Vous êtes sur la page 1sur 1

DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian Fasa 1: Pembinaan Skala, Subskala dan Item Inventori


Pembinaan IPRE adalah berdasarkan kepada Rational Emotive Bahavior Theory
yang dipelopori oleh Albert Ellis kajian literatur dan maklutnat mengenai definisi,
konsep, faktor-faktor, implikasi dan maklumat mengenai teori ini adalah
bersumberkan buku, artikel dan pelbagai jurnal daiam dan luar Negara.
Berdasarkan pandangan Ellis, IPRE dibina mengandungi 70 item yang
dibahagikan kepada sebelas subskala iaitu; subskala 1: Saya mesti dikasihi dan
diterima oleh orang lain (6 item), subskala 2: Saya mesti betul-betul cekap, serba
boleh dan Berjaya dalam semua lapangan (6 item), subskala 3: Orang yang
jahat, busuk hati dan kejam mesti disalahkan dan dihukum atas perbuatan
mereka (6 item), subskala 4: Saya sepatutnya mengelak daripada menghadapi
kesulitan hidup dan tanggungjawab bagi diri sendiri daripada menghadapinya (6
item), subskala 5: Saya sepatutnya berasa dasyat dan katastrofik jika urusanurusan yang dikendalikan tidak berlaku seperti apa yang diingini (6 item),
subskala 6: Saya rasakan kemelaratan manusia disebabkan oleh faktor-faktor
luar dan saya memang tidak berupaya langsung untuk mengawal diri daripada
merasa dukacita dan terganggu (6 item), subskala 7: Saya mempunyai sifat
jahat, tidak jujur atau nakal, dengan itu saya hendaklah dipersalahkan serta
dihukum atas kenakalan itu (7 item), subskala 8: Saya rasakan akan berlaku
sesuatu yang amat dasyat dan merupakan bencana apabila hajat saya tidak
tercapai seperti sepatutunya (7 item), subskala 9: Saya mesti tidak mengalami
kesukaran hidup dan hanya bertanggungjawab pada diri sendiri sahaja. (6 item),
subskala 10: Saya seharusnya bersedih terhadap masalah orang lain (7 item)
dan subskala 11: Saya mestilah mengharap dan bergantung pada orang lain
yang lebih gagah berbanding diri saya (7 item).

Vous aimerez peut-être aussi