Vous êtes sur la page 1sur 49

Perbezaan Antara

Tuntutan Agama Dan Adat


Tradisional Kaum Melayu
PERKAHWIN

DARI SUDUT TUNTUTAN AGAMA

Perkara-perkara yang melibatkan amalan agama termasuklah dari segi pinang-meminang,


batasan pergaulan antara kaum lelaki dan perempuan, rukun-rukun nikah, mahar (Mas kahwin),
wali, saksi dan penceraian (Talak).

Laksamana berbaju besi,


Masuk ke hutan melanda-landa;
Hidup berdiri dengan saksi,
Adat berdiri dengan tanda

Merisik

Proses merisik ialah satu kaedah iaitu keluarga lelaki menghantar wakil untuk berbincang
dengan keluarga perempuan. Wakil kedua pihak biasanya ialah ibu bapa atau seseorang yang
sangat dipercayai boleh menyimpan rahsia. Pertemuan diadakan di rumah keluarga perempuan
dan semasa pertemuan diadakan, pihak lelaki membawa sebentuk cincin belah rotan sebagai
tanda.

Datang berhajat mengukir janji,


Menyunting bunga idaman hati,
Mematri kasih mengikat janji,
Si belah rotan menjadi saksi

Tuntutan Agama

Biasanya merisik dilakukan oleh pihak lelaki.Tujuannya ialah untuk memastikan gadis yang
ingin dikahwini belum berpunya.Untuk mendapatkan maklumat latar belakang gadis,
pengetahuan agamanya, paras rupa, tingkah laku, kemahiran rumahtangga, adab sopan dan
lain-lain.Tujuan merisik boleh mengelakkan daripada meminang orang yang telah berpunya
sesuai dengan ajaran Islam.Selain itu ia bertujuan untuk menjalinkan hubungan keluarga atau
menjalinkan ikatan perkahwinan dengan pihak keluarga yang dirisik.

Adat Tradisional

Semasa

proses

merisik

dijalankan,pihak

lelaki

membawa

sebentuk

cincin

sebagai

tanda.Sekiranya cincin itu tidak dibawa, maka semasa majlis pertunangan dijalankan nanti,
pihak lelaki hendaklah membawa 2 bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin
bertunang.Jika risikan berjaya, pertunangan boleh dijalankan namun sebaliknya jika perempuan
yang dirisik itu berpunya, maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.
Sekiranya pihak perempuan berasa curiga atas keterangan pihak lelaki atau ingin
menangguhkan persetujuan menerima masuk peminangan, pihak perempuan boleh meminta
tempoh

tertentu

sebelum

memutuskan

jawapan

setuju

hendak

menunangkan

anak

perempuannya atau pun tidak. Sekiranya sehingga habis tempoh itu, pihak lelaki tidak
menerima apa-apa maklum balas daripada pihak perempuan, ini bermakna pihak perempuan
bersetuju untuk menunangkan anak perempuan mereka dengan anak lelaki pihak lelaki. Tetapi
jika dalam tempoh diberikan oleh pihak perempuan itu, pihak perempuan menziarahi pihak
lelaki dan menyatakan tidak bersedia menunangkan anak perempuan mereka, maka majlis
peminangan dibatalkan. Selain itu, pihak perempuan mesti memulangkan cincin belah rotan
kepada keluarga lelaki.
Melalui proses merisik ini, sekiranya pihak perempuan berpuas hati dan bersetuju atas semua
keterangan semasa perbincangan, pihak perempuan boleh menyatakan persetujuan terus
untuk menunangkan anak perempuan mereka dan seterusnya menerima cincin belah rotan
sebagai tanda jadinya pertunangan yang bakal dilaksanakan itu.
Semasa majlis merisik ini juga disebut soal langkah bendul. Ini berlaku sekiranya anak gadis
keluarga perempuan yang hendak dipinang itu mempunyai kakak, maka pihak lelaki wajar
menyediakan sedikit hadiah berupa sepersalinan baju kepada si kakak bagi menghiburkan hati
kakaknya..

Cincin belah
rotan

Baju
sepasang

Memina
ng

Pihak lelaki yang mewakili oleh mereka yang dekat seperti ibu dan bapa saudara sekali lagi ke
rumah pihak perempuan untuk menyatakan persetujuan secara rasmi.Kedua-dua pihak
berbincang tentang tarikh dan masa sesuai untuk pertunangan.
Setelah kata putus dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan pihak si gadis bersetuju maka
barulah adat meminang di jalankan. Dalam adat ini biasanya ibubapa si teruna sendiri yang
datang meminang si gadis. Pada kunjungan kali ini lazimnya pihak lelaki akan datang bersama
setepak sirih dan sebentuk cincin belah rotan. Disinilah si belah rotan memainkan peranannya...
Bila sahaja si belah rotan ini di terima dan disarungkan di jari manis si gadis maka ini
menandakan secara rasminya si gadis telah di pancang ( diikat ). Maksudnya gadis ini telah
dipinang dan tidak boleh lagi menerima sebarang lamaran dari orang lain.

Proses perbincangan di antara dua belah pihak

Merisik ... sudah... Meminang ...sudah, selepas itu barulah majlis


pertunangan secara rasmi dijalankan

Tuntutan Agama

Tujuan meminang dalam agama Islam ialah untuk memberi peluang kepada si teruna melihat
dengan lebih jelas bakal pasangan hidupnya. Disepanjang waktu meminang inilah Islam
mengalakkan si lelaki melihat dahulu bakal isterinya serta memahami latarbelakangnya. Ia bagi
menjamin kebahagian rumahtangga yang bakal dibina kelak. Rasullulah bersabda seperti yang
telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud: Apabila seseorang dari kamu meminang
seorang perempuan , sekiranya dia dapat melihat perempuan itu , hendaklah dia melihatnya
sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan .

Wajah-wajah wanita pilihan

Adat Tradisional

Pihak lelaki membawa bersama tepak sirih semasa proses perbincangan.Adat lebih
diutamakan, bak kata perbilangan, Biar mati anak, jangan mati adat, lebih-lebih lagi ketika

majlis meminang, bertunang dan pernikahan.Bagi upacara merisik, tunang dan nikah,
masyarakat Melayu menggunakan tepak sireh sebagai pembuka kata. Tidak kurang juga, tepak
sireh dikategorikan sebagai kepala atau ibu kepada barang hantaran untk majlis pertunangan
dan pernikahan yang lain.

Tepak sirih

Bertunang
Tuntutan Agama

Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak yang
menghukumnya sebagai Harus. Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara
tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia
( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum
melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga
kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar
orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau
wanita itu sahaja, tetapi kita juga berkahwin dengan keluarganya sekali.

Tuntutan Adat

Rombongan lelaki yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat
berkunjung ke rumah pihak perempuan dengan membawa hantaran.Ada sesetengah
adat,belanja hantaran ada tiga jenis kategori belanja boleh menjadi pilihan sama ada belanja
sama naik iaitu sama-sama mengeluarkan belanja hantaran, belanja hantaran serta serba satu
iaitu sebagai contohnya jika belanja hantaran RM 5000.00, ada hadiah iringan selengkapnya
dan belanja hantaran luar serba satu, luar Mas Kahwin dan luar upah nikah iaitu nilai selain
wang hantaran tidak disebut dalam pertunangan.
Selain itu, dibincangkan jumlah wang belanja yang akan dibawa ke majlis pertunangan sama
ada semua sekali, separuh sahaja atau tidak membawa langsung wang belanja tersebut. Dalam
amalan sesetengah masyarakat Melayu , pihak lelaki akan membawa separuh wang hantaran
sebagai menyatakan komitmen untuk mengikat pertunangan.

Ada sesetengah adat negeri seperti negeri Pahang,dalam

majlis pertunangan, kedua-dua

keluarga boleh menentukan wakil yang akan bercakap dalam majlis bertunang nanti. Namun
begitu, hal-hal berhubung jenis bentuk cincin pertunangan, wang hantaran dan hadiah
sepersalinan yang telah dibincang dalam majlis merisik tidak boleh diubah atau dibincangkan
lagi Perbincangan berhubung tawar menawar jumlah wang hantaran akan dianggap mengaib
dan tidak sesuai dengan budi luhur orang Pahang.

Selain itu, semua perbelanjaan mengadakan majlis pertunangan ditanggung sepenuhnya oleh
keluarga pihak perempuan. Dengan itu, keluarga pihak perempuan akan menentukan jumlah
jemputan ke majlis tersebut mengikut keupayaan kewangannya. Dengan erti kata lain, tidak
semua ahli kariah dijemput menghadiri majlis pertunangan ini. Kebiasaannya ketua keluarga
akan menjemput waris-waris terdekat, ketua kampung dan ahli-ahli agama menghadiri majlis
pertunangan tersebut. Ini bertujuan untuk mengesahkan majlis tersebut adalah majlis yang
sangat penting di dalam sesuatu kampung.

Pelbagai jenis hantaran dibawa ke majlis pertunangan

Majlis Pertunangan

Tuntutan Agama
Akad Nikah

Akad nikah dijalankan oleh orang yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masingmasing seperti kadi, imam dan jurunikah. Bagaimanapun wakil pihak pengantin perempuan
boleh melakukan upacara akad nikah dengan kebenaran pihak yang ditauliahkan tadi.Upacara
akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan.
Menurut agama Islam, hukum melakukan perkawinan mengikut sesetengah ulama menjelaskan
: segolongan Fuqoha, yakni jumhur (Mayoritas Ulama) berpendapat bahwa perkawinan itu
hukumnya Sunnah. Golongan Zhahiriah berpendapat bahwa perkawinan itu hukumnya Wajib,
sementara itu para ulam malikiyah mutakhirin berpendapat bahwa perkawinan itu hukumnya
Wajib untuk sebahagian orang, Sunat untuk sebahagian orang, dan Harus untuk segolongan
lainnya. Semua pendapat-pendapatan diatas berdasarkan pada kepentingan permasalahan dan
pendapat-pendapat diatas juga sudah mempunyai alasan-alasan. Sesuai dengan firman Allah
Swt yang menyatakan :
Maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu takut tidak boleh berlaku adil maka kawinilah satu saja .
(QS. An-Nisa : 3). (Drs. H.M. Rifai, 1978 : 454 ).
Ayat Al-Quran,

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Q.S. Ar-Ruum (30):21).
As-Sunnah
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Tiga kelompok yang berhak mendapat pertolongan Allah. Mujahid di jalan Allah, budak yang
ingin merdeka, orang yang menikah yang ingin menjaga kesucian (dari zina) (HR at-Turmudzi)

Majlis akad nikah

Mahar atau Mas Kahwin


Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan alsadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Menurut istilah syara mahar ialah
suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab
perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa'
- Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada
besi ." ( Riwayat Bukhari ).

Mas kahwin

Menurut adat

Adat Berinai
Pasangan ditepung tawar.Wakil kedua-dua pihak mencalitkan sedikit inai dan air tawar ke tapak
tangan pengantin serta menaburkan beras kunyit dan bertih di hadapan pengantin dan hadirin.

Berinai di tangan dan kaki pengantin

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai Hari Bersanding atau Hari Langsung.Pengantin
adalah orang yang diraikan dan menjadi Raja Sehari.Banyak persiapan yang perlu dibuat
seperti membina khemah, menyiapkan pelamin, membuat bunga telur, memasak, mendirikan
bangsal penanggah dan lain-lain.Sebelum majlis bermula, Mak Andam menyolek pengantin
perempuan.
Apabila tiba masanya, pengantin lelaki dan rombongannya diiringi oleh paluan kompang
bergerak dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan.Beras kunyit ditabur untuk
menyambut rombongan lelaki.Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki dan
selepas itu kedua-duanya duduk di tempat khas di halaman rumah.Persembahan seperti
pencak silat diadakan di hadapan pengantin.Pengantin diiringi ke dalam rumah untuk upacara
bersanding.

Ketibaan Pengantin lelaki

Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki

Paluan Kompang

Majlis

persandingan

Semasa bersanding di pelamin, menepung tawar dijalankan oleh sanak-saudara dan para
jemputan.Mereka yang menepung tawar diberikan bunga telur.Hadirin lain juga diberi bunga
telur.Selepas bersanding, majlis makan beradab atau dipanggil majils makan berdamai
diadakan.

Makan beradap

Dari sudut kelahiran


Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru
sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi
baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut
kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.
Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam
sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut
sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Menurut Agama

Sunat memberi tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak. Tujuan: memberi
tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak adalah untuk mengeratkan
perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih sayang sesama mereka.

Sunat azan dan iqamat

Sunat diazan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kirinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Salah

satu

hikmat

melakukannya

adalah

kalimat

seruan

tentang

kebesaran

menjadi

seruan

pertama

yang

supaya
Tuhan
bayi

dengar.

Mengazan dan mengiqamat bayi selepas dilahirkan

Sunat tahnik selepas anak dilahirkan


Taknik ialah mengunyah buah kurma (selalunya dilakukan oleh orang salih dan takwa) dan
diletakkan ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapat ganjaran benda
manis. Pelaziman ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut
kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan sedap/manis dan bukan kesan tidak menyelesakan.

Sunat menggunting rambut anak baru dilahirkan

Menggunting rambut anak pada hari yang ke-7 adalah sunat.

Sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik.Menamakan anak boleh dibuat
pada hari pertama dilahirkan atau pada masa lain. Nama-nama yang buruk atau yang
menjatuhkan maruah hendaklah dielakkan.

Sunat Aqiqah anak yang baru lahir


Aqiqah bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang
dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pada hari ketujuh) sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah.

Korban ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan banyak faedah lain.Aqiqah meninggalkan
kesan psikologi pada anak yang merasakan dirinya dihargai, diterima, disayangi oleh kaum
keluarga, sanak saudara dan ahli masyarakatnya.

Sunat Berkhitan (khatan/bersunat)


Bagi Mazhab Iman Shafie, berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Bagaimanapun, ada ulama yang
menyatakan berkhatan, hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut. Hukum bersunat
bagi perempuan pula adalah harus. Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan oleh Tok
Mudim. Sekarang amalan berkhatan dijalankan secara moden di klinik/hospital

Menurut Adat

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan


semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim
perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh
bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang
sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin
dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk
memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah
bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak
perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah
seperti berikut:
Tujuh helai kain yang berlainan warna.
Satu gantang beras.
Sebiji buah kelapa.
Beberapa urat benang.
Satu batang damar.
Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
Beberapa batang lilin.
Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Peralatan melenggang perut

Acara melenggang perut

MAJLIS BERENDOI
Berendoi berasal daripada kata endoi, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk
menidurkan bayi atau kanak-kanakBerendoi adalah bentuk permainan yang berfungsi sebagai
upacara keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu
bapa.
Mengikut sumber, berendoi berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an. Tokoh
berendoi negeri Perlis ialah Ku Zainal Ku Abdullah yang sudah terlibat dalam kesenian ini
selama 15 tahun. Peralatan persembahan ialah sebuah endoi atau buaian digantung di
tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak.
Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Berendoi dimulai dengan
Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi kemudian lagu-lagu lain. Ahli sesuatu
kumpulan berendoi sekurang-kurangnya empat orang. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian
kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang
didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu,
adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping
ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Hiasan buaian yang menarik semasa majlis berendoi diadakan

Menanam uri
Selepas selamat bersalin , , tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama
bayi itu daripada rahim ibu.Walaupun dunia semakin moden, ada sesetengah masyarakat
melayu menanam uri mengikut

adat dan pantang larang orang dulu-dulu.Selain bertujuan

menjamin kesejahteraan bayi tersebut,ianya dapat memelihara seluruh keturunannya dan juga
dipercayai akan kekal terpelihara dan dilimpahi kebaikan.
Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung
kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.Tempurung yang telah berisi
uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman
rumah.Sebelum lubang dikambus, saya letakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat
bersama dan ditanam sekali,

Cara tersebut merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah.Tidak
habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri
ditanam.Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis
sepanjang malam.Selain itu, uri yang ditanam mempunyai hubungan dengan kehidupan bayi
yang baru lahir.

Darah yang terlekat pada uri dibersihkan menggunakan asam keping.

Cara uri ditanam

Kematian

Mengikut Ajaran Islam

Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi


saudara sesama Islam. Mayat perlu
kiri jenazah arwah

kewajipan orang Islam untuk menguruskan

dihormati daripada jasad yang hidup Kedua-dua tangan

dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan ke atas

dada, lalu ditutup dengan

mayat

tangan kiri hingga ke

sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah

dengan kepalanya

dihadapkan ke kiblat.
Mereka yang menziarahi arwah akan membaca
Yaasin)

ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya ayat

sebagai sedekah. Jamuan tidak diadakan semasa

jenazah masih berada di

rumah.Jenazah dimandikan oleh tukang mandi atau kalangan ahli keluarga dengan
tertib dan cermat. Setelah
muka, ahli

hormat,

dimandikan jenazah akan dikapankan. Sebelum ditutup bahagian

keluarga dan muhrim boleh mengucup

menitiskan air mata pada tubuh jenazah

mayat buat kali terakhir tetapi dilarang

Jenazah disembahyangkan dahulu.

Apabila keranda sudah dimasukkan ke dalam liang lahad, siak akan turun membuka papan
tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala jenazah akan
disendal dengan tanah dan diazankan di telinganya. Barulah keranda ditutup dan tanah
ditimbus.
Setelah Tok Imam membaca talkin, ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai boleh
menyiram air di atas kubur arwah dari bahagian kepala hingga ke kaki dan menabur bunga
rampai. Batu nisan akan dicacak di atas kubur sebagai tanda

Gambar menunjukkan tempat perkuburan kaum Melayu

Menurut Adat

Bacaan doa selamat dan kenduri arwah untuk

mendoakan arwah kesejahteraan di alam

barzakh diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh dan pada hari ke-100.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta
supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun
si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.
Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali
dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun
adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

Semasa Pengebumian

Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan
dibakar.Ini bertujuan untuk menghilang bau yang tidak enak dihidu.Amalan pembakaran
kemeyan ini,kebanyakkannya tidak diamalkan mengikut sesetengah masyarakat.

Pembakaran kemenyan

Refleksi
Segala puji bagi Allah Tuhan. Alhamdulillah dengan rasa syukur kerana dengan limpah kurnia
rahmatNya saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Moral dengan jayanya. Selain itu juga
saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih

pertama sekali

kepada pensyarah Tengku Nor Husna bt Tengku Jamil kerana banyak memberi tunjuk ajar
,maklumat, bimbingan kepada saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek ini.

Sebelum mengikuti kuliah ini saya berasa agak bimbang jika saya tidak dapat mengikut subjek
ini dengan baik kerana agak sukar bagi saya untuk memahami teori setiap maklumat dan isi
pelajaran yang terdapat dalam buku modul . Tetapi setelah saya mengikuti kuliah dan
perbincangan bersama pensyarah,saya berasa bertambah yakin serta lebih berminat untuk
mengetahui dan mempelajari subjek Moral ini.
Pengalaman sepanjang tempoh saya menyiapkan Tugas Kerja Kursus ini, pelbagai masalah
dan kesukaran yang telah saya kenal pasti. Antaranya ialah,kesukaran untuk melakukan
perbincangan bersama rakan sekuliah yang lain memandangkan jarak tempat tinggal yang
jauh antara satu sama lain.Selain itu juga kesukaran untuk

memilih keratan akhbar yang

bersesuaian dengan tajuk-tajuk yang diberi.Sebelum itu,saya terpaksa membaca berulang kali
tajuk-tajuk dan modul serta soalan kerana terdapat tiga arahan soalan yang perlu dibuat dalam
satu soalan.Malahan saya terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti masa yang tidak
mencukupi kerana banyak tugas lain di sekolah yang perlu disiapkan dengan segera.Selain itu
juga saya menghadapi masalah untuk menghasilkan hasil yang terbaik untuk dijadikan sebagai
contoh kerana proses untuk menghasilkannya mengambil masa yang agak lama.
Walaubagaimanapun untuk mengatasi masalah tersebut saya dengan sedaya upaya
mengadakan

perbincangan

dengan

rakan-rakan

sekuliah

sama

ada

melalui

Facebook,email,whatsApp atau perbincangan melalui telefon bimbit serta duduk dalam meja
bulat untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus pendek ini.Selain itu juga semasa kuliah saya
dan ahli kumpulan yang lain akan berbincang dan bertanya kepada pensayarah tentang bahan
atau maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan Kerja Kursus ini.
Sepanjang saya menghasilkan kerja kursus ini terdapat banyak penggetahuan baru yang saya
dapat.Walaupun saya dilahirkan di kalangan bangsa melayu yang hidup penuh dengan
adat,namun ada juga amalan yang saya tidak ketahui seperti adat kematian dimana saudara
terdekat berjalan mengelilingi bawah keranda agar saudara terdekat dapat menghilangkan rasa
rindu kepada si mati.Banyak lagi adat-adat melayu yang pada dahulukala diamalkan tetapi pada
zaman sekarang tidak diamalkan.Ini kerana ada sesetengah adat terdapat unsur yang
menyalahi hukum agama.
Untuk menyiapkan buku skrap ini,saya terpaksa membuat banyak kajian tentang perbezaan
antara adat dan tuntutan agama samada melalui laman social atau melalui buku rujukan dan
rakan-rakan terutamanya ustazah-ustazah di sekolah saya.Tujuannya agar ianya tidak
bercanggah dengan hokum agama dan juga adat.Di sini dapatlah saya simpulkan bahawa adat-

adat yang tidak bertentangan dengan syarak boleh diamalkan selagi ianya tidak mendatangkan
kemudaratan.
Selain itu,pemilihan keratan akhbar yang dipilih juga agak rumit kerana keempat-empat tajuk
yang diberi agak mengelirukan.Alhamdulillah dengan bantuan pensyarah,dapatlah saya memilih
keratan akhbar yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi.Dengan ini,dapatlah saya
memahami tentang aliran pemikiran moral iaitu naturalis.emotivis,intuisionis dan rasionalis.

.Sekian,terima kasih.

Rujukan
1. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1993. Adat Resam Komunikasi MelayuTradisional:
Satu Pemikiran Semula. Dewan Budaya, Mei: 20-21.
2. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1995. Adat Resam Melayu Tradisional: Satu Perspektif
Komunikasi Budaya(Tesis Sarjana Persuratan)UKM.
3. Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2002. Komunikasi Budaya: Integrasi Sosial Adat
Resam Melayu, UMS..
4. Abdullah Sidek. 1975b. Pengantar Undang-Undang Adat di Malaysia.KualaLumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
5. Abdul Latif Abu Bakar. 1987.Sejarah dan Pemikiran Konsep Kebudayaan di Malaysia.
Dlm. Pertemuan Dunia Melayu 82: 76. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka.
6. Azhar M. Simin. 1983.Seni-Karya Nahu Melayu Kini. Dewan bahasa: 85-89.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7. Ahmad Johari Moain. 1989.Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu : Suatu Analisis
Sosiologistik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.