Vous êtes sur la page 1sur 13

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Pengenalan
Peribahasa Melayu tercipta daripada pengalaman dan pengamatan ahli-ahli masyarakat
Melayu sejak zaman berzaman. Pengalaman dan pengamatan ini berhubung erat dengan
kehidupan masyarakat sehari-hari dan keadaan alam sekeliling. Peribahasa yang pada
mulanya diperturunkan secara lisan dan diperkembangkan secara lisan, juga seharusnya
diusahakan supaya ianya dapat dikekalkan. Agar keindahan penggunaannya dalam bahasa
Melayu tidak hilang ditelan zaman sebaliknya menjadi warisan bangsa yang tak lapuk dek
hujan dan tak lekang dek panas.
Konsep dan Definisi Peribahasa
Zaba (1965: 174) dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu mendefinisikan peribahasa
sebagai segala ungkapan yang telah dituturkan oleh orang ramai sejak beberapa lama, iaitu
ungkapan yang dituturkan itu sesuai dan bijak perkataannya, luas dan tujuannya diketahui.
Peribahasa diungkapkan oleh penutur sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
Peribahasa juga dikatakan bidalan, pepatah dan perumpamaan kerana setiap satunya
mengandungi segala sifat bahasa yang disentuh itu.
Abdullah Hussein (1989: vii) dalam bukunya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi
Kedua menyatakan peribahasa ialah salah satu cabang sastera lama yang berkembang
sejak dari dahulu lagi dan masih kekal sehingga kini. Gambaran atau cerminan sesuatu
bangsa dapat digambarkan menerusi peribahasa.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004) dalam bukunya yang terbaru Kamus Peribahasa
Kontemporari, peribahasa merupakan salah satu daripada cabang bahasa kiasan. Bahasa
kiasan ialah ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna
perkataan itu sendiri atau pun daripada susunan tatabahasanya. Bahasa kiasan tergolong
kepada dua jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari
segi bentuk bahasanya dan maknanya diistilahkan sebagai peribahasa, manakala kiasan
yang tidak mantap bentuk dan maknanya diistilahkan sebagai bukan peribahasa. Beliau
membahagikan

peribahasa

kepada

empat

jenis

iaitu

simpulan

bahasa,

pepatah

(perbilangan), bidalan dan perumpamaan.


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1185), peribahasa ialah ayat atau kelompok
kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian tertentu, bidalan,
pepatah.

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Berdasarkan definisi tentang peribahasa yang telah diberikan oleh para sarjana, pengkaji
bahasa serta rujukan buku, maka bolehlah dirumuskan bahawa peribahasa merupakan satu
komponen unit bahasa yang utuh, mempunyai makna dan nilai seni yang tersendiri di
dalamnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa kedatangan orang-orang Barat ke alam Melayu
disebabkan ketiga-tiga faktor utama iaitu mendapatkan bahan mentah untuk perdagangan,
mengembangkan agama Kristian dan memperluaskan tanah jajahan mereka. Tiga faktor
tersebut mendesak mereka mempelajari bahasa yang digunakan oleh pendidikan di rantau
ini. Oleh sebab mempelajari bahasa merupakan satu aktiviti yang amat luas, maka lahirlah
golongan pengkaji barat yang berminat untuk mempelajari peribahasa. Ini kerana dengan
mengkaji peribahasa, mereka bukan sahaja dapat mengenali akal budi masyarakat Melayu
tetapi juga dapat mengetahui gambaran masyarakat Melayu pada keseluruhannya.
Konsep dan Definisi Pandangan Semesta (World View)
Secara umumnya, world view atau pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai
alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang
dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.
Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan semesta bolehlah
ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community or individual think about
the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within
the world.
Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas,
pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia
merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam
ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam. Kedatangan Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak
hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme
bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua
dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Sebelum
kedatangan Islam, masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu
animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau
semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau
2

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

buruk. Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu pula, telah menjadikan
upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar
melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang
dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di
samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagungan dewa-dewa dan
ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.
Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah walaupun Islam telah bertapak
kuat, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis habis
dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak tanda-tanda yang menunjukkan
masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam tanpa
merosakkan aqidah mereka.
Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta pandangan semesta
Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai suatu arus perdana iaitu ajaran Islam yang
sebenarnya (main stream) dan arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal
stream).
Konsep Masyarakat Melayu
Dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam perkara 160 telah mendefinasikan orang
Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu,
menurut adat istiadat Melayu, lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura
atau ibu bapa telah lahir di Persekutuan atau di Singapura pada hari merdeka dan menetap
di Persekutuan dan di Singapura atau ia adalah keturunan seseorang tersebut. Merujuk
kepada penafsiran ini terdapat dua aspek kemelayuan yang di anggap penting oleh
perlembagaan. Yang pertama ialah ciri bahasa,agama dan budaya dan keduanya ialah dari
aspek geografi.
Maka dengan ini jelaslah jika seseorang mempunyai ciri yang pertama tetapi tidak
mempunyai kaitan dengan negara ini maka dia bukanlah Melayu dalam konteks
perlembagaan. Contohnya orang yang berasal dari Indonesia atau Brunei mempunyai ciri
yang pertama sahaja bukanlah orang Melayu yang difahami oleh Perlembagaan kerana
kedua-dua buah negara bukan anggota persekutuan. Oleh itu pertalian geografi adalah
sangat penting kerana ia melibatkan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu yang
layak dinikmati oleh orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan.
Peribahasa dan World View Orang Melayu.

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratusratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasa
akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat dan
berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi
pegangan dan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal
mahupun tidak. Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu
generasi sehingga ke abad ini.
Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik,
menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat
beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana
nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan
peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.
Antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-unsur
kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam sesebuah
peribahasa.

Jika ditinjau

dengan lebih mendalam,

terdapat

banyak

aspek yang

mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak peribahasa


Melayu yang menyentuh aspek ekonomi seperti konsep rezeki rezeki secupak tak kan jadi
segantang dan sehasta tak jadi sedepa. Konsep sosial seperti nilai budaya, konsep
sains dan teknologi. Contoh peribahasanya ialah dalam kilat ada kilau dan hujan jatuh
ke pasir. Begitu juga aspek politik seperti konsep undang-undang, peraturan dan
pentadbiran. Contohnya "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah".
Peribahasa dan World View Politik Masyarakat Melayu
Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang pidata dan pidana seperti
sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa. Peribahasa
yang menunjukkan sifat adil dalam membuat keputusan dan tindakan seperti peribahasa
"raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" membawa maksud bahawa raja atau
pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh
rakyat. Seseorang pemimpin haruslah mengamalkan sikap amanah iaitu dapat memikul
tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang terpenting dalam tampuk pemerintahan
negara. Oleh itu, seorang pemimpin juga harus mengamalkan sikap amanah dalam
menjalankan tugas. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri
sendiri, keluarga, sanak-saudara atau kaum kerabat sendiri. Sebaliknya, seorang pemimpin
harus memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Selain itu, tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin juga harus dipikul dengan penuh ketelusan dan ketulusan. Hal ini kerana,

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

sebagai seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat, mengamalkan dan
memiliki sikap amanah akan menjadikan mereka lebih diyakini keupayaan dan keikhlasan
dalam mentadbir negara oleh golongan marhaen. Demikian juga dengan peribahasa
condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan bermaksud pemimpin
yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya
itu.
Begitu juga dengan peribahasa pantang Melayu menderhaka kepada raja yang
bermaksud raja yang adil wajib dipatuhi. Peribahasa ini menunjukkan sifat taat kepada
pemimpin. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam
konteks sistem politik di mana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu
perlanggaran yang berat. Tetapi kita tidak hidup di zaman yang menganggap raja tidak
melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh
perlembagaan. Hal demikian memastikan raja juga bertindak mengikut peraturan yang telah
ditetapkan setelah mendapat nasihat perdana menteri atau menteri besar. Raja perlu
dihormati sebagai salah satu lambang jati diri orang Melayu. Hal ini juga menunjukkan
bahawa peribahasa ini masih relevan dengan masyarakat Melayu pada masa kini yang
mempunyai sistem heariki yang teratur dan dihormati demi kelangsungan sistem politik dan
keamanan Malaysia.
Peribahasa Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah menonjolkan
persepsi dan pemikiran tentang persengketaan antara dua pemerintah atau kuasa besar
yang tamak dan perebutan kuasa yang boleh menyebabkan rakyat terkorban atau
menghadapi kesulitan dalam urusan kehidupan seharian mereka. Peribahasa ini masih
relevan dengan masyarakat kini kerana situasi politik yang tidak stabil akan menyebabkan
urusan harian atau perniagaan tidak dapat dijalankan. Malahan situasi yang lebih buruk
mungkin akan berlaku, contohnya pelabur akan memindahkan operasinya ke negeri atau
negara lain yang akan menyebabkan rakyat hilang pekerjaan dan punca rezeki mereka.
Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung bermaksud di mana kita berada
(tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan
atau undang-undang atau perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi
mempertahankan

tempat

tersebut.

Peribahasa

ini

juga

sering

dikaitkan

dengan

menghormati budaya dan undang-undang sesebuah negara itu. Peribahasa ini bernada
global kerana mengutamakan seseorang itu menghargai budaya dan peraturan sesebuah
negara. Peribahasa ini juga boleh dikaitkan dengan kepentingan undang-undang dalam
kehidupan manusia. Undang-undang dicipta untuk memastikan kehidupan manusia tidak
mengalami sebarang masalah. Bayangkan kalau manusia tidak mempunyai undang-undang.
5

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Sudah pasti kehidupan menjadi celaru. Selain itu, peribahasa ini cuba mengangkat martabat
budaya dan peraturan serta undang-undang manusia itu ke tahap yang lebih tinggi.
Peribahasa ini cuba memberi satu pandangan yang lebih murni terhadap tata hukum di
negara ini.
Demikian juga peribahasa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah yang
bermaksud selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati
terserahlah kepada hukum Tuhan. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
bermaksud bertindak mengikut arahan dan peraturan. Begitu juga dengan peribahasa
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak yang
bermaksud apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam
masyarakat di situ. Pada pendapat saya peribahasa-peribahasa ini masih relevan dengan
kehidupan masa kini kerana setiap negara dan semua tempat di muka bumi ini mempunyai
peraturan yang telah dipersetujui bersama oleh kelompok masyarakat tersebut demi
menjamin kesejahteraan hidup masyarakatnya.
Orang Melayu juga banyak menghasilkan peribahasa yang berteraskan alam persekitaran
mereka bagi menggambarkan kehilangan kuasa oleh pentadbir. Contohnya, bila kucing
tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi bermaksud apabila seseorang yang ditakuti
tidak berkuasa lagi, maka orang-orang bawahannya akan bertindak sesuka hati. Begitu juga
dengan peribahasa cacing menelan naga yang bermaksud orang yang lemah dapat
mengalahkan orang yang lebih berkuasa.
Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]

Peribahasa (anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran


bermaksud urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan
sebelum mengambil berat hal orang lain. Peribahasa ini bersesuaian situasi yang berlaku di
negara kita di mana kebanjiran warga asing menyebabkan para peniaga atau pengusaha
berlumba-lumba untuk mengaji warga asing untuk mendapatkan untung berlipat ganda hasil
daripada upah yang murah. Rakyat tempatan pula sukar mendapat pekerjaan kerana
mereka terpaksa membayar kadar upah yang tinggi dan hal ini akan mengurangkan margin
keuntungan mereka. Contohnya pekerjaan sebagai pembantu rumah. Kerajaan seharusnya
mengutamakan rakyat tempatan untuk mendapat pekerjaan daripada memberikan pelbagai
kemudahan dan keistimewaan kepada syarikat-syarikat yang menguruskan khidmat
pembantu rumah asing. Peribahasa ini sama maksud dengan anak di riba diletakkan, kera

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

di hutan disusui. Peribahasa ini juga relevan dengan kehidupan masyarakat kini yang
sememangnya sedang menghadapi situasi sedemikian.
Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai dengan
zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada peribahasa yang
dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi mempunyai makna yang amat mendalam.
Contohnya peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. Ada yang berpendapat bahawa
peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa kini kerana mengapa seorang anak yang
merupakan cahaya mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat
peribahasa ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawa adat di sini
digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah melanggar
undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut daripada
kesalahan yang telah dilakukannya iaitu tidak pilih bulu. Mati pula tidak bermaksud anak itu
harus dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah atau
pun akibat atas apa yang telah dilakukannya.
Peribahasa belayar bernakhoda, berjalan dengan orang tua bermaksud ikut kata
pemimpin. Pemimpin yang adil dalam pentadbiran wajib kita patuhi perintahnya. Walau
bagaimanapun dalam arus politik perdana kini, peribahasa ini agak kurang relevan kerana
terlalu sukar untuk memilih pemimpin atasan yang benar-benar berjuang demi agama dan
bangsanya. Tetapi kita perlu patuh selagi perintah tersebut tidak bertentangan dengan
syarak dan tidak mendatangkan mudarat kepada kita.
Begitu juga peribahasa gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak
dapat dihapuskan bermaksud kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada
kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. Pada
pendapat saya, setiap perlakuan yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat
haruslah dibasmi atau diberi teguran tanpa mengira sama ada perlanggaran tersebut
dilakukan oleh pemimpin atau ahli keluarga sendiri. Hal ini penting kerana pemimpin
merupakan contoh kepada rakyat. Jika pemimpin yang korupsi dibiarkan berkuasa, maka
lama kelamaan negara juga yang akan musnah. Kita boleh melaporkan sebarang salah laku
pemimpin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika kita mampu menunjukkan
bukti penyelewangan tersebut. Hal ini menunjukkan peribahasa ini kurang relevan dengan
masyarakat kini.

Peribahasa adat gajah terdorong bermaksud orang-orang yang menggunakan


kesempatan menyalahgunakan kekuasaan yang kita beri kepadanya untuk kepentingan

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

diri atau kepentingan keluarganya sendiri. Mereka gunakan kekuasaan itu untuk
melindungi kecurangan mereka. Gajah itu berat dan besar. Oleh kerana beratnya itu
gajah selalu terdorong atau terlajak. Berat dan besar gajah itu ibarat kuasa. Maka orang
yang berkuasa itu kadang-kadang terlupa

akan hak orang lain yang diamanahkan

kepadanya; yang diingatnya ialah kekuasaannya sahaja. Dalam keadaan yang


sedemikian itulah seseorang yang berkuasa dan telah menyalahgunakan kekuasaannya.
Begitu juga dengan peribahasa dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam
tidak basah, ditetak tidak putus yang bermaksud tidak dapat dibuat apa-apa lagi
terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa. Begitu juga dengan peribahasa dibakar
tak hangus, direndam tak basah bermaksud sangat berkuasa dan susah hendak
dikalahkan.

Kedua-dua peribahasa ini tidak lagi relevan dengan masyarakat kini kerana rakyat kini
sudah mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Pemimpin yang dipilih biasanya
mempunyai latar pendidikan dan berpengetahuan agama yang baik. Kebanyakan salah
laku seperti korupsi para pemimpin dapat dihidu oleh masyarakat dan pemimpin terlibat
akan dibawa kemuka pengadilan.
Peribahasa biduk satu nakhoda dua itu menyindir seseorang perempuan yang bersuami
dua, pada satu masa. Bersuami lebih dari satu memang tidak terlintas pada akal bicara
orang Melayu biasa kerana orang Melayu ialah orang Islam iaitu masyarakat yang beramal
dengan sistem poligami yang mampu, yang tidak, padalah dengan yang satu tetapi bagi
masyarakat yang beramal dengan sistem poliandre; sistem berbilang suami, hal yang
demikian itu adalah sesuatu yang normal, suatu norma yang diterima sebagai cara hidup
yang saksama, sesuai dengan keperluannya. Dari segi pentadbiran pula merujuk kepada
satu organisasi yang mempunyai dua pemimpin. Hal ini menyebabkan berlakunya
pertindihan kuasa serta menyebabkan kacau bilau kepada sesebuah pentadbiran.
Peribahasa ini tidak relevan dengan masyarakat kini dan tidak memungkinkan ia berlaku
kerana kita sudah memiliki sistem pentadbiran yang tersusun atur.
Peribahasa dan World View Ekonomi Masyarakat Melayu
Konsep rezeki dan usaha banyak diperlihatkan melalui peribahasa oleh masyarakat Melayu
dahulu. Contohnya peribahasa rezeki secupak takan jadi segantang, yang sejengkal
tidak dapat jadi sedepa dan yang sehasta takkan jadi sedepa. Ketiga-tiga peribahasa
8

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

ini membawa maksud yang serupa iaitu sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Inilah gambaran kemalasan orang Melayu yang merasa cukup-cukup sahaja dengan apa
yang ada. Memang pada dasarnya ungkapan ini menunjukkan keadaan seperti yang
dinyatakan tadi. Namun, jika kita fikirkan lagi, sebenarnya ia mempunyai maksud lain yang
lebih mendalam lagi.
Rezeki secupak yang kita terima tidak akan jadi segantang merupakan gambaran cabaran
kepada kita. Bila kita terima rezeki secupak, jangan harap ia akan jadi segantang jika kita
tidak terus berusaha untuk menjadikannya segantang. Gambaran ini sebenarnya berbentuk
cabaran iaitu meminta agar kita terus berusaha, jangan hanya terima sahaja secupak yang
ada itu. Kita seharusnya teruskan lagi. Jika hendak segantang, maka kuatkan lagi usaha.
Jika usaha kita secupak, sejengkal atau sehasta cuma, maka mana mungkin kita akan
terima rezeki segantang atau sedepa . Jika kita mahukan segantang maka usaha juga
haruslah segantang.
Minda kita juga begitu. Kita mudah terima apa yang ada. Jika hanya dapat itu, maka itulah.
Sepatutnya, kita perlu kuatkan lagi minda untuk mengimpikan dan mencipta lebih banyak
lagi peluang dan kejayaan dalam diri kita. Bukan hanya sekadar menerima sahaja apa yang
ada. Ini bukan bermaksud kita tidak bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukan Allah.
Bersyukur dengan apa yang ada itu adalah baik. Namun usaha untuk mendapatkan lebih
banyak lagi adalah perlu untuk diri kita.

Peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian adalah satu proses yang sukar, di mana kita perlu berusaha dan
bersusah payah, jika ingin matlamat kita tercapai. Peribahasa ini mempunyai persamaan
dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Perkataan ruyung dan sagu mempunyai perkaitan yang erat dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Sagu merupakan salah satu sumber makanan masyarakat Melayu pada
masa dahulu. Untuk mendapatkan sagu bukanlah proses yang mudah. Batang kulit kayu
rumbia yang keras yakni ruyung perlu dikerat untuk mendapatkan lapisan dalam kulit yang
mengandungi kanji sagu. Intihanya, aspek bahasa dalam peribahasa jelas berhubung erat
dengan pemikiran dan budaya bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha
mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna sebagai penyuluh hidup. Begitu juga dengan
peribahasa Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
bermaksud sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha. Habis akal, baru tawakal [Sesudah
habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan] Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan
sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat
kemudian]
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]

Peribahasa-peribahasa yang dinyatakan tadi memberi gambaran tentang world view


masyarakat Melayu tentang konsep usaha untuk mendapatkan sesuatu kita ingini.

Konsep sabar dan tekun pula diterapkan dalam peribahasa sehari selembar benang
lama-lama menjadi kain , sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit bermaksud
sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. Peribahasa ini sama maknanya
dengan peribahasa sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. Besar kemungkinan bahawa
peribahasa sedikit, sedikit lama-lama jadi bukit telah lahir dalam masyarakat tani, sedang
peribahasa sehari selembar benang lama-lama menjadi sehelai kain itu pula terbit dari
kalangan masyarakat industri. Walau apa juga tafsiran yang diberikan peribahasa ini
mengajak kita membentuk amalan yang baik iaitu bersabar dan tekun apabila melakukan
sesuatu pekerjaan sehingga berjaya.
Peribahasa ini wajar ditanamkan dalam diri kita contohnya dalam amalan menabung. Berkat
usaha yang berdikit-dikit itu akan memberikan pulangan yang banyak kepada kita
dikemudian harinya. Dengan kepesatan teknologi masa kini, amalan menabung lebih mudah
dilaksanakan. Begitu juga dengan peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang
bermaksud apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya. Hal ini juga menunjukkan bahawa
peribahasa-peribahasa ini masih relevan dengan kehidupan masyarakat pada masa kini.
Konsep menghargai masa berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi
masak
. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing,
hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]

Jimat

cermat Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan
pendapatan] Ukur baju dibadan sendiri Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup

akan senang kita berjimat cermat] Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh
menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis
harta]
. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
147. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja] x relevan

Alah membeli menang memakai-tak relevan


Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja
seperti orang kaya, akhirnya menderita]

10

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]

Dari kaca mata yang lain, bangsa Melayu juga mengambarkan tasawwur tingkah laku dan
moral dalam hubungan manusia dengan manusia melalui penggunaan peribahasa. Moral
ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia. Persoalan moral mencakupi
pemikiran, perasaan dan nawaitu di hati manusia dengan manusia. Nilai-nilai moral ini
bersifat relatif, subjektif dan sementara. Sejajar dengan itu, tindakan bermoral dengan
tindakan tidak bermoraldiungkapkan dalam peribahasa Melayu. Malahan, segala tindakan
ahli masyarakat yang wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan turut diungkapkan dalam
peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat
mempraktiskannya demi mencapai kesejahteraan hidup.
3.2 taraf hidup
Alah membeli, menang memakai.

Takrif

Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.


Biar lambat laga, asal menang.

Takrif

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar
lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).
Biar lambat laga, asal menang Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan

akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

menjawab alah membeli menang memakai . Gurauan ini bermaksud walaupun anda membeli
barang yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan lain. Mendengar
ungkapan ini mungkin rakan-rakan anda pasti terfikir nahawa kenyataan yang anda berikan ada
kebenarannya, bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau menyindir tetapi seronok kamu
berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping melahirkan kebenaran .
Menjaga tepi kain orang
Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat
pekerjaan yang tetap]
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup
menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]

Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat


pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu
generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang
kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi
kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk
perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga
peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk
melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik
perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.

11

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Kesimpulan
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan
salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya
Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut
terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah
budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya
yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks
masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu
serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu
harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian
peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta
itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah,
bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan
lambang jati diri orang Melayu.

Tegang

berjela-jela,

kendur

berdenting-denting.

Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras


ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.
Alah

sabung,

menang

sorak.

Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga


cakapnya.
Daripada aspek politik pula, orang Melayu silam mem[unyai hubungan rapat dengan pemerintah
sehingga

lahir

peribahasa"disuruh

pergi,

dipanggil

datang"dan "bagaimana

bunyi

gendang,begitulah tarinya". Sekiranya raja berbuat zalim terhadap rakyat, rakyat bertegas "raja
adil raja disembah, raza zalim raja disanggah".

Menang Sorak Kampung Tergadai


ekonomi
. Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.
12

PPG SEMESTER 7/2014 AMBILAN JUN 2011

BMM 3 KEBUDAYAAN MELAYU

Sediakan payung sebelum hujan


Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu
bencana.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
berhasil juga.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

13

Vous aimerez peut-être aussi