera di DBP cawangan Sabah sehingga tahun
1979. Sehingga tahun 1981, beliau berkhidmat sebagai ahli cipta di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di DBP Brunie
Darussalam sebagai ketua bahagian pembinaan dan pengembangan sastera. Pada tahun
1993, beliau berkhidmat sebagai Karyawan Tamu DBP sehingga tahun 1996. Abdullah
Hussain dinobatkan sebagai SN yang kelapan pada tahun 1996. Selain penganugerahan
SN, beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan
Aceh (LAKA) pada tahun 1995 dan Darjah Kebesaran Dato Setia Diraja Kedah (DSDK)
yang membawa gelaran Dato. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran
Panglima Jasa Negara (PJN) yang juga membawa gelaran dato oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Sepanjang penglibatan beliau dalam penulisan kreatif, terdapat pelbagai hasil
penulisan yang telah beliau lahirkan. Karya pertama beliau adalah sebuah karaya lucu yang
disiarkan dalam majalah Tanah Melayu pada tahun 1939. Beliau juga telah menghasilkan
25 buah novel, tiga buah cerpen, Sembilan buah buku terjemahan sastera, sebuah
autobigrafi dan enam buah biografi. Novel Imam telah diangkat sebagai pemenang Hadiah
Sastera Malaysia 1994/95 dan tempat pertama dalam Hadiah Novel Nasional 1992/94.
Kini, novel beliau yang telah menjadi kontroversi iaitu Interlok, yang diterbitkan oleh DBP
pada tahun 1971.

Kontroversi ini dicetuskan apabila novel ini dijadikan teks pilihan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk Komponen Sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu
(KOMSAS) tingkatan lima di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mulai tahun 2011.
4

Interlok menjadi kontroversi kerana ada beberapa perkataan di dua halaman yang
didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan orang India dan agama
Hindu pada halaman 211 dan 220.
satu perkara yang membuatkan mereka senang bergaul
kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria.
( Interlok Edisi Pelajar : hal. 211)
Perenggan di halaman 220 yang mungkin menjadi pertikaian adalah seperti yang berikut :
Apatah pula lembu ialah binatang suci bagi orang Hindu;
dan kalau binatang itu mati, seperti ibunya sendiri yang
mati.
( Interlok Edisi Pelajar )
2.0

Penerbit

Novel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan oleh DBP.

3.0

Tahun Diterbitkan

Novel Interlok Edisi Pelajar diterbitkan pada tahun 2010.

4.0

Kandungan Teks Edisi Pelajar

Novel Interlok Edisi Pelajar mengandungi empat bab iaitu Bab Satu : Keluarga Seman,
Bab Dua : Keluarga Ching Huat, Bab Tiga : Keluarga Maniam dan Bab Empat : Interlok.
Dalam bab satu diselitkan dua pepatah Melayu iaitu biar lambat asal selamat,
takkan lari gunung dikejar. Dalam bab dua pula, diselitkan pepatah Cina iaitu kalau tak
berwang, ke mana pergi tetap terbuang dan dalam bab tiga pula diselitkan pepatah India
iaitu varantinal varataku illai (hati yang tetap akan mencapai kemenangan). Manakala

dalam bab empat pula diselitkan motto yang tertera pada jata negara Malaysia iaitu
Bersekutu Bertambah Mutu.
Novel ini mempunyai 423 halaman termasuk glosari dan biodata penulis. Bab satu
dan bab dua masing-masing mempunyai 101 dan 108 halaman dan bab tiga pula
mempunyai 76 halaman. Bab empat pula sebanyak 124 halaman. Bagi glosari dan biodata
masing-masing mempunyai 13 dan satu halaman.

5.0

Sinopsis Teks Edisi Pelajar

Novel Interlok Edisi Pelajar mengisahkan kehidupan tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan
India. Ketiga-tiga kaum itu memang terdapat di Malaysia pada masa kini dan semakin utuh
dalam mewujudkan perpaduan antara kaum masing-masing.

5.1 Buku Satu Keluarga Seman


Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak
Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu
membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta
Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak
Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari
kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak
Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang
sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan
surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung
kerana semua harta bukan miliknya lagi.

5.2 Buku Dua Keluarga Ching Huat


Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini
menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung
itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan
menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok
bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang
tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak
Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi
penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia.
Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan
dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan
keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

5.3 Buku Tiga Keluarga Maniam


Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu
petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay
tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay
akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di
kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia
perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak
disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini
meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di

kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa
Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar
tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

5.4 Buku Empat Interlok


Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam
berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa,
kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan
ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil
hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.
Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah
meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung.
Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.
Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah
Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba
berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada
masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang
kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew
Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang
berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas
komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan
beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak
memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan

melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini,
iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan
cuba membebaskan Mak LImah.
Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia
ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya
orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng
(Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang
mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak
Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang.
Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk.
Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula
berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang
komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

6.0

Bab Pilihan Pengulas

Tiga bab pertama Interlok iaitu bab satu, bab dua dan bab tiga telah diceritakan sebagai
satu latar masyarakat yang hidup secara realiti setiap kaum yang diwakilinya iaitu keluarga
Seman (Melayu), keluarga Ching Huat (Cina) dan keluarga Maniam (India) dengan watak
dan perwatakan masing-masing. Penceritaannya dalam ketiga-tiga bab tersebut tidak

mengambil kira watak dan perwatakan yang baik atau buruk seperti yang telah diperagakan
oleh pengarang sebagai rakaman sejarah. Watak dan perwatakan yang baik atau buruk itu
hanya diperhalusi oleh pengarang untuk menimbulkan plot penceritaan yang menarik.
Pengulas telah memilih Bab Empat : Interlok sebagai bab yang menarik untuk
dijadikan panduan dan pengajaran kepada semua pembaca. Sinopsisnya adalah seperti
yang berikut :
Ketika Maniam teringat akan Rama Krishnan dan Malini yang sudah
ditinggalkannya selama 21 tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk
mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah
kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa
membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari
rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah
menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan
memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam
itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya.
Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa
dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu
Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal
mereka nanti.
Selepas Ching Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam,
Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke
sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di
lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia

10

juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim.
Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew
Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan
bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan
seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong
Beng yang menjadi kepala kuli di situ.
Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan
bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia
bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan
apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau
bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man
untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat Ranggi untuk dijadikan isterinya.
Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi
akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.
Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat
menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam
bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan
berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa
mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai
Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.
Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram
dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut
akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan.

11

Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina
untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Ching Huat pada suatu malam,
Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan
emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera
Jepun datang ke kedai Ching Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan
pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula
balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya
untuk mencari Poh Eng yang hilang.
Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang
mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali
telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah
dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap
oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.
Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap
oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan,
Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan
anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya.
Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya
membebaskan Mak Limah. Ching Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan
Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.
Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat
kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil
pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya

12

mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap
dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu
malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun
dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya
jangan menjual padi mereka kepada Jepun.
Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku
penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula
semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat
Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor
Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa
dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus
membebaskan kawannya itu.
Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak
orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang
hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri
kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakkan untuk mewujudkan sebuah
kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris.
Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya
daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa
melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa
merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.
Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk
meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap

13

malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus
menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih.
Ching Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di
kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina
akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orangorang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan
memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman
iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.
Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa
ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika
Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak
Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan
serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut
pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew
Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup
telah ditangkap.
Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia
selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang
anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula
berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan
berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila
Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew
Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan

14

kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka


datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

7.0

Kekuatan Novel Interlok

Pertama sekali, pengulas menganggap novel ini mempunyai kekuatan yang sendiri.
Pengulas menyokong penuh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan novel
ini sebagai teks KOMSAS tingkatan lima kerana pengulas berpegang pada maksud
Interlok itu sendiri. Interlok berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Interlocked yang
membawa maksud memancakan atau berpancakan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,
panca bermaksud merapatkan kedua-dua belah tangan atau mengenggam. Justeru,
Interlok menunjukkan satu keakraban dalam pelbagai kaum yang menuju ke arah satu
jalan yang makmur iaitu perpaduan.
Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mengekalkan Interlok sebagai teks
KOMSAS tingkatan lima bagi zon Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya),
Selangor dan Negeri Sembilan memang tepat. Hasil garapan idea SN Dato' Abdullah
Hussain, Interlok bercirikan pensejarahan dengan kemunculan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu menerusi watak-watak tiga kaum utama di semenanjung iaitu Melayu, Cina
dan India. Setiap watak yang mewakili kaum masing-masing digarap dan digambarkan
mengikut kisah-kisah sejarah yang sebenar.
Selain itu, pengarang menembusi watak kaum India dalam Interlok adalah sematamata untuk menunjukkan Watak Maniam yang selalu membantu orang lain tidak kira kaum

15

Melayu iaitu Seman atau kaum Cina iaitu Ching Huat. Sejarah penderitaan dan survival
Maniam menjadikannya lebih berperikemanusiaan kepada kaum-kaum yang lain.
Perhubungan antara Maniam, Seman dan Ching Huat dalam perjalanan cerita ini
menunjukkan gagasan perpaduan yang ditunjukkan oleh pengarang. Gagasan perpaduan
yang ditonjolkan oleh pengarang menunjukkan pembinaan ke arah penyatuan bangsa.

7.1 Falsafah
Pemilihan novel ini dalam pendidikan amat tepat kerana kebanyakan pelajar pada masa
kini sudah tidak mementingkan perpaduan. Malah, ia bertepatan dengan gagasan
1Malaysia yang telah digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin
Tun Abdul Razak. Wawasan perpaduan ini amat jelas diwakili judul novel ini sendiri iaitu
Interlok yang bermakna tautan, jalinan, kemas, kejap atau memanca.
Secara sosiologinya, Interlok ditulis dengan menggambarkan latar sebenar
masyarakat yang menghuni Malaysia selepas kemerdekaan. Semua kaum di Malaysia
bersatu padu dalam membentuk perpaduan dalam apa jua bidang sama ada politik,
ekonomi dan sosial. Citra masyarakat dalam setiap kaum digambarkan secara lengkap
dengan kehidupan yang hakikatnya berlaku pada masa sekarang.
Interlok yang ditukangi pengarang adalah menggambarkan satu landasan untuk
mempupuk semangat baharu kepada sebuah negara yang sudah keluar dari kurungan

16

penjajahan. Justeru, Interlok dijadikan landasan untuk menyaran pembaca terutamanya


dalam kalangan remaja mencipta perpaduan kaum yang berbeza latar belakang sejarahnya.
Interlok mempunyai auranya sendiri setelah pembaca mula membacanya. Bacaan
yang penuh penghayatan dan garapan pengarang melalui plot penceritaan yang baik dan
dramatis membuktikan pembaca seolah-olah turut berada di latar peristiwa yang
diperincikan, mendengar sendiri percakapan watak dan menyelinap masuk dalam fikiran
dan perasaan mereka.
Interlok juga menunjukkan perwatakan ketiga-tiga watak yang mewakili setiap
kaum di Malaysia jelas sudah berbeza berbanding dalam tiga bab yang pertama. Seman
mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu.
Ching Huat yang mengakui di tanah inilah tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum
yang lain. Malah, anak Ching Huat iaitu Yew Seng juga dicorakan sebagai watak yang
memupuk sikap berbaik-baik dengan orang Melayu seperti Lazim. Maniam dan Rama
Krishnan pula digambarkan sebagai watak yang senang membantu orang lain tanpa
mengira kaum. Justeru, kekuatan Interlok bukan sahaja bergantung pada watak-watak yang
ditonjolkan pengarang, malah penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan jalinan saling bantumembantu dan saling kasih-mengasihani dalam watak Maniam turut berperanan dalam
menjelaskan tema novel tersebut.
Melalui Interlok, pengarang menceritakan sedalam-dalamnya tentang sebuah
masyarakat yang berbilang kaum pernah hidup dan berjuang demi masa depan masingmasing. Hal ini diperjelaskan lagi pada setiap watak yang mewakili kaum masing-masing
meneruskan perjuangan hidup semasa pendudukan Jepun sehinggalah tanah air mereka
17

terkeluar dari kepompong penjajah. Menerusi Interlok, pengarang menjadi ruang saranan
untuk memperbaiki dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan masyarakat. Malah, Interlok
menjadi wadah perubahan dalam diri golongan remaja pasca merdeka kerana golongan
remaja pada zaman tersebut hanya menjadikan media cetak seperti Interlok untuk
mempelajari sejarah dan mengetahui asal-usul mereka. Justeru, anak-anak pada hari ini
dapat dididik dengan sejarah bangsa dan sangat wajar ditekuni dengan akal yang panjang
penuh saksama.
Sastera melalui penggunaan bahasa dan pemilihan diksi yang digunakan dalam
hasil seni mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang mampu menarik hati dan minat
pembaca. Melalui pembacaan dan pemahaman ia dapat mendidik, membimbing dan
mengajar manusia menjadi insan berguna. Sesebuah novel mampu membangunkan modal
insan yang cemerlang. Tidak hairanlah Interlok diangkat sebagai sebuah novel yang
membangunkan bangsa Malaysia di alaf ini tanpa menitikberatkan isu-isu perkauman.
Perpaduan yang ditonjolkan oleh Seman, Maniam dan Ching Huat menunjukkan ketigatiga kaum di Malaysia bersatu padu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain demi
kesejahteraan dan kemakmuran hidup di Malaysia.
Interlok menunjukkan kekuatan kepada anak-anak muda masa kini terhadap
perpaduan. Ditunjukkan pada watak Maniam yang berusia 30 tahun, anak Maniam iaitu
Ramu Krishnan, anak Ching Huat iaitu Yow Seng dan Seman. Semua watak dalam Interlok
mencerminkan kesungguhan anak-anak muda dalam mencapai perpaduan walaupun
masing-masing berbeza latar belakang kehidupannya. Justeru, Interlok mengajak rakyat
Malaysia yang merdeka mencipta usaha yang bersatu padu.

18

Interlok adalah satu hakikat dalam kehidupan. Perjalanan kehidupan Seman


(keluarga Melayu) sebelum merdeka menunjukkan realiti kepada kehidupan masyarakat
Melayu pada masa itu. Begitu juga dengan Ching Huat (keluarga Cina) dan Maniam
(keluarga India) keluar dari tanah air masing-masing iaitu India dan China ke tanah
Melayu untuk mencari rezeki. Jelas menunjukkan pada masa itu tanah Melayu pada masa
itu dunia rezeki bagi orang luar. Akhirnya, ketiga-tiga watak mewakili kaum masingmasing berusaha untuk memupuk perpaduan di akhir cerita.

7.2 Pandangan Hidup


Interlok dapat dikaitkan dengan teori Sosiologi Sastera. Teori Sosiologi Sastera merupakan
kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang
berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan
sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori
sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat
tentang perangai kita sebagai manusia atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara
manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses
sosial sejagat.
Ungku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir ( 2006 : 3 ) menjelaskan konteks
Kesusasteraan Melayu, konsep Sosiologi Sastera merangkumi tiga bentuk pemahaman dan
penerapan. Pemahaman yang pertama bertolak daripada teks sastera yang berandaian
bahawa teks sastera bebas daripada tuntuan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian
berpusatkan teks semata-mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran

19

masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh daripada
kajian instrinsik yang lumrah ditemui. Namun begitu, kajian intrinsik ini ditumpukan
kepada latar masyarakat yang terdapat dalam sepanjang perjalanan cerita dalam teks yang
dikaji.
Pemahaman kedua berkisarkan kepada penghujahan bahawa persekitaran
mempunyai kaitan langsung dalam karya yang dihasilkan. Justeru, kajian menganalisis
dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut memepengaruhi
karya yang terhasil dari segi isi dan bentuknya. Pemahaman yang ketiga pula ialah
pemahaman yang lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigm tertentu untuk
mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Kesimpulannya,
pemahaman yang pertama lebih dominan dan merupakan satu ilmu tentang Sosiologi
Sastera yang diamalkan dalam kesusasteraan Melayu.
A. Halim Ali dalam http://teorisastera.blogspot.com/20102010/05/pendekatansosiologi.html menjelaskan teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan
yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspekaspek historikal iaitu aspek sejarah menjadi latar belakang yang mendasar teks. Ia juga
mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang
menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika
sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan
pengkaryanya serta masyarakat pembaca.
Teori sosiologi sastera menuntut pengarang mengumpul sebanyak mungkin
pengalaman dalam kehidupan kerana pengalaman dalam kehidupan akan mempengaruhi
daya kreativiti sesorang. Pengalaman luas dalam diri pengarang akan membolehkan

20

menghasilkan teks yang unggul. Ini kerana kepelbagaian pengarang akan menyediakan
pelbagai pilihan dan membolehkan pengarang membuat pilihan yang terbaik.
Pengalaman boleh dikutip melalui peristiwa dalam kehidupan harian, sama ada
yang dialami sendiri, melalui pengamatan, pendengaran, bacaan, penyelidikan dan
sebagainya. Pengalaman yang pelbagai ini pula menuntut proses penyaringan, pemilihan,
dan kesepaduan agar ia dapat mencapai keseimbangan baik dari segi isi, teknik mahupun
nilai estetika. Pendekatan sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang
menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi merupakan salah satu bidang sains
sosial. Walaupun Sosiologi bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai
hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah
sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini. Sosiologi
melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks
mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan
seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur
penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya..Para sosiologi masa
kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada
masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi
seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran,
struktur ini, termasuk jenayah, perceraian dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.
Menurut Fatimah Binti Daud (1992), ahli sosiologi sering kali bergantung kepada
kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina modelmodel yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada
manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara

21

terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang
lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua
kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk
menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai
corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami
bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.
Teori ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana
seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna,
bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan
sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi
pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat
hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial,
nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan
membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi
karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat.

7.3 Nilai Ilmu


Selepas membaca Interlok, jelas meninggalkan kesan mendalam kepada diri seorang
pembaca yang menghayati dan memahami plot cerita Interlok. Dalam Interlok, penerapan
nilai-nilai murni dan mesej kepada pembaca dapat dikupas dengan mendalam agar semua
pembaca dapat menilai dan bandingkan dengan kehidupan masa kini.

22

Antara nilai-nilai murni yang dapat dikupas adalah

mengenang budi,

bertanggungjawab kepada keluarga, kesetiaan kepada isteri, kasih sayang dalam keluarga,
tidak mudah putus asa, cintakan tanah air, prihatin dan lain-lain. Semua nilai murni
yang diterapkan dalam Interlok memberi kesan yang mendalam kepada pembaca supaya
menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan pada masa kini.
Selain itu, mesej atau pengajaran dalam Interlok juga boleh membantu para
pembaca dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Antara pengajaran
yang boleh diambil iktibar adalah kita hendaklah mengenang budi, kita juga hendaklah
bertanggungjawab dan menanam sifat kasih sayang dalam keluarga. Selain itu, kita
haruslah bekerja keras demi keluarga dan tanah air serta kita juga mestilah tidak mudah
putus asa dalam apa jua perkara. Selain itu, kita juga mestilah menanam semangat cintakan
tanah air dan hendaklah juga hidup prihatin dalam komuniti.
Selain penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam Interlok, penggunaan dan
pemilihan diksi yang senang difahami maksudnya jelas memberikan kesan yang mendalam
kepada pembaca sehingga mereka memahami plot cerita yang disampaikan oleh
pengarang.
Plot penceritaan yang kronologi (mengikut urutan waktu) juga membantu
memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca. Hal ini demikian kerana, para
pembaca tidak keliru dalam memikirkan plot ceritanya malahan dapat membantu para
pembaca memahami perjalanan cerita dari satu plot ke plot yang berikutnya. Penceritaan
mengikut bab (penceritaan satu-persatu mengikut kaum) dapat membantu para pembaca
memahami penceritaan satu demi satu tanpa bercampur aduk.
23

Penerapan teknik penceritaan seperti pemerian, dialog, imbas kembali, suspens dan
sebagainya turut membantu memberikan kesan yang mendalam kepada diri pembaca.
Semua teknik penceritaan tersebut dapat membantu pembaca mendalami plot cerita dan
menelaah setiap perwatakan yang diwarnai oleh pengarang kepada setiap watak yang
ditonjolkan.

24

8.0

BIBLIOGRAFI

1. Teks
Abdullah Hussain, (2010), Interlok Edisi Pelajar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
2. Buku-Buku
Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
3. Jurnal dan Majalah
Ungku Maimunah Binti Ungku Mohd Tahir, (2006), Akademika 69 : Pemahaman
dan Penerapan Sosiologi Sastera dalam Kesusasteraan Melayu Moden, Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Laman Blog
Diperoleh pada 25 November 2014 daripada http://teorisastera.blogspot.com.

25

Vous aimerez peut-être aussi