Vous êtes sur la page 1sur 12

PENGGUNAAN POWER DORINGE UNTUK MENGHASILKAN

KRAF TEMBIKAR TEKNIK LINGKARAN


BAGI MURID TAHUN
4 CERDAS
Oleh:
Wan Nor Amira Fateen bt Wan Ahmad Fu-ad , Tuan Haji Nazli bin Hamzah
Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
ie_ya91@yahoo.com
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi membantu murid tahun 4 meningkatkan kemahiran dan kualiti
hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran melalui kaedah demonstrasi dan
menggunakan alat Power Doringe sebagai bantuan dalam penghasilan kraf tembikar. Kemahiran
yang ditekankan di sini ialah kemahiran menghasilkan lingkaran yang baik untuk menghasilkan kraf
tembikar. Peserta kajian dalam penyelidikan ini terdiri daripada 3 orang murid tahun 4 yang berumur 10
tahun di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Dalam perlaksanaan kajian, pengkaji telah
menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpul data antaranya ialah pemerhatian, temu bual,
analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan peserta kajian lemah
dalam menghasilkan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Setelah intervensi dijalankan
iaitu dengan mengaplikasikan sejenis alat Power Doringe dalam penghasilan kraf tembikar, pengkaji
mengumpul semula data-data kajian dengan menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual,
analisis dokumen serta ujian bertulis. Hasil analisis data mendapati kesemua peserta kajian
menunjukkan peningkatan yang positif dari segi hasil karya yang dihasilkan. Analisis data ini disahkan
melalui dapatan kajian berdasarkan instrumen yang digunakan. Keputusan penyelidikan tindakan
menunjukkan bahawa penggunaan alat Power Doringe dengan menggunakan kaedah demonstrasi
model hidup dapat membantu meningkatkan kualiti hasil karya kraf tembikar dengan menggunakan
teknik lingkaran dalam penghasilan kraf tembikar.
Kata kunci: Alat Power Doringe, Demostrasi Model Hidup, Teknik lingkaran

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sering dipandang remeh oleh guru-guru dan ibu bapa. Berbeza
pula bagi murid-murid, mereka sangat meminati mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kerana mata
pelajaran inilah yang mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu,
guru haruslah bijak dalam merancang aktiviti menggunakan bahan dan alat yang bersesuaian agar muridmurid mampu mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum
fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Sura, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menghasilkan
lingkaran doh yang sama saiz dan sama panjang dalam kalangan murid tahun 4. Hal ini menyebabkan
kraf tembikar yang dihasilkan tidak berkualiti. Masalah yang sama turut dialami oleh murid tahun 4
Cerdas di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, Kuala Terengganu. Semasa praktikum fasa ketiga di
sekolah tersebut, pengkaji diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Seni Visual tahun 4 Cerdas. Kelas ini
merupakan kelas akhir antara dua kelas tahun 4 di sekolah ini. Majoriti murid kelas ini berasal dari
keluarga bertaraf rendah namun menunjukkan minat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bagi
mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran

murid menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti dengan berbantukan alat Power
Doringe.
SOROTAN LITERATUR
Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation Conference on
Trade and Commerce, perkataan kraf tangan didefinisikan seperti berikut (Handicraft is a manual skilledintensive product with or without use of tool, simple instruments or implement operated indirectly by the
craftmen). Dapatlah disimpulkan bahawa kraf merupakan hasil karya daripada pandai tukang sendiri
menggunakan alat atau tanpa menggunakan alat.
Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenal oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni dan salah
satunya adalah kemahiran menggunakan bahan (Execution in a Medium). Disebabkan murid tidak dapat
menghasilkan lingkaran doh yang sama panjang dan sama saiz, maka penyelesaian yang cuba digunakan
adalah dengan menggantikan bahan plastisin kepada bahan yang lebih lembut iaitu bahan doh. Pembinaan
kraf tembikar 3 dimensi menggunakan teknik lingkaran ini adalah sukar untuk dihasilkan oleh murid yang
mengalami masalah dalam peringkat kematangan psikomotor. Namun, dengan pemilihan bahan, alatan
dan kaedah yang tepat, murid ini dapat dibantu untuk meningkatkan kualiti dalam penghasilan kraf
tembikar.
Berdasarkan pandangan dan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas, kaedah
tunjuk cara dan demonstrasi jelas berpotensi tinggi untuk meningkatkan kualiti dalam penghasilan kraf
tembikar teknik lingkaran dalam kalangan murid tahap 2. Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri
penting demonstrasi atau tunjuk ajar adalah, ia memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar
memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Melalui kaedah
demonstrasi, murid dapat menguasai konsep dan prinsip serta meningkatkan ingatan mereka terhadap
langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti dengan mudah. Melalui teknik demonstrasi atau tunjuk cara
juga, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan berkeyakinan.
Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui
penglihatan dan pendengaran.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk memudahkan murid menghasilkan lingkaran doh yang sama
saiz dan sama panjang bagi menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran 3 dimensi berbentuk gelas
dalam kalangan murid-murid tahun 4 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka menggunakan alat
Power Doringe.
Objektif kajian
Objektif umum penyelidikan ini ialah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menghasilkan kraf tembikar gelas berbentuk 3 dimensi menggunakan teknik lingkaran dalam kalangan
murid-murid tahun 4 Cerdas Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka menggunakan alat Power Doringe.
Objektif khusus kajian ini ialah:
1. Meningkatkan kemahiran untuk menghasilkan kraf tembikar menggunakan teknik

lingkaran yang berkualiti.


2. Memahami kaedah penggunaan alat Power Doringe bagi menghasilkan kraf tembikar teknik
lingkaran.
3. Menimbulkan minat menghasilkan karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan
menggunakan teknik lingkaran.

Persoalan Kajian
Penyelidikan ini dijalankan untuk menjawab soalan yang berikut:
1. Bagaimanakah penggunaan Power Doringe dapat meningkatkan kualiti kraf tembikar teknik
lingkaran?
2. Adakah alat Power Doringe dapat meningkatkan pemahaman untuk menghasilkan kraf
tembikar teknik lingkaran?
3. Adakah alat Power Doringe dapat menimbulkan minat murid menghasilkan kraf tembikar
teknik lingkaran?
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan ini akan melibatkan 19 orang murid tahun 4 Cerdas dari Sekolah Kebangsaan Bukit
Chempaka yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Penyelidik
mensasarkan murid tahun 4 kerana berpandangan, pada ketika ini mereka sudah mula menguasai tahap
perkembangan dalam seni. Bidang yang ingin diajar juga mengikut spesifikasi pembelajaran dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di bawah bidang Kraf Tradisional.
Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini seramai tiga orang murid (lelaki).
Model penyelidikan tindakan yang digunakan ialah model kajian yang dibangunkan oleh Kemmis &
McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat proses kajian tindakan berdasarkan gelungan
(cycle) seperti mereflek (Reflect), merancang (Plan), bertindak (Action) dan memerhati (Observe).

Gambar Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)


Dalam proses pertama, pengkaji telah membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji
telah mengesan masalah menghasilkan kraf tembikar. Pengkaji mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
yang terdapat pada setiap sesi. Pengkaji telah membuat pemerhatian mengenai isu utama iaitu sama ada

murid mampu ataupun tidak menghasilkan kraf tembikar berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan
teknik lingkaran. Manakala isu sampingan pula, pengkaji melihat sama ada murid dapat memahami atau
tidak prosedur yang diterangkan oleh pengkaji. Daripada refleksi yang dilakukan, pengkaji telah
mengenal pasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan murid
yang mempunyai peringkat kematangan psikomotor halus yang masih lemah dan kurangnya nilai-nilai
estetika pada kraf tradisional. Selian itu, pengkaji menjalankan ujian kefahaman pra dan pasca kepada
murid-murid yang memfokuskan kepada teknik-teknik menghasilkan kraf tembikar. Ujian ini dijalankan
untuk mendapatkan data yang lebih tepat di samping membantu pengkaji mengukuhkan lagi kajian
tindakan yang dijalankan.
Pengkaji mengambil proses seterusnya berdasarkan lingkaran kedua model tersebut iaitu merancang.
Pengkaji merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid. Pengkaji memfokuskan pada masalah yang utama iaitu murid menghadapi masalah
dari segi penghasilan kraf tembikar dalam bentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik lingkaran.
Murid tidak dapat menghasilkan kraf tembikar dengan baik meskipun penerangan telah diberikan.
Dalam gelungan pertama pengkaji telah menggunakan bahan doh. Doh ini digunakan bagi menggantikan
plastisin sebagai bahan membuat kraf tembikar. Plastisin digantikan kerana bahan ini mengandungi toksin
dan juga sukar dikendalikan kerana teksturnya yang lebih keras berbanding doh. Namun, murid-murid
masih lagi menghadapi masalah dalam menghasilkan lingkaran untuk membuat kraf tembikar. Oleh yang
demikian, pengkaji meneruskan pada gelungan kedua dengan mencipta alat Power Doringe. Alat ini
direka khas bagi memastikan lingkaran doh yang lebih berkualiti dapat dihasilkan oleh murid-murid.
Apabila lingkaran doh yang dihasilkan adalah lurus, mempunyai saiz yang sekata dan tidak lagi putusputus, maka kraf tembikar yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
Bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah memilih kaedah demonstrasi yang
merangkumi 3 jenis demonstrasi. Namun begitu, pengkaji hanya memilih satu jenis demonstrasi sahaja
bagi memudahkan penerangan tentang proses atau prosedur membuat kraf tembikar. Kaedah demonstrasi
yang dipilih ialah demonstrasi model hidup. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi
menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan murid dalam bidang kraf tradisional
iaitu tembikar.
Proses ketiga dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pemerhatian dilakukan semasa muridmurid menjalani sesi intervensi. Pemerhatian yang dibuat adalah menggunakan senarai semak yang
menumpukan pada aspek-aspek tertentu. Langkah yang terakhir ini dilakukan bagi melihat perubahan
tahap pencapaian murid setelah menggunakan Power Doringe. Pengkaji mengumpul dan menganalisis
data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga
objektif utama kajian. Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan
kesimpulan.
Rakaman dalam bentuk foto juga dilakukan bagi melihat keberkesanan alat yang digunakan dalam
penghasilan kraf tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran. Selain itu, pengkaji juga turut menemu
bual ketiga-tiga peserta kajian sebagai maklum balas terhadap penghasilan kraf tembikar menggunakan
alat Power Doringe. Hasil karya kraf tembikar yang dihasilkan oleh setiap peserta kajian dianalisis dan
diberikan penilaian. Penilaian diberikan berdasarkan kriteria-kriteria mengikut tahap. Hasil karya peserta
kajian dinilai sebelum dan selepas intervensi dijalankan untuk mengenalpasti sama ada kemahiran
menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran dapat ditingkatkan ataupun sebaliknya. Akhir sekali,
pengkaji membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat keberkesanan alat Power
Doringe.

SPESIFIKASI INTERVENSI

GAMBAR RAJAH 2: Power Doringe


Bagi mengatasi masalah peserta kajian, pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan alat Power
Doringe dalam aktiviti menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Alat intervensi ini dicipta untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam menghasilkan lingkaran doh yang sama panjang, sama saiz dan
tidak putus-putus dengan lebih mudah. Alat ini diperbuat daripada besi dan paip PVC. Alat ini mudah
dikendalikan setelah pengubahsuaian dibuat, bersesuaian dengan murid-murid sekolah rendah. Alat ini
juga boleh digunakan dalam satu jangka masa yang sangat lama kerana alat ini kukuh dan tidak mudah
rosak. Seperti yang dilihat pada gambar foto di atas, alat ini mampu menarik minat murid-murid untuk
mengenal dengan lebih dekat mengenai bidang Mengenal Kraf Tradisional khususnya aktiviti
menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Hal ini kerana warnanya yang menarik dan fizikalnya yang
mampu membuatkan murid tertanya-tanya tentang fungsi alat ini dan teruja untuk mencuba. Dengan
menggunakan alat Power Doringe, murid-murid dapat menghasilkan lingkaran doh dengan lebih mudah
sekaligus mempercepatkan proses penghasilan kraf tembikar. Paling utama ialah alat Power Doringe
mampu membantu murid meningkatkan kualiti kraf tembikar teknik lingkaran. Jika sebelum ini murid
terpaksa menggunakan tangan untuk menggelek doh tetapi kini murid dapat menghasilkan lingkaran doh
yang sama saiz, sama panjang dan tidak putus-putus dengan menggunakan alat Power Doringe.

Berikut merupakan langkah-langkah penghasilan kraf tembikar teknik lingkaran menggunakan alat
Power Doringe:
Langkah

1.

2.

3.

4.

5.

Perlaksanaan Aktiviti

Ilustrasi

Catatan

Menghasilkan ketulan-ketulan doh


yang bersaiz kecil supaya dapat
dimasukkan ke dalam paip PVC
Power Doringe.

Masukkan doh ke dalam paip PVC.

* Doh
memenuhi paip
Power
Doringe

Masukkan paip PVC ke dalam


Power Doringe.

*Pastikan
kedudukan
PVC adalah
betul.

Menggunakan Power Doringe.


Tekan picu Power Doringe untuk
menghasilkan lingkaran doh yang
sekata.

*Pastikan
kendalian yang
betul mengikut
arahan.

Membuat kraf tembikar teknik


lingkaran dengan cara menyusun
lingkaran yang sudah dihasilkan.

Dalam kajian ini, pengkaji memulakan prosedur tindakan dengan guru menerangkan konsep Power
Doringe. Seterusnya, guru menunjukkan alat dan bahan serta cara penggunaan alat tersebut. Sesi ini
bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid tentang konsep alat Power Doringe serta
pendedahan terhadap alat dan bahan yang akan dikendalikan oleh peserta kajian. Seterusnya, guru
menjalankan demonstrasi atau tunjuk cara model hidup kepada peserta kajian tentang kaedah yang betul
untuk menghasilkan lingkaran doh menggunakan alat Power Doringe. Dengan ini, peserta kajian akan
lebih faham dengan jelas tentang penggunaan alat Power Doringe yang betul. Sebaik sahaja murid
faham tentang penggunaan alat Power Doringe, murid menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran
menggunakaan alat tersebut. Semasa proses ini berlangsung, pengkaji membuat pemerhatian dan
memberikan bimbingan kepada peserta kajian. Hal ini dilakukan bagi memastikan peserta kajian dapat
menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran dengan seronok dan tanpa sebarang masalah.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan diperoleh hasil daripada analisis data secara dekriptif menggunakan empat jenis instrumen kajian
iaitu pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian pra pasca. Keempat-empat instrumen kajian ini
digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam kajian ini.
Dapatan kajian daripada kesemua instrumen yang digunakan menunjukkan keberkesanan penggunaan alat
Power Doringe dalam menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran. Berikut merupakan hasil dapatan
kajian salah seorang peserta kajian kajian iaitu peserta kajian 3.
Instrumen Kajian Pemerhatian
Sebelum Penggunaan Power Doringe Sebagai Bahan Bantu Mengajar Diaplikasikan.
Kualiti hasil karya Kraf Tembikar.
Hasil kraf tembikar peserta kajian 3 adalah tidak mengikut bentuk yang dikehendaki dan tidak menepati
kriteria yang ditetapkan untuk mencapai tahap karya kraf tembikar yang berkualiti. Setiap lingkaran
mempunyai saiz yang berbeza-beza. Tambahan pula, setaip satu lingkaran yang dihasilkan juga tidak
mempunyai saiz yang sekata dari hujung ke hujung. Kraf tembikar gelas kelihatan seperti pasu.

Kefahaman peserta kajian terhadap isi pengajaran.


Dari awal lagi, PK 3 mengatakan bahawa bidang Mengenal Kraf Tradisional adalah sukar. Disebabkan
tanggapan tersebut, PK 3 tidak mahu mencuba untuk memahami proses penghasilan kraf tembikar kerana
tidak kemahuan dalam dirinya. PK 3 juga tidak mempunyai keyakinan di dalam dirinya bahawa dia
mampu menghasilkan kraf tembikar dan mampu memahami proses penghasilan kraf tembikar tanpa
masalah.
Tingkah laku peserta kajian ketika menghasilkan kraf tembikar.
PK 3 sering merungut kepenatan semasa menggelek lingkaran doh. Hal ini kerana PK 3 terpaksa
menggelek beberapa kali untuk mendapat hasil yang memuaskan dan untuk mendapatkan lingkaran doh
yang banyak sebelum membentuk kraf tembikar. Disebabkan oleh itu, PK 3 mudah berputus asa dan
enggan berusaha.
Selepas Penggunaan Alat Power Doringe Sebagai Bahan Bantu Mengajar Diaplikasikan.

Kualiti hasil karya Kraf Tembikar.


Setiap lingkaran doh yang dihasilkan oleh PK 3 mempunyai saiz yang sama. Begitu juga dengan setiap
satu lingkaran doh yang mana saiz dari hujung ke hujung lingkaran adalah sekata dan tampak jauh lebih
baik daripada yang sebelumnya. Hasilnya, kraf tembikar adalah menepati kriteria-kriteria yang
ditetapkan.

Kefahaman peserta kajian terhadap isi pengajaran.


Semasa penerangan disampaikan oleh pengkaji, PK 3 dapat memahami penjelasan yang diberikan dengan
baik. Hal ini terbukti apabila semasa PK 3 menjalani aktiviti menghasilkan kraf tembikar, PK 3 tidak
banyak bertanya seperti biasanya. Ini menunjukkan PK 3 dapat memahami dan mengingati proses
penghasilan kraf tembikar dengan baik tanpa menerima bimbingan daripada pengkaji.
Tingkah laku murid ketika menghasilkan kraf tembikar.
Semasa menggunakan alat Power Doringe untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran, PK 3
menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi. PK 3 tidak lagi merungut kepenatan malah kelihatan lebih
bersemangat.

Intrumen Kajian: Temu bual


(Sebelum intervensi )
006
020

Minat..sebab seronok.
Ade masalah...wat lingkaran. Susah nak wat. Jadi tak cantik

Ulasan: Peserta kajian 3 menyatakan dia berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual namun
dia menghadapi masalah semasa menjalani aktiviti menghasilkan kraf tembikar iaitu semasa
menghasilkan lingkaran doh kerana hasilnya yang tidak memuaskan.
(Selepas intervensi)
051
053
056
058
069

Gune alat ni membantu. Dapat membuat dengan lagi senang.


Tembikar berkualiti. Dulu jadi belok-belok. Sekarang straight.
Puah hati..

Ulasan: Peserta kajian 3 menyatakan alat Power Doringe membantunya dalam menghasilkan kraf
tembikar teknik lingkaran dengan lebih mudah. Hasilnya, kraf tembikar adalah lebih berkualiti dan
peserta kajian ini berpuas hati dengan karya kraf yang dihasilkannya.
Kesimpulannya, ternyata alat Power Doringe dapat membantu murid menghasilkan lingkaran doh yang
baik untuk menghasilkan kraf tembikar yang berkualiti. Alat ini juga secara tidak langsung mampu
meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan kraf tembikar.
Intrumen Kajian: Analisis Dokumen
Instrumen kajian analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data untuk mengukuhkan lagi kajian
yang dilaksanakan. Tujuan lain adalah sebagai bukti bagi menyokong dapatan sedia ada. Seterusnya, data
terkumpul akan dianalisis dengan menggunakan kaedah naratif. Dokumen ataupun hasil karya peserta
kajian ini dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan dijadikan panduan ulasan untuk
diisi dalam borang ulasan analisis dokumen bagi melihat perbezaan di antara hasil karya peserta kajian
sebelum dan selepas intervensi.

Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang sudah ditetapkan iaitu
penilaian terhadap aspek kekemasan hasil karya kraf tembikar, bentuk kraf tembikar dan keseimbangan
kraf tembikar. Setiap aspek ini pula terbahagi kepada tiga tahap iaitu baik, sederhana dan kurang
mencapai tahap. Dari aspek kekemasan, pengkaji melihat dari segi kekemasan lingkaran doh iaitu
mempunyai saiz yang sama bagi setiap lingkaran, setiap satu lingkaran mempunyai saiz yang sekata dan
tidak berserabut. Dari aspek bentuk, peserta kajian haruslah menghasilkan bentuk yang dikehendaki iaitu
bentuk gelas manakala dari aspek keseimbangan, pengkaji harus melihat dari aspek kseimbangan saiz dan
bentuk kraf yang mana tapak dan bahagian bawah tembikar haruslah sama. Berikut merupakan hasil
dapatan analisis dokumen iaitu hasil karya peserta kajian sebelum dan selepas intervensi.
PERBEZAAN HASIL KARYA SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN ALAT
POWER DORINGE BAGI MENGHASILKAN KRAF TEMBIKAR MENGGUNAKAN
TEKNIK LINGKARAN
SEBELUM

SELEPAS

Huraian

Huraian

1. Lingkaran doh yang berbeza saiz.


Setiap satu lingkaran tidak mempunyai
saiz yang sekata.
2. Bentuk tidak menepati kriteria yang
ditetapkan. Bentuk tembikar kelihatan
seperti pasu.
3. Tidak seimbang dari segi susunan
lingkaran demi lingkaran kerana
bahagian bawah tembikar lebih besar
berbanding bahagian atas.

1. Saiz lingkaran yang sama. Setiap


satu lingkaran mempunyai saiz
yang sekata.
2. Bentuk yang dihasilkan mengikut
kriteria yang dikehendaki.
3. Seimbang dari segi susunan
lingkaran pertama dan lingkaran
yang seterusnya. Bahagian bawah
adalah sama besar dengan
bahagian atas.

Keseluruhannya, hasil analisis dokumen menunjukkan peserta kajian 3 menghadapi masalah untuk
menghasilkan kraf tembikar yang berkualiti namun setelah menggunakan alat Power Doringe, kraf
tembikar yang dihasilkan menunjukkan peningkatan dari aspek kekemasan, bentuk dan keseimbangan
yang mencapai tahap. Hal ini jelas membuktikan bahawa alat Power Doringe mampu meningkatkan
kemahiran murid untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti.

Intrumen Kajian: Ujian Bertulis Pra dan Pasca


Keputusan bagi ujian bertulis pra bagi PK 3 adalah sangat rendah iaitu 1 daripada 5 markah menjadikan
peratusan yang diperoleh hanyalah 20%. Pada mulanya, PK 3 tidak kelihatan seperti bermasalah. Namun,
setelah beberapa minit, PK 3 mula hilang tumpuan untuk menjawab soalan. Sama juga seperti peserta
kajian yang lain, apabila tumpuan menjawab ujian hilang, PK 3 sudah tidak berminat untuk terus
menjawab ujian tersebut. PK 3 menyatakan bahawa dia sudah tahu bahawa dia akan memperoleh markah
yang rendah jadi, dari awal lagi PK 3 sudah berputus asa dan tiada keyakinan diri.
Namun, berbeza pula sikap PK 3 semasa menjawab soalan pasca. Walaupun PK 3 masih bertanyakan
pengkaji tentang soalan tersebut, namun pengkaji dapat melihat kesungguhan PK 3 untuk menjawab dan
mendapat markah yang lebih baik berbanding markah ujian pra. Dengan pendekatan yang berbeza dalam
meningkatkan pengetahuan murid, PK 3 dapat dibantu untuk memperoleh markah penuh dalam ujian
pasca iaitu 5 daripada 5 soalan menjadikannya 100%.
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN KESELURUHAN PESERTA KAJIAN
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan berdasarkan hasil dapatan
daripada keempat-empat instrumen kajian. Instrumen pemerhatian menunjukkan peseta kajian 1, 2 dan 3
menunjukkan perubahan tingkah laku iaitu dari segi minat yang sangat baik. Jika dahulu mereka kurang
menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru, namun dengan
memperkenalkan alat baru, mereka menunjukkan minat dan mula memberi perhatian terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Intrumen temu bual pula menunjukkan kesemua peserta kajian pada awalnya minat dengan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual namun apa yang membuatkan mereka hilang minat semasa melakukan
aktiviti adalah kerana pendekatan yang digunakan oleh guru adalah membosankan. Mereka juga mula
berputus asa apabila gagal menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran yang berkualiti. Namun apabila
diperkenalkan dengan alat Power Doringe timbul perasaan inkuiri dan ingin mencuba yang mana secara
tidak langsung berjaya menarik minat mereka untuk menghasilkan kraf tembikar teknik lingkaran lebihlebih lagi apabila alat ini mampu memudahkan kerja mereka dan mendapat hasil karya yang berkualiti.
Intrumen analisis dokumen bagi ketiga-tiga peserta kajian berdasarkan hasil karya kraf tembikar
menunjukkan peningkatan yang sangat baik di mana hasil karya mereka berjaya mencapai tahap baik
berbanding dahulu hasil karya mereka adalah kurang mencapai tahap. Daripada hasil tersebut jelas
menunjukkan kemahiran kesemua peserta kajian dapat ditingkatkan. Masalah ketidakmatangan motor
kasar dan motor halus juga berjaya diatasi dengan penggunaan alat Power Doringe.
Bukan sahaja dari segi kemahiran, kefahaman kesemua peserta kajian juga berjaya ditingkatkan apabila
keputusan ujian pra dan pasca mereka menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan.
Kesemua peserta kajian berjaya mendapat 100% di dalam ujian pasca.
KESIMPULAN
Kajian ini berjaya membuktikan bahawa pengaplikasian alat Power Doringe dalam penghasilan kraf
tembikar dengan menggunakan teknik lingkaran merupakan salah satu kaedah yang boleh diguna pakai
kerana ia dapat membantu peserta kajian dalam penghasilan kraf tembikar. Penggunaan alat Power
Doringe dalam penghasilan kraf tembikar dapat menjimatkan masa selain daripada memudahkan murid
untuk membuat lingkaran demi lingkaran bagi menghasilkan kraf tembikar yang dikehendaki. Tambahan
pula, kajian ini juga membantu pengkaji dalam meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran dan

pembelajaran selain daripada dapat memastikan setiap murid mendapat pengalaman yang sama dalam
aktiviti yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, malah pengkaji juga dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi
model hidup mampu meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan sesuatu kemahiran. Kaedah model hidup terdiri daripada pengkaji sendiri sebagai model
bagi menerangkan langkah-langkah penghasilan kraf tembikar. Secara tidak langsung dapat menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan teratur.
Dalam dapatan kajian ini juga akan memberikan gambaran sebenar tentang peningkatan kualiti hasil
karya kraf tembikar berbentuk 3 dimensi yang menggunakan teknik lingkaran. Kajian yang dilakukan ini
juga akan membuktikan keberkesanan kaedah demonstrasi bagi meningkatkan pemahaman murid tentang
prosedur atau proses penghasilan kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran. Selain itu, kajian ini
juga akan menguji keberkesanan alat Power Doringe sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBB) dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual.
Dalam kajian tindakan ini jelas menunjukkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting
bagi seseorang guru dalam meningkatkan mutu pengajaran dalam mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Kesedaran ini sangat penting dalam profesionalisme sebagai seorang guru. Guru harus
sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan murid-murid dengan membuat inovasi
terhadap pedagogi yang digunakan. Dengan adanya usaha yang berterusan maka sudah pasti
kecemerlangan murid-murid dapat ditingkatkan.
Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektif kajian yang ditetapkan dan menjawab persoalan
dalam masalah yang timbul dalam kajian ini. Namun demikian, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan
datang. Sewajarnya pengkaji akan datang menekankan pada aspek kaedah pengumpulan data agar
dapatan data yang diperoleh menjadi lebih mantap dan dapat membantu semua pihak terutamanya para
pengkaji bagi membuat penambahbaikan terhadap tajuk kajian ini.
Diharap pada masa yang akan datang, pengkaji yang lain akan dapat membuat penambahbaikan
dan dapat membuat kajian dengan lebih meluas mengenai keberkesanan penggunaan alat Power
Doringe dalam penghasilan kraf tembikar yang menggunakan teknik lingkaran agar dapat meningkatkan
kejituan data yang diperoleh. Penambahbaikan alat Power Doringe boleh dilakukan dengan cara
meperbanyakkan lubang pada hujung PVC Power Doringe agar melancarkan lingkaran doh untuk
keluar sekaligus dapat menghasilkan lingkaran doh yang banyak dalam satu masa. Dari aspek bahan pula,
pengkaji boleh mengubah penggunaan bahan doh kepada tanah liat yang mana lebih bersesuaian dengan
alat Power Doringe. Tanah liat adalah lebih lembut berbanding doh. Maka, kelancaran lingkaran untuk
keluar melalui Power Doringe dapat ditingkatkan. Murid-murid juga lebih mudah untuk
mengendalikannya. Pengkaji juga boleh menambah bilangan peserta kajian supaya hasil dapatan kajian
lebih jitu selain dapat memanfaatkan kajian intervensi ini kepada lebih ramai murid.
Tempoh bagi mengumpul data adalah singkat. Pengkaji seharusnya mula mengumpul data kajian
dengan lebih awal bagi memastikan bukti empirikal yang lebih kukuh dan sahih dapat diperoleh daripada
ketiga-tiga peserta kajian. Diharap kajian yang dilaksanakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru ke
atas murid-murid secara meluas agar memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan alat Power Doringe, guru bukan sahaja dapat meningkatkan minat dalam diri murid
untuk menghasilka kraf tembikar teknik lingkaran malah kemahiran motor halus dan motor kasar murid
juga dapat ditingkatkan. Kualiti hasil karya kraf yang baik akan dapat meningkatkan motivasi murid agar
terus berusaha dalam menghasilkan karya tebaik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

SENARAI RUJUKAN
Ahmad Sabry, Ting, L. S & Ting H. Y. (2013). Penyelidikan Tindakan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran


Malaysia (2008), Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, Putrajaya: BPPDP, KPM.

Berk, L.E. (2003). Child Development. Boston: Allyn & Bacom.

Chow F.M, Jaizah Mahamud. Terbitan Jun (2012). Kajian Tindakan: Konsep Dan
Amalan Dalam Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cohen, L.Manion, L. & Marrison, K. (2000). Research Methods In Education. Ed. Ke-5.
London: Routldge Falmer.

Haji Abdul Shukor Hashim. Cetakan Pertama (2007). HBAE3503 Perkembangan Seni
dan Kanak-kanak. Dicetak Oleh Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ibrahim Hj. Ahmad. Cetakan kedua (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Dicetak oleh Dawana Sdn. Bhd.

Md. Nasir Ibrahim, Pro. Madya Iberahim Hassan. Terbitan pertama (2003). Pendidikan
Maktab & Universiti, Dicetak Oleh Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Ng Ying Shya. (2004). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan
Guru-guru Teknikal, Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Tesis tidak
diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Azizah Salleh. HBEF2503 Kaedah Kajian Dalam Pendidikan. Open University
(Universiti Terbuka Malaysia). Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial.

Oslen, W. (2004). Triangulation Ini Social Research; Qualitative And Quantitive


Methods Can Really Be Mixed. In.M. Holborn (ed.). Developments in Sociology.
Ormskrik: Causeway Press.

Pasukan Penyelidik. Cetakan Pertama (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan


Penulisan Laporan. Penerbitan Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Seni

Untuk

Vous aimerez peut-être aussi