Vous êtes sur la page 1sur 9

JURNAL REFLEKSI

KAWASAN PELUPUSAN SAMPAH DENNISTOWN, KERIAN, PERAK.


Nama ahli:
1)
2)
3)
4)
1.0

PENDAHULUAN

Jurnal refleksi ini ditulis bertujuan melaporkan setiap langkah kerja yang
dilakukan dalam usaha menjayakan kajian lapangan kami. Tempat kajian
yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Kawasan Pelupusan Sampah
Dennistown Kerian, Perak.
Dalam jurnal ini kami akan mengemukakan beberapa refleksi yang
telah berlaku dalam usaha menyiapkan kajian ini. Kajian ini juga dilakukan
dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga mendapat bantuan dari
penduduk setempat.
Setelah itu, kami juga akan menyatakan pengalaman pembelajaran
yang diperolehi dalam proses membuat kajian. Proses membuat kajian ini
merupakan pengalaman kali pertama kami berkaitan dengan alam sekitar.
Tumpuan kajian kepada kesan pelupusan sampah di Dennistown, Kerian,
Perak.
Walaupun

kami

mempunyai

pengetahuan

sedia

ada

berkaitan

kawasan kajian namun pengetahuan dan pengalaman sebenar lebih


menambah pengetahuan dan pemahaman kami berbanding dengan bacaan
am. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh dalam melaksanakan kajian ini
sangat baru, asing dan penting kepada kami semua.
Seterusnya kami juga menyatakan kelemahan dan kekuatan yang
terdapat dalam kumpulan kami semasa menjalankan tugasan ini. Kami
menganggap tugasan ini sebagai satu cabaran kerana kajian ini amat unik
dan asing kepada kami sebagai pelajar pendidikan prasekolah. Walaupun
kami sekumpulan sudah mengenali antara satu sama lain, namun terdapat
1

beberapa kelemahan dan kekuatan ahli kumpulan yang telah dikenal pasti
ketika melaksanakan projek ini.
Akhir sekali, kami akan memberikan langkah-langkah dan cadangan
untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap kajian ini.
Walaupun kami bukannya pakar berkaitan dengan isu alam sekitar mahupun
mempunyai ilmu yang mendalam mengenai pelupusan sampah sarap,
namun kami tetap mahu memainkan peranan sebagai ahli masyarakat yang
prihatin

dan

berkongsi

pendapat, langkah-langkah

dan

cadangan

penambahbaikan terhadap kawasan pelupusan sampah yang terdapat di


Malaysia.

2.0

PERISTIWA-PERISTIWA SEPANJANG KAJIAN

2.1

Peristiwa Sebelum Melaksanakan Kerja Lapangan

Setelah selesai memilih tajuk kajian kami dan atas pandangan rakan-rakan,
kumpulan kami telah mengadakan satu perbincangan ringkas untuk
membincangkan cara-cara melakukan kajian yang diberikan ketika kelas.
Perbincangan ringkas ini telah diadakan pada hari tersebut juga iaitu pada
19 Mei 2014. Perbincangan diadakan dengan kehadiran semua ahli
kumpulan tanpa sebarang pengecualian.
Perbincangan kali pertama lebih kepada lontaran idea-idea sahaja.
Perbincangan

dilakukan

secara

kasual

dengan

masing-masing

mengutarakan pendapat dan pengalaman membuat kajian. Kesemua ahli


kumpulan menyatakan pernah membuat kajian lapangan. Kami juga
membincangkan mengenai pelupusan sampah sarap di Perak. Pendek kata,
pada perbincangan pertama ini, kami hanya mengutarakan pendapat dan
berkongsi pengetahuan serta pengalaman masing-masing mengenai isu
alam sekitar. Pada akhirnya, perbincangan ini berakhir dengan setiap ahli
kumpulan ditugaskan untuk mencari kawasan yang mengalami masalah
alam sekitar.
Perbincangan seterusnya diadakan seminggu selepas hari itu iaitu
pada 26 Mei 2014. Perbincangan tersebut dijalankan di dalam kelas selepas
waktu kuliah. Dalam perbincangan ini, setiap seorang daripada kami telah
2

memberikan cadangan tempat kajian. Akhirnya kami memilih Kawasan


Pelupusan Sampah Dennistown, atas sebab lokasi berhampiran dengan
kediaman ahli-ahli kumpulan dan lokasi yang strategik.
Dalam perbincangan ini kami juga mengagihkan tugasan-tugasan
kepada setiap ahli kumpulan untuk memastikan kerjasama diperolehi
daripada setiap ahli kumpulan. Ekoran itu, pembahagian tugasan ini juga
memastikan kajian ini berjalan lancar tanpa masalah yang serius. Tugasan
juga dibahagikan secara adil dan saksama. Setiap ahli kumpulan kami juga
diberikan

tarikh

akhir

untuk

menyiapkan

kerja

masing-masing

bagi

memastikan langkah seterusnya untuk menyiapkan projek ini dapat


diaturkan.
Dalam usaha untuk menjayakan kajian ini, pelbagai peristiwaperistiwa telah dilalui oleh setiap daripada ahli kumpulan kami. Hal ini
kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa menyiapkan kajian ini.
Antaranya

adalah

kami

perlu

berbincang

untuk

memastikan

fokus

penyiasatan kami adalah tepat dengan tajuk yang dikehendaki. Kami juga
perlu memastikan setiap ahli kumpulan diagihkan kerja secara adil supaya
tidak berlakunya pertelingkahan antara anggota kumpulan kerana kami
prihatin bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai banyak perkara yang
perlu dilaksanakan sebagai seorang pelajar dan pendidik.
Setelah itu, timbul beberapa masalah yang dihadapi ketika merancang
perlaksanaan kajian. Antara masalahnya adalah terdapat ahli kumpulan
yang tidak dapat hadir sesi perbincangan kerana masalah peribadi. Selain
itu, maklumat yang diperlukan juga sukar untuk diperolehi kerana tiada data
yang kukuh mengenai kawasan pelupusan sampah Dennistown yang
merupakan skop kajian kumpulan kami. Kami juga menghadapi kekangan
masa masing-masing mempunyai komitmen dengan sekolah dan pusat
pengajian.
Selepas itu, kami menghadapi kesukaran untuk menetapkan masa dan
tarikh untuk melakukan kajian di Dennishtown kerana ramai ahli kumpulan
yang sibuk dengan urusan peribadi dan pengajian. Ketua kumpulan kami
menyarankan agar kajian dijalankan pada 11 Jun 2014 dari pukul 2 hingga 6
petang. Semua ahli kumpulan bersetuju dengan cadangan ketua kumpulan
memandangkan tidak mempunyai masa lain yang semua ahli kumpulan
3

dapat menghadiri kerja lapangan tersebut. Kami menyewa sebuah kereta


daripada seorang rakan kami dan kos sewa serta kos minyak ini ditanggung
oleh setiap anggota kumpulan bersama.
2.2

Perlaksanaan Kerja Lapangan

Kami bertolak ke Kawasan Pelupusan Sampah Dennistown pada pukul 2


petang dari Pusat Bandar, Parit Buntar. Kami tiba pada pukul 2.15 petang.
Perjalanan tidak mengambil masa yang panjang kerana lokasi berhampiran
dengan tempat kami berkumpul.
Setelah kami tiba, kami terus meninjau kawasan sekitar pelupusan
sampah iaitu tempat perlaksanaan projek ini. Kami bernasib baik kerana
mendapat kerjasama dari penduduk setempat. Gambar-gambar kawasan
kajian telah kami lampirkan.
Pada pukul 5, lawatan kami kawasan pelupusan sampah telah
berakhir. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penduduk

setempat yang sudi memberi kerjasama kepada kami. Selepas itu, kami
berhenti minum sambil berbual-bual. Pada pukul 5.30, kami pulang ke
rumah masing-masing.
Di setiap bahagian tersebut dapat diselesaikan mengikut masa yang
ditetapkan. Kami dapat menyelesaikan masalah kecil dengan adanya
kerjasama dan tidak mementingkan diri dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi. Setiap orang memainkan peranan masing-masing
dan mempunyai sikap bekerjasama yang baik untuk akhirnya menjayakan
projek kami ini.

3.0

PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG DIALAMI

Semasa perlaksanaan kajian ini, pelbagai perkara telah kami pelajari.


Antaranya, kami mempelajari isu semasa berkaitan masalah pelupusan
samah parap dalam sesebuah kawasan. Hal ini kerana, kajian yang dibuat
oleh kumpulan kami memberi fokus kepada masalah alam sekitar dalam
kawasan setempat secara spesifiknya Kampung Dennishtown. Jadi, kami
mempelajari punca, kesan dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi

masalah ini. Kami juga dapat melihat kesan-kesan masalah yang ada dan
kesan-kesan kepada kawasan sekitar.
Selain dari itu, kami juga mempelajari bagaimana untuk bekerjasama
dalam sebuah kumpulan. Dalam kajian ini, kerjasama sangat penting kerana
jika terdapat pertelingkahan sesama ahli kumpulan, perkara ini boleh
menyebabkan kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Disebabkan
wujudnya kerjasama antara ahli kumpulan, kajian kami dapat diselesaikan
dengan lancar dan tepat pada waktu yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan
diminta untuk mengumpul tugasan-tugasan yang diberikan kepada ketua
kumpulan untuk tujuan menjadikannya sebagai satu laporan. Pada waktu
yang sama, setiap ahli kumpulan akan bersama untuk mengesan sebarang
kesilapan yang ada supaya dapat dibetulkan maka tiada sebarang kesalahan
wujud.
Selain itu, kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara
ahli kumpulan. Oleh sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli
kumpulan yang berlainan, perbincangan perlu dilakukan dan persetujuan
untuk menggunakan alternatif yang terbaik perlu dikenal pasti. Kami juga
mempelajari sikap bertolak ansur sesama ahli kumpulan dan sanggup
menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan hati yang terbuka
untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu, kami juga
belajar bahawa kritikan amat penting kepada setiap individu untuk
menambah baik diri lagi serta belajar daripada kesalahan-kesalahan agar
tidak mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang
telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.

4.0

KELEMAHAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian, kami telah mengenal pasti kelemahan yang


terdapat dalam kumpulan kami. Kelemahan-kelemahan yang didapati adalah
pada tahap minimum di mana ianya dapat diterima secara terbuka oleh
setiap ahli kumpulan. Kelemahan yang paling utama adalah kurangnya
kesedaran

mengenai

tanggungjawab

masing-masing.

Kesedaran

yang

kurang mengenai tanggungjawab masing-masing ini kebanyakannya adalah


berpunca tentang kecuaian diri sendiri.
5

Kecuaian diri sendiri yang dimaksudkan adalah mengenai kegagalan


kami untuk menyesuaikan keadaan diri dengan pengajian dan kerjaya.
Walaupun kami sudah mempunyai modul subjek awal tetapi tidak membuat
langkah yang sepatutnya dalam gerak kerja kami. Kami seolah-olah
menganggap yang kami mempunyai banyak masa lagi di mana. Kami gagal
untuk membuat kerja-kerja dengan lebih cepat dan efisien. Kebanyakan
gerak kerja hanya dilakukan setelah mendapat desakan daripada ahli
kumpulan yang lain ataupun setelah diingatkan oleh pensyarah semasa
dalam kuliah.
Kesemua ahli kumpulan menerima kelemahan ini sebagai sesuatu
yang boleh diterima asalkan kesemua tugasan masing-masing dapat
disiapkan dan dikumpul di mana seterusnya ia dapat dihantar kepada
pensyarah

sebelum

tarikh

akhir

penerimaan.

Kami

menggunakan

pengalaman ini sebagai pengajaran agar kami tidak lagi mengulangi


kesilapan ini dan melaksanakan setiap tugasan dengan cepat supaya tidak
lagi perlu tergesa-gesa menyiapkannya.
Kelemahan seterusnya yang dapat dikenal pasti adalah kekurangan
pengetahuan tentang isu alam sekitar khususnya dalam bidang pelupusan
sampah sarap. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, dengan kesemua
ahli kumpulan kami mempunyai latar belakang sebagai pelajar pendidikan
awal kanak-kanak, kami kekurangan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan
alam sekitar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kami telah berkongsi
pendapat dan mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dari orang
ramai dan pihak yang sepatutnya.

5.0

KEKUATAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

Di samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang wujud dalam


kumpulan, kami juga telah dapat menemui dan mengenal pasti kekuatankekuatan kumpulan kami. Kekuatan ataupun kelebihan pertama yang dapat
kami kenal pasti adalah komunikasi yang mudah diwujudkan antara setiap
ahli. Seperti yang telah dinyatakan, kesemua ahli kumpulan kami adalah
daripada jurusan yang sama. Hal ini bermakna kami dapat bertemu satu
sama lain kerap maka masa perjumpaan dapat ditetapkan dengan mudah.
6

Selain itu, kami juga terdapat di tempat yang sama maka perjumpaan dapat
dijalankan dengan mudah di perpustakaan. Perkara ini amat penting kerana
hal ini bermaksud tidak berlakunya perselisihan faham antara ahli kumpulan
yang akan menangguhkan penyiapan projek ini.
Kelebihan seterusnya ialah, sebelum ini, kami telah mempunyai
pengalaman dalam membuat kerja secara bersama. Pembelajaran dalam
maktab yang banyak memerlukan pembentukan kumpulan dalam membuat
sesuatu tugasan telah memberi kami peluang membuat kerja bersamasama sebelum ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, hampir semua tingkah laku
ataupun kebiasaan setiap daripada kami telah dapat difahami. Hal ini
banyak membantu dalam menyiapkan kajian dalam masa yang singkat
kerana kami sudah pun mengenali ahli kumpulan kami maka semasa
pembahagian tugasan, kami dapat mengoptimumkan kekuatan setiap ahli
kumpulan.
Selain itu, tabiat belajar yang sama juga menjadi salah satu kelebihan
ataupun kekuatan kami. Kami semua sebagai pelajar telah bekerja keras
untuk memasuki maktab maka kami semua tahu bahawa kami memang
individu yang mampu mencari jalan penyelesaian sekiranya kami bertemu
dengan halangan. Sekiranya ada sesuatu permasalahan ataupun persoalan
yang timbul dalam membuat

tugasan

ini,

kami

akan

berjumpa

di

perpustakaan bagi menyelesaikannya. Masalah atau persoalan yang timbul


bukan sahaja dapat diselesaikan, ianya juga diselesaikan dapat masa yang
singkat. Ekoran itu, sekiranya kami berdepan dengan sesuatu masalah yang
tidak kami selesaikan walaupun telah berbincang secara berkumpulan, kami
akan membuat perjumpaan dengan pensyarah kami supaya beliau dapat
memberi idea-idea beliau agar masalah kami dapat diselesaikan.
Kekuatan yang seterusnya ialah komitmen dan kerjasama daripada
semua ahli kumpulan yang tidak terhingga-hingga. Kami telah berinteraksi
dengan kumpulan-kumpulan lain yang mengemukakan masalah utama yang
dihadapi adalah ahli kumpulan yang kurang komited. Hal ini merupakan
masalah

yang

besar

kerana

tanpa

kerjasama

dan

komitmen

yang

mencukupi daripada semua ahli kumpulan, projek besar ini tidak akan dapat
disempurnakan. Selain itu, kerjasama amat penting kerana semua ahli
kumpulan patut memberi input dan idea agar idea yang paling efektif dapat
7

dipilih. Justeru, jika sebuah kumpulan menghadapi masalah, semua ahli


kumpulan patut bekerjasama untuk menyelesaikannya dan tidak hanya
bergantung kepada beberapa ahli kumpulan. Hal ini akan menimbulkan stres
dan tekanan kepada beberapa ahli kumpulan tersebut yang mungkin akan
menjejaskan kesihatan dan prestasi akademik mereka dalam mata pelajaran
lain yang juga amat penting.

6.0

LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN

Langkah-langkah dan cadangan penambahbaikan yang telah kami persetujui


bersama

adalah

melibatkan

kerja-kerja

refleksi.

Seperti

yang

telah

dinyatakan, kami telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat


pada setiap ahli kumpulan agar ia dapat dijadikan pengajaran supaya tidak
lagi diulangi pada masa depan.
Kami

patut

menyediakan

kalendar

yang

membolehkan

kami

merancang semester kami. Perkara ini walaupun boleh dianggap sebagai


langkah yang digunakan sebagai seorang pelajar sekolah rendah atau
menengah tetapi langkah ini amat efektif dan patut lagi dipraktikkan di
Maktab. Sebagai pelajar perancangan masa memang perkara yang berat
dan susah pada mulanya. Kami patut sedar dari awal beban dan
tanggungjawab kami dalam semester maka perancangan yang diperlukan
dapat diambil. Hal ini akan mengelakkan daripada berlakunya stres kepada
seorang pelajar.
Kami juga

sedar bahawa

masyarakat kini kurang sedar akan

kepentingan alam sekitar. Hal ini amat membimbangkan, kerana alam


sekitar merupakan salah satu anugerah tuhan yang tidak ternilai. Melalui
projek kami ini, kami sedar kepentingan alam sekitar serta kami juga rasa
bimbang kerana alam sekitar dalam negara kita semakin dicemari dan
berkurang. Kami bercadang agar kempen-kempen haruslah dijalankan.
Kempen-kempen ini tidak perlu berskala besar seperti peringkat negeri
ataupun negara. Kempen-kempen ini hanya berskala Maktab kami juga
memadai kerana sekurang-kurangnya lebih banyak orang sedar akan
kepentingan sumber ini.

Dengan mengambil langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas,


segala masalah dan kekusutan yang akan timbul pada masa depan semasa
membuat kajian akan dapat diatasi. Selain itu, kerjasama sesama ahli
kumpulan adalah kunci segala-galanya. Hal ini penting bagi memahami
setiap ahli kumpulan kami dan saling membantu dalam menyiapkan kajian
ini.

7.0

PENUTUP

Sebagai kesimpulan bagi jurnal refleksi ini, tugasan kajian yang telah
dilaksanakan oleh kami banyak membantu kami dalam melengkapkan diri
sebagai seorang pelajar yang mampu bekerja dalam satu kumpulan.
Segala usaha kami dalam menyelesaikan kajian ini mendatangkan
hasil apabila ianya telah lengkap dan siap untuk dihantar. Kejayaan kajian ini
merupakan hasil daripada kerjasama setiap ahli kumpulan yang tidak
berbelah bahagi. Selain itu, pertolongan dan bimbingan daripada pensyarah
juga tidak dapat dilupakan. Segala ilmu yang diajar dalam waktu kuliah
sangat membantu kami dalam menyiapkan kajian ini mengikut kehendak
pensyarah.
Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kami
membentang idea kajian ini juga banyak membantu. Ulasan-ulasan serta
kritikan yang diberikan oleh pensyarah dalam waktu kuliah kami jadikan
sebagai garis panduan dalam membuat kajian ini.
Sebagai penutup, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada kesemua pihak yang membantu kami dalam membuat kajian ini.

Vous aimerez peut-être aussi