Vous êtes sur la page 1sur 21

Noriyati binti Tasiman

660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t dan selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat kurniaNya serta bantuanNya juga
dapatlah saya menyiapakan tugasan ini. Saya amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana
telah memberi kekuatan, semangat dan kesabaran untuk menyiapkan tugasan ini,
walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Mohd Sani bin Madon
selaku tutor Kursus HBHE3103 Gaya Hidup Sihat yang telah mengajar saya dan
memberi idea-idea yang baik sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan ini juga turut diberikan kepada semua pensyarah di Universiti Terbuka
Malaysia dan rakan-rakan seperjuangan serta semua yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan tugasan ini.
Akhirnya saya ingin merakamkan kejayaan ini kepada keluarga tersayang. Buat suamiku
dan anak-anakku yang dikasihi, segala pengorbanan kalian akan tetap dikenang dan
semoga diberkati Allah. Kejayaan ini tidak mungkin diperolehi tanpa semangat, dorongan
dan kesabaran keluargaku tersayang.
Noriyati binti Tasiman

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Penghargaan

2. Soalan 1

3. Pendahuluan

4. Mengukur Kadar Nadi Latihan

3-5

5. Program Meningkatkan Kadar Nadi Latihan

5-7

6. Kesan Senaman Daripada Aspek Fisiologi

8-9

7. Teknik Mengawal Stres

10 - 12

8. Dua Jenis Alkohol dan Kesan-kesan Terhadap Tubuh

13 - 18

9. Penutup

18

10. Rujukan

19

11. Lampiran

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

SOALAN 1
Anda adalah seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah mengajar di
Tingkatan Empat. Anda dikehendaki melatih murid anda yang menjalankan senaman
mengikut prosedur yang betul. Untuk melakukan tugasan ini, anda dikehendaki merangka
program di bawah:
1. Anda dikehendaki mengajar murid mengira Kadar Nadi Latihan (KNL) mereka
menggunakan formula Karnoven pada kadar 70%-80%. Kira kadar nadi latihan
untuk murid anda.
Formula :
KNL = KNR + I (KNM-KNR)
2. Anda dikehendaki menggunakan prinsip senaman asas FITT, rangka program
senaman untuk murid anda. Di dalam program tersebut, senaraikan jenis aktiviti
senaman yang boleh meningkatkan KNL.
3. Bincangkan kesan senaman daripada aspek fisiologi. Bagaimanakah senaman
dapat meningkatkan kekuatan otot jantung, kekuatan paru-paru dan kekuatan otot.
Huraikan juga bagaimana senaman dapat meningkatkan kecergasan, ketangkasan
dan koordinasi murid anda.

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

1. PENDAHULUAN
Penggal persekolahan baru bermula. Saya sebagai seorang guru pendidikan jasmani
mengajar murid tingkatan empat ditugaskan untuk merangka satu program latihan
sepasukan atlit seramai 10 orang yang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang
latihan secara saintifik dan bersistematik.
Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi
untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan
mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Untuk peringkat
permulaan, saya mengajar murid mengira Kadar Nadi Latihan (KNL) dengan
menggunakan formula Karnoven.
1. 1 Mengukur Kadar Nadi Latihan
Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia
dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari
kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.
Dengan menggunakan formula Karnoven kita boleh mengira KNL dengan tepat.
KNL = KNR + I (KNM-KNR)
1.1.1 Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk
mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur,
sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada
waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada
bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk
selama seminit.

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

Pengiraan bagi seorang atlit tingkatan 4


12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.
Umur subjek ialah 16 tahun.
KNL pada kadar 70%-80%
KNM = 220 -16
= 204 dsm
KNL (minimum)

= KNR + I (KNM-KNR)
= 60 + 70% (204-60)
= 60 + 70% (144)
= 60 + 100.8
= 160.8 dsm

KNL (maksimum)

= KNR + I (KNM-KNR)
= 60 + 80% (204-60)
= 60 + 80% (144)
= 60 + 115.2
= 175.2 dsm

1.1.2 Kadar Nadi Maksimum (KNM)


Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 di mana 220 telah
ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senaman sebagai satu angkatap formula.
KNM = 220 - Umur
Umur subjek ialah 16 tahun.
Intensiti adalah antara 70%-80%
KNM

= 220 16
= 204 dsm.
= 70/100 (204)
= 142.8 dsm

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

KNM

= 220 16
= 204 dsm.
= 80/100 (204)
= 163.2 dsm

1.1.3 Kadar Nadi Latihan (KNL)


Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL). Melalui
latihan individu, KNL boleh berubah. Perubahan itu berdasarkan kepada intensiti
senaman yang dipilih.
KNM

= 220 16(umur)
= 204 dsm

KNR

= 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6


= 72 dsm.

KNL

= KNM KNR
= 204 72
= 132 dsm.

2. PROGRAM SENAMAN YANG MENINGKATKAN KNL


2.1 Objektif Program
Di akhir program kumpulan sasar / pelajar
1. Dapat meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mereka.
2. Menyatakan aktiviti-aktiviti senaman yang boleh meningkatkan KNL.
2.2 Isi Kandungan
a. Prinsip senaman
b. Konsep FITT
c. Panduan Senaman

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

2.3 Masa : 30 minit


2.4 Aktiviti :2.4.1 Prosedur:a. Murid (10 orang) dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
b. Ketua kumpulan diberi pilihan untuk memilih kad-kad gambar yang disediakan
oleh guru.

c. Setiap murid membaca prosedur atau arahan yang terdapat kad gambar.
d. Murid dalam kumpulan mengambil kadar nadi, kemudian melakukan aktivitiaktiviti memanaskan badan dan regangan.
Aktiviti Memanaskan Badan.
i.

Minta pelajar membuat satu bulatan dan lari setempat/ lari kapal
terbang/ lari ulang-alik/ lari rama-rama dan pelbagai gerakan regangan
selama 3 hingga 5 minit.

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

ii.

Buat aktiviti regangan menbikut panduan (cara-cara regangan) untuk


selama 5 minit.

e. Murid dalam kumpulan melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar selama 5
minit.
f. Murid dalam setiap kumpulan mengambil kadar nadi selepas aktiviti tamat.
g. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan seterusnya sesi refleksi.
Aktiviti Menyejukkan Badan.
i.

Arahkan pelajar berdiri dalam kumpulan.

ii.

Fasilitator berdiri di tengah bulatan

iii.

Buat aktiviti regangan untuk menyejukkan badan mengikut panduan


cara menyejukkan badan.

i. Murid menyuarakan perasaan mereka tentang aktiviti yang telah dilakukan dan
guru memberi respons terhadap pengalaman yang baru murid peroleh.
2.5 Alat Bantu Mengajar
Panduan Melakukan Regangan
Wisel
Jam randik
Skital
Kad gambar
2.6 Lokasi
Di padang /di dalam dewan /kelas kosong

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

Nota:
Satu program yang menyeluruh dilakukan secara berterusan selama 3 hingga 6 minggu.
Dalam satu minggu latihan hendaklah dilakukan 3 hingga 4 kali secara berselang
bergantung pada individu.

3.

KESAN SENAMAN DARIPADA ASPEK FISIOLOGI

Senaman ataupun latihan jasmani merupakan satu aktiviti yang memberikan berbagai
kebaikan. Senaman boleh memberikan berbagai manfaat kepada seseorang jika ia
diamalkan selalu. Dengan amalan ini ia memberikan seseorang peluang untuk berfikir
dengan lebih pantas, besar kemungkinan boleh hidup lebih lama serta kelihatan cergas
dan segar.
Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme
badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot
yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan
tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan
kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan.
Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari adalah bergantung kepada
aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan
acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contoh dalam larian jarak jauh kelajuan
dan intensity dipengaruhi oleh tahap ambang lactate.
Senaman yang dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan system
fisiologi tubuh badan. Pada peringkat permulaan, kadar denyutan jantung anda akan
meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan. Perubahan ini akan mempertingkatkan
kekuatan otot jantung untuk mengepam darah dalam isipadu yang banyak melalui kadar
denyutan yang paling minima. Perubahan juga berlaku pada tahap ketahanan denyutan

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

jantung, di mana ia mampu melakukan kerja mengempam darah dalam satu jangka masa
yang lama tanpa kepenatan. Ini akan menimbulkan daya tahan aerobic anda.
Selain itu, kadar system keupayaan respitori anda juga akan meningkat ke kadar yang
lebih tinggi. Ini akan membuat kita berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat.
Perubahan ini akan membuat kadar pangembilan oksigen meningkat, di mana secara
langsung akan meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan anda.
Ini akan membuatkan sel-sel tersebut dapat bekerja dengan lebih efisen.
Seterusnya, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan dan ketangkasan dan koordinasi
anda juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan anda.
Keadaan ini akan menjadikan anda seorang individu yang cergas dari segi fizikal
berbanding individu yang sedentri. Kita akan menjadi lebih bertenaga dan berupaya
melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa mudah mengalami
kepenatan.
Akhirnya, kadar nadi rendah (KNR) akan menurun setelah murid menjalani latihan
selama 4 minggu secara berterusan. Kebanyakkan atlit mempunyai saiz jantung yang
lebih besar dan mempunyai kadar nadi yang rendah dari orang biasa iaitu dalam
lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Darah akan dipam
dengan cepat ke seluruh badan. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus,
tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti
rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan
ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

SOALAN 2
Bincangkan dan huraikan DUA teknik untuk mengawal dan mengatasi stres serta
konflik.
2. PENGENALAN
Jika anda mempunyai simptom-simptom stres anda bukanlah berseorangan di dunia ini
yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa
doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa
mereka mengalami stres/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stres/tekanan anda
berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tidak boleh tidur),
keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stres.
Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita
berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot
menjadi tegang. Contohnya, apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai, jika kita
jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih
teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.
Masalah di tempat kerja, kesesakan lalu lintas dan kesibukan melayan kerenah anakanak
di rumah juga amat memeningkan kepala. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya
mengalami stres atau tekanan. Stres merupakan penyakit emosi yang tidak dapat
dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap
individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan
individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.
Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stres dalam Program
Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur barubaru ini kita tidak
dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak
menjejaskan kehidupan.

10

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

2.1 TEKNIK MENGAWAL STRES


2.1.1. Pengurusan Masa
Sekalipun perancangan memakan masa pada peringkat awal, perancangan mengimbangi
masa itu secara berlebihan dengan mendatangkan hasil yang lebih baik dan dengan
menjimatkan masa dalam pelaksanaan sebenar aktiviti. Jadi luangkan masa untuk
merancang. Tulis semua perkara yang anda rancang lakukan pada esok hari dan
kemudiannya nilaikannya mengikut mana yang lebih penting.
Kumpul dan Uruskan

Buat dan kaji

Proses dan

Semula

tetapkan keperluan

Rajah : Langkah-langkah pengurusan masa


Kita juga hendaklah bijak mengatur rutin seharian supaya segala permasalahan yang
timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan positif. Elakkan membuat tugasan di akhir
masa. Pengurusan masa amat penting kerana ia dapat membantu kita mengawal stes
dengan cara yang terbaik. Hargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan efektif.
2.1.2 Teknik Relaksasi

Teknik Relaksasi seperti Yoga boleh mengawal stres

11

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

Teknik relaksasi boleh juga digunakan untuk mengawal stres. Ianya boleh dilakukan pada
bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Teknik ini dapat mengatur balik
peredaran darah di dalam tubuh badan anda dan membuatkan anda merasa lebih segar
seterusnya mengurangkan stres.
Relaksasi otot secara progresif dan sistematik boleh dilakukan pada waktu rehat. Teknik
ini bukan sahaja dapat membantu anda mengawal stres tetapi juga dapat meningkatkan
kesihatan dari segi fizikal dan psikologi. Ini kerana relaksasi ada hubung kait dengan
senaman yang baik untuk kesihatan. Ianya mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan
tempat yang luas atau masa yang lama.
2.1.3 Penepatan Keperluan
Kita mesti berfikiran terbuka dan positif apabila mengalami stres dengan menetapkan
keperluan yang penting dahulu. Kita mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang
penting untuk mengelakkan stres akibat kerja yang tidak dapat disiapkan tepat pada
masanya.
Untuk mengelakkankan daripada terlupa membuat tugasan-tugasan yang penting, buatlah
satu jadual. Kita juga boleh membuat peringatan di atas meja, di dalam diari dan di dalam
komputer supaya tidak terlupa. Jangan suka menangguhkan kerja kerana ini akan
menyebabkan kerja bertambah banyak. Kita mengalami stres melihat banyak tugasan
yang masih belum disiapkan. Oleh itu, sentiasa ingat dan peka dengan tugasan yang
diberikan.

12

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

SOALAN 3
Terangkan dua jenis alkohol dan kesan-kesannya terhadap tubuh badan anda.
3. DUA JENIS ALKOHOL
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl
alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang
menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan. Setiap
minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses
pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui
proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

Minuman yang mengandungi alkohol yang memabukkan


Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samada mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. Minuman yang dibuat
bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya
dengan proses arak adalah halal diminum. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses
pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada
kandungan alkohol adalah dimaafkan.
Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini. Proses
pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan
halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang
yang meminumnya. Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat
juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi

13

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus. Bersandarkan kepada kenyataan
ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.
Jawatankuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di
dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis
alkohol yang paling baik ialah:1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun
yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

3.2 KESAN ALKOHOL TERHADAP TUBUH BADAN.


Setelah menjalankan kempen anti-merokok Tak Nak, Kementerian Kesihatan kini
mengorak langkah mengadakan kempen anti-alkohol pula. Ini bertujuan bagi
memberikan kesedaran tentang bahaya alkohol.
Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan
diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada
badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di
kalangan para penganutnya.
Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol
tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang
ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka
pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu
kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh
membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover.
Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan

14

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala,


loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 12 jam
kemudian. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa
bulan atau tahun.
3.2.1 Kesan utama
Alkohol boleh menyebabkan penyakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila
situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan
penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada
orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru,
kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Pelbagai penyakit akibat alkohol


3.2.2 Kesan pada otak
Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus
dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh.
Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf.

Alkohol juga memberi kesan yang tidak baik kepada otak

15

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah
yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan
bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan
peminumnya.
Alkohol juga menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya
mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu,
fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Kurang keupayaan dari
segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan
yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas
sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.
3.2.3 Kesan pada hati
Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan
(mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan
kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan
hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa
maut.

Bengkak hati akibat alkohol yang serius


Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada
mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan
mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan
akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap
hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

16

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

3.2.4 Kesan pada perut


Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa
kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi
semakin teruk.

Kerengsaan pada perut menyebabkan ulser


3.2.5 Kesan pada saraf
Alkohol juga boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom WernickeKorsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi
psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi
dan kecenderungan membunuh diri.

Pelbagai penyakit saraf disebabkan alkohol


3.2.7 Kesan pada janin
Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya
mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu

17

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan
kelemahan sendi-sendi.

Janin di dalam rahim yang tidak sihat disebabkan


pengambilan alkohol yang berlebihan.
3.2.8 Kesan lain
Seterusnya, alkohol akan bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya,
kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke
kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan
meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang
sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai
kemungkinan diserang penyakit itu.
Peminum alkohol lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh
merencatkan hormon penahan kencing. Seseorang itu mungkin mungkin mengalami
anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Minum
alkohol berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada
bahagian mulut dan tekak.
3.3 PENUTUP
Akhirnya, alkohol boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan
alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang,
simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan,
keruntuhan moral dan sebagainya."

18

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

RUJUKAN
1. Buku
Borhan Yusof, Hasbullah Ismail dan Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa. (2008).
HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Open University Malaysia
Dzulkifli bin Ismail. (2005). Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 4.
DBP. Kuala Lumpur.
Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal
Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri
Bistari .
Kementerian Kesihatan. (2003). Modul Kemahiran Cara Hidup Sihat : Aktiviti
Fizikal. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Website
http://www.prn2.usm.my
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20080727055308/Article/
www.infosihat.gov.my/Presentation/STRES.ppt
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kadar+nadi+latihan&meta=
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_S_senaman_p03.html
http://www.rasdian.edu.my/pengurusan_stress.htm

19

Noriyati binti Tasiman


660602105090002
HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

LAMPIRAN

20

Vous aimerez peut-être aussi