Vous êtes sur la page 1sur 4

Beberapa perkara asas berkaitan kad

kredit
Credit Card, Easy Payment Plan (EPP), EzPayment2U, Kewangan Add comments
Feb 222013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ramai juga pelanggan-pelanggan yang saya jumpa yang masih tidak tahu beberapa perkara
asas berkaitan kad kredit. Mungkin ini juga lah yang merupakan antara sebab utama mengapa
ramai pemegang-pemegang kad kredit yang tidak dapat menguruskan hutang kad kredit
mereka dengan baik.
Ada juga antara mereka yang telah dikenakan tindakan Temporary Block oleh pihak bank
tanpa mereka sedari. Mereka beritahu saya yang setiap bulan mereka buat pembayaran tanpa
gagal tapi tiba-tiba mereka dipanggil oleh pihak bank sebelum dikenakan tindakan sama ada
Temporary Block malah mungkin juga Permanent Block. Rupa-rupanya amount yang
mereka bayar kepada bank tidak mencukupi Minimum Payment yang bank suruh bayar.
Baik lah Di sini saya senaraikan antara perkara-perkara asas yang perlu anda sama ada
yang sudah mempunyai kad kredit atau yang baru merancang untuk mendapatkan kad kredit.
Had kredit (Credit Limit)
Ini adalah had maksimum ditetapkan bagi setiap kad. Jika had ini habis digunakan, anda tidak
boleh menggunakan kad sehingga anda menjelaskan sebahagian daripada bayarannya.
Lazimnya, had kad kredit adalah 2 hingga 3 kali ganda pendapatan bulanan anda. Sekiranya
anda menggunakan had maksimum, ini bermakna anda telah membelanjakan 2 hingga 3
bulan pendapatan masa depan anda!
Yuran dan caj
Terdapat pelbagai jenis yuran dan caj yang anda perlu fahami, termasuk:
Yuran penyertaan Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan
sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain
Yuran tahunan Ini adalah yuran yang perlu dibayar apabila anda telah menerima kad
kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika anda memenuhi
syarat penggunaan kad kredit anda
Caj kewangan (atau interest) Ini adalah caj yang dikenakan keatas baki yang belum
dijelaskan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.
Pada masa ini pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Ini bertujuan untuk
menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.

*Kami di EzPayment2U ada kaedah yang murah, mudah dan selamat serta sah di sisi
undang-undang untuk mengelakkan hutang tertunggak anda daripada dikenakan
compounded interest yang dinamakan Easy Payment Plan 0% Interest
Yuran pendahuluan wang tunai Yuran ini dikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai
dilakukan dan biasanya antara 3% hingga 5%. Yuran ini merupakan caj kewangan tambahan
dan dikira dari tarikh wang tunai tersebut diambil (daily interest)
*Di EzPayment2U, kami ada menyediakan kemudahan Cash Advance Tanpa Interest.
Anda tidak akan dikenakan compounded daily interest seperti di bank. Hubungi kami
untuk maklumat lanjut.
Caj bayaran lewat Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal menjelaskan jumlah
minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Jika anda membayar
selepas tarikh ini, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan
juga caj bayaran lewat
Cukai perkhidmatan Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai
perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas
pemegang kad sampingan. Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit anda
Tempoh tanpa faedah
Anda boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya antara 20 hingga 50 hari dari
tarikh urus niaga mula direkodkan, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah
tertunggak dari bulan sebelumnya.
Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu
dibayar, anda akan dikenakan faedah ke atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit
dari tarikh urus niaga direkodkan. Ini bermaksud jika bil kad kredit anda tidak dijelaskan
dengan sepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran dan baki dibawa ke bulan berikutnya, anda
tidak akan menikmati tempoh tanpa faedah. Faedah akan dikenakan ke atas urus niaga yang
seterusnya dan faedah ini akan dikompaunkan pada kadar harian sehingga baki dibayar
sepenuhnya.
Kemudahan Pemindahan Baki (Balance Transfer)
Pemindahan baki membolehkan pemegang kad kredit memindahkan semua atau sebahagian
daripada baki kad kredit dari satu bank ke bank lain untuk tujuan menjimatkan caj faedah.
Biasanya, bank akan menawarkan kemudahan ini pada kadar promosi untuk menggalakkan
anda memindahkan baki kad kredit kepada mereka. Ini mungkin cadangan yang baik kerana
anda dapat menjimatkan kos faedah. Walau bagaimanapun, sebelum memutuskan
pemindahan baki, tanya diri anda soalan berikut:
Berapa lamakah kadar promosi ini ditawarkan?
Apakah kadar efektif selepas tamat tempoh kadar promosi tersebut?
Adakah kadar promosi ini juga untuk pembelian baru?
Adakah anda akan dikenakan yuran pemindahan baki?
Adakah anda akan dikenakan yuran pembatalan atau penyelesaian awal?
Walaupun ini mungkin strategi yang baik untuk mengurangkan caj faedah ke atas baki kad
kredit yang belum dibayar, anda perlu juga meneliti terma dan syarat kemudahan seperti ini.

Contohnya, ada syarat yang menyatakan anda hanya boleh membuat bayaran minimum 5%
ke atas jumlah yang dipindahkan sewaktu tempoh promosi dan anda dilarang membayar lebih
atau melangsaikan sepenuhnya. Selain itu, mungkin ada tempoh lock-in yang melarang anda
memindahkan baki ke bank lain tanpa membayar penalti terlebih dahulu. Sekiranya anda
masih menggunakan kad yang telah dipindahkan bakinya, pastikan anda menggunakan baki
had kad tersebut secara berhemah. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada berbelanja
melebihi kemampuan anda.
Anda juga perlu mematuhi jumlah dan jadual pembayaran yang telah dipersetujui. Jika anda
gagal membuat bayaran, kadar promosi akan bertukar kepada kadar biasa atau 17.5% berserta
dengan caj bayaran lewat dan penalti yang lain. Syarat di atas juga merangkumi skim
bayaran ansuran fleksibel yang ditawarkan.
Sebenarnya di EzPayment2U, kami tidak menggalakkan anda untuk menggunakan
kaedah Pemindahan Kredit ini untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit anda.
Terdapat risiko yang agak tinggi dalam menguruskan hutang tertunggak kad kredit
dengan menggunakan kaedah ini. Antara risiko tersebut ialah:
1. Untuk anda yang belum ada kad kredit ke-2 untuk pindahkan hutang, maka anda
terpaksa memohon kad kredit lain terlebih dahulu dan biasanya untuk anda yang
mempunyai rekod CCRIS yang tidak baik memang sukar untuk mendapatkan kad
kredit yang baru.
2. Anda hanya boleh pindahkan sebahagian sahaja (biasanya tidak melebihi 85%) sahaja
daripada jumlah keseluruhan hutang tertunggak.
3. Biasanya permohonan mengambil masa dalam sebulan dan dalam tempoh sebulan
tersebut mungkin kad kredit anda telah pun dikenakan interest malah lebih teruk lagi
sekiranya kad anda telah pun dikenakan tindakan Temporary Block yang mungkin
akan terus dikenakan tindakan Permanent Block atau pun Blacklist dalam tempoh
menunggu ini.
4. Anda telah memindahkan sebahagian daripada hutang dari kad kredit lama kepada
kad kredit baru dan anda sekarang sebenarnya sudah ada hutang di dalam 2 kad dari 2
bank! Hati-hati kerana sekiranya anda tidak berdisiplin maka hutang berpotensi untuk
bertambah lebih 2 kali ganda daripada yang sedia ada!
Kami sebenarnya ada cara penyelesaian menggunakan kaedah penstrukturan semula hutang
tertunggak dalam kad yang sedia ada. Cara ini tidak memerlukan anda untuk memohon dan
mendapatkan kad baru daripada bank lain dan seterusnya hutang tersebut tidak akan
bertambah dan anda dapat selesaikan masalah hutang tersebut dalam tempoh yang singkat
dan hutang anda juga tidak akan dikenakan compounded interest yang bank kenakan.
Skim bayaran fleksibel / Skim tanpa faedah
Kemudahan ditawarkan oleh pengeluar kad kredit dan peniaga terpilih di mana pemegang
kad boleh membayar pembelian secara ansuran antara 3 hingga 24 bulan tanpa faedah
bergantung kepada had kredit pemegang kad.

*Di EzPayment2U, skim bayaran fleksibel / Skim tanpa faedah ini adalah ANTARA
kaedah yang kami gunakan untuk menyelesaikan kes-kes pelanggan yang berjumpa kami
selain daripada beberapa kaedah penyelesaian yang lain.
Liabiliti pemegang kad sampingan
Pemegang kad utama akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung semua pembayaran
ke atas pembelian yang dibuat oleh pemegang kad sampingan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan pengeluar kad kredit memerlukan pemegang kad sampingan menanggung
liabiliti sekiranya pembayaran tidak dibuat.
Temporary Block
Temporary Block ialah tindakan penahanan sementara oleh bank disebabkan sebelum ini
anda terlewat bayar daripada tarikh akhir pembayaran atau membayar kurang daripada
jumlah minimum bulanan selama 2 bulan berturut-turut. Tindakan ini adalah tindakan
sementara waktu dan bank akan aktifkan semula kad kredit anda bila anda bayar sepenuhnya
jumlah minimum bulanan.
* Sekiranya anda sudah dikenakan tindakan Temporary Block dan tidak mampu
untuk membayar jumlah minimum bulanan tersebut maka segeralah hubungi dan
berjumpa terus dengan kami sebelum kad anda dikenakan tindakan Permanent
Block. Banyak juga kes Temporary Block yang telah kami selamatkan daripada
dikenakan tindakan Permanent Block atau Blacklist.
Ingat! Anda harus berjumpa kami SEBELUM tarikh akhir pembayaran bulanan untuk
mengelak daripada dikenakan tindakan Permanent Block.
Permanent Block
Sekiranya anda sudah dikenakan Temporary Block pada bulan sebelumnya dan anda masih
tidak membayar penuh jumlah minimum bulanan atau membayar lewat daripada tarikh akhir
pembayaran maka tindakan seterusnya ialah Permanent Block atau Blacklist. Tindakan ini
adalah kekal dan bank tidak akan aktifkan semula kad kredit anda.
Untuk mereka yang menghadapi masalah nak selesaikan hutang kad kredit atau nak buat
Cash Advance secara Easy Payment Plan 0% Interest sila isikan borang kajiselidik di
http://www.ezpayment2u.com/borang.htm dan saya akan emailkan kepada anda proposal
PERCUMA.
Sila hubungi 019-3355399 atau 03-8927.5399 untuk menghubungi EzPayment2U terus.
- See more at: http://www.ezpayment2u.com/blog/2013/02/beberapa-perkara-asas-berkaitankad-kredit/#sthash.6o9e6qeL.dpuf

Vous aimerez peut-être aussi