Vous êtes sur la page 1sur 4

1.

PENGENALAN
Imageri telah digunakan dengan meluas oleh kebanyakan atlet dan

jurulatih. Imageri didefinisikan sebagai satu proses raptai penggambaran atau


bayangan sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda dan aplikasi
semua sensori dalam pengalaman taakulan dalam melahirkan sensori tulen atau
bayangan lakuan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002). Melalui imageri, seseorang
atlet dapat mencipta semula pengalaman positif yang lalu ataupun mewujudkan
gambaran pengalaman baru bagi meningkatkan prestasi mereka sebagai
seorang atlet. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan Model Imageri
PETTLEP

sebagai salah satu intervensi bagi menyampaikan imageri kepada

subjek.
Model PETTLEP adalah salah satu model yang telah dibangunkan oleh
Holmes dan Collins (2001) di mana model ini membantu dengan satu set garis
panduan untuk penggunaan imageri. PETTLEP (Physical, Envoronment, Task,
Time, Learning, Emotion dan Perspective) adalah satu akronim di mana setiap
huruf mewakili faktor-faktor penting bagi seseorang untuk menggunakan Imageri
sebagai satu intervensi.
Sebagai inovasi dalam Sains Sukan, penyelidik akan menggunakan peranti
mudah alih iaitu iPod untuk melaksanakan Model Imageri PETTLEP dalam kajian
ini. iPod ialah peranti media mudah alih dan komputer poket pelbagai guna yang
telah direka bentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc. iPod boleh digunakan untuk
memindahkan muzik, foto, video, permainan, maklumat kenalan, tetapan e-mel,
penanda buku Web, dan sebagainya. Holmes and Collins (2001) mencadangkan
penggunaan video kemungkinan besar boleh membantu dalam penjanaan
kandungan imageri.
2.0

PENYATAAN MASALAH
Kemahiran menjaring dalam Bola Jaring merupakan suatu kemahiran yang

menguji ketepatan lontaran bola ke sasaran oleh pemain untuk mengutip mata
bagi pasukan. Walaupun hanya GA (Goal Attack) dan GS (Goal Shooter) yang
berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain lain juga perlu menjalani latihan
meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka perlu
menggantikan pemain GA dan GS. Dari isu ini, penyelidik ingin menggunakan
intervensi

Model

PETTLEP

Imageri

bagi

meningkatkan

ketepatan

dalam

menjaring dan keyakinan diri pemain-pemain Bola Jaring dalam kemahiran


menjaring.

3.0

HIPOTESIS KAJIAN

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam

skor

kemahiran

menjaring di antara kumpulan rawatan Model PETTLEP Imageri dan


Model Tradisional dengan kumpulan

kawalan

selepas

mengikuti

program intervensi.
H0 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor keyakinan diri

di

antara kumpulan rawatan Model PETTLEP Imageri dan Model Tradisional


dengan kumpulan kawalan selepas mengikuti program intervensi.

4.0

METODOLOGI KAJIAN

Subjek
Kajian dilakukan ke atas 45 orang pemain Bola Jaring sekolah. Sampel ini
dipilih daripada keseluruhan populasi daripada pemain Bola Jaring Daerah Larut
Matang dan Selama. Penyelidik menggunakan teknik Pensampelan Bertujuan di
mana penyelidik memilih sampel yang difikirkan paling tipikal untuk mewakili
populasi. Sampel dipilih atas dasar sampel tersebut telah memenuhi kriteria
yang ditetapkan oleh penyelidik dan dapat memberikan maklumat yang terbaik
untuk mencapai objektif kajian.(Fah & Hoon, 2012)
Prosedur Kajian
Prosedur dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
i.

Subjek yang telah dipilih menggunakan pensampelan bertujuan iaitu


pemain Bola Jaring bawah 15 tahun dan 18 tahun di daerah Larut Matang
dan Selama. Walaupun begitu, penglibatan subjek adalah secara sukarela.

ii.

Pemain ini perlu menjawab borang Soal Selidik SIAM (Sports Imagery
Ability Measure) untuk mengenal pasti tahap imageri setiap mereka. 45
orang subjek yang mempunyai kebolehan imageri di tahap sederhana dan

tinggi sahaja yang akan terpilih untuk menjalani kajian ini. Kebolehan
imageri mereka dinilai melalui skor soal selidik tersebut di mana pemain
Bola Jaring yang mendapat skor 140 hingga ke 400 sahaja yang akan
diambil.

iii.

Subjek akan membuat ujian pra di mana setiap subjek akan membuat
sebanyak 45 jaringan di mana poin-poin kedudukan menjaring telah
ditanda dan skor dicatatkan.
Rajah 1 : Poin yang telah ditandakan pada bulatan gol untuk subjek
membuat jaringan

0 bola tidak menyentuh mana-mana bahagian tiang


1 Bola menyentuh tiang dan keluar
2 Bola menyentuh tiang dan masuk
3 Bola masuk tanpa menyentuh tiang
iv.

iv. Kumpulan subjek ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan


yang

menggunakan

Model

Imageri

PETTLEP,

kumpulan

yang

menggunakan imageri tradisional dan kumpulan kawalan.


v.

Kumpulan yang menggunakan Model PETTLEP Imageri akan menggunakan


iPod untuk melaksanakan imageri mereka. Mereka akan melengkapkan
imageri ini di gelanggang Bola Jaring (Environment), sambil memegang
Bola (Physical), menggambarkan kaedah menjaring yang betul (Task),
masa yang tepat untuk menjaring (Time) dan merasakan emosi yang telah

mereka alami semasa mereka menjalankan Ujian Pra (Emotions). Aktiviti


ini dijalankan 3 kali seminggu selama 4 minggu.

vi.

Setiap kumpulan juga diukur keyakinan diri masing-masing dalam


melaksanakan jaringan. Skor keyakinan diri dicatatkan sebelum dan
selepas ujian pra serta sebelum dan selepas ujian pos.

ANALISIS DATA
Analisis data yang akan digunakan ialah Analysis of Coriance (ANCOVA) di
mana analisis ini digunakan apabila penyelidik mempunyai reka bentuk kajian
yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu ujian pra dan ujian pasca (Ahmad
Hashim, 2014)

Vous aimerez peut-être aussi