Vous êtes sur la page 1sur 49

BAHAGIAN C

MEMBUAT
ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C
20 minit

Membuat Ulasan
20 markah
Ulasan yang dibuat berpandukan
soalan kepada situasi yang
diberikan.
Tidak kurang 80 patah
perkataan.
*Tidak lebih daripada 80 patah
perkataan.

Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/


pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang
mengandungi banyak pengajaran/amalan
baik atau nilai-nilai murni.
Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi
soalan ini ialah 20 markah.

BAHAGIAN C
Bahagian ini amat penting .
Perlu memahami dan meneliti
dengan jelas petikan yang diberi.
Calon tidak digalakkan mencatat
atau menyalin semula .
Pastikan nilai-nilai murni yang
perlu dikaitkan berdasarkan
petikan yang disediakan.
Tidak perlu menulis semula
nama orang yang diceritakan .

JENIS SOALAN : 1.

AMALAN BAIK

Belajar bersungguh-sungguh
Mendisiplinkan diri
Menolong orang yg. ditimpa kesusahan
Mengambil berat / memberi perhatian
Luhur tanpa menyimpan rasa dendam
Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan
Tidak buang masa
Menanam sikap rajin bekerja

Pastikan mengikut arahan soalan


.
Nilai murni yang disampaikan
boleh dicampur-aduk .
Nilai yang negatif tidak boleh
diterima.
Jawapan yang disampai dalam
satu perenggan.
Jawapan yang mempunyai lebih
daripada satu perenggan tidak
diterima .
Penggunaan watak contoh nama

JENIS SOALAN : 2.

Baik hati
Berdikari
Berhemah tinggi
Hormat
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kejujuran

NILAI-NILAI MURNI

Toleransi
Kesyukuran
Harmoni
Berdisiplin
Berwawasan
Semangat
bermasyarakat
Patriotisme
Rasional
Kesederhanaan
Kerjasama
Kerajinan

JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN

Memelihara dgn.
kasih sayang
Jasa dihargai dan
dibalas
Menyayangi ibu
bapa dan keluarga
Mensyukuri
anugerah tuhan
Bersifat murah
hati
Ucap terima kasih

Bersimpati pada
golongan lemah
Sifat
bertanggungjawab
Menepati masa
Amanah
Kesabaran
membawa kejayaan
Menjaga
keselamatan
Bersikap prihatin
Mematuhi
peraturan

BAHAGIAN C 20 MARKAH
PENSKORAN

KRITERIA

CEMERLANG
( 17 -20 )

i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang


gramatis
berdasarkan bahan rangsangan.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas
serta
sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul

BAIK
( 12 16 )

i.
Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang
gramatis
berdasarkan bahan rangsangan.
ii.
Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang
sederhana
serta sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca &
ejaan
tetapi tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN
( 6 11 )

i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.


ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad
dan
sesuai.
iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca &
ejaan

PENCAPAIAN

i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.


ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai

Cara Menulis ulasan


Baca dan fahami situasi.
Gariskan amalan baik dalam soalan.
Sediakan rangka ulasan. Catatkan
nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis ulasan pendek lebih kurang 5
hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
perkataan/panjang jawapan tidak lebih
50 patah perkataan.

Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunya


ketika berada di rumah.
Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapan
bersama-sama ibu bapanya.

Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan pun


melintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..

Contoh Soalan
Membuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.
Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke
dapur membantu ibunya menyiapkan
sarapan. Salina dan keluarganya akan
bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi
ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan
ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas,
Salina membaca buku. Tiba di sekolah,
Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia
akan memastikan kelasnya berada dalam
keadaan ceria.

AMALAN BAIK
BANGUN AWAL PAGI
MEMBANTU IBU
BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA
BERSARAPAN
BERSALAMAN
DENGAN
AYAH DAN IBU
MEMBACA BUKU
MEMBERSIH KELAS
KELAS YANG CERIA

NILAI/PENGAJARAN +SEBAB

AMALAN BAIK
BANGUN AWAL PAGI

NILAI/PENGAJARAN +SEBAB
DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
MASA

MEMBANTU IBU

RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB

BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA

MENGERATKAN HUBUNGAN
KASIH SAYANG/
SILATURRAHIM

BERSARAPAN

MENJAGA KESIHATAN/TIDAK
LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN
KETIKA BELAJAR

AMALAN BAIK
BANGUN AWAL PAGI

NILAI/PENGAJARAN +SEBAB
DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
MASA

KITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUN


AWAL PAGI.
MEMBANTU IBU

RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB

SELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJA


IBU SEPERTI MEMBANTU IBU.
BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA

MENGERATKAN HUBUNGAN
KASIH SAYANG

DI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGAN


KASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.

AMALAN BAIK
BERSALAMAN DENGAN
AYAH DAN IBU

NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
MENGHORMATI IBU BAPA/
MOHON RESTU

MEMBACA BUKU

RAJIN/MENGHARGAI
MASA

MENYAPU/
MEMBERSIH KELAS

TANGGUNGJAWAB/
MENJAGA KEBERSIHAN

KELAS YANG CERIA

SERONOK & SELESA


BELAJAR

BAGAIMANA MENULIS ULASAN


Kata Bantu

mesti

perlu
hendak
harus

Nilai murni/
pengajaran

Kata
Hubung

Penanda
Wacana

dengan
kerana
agar
supaya
seperti

patut

Huraian

Selain
itu,
Di samping
itu
Seterusny
a,
Akhir sekali,

Contoh ulasan
Antara nilai yang terdapat dalam petikan
ialah kita mestilah menghargai masa
dengan bangun awal pagi. Selain itu,
kita perlulah meringankan beban kerja
ibu dengan membantu ibu. Seterusnya,
kita dapat mengeratkan hubungan kasih
sayang dengan bersarapan bersama-sama.
Di samping itu, kita perlu menghormati
kedua-dua ibu bapa kita dengan bersalaman
dengan mereka sebelum pergi ke sekolah.
Akhirnya , kita dapat menambah ilmu
pengetahuan dengan membaca buku.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk


bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi
Izzati sudah bangun dan mengemas tempat
tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan
dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap,
Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya
serta adik beradiknya.
Bangun awal setiap hari
Mengemas tempat tidur
Mandi dan menyiapkan diri

Berdisiplin / menghargai masa


Tanggungjawab / rajin
Menjaga kebersihan diri /
berdisiplin

Bersarapan dengan ayah dan ibu

Mengeratkan hubungan
kasih sayang

Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzati


sudah berada di dalam kelasnya. Dia akan
menjalankan tugas seperti yang tertera pada
jadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzati
memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap
mata pelajaran khususnya matapelajaran yang
dia agak lemah. Dia sentiasa bertanya
gurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakanrakannya selalu membuat perbincangan
dalam kumpulan bagi memantapkan lagi
pemahaman dan pengetahuannya.

2009
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya.
Sang
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang
diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan,
Sang Semut
telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan
hampir
lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan
sehelai daun
agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya
menyelamatkan
dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu
sedang
mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera
menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya
tersasar.

AMALAN BAIK
KELUAR MENCARI
MAKANAN
MENCARI MAKANAN
UNTUK
KUMPULANNYA
BERSUNGGUHSUNGGUH
MENJALANKAN TUGAS
TIDAK JATUH KE
DALAM SUNGAI
MENJATUHKAN
SEHELAI DAUN
MENYELAMATKAN DIRI

NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

AMALAN BAIK
SEGERA MENGGIGIT
KAKI PEMBURU
MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH
BERSAHABAT BAIK

NILAI/PENGAJARAN/SEBAB

AMALAN BAIK
KELUAR MENCARI
MAKANAN
MENCARI MAKANAN
UNTUK KUMPULANNYA
BERSUNGGUHSUNGGUH
MENJALANKAN
TUGAS
TIDAK JATUH KE
DALAM SUNGAI

NILAI/PENERANGAN/SEBAB
RAJIN

BERTANGGUNGJAWAB

TEKUN / BERUSAHA /
DISIPLIN

BERHATI-HATI

AMALAN BAIK
MENJATUHKAN SEHELAI
DAUN

PENERANGAN/SEBAB
MEMBANTU/MENOLONG/
BAIK HATI

MENYELAMATKAN DIRI

BERTINDAK PANTAS/
BIJAK/PRIHATIN

SEGERA MENGGIGIT
KAKI PEMBURU

MEMBALAS JASA/
MENGENANG BUDI

MENGUCAPKAN TERIMA
KASIH
BERSAHABAT BAIK

MENGHARGAI
PERTOLONGAN
SETIA KAWAN/
HUBUNGAN MESRA

mad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton


evisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
rsarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
panya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghir
n lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujur
da kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
kolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpuna
a terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
sikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
egaraku, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
risan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapat
hawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpa
eh rakan untuk pulang ke rumah.

1.Tidur larut malam


2.Membuang masa menonton televisyen
3.Tidak bersarapan
4.Tidak menghormati ibu bapa
5.Tidak mematuhi peraturan jalanraya
6.Tergesa-gesa
7.Tidak menjaga keselamatan harta sendiri
8.Tidak menghormati lagu kebangsaan
9.Menolong orang yang dalam kesusahan.

CONTOH JAWAPAN
Kita mestilah menghargai masa dengan tidur
pada masanya dan bangun awal kerana masa itu
emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati
ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke
sekolah sebagai tanda seorang anak yang
bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi
peraturan jalan raya dengan berhenti semasa
lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan
diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah
bertanggungjawab dengan menjaga harta benda
sendiri seperti basikal agar tidak menyesal
kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat
patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu
Negaraku dinyanyikan sebagai tanda taat
kepada Negara.

CARA MENGULAS
MENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAI

I.

APA? + MENGAPA? (SEBAB)

II. APA? + BAGAIMANA?


(CARA/NILAI)
III. APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)

Kembangkan idea ikut kesesuaian


Apa? (nilai yang dikesan)
bangun awal pagi
Bagaimana? (perlakuan nilai)
disiplin diri
Contoh (peribahasa / rujuk teks)
masa itu emas
Kesan / Akibat (baik / buruk)
tidak tergesa-gesa dalam melakukan
sesuatu

Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan :


Bahagian C
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni.
Antaranya
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran.
Antaranya
Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas.
Misalnya
Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas.
Misalnya
Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan
di atas. ...
Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan
di atas. ...

Sebagai seorang pelajar, kita haruslah.

BAHAGIAN C Cara menulis.

ntara nilai murni yang terdapat di dalam petika


i ialah ..(huraian).
eterusnya, ..
................................(huraian)...
samping itu, .......
uraian)..
elain itu, ..
..(huraian).

khirnya, kita.(huraian)
..
Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja.
Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.

Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah


.agar(huraian)
Kita juga perluuntuk
.(huraian)
Seterusnya, kita perlu.
untuk..(huraian)
Kita juga harussupaya
.(huraian)
Kita mestilah juga
bagi(huraian)
Apa yang penting setiap amalan/nilai/
pengajaran mesti ada huraian

Elakkan daripada menulis ulasan


menggunakan perkataan,
..itu merupakan amalan yang
baik.
.itu merupakan sikap yang
terpuji.
.itu merupakan amalan yang
mulia.

Untuk mendapat markah yang cemerlang


Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
1.
2.
3.
4.

Membuat ulasan yang jelas dan tepat.


Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
dibina. Kenalpasti penanda wacana.

latihan

Setiap petang adik akan memastikan kerja


sekolah
yang diberi oleh guru sekolahnya siap.
Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya,
adik berehat sebentar.
Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik
bermainmain dengan kucing kesayangannya di dalam
bilik.
Ketika bermain, tanpa disedari adik telah
memecahkan cenderamata kesayangan
kakak. Kakak merasa sedih
melihat cenderamata yang diperolehi
daripada

Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada


petikan di bawah.
Azizul : Apa khabar Rahim?
Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini.
Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila
mendapat
tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam
kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu.
Rasalah.
Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak
perlulah
awak bimbang.
Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat
mengikut
nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai
makanan
pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar.
Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada
kawankawan di sekolah.
Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan
berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu
tidak

Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu


peroleh daripada petikan di bawah,
Saudari,
Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat
saya terima dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirim surat
kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa.
Bagaimana kehidupan saudari sekarang?
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah berjaya
mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan
mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaan UPSR
tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk
menjejakkan kaki ke sekolah berasrama yang diidamkan oleh
semua murid. Saya berasa kesal kerana tidak belajar
bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yang ada
dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi
menghadapi peperiksaan UPSR.

Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki


kesilapan saya. Saya berasa keputusan saya belum terlambat.
Mulai saat ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan
mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jika sebelum ini
saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya
akan memperbaiki kesilapan tersebut.
Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu
bapa saya. Nasihat guru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah
yang diberi jarang dapat saya siapkan. Kawan-kawan sering
mengajak saya belajar bersama-sama dalam satu kumpulan,
tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untuk
membahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya
tidak ambil kisah. Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran
ibu bapa. Kini saya menyesal dan berusaha untuk menjadi yang
terbaik di sekolah saya pula. Doakanlah kesejahteraan saya.
Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap
saudari akan menempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup
dan semoga berbahagia selalu.

Kesilapan yang biasa dilakukan


oleh calon semasa menjawab
soalan peperiksaan
1.
1 Tidak benar-benar memahami kehendak soalan
- Kurang teliti membaca dan memahami arahan,
. kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak
tersusun dengan kemas.
- tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk
format yang teratur dan betul.

3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi


dan penutup.
- tiada mempunyai perenggan.
4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta
struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.
5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau
dialog dalam jawapan.
6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal
menjawab cukup soalan.
7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang
diminta oleh soalan.

8.

Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah.


Tidak menarik.

9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun


kemas. Kurang menggunakan penanda wacana.
Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.

SEKIAN, TERIMA KASIH

KALAU TAK FAHAM JUGA,


TANYALAH GURU-GURU
ANDA.

OK KAWAN-KAWAN..
DAH HABIS
AMIN.
KITA JUMPA LAGI

TERIMA KASIH DAUN KELADI


PANJANG UMUR, JUMPA LAGI;
SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH
SEKIAN.TERIMA KASIH..

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,


JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;
KALAU ADA SILAP DAN SALAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.
BETUL..
BETUL
BETUL

SELAMAT BERTEMU LAGI.


JUMPA LAGI PADA LAIN
MASA & KETIKA.

Dihasilkan oleh:Suwaibah Sussana Abdullah


SK Tok Muda, Kapar, Klang.
suwaibahsu@yahoo.com.my

SENYUMLAH..SENYUMLAH
AHAI.CIK MEK MOLEK
SENYUMLAH..SENYUMLAH.
AHAI.CIK MEK MOLEK..

GADIS IDAMANKU
HANYA ENGKAU YANG SATU
HADIRLAH
DALAM MIMPI.MIMPIKU.
BIAR BERIBU
RAMAI DATANG MENGANGGU
PADAKU.
ENGKAULAH YANG SATU

Vous aimerez peut-être aussi