Vous êtes sur la page 1sur 14

PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

GB 6543

ANALISA TIMSS 2007 - MATEMATIK

NAMA
: AD NOR AZLI BIN ISMAIL
MATRIK NO
: P66284
PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN
NAMA
: JAZAN BIN MOHD NOR
MATRIK NO
: P59407
PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Abstrak
Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah
berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Kajian ini juga melihat tahap minat pelajar terhadap
Matematik berdasarkan jantina serta hubungan antara minat dengan kekerapan berbahasa
Inggeris di rumah. Responden diambil daripada 4,466 orang pelajar tingkatan dua. Sampel
sekolah dipilih menggunakan kaedah kebarangkalian berkadaran saiz yang diukur berdasarkan
enrolmen Tingkatan 2 di setiap sekolah. Bagi setiap sekolah sampel, sebuah kelas Tingkatan 2
dipilih secara rawak daripada semua kelas Tingkatan 2 yang ada di sekolah tersebut. Semua
murid kelas tersebut dipilih menjadi sampel kajian. Semua sekolah termasuk sekolah agama
negeri dan sekolah menengah agama persendirian disenaraikan untuk persampelan.
Walaubagaimanapun sekolah-sekolah swasta yang lain tidak termasuk dalam persampelan.
Pelajar Tingkatan 2 dalam kelas yang dipilih telah menduduki ujian pencapaian dan menjawab
soal selidik. Pelajar ini terlibat dalam kajian Trends in Mathematics and Science Studies
(TIMSS) bagi tahun 2007 anjuran International Association for the Evaluation of Educational
Achievement (IEA). . Kajian ini juga melihat kepada pencapaian matematik dalam bahasa
Inggeris berdasarkan kaum dan latar belakang responden. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0 yang dijanakan melalui
perisian The International Database (IDB) Analyzer. Murid diberi masa 46 minit untuk
menjawab soalan-soalan dalam Bahagian 1 dan 44 minit bagi Bahagian 2 dengan 20 minit rehat
selepas setiap Bahagian. Selepas menduduki ujian, murid dikehendaki menjawab soal selidik.

Pengenalan
Sebelum 2003, semua matapelajaran dan kursus (kecuali Bahasa Inggeris, dan bahasabahasa ibunda seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazandusun) dalam sistem pendidikan
Malaysia diajar dalam Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan. Rata-rata semua guru dan pelajar
telah mahir dan selesa mengajar dan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Kebangsaan,
terutama di peringkat rendah dan menengah. Ini adalah dasar pendidikan negara sejak 1957,
bertujuan untuk mendemokrasikan peluang pendidikan dan memupuk pembinaan indentiti
negara bangsa dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Namun, selepas 2003
kerajaan telah melaksanakan kaedah PPSMI yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam matapelajaran Matematik. Pelbagai perdebatan mengenai penggunaan bahasa
pengantar ini yang berbeza dengan bahasa ibunda akan membawa kepada kemerosotan
pencapaian pelajar dalam matematik. Pertuturan dan percakapan bahasa Inggeris di rumah di
kalangan pelajar sepatutnya menjadi antara faktor kepada pencapaian pelajar. Ini kerana bahasa
pertuturan seharian sememangnya berkait rapat dengan faktor yang mempengaruhi kebolehan
murid menyelesaikan masalah dalam matematik. Adakah isu jantina lelaki dan perempuan
membawa sebarang perbezaan dalam kemahiran berbahasa ini kepada tahap pencapaian?

Pernyataan Masalah
KBSM yang digubal adalah berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas
daripada KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum
dan pendidikan seumur hidup. Pendidikan matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara, menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan matematik di dalam penyelesaian masalah
(Mok Soon Sang 1996 ). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), iaitu satu
kajian kes untuk meninjau persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu
pencapaian matapelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional, Alor
Setar didapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam
matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang menganggap matapelajaran
matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar dan membosankan. Anggapan tersebut
sebenarnya disebabkan mereka kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang
mengaplikasikannya di rumah. Ini telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk
mempelajari matematik dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam matapelajaran
tersebut adalah rendah. Selain itu, faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas juga mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Tujuan utama mengguna
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains (PPSMI) kepada pelajar ialah
untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan
Matematik, menambah masa konteks dalam Bahasa Inggeris; dan dengan itu dapat
mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Sebelum ini beberapa kajian dan
keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar
Melayu rata-rata adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa
Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi (UPSR), dan secara kumulatif
kelemahan itu membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001).
Tahap pencapain dalam matematik juga didapati berbeza mengikut latar belakang responden.
Pelajar luar bandar didapati lebih lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris dan ini menjerumus
kepada kelemahan dalam dalam subjek matematik. Komposisi kaum juga melihat terdapat pola
perbezaan pencapaian yang signifikan dalam keputusan ujian matematik. Pelajar Cina lebih
mengusai bahasa pengantar dilihat mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding bangsa
Melayu dan India.
Tinjaun Literatur
Bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam Matematik di kalangan pelajar sekolah,
Kerajaan, dalam Julai 2002, memutuskan untuk menukar bahasa pengantar mata pelajaran
Matematik dan Sains dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris mulai 2003 atas alasan untuk
meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik dan untuk meningkatkan kecekapan pelajar
berbahasa Inggeris. Ia berdasarkan anggapan yang mudah bahawa pembelajaran dan penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran akademik matematik dapat dibuat dengan mudah.
Beberapa kajian telah dibuat menghuraikan kejayaan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar pendidikan, termasuk bagi mata pelajaran Matematik
dan Sains (Hassan Ahmad (2005) dan Shaharir Mohamad Zain (2005). Dasar ini dilaksanakan
serentak pada Januari, 2003 bermula di Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 di sekolah
menengah, Tingkatan 6 Rendah dan Matrikulasi Semester 1, menengah atas. Pelajar menghadapi
pelbagai masalah dalam kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah (Mohd Sarif dan Abdul
Razak, 1996; Abedi, Lord and Plummer, 1995; Cocking and Chipman 1998; Madison, 1990).
Antara langkah yang diambil untuk melaksanakan dasar baru ini ialah dengan mengguna modul

pengajaran-pembelajaran berbantu komputer. Guru dilatih menayangkan modul pelajaran kepada


murid melalui LCD untuk murid lihat dan belajar isi pelajaran Matematik. Guru diberi skrip
pengajaran dalam bahasa Inggeris untuk guru menghafal dan menggunanya bagi menerang
sesuatu topik kepada murid. Guru yang kurang mahir Bahasa Inggeris mengguna Bahasa
Inggeris terhad (restricted code) saja untuk mengajar Matematik dan Sains. Ini semua dengan
harapan penerapan berbahasa Inggeris dikalangan pelajar dapat diterapkan bukan sahaja di
sekolah malah di rumah.
Seramai 500 orang pelajar tingkatan dua telah terlibat dengan kajian (Awang,2009). Hasil
daripada pentadbiran soal selidik dan ujian yang diduduki, seramai 225 (45%) responden adalah
lelaki dan 275 (55%) perempuan. Komposisi mengikut kaum pula melibatkan kaum Melayu
seramai 385 orang (77%) diikuti kaum Cina 83 orang (16.6%), India 27 (5.4%) orang dan lainlain (yakni Siam) seramai 5 orang (1%). Dari segi pola tempat tinggal responden pula,
kebanyakan responden berasal atau tempat tinggal mereka adalah di kampung (N=272, 54.4%).
Jadual 1.

Profil Pelajar Mengikut Jantina, Kaum, Tempat Tinggal dan Lokasi Sekolah

Seramai 135 (27%) orang responden tinggal di bandar dan masing-masing responden
dari pekan kecil dan tanah rancangan seramai 88 orang (17.6%) dan 5 orang (1%) yang tinggal
di kawasan rancangan. Walaupun begitu, bilangan responden mengikut kategori sekolah luar
bandar dan sekolah bandar adalah seimbang, iaitu masing-masing seramai 250 orang.
Jadual 2. Kemahiran Bahasa Inggeris Mengikut Jantina

Manakala kamahiran mengikut lokasi sekolah pula seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2 di atas, kemahiran bahasa Inggeris responden yang bersekolah di bandar lebih tinggi
daripada responden luar bandar. Skor min 173 dan sisihan piawai bagi kumpulan bandar ialah
3.18 dan 0.80; manakala skor min dan sisihan piawai bagi pelajar luar bandar ialah 3.06 dan
0.92. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan sikap sebenar responden kajian ini terhadap
bahasa Inggeris dan sikap mereka terhadap mata pelajaran matematik.
Jadual 3. Sikap Pelajar Terhadap Mata pelajaran Mengikut Jantina

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap responden perempuan adalah lebih positif
berbanding responden lelaki bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Bagi mata pelajaran
bahasa Inggeris skor min dan sisihan piawai bagi responden perempuan ialah 4.20 dan 1.07
berbanding responden lelaki 3.70 dan 1.40. Bagi mata pelajaran matematik pula skor min dan
sisihan piawai responden perempuan ialah 4.43 dan 1.10. Manakala skor min dan sisihan piawai
bagi responden lelaki ialah 4.16 dan 1.32.
Antara kaedah yang telah dijalankan bertujuan menarik minat pelajar terhadap bahasa
Inggeris ialah menyediakan CD pembelalaran. Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, menyatakan walaupun Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak berkesempatan untuk menguji keberkesanan dan
kesesuaian bahan-bahan itu, beliau yakin yang dasar mengajar Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris ini dapat dilaksanakan dengan licin.
Menurut Sharifah Maimunah (2003), kajian telah dijalankan oleh PPK pada Mei, 2003
setelah kira-kira lima bulan dasar ini dilaksanakan, untuk melihat kemajuan pembelajaran
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan murid Tahun 1 di 273 sekolah rendah, dan
pelajar Tingkatan 1 di 27 sekolah menengah di seluruh Malaysia. Kajian ini mendapati skor
purata pelajar-pelajar ini dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris meningkat. Misalnya
purata skor pencapaian Sains Tahun 1 pelajar Bandar ialah 76.55% dan Luar Bandar 62.98%.
Skor Sains pelajar Tingkatan 1 pelajar Bandar 63.5% dan pelajar Luar Bandar 53.58%. Bahasa
Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan juga memuaskan. Dapatan
kajian PPK ini luar biasa dan meragukan. Apakah kaedah kajian dan penilaian dibuat? Apakah
bentuk dan aras soalan-soalan ujian itu? Bolehkah ia dipercayai? Walau bagaimanapun,
berasaskan dapatan kajian PPK yang memberangsangkan itu, kerajaan pun menyarankan supaya
dasar pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diteruskan kerana ia telah
terbukti berjaya meningkatkan kapasiti pelajar menerapkan ilmu pengetahuan (Berita Harian, 7
September 2003).
Hakikatnya pada masa itu pelajar Melayu, terutama mereka yang tinggal di luar bandar,
adalah lemah dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang dinyatakan, tinggi peratus pelajar Melayu dan
Bumiputera yang gagal atau lemah dalam Bahasa Inggeris Matematik dan Sains dalam

peperiksaan peringkat UPSR, PMR dan SPM (Isahak 2001). Bagaimanakah dalam lima bulan
belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, pembelajaran dan prestasi mereka dalam
kedua-dua mata pelajaran ini meningkat? Bagaimanakah dalam masa lima bulan murid Tahun 1
yang baru masuk ke sekolah dapat belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dengan
memuaskan? Dan bagaimanakah pelajar Tingkatan 1, yang sebelum ini selama enam tahun
belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu dapat meningkatkan pembelajaran dan
prestasi mereka dalam Sains dan Matematik melalui Bahasa Inggeris, yang mereka sendiri
lemah?

Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk;
1.

Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dengan


jantina lelaki dan perempuan.

2.

Mengenalpasti sejauhmanakah minat pelajar terhadap Matematik berdasarkan jantina.

3.

Mengenalpasti hubungan antara kekerapan berbahasa Inggeris di rumah dengan minat


pelajar terhadap Matematik.

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan perlu ditingkatkan kualitinya; dan ini perlu


diyakinkan kepada ibu bapa dan pelajar melalui prestasi hasil pembelajaran pelajar, terutama
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Memperkasa
Sekolah Kebangsaan, yang menjadi salah satu teras dalam Perancangan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), bermakna mencari jalan dan
pendekatan alternatif yang terbaik untuk menambah keberkesanan proses pengajaranpembelajaran, terutama dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Adakah
benar penggunaan bahasa Inggeris itu memudah dan meningkatkan pembelajaran Sains dan
Matematik pelajar? Adakah penguasaan Bahasa Inggeris pelajar berkesan ditingkatkan melalui
pembelajaran Sains dan Matematik? Jika bahasa pengantar Bahasa Inggeris menjadi masalah
dalam pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains, dan kurang berkesan sebagai alat untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, maka ia seharusnyalah ditukar kepada bahasa yang
mudah dan berkesan untuk murid belajarnya.

Metodologi
Kajian ini melibatkan 4,460 orang murid Tingkatan 2, 150 orang guru matematik
daripada 150 buah sekolah menengah di seluruh negara. Sampel sekolah dipilih menggunakan
kaedah kebarangkalian berkadaran saiz yang diukur berdasarkan enrolmen Tingkatan 2 di setiap
sekolah. Bagi setiap sekolah sampel, sebuah kelas Tingkatan 2 dipilih secara rawak daripada
semua kelas Tingkatan 2 yang ada di sekolah tersebut. Semua murid kelas tersebut dipilih
menjadi sampel kajian. Semua sekolah termasuk sekolah agama negeri dan sekolah menengah

agama persendirian disenaraikan untuk persampelan. Walau bagai mana pun sekolah-sekolah
swasta yang lain tidak termasuk dalam persampelan.
Murid Tingkatan 2 dalam kelas yang dipilih telah menduduki ujian pencapaian dan
menjawab soal selidik murid. Guru yang mengajar matematik dan sains di kelas tersebut
menjawab soal selidik guru, manakala Pengetua atau Penolong Kanan menjawab soal selidik
sekolah.
Jadual 4. Persampelan
Strata Eksplisit
Selangor
Johor
Perak
Sarawak
Kedah
Sabah
Kelantan
Pahang
Terengganu
WP Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis

Bilangan sekolah sampel


22
18
15
14
12
13
11
9
8
8
7
6
5
2

Jumlah sekolah
256
240
236
177
171
237
133
180
135
54
119
101
73
26

Soal Selidik
Soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik murid. Soal selidik murid
bertujuan mendapatkan maklumat tentang sikap dan konsep kendiri murid terhadap matematik,
aktiviti murid dalam dan luar sekolah, khususnya kekerapan bertutur Bahasa Inggeris di rumah
dan minat terhadap Matematik.

Hasil Kajian
Jadual 5. Bilangan responden antara lelaki dan perempuan.

Frequency Percent

Cumulative
Valid Percent Percent

Valid GIRL 2362

52.9

52.9

52.9

BOY 2104

47.1

47.1

100.0

Total 4466

100.0

100.0

Seramai 4466 orang pelajar tingkatan dua telah terlibat dengan kajian yang dijalankan.
Hasil daripada pentadbiran soalselidik dan ujian yang diduduki, seramai 2104(47%) repondan
ialah lelaki dan 2362(53%) responden ialah perempuan.
Jadual 6. Kekerapan Pertuturan Bahasa Inggeris di rumah oleh pelajar.

Frequency Percent

Cumulative
Valid Percent Percent

ALWAYS

2072

46.4

46.5

46.5

ALMOST
ALWAYS

643

14.4

14.4

60.9

SOMETIMES

1293

29.0

29.0

89.9

NEVER

452

10.1

10.1

100.0

Total

4460

99.9

100.0

Missing OMITTED

.1

Total

4466

100.0

Valid

Keseluruhannya, bilangan responden yang sentiasa bertutur di rumah ialah 2072(46.4%),


hampir selalu bertutur di rumah 643(14.4%), kadang-kala 1293(29%), tidak pernah bertutur 452
(10.1%) dan tidak menjawab soal selidik 6(1%).

Graf 1. Taburan kekerapan bertutur mengikut jantina

Jadual 7. Analisis bilangan pelajar bertutur Bahasa Inggeris di rumah mengikut jantina.
GEN\OFTEN SEX
SPEAK
OF
<LANGUA STU
OF
TEST> DEN
AT HOME
T
Mean

Std.
Deviation

Varianc
% of Total
e
Range Median N

GIR
1.00
L

1116

.000

.000

1.00

25.0%

BOY 2.00

956

.000

.000

2.00

21.4%

Total 1.46

2072

.499

.249

1.00

46.5%

GIR
1.00
L

363

.000

.000

1.00

8.1%

BOY 2.00

280

.000

.000

2.00

6.3%

Total 1.44

643

.496

.246

1.00

14.4%

SOMETIMES GIR
1.00
L

667

.000

.000

1.00

15.0%

BOY 2.00

626

.000

.000

2.00

14.0%

Total 1.48

1293

.500

.250

1.00

29.0%

GIR
1.00
L

215

.000

.000

1.00

4.8%

BOY 2.00

237

.000

.000

2.00

5.3%

Total 1.52

452

.500

.250

2.00

10.1%

ALWAYS

ALMOST
ALWAYS

NEVER

Total

GIR
1.00
L

2361

.000

.000

1.00

52.9%

BOY 2.00

2099

.000

.000

2.00

47.1%

Total 1.47

4460

.499

.249

1.00

100.0%

Jadual 7 menunjukkan data analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai
responden berkenaan kekerapan pelajar bertutur bahasa Inggeris di rumah. Berdasarkan jadual
tersebut didapati bahawa purata min bagi perempuan ialah 1.00 dan lelaki ialah 2.00. Purata min
keseluruhan agak rendah iaitu 1.47. Nilai min bagi semua item antara lelaki dan perempuan
dilihat sama iaitu perempuan 1.00 dan lelaki 2.00. Peratus tertinggi didapati pada item always
iaitu sentiasa bertutur bahasa Inggeris di rumah ialah perempuan iaitu 25%(1116) berbanding
lelaki 21.4%(956). Bagi item almost always iaitu hampir sentiasa bertutur, peratus
perepmpuan 8.1%(363) dan lelaki 6.3%(280). Item sometimes iaitu kadang-kala pula melihat
perempuan mendapat 15%(667) dan lelaki 14%(626).
Bagi item never iaitu tidak pernah bertutur pula peratus bagi perempuan ialah
4.8%(215) dan lelaki5.3%(237). Sisihan piawai dan varian bagi perempuan dan lelaki ialah 0.00.
Graf 2. Taburan kekerapan minat terhadap Matematik mengikut jantina

Jadual 8. Analisis bilangan pelajar minat terhadap matematik mengikut jantina


SEX
OF
STU
MAT\AGREE\I DEN
LIKE MATH
T
Mean

Std.
Deviation

Varianc
e
Range

% of Total
Median N

AGREE A LOT GIRL 1.00

880

.000

.000

1.00

19.8%

BOY 2.00

682

.000

.000

2.00

15.3%

Total 1.44

1562

.496

.246

1.00

35.1%

A GIRL 1.00

984

.000

.000

1.00

22.1%

BOY 2.00

921

.000

.000

2.00

20.7%

Total 1.48

1905

.500

.250

1.00

42.8%

A GIRL 1.00

426

.000

.000

1.00

9.6%

BOY 2.00

409

.000

.000

2.00

9.2%

Total 1.49

835

.500

.250

1.00

18.8%

A GIRL 1.00

66

.000

.000

1.00

1.5%

BOY 2.00

85

.000

.000

2.00

1.9%

Total 1.56

151

.498

.248

2.00

3.4%

GIRL 1.00

2356

.000

.000

1.00

52.9%

BOY 2.00

2097

.000

.000

2.00

47.1%

Total 1.47

4453

.499

.249

1.00

100.0%

AGREE
LITTLE

DISAGREE
LITTLE

DISAGREE
LOT

Total

Jadual 8 menunjukkan analisis kekerapan, peratus dan min bagi bilangan pelajar yang
minat terhadap Matematik mengikut jantina. Berdasarkan jadual tersebut diddapati item agree a
little iaitu setuju minat terhadap Matematik paling ramai iaitu perempuan 984(22.1%) dan
lelaki 20.7%(921). Keseluruhan min bagi item untuk perempuan ialah sama iaitu 1.00 dan lelaki
2.00.
Item agree a lot pula mendapati 19.8%(880) ialah perempuan dan lelaki 15.3(682).
Item disagree a little iaitu sedikit tidak bersetuju pula mendapati perempuan memiliki peratus
9.6%(426) dan lelaki 9.2%(409). Manakala item bagi sangat tidak bersetuju didapati
perempuan 1.5(66) dan lelaki 1.9%(85).

Jadual 9. Korelasi antara kekerapan bertutur di rumah dan minat terhadap


Matematik.
GEN\OFTEN
SPEAK
<LANGUA
OF
TEST> MAT\AGREE\I
AT HOME
LIKE MATH
GEN\OFTEN SPEAK Pearson
<LANGUA OF TEST> Correlation
AT HOME
Sig. (2-tailed)
N
MAT\AGREE\I
MATH

LIKE Pearson
Correlation

-.022
.140

4460

4450

-.022

Sig. (2-tailed)

.140

4450

4453

Terdapat dua pembolehubah yang dinilai hubungannya iaitu antara kekerapan bertutur
Bahasa Inggeris di rumah dengan minat terhadap Matematik. Adakah semakin minat seseorang
pelajar itu terhadap Matematik maka, semakin kerap pelajar bertutur Bahasa Inggeris di rumah?
Berdasarkan jadual di atas didapati korelasi Pearson ialah -.0.022. Nilai ini menghampiri
0 maka, boleh disimpulkan secara statistiknya tidak ada kebergantungan hubungan antara
kekerapan burtutur di rumah dengan minat pelajar terhadap Matematik. Namun, nilai Sig. (2tailed) ialah .140 dan nilai ini boleh dirumuskan bahawa terdapat korelasi yang signfikan antara
kekerapan bertutur di rumah dengan minat terhadap Matematik.
Rumusan
Keseluruhannya didapati murid perempuan lebih kerap bertutur bahasa Inggeris di rumah
berbanding pelajar lelaki. Namun, berdasarkan dapatan kajian didapati tidak terdapat perbezaan
yang ketara antara peratus kekerapan pertuturan bahasa Inggeris di rumah antara lelaki dan
perempuan. Ini termasuk bagi kategori sentiasa bertutur (beza 1%), hampir sentiasa bertutur
(beza 2%), kadang-kala bertutur (beza 2%) dan tidak pernah bertutur (beza 1%). Perlaksanaan
pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar
(Mohini, 2008; Aziz, 2004). Hasil anlisis tahap kekerapan bertutur di rumah mendapati lelaki
memperolehi purata min 2.00 dan perempuan 1.00. Ini menunjukkan pelajar lelaki lebih kerap
bertutur Bahasa Inggeris di rumah berbanding perempuan.
Namun realiti sebenar dari kajian mendapati isu bahasa pengantar dalam Bahasa Inggeris
bagi matapelajaran Matematik tidak mempengaruhi secara keseluruhannya isu jantina. Ini kerana
tidak terdapat perbezaan yang ketara antara purata min bagi lelaki dan perempuan. Biarpun

bahasa ibunda adalah berlainan daripada bahasa pengantar dan pelajar jarang berkomunikasi
menggunakan bahasa Inggeris di rumah, ianya tidak mempengaruhi kekerapan bertutur pelajar di
rumah mengikut jantina.
Hasil analisis tahap minat terhadap matematik di kalangan responden, didapati nilai
purata min bagi kedua-dua lelaki dan perempuan berada pada tahap yang sederhana iaitu 1.00
dan 2.00. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat mempelajari matapelajaran
Matematik berbanding perempuan. Peratusan responden lelaki yang bersetuju dengan item suka
Matematik, sedikit suka Matematik melebihi peratusan pelajar perempuan. Ini juga boleh dilihat
berdasarkan purata min pelajar lelaki iaitu 2.00 dan perempuan 1.00.
Namun hasil daripada dapatan (nilai Sig.2-tailed 0.14) boleh dirumuskan bahawa
terdapat korelasi antara minat pelajar terhadap Matematik dengan kekerapan bertutur.
Hipotesisnya ialah semakin minat pelajar tersebut terhadap Matematik, semakin kerap pelajar
bertutur. Walaupun dapatan nilai Pearson rendah (-0.022), namun hubungan korelasi tetap
wujud.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002)
menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpunca
daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi
negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu
sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap
matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok
menghadirikelas matematik, mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih
cenderung untukponteng kelas matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik
semakin lamasemakin berkurang.
Namun, Faktor luaran seperti faktor guru dan rakan, serta faktor dalaman iaitu faktor diri
sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap matematik. Walaubagaimanapun,
faktor ibubapa dan persekitaran berada di tahap sederhana mungkin mempengaruhi sendiri,
diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran. Kebanyakan guru Matematik sendiri
adalah rendah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk menggunanya bagi mengajar
Matematik dengan lancar. Mereka telah cekap dan fasih mengajar Matematik dalam Bahasa
Melayu, kerana mereka terlatih demikian dan berpengalaman mengajarnya. Mereka kurang
cekap dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Guru memainkan peranan penting dalam galakkan
berkomunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris terutamanya di rumah. Beberapa kajian
menunjukkan tinggi peratus guru-guru ini lemah dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar
Matematik. Mohd Rasdi (2003) mendapati sebahagian besar (78.0%) guru-guru yang dikaji
mempunyai pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dan mereka lemah berbahasa lisan dan
penulisan.
Pembelajaran bahasa kedua pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi
mempelajari dan berfikir ilmu akademik, seperti Matematik, memerlukan latihan dan masa
secukupnya. Dapatan beberapa kajian di luar negara menunjukkan bahawa penguasaan bahasa
kedua memakan masa yang lama. Para pelajar bahasa kedua mengambil masa antara dua hingga
lima tahun untuk menguasai asas kemahiran komunikasi interpersonal dalam bahasa kedua.
Sementara itu untuk menguasai keseluruhan kemahiran literasi dan kognitif dalam bahasa
akademik, pelajar-pelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall, 1996; Wood,
2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat dicapai dalam jangka masa yang
singkat, terutamanya kefasihan bahasa kedua sebagai pengantar ilmu. Beberapa penulisan dan

kajian menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa


pertama pada peringkat pendidikan awal. Sekiranya bahasa pertama seorang pelajar belum
cukup berkembang maka kebolehan kognitif akademiknya juga tidak dapat dikembangkan
dengan cepat. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa kedua dan terus belajar melalui
bahasa kedua sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif
akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike 1991; Swain 1986).
Juriah Long (2005) membuat tinjauan kajian-kajian yang lalu tentang hal ini. Beliau
melaporkan bahawa kajian-kajian dwibahasa menunjukkan bahawa kemahiran berfikir pada
peringkat tinggi dibentuk dan dilaksanakan melalui bahasa pertama pada awalnya, dan dapat
dipindahkan ke dalam bahasa kedua. Kemahiran berfikir pada peringkat inilah yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik dalam bahasa kedua (Cummins, 1992). Kajian SkutnabbKangas dan Toukoma (dalam Saville-Troike 1991) mendapati kanak-kanak Finnish di Sweden
yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada mereka yang memulakan pendidikan
melalui bahasa kedua pada peringkat yang lewat. Kajian Gonzalez (1986) dalam Saville-Troike
(1991) juga mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima pendidikan yang lebih lama dalam
bahasa ibunda/pertama mencapai kejayaan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih lama
didedahkan dengan bahasa kedua. Ini menunjukkan bahawa satu masa pendedahan awal
pendidikan dalam bahasa pertama amat kritikal untuk mencapai tahap kematangan mental yang
dapat dipindahkan seterusnya pada pendidikan dalam bahasa kedua.
Cummins dan Swain (1986), melalui kajian tentang pendidikan dwibahasa mengusulkan
model CUP (Common Underlying Proficiency). Model CUP mengusulkan bahawa apabila
Cognitive Academic Language Proficiency (CALP) telah diperkembangkan dengan teguh
melalui bahasa ibunda pelajar, maka kemahiran yang mantap itu dapat digunakan bagi bahasa
seterusnya dalam bahasa kedua atau bahasa-bahasa lain. Sebaliknya, sekira CALP tidak dapat
dimantapkan dengan baik melalui bahasa pertama pelajar maka CALP yang akan dilaksanakan
dalam bahasa apa pun tidak akan berjaya dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini memberi implikasi
yang negatif terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris.
Menurut Cummins (1991) dan Canale (1981), kemahiran peringkat tinggi (high order
proficiency) atau Cognitive Academic Language Proficiency (CALP) membolehkan pelajar
untuk belajar dalam konteks yang bergantung pada huraian secara lisan akan idea abstrak dan
bebas konteks. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia, Lilia et al.
(2002) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik perlu
dilaksanakan melalui pendekatan konstruktivis. Pendekatan ini memerlukan kaedah pengajaran
inkuiri dan penemuan; dan proses ini memerlukan pelajar menguasai kemahiran membaca dan
menulis yang mencukupi, dan boleh berfikir tahap tinggi bagi memahami dan menyimpul
konsep-konsep yang abstrak. Justeru pelajar yang masih kurang kemahiran berfikir peringkat
tinggi atau CALP ini akan menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik.

Vous aimerez peut-être aussi