Vous êtes sur la page 1sur 27

1

1.0

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam matematik berbeza dengan mata
pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan
menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap
pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan
keterampilan (competence) dalam melaksanakan proses PdP dengan mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). Pengajaran matematik yang
berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya ialah:a)

Perancangan mengajar

b)

Pelaksanaan pengajaran

c)

Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai

d)

Pengayaan dan pemulihan

e)

Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

f)

Pengurusan bilik darjah

g)

Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik


Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di
kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan
dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973). Pengajaran
matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut:a)

Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

b)

Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif PdP secara eksplisit

c)

Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan


skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

d)

Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan
sesuatu konsep

e)

Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu


kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

f)

Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses


PdP.

g)

Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di


kalangan pelajar.

h)

Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP serta aktiviti luar kelas.
Ini bermakna bahawa proses PdP yang berkesan memerlukan guru memilih

pendekatan yang sesuai dan berkesan untuk memastikan murid dapat memahami suatu
topik pengajaran matematik dengan berkesan seperti berikut :
MODEL PRINSIP
DAN TEORI

PENDEKATAN

STRATEGI
PENGAJARAN

PEMBELAJRAN
KAEDAHKAEDAH

TEKNIKTEKNIK
MENGAJAR

AKTIVITI

2.0

Pendekatan Pengajaran Matematik


Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran matematik yang berkesan dan mampu
meningkatkan kefahaman konsep pelajar terhadap suatu maata pelajaran, terdapat pelbagai
pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Antaranya
adalah pendekatan kontekstual. Dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik yang
menekankan kepada penggunaan pendekatan kontekstual, terdapat beberapa proses atau
peringkat pelaksanaan aktiviti P&P Matematik dengan menggunakan pendekatan ini yang
3

dikenali sebagai proses REACT (Hull. D, 1997). REACT juga adalah ciri utama yang
perlu diutamakan oleh guru dalam menggunakan pendekatan kontekstual dalam aktiviti
PdP. Oleh itu, berikut adalah menerangan berkenaan dengan proses pelaksanaan
pendekatan kontekstual dalam aktiviti PdP Matematik:1) Proses Menghubungkait (Relating)
Proses pertama dikenali sebagai proses menghubungkait pengajaran dalam konteks
pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari
sesuatu tajuk seperti tajuk Wang dan perlu menghubungkaitkan pengetahuan baru
dan pra-pengetahuan pelajar ke dalam topik yang dijalankan ini. Menurut Wan
Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat
gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan
harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta
memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan. Contohnya,
menghubungkaitkan proses perbelanjaan murid semasa membeli makanan di kantin
sekolah. Katakan murid mempunyai wang sebanyak RM3.00 dan telah membeli
makanan dan minuman yang berjumlah RM2.50, maka baki wang murid yang
masih tinggal adalah 50 sen. Ini bermakna bahawa pengalaman sedia ada murid
yang dilakukan setiap hari dapat dihubungkaitkan dan diaplikasikan sebagai contoh
dalam menjalankan aktiviti kontekstual.
2) Proses Pengalaman (Experiencing)
Peringkat atau proses kedua dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam
aktiviti P&P Matematik adalah peringkat pengalaman. Dalam pengajaran, guru
memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki
melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta.
Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara
menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan
itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di
kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997). Ini bermakna bahawa guru memberikan satu
pengalaman baru kepada murid tentang topik pengajaran yang dijalankan.

Dalam pelaksanaan aktiviti PdP untuk topik Wang misalnya di mana guru boleh
mengemukakan satu situasi dan menggambarkan murid berada dalam situasi
tersebut. Contohnya murid diberikan RM1,000 untuk menjalankan satu akiviti di
sekolah seperti membuka gerai makanan. Dalam menyelesaikan perkara ini, maka
murid akan membahagi-bahagikan wang tersebut kepada beberapa perkara untuk
mencapai matlamat mereka untuk membukan gerai makanan. Secara tidak
langsung, pengalaman baru yang didedahkan kepada murid akan dapat
meningkatkan tahap perkembangan kognitif mereka dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid.
3) Proses Aplikasi (Applying)
Proses ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah peringkat aplikasi.
Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar
boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang
mungkin dihadapi dalam aktiviti kehidupan murid pada masa akan datang. Semasa
pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang
membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar.
Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat
meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar.
Contohnya seperti murid diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk membeli barangan
di kedai runcit yang meliputi beras, gula, dan sebagainya. Untuk itu, murid
diberikan wang berjumlah RM50 untuk mendapatkan makanan tersebut. Dengan
pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari, maka murid akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada ke dalam keadaan sebenar. Dengan cara
seperti ini juga, kefahaman murid dalam menguasai topik Wang akan dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini bermakna bahawa peringkat ketiga
dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual ini adalah sebagai satu langkah yang
akan dapat memastikan murid tidak akan menghadapi masalah dalam suatu
keadaan atau situasi pada masa akan datang.

4) Proses Kerjasama (Cooperating)


Peringkat keempat dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual untuk topik Wang
ini adalah peringkat kerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam
mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan
proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan
pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti
minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih
memahami aspirasi kumpulan.
Dalam erti kata lain, guru merancang satu aktiviti yang akan dapat meningkatkan
kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan suatu masalah atau situasi.
Contohnya seperti guru memberikan satu situasi di mana murid dikehendaki untuk
mengira atau menyatakan jumlah perbelanjaan mereka dalam tempoh sebulan yang
meliputi beberapa bentuk perbelanjaan. Kesemua bentuk perbelanjaan ini perlu
direkodkan dan dijumlah di akhir aktiviti perbincangan. Ini adalah untuk
memastikan murid akan dapat bekerjasama semasa mereka dalam menyelesaikan
suatu tugasan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka
terhadap konsep Wang dengan lebih jelas.
5) Proses Pemindahan (Tranferring)
Peringkat terakhir dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah proses
pemindahan iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru.
Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang
disarankan dalam pendekatan pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal
balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui
penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan
dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997).
Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang
sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Contohnya seperti menjalankan pelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan


topik Wang untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap
topik ini. Pada peringkat ini juga, guru perlu mengajukan pelbagai bentuk
persoalan kepada murid yang akan dapat merangsang murid untuk berfikir dan
menjana idea untuk menyelesaikan atau menjawab setiap latihan yang diberikan.
Dengan cara seperti ini juga, proses meningkatkan kefahaman murid terhadap topik
yang dibincangkan akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.
Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
pelaksanaan pendekatan kontekstual perlu melaui lima peringkat atau proses yang
dinyatakan di atas. setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang
tertentu yang mana akan dapat membantu murid memahami suatu topik pengajaran dengan
lebih cepat dan kekal seperti mana kefahaman mereka terhadap suatu topik pengajaran
matematik seperti topik Wang yang telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan
kontekstual. Sekiranya proses ini tidak ditekankan dalam melaksanakan pendekatan
kontekstual ini, maka usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap topik Wang ini tidak akan dapat dicapai dengan berkesan. Sebaliknya, guru akan
memerlukan masa yang lebih lama untuk memastikan murid dapat menguasai topik ini
dengan sebaiknya.

3.0

Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik


Bagi kaedah dan teknik pengajaran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
matematik. Contohnya seperti kaedah pengajaran berasaskan masalah (PBM). Kaedah
PBM adalah kaedah pengajaran yang mana aktiviti PdP dimulakan dengan mewujudkan
satu masalah atau persoalan di awal aktiviti PdP untuk difahami maksudnya (Mok Soon
Sang, 1998). Penggunaan kaedah PBM ini juga lebih berkonsepkan pelaksanaan aktiviti
PdP yang banyak menyelesaikan pelbagai soalan matematik. Oleh itu, kaedah PBM ini
telah digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviit PdP untuk topik wang yang

menjadi salah satu topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik tahun 5.
Daripada pelaksanaan aktiviti PdP guru, maka berikut adalah proses pelaksanaan kaedah
PBM ini juga telah dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti PdP yang dijalankan:1)

Peringkat Membina Masalah


Pelaksanaan kaedah PBM ini perlu dimulakan dengan membina dan mewujudkan
satu persoalan dan masalah yang perlu difahami oleh murid tentang topik
pengajaran yang akan dijalankan (Boud dan Fletti, 1991). Semasa guru ingin
membina soalan atau masalah, guru perlu memastikan agar masalah yang dibina
dan dibangkitkan tersebut perlu sesuai dengan topik pengajaran yang dijalankan.
Dalam pada itu, masalah yang dibangkitkan juga perlulah mempunyai maksud
tersirat tentang topik pengajaran yang dijalankan. Ini penting agar murid dapat
berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan dan ini adalah elemen
penting untuk menjayakan pelaksanaan kaedah PBM ini.
Perkara ini juga turut dilakukan oleh guru di mana beliau telah membina satu
persoalan atau masalah yang bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada
murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Berikut adalah masalah yang
telah dibina oleh guru di peringkat awal pelaksanaan aktiviti PdP:Kita sangat memerlukan perkara ini untuk memenuhi pelbagai keperluan
kehidupan. Tanpa perkara ini, kita tidak akan dapat menjalani kehidupan
untuk dengan sempurna. Kita memerlukannya untuk makan, beriadah,
berbelanja dan sebagainya. Kita juga memerlukannya semasa hendak ke
sekolah. Tanpanya, kita tidak akan dapat membeli makanan di kantin
sekolah.
Dalam persoalan ini, guru telah menggantikan perkataan wang dengan istilah
perkara agar tidak memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang topik
pengajaran yang akan dijalankan. Dengan menggunakan istilah seperti ini, maka
murid akan dapat berfikir tentang aktiviti PdP yang akan dijalankan.

2)

Peringkat Menghubungkait
Setelah murid diajak untuk berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan,
peringkat pelaksanaan kaedah PBM adalah dengan menghubungkaitkan masalah
tersebut dengan pengalaman sedia ada murid dan juga topik pengajaran yang akan
dijalankan (Noraini Idris, 2005). Semasa proses ini dijalankan, guru perlu memberi
penerangan ringkas kepada murid tentang topik yang diajarkan seperti penerangan
guru tentang topik wang yang akan diajarkan kepada murid. Pada peringkat ini
juga, guru juga turut menjelaskan kepada murid beberapa persoalan lain yang
berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini adalah untuk memastikan agar
murid dapat memahami topik pengajaran dengan lebih jelas sebelum guru
meneruskan proses pengajaran ke peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini
juga, guru turut mewujudkan komunikasi dua hala dengan murid yang bertujuan
untuk memastikan murid mendapat gambaran yang lebih jelas tentang topik wang
yang akan dibincangkan. Secara tidak langsung, proses menghubungkait masalah
yang dibangkitkan oleh guru dengan topik pengajaran dan pengalaman sedia ada
murid, akan memudahkan lagi murid untuk memahami topik wang.

3)

Peringkat Penerokaan dan Perbincangan


Setelah murid didedahkan dengan maklumat dan informasi yang berkaitan dengan
topik pengajaran yang akan dijalankan, proses pelaksanaan kaedah PBM yang
seterusnya adalah menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan yang mana
murid akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai bentuk persoalan yang
dibangkitkan oleh guru (Marrison dan Lowther, 2003). Menurut Boud dan Fletti
(1991), guru perlu memastikan agar setiap murid melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam proses PdP yang dijalankan. Ini adalah untuk memastikan agar
murid dapat mengambil manfaat dan kelebihan daripada proses perbincangan dan
penerokaan yang dijalankan.

Keadaan seperti ini turut menjadi penekanan kepada guru yang mana turut
menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan di kalangan murid. guru telah
menyediakan pelbagai bentuk soalan yang mempunyai aras kesukaran yang
berbeza. Kesemua soalan ini juga perlu diselesaikan oleh murid menerusi
perbincangan dan meneroka pelbagai kemungkinan jawapan bagi setiap soalan
yang ada. Dengan menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan seperti ini,
murid yang lemah akan dapat dibantu untuk memahami topik wang dengan lebih
baik.
4)

Peringkat Penilaian
Proses penerokaan dan perbincangan yang telah selesai dijalankan oleh murid akan
diteruskan dengan proses penilaian yang merupakan peringkat keempat dalam
pelaksanaan kaedah PBM. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlulah menjurus
kepada objektif pengajaran guru dan juga objektif pelaksanaan kaedah PBM iaitu
untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah pelbagai bentuk soalan
matematik yang mempunyai aras kesukaran yang berbeza (Khairani dan Hazali,
2000). Penilaian terhadap dua aspek ini juga penting dalam memastikan agar setiap
aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tidak menyimpang daripada fokus utama
yang ingin dicapai dalam mata pelajaran matematik.
Oleh itu, guru juga turut menjalankan penilaian kepada beberapa aspek. Antaranya
ialah:

Guru telah menilai kesemua jawapan yang telah disediakan oleh setiap
murid dalam kumpulan perbincangan mereka. Contohnya seperti cara murid
menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap soalan, kesilapan yang kerap
dilakukan oleh murid dalam menyediakan jawapan soalan dan seumpamanya.

Guru juga turut menilai tahap perkembangan pengetahuan dan


kefahaman murid terhadap topik wang dengan mengemukakan beberapa
persoalan tambahan secara lisan semasa proses menyemak jawapan murid
dijalankan. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan membantu guru

10

menilai tahap kefahaman sebenar murid terhadap topin wang yang telah
dijalankan.

Penilaian juga turut dijalankan ke atas perkembangan kemahiran


berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang
telah dicapai oleh murid semasa proses perbincangan dan penerokaan
dijalankan.

Oleh yang demikian, tiga aspek penilaian yang dinyatakan di atas telah dijadikan
sebagai kriteria utama yang ditekankan oleh guru dalam memastikan pelaksanaan
kaedah PBM dapat memberikan kesan yang memuaskan kepada setiap murid.
5)

Peringkat Pemindahan Maklumat


Proses terakhir dalam pelaksanaan aktiviti PBM adalah proses pemindahan
maklumat yang mana guru akan merumuskan aktiviti PdP dengan menjelaskan
secara lebih terperinci kepada murid tentang topik pengajaran yang telah dijalankan
(Savery dan Duffy, 1995). Semasa merumuskan aktiviti PdP, guru telah
menjelaskan semula kepada murid tentang konsep wang yang telah dijalankan.
Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan kepada murid tentang cara untuk
menyelesaikan setiap persoalan dengan betul khususnya soalan yang telah
dibincangkan oleh murid. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan dapat
mengukuhkan lagi pengetahan dan kefahaman murid tentang topik wang yang telah
dibincangkan.
Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa proses pelaksanaan kaedah PBM

menjurus kepada lima proses yang utama. Setiap proses dan peringkat pelaksanaan kaedah
PBM ini juga dilaksanakan dengan lebih baik agar dapat membantu guru meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.

11

HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.

4.0

Kesimpulan
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik, guru
boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran. Antaranya ialah kaedah
berasaskan web yang mana guru menggunakan laman web dan beberapa perisian
pembelajaran berasaskan komputer sebagai medium pengajaran (Mok Soon Sang ,1989).
Guru juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah yang mana guru
menyatakan pelbagai bentuk masalah yang berkaitan dengan topik Matematik yang
diajarkan kepada murid. dalam aktiviti ini, murid perlu mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam memastikan setiap masalah dapat diselesaikan dengan lebih dan memuaskan
(Khairani dan Hazali, 2000). Selain itu, kaedah pengajaran kontekstual juga boleh
digunakan yang mana mengaitkan pengalaman seharian murid dalam menjalankan aktiviti
P&P Matematik (Md. Nor Bakar, 1995). Begitu juga dengan kaedah konstruktivisme yang
mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan topik pengajaran matematik yang
diajarkan (Noraini Idris, 2005). Kesemua empat kaedah pengajaran ini adalah bentuk dan
kaedah pengajaran yang semakin sinonim dengan guru Matematik dalam melaksanakan
aktiviti PdP Matematik

12

Jumlah : 2,740 Perkataan


Rujukan
D Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary
School, Harper & Row Publisher, New York
Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional
Books, New York
Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
Kennedy, L.M and Tipps, S. (1994). Guiding Childrens Learning Of Mathematic. Belmont:
Wadsworth Publishing Company.
Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR.
Cerdik Publications Sdn. Bhd, Pulau Pinang
Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan dalam Matematik. Jurnal Pendidikan UTM.
1(1): 72 80, Johor
Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah
Rendah, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor
Mok Soon Sang (1989). Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Newman, M. A. (1977). An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical
Task. Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 - 258
Ngean, Ng See (1984). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di
Malaysia. Kertas yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publication &
Distribution Sdn. Bhd.
Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.

13

14

RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 2


1. Tarikh

8 April 2013

15

2. Masa

60 minit

3. Tahun

3 UKM

4. Bilangan murid

36 orang

5. Mata Pelajaran

Matematik

6. Tajuk Pengajaran

Masa dan Waktu

7. Standard kandungan

Murid dibimbing untuk:-

8. Standard Pembelajaran

9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.


Murid berupaya untuk:(iii) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dangan dan
lima minit.

9. Pengetahuan SediaAda
1. Murid telah mengenali istilah-istilah jam,minit dan waktu.
(pagi,tengahari,malam)
2. Murid pernah menyebut waktu dalam jam

3. Murid telah mengenal tanda senggatan minit pada muka


jam.

Murid dapat :10. Objektif Pengajaran

1. Menyata dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan


lima minit dalam sistem 12 jam sekurang-kurangnya 3
daripada 5 waktu.

2. Menulis waktu dalam jam dan minit dalam sistem 12 jam


sekurang- kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul
11. Isi Pelajaran

1. Menyatakan waktu menjalankan aktiviti harian.


2. Menyatakan ciri-ciri sebuah jam
3. Menyata,Menunjuk dan Menulis waktu dalam bentuk jam

16

dan minit.
4. Latihan pengukuhan, pengayaan dan penilaian.

12. Nilai-nilai murni


1. Jujur, Kreatifdan Cekap dalam pengurusan masa.
2. Konsentrasi, Teliti, Disiplin
3. Semangat bekerjasama dalam kumpulan.

13. Alat Bantu Mengajar

. JamEva,Jam Dinding,Slaid Power Point, LCD Projektor,Laptop,


Kad nombor, Pen berwarna ,Lembaran kerja dan Carta.

14. Bahan Rujukan

Bahan rujukan TMK:


1) Bahan Bantu Mengajar berbentuk slaid persembahan MS
PowerPoint dan Perisian Permainan .
2) Perisian MS Word dan dokumen-dokumen

berkenaan

masa dari Cd Room.


Bahan rujukan bukan TMK:
a. Buku teks tahun 1, 2 dan 3 dan buku aktiviti.
b. Carta dan kad imbasan.
c. Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2.

15. Langkah keselamatan

1) Guru

mengingatkan

pelajar

tentang

tatacara

belajar

dipersekitaran yang menggunakan projektor.


2) Guru

menekankan

nilai

murni

dan

memerhatikan

pencapaian pembelajaran untuk domain afektif.

AktivitiPembelajarandanPengajaran

ABM,

17

Langka

Isi Pelajaran

Aktiviti Guru

AktivitiMurid

Nilai,KBKK,

h
Set
Induksi
(5 minit)

Strategi
Menyatakan

1.Guru menunjukkan

waktu

Beberapa

menjalankan

harian

aktiviti

powerpoint

1.Murid

aktiviti waktu

menyatakan Laptop
dan

melalui slaid aktiviti

tersebut Jujur,kerjasama

dan berdasarkan

menyoal murid:-

masa
gambar dan amanah,

yang ditunjukkan.

ketelitian

Apa yang kamu lihat


Pagi

dalam gambar?

Bilakah

akan Menjana idea


jawapan

aktiviti jam.

tersebut dilakukan?

Kaedah

2.Guru

Penyoalan

murid

Malam

Murid

kamu memberi

melihat
Petang

2.

meminta
menyatakan

bagaimana

cara

mengetahui

masa

aktiviti-aktiviti di dalam
gambar di atas.
3.Guru

akan

menjelaskan bahawa
masa itu amat penting
dalam hidup.

Langkah Menyatakan
1
(15
minit)

1.Guru

akan 1.Murid memberikan

ciri-ciri sebuah menunjukkan


jam.

muka

jam

Guru

akan

model respon dengan


dinding. menjawab secara
bersoal

jawab dengan murid

Jam
dinding,JamEnov
a,Carta

lisan mengenai ciri-ciri


muka jam.

Ini apa?
18

Jarum
Pendek(jam),

Ceritakan apa
yang terdapat
dalam jam ini.

Jujur,
bekerjasama

2.Guru menegaskan

2. Murid akan bilang

terdapat jarum jam

dalam gandaan 5.

pendek,jarum minit
pada panjang pada
muka jam

Jarum
Panjang

3.

(minit),Jarums
aat

Guru

akan 3. Murid membaca


gerakkan jarum minit setiap segmen 5
untuk setiap segmen 5 minit, iaitu 5 minit, 10
minit
mengelilingi minit, 15 minit ......
muka jam.

senggatan

mewakili 5 minit

Sifir berapakah
yang
digunakan bagi
menentukan
minit?.

5. Guru menerangkan
cara membaca waktu
dalam jam dan minit.
Menyatakan
waktu

dalam

jam dan minit

menjana idea
,kreatif

sehingga 60 minit.

4.Guru menerangkan
setiap

Analisis,

Sebut
dahulu,

jam
diikuti

dengan minit.

Kaedah
4.Murid-murid akan

Eksposisi ,

mendapati apabila
jarum minit membuat

Strategi

satu pusingan,jarum

berpusatkan

jam akan bergerak

bahan,

satu jam, iaitu dari 12


ke 1.
5.Murid memerhati
dan memberi maklum
balas berkaitan waktu
yang ditunjukkan iaitu
6:05.

6. Guru menetapkan
jarum jam antara 4

6.Murid akan

19

Menunjukkan
waktu
disebut

dan 5

membaca waktu yang

dan jarum minit pada

ditunjukkan pada jam

6.

Enova .

7.Guru

teruskan 7.Murid akan

aktiviti

dengan mengerakkan

yang penetapan waktu yang kedudukan kedua-dua


berlainan
jarum mengikut masa
yang disebut.
9.Guru

meminta

beberapa orang murid


tampil

kehadapan

menyebut

waktu

dalam jam dan minit.


Langkah
2
(10
minit)

1.Guru menerangkan 1.Murid akan memberi Jam Eva, White


Menulis waktu cara

menulis

yang

dalam

dinyatakan

sengatan

waktu maklumbalas dengan board pen

jam

dan positif
minit

Bahan grafik:

dengan mengunakan

Carta

jam Eva
Bekerjasama,

Tulis dulu jam

Bertoleransi

diikuti

tanggungjawab

dalam

minit
bentuk 2.Murid

angka
pastikan ada
tanda titik
selepas tulis
jam diikuti minit

menulis
angin.

akan

cuba

waktu

atas Menjana

idea.

Analisis,,Sintesis
idea
Kaedah Eksposi

20

2.Guru
murid

membimbing 3.Murid akan menulis


menulis waktu masa

yang

dalam bentuk jam dan ditunjukkan


minit
i.

dalam

bentuk angka dengan


Di

manakah menggunakan

jam

letaknya

jarum Eva dan pamerkan di

pendek?

hadapan kelas.

ii.

Di

manakah

letaknya
jarum panjang?
1.Guru akan meminta
9:20

murid menulis waktu


yang

ditunjukkan

dalam bentuk angka.


2.Guru

teruskan

aktiviti

dengan

penetapan waktu yang


berlainan dalam jam
Eva itu.

Langkah
3
(15

1.Guru akan

1.Setiap ketua

Jam

Aktivitipenguk

bahagikan murid

kumpulan akan

berwarna,Sampu

uhan

kepada 6 kumpulan.

mendapatkan jam Eva l surat,Carta dan

minit)

dan sampul surat.


Pukul 2:15,

2.Setiap

Pukul3:45,

kumpulan

ketua 2.Para

Murid

diberikan mengerakkan

Eva,Kad

pen berwarna

akan Kerjasama,
jarum Bertoleransi,

satu jam Eva bersama jam mengikut waktu Tanggungjawab


21

Pukul 4:30,

satu

sampul

surat. yang

disebut Jujur

Dalam setiap sampul menggunakan


Pukul 5:50

jam

itu terdapat sekeping Eva


kad yang berwarna.
3.Guru

meminta

setiap

kumpulan

menunjukkan

waktu

yang

yang

oleh

setiap

Analisis,

disebut

Menjana idea,

ketua

Menyelesaikan

kumpulan melalui jam


Eva.

masalah,
3.Murid menulis waktu Berjimatcermat.
dalam jam dan minit
setelah

berbincang

4.Guru akan memberi

dengan rakan rakan

mata kepada setiap

sekumpulannya.

kumpulan yang
menunjuk waktu yang

4.Setiap

tepat dalam.

akan

kumpulan Kaedah

bertukar

berwarna

kad Simulasi,

itu

dan Kaedahperbinca

5.Selepas itu meminta menandakannya.


menulis
tersebut

waktu Guru
dalam

ngan

bertindak

kad sebagai fasilitator.

berwarna yang diberi.


Aktiviti
berterusan
semua

ini

akan Hasil kerja murid akan


sehingga dipamerkan.
ketua Kumpulan

yang

kumpulan mengambil mendapat

semua

bahagian.

betul

dikira

pemenang.
6.Guru
menukar

meminta
kad
22

berwarna itu sesama


kumpulan.
7.Guru akan
memberikan jawapan
setelah bincang
dengan semua murid.
8.Guru akan membuat
penghargaan kepada
setiap

hasil

kerja

kumpulan.
Langkah Latihan
4
(10

1.Guru mengedarkan 1.Murid

pengukuhan/

lembaran

pengayaan

kepada setiap murid.

menjawab Media

kerja soalan-soalan

minit)

dikemukakan

cetak

yang Lembaran kerja


dalam

lembaran kerja yang Jujur


2.Guru menerangkan diedarkan.
cara menjawab soalan

Analisis,

dalam lembaran kerja

Menjana idea.

tersebut.

2.Murid

3.Guru

bertukar

membincangkan

kerja

jawapan
Penutup

Permainan

(5 minit)

My
Games

saling
lembaran Kaedah
dan Perbincangan

bersama- menandakannya.

sama murid
1.Guru menggunakan Murid akan menonton Media :

Clock talian internet untuk permainan


memaparkan

dipaparkan

yang Talian internet


dalam htttp

permainan My Clock laptop.

Bekerjasama,

Games kepada murid.


A.Guru

mengadakan

Menjana idea.

pertandingan diantara Murid akan memberi


23

murid.

respons yang positif .

~Sebutkan waktu
yang ditunjukkan.
~Tunjukkan waktu
yang dipaparkan.

Kaedah
Permainan

B.Guru akan memberi


ganjaran

kepada

pemenang
C.Guru

akan

membuat
hasil

rumusan

pembelajaran

yang dipelajari pada


hari
sikap

ini.(Menerapkan
mementingkan

pengurusan masa)

24

LAPORAN REFLEKSI MTE3107


Bersyukur pada tuhan kerana dengan berjayanya saya berjaya menyiapkan tugasan
bagi Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE3107) iaitu membuat kajian tentang
aplikasi penggunaan pendekatan,

kaedah dan teknik dalam pengajarandan

pembelajaran matematik secara individu dan menyediakan satu rancangan pelajaran

25

harian ( RPH) untuk tempoh satu jam serta bahan bantu mengajar secara
berpasangan.
Saya berpasangan dengan Pn.Vellamah merancang dan membincang tugasan yang
diberikan dahulu. Hasil perbincanganya kami memahami kehendak soalan supaya hasil tugasan
tidak bercanggah dengan soalannya. Bagi saya tajuk individu amat sesuai dengan saya kerana
mengajar Matematik di sekolah. Saya mendapati ada banyak perkara yang perlu diteliti sebelum
mengajar murid-murid yang terdiri daripada pelbagai tahap.
Saya mencari bahan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
terperinci. Dalam masa yang sama, rakan saya juga mencari bahan bagi tugasan individu. Jadi,
kami sentiasa menghubungi untuk membincang dan berkongsi maklumat yang diperolehnya.
Hasil dari kajian ini saya memahami murid mesti digalakkan untuk berfikir agar pemikiran mereka
sentiasa aktif dan berkembang. Saya membuat satu kajian setelah memperoleh bahan yang
secukupnya.
Kami mengambil masa panjang untuk berfikir tajuk yang mana perlu dipilih untuk
menghasilkan rancangan pengajaran harian yang menarik. Akhirnya kami memutuskan untuk
memilih tajuk masa untuk menggajar tahun dua. Setelah tajuk dipilih kami, merancang untuk
menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang kami gunakan semasa menghasilkan RPH.
Akhirnya kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran
dan pembelajaran lebih efektif. Kami dapat menghasilkan rancangan pengajaran harian yang
lengkap serta format yang dikehendaki oleh pensyarah.
Seterusnya kami perlu menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan. Jadi, kami berfikir dan membincang untuk membina BBM yang menarik dan
mudah diubahsuai. Akhirnya kami dapat menghasilkan BBM dengan berjaya. Kami berharap
BBM ini akan dapat memberi manfaat kepada murid untuk memahami tajuk masa.
Beberapa halangan terpaksa saya

tempuhi terutama dengan

pengurusan

masa.

Walaubagaimanapun, saya telah membahagikan masa dengan semaksimum yang mungkin


untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah menyiapkan tugasan yang diberi baru saya
berasa lega dan gembira. Akhir sekali, saya sedar bahawa persediaan awal yang rapi adalah
perlu dan mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan baik.

26

Kesimpulannya, saya mempelajari banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum,


semasa dan selepas pengajaran dan pembalajaran bagi memastikan murid menguasai
kemahiran yang diajar.

Disediakan oleh,

MOHANARAJ GANASEN
841117-06-5323
4.14 MATEMATIK

27

Vous aimerez peut-être aussi