Vous êtes sur la page 1sur 12

ISI KANDUNGAN

PERKARA

HALAMAN

PENGENALAN

1.0 ELEMEN KEGRAMATISAN AYAT

2.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENILAIAN KARANGAN


BENTUK GLOBAL DAN BENTUK PERINCIAN

3.0 MASALAH PENULISAN DI KALANGAN MURID-MURID


DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

RUJUKAN

12

PENGENALAN

Secara amnya, aktiviti penulisan karangan adalah satu kemahiran yang sangat
penting dalam Bahasa Melayu yang merupakan satu proses luahan perasaan atau
ekspresi kepada rakaman kejadian yang dilihat atau dialami. Penulisan karangan
merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik. (Juriah Long, et.al,
1990). Penulisan bukan sahaja disampaikan melalui tulisan di atas sekeping kertas,
tetapi juga boleh disampaikan melalui gambarajah dan beberapa jenis penulisan
seperti cerpen, novel, karangan, sajak, puisi dan sebagainya.
Di dalam kaemahiran penulisan karangan merangkumi beberapa aspek yang
perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar seperti berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum mereka menghasilkan sebuah karya. Bahkan ianya
merupaka lanjutan daripada proses dalam membina ayat-ayat mudah dan proses
menyambung ayat mudah kepada ayat yang lebih kompleks. Bertujuan agar muridmurid berkemampuan mengolah pendapat mahupun mengolah idea yang menarik
berdasarkan kepadan situasi atau tajuk ke dalam sesuatu bentuk karangan. Secara
tidak langsung, murid-murid akan dapat mengembangkan daya pemikiran mereka
serta

memperkayakan

lagi

pemerolehan

bahasa

hasil

daripada

proses

pembelajaran.
Bahkan dengan satu tajuk yang mudah sahaja, murid akan dapat
mengembangkan tajuk tersebut melalui idea-idea yang dilahirkan oleh murid untuk
dikembangkan. Penulisan juga turut membentuk penggunaan bahasa yang gramatis
dan betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu kerana dalam karangan,
terdapat pelbagai jenis karangan yang menggunakan pelbagai laras bahasa yang
berbeza-beza mengikut kesesuaian karangan. Disamping itu, bidang penulisan
mampu meluaskan kosa kata di kalangan murid-murid. Malah, pengalaman menulis
karangan mampu diadaptasi ke dalam situasi sebenar dalam kehidupan harian. Oleh
demikian, dalam tugasan ini saya akan membincangkan tentang topik-topik yang
berkait rapat dengan penulisan karangan seperti rajah di bawah di bawah :

1.0 ELEMEN KEGRAMATISAN AYAT

Di dalam menghasilkan karangan bahasa Melayu yang menarik memerlukan


kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Khususnya di dalam menggunakan ayatayat gramatis di dalam penulisan. Oleh itu penulis perlu memenuhi dan
menggunakan elemen-elemen ayat gramatis di dalam karangan. Perlu diingat,
bahawa penggunaan ayat gramatis mungkin tidak sesuai untuk sesetengah
karangan atau sesetengah ayat yang cuba dibuat. Oleh itu, pemilihan ayat gramatis
perlu diteliti dengan berhati-hati. Kita tidak mahu, hanya kerana mahukan ayat
kelihatan gramatis, kesannya ayat yang digunakan tidak memberi erti langsung.
Oleh itu, berikut adalah aspek-aspek yang perlu dipatuhi bagi membina ayat di dalam
penulisan karangan. Antaranya ialah :

PAAT iyey a aamd tt a i yyl i huaa ann nsgg u kt ri ad ta a k y a n g


M e n g g u n a ka n
tmk e e pe l eam wt p da u eh n na y gn a a i n
ml a re a m s p b u a n h y a a s i a u n s u r
ks ou nb tj ee kk s d da an n m a k s u d .
kmy ea a ln e k g ws uba deh t a u n tl a. mu a k s u d a t a u
pb ra e h d a i ks aa t.
3

1.1

Pemilihan kata yang tepat dengan konteks dan maksud.

Di dalam menghasilkan sebuah karangan, diksi boleh didefinisikan sebagai pilihan


kata pengarang untuk menggambarkan sebuah cerita. Diksi bukan hanya bermaksud
pilih memilih kata melainkan digunakan untuk menyatakan gagasan atau
menceritakan peristiwa tetapi ianya juga meliputi persoalan gaya bahasa, ungkapanungkapan

dan

sebagainya.

Gaya

bahasa

sebagai

bahagian

dari

diksi

yang mempunyai hubungan dengan ungkapan-ungkapan individu atau karakteristik,


atau memiliki nilai artistik yang tinggi.
Diksi atau pemilihan katan ini mempunyai fungsi yang sangat penting untuk
memperolehi keindahan kata. Oleh demikian, sebuah kata akan lebih jelas, jika
pilihan kata tersebut tepat dan sesuai. Ketepatan pilihan kata bertujuan agar tidak
menimbulkan interpretasi yang berlainan antara penulis atau pencerita dengan
pembaca atau pendengar, sedangkan kesesuaian kata bertujuan

agar

tidak

merosakkan suasana. Selain itu pemilihan kata ini berfungsi untuk menghaluskan
kata dan kalimat agar ia dilihat lebih indah. Bahkan dengan adanya pemilihan kata
oleh pengarang berfungsi untuk menyokong jalan cerita agar lebih lebih jelas
berdasarkan latar waktu, latar tempat, dan latar sosial dalam penceritaan tersebut.
Sebagai contoh :
Sejak dua tahun yang lalu ia membanting tulang untuk memperoleh kepercayaaan
masyarakat .

1.2

Ayat yang mempunyai subjek dan predikat;

Menurut Nik Safiah Karim (2008), subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi
unsur yang diterangkan.Secara amnya, subjek setiap ayat dalam bahasa Melayu
hanyalah terdiri daripada frasa nama. Manakala, Predikat pula ialah kumpulan
perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek.

Predikat

sesuatu

ayat

tunggal

boleh

terdiri

daripada

unsur-unsur

Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif, dan Frasa Sendi Nama. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 : 464) pula, subjek merupakan bahagianayat
yang diterangkan manakala predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan
subjek.

Disamping itu, menurut Abdullah Hassan (1993 : 30), subjek bermaksud hal
yang hendak diceritakan. Hal ini terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara.
Terdapat empat frasa yang boleh menjadi subjek iaitu Kata Nama, Kata Ganti Nama,
Kata Kerja dan Kata Sifat yang berfungsi sebagai Kata Nama. Predikat pula ialah
bahagian ayat yang menceritakan perihal orang, benda, tempat atau perkara yang
dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada empat jenis frasa iaitu, Frasa
Nama, Frasa Kerja, Frasa Sifat dan Frasa Sendi Nama. Contoh penggunaan ayat
yang tidak mempunyai subjek atau predikat iaitu :
Bangunan yang tinggi itu

1.3

Tiada unsur kelewahan maksud atau bahasa.

Perkataan lewah bermaksud membawa makna berlebih-lebih sehingga tertambah


perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan dalam ayat
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, p. 934). Berdasarkan Lee dan Raja Masittah
Raja Ariffin (2007, p. 221) pula, konsep kata lewah merujuk kepada penggunaan
yang berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara yang tidak perlu atau berlaku
ulangan makna yang sia-sia. Misalnya menerusi contoh :
penjahat yang jahat itu mencuri.
Berdasarkan pada contoh di atas, pengulangan perkataan penjahat berserta
frasa yang jahat sudah menunjukkan unsur kelewahan kerana wujud ulangan kata
yang tidak diperlukan dalam binaan tersebut. Selain itu, frasa mempersetujui
permintaannya dikategorikan sebagai kelewahan kerana kehadiran imbuhan
memper--I bagi kata dasar setuju. Imbuhan yang tepat untuk kata ini ialah meN-i, iaitu menyetujui. Hal ini demikian kerana kehadiran apitan meN--i dalam
contoh tersebut membentuk kata

kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu

memerlukan satu objek.


Dalam lingkungan nahu bahasa Melayu, kelewahan melibatkan beberapa
elemen seperti imbuhan, perkataan, frasa dan ayat. Malah, wujud kelewahan dari
sudut pengulangan idea dalam karangan. Berdasarkan definisi dan pengertian ini,
unsur lewah dalam penulisan, khususnya penulisan formal seperti laporan akhbar
wajar dihindari kerana kehadiran elemen tersebut akan menjejaskan aspek nahu.
Aspek kelewahan ini dapat dikategorikan sebagai salah satu kesalahan dalam
penggunaan nahu kerana wujudnya unsur yang tidak gramatis dalam binaan ayat.
5

Selain itu, kepersisan ayat akan terganggu dan pada masa sama berupaya
merencatkan kefahaman pembaca dalam konteks yang lebih luas, yakni merangkumi
sudut nahu bahasa Melayu dan kandungan sesuatu penulisan itu sendiri.

1.4

Menggunakan laras bahasa yang betul.

Setiap kali bila kitan membincangkan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada
membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah
orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya
adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.
Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara
berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini
melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi
dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya
kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata
yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah
dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktorfaktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial.
Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah
disebut sebagai dialek daerah.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.
Laras bahasa biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang
penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan.
Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

2.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENILAIAN KARANGAN BENTUK GLOBAL


DAN BENTUK PERINCIAN

Dalam setiap pengajaran dan pembelajaran bahasa, penilaian dan pengujian adalah
suatu aspek yang sangat penting yang berfungsi sebagai kayu pengukur untuk
melihat sejauhmana objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetntukan dapat dicapai. Selepas tamatnya sesuatu proses pengajaran dan
6

pembelajaran, sama ada mengenai sesuatu tajuk atau unit pembelajaran, sama ada
mengenai sesuatu tajuk atau unu pembelajaran ataupun setelah selsai pengajaran
keseluruhan kandungan sukatan pelajaran, ini kerana sebagai seorang guru pasti
ingin mengetahui sejauhmana keberkesanan pengajaran mereka. Oleh itu, guru
perlu melaksanakan satu penilaian untuk menilai tahap pencapaian murid-murid
antaranya penilaian Berbentuk Global dan Bentuk Perincian. Kedua-dua bentuk
penilaian ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.
Pemarkahan holistik juga dikenali sebagai penlaian berbentuk global iaitu
skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah
kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk
eseiyang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik
memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan
kemudian

mengelas pencapaian

mengikut

kelompok

pencapaian

sebelum

menganggar markah keseluruhan bagisesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan


jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan
secara

holistik

memerlukan

pemeriksa

yang

berpengalaman

dan

benar-

benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.Pemarkahan holistik boleh


dikelaskan kepada enam kriteria berdasarkan dari markah 0sehingga 6. Rajah di
bawah menunjukkan kekuatan dan kelemaha penggunaan penilaian berbetuk global
atau holistik seperti berikut :

KEKUATAN

KELEMAHAN

Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak

Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan

menyeleweng daripada kehendak soalan. Ini

benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran

bermaksud, pemeriksa boleh memberikan markah

berkenaan sebagai pemeriksa. Ini kerana, dalam

selagi

pemarkahan

jawapan pelajar

tidak

menyeleweng

daripada kehendak soalan.

holistik,

pemeriksaan

secara

menyeluruh dilakukan di mana skima jawapan tidak


disediakan secara terperinci dan cara ini amat
subjektif kerana pemeriksa perlu membaca kritikal

Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil

untuk menyemak jawapan pelajar.


Terdapat kemungkinan berlakunya

masa yang panjang kerana pemeriksaan dibuat

dalam memberikan markah antara pemeriksadan

secara umum tanpa memberi penekanan pada

sukar

aspek

isi

kandungan,

hendak

pengolahan bahasa pemeriksa

dan sebagainya.

pengetahuanserta
7

dijelaskan.
mempunyai
idea

Ini

perselisihan

kerana

setiap

pengalaman,

masing-masing

dalam

Pemeriksaan
daripada

jawapan dibuat

seorang

pemarkahan
dalam

skrip

pemeriksa

dibandingkan

kumpulan

menentukan markah pelajar.


Kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh

oleh lebih
dan

antara

juga

faktor lain yangtidak relevan seperti bentuk tulisan

pemeriksa

untuk memastikan

dan kekemasan skrip jawapan.

bahawa

setiap pemeriksa memberi markah yang sama


antara mereka.
Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam

Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila

aspek penguasaan pengetahuan serta dapat

pemeriksa

menilai

terutamanya

tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk

kebolehan

kepada situasi pemeriksa memberikan markah

mengolah idea dan membuat rumusan tentang

tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau

sesuatu perkara atau keadaan.

kurang

kemahiran

kemahiran

aras

yang
tinggi

lain
seperti

dipengaruhi

baik

oleh

kerana

pengetahuannya

calon

dikenalinya

sebagai pelajar yang cergas.

Manakala, penilaian berbentuk perincian atau dikenali sebagain penilaian


analitik adalah

merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara

lebihterperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yanglebih terperinci. Ia


mengandunginilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus.
Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu
ia memerlukan skema pemarkahan yangterperinci dan setiap unit jawapan diberi
perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diperuntukkan kepada unsurunsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu
dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur
tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah
yang akan diberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian
bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan
kesepaduan unsur-unsur berkenanan. Berikut adalah kekuatan dan kelemahan
penilaan tersebut iaitu :

KEKUATAN
Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang

Pengambilan

kurang berpengalaman memeriksa dan yang

memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya

tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Ini

apabila bilangan calon terlalu ramai.


8

KELEMAHAN
masa yang agak

lama

untuk

kerana pemarkahan diberi berdasarkan kepada


skrip jawapan yang telah disediakan
Memadai
diperiksa
sekali
sahaja

oleh

Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara

pemeriksa. Hal ini demikian kerana pemarkahan

fakta dan kurang memberi penekanan pada

diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan.

kemahiran penulisan

Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah


di luar skrip jawapan, maka pemeriksatidak
akan memberikan

markah

untuk

jawapan

tersebut.
Tugas pemeriksa menjadi lebih mudah kerana

Hanya memberi penekanan kepada fakta atau

skema pemarkahan atau skrip jawapan yang

jawapan secara terperinci semata-mata.

disediakan

adalah

terperinci

dan

jelas.

Pemarkahan secara analitik juga memberikan


gambaran yang jelas tentang asas taburan
markah.
Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan

Pemeriksaan

kelemahan prestasi pelajar danmenyampaikan

apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu

maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan

aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk

dapat

aspek tersebut

melihat

serta

menilai

di

manadan

boleh

akan

bersifat

ditolak.

negatif

kerana

Apabila

hal

apa kelemahan mereka dengan jelas dengan

sedemikian berlaku maka pelajar cenderung untuk

menggunakan pemarkahan secara analitik

mendapat skor yang rendah bagi soalan esei atau


subjektif.

3.0 MASALAH PENULISAN DI KALANGAN MURID-MURID DAN LANGKAHLANGKAH MENGATASINYA

Di dalam penulisan karangan dikalangan murid kita pada masa kini masih lagi dalam
keadaan yang membimbangkan kerana ada sebilangan besar murid-murid kita
masih belum mahir menghasil satu penulisan karangan yang gramatis dan menarik
sama ada penulisan berbentuk fakta atau piksyen. Jika dilihat terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dalam menguasai kemahiran
penulisan karangan ini seperti berikut dan cara mengatasi masalah tersebut iaitu:

a. Kebanyakan murid adalah tidak memahami bahan rangsangan, murid yang menyalin
soalan sahaja semasa latihan atau ujian, dan murid murid juga tidak memahami
kehendak murid tidak memahami bahan rangsangan yang ditunjukkan oleh guru
semasa pengajaran atau bahan rangsangan di dalam kertas peperiksaan.
Apabila murid tidak memahami bahan rangsangan terutama jika soalan
berkaitan karangan bergambar, murid akan menulis perkataan atau ayat yang
tidakmenepati kehendak soalan atau bahan rangsangan tersebut. Hal ini akan
menjejaskan pencapaian murid dalam kemahiran menulis. Dapatan ini bertentangan
dengan dapatan Nadzeri Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam
pengajaran penulisan karangan telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan
karangan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu
memastikan bahan rangsangan yang digunakan sesuai dan mudah difahami oleh
murid.
Sehubungan itu, guru perlu berusaha mengatasi kelemahan murid-murid
dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Hal ini
selari dengan pendapat Abd. Aziz Abd. Talib (2000) iaitu kelemahan murid-murid
yang lebih berkaitan dengan aspek bahasa adalah pelbagai. Semua kelemahan itu
ialah kelemahan bahasa dalam bentuk penulisan, dan merupakan masalah yang
perlu diatasi sekiranya guru menginginkan murid-muridnya menulis karangan dengan
baik dan bermutu tinggi.
Kebanyakan guru mengajar kemahiran menulis kepada murid-murid daripada
isi pelajaran yang mudah dahulu barulah berpindah kepada yang sukar. Selain itu,
guru yang memberi pendedahan kepada murid sebelum menulis juga akan
membantu memudahkan pemahaman murid terhadap hasil pembelajaran yang
diajar. Selain itu, dengan terus menyemak hasil penulisan murid secara terperinci,
guru dapat mengesan kesilapan dan kelemahan murid. Kebanyakan guru
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis. Penggunaan bahan bantu mengajar teknologi
maklumat dan komunikasi seperti komputer dan internet juga ada digunakan oleh
sesetengah guru.

b. Tidak menguasai kemahiran mekanikal menulis seperti tidak dapat membezakan


huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan ini menyebabkan murid tidak dapat
menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik.

10

Oleh itu, bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran


murid untuk meningkatkan kemahiran menulis
menulis

seharusnya

diberikan

penekanan

iaitu pengajaran asas kemahiran


yang

serius

agar

murid

dapat

menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam


pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta
kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan
kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah dapat membentuk
murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam
bilik darjah.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian
dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi
pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar.
Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran
agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam
diri murid.
c. Kelemahan seterusnya iaitu murid tidak mempunyai kemahiran yang mendalam
terhadap penguasaan ejaan dan kosa kata.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini guru boleh menggunakan pelbagai
pedekatan dan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid seperti mengadakan
aktiviti imlak dengan cara yang menyeronokkan seperti menyalin pengumuman, lirik
lagu, berita, dialog kartun dan resipi. Selain itu menggunakan teknik permainan
bahasa juga boleh dimainkan seperti teka silang kata dan sahiba juga
memungkinkan murid meningkatkan kemahiran mengeja dan menambah kosa kata.
Gunakan teknik ini dan teknik lain agar asas untuk murid-murid cikgu itu
menghasilkan karangan yang baik bertambah kukuh.
RUJUKAN

Abdul Jalil Othman, (2001). Perkaitan semantik dalam penulisan. Issues in


Education, 24, 141- 157.

Hashim Othman, (2003). Kemahiran menulis; perspektif komunikatif. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Henry Guntur Tarigan, (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997). Penguasaan kemahiran
menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Marohaini Yusoff & Zulkifli A.Manaf,. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis


Karangan bahasa Melayu di sekolah menengah:satu penilaian kualitatif.
Pertanika J.Social & Humanities, 5(2), 65-71.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005). Teori bahasa: implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12

Vous aimerez peut-être aussi