Vous êtes sur la page 1sur 14

PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.
Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta
dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara
semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar
matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein
sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti,
dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari
pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan
objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan
rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah
karya Euclid, Elements. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada
kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun
ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik
berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat
besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang,
termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu
cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi
inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus
kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori
permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang
khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi
yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.
Di Malaysia, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil
oleh semua pelajar sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Matematik perlu diajar
di sekolah bagi melahirkan individu yang boleh mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam

kehidupan seharian. Menurut Abd. Rahim, (2000), Matematik adalah pengetahuan teras yang
perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk melahirkan warganegara yang
berketerampilan dalam pelbagai bidang bagi membolehkan pelajar-pelajar memainkan peranan
penting dalam pembangunan bangsa dan Negara kelak.
Namun begitu, wujud pelbagai kesukaran yang dialami oleh murid-murid dalam
pembelajaran Matematik . Kecuaian dan miskonsepsi adalah antara faktor yang dikenalpasti
menjadi penyebab kepada kesukaran pembelajaran Matematik. Kesukaran yang berpunca
daripada kecuaian tidak sukar untuk dikesan oleh guru berbanding kesukaran yang berpunca
daripada miskonsepsi yang agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Kebolehan dan pengalaman
sesia ada murid adalah pelbagai, jadi guru haruslah menggunakan pendekatan dan kaedah yang
sesuai dengan aras pemikiran murid supaya mereka boleh menguasai ilmu matematik dan dapat
mempraktikkannya dalam kehidupan.

DEFINISI MISKONSEPSI
Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka.
Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir
membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini
akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka
yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan.
Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne
iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik
yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i.
ii.
iii.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.


Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.
Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk

membuat perbezaan dan generalisasi.


iv.
Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk yang
tepat.
Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah
miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami
sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid
yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha
membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan
oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab
murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar
kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering
berlaku di kalangan murid ialah :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)


Terlalu memudahkan (oversimplification)
Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).
Salah mengenalpasti (misidentifying)
Salah faham (misunderstanding)
Salah maklumat (misinformation)
Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)
Salah faham konsep (conceptual misunderstands)
Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)
Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly
explained)

PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA


Dalam pengumpulan dan pengurusan data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan
murid ialah semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat.
Penggunaan istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data seperti

pembolehubah

kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data kuantitatif dan data kualitatif boleh mengelirukan
murid.
Pembolehubah iaitu satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda kepada
yang lain. Ia dihitung melalui pembolehubah kuantitatif, kualitatif, diskret dan selanjar. Data
diskret pula ialah data yang cuma boleh mengambil nilai tetap atau nilai tepat sahaja, manakala

data selanjar pula ialah data yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak boleh
mengambil satu nilai tunggal atau satu nilai tepat. Data kuanlitatif merupakan angkat-angka atau
skor-skor yang tidak mempunyai nilai kuantiti seperti jantina, warna dan sebagainya.
Pengumpulan data pula merupakan salah satu cara biasa yang digunakan dalam mengurus
data iaitu dengan meletakkan data di dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Bilangan data yang
terkumpul dalam sesuatu kelas dikenali sebagai kekerapan dan apabila disatukan dalam satu
jadual mengikut kelas dan kekerapan dikenali sebagai taburan kekerapan dan taburan kekerapan
relatif.
Bagi

mengatasi

miskonsepsi

atau

kesukaran

untuk

mengenalpasti

jenis-jenis

pembolehubah dan data, guru hendaklah menerangkan dengan jelas supaya murid tidak keliru.
Penggunaan

peta

minda

bagi memperjelaskan

konsep dan

membezakan

jenis-jenis

pembolehubah serta data boleh digunakan. Murid boleh melihat makna, jenis dan contoh serta
membezakannya dengan jelas.Contohnya :

KONSEP
DATA

Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah

PEMBOLEHUBAH

Satu ciri yang berbeza antara seseorang atau sesuatu benda yang lain.

JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH DAN DATA


PEMBOLEHUBAH KUALITATIF

tidak dinyatakan dalam bentuk nombor.

Contoh: jantina, keturunan, gred dan taraf pendidikan.

PEMBOLEHUBAH KUANTITATIF

dinyatakan dalam bentuk nombor.

Contoh: tinggi, berat,bil. kereta dan jumlah pendapatan.

SELANJAR

Tinggi orang, berat, halaju.

(nilai dalam satu julat)

DISKRET

Bil. Kereta, bil. Murid, bil. Ahli keluarga.

(boleh dibilang)
Guru juga perlu mengingatkan murid yang bukan semua nombor/angka adalah data
kuantitatif kerana ada juga data tidak memberikan makna apabila mencari nilai min nombor
tersebut atau disusun mengikut turutan nombor. Contohnya nombor pekerja atau nombor matriks
pelajar.
Contoh: D 0 5 3 4 9 6 - nombor ini tidak memberikan sebarang makna jika mencari
nilai min nombor tersebut ataupun apabila disusun mengikut
urutan nombor.
Guru juga boleh memberikan latihan yang pelbagai yang ada data-data dan
pembolehubah yang berbeza bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas supaya murid boleh
membezakan jenis-jenis data dan pembolehubah.
Contoh : 1.

Cikgu Raja telah mengukur tinggi dan berat murid-murid kelas tahun 1.

Data : Kuantitatif iaitu data selanjar kerana data tinggi dan berat diperolehi dengan memerhati
nilai pembolehubah tinggi dan berat.
Contoh : 2.

Petugas SPR telah membuat bancian pengundi di Malaysia 5 tahun sekali.

Data : Kuantitatif iaitu data diskret kerana data diperoleh dengan memerhati nilai pembolehubah
bilangan pengundi di Malaysia.

Data yang banyak dan tidak teratur perlu dikumpulkan supaya lebih mudah difahami.
Oleh itu, pengumpulan data mengikut kelas-kelas akan memudahkan pemahaman murid.
Namun, miskonsepsi juga sering berlaku berkaitan selang kelas.
Bagi suatu kumpulan data yang besar, selang kelas perlu digunakan bagi menguruskan
data. Ada murid yang tidak tahu cara untuk mendapatkan selang kelas. Kebiasaannya selang
kelas yang mudah ialah 10. Murid-murid selalu beranggapan yang selang kelas dimulakan
dengan 0 bagi selang kelas yang pertama. Selain itu, ada juga murid yang memasukkan satu data
ke dalam lebih daripada satu kelas.
Contoh :

10-20, 20-30, 30-40

Jika 20 diambil sebagai satu data, selang kelas yang manakah 20 akan dimasukkan?
Ini adalah satu miskonsepsi yang perlu diperbetulkan kerana akan mempengaruhi statistik
yang mengelirukan.
Bagi mengatasi miskonsepsi berkaitan selang kelas, guru perlulah menerangkan tatacara
untuk mengumpulkan data ke dalam bentuk jadual mengikut kategori-kategori tertentu atau
kelas-kelas tertentu bagi memudahkan pemahaman murid. Tegaskan kepada murid, selang kelas
yang mudah digunakan ialah saiz 10. Manakala bagi mencari selang kelas pertama dengan tepat,
guru perlulah mengaitkannya dengan menggunakan data minimum yang diberikan dalam suatu
set data serta mengaitkan data maksimum bagi mencari selang kelas yang terakhir dengan betul.
Guru boleh membimbing murid dan bertindak sebagai fasilitator bagi menjalankan aktiviti
membina jadual kekerapan dalam kumpulan. Murid boleh diberikan set soalan latihan yang
pelbagai sebagai latih tubi untuk mengira selang kelas bagi memberikan kefahaman yang jelas
berkaitan penentuan kelas-kelas atau selang kelas bagi suatu set data. Guru perlulah sentiasa
membimbing murid.
PERWAKILAN DATA
Dalam

perwakilan data terdapat pelbagai peringkat yang merangkumi peringkat

mengumpul, mengurus, mewakilkan data, membuat analisa dan menginterpretasikan data kepada
bentuk yang lebih mudah difahami secara visual seperti carta dan graf. Dalam bahasa mudah,

setelah semua data diperolehi, ia akan dipersembahkan ke dalam bentuk yang mudah ditafsirkan
oleh pengguna seperti carta dan graf.
Terdapat pelbagai bentuk carta dan graf yang digunakan dalam persembahan statistik
iaitu piktogram, carta bar, carta palang, graf garisan, histogram dan lain-lain. Semasa
menginterpretasikan data ke dalam bentuk carta dan graf inilah banyak berlaku miskonsepsi di
kalangan murid.
Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara
simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan
bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan
mempengaruhi jawapan murid.
Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktogram. Piktogram ialah satu bentuk
paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap
palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktogram ialah
perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri
simbol yang piawai (sama nilai). Di dalam piktogram, data yang ditunjukkan atau diwakilkan
berbentuk simbol atau gambar.
Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza
saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan
perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira
perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat
anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti.
Bagi mengatasinya, guru berperanan

untuk menjelaskan cara-cara menginterpretasi

piktogram dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu diingatkan
agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi. Gunakan
contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol dengan

betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan teknologi
seperti perisian komputer sebagai pengayaan.
Di samping itu, miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktogram ini adalah
kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili
sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan
menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara
mengatasi kesukaran ini guru bolehlah menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya
dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan.
Terdapat juga miskonsepsi yang berlaku berkaitan carta palang. Carta palang ialah graf
khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data
kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas
digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang dilukis dari kiri ke kanan.Jika
terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan digunakan.
Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam graf palang ialah tajuk dan
tujuan graf tersebut, paksi-paksi yang mewakili label palang dan bilangan item di setiap palang
serta skala yang diberikan. Namun, ada juga graf palang yang boleh mengelirukan sekiranya
tidak dibina dengan betul. Miskonsepsi boleh berlaku berkaitan dengan skala pada paksi yang
dibina tidak bermula dengan 0 dan selang nombor yang tidak sesuai.

KESIMPULAN
Setelah diteliti, miskonsepsi dan kesukaran yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran statistik ialah aspek pedagogi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
memberi penekanan kepada pengiraan algoritma dan teknik hafalan tanpa menitikberatkan
pemahaman kontekstual. Manakala punca lain adalah dari aspek kognitif iaitu kelemahan dalam
menguasai pengetahuan prasyarat, kesukaran istilah dan bahasa serta penggunaan pengitlakan
yang melampau (overgeneralization).
Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah
di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini kerana, murid

mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Sebagai guru seharusnya kita menggunakan kaedah dan
pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep matematik dan menarik minat murid
untuk terus fokus pada pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Robert Gagne iaitu
seorang professor dan ahli psikologi, pembelajaran konsep matematik yang berkesan
memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii.

Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

iii.

Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan
untuk membuat perbezaan dan generalisasi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diberi kuasa sepenuhnya untuk

mengendalikan proses tersebut dan menangani kesalahan lazim yang dilakukan oleh murid.
Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas amat
memerlukan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi kesalahan lazim di
kalangan

pelajar tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu

melibatkan pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992).


Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran dalam statistik
adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor
pendidikan terutama sekali guru-guru. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi
miskonsepsi di kalangan murid sama ada faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami
konsep ataupun faktor guru sendiri yang tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge
(PCK). Sesetengah murid tidak berminat untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah ini harus ditangani sebaik mungkin jika
ingin melahirkan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global. Perkembangan sains dan
teknologi sekarang memerlukan cerdik pandai dalam bidang sains dan matematik bagi menerajui
negara. Kerjasama ibu bapa juga penting, sama-sama berganding bahu demi untuk kebaikan dan
kesejahteraan anak-anak.

REFLEKSI
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Miskonsepsi merupakan satu faktor yang tidak
dapat kita nafikan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang kita jalankan.Miskonsepsi
adalah salah satu factor utama yang sering difikir oleh guru untuk mengelakkannya.
Miskonsepsi sering berlaku oleh kerana murid kita terdiri daripada pelbagai kecerdesan
murid, maka guru perlu sentiasa memikirkan cara yang berbeza dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya masalah miskonsepsi dapat dielak daripada kalangan murid murid.
Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan saya juga sentiasa mengalami masalah
miskonsepsi di kalangan murid murid saya, Semasa dan selepas saya menyiapkan tugasan saya

ini saya telah pun mempelajarai cara cara yang dapat mengelakan masalah ini di kalangan murid
murid.
Guru perlulah memahami murid murid masing masing supaya pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan itu dapat menarik perhatian murid murid dan bukanlah
membosankan mereka.Apabila pengajaran menarik minat murid ia akan membantu murid untuk
menumpukan perhatian mereka.
Guru juga perlu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam
kelas dijalankan

dengan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi

masalah miskonsepsi ini tercapai.


Guru juga boleh memberikan contoh contoh yang mudah difahami ataupun boleh
memberikan contoh contoh dengan menggunakan alatan maujud, bukan itu sahaja guru juga
boleh memberi peluanag bagi murid untuk membanding bezakan satu perkara dengan perkara
yang lain, secara tidak langsung ini akan membantu guru dan juga murid dari masalah
miskonsepsi.
Bagi pandangan saya miskonsepsi adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh
temeh kerana ia akan menghancurkan masa depan murid murid dalam pendidikan. Pada masa
yang sama miskonsepsi juga bukanlah satu perkara yang susah untuk diatasi, jika guru dapat
mengamalkan pelbagai pendekatan yang betul maslah ini dapat dielakan.

KUIZ

REFLEKSI

Vous aimerez peut-être aussi