Vous êtes sur la page 1sur 24

ASAS TEORI

MUZIK 1
MARYLYN ANNE ANAK MICHAEL JEALI ( J1.4 )
961108-13-5496
WMA0002/J/062014/MZ045

TWO GUITARS RUSSIAN GYPSY SONG

NADA
Ditakrifkan sebagai not bunyi yang mempunyai
ketepatan pic yang tertentu atau not bunyi yang
mempunyai tinggi rendahnya yang spesifik.
Dalam lagu Two Guitars ini, lagu ini dimainkan
dalam nada D minor. D minor merupakan relatif
kepada F major kerana kandungan notnya sama.

Walau bagaimanapun, jeda antara not-not dalam skel F major dan skel D minor
adalah berlainan. Jeda untuk skel major adalah not ke-3 not ke-4, not ke-7 not
ke-8.
Untuk skel minor harmonik pula, jedanya ialah not ke-2 not ke-3, not ke-5 not
ke-6, not ke-7 not ke-8. Not ke-7 dinaikkan kepada 1 semiton.

Skel D minor harmonik menaik tanpa tanda nada.

Skel D minor harmonik menaik dengan tanda nada

Lagu Two Guitars dimainkan dalam nada D minor. Lagu ini diklasifikasikan
dalam nada D minor kerana mengandungi tanda nada dengan F major dan
mempunyai C# yang menepati ciri-ciri skel D minor harmonik.

METER
Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia
dikumpulkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya.
Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya
jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter.


Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.
Jadual berikut menunjukan contoh kiraan meter dalam muzik.

Dalam lagu Two Guitars ini, tanda masanya adalah

atau

diwakili sebagai simbol


Meter ini merupakan meter lazim. Meter ini mempunyai
empat krocet dalam satu bar. Setiap krocet bersamaan
dengan setiap detik krocet bersamaan dengan nilai dua
kuaver (

TRIPLET
Triplet merupakan detik dalam meter lazim
dibahagikan kepada 3 bahagian.

Dalam Lagu Two Guitars ini, triplet terdapat pada bar


ke-16 dan ke 18.

Bar ke -16

Bar ke - 18

SINKOPASI
Sinkopasi ialah gangguan dalam pengaliran irama.
Contoh kepada sinkopasi ialah kemunculan tekanan
irama pada not yang biasanya tidak ditekankan.

Sinkopasi telah digunakan dalam pelbagai jenis


muzik dan merupakan asas muzik Afrika seperti
ragtime, jazz, jump blue, funk, rap dan lain-lain.
Contohnya, dalam meter tekanan biasanya
dikenakan pada detik nombor genap, jika tekanan
ditekan pada detik nombor bulat, irama meter
tersebut dikatakan telah disinkopasikan.

Dalam lagu Two Guitars ini, sinkopasi terdapat pada


bar yang ke-20.

Sinkopasi pada bar ke-20 pada klef trebel dan klef bes

JEDA
Jeda merupakan ukuran jarak pic antara dua not.
Jeda harmonik merupakan jeda yang dimainkan
secara serentak manakala jeda melodik
merupakan jeda yang dimainkan secara
berasingan. Cara untuk mengukur jeda adalah
sama bagi kedua-dua jenis jeda ini. Contoh jeda
adalah seperti berikut:

Dalam lagu Two Guitars, terdapat beberapa jeda.


Contohnya, pada bar yang ke-16 dan ke-17, terdapat
jeda melodik, iaitu jeda minor ke-6, antara A ke F.

Jeda melodik, Minor ke-6, bahagian klef bes

Terdapat juga jeda harmonik dalam lagu ini, iaitu pada


bar yang ke-14, iaitu jeda perfek ke-4 pada bahagian
klef trebel.

Jeda harmonik, perfek ke-4, bahagian klef trebel

KORD PRIMER
Kord ditakrifkan sebagai satu kumpulan not yang
terdiri daripada 3 atau lebih not yang dibunyikan
bersama secara serentak manakala Kord Primer
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu kord I, IV dan V.
Dalam lagu Two Guitars ini, kebanyakan kord adalah
dalam kedudukan pembalikan. Sebagai contohnya,
pada bar yang ke-10, kord D minor dalam kedudukan
pembalikan pertama.

Kord D minor, pembalikan 1

DINAMIK
Dinamik biasanya merujuk kepada kelembutan atau
kenyaringan dari sesuatu suara. Dinamik adalah volume
sesuatu bunyi muzik. Ada muzik yang kuat dan ada
muzik yang perlahan. Dalam muzik istilah perlahan
tidak digunakan kerana ia boleh mengelirukan samada
dinamik atau pun tempo. Bunyi yang perlahan disebut
sebagai bunyi lembut.
Dalam skor lagu Two Guitars ini, dinamik dinyatakan
dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti berunsur
lembut (
) dan berunsur kuat (
).

Selain itu, bunyi yang kuat dan lembut turut


ditandakan dengan simbol iaitu:
1. Bunyi yang kuat ditandakan dengan simbol f yang
bermaksud forte.
2. Bunyi yang lembut ditandakan dengan simbol p
yang bermaksud piano.
Bunyi yang berunsur lembut ditunjukkan pada bar
yang ke-10 dengan simbol ff.

Unsur bunyi yang kuat adalah pada bar ke-37 dan


beransur lembut pada bar ke-38.

TEMPO
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan
detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh
dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana.
Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah
seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga
boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut
sukatan metronome. Tempo yang cepat mempunyai
detik yang cepat.
Tempo lambat mempunyai detik yang lambat. Panjang
atau pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan
detik. Lambang yang menunjukkan panjang atau
pendeknya bunyi bunyi itu dapat dikenali dengan
merujuk kapada bentuk-bentuk not.

Dalam skor lagu Two Guitars ini, pada permulaannya,


lagu ini dimainkan dengan perlahan.

Pada bar ke-21, lagu dimainkan dengan tempo yang


cepat.

Bermula dari bar ke-27, lagu ini dimainkan dengan


tempo yang sangat cepat, atau diwakili dengan istilah
presto, yang bermaksud sangat cepat.

Pada bar ke-35, lagu ini kembali kepada tempo asal,


iaitu dengan perlahan, sehingga ke hujung lagu ini.

OSTINATO

Vous aimerez peut-être aussi