Vous êtes sur la page 1sur 1

APLIKASI MIKRO-ORGANISMA TEMPATAN

BERFAEDAH KE ATAS TANAMAN ( PLANT


BOOSTER )
( Htc Shaharuddin bin Omar - 20.04.2014 )
Penggunaan mikro-organisma tempatan berfaedah dapat membantu tanaman meningkatkan
tumbesaran dan hasil melalui kombinasi simbiosis diantara kumpulan mikrob tersebut ke atas
tanaman.

Setiap mikrob ini mempunyai fungsi utama iaitu:a)Lactobasillus sp sebagai agen


pembersih atau sterilizer dan menghasilkan anti microbial semulajadi melalui proses
pereputan dan fermentasi yang dijalankan. b) Fotosintetik Bakteria dapat meningkatkan
kadar fotosintesis tanaman dan menguraikan ammonia kepada nitrogen dan hydrogen bagi
mengurangkan bau toksik kepada manusia. c) Yis dapat menghasilkan plant growth
promoter semulajadi bagi mempercepatkan tumbesaran tanaman kepada peringkat vegetatif.
d) Actinomycetes dapat menghasilkan anti microbial semulajadi bagi meningkatkan system
ketahanan pokok terhadap penyakit bacteria dan kulat.

Plant Booster merupakan satu teknik yang menggabungkan unsur tanaman buah-buahan dan
sayur-sayuran yang mempunyai nilai nutrient dan hormone semulajadi yang tinggi bersama
mikro-organisma tempatan yang diperangkap bagi meningkatkan pertumbuhan dan
pengeluaran hasil pertanian.

Aplikasi ini bergantung kepada saiz dan jenis tanaman hortikultur yang
diusahakan.Penggunaan awal Plant Booster menunjukkan peningkatan pertumbuhan dan
hasil yang ketara di antara 20-30% bagi tanaman tomato, cili dan melon di dalam system
fertigasi dan selain itu ianya juga dapat mempercepatkan proses reproduktik dan
memanjangkan tempoh hayat pokok.

Perlu diingatkan bahawa Plant Booster adalah bukan BAJA dan penggunaan plant
booster tanpa penggunaan baja akan menyebabkan risiko kegagalan pertumbuhan dan
penghasilan tanaman yang teruk dan simpton kekurangan nutrien kepada pokok akan lebih
ketara dan cepat.

Vous aimerez peut-être aussi