Vous êtes sur la page 1sur 13

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

1.0

Pendahuluan

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni
bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni
suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang
memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari
dalam diri kita.
Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat.
Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran
serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat
bahawa seni adalah komunikasi (1959). Daripada perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan
bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi
memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka
dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan (SDP).
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera,
seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. SDP diperkembangkan dalam diri
murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid
diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti
serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu SDP juga berperanan untuk
mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang
tinggi.
Matlamat SDP sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. SDP yang
mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri.
Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh daripada segi
jasmani, emosi, rohani, sosial, estetik dan intelek akan berlaku.

2.0 Seni Pergerakan


SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh
seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan
Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan
pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan
menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan,
penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk
bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan Asas dibahagikan kepada dua kategori
iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan Asas terdiri daripada tiga aspek
pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan
asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma
kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.
2.1 Konsep Pergerakan Asas.
Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :
2.1.1 Kesedaran ruang.
Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.
- Lokasi ruang diri dan ruang am.
- Arah ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
- Laluan lurus , melengkung , zig zag.
- Ekstensi ( besar kecil ) , ( jauh dekat )
Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan
tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.
2.1.2 Kesedaran tubuh badan.
Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :
- Gerak laku asas tubuh.
- Aktiviti gerak laku anggota anggota tubuh.
- Aktiviti serta bentuk bentuk tubuh badan.
Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan
fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan
memikul berat badan.

2.1.3 Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan
kekuatan. Antaranya.
- Masa : cepat lambat.
- Daya : kuat ringan.
- Aliran : bebas terikat.
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


2.1.4 Perhubungan
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;
1. Objek : atas bawah, dekat jauh, keliling sisi, bertemu berpisah.
2. Manusia. Memimpin ikut, solo, berpasangan dan berkumpulan.
2.2 Jenis Jenis Pergerakan Asas.
Pergerakan Asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.
2.2.1 Pergerakan Kreatif
Pergerakan Kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi
aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ).

Rajah 1 : Ciri-Ciri Pergerakan Kreatif

Pendekatan

pergerakan

kreatif

digunakan

di

dalam

pergerakan

asas

bagi

mempertingkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan, khasnya


dalam menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik.

Pengalaman

pergerakan

kreatif

dapat

memperkembang

kesedaran

dan

kefahaman konsep-konsep pergerakan.


2.2.2 Pergerakan gimnastik
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang,
malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu
kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan
penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut
merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri dalam
sukan gimnastik.
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di
kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur
estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang
mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa
melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti aksi-aksi berjalan, berlari,
melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuan
memindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas
garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.
Kelenturan ( flexibility ) ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi
bergerak dengan sepenuhnya. Contohnya membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit
& Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu
pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan
menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh
bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan. Gerakan ayunan ke
depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi.
Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson &
Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa
tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot.
Koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata,
tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting
supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti :
melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan
keselarasan mata, tangan, kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut.
Koordinasi

badan

terdiri

daripada

koordinasi

kimia

dan

juga

koordinasi

saraf.

Koordinasi kimia bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan
kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan
dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar
endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam
aliran darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid,
adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan
mencacatkan aktiviti badan. Contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


tidak mencukupi, seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak
langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.
2.3 Kemahiran Pergerakan Asas
Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor,kemahiran
bukan lokomotor dan kemahiran manipulasi alatan.
2.3.1 Kemahiran Lokomotor.
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Terbahagi kepada dua iaitu kemahiran lokomotor beritma sekata dan kemahiran lokomotor
beritma tidak sekata. Contoh kemahiran lokomotor beritma sekata ialah seperti berjalan,
berlari, skip dan galop. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan
yang dirancang. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat
melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan
dalam gerakan lokomotor. Gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan.
Haluan ialah melibatkan corak gerakan. Contohnya sama ada boleh dalam bentuk lurus,
bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain. Masa adalah masa yang digunakan untuk
melengkapkan pergerakan. Masa boleh dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan cara
tiba-tiba atau terkawal.
2.3.1.1 Bentuk Pergerakan Lokomotor
a) Berjalan
Contoh aktiviti : Jalan berundur dan kemudian ke hadapan.
b) Berlari
Contoh aktiviti : Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus.
c) Melompat
Contoh aktiviti : Melompat seperti rusa melompat pagar.
d) Melompat Ketingting
Contoh aktiviti : Melompat ketingting setempat tegak di atas sebelah kaki selama
empat kiraan.
e) Merangkak
Contoh aktiviti : Merangkak melalui pelbagai halangan.
2.3.2 Kemahiran Bukan Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Diertikan juga sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan
tanpa beralih tempat. Pergerakan adalah dalam keadaan statik dan memberi penekanan
kepada keseimbangan. Selain itu, ia membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


yang menarik. Badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan
dalam aktiviti ini perlulah dibuat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.
2.3.2.1 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor
a) Duduk
Contoh aktiviti : Duduk dalam keadaan melunjur.
b) Berdiri
Contoh aktiviti berdiri : Berdiri lurus, berdiri dengan membongkok ke hadapan.
2.3.3 Kemahiran Manipulasi Alatan
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai.

Pembelajaran

manipulasi

alatan

mesti

melibatkan

objek

seperti

pundi

kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah. Manipulasi
alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara
yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah
dibina diperingkat umur prasekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanakkanak. Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi anggota badan, contohnya tangan mata, kaki - mata dan lain-lain.
2.3.3.1
Bentuk Pergerakan Manipulasi Alatan
a) Membaling Dan Melambung
Contoh aktiviti : Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula.
b) Menyambut
Contoh aktiviti : Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula.
c) Memukul
Contoh aktiviti : Memukul alatan dengan tangan.
3.0 Peningkatan Perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial Dan Estetika
Kanak-Kanak Melalui Seni Pergerakan.
Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , pendidikan pergerakan asas
merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan
pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan jasmani, emosi, rohani,
intelek, sosial dan estetik.
3.1 Jasmani

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Seni pergerakan melibatkan aktiviti fizikal iaitu jasmani kanak-kanak.

Aktiviti fizikal

mempunyai banyak faedahnya jika kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba


melakukan pelbagai pergerakan. Antaranya ialah sesuatu pergerakan akan membantu
pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat dan meningkatkan daya kecerdasan.
Contohnya, dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat megeluarkan peluh
dari badan. Fungsi peluh ialah menyihatkan tubuh badan dan menyingkirkan toksin.
Tambahan pula, kanak-kanak dapat meningkatkan stamina mereka.
Seterusnya, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya dan
menguasai kemahiran fizikal.

Contohnya, seperti kemahiran melompat, berlari, skiping,

bergalop dan sebagainya. Kanak-kanak yang cergas dapat dibentuk melalui aktiviti fizikal
dan amalan kecergasan. Aktiviti fizikal juga dapat mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Contohnya, dapat menguatkan
motor kasar kanak-kanak melalui kemahiran lokomotor berlari, melompat dan sebagainya.
Kemahiran memanipulasi alatan pula dapat meningkatkan koordinasi anggota badan,
contohnya tangan - mata, kaki - mata dan lain-lain. Contohnya, aktiviti melambung dan
menyambut pundi kacang dengan sebelah tangan. Jika kanak-kanak berjaya menyambut
objek tersebut, ini bermakna mereka telah menguasai koordinasi anggota badan iaitu
tangan-mata.
Perkembangan kecergasan, terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan
kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan
penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya
kesihatan yang baik sehingga dewasa. Seorang kanak-kanak yang cergas akan dapat
menyumbang ke arah peningkatan daya tahan kardiovaskularnya.
3.2 Emosi
Seni pergerakan juga dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak. Mereka akan
berasa seronok apabila dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu. Contohnya, apabila
mereka dapat melakukan skiping dan bergalop. Bermain adalah naluri semulajadi kanakkanak. Kanak-kanak adakalanya terlupa untuk makan jika bermain. Ini menunjukkan mereka
terlalu seronok bermain. Contohnya, bermain ketingting, lumba lari dan sebagainya. Kanakkanak juga akan melompat kegembiraan apabila mereka menang tempat pertama dalam
sesuatu pertandingan atau persembahan. Selain itu, kanak-kanak akan menjadi lebih seronok
jika terdapat muzik dimainkan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti pergerakan bukan
lokomotor iaitu twist. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa puas jika mereka melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (Zainun Ishak, 2006).
Emosi takut dan sedih dapat dilihat apabila kanak-kanak bermain Pukul Berapa Datuk
Harimau dan Nenek-nenek Si Bongkok Tiga. Permainan ini melibatkan aktiviti lokomotor
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


dan bukan lokomotor seperti berlari, berjalan dan duduk. Mereka juga menunjukkan rasa
sedih dan adakalanya memarahi rakan apabila kalah dalam sesuatu pertandingan. Contohnya
dalam

pertandingan

sukaneka

yang

melibatkan

banyak

kemahiran

lokomotor.

Walaubagaimanapun, mereka akan melompat kegembiraan apabila mereka menang tempat


pertama dalam sesuatu pertandingan atau persembahan.

Selain itu, kanak-kanak akan

menjadi lebih seronok jika terdapat muzik dimainkan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti
pergerakan bukan lokomotor iaitu twist . Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa puas
jika mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (Zainun Ishak, 2006).
Melalui pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan masing-masing.
Contohnya, menunjukkan perasaan

gembira apabila dapat terbang seperti burung dan

sebagainya.
3.3 Rohani
Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti keyakinan kepada tuhan, kepercayaan
kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat serta
berbudi pekerti mulia. Aspek-aspek kerohanian ini dapat ditingkatkan perkembangannya
melalui seni pergerakan. Sebagai contoh, melakukan aktiviti leap iaitu berlari sambil
melonjak tinggi menuntut kesabaran yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Bagi mereka,
aktiviti ini adalah agak sukar, namun jika diberi latihan yang secukupnya, nescaya kanakkanak akan berjaya melakukan aksi leap .
Aktiviti gimnastik juga memerlukan kesabaran yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Ini
adalah kerana, untuk mendapatkan kemahiran dalam aktiviti ini memerlukan kekuatan
fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik . Untuk mencapai semua ini,
latihan yang sistematik dalam jangka masa waktu yang lama adalah amat diperlukan.
Bukan semua kanak-kanak dapat melakukan aktiviti seperti berdiri sebelah kaki,
skiping, bergalop dan sebagainya. Contohnya, murid-murid berkeperluan khas Cerebral
Palsy . Jika kank-kanak dapat melakukannya, tentulah mereka berasa bersyukur atas apa
yang dikurniakan oleh tuhan kepada mereka. Di sini, peranan guru adalah penting dalam
memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang erti kesyukuran.
Berakhlak mulia juga merupakan salah satu aspek rohani. Sikap tolong menolong,
bertolak ansur dan

bekerjasama dapat dipupuk melalui seni pergerakan. Contohnya,

melakukan aktiviti skiping secara berpasangan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama antara
rakan bagi memastikan kaki tidak tersangkut pada tali. Sikap tolak ansur adalah apabila
rakan mulai letih.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Nilai kejujuran dapat dilihat apabila memerlukan kiraan pada sesuatu aktiviti.
Contohnya: Berapa kalikah seorang kanak-kanak dapat memukul alatan menggunakan
tangan?. Kanak-kanak mesti jujur ketika mengira. Kesedaran tentang pentingnya sikap jujur
dapat dipupuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.3 Intelek
Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Kemampuan daya
berfikir

diperlukan dalam mencipta pergerakan (koriograf pergerakan). Contohnya dalam

persembahan tarian. Selain itu, kemahiran intelek juga diperlukan ketika kanak-kanak
mendengar dan memahamkan apa yang dikatakan oleh guru. Contohnya, arahan seperti
berjalan mengundur ke belakang, melompat seperti kijang dan sebagainya. Kemahiran ini
boleh dipermudahkan dengan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru kepada kanak-kanak.
Pergerakan gimnastik menggunakan intelek apabila kanak-kanak memerlukan kemahiran
mengagak/ menganalisis ketika hendak membuat loncatan, meluncur dan sebagainya. Untuk
melakukan pergerakan kreatif, kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan amatlah
diperlukan. Dalam aktiviti berkumpulan, contohnya pertandingan sukaneka, kanak-kanak akan
memikirkan strategi untuk menang. Ini juga melibatkan kemahiran intelek kanak-kanak.

3.4 Sosial
Peningkatan perkembangan sosial kanak-kanak juga dapat dipupuk melalui cara mereka
bermain. Kebanyakan permainan mengandungi kemahiran pergerakan asas yang terdapat
dalam seni pergerakan. Jika dilihat, kanak-kanak jarang bermain bersendirian. Mereka
selalunya bermain bersama rakan. Melakukan aktiviti fizikal seperti lumba lari berganti-ganti
(kemahiran lokomotor),

dapat memupuk semangat setiakawan dan kanak-kanak dapat

bersaing secara sihat. Selain itu, dalam permainan ketingting misalnya, kanak-kanak akan
bersama-sama dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Di sini, sifat bertoleransi
dan kepimpinan mula menyerlah kerana mereka sudah dilantik oleh rakan-rakan

untuk

menjadi ketua.
Disamping itu, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan sosial melalui
interaksi bersama rakan-rakan dan guru ketika melakukan aktiviti fizikal. Contohnya, kanakkanak mengikut arahan yang diberikan oleh guru dan membantu rakan-rakan lain dalam
melakukan aktiviti berlari, melompat dan lain-lain secara bersama-sama. Semasa kanakkanak berinteraksi dengan rakan mereka, perkembangan bahasa juga dapat ditingkatkan.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Seterusnya, dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat menanamkan sifat
keberanian dalam diri masing-masing. Ini adalah kerana, kanak-kanak berani bersoal jawab
dengan guru jika terdapat apa-apa kemusykilan dalam melakukan aktiviti. Pada tahap ini, sifat
ingin tahu dalam jiwa kanak-kanak mula menebal dan mereka akan berusaha mencuba
pelbagai aktiviti lokomotor seperti berlari dengan membawa bola pingpong dalam sudu, dan
aktiviti bukan lokomotor seperti melambung bola dan sebagainya. Kesimpulannnya,
perkembangan sosial kanak-kanak akan membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai
dengan norma -norma masyarakat.
3.5 Estetik
Estetik

adalah yang berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan

(terutamanya dalam bidang seni). Seni pergerakan juga mempunyai estetiknya tersendiri.
Contohnya, pergerakan kreatif : Satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan
fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti
gerak tari ). Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanakkanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Gabungan muzik dan pergerakan kreatif
akan menghasilkan estetik dalam persembahan. Jadi jelaslah di sini bahawa melalui
pergerakan kreatif juga, perkembangan estetik kanak-kanak dapat ditingkatkan.
Gimnastik pendidikan merupakan satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi
kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Semua pergerakan adalah berkait antara
virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga
jiwa dan pemikiran mereka.
Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan
rangsangan yang
murid juga

dilahirkan melalui seni, khususnya seni pergerakan. Potensi estetik

diberi penekanan dalam seni pergerakan. Potensi estetik merujuk kepada

pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi
diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang
ilmu kesenian terutamanya dalam seni pergerakan.
4.0 Tugasan Amali
Hasilkan sebuah catan untuk satu objek yang dipilih di atas kertas lukisan bersaiz 265mm X
375 mm. (Rujuk Lampiran Berasingan).
4.1

Lima Keping Gambar Objek Yang Dipilih.

Rujuk Lampiran 4.
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

10

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


4.2

Sepuluh Lakaran Objek Yang hendak Diwarnakan.

Rujuk Lampiran Berasingan.


5.0 Refleksi
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan
tugasan ini. Jutaan terima kasih ditujukan khas buat pensyarah kami iaitu Pn Khairul Bariah
Binti Haroen

kerana tidak jemu-jemu mencurahkan ilmunya . Beliau amat berdedikasi

dalam kerjanya. Tidak lupa juga kepada rakan sekuliah yang banyak memberikan idea dan
pandangan dalam menyiapkan tugasan ini .
Pertama sekali, setelah diberitahu oleh pensyarah bahawa kami perlu mengadakan
tugasan

yang berkaitan dengan

Seni Dalam Pendidikan (SDP), saya berasa sedikit

gementar kerana khuatir tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pensyarah.
Tambahan pula, tugasan di semester ketujuh

agak lebih sukar berbanding semester

sebelumnya. Walaubagaimanapun, dengan bimbingan pensyarah dan pengalaman pada


semester sebelum ini, sedikit sebanyak membantu saya membuat tugasan ini.
Benarlah kata orang dahulu kala, jika buat anda akan faham. Dengan penerangan
tentang cara membuat tugasan projek, saya mendapat sedikit gambaran bagaimana
membuatnya.

Sebelum ini, secara jujurnya, saya

subjek SDP. Apa yang saya tahu, SDP


Dengan pembacaan secara
memahaminya.

belum pernah

mendengar

tentang

hanya berkaitan dengan seni visual sahaja.

lebih mendalam tentang SDP, saya berasa lebih

Terasa betapa bertuahnya diri ini kerana berpeluang belajar kursus ini.

Bolehlah saya mendongak kepala sedikit jika rakan-rakan guru berbual mengenai SDP.
Saya mula menyedari bahawa SDP amat penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) . Saya juga berpendapat bahawa FPK lebih mudah tercapai
melalui gabungan ketiga-tiga bidang SDP iaitu seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.
Ini adalah kerana SDP agak santai dan tidak memerlukan kanak-kanak menggunakan
pemikiran dengan berat . SDP bolehlah dianggap saluran yang terbaik dalam
merealisasikan FPK. Tambahan pula, SDP boleh merehatkan fikiran dengan muziknya, seni
estetikanya dan banyak lagi. Dengan kata yang lebih tepat lagi ialah SDP merupakan subjek
yang amat menyeronokkan.
Bagi tugasan yang kedua, saya memilih untuk menghasilkan sebuah catan. Tugasan
ini agak mencabar kerana memerlukan 10 lakaran awal objek yang dipilih. Sepanjang
usaha saya melayari internet bagi mendapatkan langkah-langkah dalam menghasilkan
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

11

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


sebuah lukisan, saya tidak mendapat sebarang maklumat yang jelas. Akhirnya, dengan
berbekalkan sedikit pengalaman tentang seni lukis, saya mencuba dengan sedaya upaya
untuk menyiapkannya. Walaupun saya agak kekok menyiapkan tugasan ini memandangkan
saya sudah lama tidak melukis, namun tugasan ini berjaya juga disiapkan hasil
kesungguhan diri sendiri.
Sehingga kini, saya berasa amat bersyukur dan beruntung sekali kerana diberi
peluang mengikuti Program Pensiswazahan Guru dan belajar pula tentang SDP. Saya
menyedari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu mengetahui dan peka tentang apa
sahaja yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
Daripada segi masa pula, adalah mencukupi untuk menyelesaikan segala tugasan
yang diberikan. Namun, terdapat beberapa kekangan masalah seperti tugasan utama
sebagai seorang guru dan sebagai seorang ibu di rumah. Kesedaran dalam diri sendiri
betapa pentingnya pengurusan masa, perbincangan bersama pensyarah dan juga rakanrakan dapat menyelesaikan tugasan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan . Justeru
itu, panduan dan motivasi yang telah diberikan oleh pensyarah serta dorongan daripada
rakan-rakan dapat membantu mengatasi masalah yang akan datang.
Tunjuk ajar serta pengalaman yang diperoleh sepanjang menimba ilmu Seni Dalam
Pendidikan ini , akan diaplikasikan demi kebaikan murid-murid. Sehubungan itu, saya perlu
banyak menimba ilmu dan tidak perlu jemu untuk merujuk kepada pensyarah mengenai
masalah yang timbul.
6.0 Penutup
Kesimpulannya, aktiviti Seni Dalam Pendidikan (SDP) khususnya seni pergerakan dapat
meningkatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetika kanakkanak. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan
mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, SDP membolehkan murid / kanakkanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif.
Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala
gerakan lebih kepada penggunaan ruang.

Unsur warna, irama dan pergerakan

digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang


menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang
deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

12

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti
mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan
kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan,
pengalaman dan ekspresi.
Di antara faedah dan kepentingan SDP kepada seorang pendidik pula ialah seperti
melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan
dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan
saintis

menyatakan

bahawa

dengan

penghayatan

seni

yang

betul,

ianya

akan

memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti
yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan kanak-kanak
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Misalnya, melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran. Selain itu, dapat

mendorong pelajar menggunakan imaginasi,

ekspresi,

inkuiri dan kecerdasan sekaligus memberi keseronokan kepada mereka.


Sebagai rumusannya, melalui SDP, hasrat Falsafah Penddikan Kebangsaan dapat
direalisasikan dengan bantuan guru-guru di sekolah.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3073)

13

Vous aimerez peut-être aussi