Vous êtes sur la page 1sur 13

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH


TESL KUMPULAN A
AMBILAN JUN 2011
SEMESTER SATU
Tajuk : a)Berdasarkan sebuah cerpen yang ditulis antara 70-an hingga tahun 90-an
terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, anda dikehendaki menganalisis, mengulas dan
menghuraikan aspek-aspek yang berikut ;
a. Penggunaan gaya bahasa
b. Kesantunan bahasa
c. Sistem sapaan
Sub-tugasan
b) Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau media
elektronik, huraikan secara terperinci tajuk berikut:
i.
ii.

Menghuraikan konsep kesantunan berbahasa , verbal dan non verbal.


Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi
muda dan nytakan factor-faktor yang mempengaruhinya.

Tulis satu refleksi mengenai pengalaman anda sepanjang menyiapkan


tugasan ini. Refleksi anda harus meliputi aspek berikut:
a. Kesaantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini.
b. Keyakinan dan penguasaan sepanjang melaksanakan projek.
c. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur dan
mendengar) bagi anda sebagai seorang guru.

NAMA PELAJAR

MAGESWARI A/P MARIMUTHO

TARIKH SERAHAN :

24 SEPTEMBER 2011

NAMA PENSYARAH

THAHIR BIN NURUDDIN

Cerpen Dalam Kabus merupakan kompilasi cerpen seorang penulis yang terkenal di
tanah air pada tahun 70-an dipilih dalam tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1. Dalam karya
ini, Anwar Ridhwan telah menyentuh pelbagai aspek dari segi sikap, pemikiran, nilai, motif dan
falsafah yang dijalin dalam mencipta karya sastera yang baik lagi menarik. Bahkan gambaran
hidup dan kehidupan kisah Dalam Kabus dikaryakan dengan konteks setempat untuk
memperlihatkan iltizam penulis kepada pembaca. Cerpen ini yang sarat dengan nilai bahasa dan
keindahan katanya ini memancarkan kegelisahan jiwa bekas pekerja lombong besi kepunyaan
sebuah syarikat perlombongan dari Amerika Syarikat bernama Mazlan yang lebih dikenali
sebagai papa dalam karya ini. Kegelisahan jiwa yang menghantui bukan sahaja fikiran Mazlan
malahan pekerja-pekerja yang lain adalah disebabkan oleh tindakan majikan menutup lombong
tersebut. Kegelisahan Mazlan dan rakan sekerjanya berakhir di penghujung plot cerpen ini
apabila Mazlan menjumpai sejenis batu (permata) yang bernama serpentine yang cukup bernilai
di puncak bukit. Hasil daripada tidak putus asa dan usaha Mazlan, akhitnya mereka dapat
meneruskan kehidupan di lombong tersebut dan tidak perlu berpatah balik kepada kehidupan asal
iaitu kehidupan sebagai seorang nelayan.
Sebelum menyentuh aspek gaya bahasa dalam cerpen ini, kita melihat dahulu apa yang
dimaksudkan dengan gaya bahasa. Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa yang
digunakan khususnya dalam tulisan atau karangan ( Keris Mas ). Ia juga adalah cara
mengungkapkan iaitu cara bertutur, menulis dan seterusnya ( Nik Safrah Karim,1988 ). Selain
itu, gaya bahasa itu ialah rupa susuk ayat yang dipakai apabila bercakap atau mengarang iaitu
tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk perbahasannya
( Zaba ). Secara keseluruhannya, cerpen Dalam Kabus mengandungi 8 gaya bahasa yang
diterap oleh Anwar Ridhwan
1. Konotatif
Gaya bahasa konotatif yang diterapkan dalam cerpen ini seperti Baginya tidak wajar
menceritakan sesuatu masalah besar sewaktu sedang makan minum apatah lagi di depan
seorang anak perempuan yang sepatutnya tidak usah turut ditarik ke dalam gelanggang
untuk memikul masalah berat keluarga, (halaman 58). Ayat ini membawa pelbagai makna

kepada pembaca iaitu kenapa masalah tidak boleh diceritakan sewaktu makan minum dan juga
kenapa tidak boleh diceritakan di hadapan seorang anak perempuan. Maka, gaya bahasa
konotatif yang merupakan makna tersurat dan tersirat ini diterapkan disini, sungguh mencabar
kerana adakalanya pembaca sendiri tidak dapat menginterpretasikan mesej sebenar yang hendak
disampaikan oleh penulis karya. Hal ini sebenarnya mendorong pembaca supaya berfikir dan
tidak hanya membaca semata-mata.
2. Personifikasi
Seterusnya, personifikasi juga dapat dilihat seperti Seberkas ranting halus bergolekgolek kena tiup angin, turut membangunkan debu-debu halus, (halaman 55). Gaya bahasa ini
sangat menarik dan mampu mengindahkan lagi sesebuah karya seni kerana keindahan bahasanya
yang menekankan pengganbungan kata yang boleh disifatkan mustahil namun masih mampu
diterima akal. Benda bukan hidup yang diberikan sifat manusia membuatkan seolah-olah benda
itu hidup dan boleh memperlakukan seperti manusia. Dalam baris di atas tadi, angin turut
membangunkan debu-debu halus inilah yang mengandungi gaya bahasa personifikasi. Hal ini
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu indah dan mempunyai kesenian serta gaya bahasanya
yang unik, mampu menerapkan unsur imaginasi dan fantasi yang dapat diterima masyarakat
untuk tujuan menarik minat pembaca.
3. Metafora
Manakala, Metafora yang merupakan gaya bahasa yang unik kerana ia menggabungkan
Sesuatu perkataan dengan elemen yang abstrak. Metafora digunakan di dalam karya ini bagi
menambahkan elemen menarik di dalam cerpen ini di samping menerapkan kesantunan bahasa
dan keindahan sesuatu karya. Cerpen Dalam Kabus ini mengandungi beberapa contoh
Metafora. Salah satunya adalah, Kulitnya agak kehitaman, tetapi sepasang matanya
memancarkan cahaya ketabahan yang tidak dibuat-buat, (halaman 57). Gaya bahasa
Metafora yang digunakan dalam cerpen ini adalah untuk menambahkan lagi kreativiti, keindahan
dan keunikan karya tersebut di samping mendorong minat pembaca untuk membaca coretan
penulis.

4. Denotatif
Gaya bahasa denotatif yang menampilkan maksud tersurat dapat dilihat di dalam cerpen
ini. Contohnya, Sepanjang waktu minum petang itu, mereka berbual tentang cuaca, jiran
tetangga dan anak lelaki mereka yang sedang menuntut di North Carolina, State University,
di Raleigh, Amerika, (halaman 58). Ayat ini memang membawa maksud bahawa mereka
berbual tentang apa yang disebutkan diatas dan tiada maksud lain yang tersirat. Denotatif
menampilkan maksud ayat yang terus daripada kamus dan bukannya maksud yang tersirat.
Makna perkataan yang digunakan mudah difahami dan tiada maksud yang berlapis. Denotatif
digunakan dalam cerpen ini bagi menyampaikan sesuatu maklumat dan mesej serta memberi
gambaran tentang sesuatu situasi dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh pembaca.
5. Peribahasa
Penggunaan Peribahasa juga dapat dilihat di dalam cerpen ini seperti, Di bawah selimut
merah lembut, tubuh perempuan itu bergerak-gerak seperti anak kucing sedang bergurau,
( halaman 66) menambahkan lagi keunikan penggunaan gaya bahasaa yang ada. Peribahasa
merupakan sejenis gaya percakapan atau ujaran yang berisi kebijaksanaan fikiran dan
pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada
perasaan dan fikiran. Malahan is mengandungi pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan.
Penggunaan peribahasa memang telah diaplikasikan dalam kehidupan harian masyarakat
Malaysia dari zaman dahulu sehingga kini bagi menyampaikan mesej secara tidak lansung,
memberi nasihat dan peringatan kepada masyarakat. Peribahasa yang digunakan dalam cerpen
ini berkait rapat dengan situasi atau emosi watak tertentu dalam cerpen ini.
6. Bahasa Asing
Penggunaan banyak Bahasa Asing dalam cerpen ini menggambarkan pengaruh
persekitaran dan majikan watak utama (Mazlan) yang berbangsa asing. Malahan, penggunaan
panggilan papa, mummy dan sally untuk Salmah, juga menunjukkan betapa ketara pengaruh
asing dalam kehidupan Mazlan sehingga makanan harian mereka sekeluarga pun lebih kepada
ala barat, contohnya, sirloin steak. Contoh lain penggunaan Bahasa Asing adalah darling,
pewter, Madame Rochas, penguin, sink, jean, fancy stitching, Christian Dior, apron, brut,
Eude Cologne, brand, jade dan serpentine. Bahasa Asing memainkan peranan yang penting

dalam cerpen ini bagi menampilkan status kehidupan Mazlan yang lebih kepada ala Barat
berbanding dengan masyarakat setempat yang hidup hanya sebagai nelayan.
7. Bahasa Sindiran
Seterusnya terdapat unsure sinis iaitu sindiran atau ejekan dalam cerpen Dalam Kabus.
Ini jelas terdapat dalam ayat, Ah, kita pekerja biasa bukan mudah hendak main dengan
mandur, terutamanya dulu, waktu lombong ini masih mengeluarkan hasil, (halaman 57).
Bahasa sindiran biasanya digunakan oleh masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu untuk
menyindir tanpa menyinggung perasaan seseorang. Dalam cerpen ini, bahasa sindiran diterapkan
bagi menambahkan elemen menarik disamping menampilkan kesantunan berbahasa masyarakat
Malaysia yang tidak mudah menyinggung perasaan kaum sejagat.
8. Simile
Akhirnya, penggunaan gaya bahasa simile sebagai contoh, Laut yang sangat baik
sepanjang tahun kecuali beberapa bulan ketika terjadi monsun timur laut, (halaman 64)
yang selalunya tampil dengan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung)
dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung). Melalui penggunaan simile, pembaca akan dapat
lebih memahami dengan membandingkan kata konkrit dengan kata abstrak.
Seterusnya, kesantunan bahasa dalam cerpen Dalam Kabus oleh Anwar Ridhwan ini dapat
dilihat daripada dua aspek iaitu lisan dan bertulis menurut Bahasa Melayu dengan sopan santun
supaya tidak dianggap biadab atau tidak berbudi bahasa. Hal ini jelas kerana sebagai faktornya
itulah fungsi bersopan santun dan berbudi bahasa ketika berbual dengan isterinya mahupun
rakan-rakannya walaupun dia berada dalam kegelisahan jiwa yang menghantui fikirannya. Dia
sedikit pun tidak menunjukkan kemarahan atau benci terhadap mereka. Selain itu, kesantunan
berbahasa juga dapat dilihat dalam cerpen ini apabila anak perempuannya, Salmah (Sally),
memanggil ayahnya dengan suara yang lantang untuk meminum the namun ayahnya menjawab
panggilan anaknya dengan perlahan tetapi jelas. Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam
watak Munah (mummy)dalam cerpen tersebut. Apabila Mazlan membandingkan cara hidup
mereka dahulu yang ala kadar dengan cara hidup sekarang yang lebih kepada ala Barat ( ia
seolah-olah ditujukan kepada isterinya, membuatkan isterinya diam dan tidak menjawab

pernyataan suaminya. Ini menyifatkan isterinya akur dengan kenyataan Mazlan dan masyarakat
Malaysia menganggap kurang sopan apabila menempelak sesuatu pernyataan yang betul.
Manakala, system sapaan yang digunakan di dalam cerpen ini pula begitu jelas untuk
menunjukkan taraf Mazlan terutamanya terhadap keluarga, rakan-rakannya dan majikan.wlaupun
Mazlan menggunakan panggilan Bahasa Asing (mummy dan Sally) kepada isteri dan anaknya, ia
menggunakan kata sopan yang sesuai sebagai tanda hormat dan saying terhadap mereka. Mazlan
mengelarkan Mandur Hasan sebagai Mandur, merujuk kepada tarafnya sebagai pihak atasan
Mazlan.
Di dalam konteks yang lebih menyeluruh, gaya bahasa, kesantunan bahasa dan system
sapaan penting dalam masyarakat Malaysia bagi mengekalkan kesopanan budaya timur yang
lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu sekaligus menonjolkan cirri-ciri keunikan di dalam
Bahasa Melayu.
Namun, fenomena kesantunan berbahasa di kalangan generasi muda hari ini semakin merosot
dan suram. Hal ini kerana desakan ruang, pengaruh persekitaran, waktu dan wang. Generasi
muda sekarang ramai yang terpengaruh dengan peredaran zaman yang kian moden dengan
adanya facebook, twitter, email dan sms yang banyak menggunakan singkatan bahasa yang tidak
difahami oleh generasi tua. Sesetengah pula terpengaruh dengan rakan sebaya dan mereka ini
gemar menggunakan bahasa yang kuarang sopan sebagai identity mereka. Mereka
menganggapkan bahawa ini mudah dan cepat difahami oleh generasi muda.
Kesimpulannya, seperti cerpen Dalam Kabus oleh Anwar Ridhwan, aspek-aspek
penggunaan bahasa yang baik dan indah diterapkan supaya keindahan dan keunikan bahasa ini
tidak pupus sama sekali di kalangan masyarakat Malaysia.

Menghuraikan Konsep Kesantunan Berbahasa, Verbal Dan Non Verbal.

Menurut Amat Juhari Moain (1992), konsep kesantunan berbahasa merupakan satu
konsep yang berkait rapat dengan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa apabila
berkomunikasi dengan orang yang dihormati, orang yang setaraf atau yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita dengan cara lisan atau tulisan. Menurut beliau juga, orang yang
berbudi bahasa dan mempunyai nilai yang tinggi dalam kebudayaan melayu sememangnya
adalah orang yang menyapa orang lain mengikut sistem yang telah terbaku dalam masyarakat.
Setiap bahasa mempunyai cirri-ciri kesantunannya tersendiri dan setiap penutur bahasa
itu harus faham dengan cirri-ciri tersebut dan mematuhinya dalam sapaan mahupun ucapan. Jika
penutur gagal mematuhi cirri-ciri kesantunan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang
menutur bahasa itu, maka dia dianggap sebagai seorang penutur yang tidak mahir dan cekap.
Konsep kesantunan berbahasa juga mewujudkan hubungan manusia yang berharmonidalam
masyarakat dan juga ia menggambarkan personality seseorang melalui kesopanan dan kehalusan
bahasa yang digunakan semasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Kesantunan berbahasa dari segi verbal merujuk kepada perkara yang melibatkan
pertuturan secara lisan samada antara dua individu, dalam kumpulan ataupun di khayalakramai.
Dalam kesantunan berbahasa, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilannya yang
tersendiri.
Sistem sapaan juga memainkan peranan penting dalam berkomunikasi secara verbal
dengan seseorang khususnya bila bertutur dengan orang yang lebih tua atau yang berpangkat.
Cara sapaan lisan yang sopan santun perlu digunakan supaya tidak dianggap sebagai biadab atau
tidak berbudi bahasa. Contohnya, apabila seseorang yang lebih muda bercakap dengan orang
yang lebih tua, dia harus menggunakan panggilan seperti pak cik, mak cik, abang, kakak, emak,
ayah dan sebagainya bagi yang ada tali persaudaraan ataupun yang mesra sahaja. Manakala
untuk hal-hal rasmi pula perlu menggunakan panggilan seperti tuan, encik, puan, cik puan dan
cik.

Kesantunan bahasa non verbal pula merujuk kepada pesanan yang disampaikan, tidak
menggunakan kata-kata. Ia banyak menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah
dan kontak mata. Kesantunan bahasa secara non verbal sangat penting semasa berkomunikasi.
Contohnya, apabila dua orang sedang berkomunikasi berhadapan, seseorang yang ingin berjalan
dihadapan mereka akan menundukkan sedikit badannya, menggambarkan kesantunan berbahasa
non verbal orang tersebut dan hal ini menunjukkan bahawa seseorang itu hormat kepada orang
yang lebih tua. Selain itu, semasa berkomunikasi dengan orang, kita sebagai pendengar perlu
mempunyai kontak mata yang baik dengan penutur, menunjukkan kita hormat dengan pertuturan
dia sekaligus menjalin hubungan mesra antara penutur-pendengar. Contoh yang lain ialah apabila
bertemu dengan orang bangsawan,kita perlulah menundukkan kepala sedikit sebagai tanda
hormat.
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan
dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia kerana kesantunan berbahasa samada
verbal atau non verbal memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Ia
mencerminkan personaliti, bangsa dan agama disamping menunjukkan hubungan kemanusiaan
yang berharmoni dalam masyarakat. Oleh itu, diharapkan semua pihak dapat bersama-sama
berganding bahu dalam membangkitkan, menanam dan mengimplimentasikan nilai-nilai baik
dalam konsep kesantunan berbahasa verbal dan non verbal agar kita semua mendapat
manfaatnya disampingkita sama-sama mengekalkan penggunaan bahasa yang bertunjangkan
konsep kesantunan berbahasa.

Jelaskan fenomena Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Generasi Muda Dan


Nyatakan Faktor-Faktornya.
Konsep kesantunan berbahasa seperti yang diketahui adalah kesopanan dan kehalusan
dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi samada melalui lisan atau tulisan. Masyarakat
Malaysia sememangnya memandang tinggi terhadap kesantunan berbahasa kerana ia
menggambarkan personaliti seseorang dan juga bangsa dan agamanya. Namun, terdapat
perbezaan besar di antara fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan
generasi terdahulu pada masa kini.
Bagi menjelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya. Faktor yang pertama adalah media massa.
Drama, teater dan juga banyak lagi rancangan televisyen pada masa kini rata-rata
mengaplikasikan bahasa yang kurang sopan dan yang mengandungi kata-kata kasar. Hal ini
menyebabkan kesantunan bahasa semakin terhakis dalam kalangan generasi muda.
Selain daripada itu, kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda bermula dari
rumah. Ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan menerapkan unsur-unsur
kesantunan berbahasa di kalangan anak-anak mereka sejak kecil lagi, bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka generasi muda zaman sekarang tidak
menganggap kesantunan berbahasa ini penting dalam komunikasi samada lisan atau tulisan.
Fenomena kesantunan berbahas dalam kalangan generasi muda juga berlaku kerana
pengaruh rakan sebaya. Mereka cenderung ,mengabaikan unsur-unsur kesantunan berbahasa
ketika berkomunikasi mahupun berhubung dengan rakan masing-masing. Hal ini berlaku adalah
kerana mereka ingin menyesuaikan diri dengan gaya hidup rakan sebaya dan juga persekitaran.
Fenomena ini akan sekaligus menjejaskan penggunaan bahasa yang sopan dalam kalangan
generasi muda. Misalnya, jika anak-anak yang bergaul dengan mat rempit ataupun bohsia yang
keruntuhan akhlak, suka menggunakan perkataan yang kasar dalam komunikasi mereka, maka
anak-anak ini pun akan mudah terpengaruh dengan gaya penggunaan bahasa mereka. Oleh itu,

generasi muda sekarang hendaklah pandai memilih rakan kerana rakan-rakan akan memberi
impak yang besar kepada seseorang.
Kesimpulannya, kesantunan berbahasa perlu ditingkat dan dikukuhkan dalam kalangan
generasi muda supaya Bahasa Melayu dapat terus tersemadi sebagai bahasa yang penuh dengan
unsur-unsur kesantunan dan nilai estetiknya. Jika semua pihak memainkan peranan masingmasing dalam membendung fenomena ini, maka kesantunan berbahasa dapat dikekalkan dan
diterap dalam kalangan generasi muda serta tidak pupus sama sekali.

Refleksi
Di era ini, tidak dapat dinafikan bahawa rata-rata pelajar sekarang lebih bijak dan pandai.
Keputusan yang diperolehi oleh mereka dalam Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah cemerlang. Kebanyakkan
mereka memperolehi markah yang tinggi di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Namun, apa
yang ketara di kalangan mereka ini adalah kecemerlangan dalam akademik sahaja tetapi bukan
dalam kesantunan berbahasa yang lebih penting, menggambarkan personaliti mereka. Hal ini
demikian kerana pelajar pada masa kini terlalu dikongkong oleh pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berorientasikan peperiksaan. Mereka tertumpu hanya kepada kelulusan peperiksaan
dan mengabaikan unsur kesantunan berbahasa. Begitu juga dengan ibubapa yang terlalu
mengharapkan kelulusan anak-anak mereka daripada member pendedahan terhadap kesantunan
berbahasa dan menerapkannya dalam komunikasi secara lisan ataupun bertulis.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan dalam semua
aspek terutamanya penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan harian seseorang.
Pemahaman saya tentang konsep kesantunan bahasa semakin meningkat dan kini saya faham
tentang kepentingan kesantunan bahasa dalam kehidupan kita untuk menjadi oarng yang barbudi
bahasa, tidak cukup hanya dengan mengetahui tatabahasa sesuatu bahasa itu, tetapi mestilah
diikuti dengan ciri-ciri kesantunan berbahasa sesuatu masyarakat itu. Selepas melaksanakan
projek ini, saya telah menguasai konsep kesantunan, verbal dan non verbal. Selain daripada itu,
saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang sistem sapaan yang betul patut
digunakan kepada seseorang. Sebelum memulakan projek ini, saya tidak mempunyai sebarang
pengetahuan tentang gaya bahasa tetapi di penghujung projek ini, saya telah menguasai dan
mengenalpasti sedikit sebanyak jenis gaya bahasa dan penggunaanya dalam cerpen.
Saya sebagai seorang guru merupakan role model kepada pelajar-pelajar saya. Apa
yang disampaikan oleh seoarang guru, akan terus diaplikasikan oleh seorang murid tanpa
mengira baik buruknya. Setiap gerak-geri guru dijadikan contoh oleh pelajar sekolah. Guru perlu
menunjukkan kesantunan berbahasa dengan cara kata sopan yang baik dan jangan sekali-kali
menggunakan gaya dan ragam yang tidak baik seperti mengejek atau menyindir pelajar. Guru

hendaklah sentiasa member pujian dan menunjukkan minat yang tinggi apabila pelajar sedang
memberikan jawapan. Guru juga harus menerapkan unsur-unsur kesantunan berbahasa secara
tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan kesantunan berbahasa.
Akhirnya, saya seorang pelajar ijazah berasa begitu gembira, bangga dan berpuas hati
setelah menyiapkan tugasan ini. Apa yang saya harapkan sebelum menyelesaikan atau
menyiapkan projek ini adalah kualiti dan bukannya kuantiti. Saya berasa, saya telah mencapai
objektif dalam projek ini walaupun saya berhadapan dengan pahit getir dan kekangan masa
disamping komitmen yang tinggi terhadap banyak lagi perkara yang penting yang terpaksa
diabaikan.

RUJUKAN

1. eassimcial.blogspot.com/.../cerpen-meniti-ranjau-karya-jaissahok.ht... - Cached
2. www.scribd.com/doc/4928393/Gaya-Bahasa - Cached
3. www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm Cached
4. www.scribd.com/doc/27252868/KESANTUNANBERBAHASA - Cached
5. sukemo.com/.../cerpen-dalam-kabus-oleh-anwar-ridhwan
6.

- Indonesia - Cached
NOTA DARIPADA PENSYARAH EN THAHIR BIN NURUDIN

Vous aimerez peut-être aussi