Vous êtes sur la page 1sur 21

1.

0 Pendahuluan
Pada zaman teknologi sekarang, setiap orang sibuk dengan pekerjaan masingmasing dan seterusnya telah mengabaikan gaya hidup yang sihat. Oleh demikian,
seseorang itu tidak dapat menikmati kesejahteraan yang menunjukkan gaya hidup yang
seimbang, inilah punca utama yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku seperti
masalah tekanan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah emosi, masalah
pekerjaan, masalah sosial dan sebagainya. Di sini, dapat kita lihat gaya hidup yang sihat
merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat
memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Malahan
juga, gaya hidup yang sihat merupakan satu cara yang membina kesejahteraan dalam
kehidupan bagi mencapai kualiti kehidupan yang seimbang dan diinginkan oleh setiap
insan.
Myers, Sweeney and Wittmer, 2005, p.252, kesejahteraan boleh didefinisikan
sebagai satu cara hidup ke arah mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang
optimum yang merangkumi fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh
individu untuk kehidupan yang kualiti di dalam masyarakat.
Wellness Wheel (Roda Kesejahteraan ) yang diperkenalkan dalam artikel oleh
Ballard (2012) memberi satu gambaran visual mengenai konsep kesejahteraan yang
menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Maka, terdapat enam dimensi
kesejahteraan perlu kita mengambil perhatian dan diamalkan untuk mencapi dan
mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, iaitu fizikal, emosi, spiritual,
sosial, persekitaran dan intelektual. Keenam dimensi perlu diintegrasi oleh setiap individu
dalam masyarakat untuk mencapai kehidupan yang berkualiti dan harmoni. Kesejahteraan
hanya boleh dicapai dengan sepenuhnya apabila individu dapat menguasai enam dimensi
dengan seimbang.
Maka, keenam-enam dimensi dalam roda kesejahteraan tersebut akan
dibincangkan dalam soalan tugasan ini supaya dapat kita memahami secara mendalam
mengenai cara mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam
kehidupan.

2.0 Definisi Kesejahteraan


Dalam istilah umum, kesejahteraan merujuk kepada menunjuk ke keadaan yang
baik, kondisi manusia di mana orang-orangnya dalam keadaan makmur, dalam keadaan
sihat dan aman damai. Pada pendapat saya, mengikut istilah umum yang saya fahamkan,
saya sangat setuju bahawa kesejahteraan adalah merujuk kepada keadaan yang baik di
mana seseorang individu menikmati kehidupan yang makmur, sihat dan aman damai,
secara ringkasnya akan memberi rangsangan positif bagi seseorang individu
mengamalkan gaya hidup yang sihat, seterusnya mencapai kesejahteraan diri dalam status
kehidupan.
Dari segi bahasa, kesejahteraan berasal dari kata dasar sejahtera. Kamus Pelajar
Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010) mentakrifkan kesejahteraan sebagai
bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur;
selamat. Kesejahteraan pula membawa maksud hal atau keadaan sejahtera; keamanan,
keselamatan dan ketenteraman.
Dari segi istilah, para sarjana telah membincangkan maksud kesejahteraan
manusia dengan pelbagai makna. Gasper (2002), Travers dan Richardson (1997) telah
membincangkan kesejahteraan sebagai satu konsep atau abstrak yang digunakan untuk
dirujuk kepada apa sahaja yang digunakan untuk menilai situasi dan keadaan kehidupan
seseorang. Secara ringkasnya, ia merupakan satu penerangan tentang keadaan hidup
seseorang manusia. Dimensi kesejahteraan manusia juga boleh dikenalpasti dan terdapat
pelbagai dimensi. Contohnya berilmu, persahabatan, perhubungan, integriti, kesihatan,
jaminan ekonomi, kebebasan, kasih sayang, harta dan masa berehat (Alkire, 2002).
Melalui istilah ini, apa yang saya fahamkan mengenai kesejahteraan manusia perlu
mencapai keseimbangan melalui pelbagai dimensi. Istilah yang dikemukakan mempunyai
persamaan apabila berbanding dengan roda kesejahteraan yang dikemukakan oleh
Ballard (2012) iaitu kesejahteraan boleh dikenalpasti dan dicapai melalui dimensi
intelektual, sosial, dan emosi. Melalui ini, boleh pastinya kesejahteraan sekurangkurangnya perlu merangkumi ketiga-tiga dimensi ini bagi mewujudkan kesejahteraan
yang optimum.

Menurut Schalock (1996), kesejahteraan hidup manusia diintergrasikan kepada


lapan prinsip utama iaitu kesejahteraan fizikal, kesejahteraan emosi, perkembangan
personal, kesejahteraan perkakasan, hubungan interpersonal, pembuatan keputusan,
hubungan sosial, dan hak. Di sini, apa yang diutamakan adalah kesejahteraan berasaskan
kepada dua elemen yang paling penting iaitu kesejahteraan intelektual dan kesejahteraan
pendidikan yang dapat memberi pengaruh status kualiti kehidupan seseorang individu.
Dalam laporan Ross dan Wu (1996) juga telah mengatakan bahawa pendidikan membawa
impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan
mengekalkan kualiti kehidupan seseorang. Mengikut pandangan saya, seseorang itu
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas melalui pendidikan berpeluang memiliki
pengaruh luas dan dapat membuat keputusan secara wajar dalam kehidupan. Dengan ini,
seseorang individu akan sentiasa berasa kepuasan dan berkewibawaan kendiri yang tinggi
dalam sesebuah organisasi atau kerjayaan yang diceburi. Maka, inilah yang dapat
memberi rangsangan dan motivasi positif terhadap seseorang individu, secara
langsungnya akan meningkatkan kualiti kehidupan seseorang tersebut dan seterusnya
berusaha mengekalkan gaya hidup sihat serta mencapai tahap kesejahteraan.
Menurut

Baker

(2003),

World

Health

Organisation

(WHO)

telah

memperkenalkan konsep kesihatan holistik. Dalam konsep ini terma kesihatan dan
kesejahteraan digunakan bersilih ganti untuk menunjukkan dinamik dan persamaan
antara dua terma tersebut. Kesihatan holistik atau kesejahteraan merangkumi dimensi
psikologi, fizikal, sosial, intelektual, spiritual, pekerjaan dan persekitaran. Individu yang
didefinisikan mencapai kesejahteraan adalah individu yang mencapai tahap optimum bagi
keseluruhan dimensi di atas. Namun demikian, tidak dapat dinafikan terdapat juga turun
naik pada dimensi tersebut dalam proses mencapai kesejahteraan.
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kesejahteraan merangkumi tujuh
dimensi iaitu kesejahteraan psikologi, sosial, intelektual, fizikal, spiritual, pekerjaan dan
persekitaran (Stuart, Biddle, Kenneth & Stephen, 2010). Berdasarkan kedua-dua definisi
konsep kesejahteraan yang dinyatakan, dapat saya membuat satu ringkasan terhadap
proses mencapai kesejahteraan perlu merangkumi pelbagai dimensi dan ianya tidak dapat
dicapai melalui satu dimensi sahaja ataupun kekurangan salah satu dimensi. Maka,

kesejahteraan bukan begitu senang dicapai, ianya perlu memberi perhatian dan fokus
terhadap pelbagai dimensi bagi mencapai kesejahteraan yang seimbang dan optimum dari
segi pelbagai dimensi yang perlu diutamakan seperti yang dinyatakan.

3.0 Huraian enam dimensi Roda Kesejahteraan Ballard (2012)

Gambar rajah 1.1 : Roda Kesejahteraan Ballard (2012)

Berdasarkan gambar rajah 1.1 yang ditunjukkan, Wellness Wheel (Roda


Kesejahteraan) yang dikemukakan dalam artikel oleh Ballard (2012) telah memberi satu
gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan hidup yang
seimbang. Antaranya enam dimensi yang perlu diberi perhatian iaitu fizikal, emosi,
spiritual, sosial, persekitaran dan intelektual. Keenam-enam dimensi perlu diintegrasi
oleh setiap individu dalam masyarakat untuk mencapai kehidupan yang berkualiti dan
harmoni. Kesejahteraan hanya boleh dicapai dengan sepenuhnya apabila individu dapat
menguasai enam dimensi dengan seimbang.
Dimensi fizikal merupakan keupayaan dan suatu proses yang berterusan untuk
mengekal tahap aktiviti fizikal dengan optimum melalui memberi perhatian terhadap
nutrisi, penjagaan diri, pengamalan gaya hidup yang sihat, dan pengambilan makanan

yang seimbang. Seseorang individu turut perlu sentiasa melakukan senaman untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan senaman sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dan tiga bulan sekali melakukan pemeriksaan badan untuk memastikan tubuh
badan sentiasa sihat dan cergas.
Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) juga turut menyelitkan
kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan
fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.
Maka, gaya hidup yang sihat perlu diamalkan dengan aktiviti yang melibatkan fizikal,
dan seterusnya mencapai kesejahteraan fizikal dalam kehidupan seseorang individu
tersebut. Sebagai contohnya, berasaskan prinsip bahawa kesihatan penting kepada
masyarakat dunia. World Health Organization (WHO) telah mengambil langkah untuk
mempromosikan kesihatan fizikal melalui program Health For All in the 21st Century
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Program ini dirangka untuk memenuhi dua
objektif utama iaitu meningkatkan kualiti dan jangka hayat kehidupan serta
menghapuskan ketidaksamaan kualiti kesihatan berasaskan perbezaan gender, bangsa,
agama, etnik, dan taraf pendidikan. Melalui ini, kesejahteraan fizikal bukan hanya perlu
diutamakan dari segi luaran iaitu kesihatan badan seseorang itu, malahan kesejahteraan
fizikal boleh merangkumi kesihatan dari segi dalaman iaitu kemampuan menangani dan
menerima fizikal yang lain daripada diri sendiri seperti gender, bangsa, agama, etnik, dan
taraf pendidikan yang berbeza.
Dimensi emosi merupakan salah satu dimensi yang penting dalam roda
kesejahteraan yang merangkumi perasaan, kasih sayang, menghadapi cabaran dan lainlain lagi. Emosi merupakan sikap dan kepercayaan individu dalam kehidupan diri sendiri.
Seseorang individu dapat mengawal perasaan dan menerima perubahan persekitaran
dengan pemikiran atau pandangan yang positif, realistik, dan optimik. Selain itu,
seseorang individu turut mempunyai tahap penghargaan diri optimum dan kesedaran
dalam kehidupan dengan pelbagai perubahan dalam jangkaan mahupun di luar jangkaan
diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh Patton (1997), emosi merupakan elemen
penting yang membawa pengaruh positif atau negatif kepada kesejahteraan hidup harian
kita. Mengikut pandangan saya, saya sangat setuju bahawa emosi itu adalah sikap dan

kepercayaan individu terhadap diri dalam kehidupan. Di sini, setiap hari kita mengalami
pelbagai cabaran atau masalah, sekiranya kita dapat mengawal emosi kita dengan
menerima cabaran serta cuba menyelesaikan masalah dengan emosi yang positif, maka
sikap dan kepercayaan positif ini membolehnya seseorang individu mencapai
kesejahteraan emosi dan seterusnya memberi impak positif kepada diri dalaman
seseorang individu.
Dimensi spiritual pula merupakan dimensi yang merangkumi prinsip-prinsip,
etnik, dan moral dalam pencarian makna, hubungan dengan Tuhan dan komuniti spiritual
dalam kehidupan untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan.
Kolle (1974) dalam Bintarto (1989) telah mengatakan kesejahteraan spiritual boleh
digambarkan melalui etika, nilai-nilai intrinsik, hubungan individu dengan Tuhan,
keserasian penyesuaian, moral dan sebagainya. Mengikut pandangan saya, dimensi
spiritual ini boleh diertikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan, atau bersifat rohani
atau jiwa (bukan bersifat fizikal) dalam seseorang individu bagi mewujudkan
kesejahteraan diri.
Selaraskan dengan roda kesejahteraan yang dikemukakan oleh Ballard (2012),
dimensi spiritual adalah merupakan salah satu dimensi yang perlu kita pentingkan, maka
di sinilah kita dapat mengetahui kerohanian seseorang individu itu perlu sentiasa kita
amalkan bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan harian. Sebagai
contohnya, kita perlu memegang etika, nilai-nilai murni, keserasian penyesuaian,
bersikap moral mengikut agama atau kepercayaan masing-masing bagi merangsangkan
kerohanian dalaman diri sendiri bagi mencapai kesejahteraan kehidupan.
Dimensi sosial dalam roda kesejahteraan membawa maksud keupayaan dan
kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain, komuniti dan persekitaran. Seseorang
individu dapat menyelesai masalah konflik antara satu sama lain melalui berkomunikasi
supaya emosi tidak terganggu dan dapat mewujudkan hubungan yang harmoni. Seseorang
berkomunikasi dengan masyarakat melalui pelbagai media seperti media cetak, media
elektronik dan lain-lain lagi untuk mengetahui perkara yang berlaku dalam masyarakat
dan memikul tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat.

Selain daripada itu, kesejahteraan sosial boleh dikatakan mempunyai erti yang
sangat luas dalam berbagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu untuk
mencapai serta meningkatkan kehidupan yang lebih baik. Menurut Gertrude Wilson,
Social welfare is an organized concern of all for all yang bermaksud kesejahteraan
sosial merupakan satu usaha yang tersusun dari semua untuk semua. Manakala, menurut
Walter Friedlander pula menyatakan Social welfare is the organized system of social
services and institutions, designed to aid individuals and group to attain satisfying
standard of life and health yang bermaksud kesejahteraan sosial merupakan satu sistem
yang teratur dari institusi dan pelayanan sosial, yang dirancang untuk membantu
seseorang individu ataupun kelompok agar dapat mencapai standard hidup dan kesihatan
yang lebih memuaskan.
Segel dan Bruzy (1998) pula mengatakan bahawa kesejahteraan sosial merupakan
suatu kondisi sejahtera yang merangkumi kesihatan fizikal individu masyarakat,
kestabilan ekonomi keluarga, kestabilan politik negara, kebahagiaan dan kualiti hidup.
Menurut Elizabeth Wickenden, kesejahteraan sosial merangkumi peraturan perundangan,
program, manfaat yang menjamin atau memperkuat kepercayaan untuk memenuhi
kebutuhan sosial yang berasaskan masyarakat serta menjaga ketenteraman dalam
masyarakat.
Melalui pandangan yang telah dinyatakan, kesejahteraan sosial adalah
mengutamakan kepada kewujuddan satu keadaan yang mementingkan kondisi yang
harmoni, bebas daripada kes-kes jenayah, perhubungan yang baik dan berkomukasi
secara berkesan bagi mencapai kesejahteraan sosial dalam kehidupan harian kita.
Dimensi persekitaran turut memainkan dimensi yang penting yang perlu
diseimbangkan antara kehidupan seseorang individu dengan persekitaran dan sumbersumber dalam komuniti dan masyarakat. Kesejahteraan persekitaran juga boleh merujuk
kepada suasana yang kita alami seperti rumah kediaman, sekolah, tempat kerja yang
dapat memberi pengaruh dalam pembentukan kesejahteraan dalam kehidupan harian
seseorang individu. Persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi dan
gaya hidup kita. Sekiranya persekitaran yang tidak kondusif, maka gaya hidup yang sihat

akan terjejas, secara langsungnya akan menyebabkan ketidakseimbangan bagi mencapai


kesejahteraan yang optimum.
Dimensi intelektual merupakan situasi di mana seseorang individu memperoleh
kemahiran baru, memupuk pemikiran yang positif dan kritikal serta melibatkan diri
dalam aktiviti kreatif dengan menggunakan sumber-sumber dengan sepenuhnya untuk
mengembangkan dan meluaskan ilmu pengetahuan. Intelektual turut merangkumi
pencarian pengalaman dan idea untuk meneruskan kehidupan dan mencapai
kesejahteraan. Dalam istilah lain, kesejahteraan intelektual ini boleh dikatakan sebagai
kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas terhadap
maklumat yang diterima. Intelektual juga melibatkan fikiran yang kreatif dan kritis serta
berusah meluaskan ilmu pengetahuan bagi mencapai kesejahteraan hidup.
Menurut pandangan Covington (1984), seseorang individu perlu sentiasa
mendedahkan diri terhadap ilmu pengetahuan yang terbaru di pentas dunia ini. Kita perlu
tidak berhenti belajar untuk menguasai kemahiran terbaru dan realistik supaya kita dapat
mencapai kejayaan dalam bidang kerjaya yang diceburi. Dengan ini, kesejahteraan
intelektual ini adalah mementingkan kepada cara pemikiran seseorang individu yang
lebih cenderung kepada pemikiran positif, berpandangan luas, berfikiran kreatif dan kritis
bagi memberi kesedaran diri dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang berkualiti,
seterusnya mencapai kesejahteraan kehidupan. Perkembangan ilmu pengetahuan
seseorang individu memainkan peranan penting dalam menguasai keterampilan,
pembentukan tingkah laku yang baik serta usaha meningkatkan kualiti kehidupan bagi
mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berkualiti.

4.0 Akibat Ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan Ballard (2012)

Kesejahteraan
Fizikal
Kesejahteraan
Intelektual

Kesejahteraan Emosi

WELLNESS

Kesejahteraan
Persekitaran

Kesejahteraan
Spiritual
Kesejahteraan Sosial

Gambar rajah1.2 : Konsep wellness


Tiada formula atau resipi istimewa untuk mencapai kesejahteraan yang optimum.
Walau bagaimanapun, gabungan keenam-enam dimensi dalam roda kesejahteraan adalah
perlu ditekankan dan digabungkan bagi amalan gaya yang sihat dalam kehidupan harian
seseorang individu bagi mencapai kesejahteraan yang optimum.
Di sini, satu konsep yang melibatkan gabungan enam dimensi kesejahteraan
adalah wellness atau kesejahteraan (gambar rajah 1.2). Menurut Powers, Nodd & Nolan
(2006), Wellness merupakan satu keadaan kesihatan optimum dan seimbang yang
melibatkan aspek fizikal, emosi, spiritual, sosial, persekitaran dan intelektual. Setiap
individu perlu mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi dalam enam aspek bagi
mencapai wellness atau kesejahteraan. Kekurangan dalam satu aspek dalam kesejahteraan
boleh memberi kejejasan dalam usaha mencapai gaya hidup yang seimbang, maka proses
mencapai kesejahteraan yang optimum turut terjejas.
Pada pendapat saya, bagi menyempurnakan roda kesejahteraan yang seimbang
dan optimum, maka kita perlu mengambil perhatian terhadap keenam-enam dimensi
kesejahteraan yang dikemukakan oleh Ballard (2012) dalam amalan kehidupan harian
kita. Sekiranya ketidakseimbangan roda kesejahteraan yang kita amalkan dalam
kehidupan akan membawa akibat negatif dalam proses keharmonian, keamanan dan

kesejahteraan kehidupan seseorang individu tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh


Organisasi Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) telah menetapkan
beberapa parameter kesejahteraan yang merangkumi dimensi-dimensi dalam roda
kesejahteraan iaitu fizikal, intelektual, emosional, sosial, dan spiritual. Di sini, Organisasi
Kesihatan Dunia telah membuat kesimpulan bahawa kesihatan dan kesejahteraan yang
baik adalah saling bergantung kepada dimensi-dimensi yang dinyatakan. Sebaliknya,
ketidakseimbangan dimensi-dimensi kesejahteraan akan memberi akibat yang sebalik
dengan erti sejahtera.
Selain daripada itu, ketidakseimbangan dimensi-dimensi roda kesejahteraan akan
menyebabkan seseorang individu kekurangan kesedaran terhadap gaya hidup yang sihat
akan mengabaikan kepentingan menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam
kehidupan. Gaya hidup berlebihan atau kekurangan akan menyebabkan tekanan dan
kesen timbul pelbagai penyakit. Maka, ini telah membuktikan dimensi fizikal
memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk kesejahteraan yang optimum.
Sebagai contohnya, hasil kajian dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (2005),
telah mengatakan bahawa amalan gaya hidup masyarakat yang tidak seimbang dari segi
kesejahteraan fizikal akan menimbul masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung,
kencing manis, kanser dan darah tinggi yang mempunyai peratusan yang tinggi dan
sentiasa dijangkiti oleh manusia. Gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati
seramai 8.20 juta iaitu 78% daripada masyarakat yang tidak memakan sayur-sayuran dan
buah-buahan manakala sebanyak 7.2 juta iaitu sebanyak 60.1% rakyat tidak menjalankan
aktiviti fizikal yang sepatutnya telah membawa akibat negatif dan memberi pengaruh
dalam pembentukan kesejahteraan dalam kehidupan.
Seterusnya, sekiranya dimensi sosial diabaikan dalam kehidupan harian akan
memberi kesan negatif seperti perhubungan yang tidak baik, komunikasi yang kurang
berkesan, maka ini akan menjejaskan pembentukan sikap positif , dan akan menimbulkan
masalah emosi bagi seseorang individu. Dengan ini, gaya hidup yang sihat dan
kesejahteraan kehidupan akan terjejas. Sebagai contohnya, sesetengah orang tidak suka
bergaulan dengan orang lain di mana mereka lebih suka kesendirian. Hal ini bakal
menyebabkan seseorang tersebut kurang berkenalan dan berinteraksi dengan orang lain
serta menyebabkan ketidaksejahteraan sosial dalam kehidupan. Kekurangan sosial antara
satu sama lain bakal mudah menyebabkan petelingkahan dan peselisihan faham kerana

10

kekurangan komunikasi yang berkesan sesama diri. Hal demikian turut menyebabkan
seseorang tidak dapat meluahkan perasaan terhadap orang lain di mana ia akan membawa
masalah emosi secara tidak langsung. Maka, dimensi sosial perlu dipentingkan dalam
kehidupan harian bagi mencapai keseimbangan kesejahteraan hidup. Setiap individu
perlu mengamalkan cara interaksi dan berkomunikasi dengan hati yang terbuka, sentiasa
menerima pandangan orang lain, maka ini dapat manambah dan meluaskan pandangan
kendiri bagi mencapai kesejahteraan yang seimbang.
Dimensi emosi perlu kita mengambil berat bagi mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Hal ini dapat menjamin kestabilan mental serta sentiasa mengawal ataupun
mengurangkan tekanan. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti
pemikiran positif dan kawalan emosi secara berkesan mampu memberi jalan penyelesaian
bagi masalah yang dihadapi tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan. Seperti yang
dinyatakan oleh Patton (1997), emosi merupakan elemen penting yang membawa
pengaruh positif atau negatif kepada kesejahteraan hidup harian kita. Beliau telah
membuktikan bahawa emosi adalah penting dalam keseimbangan dimensi-dimensi dalam
roda kesejahteraan Ballard (2012). Sekiranya kita mengabaikan dimensi emosi dalam
pengamalan kehidupan seharian kita, maka akibat seperti masalah tekanan, mengalami
gangguan emosi akan berlaku dan seterusnya memberi ketidakseimbangan kesejahteraan
dalam kehidupan.
Kolle (1974) dalam Bintarto (1989) telah mengatakan kesejahteraan spiritual
boleh digambarkan melalui etika, nilai-nilai intrinsik, hubungan individu dengan Tuhan,
keserasian penyesuaian, moral dan sebagainya. Di sini kita dapat lihat apabila seseorang
mengabaikan terhadap kesejahteraan spiritual, maka kehidupan kita tidak akan menjadi
sempurna. Seseorang individu akan kekurangan komitmen kesejahteraan spiritual dalam
kehidupannya dan hanya mementingkan harta benda serta tidak mementingkan makna
kesejahteraan optimum dalam kehidupan. Inilah punca utama yang menyebabkan banyak
orang berasa derita, kesepian dalam kehidupan walaupun mereka memiliki harta benda
ataupun kuasa yang diidam-idamkan.
Sebagai kesimpulan, gabungan enam dimensi dalam roda kesejahteraan yang
diperkenalkan oleh Ballard (2012) telah menjelaskan bahawa kesejahteraan adalah dalam
keadaan individu yang bukan sahaja tidak mempunyai sebarang penyakit, tetapi juga
11

individu tersebut sejahtera dari sudut fizikal, mental dan sosial. Kesejahteraan kehidupan
bukan hanya diukur melalui kefungsian dan struktur tubuh badan, malahan juga
merangkumi perasaan, nilai dan pemikiran. Akhirnya sekali, kesejahteraan juga meliputi
interaksi individu dengan persekitaran serta hubungan interpersonal.

5.0 Cara mengamalkan gaya hidup sihat berdasarkan Roda Kesejahteraan


Gaya hidup yang sihat berdasarkan roda kesejahteraan Ballard (2012) merupakan
suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan positif kepada
seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Amalan gaya hidup yang sihat
merupakan salah satu aspek yang penting dalam mencapai kesejahteraan kehidupan yang
seimbang dan berkualiti. Antara contoh amalan gaya hidup yang sihat ialah seperti
amalan pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi,
cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan
persekitaran dan sebagainya. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini akan
membawa kepada kesejahteraan yang optimum.
Seterusnya, apa yang dipentingkan dalam dimensi fizikal iaitu kita perlu
memastikan tahap kesihatan yang baik. Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah

12

amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan
yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup yang sihat selalu memberi faedah kepada
kecergasan fizikal. Misalnya, dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap,
kehidupan seseorang itu akan menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti
bersukan, berekreasi, bersenam aerobik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita
menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Selain daripada itu,
amalan gaya hidup yang mementingkan dimensi fizikal ini dapat mengurangkan risiko
menghadapi penyakit berbahaya. Apabila kita sering melakukan senaman ataupun
mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri
daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit sakit jantung,
kencing manis dan sebagainya. Maka, dengan syarat penjagaan fizikal yang baik,
kesejahteraan hidup dapat kita capaikan.
Menurut sumber Utusan Borneo, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NHMS) menunjukkan seramai 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
menghidap diabetes, 5.8 juta orang mengalami tekanan darah tinggi dan 6.2 juta orang
mempunyai tahap kolestrol dalam darah yang tinggi. Dengan ini, Jabatan Kesihatan
Negeri dan Institut Pendidikan Guru Kampus telah melancarkan satu Program Siswa
Sihat (PROSIS) Peringkat Negeri 2013. Program PROSIS ini dilaksanakan secara
perkongsian pintar di antara Jabatan Kesihatan Negeri dan IPGK akan diadakan secara
berterusan dengan segala perancangan, pelaksanaan dan penilaiannya dilakukan bersama
bagi memastikan kelestarian program tersebut. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr.
Jamilah Hashim berkata, beliau yakin melalui komitmen yang diberikan, PROSIS mampu
melahirkan siswa siswi yang prihatin dan peka terhadap kesihatan diri di samping
mengamalkan elemen cara hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka. Melalui ini,
jelasnya PROSIS ini diperkenalkan dengan hasrat untuk melahirkan siswa siswi yang
membudayakan amalan hidup sihat di mana mereka akan bertindak dan bergerak sebagai
contoh terbaik dalam mengamalkan cara hidup sihat selaras dengan konsep Dari Siswa,
Melalui Siswa, Untuk Siswa. Melalui program yang dilancarkan, jelasnya dimensi
fizikal adalah perlu kita diutamakan dahulu bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat
dengan gabungan dimensi lain untuk mencapai kesejahteraan yang optimum.

13

Seterusnya, dimensi emosi perlu kita mengambil berat bagi mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Hal ini dapat menjamin kestabilan mental serta sentiasa mengawal
ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan
kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta
minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolism juga dapat dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat
yang lain seperti pemikiran positif dan kawalan emosi secara berkesan mampu memberi
jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi tanpa menghadapi tekanan yang
berlebihan. Seperti yang dinyatakan oleh Patton (1997), emosi merupakan elemen
penting yang membawa pengaruh positif atau negatif kepada kesejahteraan hidup harian
kita. Beliau telah membuktikan bahawa emosi adalah penting dalam keseimbangan
dimensi-dimensi dalam roda kesejahteraan Ballard (2012). Sekiranya kita mengabaikan
dimensi emosi dalam pengamalan kehidupan seharian kita, maka akibat seperti masalah
tekanan, mengalami gangguan emosi akan berlaku dan seterusnya memberi
ketidakseimbangan kesejahteraan dalam kehidupan.
Dimensi persekitaran juga memainkan peranan penting dalam pembentukan
gaya hidup yang sihat mengikut roda kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard
(2012). Unsur persekitaran perlu kita diutamakan dari segi penjagaan kebersihan dan
keceriaan atas pengaruh positif dalam amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
kita. Kita perlu memastikan persekitaran yang kita berada itu sentiasa dalam keadaan
bersih dan kondusif bagi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian hidup.
Selain daripada itu, dimensi intelektual juga merupakan salah satu dimensi yang
perlu diambil berat bagi amalan gaya hidup yang sihat untuk mencapai keseimbangan
roda kesejahteraan. Mengikut istilah, dimensi intelektual merupakan situasi di mana
seseorang individu memperoleh kemahiran baru, memupuk pemikiran yang positif dan
kritikal serta melibatkan diri dalam aktiviti kreatif dengan menggunakan sumber-sumber
dengan sepenuhnya untuk mengembangkan dan meluaskan ilmu pengetahuan. Intelektual
turut merangkumi pencarian pengalaman dan idea untuk meneruskan kehidupan dan
mencapai kesejahteraan.

14

Menurut pandangan Covington (1984), seseorang individu perlu sentiasa


mendedahkan diri terhadap ilmu pengetahuan yang terbaru di pentas dunia ini. Kita perlu
tidak berhenti belajar untuk menguasai kemahiran terbaru dan realistik supaya kita dapat
mencapai kejayaan dalam bidang kerjaya yang diceburi. Dengan ini, kesejahteraan
intelektual ini mementingkan kepada cara pemikiran seseorang individu yang lebih
cenderung kepada pemikiran positif, berpandangan luas, berfikiran kreatif dan kritis bagi
memberi kesedaran diri dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang berkualiti,
seterusnya mencapai kesejahteraan kehidupan. Sebagai contohnya, memandangkan
informasi sentiasa berubah mengikut masa ke semasa, maka kita perlu sentiasa
menambah ilmu pengetahuan melalui pelbagai cara bagi meningkatkan kemampuan dan
keupayaan diri dalam menyelesaikan pelbagai masalah konflik yang dihadapi dalam
kehidupan harian. Dengan ini, keharmonian hidup akan diwujudkan dan secara
langsungnya mencapai kesejahteraan hidup.
Secara keseluruhannya, kita perlu peka dan mengambil perhatian terhadap
keenam-enam dimensi iaiatu gabungan dimensi fizikal, emosi, spiritual, sosial,
persekitaran dan intelektual dalam roda kesejahteraan bagi menyempurnakan gaya hidup
yang sihat dan sempurna. Kekurangan salah satu dimensi daripada enam dimensi tersebut
akan membawa ketidakseimbangan kesejahteraan dalam kehidupan kita.
6.0 Penambahan Dua Dimensi Roda Kesejahteraan Baru
Penambahan dua dimensi baru roda kesejahteraan bagi saya ialah dimensi kerjaya
dan dimensi kewangan.
Yang pertama, dimensi kerjaya merangkumi kemahiran dan sikap seseorang
individu untuk mencapai kerjayaan dan memperoleh pengetahuan dan keupayaan untuk
membina keseimbangan antara pekerjaan dan masa lapang supaya dapat mewujudkan
kehidupan yang sejahtera. Dimensi ini turut menyediakan dan memberi peluang bagi
setiap individu untuk menyumbang diri dalam pekerjaan supaya dapat mencapai
kepuasan dan keyakinan diri dalam pekerjaan. Biasanya, dimensi kerjaya ini berkait rapat
dengan unsur pendidikan juga. Pendidikan yang tinggi perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan berkemampuan menyelesaikan pelbagai masalah konflik

15

dengan ilmu pengetahuan yang ada dalam kerjaya yang diceburi bagi mewujudkan
keharmonian dalam kerjaya harian kita.
Menurut John Locke (2011) pernah berpendapat, bahawa pekerjaan merupakan
sumber untuk memproleh hal miliki peribadi. Menurut Hagel, berpendapat bahawa
pekerjaan membawa manusia menemukan dan mengaktualisasikan dirinya. Karl Mazrx
pula berpendapat pekerjaan merupakan sarana manusia untuk menciptakan diri. Secara
singkatnya, Magnis-Suseno menegaskan bahawa ada tiga fungsi kerja., iaitu fungsi
reproduksi bahan, integrasi sosial, dan pengembangan diri. Yang pertama dengan bekerja,
manusia dapat memenuhi keperluan asasnya. Yang kedua dengan bekerja, manusia
mendapatkan status di masyarakat. Ia dipandang sebagai warga yang bermanfaat. Yang
ketiga dengan bekerja, manusia mampu berfikir secara kreatif dalam menciptakan dan
mengembangkan dirinya.
Berasaskan pandangan yang telah dinyatakan, dimensi kerjaya ini memainkan
peranan penting dalam proses mencapai kesejahteraan kehidupan harian kita. Sebagai
contohnya, setiap individu perlu mempunyai kerjaya sendiri bagi memenuhi keperluan
asas dalam kehidupan. Selain daripada itu, kerja yang berasaskan minat dapat
mewujudkan kepuasan dan mencapai kerjayaan melalui bidang yang diceburi. Melalui
dimensi kerjaya yang diamalkan dalam kehidupan harian kita, seseorang individu dapat
memperoleh kemahiran baru dan pengalaman melalui kerjaya yang dipilih, maka dengan
tempoh masa yang panjang, keyakinan diri akan dibina dan membantu seseorang individu
mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Dengan ini,
keharmonian dan kesejahteraan hidup akan diwujudkan.
Sekiranya dimensi kerjaya ini diabaikan dan tidak dipentingkan, maka seseorang
individu tidak akan diterima oleh masyarakat sebagai seorang yang memberi sumbangan
dan manfaat dalam negara, maka seseorang individu akan kehilangan matlamat dalam
kehidupannya. Hal ini akan menyebabkan sikap yang negatif seperti tidak yakin pada diri
sendiri, tidak bersemangat, sentiasa bersifat putus asa dalam kehidupan dan sebagainya.
Kedua, dimensi kewangan merupakan keupayaan seseorang individu untuk
mengurus wang dengan rasional terhadap pembelian barang samaada barang biasa,

16

barang mesti, mahupun barang mewah. Seseorang individu turut perlu menghargai dan
mengurus wang dengan effektif supaya tidak berlakunya pemborosan dan kesejahteraan
dapat dicapai. Sekiranya seseorang individu tidak dapat mengurus kewangan secara
bijaksana dan rasional, maka kekurangan wang akan menyebabkan kemiskinan dan
secara tidak langsung pelbagai masalah serta tekanan dalam kehidupan akan ditimbulkan.
Mengikut Stern, Sminth & Jang (1999), kemiskinan akan membawa tekanan
hidup dan menimbulkan masalah keluarga seperti pergaduhan antara suami isteri,
penyisihan, kebimbangan, kerisauan seterusnya menimbulkan ketidakseimbangan
kesejahteraan dalam kehidupan harian. Ini telah membuktikan bahawa seseorang individu
yang mempunyai masalah kemiskinan terpaksa menghadapi masalah tekanan yang
ditimbulkan seperti tidak mampu membeli barang keperluan asas, tidak dapat
menyediakan persekitaran yang sesuai dan kondusif, tidak mampu melanjutkan pelajaran
ke tahap tinggi, bebanan hidup menjadi tekanan dan pelbagai masalah negatif akan
timbul. Dengan ini, tidak dapat dinafikan dimensi kewangan ini adalah penting kerana
kekurangan kewangan dalam kehidupan akan membawa bebanan dan ketidakseimbangan
kesejahteraan, seterusnya dimensi-dimensi roda kesejahteraan lain turut akan terjejas.
Tidak dapat dinafikan bahawa kewangan adalah memainkan peranan penting
dalam meningkatkan status kehidupan bagi mencapai kesejahteraan hidup yang
berkualiti. Apabila dimensi kewangan dititikberatkan, maka syarat tahap kehidupan bagi
seseorang individu menjadi lebih baik seperti mampu menerima pendidikan yang baik,
tinggal di persekitaran yang selesa, pengamalan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Hal ini telah membuktikan bahawa dimensi kewangan adalah berhubung rapat dengan
dimensi lain bagi menghasilkan gaya hidup yang sihat, seterusnya mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, kita seharusnya bijaksana
mengurus kewangan dengan memupuk tabiat menabung atau menggunakan wang secara
sewajarnya. Walaupun dimensi kewangan ini hanyalah memainkan peranan sebahagian
dari kesejahteraan, tetapi tanpa dimensi kewangan adalah dapat memberi bebanan dan
boleh menimbulkan pelbagai masalah serta menjejaskan keseimbangan dimensi lain
dalam pembentukan kesejahteraan hidup yang optimum.

17

Kesimpulannya, setiap dimensi dalam roda kesejahteraan adalah mempunyai


peranan dan fungsi masing-masing. Dengan penambahan dua dimensi baru ini iaitu
dimensi kerjaya dan dimensi kewangan dalam roda kesejahteraan Ballard (2012), hal
demikian akan melengkapkan dan menyempurnakan lagi bagi mencapai kesejahteraan
yang seimbang dalam kehidupan kita.

7.0 Rumusan Keseluruhan


Untuk mencapai kesejahteraan yang optimum dalam kehidupan harian kita, setiap
dimensi

dalam roda

kesejahteraan

adalah

perlu

kita

mengambil

berat

dan

mengaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Dimensi-dimensi yang kita perlu


dititikberatkan termasuklah dimensi fizikal, emosi, sosial, spiritual, persekitaran dan
intelektual, seterusnya penambahan dua dimensi iaitu dimensi kerjaya dan kewangan juga
memainkan peranan masing-masing dalam pembentukan kesejahteraan yang optimum.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat yang berasaskan dimensidimensi dalam roda kesejahteraan berperanan membawa pelbagai impak positif kepada
kita bagi meningkatkan tahap kualiti kehidupan kita. Menurut Powers, Nodd & Nolan
(2006), Wellness merupakan satu keadaan kesihatan optimum dan seimbang yang

18

melibatkan aspek fizikal, emosi, spiritual, sosial, persekitaran dan intelektual. Setiap
individu perlu mempunyai tahap kesihatan yang mencukupi dalam enam aspek bagi
mencapai wellness atau kesejahteraan. Kekurangan dalam satu aspek dalam kesejahteraan
boleh memberi kejejasan dalam usaha mencapai gaya hidup yang seimbang, maka proses
mencapai kesejahteraan yang optimum turut terjejas.
Oleh itu, atas usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam usaha melancarkan program amalan gaya hidup sihat,
diharapkan setiap individu dapat menyedari betapa pentingnya kesihatan dan
kesejahteraan terhadap kita dalam kehidupan. Sebelum kita mampu untuk mempengaruhi
orang di sekeliling kita, terlebih dahulu kita seharusnya bertindak mulai dari diri kita
sendiri dalam tindakan mengamalkan gaya hidup yang berasaskan konsep roda
kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard (2012).
Kesimpulannya, seseorang individu perlu memastikan amalan gaya hidup yang
berpandukan kepada dimensi-dimensi roda kesejahteraan diaplikasikan dan diamalkan
untuk mencapai kesejahteraan yang optimum. Usaha ini sangat penting demi menjamin
kesejahteraan kehidupan, memastikan kesihatan, keharmonian, kemakmuran dalam
menghasilkan kehidupan yang berkualiti. Sebelum terlambat, setiap individu perlu
mempunyai kesedaran diri dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi
mencapai kesejahteraan hidup. Selain daridapa itu, sebagai rakyat yang sihat merupakan
tonggak utama untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran negara kerana Rakyat
Sihat, Negara Maju.
Akhir sekali, saya yakin bahawa kesejahteraan kehidupan dapat dicapai secara
berkesan dengan syarat setiap individu mempunyai kesedaran diri dalam usaha
memastikan kesejahteraan kehidupan diamaklan berasaskan gabungan dimensi-dimensi
kesejahteraan yang merangkumi dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual, persekitaran dan
intelektual, malahan juga mengutamakan kepada dimensi kerjaya dan kewangan. Maka,
kesejahteraan dalam kehidupan bukanlah satu perkara yang susah kita capaikan.

19

8.0 Bibliografi
Roslan Bin Mohamed. (2013). Pembangunan masyarakat kea rah kesejahteraan
berteraskan pembangunan modal insan. Diperoleh pada, 10 March 2014 dari
http://eprints.um.edu.my/3123/1/S4_RoslanMohamad.pdf
Kok Lian Yee. (2013). Memahami kecergasan fizikal dan suaian fizikal. Diperoleh pada ,
10 March 2014 dari http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201A.pdf
Nor Ezdianie Binti Omar. (2007). Kesejahteraan Psikologi dalam kalangan pelajar IPTS.
Universiti Malaysia Terengganu. Diperoleh pada 11 March 2014 dari
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file/ Article/
Herien Puspitawati. (2013). Ketahanan dan kesejahteraan keluarga. Diperoleh 10 March
2014 dari http://ikk.fema.ipb.ac.id/v2/images/karyailmiah/ketahanan.pdf

20

Wellness Centre. (2009). Komponen Kesejahteraan. Diperoleh dari 24 februari 2014 dari
http://wpc.upsi.edu.my/index.php/mengenaikami/komponen-kesejahteraan
Bram Ardianto. (2013). Lima prinsip kesihatan dan kesejahteraan hidup. Diperoleh pada
20 Februari 2014 dari http://bramardianto.com/5-prinsip-kesehatan-dan-kesejahteraanhidup.html
Norkumala Binti Awang. (2011). Gaya hidup sihat perlu keseimbangan rohani dan
jasmani. Diperoleh 20 Februari 2014 dari
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7517-gaya-hidup-sihat-perlukeseimbangan-rohani-dan-jasmani
Wan Zarina Wan Kamarudin. Sofwan Hj Hasbullah. Maisurah Shamsuddin. (2009).
Kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan. Diperoleh 18 Februari 2014 dari
http://eprints.uitm.edu.my/8156/1/LP_WAN%20ZARINA%20WAN
%20KAMARUDDIN%2009_24.pdf

21

Vous aimerez peut-être aussi