Vous êtes sur la page 1sur 13

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang
bermakna. ,Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Menurut Abdullah Hassan di dalam buku Morfologi bagi Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu, 2006:1-2, morfologi ialah salah satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan. Unsur-unsur bahasa dicantum-cantumkan bagi membentuk
perkataan dan ayat dan unsur bahasa itu ialah morfem dan kata. Istilah ini dipinjam
daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan.
Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa morfologi bahasa Melayu
ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa
Melayu. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada
bentuk

tunggal

penggandaan.

atau

hasil

Penggolongan

daripada
kata

proses

pula

ialah

pengimbuhan,
proses

pemajmukan

menjeniskan

dan

perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan
yang sama.
Selain itu morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal
perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata
akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan
sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.0

PEMBENTUKAN KATA
Kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali
sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa dan berperanan untuk
membentuk perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat
dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
Kata tunggal
Kata tunggal merupakan kata yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Kata
tunggal ada tiga jenis iaitu:
Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri
sebagai satu ayat contohnya "saya" dan "duduk".
Kata tugas (tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurangkurangnya satu unit bebas untuk melaksanakan tugas nahunya) misalnya
"ke Johor".
Akronim (perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang
utuh) seperti "pawagam" dan "Mara".
Kata terbitan
Kata terbitan merupakan kata dasar yang menerima imbuhan. Imbuhan dalam
bahasa Melayu dibahagikan kepada empat iaitu:
imbuhan awalan, contohnya awalan men- : mendukung (men- +
dukung).
imbuhan akhiran, contohnya akhiran -an : makanan (makan + -an).
imbuhan apitan, contohnya per-...-an : pertunjukan (per- + tunjuk + -an).
imbuhan sisipan, contohnya -em- : gemuruh (g + em + uruh)

Kata majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua atau lebih kata dasar
dirangkaikan menjadi satu kesatuan yang membawa makna tertentu. Kata
majmuk ditulis dalam dua bentuk iaitu:
ditulis secara bercantum : tanggungjawab, apabila dan dukacita.
ditulis secara terpisah : guru besar, mata pelajaran, dan kaki
bangku (simpulan bahasa).

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kata ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau
mengulangi kata dasar sama ada secara keseluruhan atau bahagian-bahagian
tertentu, dan dengan atau tanpa imbuhan misalnya:

kata ganda penuh : labah-labah, kumpulan-kumpulan.


kata ganda separa : lelaki, jejentik, pepohon.
kata ganda terbitan : berkali-kali, setinggi-tinggi.
kata ganda berirama : gotong-royong, kuih muih, gilang-gemilang

Bentuk kata terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Setiap
bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna
yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh
ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari
segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.
Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata adalah proses mengolah
unsur-unsur bahasa sehingga menjadi perkataan yang boleh diujarkan dan difahami
oleh penuturnya. Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang
membentuk perkataan baharu.

Kita dapat membentuk perkataan baharu dengan

menambahkan imbuhan kepada satu perkataan lain iaitu kata terbitan.

Perkataan

baharu juga dapat dibentuk dengan menggabungkan perkataan kepada satu perkataan
lain iaitu kata majmuk. Selain itu, kita juga boleh membentuk perkataan baharu dengan
menggandakan sesuatu perkataan lain iaitu kata ganda. Perkataan yang diimbuhkan,
digabungkan dan digandakan ini dipanggil kata dasar.

3.0

PROSES PEMBENTUKAN KATA


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam

bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa

Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana


sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran
dalam sesuatu bahasa.
Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan
bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal
tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan
proses-proses tertentu. Berdasarkan

(Abdullah Hassan 2006), ada empat proses

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan dan pengakroniman.
Pengimbuhan kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan,
akhiran dan sisipan. Imbuhan imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar
membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja
dan kata adjektif.
Pemajmukan kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
Penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh
atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Pengakronimam kata adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan
perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis atau
dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa
Melayu pada hari ini. Contohnya:ABIM
BERNAMA
KUGIRAN
GAPENA

Angkatan Belia Islam Malaysia


Berita Nasional Malaysia
Kumpulan Gitar Rancak
Gabungan Penulis Nasional

Secara tuntasnya, sebagai bakal guru bahasa Melayu, seseorang itu hendaklah
mengetahui dengan lebih mendalam berhubung keempat-empat proses pembentukan
kata dalam bahasa tersebut agar memudahkan proses pengajaran mereka serta
memberikan banyak input yang berguna kepada murid-murid supaya dapat menjalani
proses pembelajaran yang mesra budaya, Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan
satu proses pembentukan kata yang menghasilkan bentuk kata majmuk.

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


4.0

BENTUK KATA MAJMUK

4.1

PEMAJMUKAN KATA
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan. Menurut Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga, proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain. Ringkasnya, kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar
yang membentuk perkataan yang membawa satu maksud. Binaan kata majmuk boleh
dilihat dari segi bentuk kata unsur-unsur yang membina sesuatu kata majmuk . Kata
majmuk boleh di bina sama ada oleh kata tunggal atau kata terbitan atau gabungan
kedua-dua bentuk kata itu.
Terdapat beberapa jenis kata majmuk yang boleh dibentuk. Antaranya;
a. Kata majmuk yang dibentuk oleh kata tunggal sepenuhnya adalah seperti
kapal terbang, jalan raya, rumah pangsa, hati batu dan matahari.
b. Kata majmuk yang dibentuk oleh kata tunggal dan kata terbitan pula, terdiri
daripada dua binaan. Pertama, kata tunggal sebagai unsur pertama dan
diikuti oleh kata terbitan. Contoh kata majmuk tersebut ialah batu loncatan,
buruh binaan, padang permainan, surat pekeliling dan rumah tumpangan.
Kedua , kata terbitan sebagai unsur pertama dan kata tunggal sebagai unsur
kedua. Antara contoh kata majmuk tersebut adalah seperti jawatankuasa,
c.

pilihan raya, sebagai mana, pembuka kata dan pengurup wang.


Kata majmuk yang di bina oleh kata terbitan sepenuhnya. Contohnya adalah
seperti penyiasat persendirian, pengawal keselamatan, penyata kewangan
dan penyata tahunan.

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok iaitu:
i.

Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.


Bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai hubungan makna antara perkataan
pertama dengan perkataan kedua, yakni kedua-dua perkataan mendukung
makna tersendiri. Contohnya, jam tangan, masing-masing mempunyai tersendiri
iaitu jam ialah alat bagi menunjukkan waktu manakala tangan ialah satu anggota
tubuh manusia. Contoh yang lain seperti berikut;
guru besar

Botol susu

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


balai raya

adat resam

air hujan

nasi goreng

kereta api

jam

nasi minyak

meja tulis

terima kasih

bom tangan

luar biasa

kapal terbang

biru muda

tepian gelanggang

Dalam kategori ini termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contoh;

ii.

Perdana Menteri

Ketua Menteri

Duta Besar

Naib Canselor

Raja Muda

Profesor Madya

Peguam Negara

Menteri Besar

Penolong Pengarah

Ketua Polis Negara

Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, misalnya;


Terdiri daripada rangkaikata yang digunakan bagi merujuk kepada istilah-istilah
tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Lazimnya dalam bidang sains, matematik
dan geografi. Misalnya;
Keratan rentas

Jangka lukis

pita rakaman

batu kapur

urus setia

telefon mudah alih

tabung uji

Teknologi maklumat

sapu tangan

analisis teks

.
iii.

Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa;


Terdiri daripada rangkai kata yang terhasil dari simpulan bahasa. Sebahagian
besar simpulan bahasa dalam bahasa Melayu adalah dalam bentuk kata
majmuk. Misalnya seperti jadual di bawah;
Hati batu

Angkat bakul

kaki ayam

rambang mata

ringan tulang

anak emas

duit kopi
kaki bangku
Cahaya mata

durian runtuh
ulat buku
Ada hati

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Namun

begitu

terdapat

juga

kata

majmuk

yang

ditulis

secara

bercantum.Terdapat pengecualian bentuk pada sebahagian kata majmuk, iaitu kata ini
dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua perkataan
dasar. Bentuk ini dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga (2012:75), terdapat 15 bentuk kata majmuk yang telah mantap;
olahraga

setiausaha

bumiputera

tandatangan

matahari

tanggungjawab

beritahu

pesuruhjaya

sukarela

warganegara

jawatankuasa

suruhanjaya

antarabangsa

kerjasama

kakitangan
Terdapat juga beberapa perkataan yang dieja bercantum tetapi tidak tergolong
dalam bentuk kata majmuk yang telah mantap. Perkataan-perkataan ini tergolong dalam
kata nama, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung dan kata tanya. Contohnya;
1.
2.
3.
4.
5.

Kata nama
: peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan.
Kata adjekt
: dukacita,sukacita
Kata sendi nama: kepada, daripada
Kata hubung : manakala, apabila, padahal,kadangkala,barangkali.
Kata Tanya
: bagaimana, kenapa

Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza
tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Dua patah kata yang sama atau
hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan.
Misalnya cantik jelita

bermaksud

sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama

sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.


4.2

PENGGANDAAN KATA MAJMUK


Apabila kata majmuk digandakan, ia hanya melibatkan perkataan ataupun unsur di

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


hadapan sahaja. Kata yang pertama sahaja juga dikenali sebagai penggandaan separa
kata. Contohnya;
Kata Majmuk
Kata hubung
Rajah pohon
Guru besar

Penggandaan separa kata majmuk


Kata-kata hubung
Rajah-rajah pohon
Guru-guru besar

Raja Muda

Raja-raja Muda

Ketua menteri
Timbalan Naib
Canselor
Kata aluan

Ketua-Ketua Menteri,
Timbalan-timbalan Naib Canselor
kata-kata aluan

Walaubagaimanapun, bagi kata majmuk yang terdiri dari simpulan bahasa dan
bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan perkataan seperti
berikut ;
Kata Majmuk
pesuruhjaya
tandatangan
kakitangan
jawatankuasa
suruhananjaya
Buah hati
Anak emas

Penggandaan penuh kata majmuk


Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Tandatangan-tandatangan
Kakitangan-kakitangan
Jawatankuasa-jawatankuasa
Suruhanjaya-suruhanjaya
Buah hati-buah hati
Anak emas-anak emas

4.3
PENGIMBUHAN
KATA MAJMUK
Kata majmuk

boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain untuk menghasilkan kata terbitan. Cara
pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;
i.

Menerima imbuhan awalan dan akhiran.


Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang
terakhir. Ejaannya teyap terpisah.Lihat jadual;

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kata Majmuk
Urus niaga
Ulang kaji
Kenal pasti
Kuat kuasa
Daya serap

Imbuhan

Ejaan

awalan/akhiran
ber
meN
di
ber
-an

Berurus niaga
Mengulang kaji
Dikenal pasti
Berkuat kuasa
Daya serapan

ii. Menerim

a imbuhan apitan.
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan ditulis sebagai satu perkataan,
seperti contoh di bawah;
Kata Majmuk
Kemas kini
Ibu bapa
Kuat kuasa
Hak milik
Tambah baik

Imbuhan apitan
MeNkan
Ke..an
peNan
dikan
Pe.kan

Ejaan
Mengemaskinikan
keibubapaan
penguatkuasaan
dihakmilikkan
penambahbaikan

Bentuk kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas iaitu kata nama majmuk, kata
bilangan majmuk, kata adjektif majmuk, kata kerja majmuk, kata sendi majmuk, kata keterangan
majmuk dan kata hubung majmuk. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa
Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

5.0

RUMUSAN
Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa pula
ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. . Hal ini disebabkan melalui bidang tersebut
yang merangkumi aspek struktur, bentuk dan penggolongan kata, seseorang individu itu
dapat mempelajari cara membina sesuatu ayat yang betul kerana bidang tersebut
adalah asas kepada bidang sintaksis.
Morfologi memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang
telah mengalami perkembangan yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau
pembendaharaan kata yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Sebagai guru

bahasa Melayu, seseorang itu hendaklah mendalami bidang morfologi tersebut agar
memudahkannya mengajar dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran
9

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

(P&P) di dalam bilik darjah. Perkara ini penting kerana setiap pembentukan kata
dalam bahasa Melayu itu sendiri terbahagi kepada empat iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Tambahan pula, setiap daripada bentuk kata
ini juga berbeza antara satu sama lain termasuklah proses pembentukannya.
Banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan prosesprosesnya

yang

mencakupi

empat

disiplin

iaitu

pengimbuhan,

pemajmukan,

penggandaan dan pengakroniman. Bagi penulisan kata majmuk, terdapat beberapa


peraturan yang perlu dipatuhi bagi membentukkannya. Persoalan mengenai kata
majmuk sering diperkatakan terutama aspek penulisannya, iaitu sama ada ditulis
bercantum atau terpisah. Dalam hal ini masih ada pengguna bahasa yang berasa keliru
dan kurang pasti akan cara penulisannya.
Oleh itu, melalui kerja kursus ini, dapatlah dirumuskan bahawa bidang morfologi
bukan sahaja asas kepada pembetukan sesebuah ayat, tetapi juga lambang kepada
bahasa Melayu itu sendiri kerana jika tersalah penggunaannya, maka akan rosaklah
bahasa ibunda kita yang tercinta.

6.0

REFLEKSI
Syukur Alhamdullilah, dengan limpah kurnianya dalam masa yang ditetapkan tugasan ini
dapat disiapkan dengan baik sekali. Bagi menyempurnakankan tugasan Kerja Kursus
BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu ini, bukanlah satu yang mudah, kerana pada
permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan,di samping itu
perlu menyediakan sebuah buku bacaan berilustrasi yang mengandungi sekurangkurangnya lima belas kata majmuk yang mendukung maksud kiasan dan kata ganda
berirama.
Setelah mendapat tugasan dan penerangan secara ringkas berkaitan tugasan
BMM 3109, Morfologi Bahasa Melayu dari pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Rani b.
Hassan, saya mula meneliti dan memahami setiap sub tugasan tersebut, merangka draf
pertama serta berbincang bersama rakan melalui telefon. Di samping itu, saya juga
mencari pelbagai bahan dan maklumat yang diperlukan dari pelbagai sumber seperti
buku, jurnal, bahan dari internet, perkongsian blog dan web .Dari bahan rujukan tersebut

10

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


saya membaca, mengkaji dan cuba memahami yang mana bersesuaian dengan
kehendak soalan tugasan.
Antara kekangan-kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini
ialah saya pada awalnya menghadapi kesukaran dalam memahami bentuk kata dan
golongan kata serta cabang-cabangnya. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu
membuat pelbagai sumber rujukan terlebih dahulu sebagai bahan bacaan saya untuk
saya memahami subjek ini dengan lebih jelas dan mendalam. Kekangan masa juga
menjadi satu masalah kerana kesibukan yang melampau, keletihan saban hari tatkala
mengunjungi sekolah serta tanggungjawab di rumah sangat banyak dan padat
menyukarkan pembahagian masa.
Namun, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, ada kelebihan dan
kekuatannya. Saya sendiri telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru yang
sangat penting sebagai seorang pendidik. Hal ini disebabkan tugasan yang diberikan.
meliputi aspek-aspek pembentukan kata bahasa Melayu termasuklah kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Tugasan ini telah menambahkan lagi maklumat
dan pengetahuan saya tentang proses pembentukan kata terutamanya bentuk kata
majmuk. Melalui tugasan ini, saya dapat memperbaiki kelemahan ejaan kata majmuk
kerana sebelum ini, saya kurang pasti sama ada ejaan perkataan itu dirapatkan atau
dijarakkan.

Berdasarkan tugasan ini juga, saya dapat menghasilkan sebuah buku bacaan
berilustrasi berunsur kata majmuk mendukung maksud kiasan dan kata ganda
berirama yang mempunyai nilai dan pengajaran. Melalui proses penghasilan buku
tersebut

saya

bebas

mencurah

kreativiti

berdasarkan

kesesuaian

tahap

pembelajaran murid-murid sekolah rendah. Selain menghasilkan buku bacaan


beilustrasi ini untuk tujuan tugasan, buku ini juga akan saya gunakan untuk tujuan
pengajaran di dalam kelas saya.
Tugasan pada kali ini telah memberikan saya pengalaman baru dan ilmu yang
begitu berguna bukan sahaja pada masa sekarang bahkan kelak. Saya akan cuba
memajukan diri untuk memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam
memandangkan masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa
Melayu ini. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk
mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah
yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya

11

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan
Saya amat menghargai pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan atas kesudian mereka berkongsi idea menghasilkan
tugasan. Saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas
supaya maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Dalam apa jua komuniti
sekalipun, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang
cekap supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran dengan mudah.
Akhir kalam, sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan
itu adalah dari saya sendiri.

Disediakan oleh;
Salina bt Md Saad
No : Matrik : 28888
No. K/P

: 700527025536

BM03/PPG Kohort 2

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hasan.(2006),Judul Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Dr Ali Mahmood et.al.(2012). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Nik Safiah Karim et.al. (2012).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam.(1984).Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan.Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz.(2011).Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua.Siri Pendidikan Guru.
12

BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Internet:

13

Vous aimerez peut-être aussi