Vous êtes sur la page 1sur 41

ISI KANDUNGAN

ISU KANDUNGAN
PENGHARGAAN
TUGASAN 1:
PENDAHULUAN
DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1. Al-Imam Ibnu Hazam
2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini
3. Imam Al-Thohawi
4. Al-Qadi Abu al-Az
KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1
4
5
5
5
5
6
7
7
7
8

()
2. Assawad Al-Aazam ()
1. Al-Wasatiyyah

3. Pendekatan Bermazhab
KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK

9
10

DITERIMA
DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN

11

KRITIKAN TERHADAPNYA
Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu.
Dasar Fahaman 2: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini

11
12

Baru
Dasar Fahaman 3: Dasar

13

Mempercayai

Bahawa

Segala

Kejadian Ada Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta


Segala Jisim Dan Segala Aradh.
Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat

13

Ilmu, Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini


Merupakan Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T.
Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-

14

Nama Allah
Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah

14

Taala Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan


Dialah Yang Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada
Pencipta Yang Lain Daripada Allah.
Dasar Fahaman 7: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para

17

Rasul Itu Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia


Dasar Fahaman 8: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi

17

Itu Mestilah Mempunyai Suatu Mukjizat Yang Membuktikan


Kebenarannya.
Dasar Fahaman 9: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam
Dibina

Atas

Lima

Rukun

Iaitu

Mengucap

Dua

Kalimah

Syahadah, Solat, Zakat, Puasa Dan Haji.


Dasar Fahaman 10:
Dasar Membahagikan Perintah Dan
1

17

17

Larangan Allah Kepada Lima Hukum Iaitu Hukum Wajib,


Haram, Sunat, Makruh Dan Harus
Dasar Fahaman 11:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah

17

Berkuasa Memusnahkan Alam Seluruhnya


Dasar Fahaman 12:Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam

18

Wajib Menegakkan Khalifah


Dasar Fahaman 13:
Dasar

18

Yang

Menetapkan

Bahawa

Asas Keimanan Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di


Dalam Hati Dan Nama Iman Tidak Terlucut Dengan Sebab
Dosa Yang Lain Daripada Dosa Kekafiran.
Dasar Fahaman 14:
Dasar Yang Menetapkan

Bahawa

19

Para Malaikat Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi


S.A.W. Telah Ditetapkan Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam
Syurga Iaitu Khalifah Yang Empat, Talhah, Zubir, Saad B. Abi
Waqas, Said B. Zaid, Abdul Rahmah B. Auf Dan Abu Ubaidah
B. Al- Jarrah.
Dasar Fahaman 15:

Dasar

Yang

Menentukan

Hukum-

20

Hukum Terhadap Musuh-Musuh Islam.


DEFINISI MUKTAZILAH
PRINSIP AJARAN MUKTAZILAH
1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah,
2) Keadilan (adl),
3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan

21
22
22
22
22

tuhan (Al-Wad wa Al- Waid)


4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn

(satu

kedudukan

diantara dua tempat).


5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar
KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH
1. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi
2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi
3. Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari
4. Muhammad bin Ismail Al-Sonani
5. Drs. Wagino Hamid Hamdani
Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya
PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH
SUNNAH WAL JAMAAH DAN MUKTAZILAH BERKENAAN
1. PELAKU DOSA BESAR
2. IMAN DAN KUFUR

)
4. PERBUATAN MANUSIA ()
5. SIFAT-SIFAT ALLAH ()
3. PERBUATAN ALLAH (

TUGASAN 2: WAWANCARA
JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT
2

AHLI

23
23
23
23
24
24
24
25
26
27
28
28
28
30
30
32
35

1) Bahaya Terhadap Agama


2) Bahaya Terhadap Negara
CARA PENYELESAIAN
1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan
2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang

35
35
35
35
36

Berkesan
3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu

36

Muslim
PENUTUP
RUJUKAN

37
38

PENGHARGAAN



.
.

.
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta
izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.
Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau
sepanjang tempoh pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang


begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana
banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Ribuan terima kasih juga
ditujukan kepada individu dan institusi yang terlibat secara langsung
mahupun secara tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang
positif dan jitu.
Begitu juga kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan
dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang
telah saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar maklumat yang
diperolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat
kepada pembaca ataupun kepada individu yang berminat. Semoga
tugasan

yang

tidak

seberapa

ini

dapat

menyumbang

kepada

perkembangan ilmu-ilmu Islam hendaknya. Wallahu alam.

TUGASAN 1:
PENDAHULUAN
Masyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan mengamalkan
Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah Wal Jamaah. Dalam aspek
Akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asya cirah dan
maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunnah. Natijahnya telah
menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan rohani dan masyarakat.
Tetapi perkembangan sunnah alam tidak mungkin dapat disekat.
Dalam zaman langit terbuka dan bumi ilmu tanpa batas, keresahan
tetap timbul bila fahaman-fahaman lain ditonjolkan di dalam masyarakat
Islam walaupun fahaman-fahaman itu pada hakikatnya masih di bawah
payung Ahli Sunah. Masyarakat Islam yang terus ligat mencari hakikat Ahli
Sunah tidak harus disalurkan ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin

dan tokoh-tokoh tertentu sahaja.

Natijahnya seperti biasa, melahirkan

percanggahan dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara


tradisi harus diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan
objektif yang tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli
Sunah.
Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan.
Ia perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul
dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya.
Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di Malaysia
maka kefahaman betul
kepada manhaj Ahli Sunah amat penting.

DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


1. Al-Imam Ibnu Hazam
Ahli sunnah ialah mereka yang kita panggil Ahlul Hak (kumpulan yang
berada diatas landasan yang benar) dan yang lain daripada mereka ialah
ahli bidah (kumpulan yang sesat), maka sesungguhnya mereka terdiri
daripada para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka
daripada kalangan tabiin.
Kemudian para ahli hadis dan yang mengikut mereka daripada
kalangan ulama Fiqah dari satu generasi ke generasi berikutnya hinggalah
ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikut mereka daripada kalangan
orang awam di segenap pelusuk dunia.
Menurut Ibn Hazm dalam kitabnya al-Fasl, Ahl al-Sunnah ialah
pendokong kebenaran (ahl al-haqq) dan selain mereka disebut sebagai
pendokong bidaah (ahl al-bidaah). Mereka terdiri daripada para sahabat
Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang menuruti jejah langkah mereka
dari kalangan para ulama tabiin terpilih, golongan ahli hadis dan orangorang yang menuruti jejak langkah mereka daripada kalangan fuqaha dari
satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini dan orang-orang yang
menuruti jejak langkah (panduan) mereka dari kalangan orang-orang
awam di belahan timur dan barat dunia ini. (Ibn Hazm, 1985)
Kesimpulan yang dapat dirumuskan iaitu mereka yang berpegang
dengan Quran dan Sunnah, akidah mereka sesuai dengan keterangan
5

yang terdapat di dalam kedua-duanya mengikut fahaman salaful soleh


daripada para sahabat, tabiin dan yang mengikut mereka daripada
kalangan para imam dan ulama mazhab yang muktabar. (Muhammad bin
Shalih Al-Utsaimin, 1983).
2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini
Ketika mengulas hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan sifat golongan
yang terselamat iaitu:

" :










: "


" )




" :

(
Dari Anas bin Malik RA: rasulullah SAW bersabda: Umat ini akan
berpecah kepada 73 kumpulan. Kesemua kumpulan ini akan masuk
neraka kecuali satu kumpulan sahaja. para sahabat bertanya: Siapakah
kumpulan itu. Jawab Rasulullah SAW: Mereka adalah golongan yang
mengikut aku dan para sahabatku.
Beliau mengatakan sifat ini (mengikut jalan Rasulullah dan para
sahabat)

menepati

sifat

ahli

Sunnah,

kerana

merekalah

yang

menyampaikan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah dan


para sahabat.

Dengan demikian tidak termasuk dalam ungkapan

golongan yang terselamat


disebutkan,

seperti yang terdapat dalam hadis yang

golongan yang mencaci para sahabat Rasulullah SAW

daripada kalangan puak Khawarij dan Rafidhah. (Mohd Sulaiman Yasin,


1997)

3. Imam Al-Thohawi

Ajaran yang menjadi ikutan kita ialah sunnah dan jamaah, yang kita jauhi
ialah pendapat yang ganjil,

menyalahi sunnah dan berpecah (daripada

jamaah). (Harun Nasution, 1996).


4. Al-Qadi Abu al-Az
Yang dimaksudkan dengan sunnah ialah cara beragama yang diajar oleh
Rasulullah SAW.

Manakala jamaah pula ialah jamaah umat Islam yang

terdiri daripada para sahabat dan golongan yang mengikut mereka hingga
ke hari kiamat. Al-Qadi Abu al-Az seterusnya menyebut beberapa nas
bagi mengukuhkan keterangan di atas antaranya sabda Nabi SAW:

" :





()
Dari Abu Amir Abdullah bin Luhay berkata: Kami melakukan ibadah haji
bersama Muawiyah bin Abu Sufiyan. Apabila kami tiba di Mekah sewaktu
Solat Zuhur, maka Muawiyah berdiri lalu berkata: sesungguhnya
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan ahli dua kitab
berpecah dalam agama mereka kepada tujuh puluh dua puak, dan umat
ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga iaitu mengikut nafsu
kesemuanya dalam neraka kecuali satu kumpulan iaitu yang mengikut
jemaah
Daripada

dalil-dalil

yang

dihuraikan

oleh

para

ulama

dapat

disimpulkan bahawa kepentingan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah


adalah sama dengan kepentingan Islam itu sendiri dalam melaksanakan
tuntutan illahi supaya kita berpegang dengan agama yang benar dan
diredhai olehNya serta tidak berpecah belah.

Dan mempertahankan

pegangan ahli Sunnah bermakna mempertahankan kesucian Islam yang


diamanahkan kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w. dan pengikut
kepada para Khulafa ar-Rasyidin selepasnya. (Muhammad 'Uthman ElMuhammady, 1996).
KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai kelebihan-kelebihan dan


kekuatan yang menyebabkan ia tersebar luas dan mampu menghadapi
pelbagai cabaran pada setiap zaman hingga ke hari ini. Antara kelebihankelebihan tersebut ialah :
1. Al-Wasatiyyah

()

Manhaj Al-Imam al-Asyari merupakan mazhab yang wasaf dan adil antara
faham

muztazilah

yang

keterlaluan

menggunakan

akal

hingga

menjadikannya sebagai neraca dalam menentukan kebenaran nas dan


menganggap naql sebagai pengikut semata-mata kepada aqla yang
menjerumuskan sebahagian mereka ke lembah kekufuran dan antara
manhaj sebahagian Hanabilah yang keterlaluan dalam berpegang dengan
zahir nas hingga menjerumuskan mereka ke lembah tasybih dan tajsim.
2. Assawad Al-Aazam

()

Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan yang disebut dalam Hadis
sebagai Assawad Al-Aazam (kumpulan terbesar).

Dalam beberapa

hadis, Rasulullah SAW memerintah umatnya berada bersama golongan ini


ketika wujud perbezaan dan khilaf di kalangan umat Islam antaranya ialah
:


( )

Sesungguhnya umatku tidak akan sekata (ijmak) dalam perkara yang


sesat, apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu
berada bersama kumpulan terbesar (Assawad AlAazam).


)
(
Sesungguhnya umatku sama sekali tidak akan bersepakat menerima
perkara yang sesat, dan pertolongan Allah bersama jemaah, maka
hendaklah kamu sekalian mengikuti kumpulan terbesar, sesiapa yang
memencilkan diri (daripada Kumpulan terbesar), ia akan terpencil dalam
neraka.
Daripada hadis-hadis di atas dapat diambil kesimpulan bahawa
Assawad Al-Aazam merupakan tali penyelamat ketika berhadapan dengan
gelombang pemikiran, aliran fahaman dan mazhab yang berkecamuk di
tengah-tengah masyarakat pada setiap zaman.(Muhammad Abdul Hadi alMishri, 1992)

3. Pendekatan Bermazhab
Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan pendekatan bermazhab dalam
memahami dan mengamalkan ajaran Quran dan Sunnah dan dalam
melaksanakan prinsip ijtihad. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi yang
telah mempertahankan pendekatan ini daripada serangan golongan
Lamazhabiyyah dengan mengatakan satu hakikat yang diketahui dan
diijmak oleh umat Islam dari generasi ke generasi ialah bahawa mazhabmazhab ini merupakan pati dan hakikat Islam.
Mazhab-mazhab inilah yang telah menerangkan hukum-hukum
Islam kepada kaum Muslimin di setiap zaman dan memudahkan mereka
berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW. (Dr Abdul Halim ElMuhammady, 1992)

KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK


DITERIMA

Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam hadis AtTirmidzi yang bermaksud:
Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua mereka itu
dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para
sahabat bertanya: (siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai
Rasulullah? Sabda Baginda (mereka itu adalah golongan yang mengikuti)
perjalanan hidupku dan para sahabatku.
Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan bahawa
maksud mereka yang mengikuti sunnah Rasul dan para sahabat ialah
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup beragama yang
dibawa oleh golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa
oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan
golongan inilah yang dikenali sebagai golongan yang selamat, perjalanan
mereka benar-benar terjamin dan juga dikenali dengan perjalanan yang
putih, terang benderang, tidak ada kekeliruan di dalamnya. (Syeikh Syed
Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi, 1960).
Sementara 72 golongan yang lain adalah tergolong di dalam
golongan mereka yang keliru dan menyeleweng. Mereka mempunyai
kecenderungan yang tidak baik yang memungkinkan diri mereka ke arah
kebinasaan. Antara 72 golongan itu ialah:
GOLONGAN
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Murji'ah
Najariah
Jabariyah
Mushabihah
JUMLAH

ALIRAN
22
20
20
5
3
1
1
72

Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan kita tidak


dapat menemui kumpulan-kumpulan yang mengikuti para sahabat selain
daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sedangkan kumpulankumpulan

Rafidhah,

Qadariyah,

Khawarij,

Jahmiyah,

Najariah

dan

sebagainya tidak termasuk dalam golongan ini. Sebagai contoh, kita ambil
10

kumpulan Qadariyah, mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam golongan


yang mengikuti para sahabat kerana ketua mereka iaitu Al-Nadham
mencerca kebanyakan sahabat, memfasik iaitu mengugurkan sifat A'dalah
Abdullah Ibnu Mas'ud

dan

menuduh beliau sebagai sesat kerana

meriwayatkan beberapa hadis yang tertentu.


Al-Nadham menolak fatwa-fatwa Saidina Umar, Ali, Uthman dalam
perkara-perkara yang tertentu dan menuduh Abu Hurairah sebagai
pembohong kerana beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis daripada
Rasulullah s.a.w. yang bertentangan dengan mazhab Qadariyah. Di
samping itu Al-Nadham juga menolak ijmak sahabat, sementara pemimpin
mereka yang bernama Wasil b. Ataa, meragui sifat Adalah, Ali dan dua
puteranya Hasan dan Husain, Abu Abbas dan semua sahabat yang
menyertai peperangan Jamal daripada kedua-dua pihak. (Ahmad Amin,
1964).
DASAR-DASAR

FAHAMAN

AHLI

SUNNAH

WAL

JAMAAH

DAN

KRITIKAN TERHADAPNYA
Menurut

Haji

Abdul

Hamid

Yusoff

bin

Yunus

(2005)

yang

mengemukankan pendapat Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w.299H),


bahawa ulama daripada kumpulah ahli sunnah telah menggariskan dasardasar yang menjadi kata sepakat mereka dalam akidah sebanyak 15
dasar:
Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu.
Menurut mereka hakikat-hakikat dan ilmu itu merupakan konsep-konsep
yang wujud dalam tanggapan para ulama, mereka membahagikan ilmu itu
kepada 3 bahagian:
i.

Ilmu-ilmu Badihi iaitu ilmu yang dicapai secara tersendiri

ii.

tanpa difikirkan
Ilmu-ilmu Hissi iaitu ilmu yang diperolehi melalui lima

iii.

pancaindera
Ilmu lstidlali iaitu ilmu-ilmu yang dicapai melalui proses
mengambil dalil dengan menggunakan akal.

Kritikan
1. Jadi sesiapa yang menolak ilmu yang pertama dan kedua maka ia
adalah orang yang degil, tetapi kalau menolak ilmu ketiga maka
11

perlu dilihat dulu, jika tolak dan ingkar, sedangkan ilmu itu boleh
diterima oleh akal secara langsung maka ia adalah kafir mulhid,
hukumnya seperti Dahri iaitu yang mengisbat kekal wujud alam dan
menafikan ada penciptanya, tetapi jika berfahaman kepada akal
dalam perkara-perkara yang boleh difahami dengan akal, tetapi
tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum syarak seperti
ahli Mazhab Zahiriyah, maka ia tidak kafir.
2. Mereka membahagikan pula kumpulan hadis yang wajib diamalkan
kepada 3 jenis:
a.
Hadis-hadis Mutawatir
b.
Hadis-hadis Ahad
c.
Hadis Pertengahan di antara hadis Mutawatir dan hadis
Ahad
3. Oleh kerana hadis-hadis mutawatir diriwayatkan melalui saluransaluran yang banyak, yang mustahil diadakan secara dusta, maka
ia wajib dianggap benar. Adapun hadis-hadis Ahad diriwayatkan jika
sanad-sanad betul dan isi kandungannya tidak mustahil mengikut
tanggapan aqliyah, maka ia wajib diamalkan dan dengan kumpulan
hadis-hadis Ahad inilah para fuqaha Ahli Sunnah Wal Jemaah
menghasilkan kebanyakan cabang-cabang hukum syarak mengenai
cara-cara ibadat, muamalah dan halal haramnya sesuatu perkara.
4. Mereka memandang kumpulan Rafidhah, Khawarij dan kumpulan
yang berpedomankan hawa nafsu sebagai kumpulan-kumpulan
sesat kerana mereka tidak mewajibkan beramal dengan hadis-hadis
Ahad, sementara hadis-hadis pertengahan atau mustafidh iaitu
hadis yang diriwayatkan melalui lebih daripada satu saluran tetapi
tidak sebanyak saluran-saluran hadis mutawatir, maka hadis-hadis
itu

berkongsi

dengan

hadis-hadis

mutawatir,

dari

segi

ia

mensabitkan ilmu dan mewajibkan beramal dengannya.


5. Tetapi mutu ilmu yang dihasilkan oleh hadis-hadis ini berlainan
daripada mutu yang dihasil oleh hadis muntawatir kerana ilmuilmu
yang dihasilkan daripada hadis pertengahan itu merupakan ilmu
secara nazari tetapi ilmu yang dihasilkan dari hadis muntawatir
merupakan ilmu secara dharuri.
6. Kumpulan hadis-hadis pertengahan ini kita dapat mengetahui
berbagaibagai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti bulan terbelah dua,
anak batu bertasbih di dalarn tangannya dan sebagainya, juga
mengetahui perkara-perkara syafaat, hisab, haudh, sirat, neraca
amalan, azab kubur, soal dua malaikat dalam kubur, nisab-nisab
12

zakat, hukum hudud dalam kesalahan minum arak, hukum rejam


dan sebagainya. Mereka menghukumkan kumpulan yang engkar
perkara-perkara ini sebagai sesat.
7. Bahkan mengkafirkan golongan yang ingkarkan rukyah Allah,
adanya haudh,syafaat nabi ada azab kubur. Ahli Sunnah Wal
Jarnaah telah ijmak bahawa sumber-sumber hukum syarak iaitu alQuran, al-sunnah dan ijmak al-salaf, oleh kerana itu mereka telah
mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang mempertikaikan sumbersumber tersebut seperti Rawafidh, Khawarij dan al-Nadzdzam.
Dasar Fahaman 2: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru
Kritikan
1. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa alam ini adalah segala sesuatu
yang lain daripada Allah dan lain daripada sifatnya yang azali
adalah makhluk dan pencipta alam ini bukanlah makhluk dan bukan
2.

pula daripada jenis alam yang dijadikan.


Mereka telah ijmak bahawa juzuk-juzuk alam ini ada dua bahagian
iaitu jauhar-jauhar dan aradh. Mereka mempercayai makhluk-

3.

makhluk malaikat, jin dan syaitan selaku makhluk alam yang hidup.
Mereka telah mengkafirkan ahli falsafah dan penganut-penganut
Batiniah yang mengengkarkan makhluk-makhluk tersebut.

Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian


Ada Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim
Dan Segala Aradh.
Mereka mengkafirkan Ma'mar dan pengikut-pengikutnya dari Qadariyyah
kerana mereka berpendapat bahawa Allah hanya mencipta jisim sahaja
dan tidak mencipta
aradh dan yang mencipta aradh menurut mereka adalah jisim itu sendiri.
Kritikan
1. Menurut Ahli Sunnah, kejadian yang belum lagi dilahirkan ke alam
wujud belum merupakan sesuatu apa, ia ticlak berupa bahan, tidak
pula berupa jisim dan tidak pula berupa aradh. Ini bertentangan
dengan pendapat Qadariyah yang mendakwa bahawa kejadian
yang belum wujud adalah berupa sesuatu, juga bertentangan
13

dengan penganut Qadariyah di Basrah yang menyatakan bahawa


segala jisim dan segala aradh yang belum wujud itu adalah berupa
jisim dan aradh.
2. Pendapat-pendapat ini membawa kesimpulan bahawa alam ini
adalah qadim dan mana-mana kesimpulan yang membawa kepada
kekafiran adalah kafir.
3. Ahli Sunnah Wal Jamaah

telah

ijmak

bahawa

Allah

tidak

mengandungi tempat dan tidak pula dilalui zaman. Ini bertentangan


dengan pendapat kumpulankumpulan Syihamiyah dan Karamiyah
yang menyatakan bahawa Allah bersentuh dengan arasy. Dalam
hal ini Saidina Ali r.a. berkata: Allah telah menciptakan arash untuk
mendzahirkan kudratNya bukan untuk menjadi tempat baginya.
Beliau berkata lagi: Bahawa Allah Taala telah wujud tanpa
bertempat dan begitulah keadaan yang wujud sehingga sekarang.
Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu,
Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan
Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T.
Kritikan
1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah
yang menafikan sifat-sifat itu daripada Allah.
2. Pendapat ini telah dijawab oleh ahli sunnah bahawa penafian
terhadap mausuf (yakni Allah).
3. Ahli Sunnah juga ijmak bahawa kalam Allah merupakan sifat azali
bagi Allah, dan bukan bersifat makhluk dan baru.
4. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah yang
mendakwa kalam Allah adalah makhluk dan baru.
Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-Nama
Allah
Kiritikan
1. Dasar ini diambil dari al-Quran atau dari sunnah yang sahih atau
dari ijmak al-ummah dan tidak boleh ditentukan dengan qias,
mengikut keterangan hadis yang sahih berkenaan nama Allah
sebanyak 99.

14

2. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah di Basrah


yang mengharuskan penentuan nama-nama Allah dengan qias.
Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala
Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang
Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain
Daripada Allah.
Kritikan
1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang
menyatakan bahawa Allah tidak menciptakan sebarang perbuatan
manusia malah merekalah yang menciptakan perbuatan manusia,
juga bertentangan dengan pendapat kumpulan Jahmiyah yang
mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa mencipta perbuatan
mereka.
2. Sesiapa yang mendakwa bahawa manusia berkuasa, menciptakan
perbuatan,

maka

mempersekutukan

ia
Allah,

adalah

pengikut

sebaliknya

Qadariyah

sesiapa

yang

yang

mendakwa

bahawa manusia tidak berkuasa menciptakan perbuatannya maka


ia adalah seorang pengikut kumpulan Jabariyah, dan sesiapa yang
berpendapat bahawa manusia mengusahakan perbuatannya dan
Allah menciptakan maka ia adalah seorang pengikut ahli sunnah.
3. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa manusia boleh mengusahakan
gerak diam, kehendak dan kemahuan, bercakap, berfikir dan
sebagainya dari aradh yang telah disebutkan itu. Dari segi hidayah
daripada Allah menurut ahli sunah boleh dicapai melalui dua cara.
i)
Melalui penerangan, dakwah dan penampilan dalil-dalil.
Hidayah dengan cara ini boleh disandarkan kepada para
Rasul dan kepada para pendakwah kerana merekalah yang
berusaha menunjukkan manusia ke jalan Allah dan inilah
maksud firman Allah yang ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.
dalam ayat 52 surah al-Syura :
Maksudnya: Dan demikianlah Kami wahikan kepada mu
(wahai

Muhammad)

AI

Quran

sebagai

roh

(yang

menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak


pernah mengetahui (sebelumnya diwahikan kepadamu):
apakah Kitab (AI-Quran) itu dan tidak juga mengetahul
apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan AI-Quran: cahaya
15

yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa


yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan
sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi
ii)

pertunjuk dengan AI-Quran itu ke jalan yang lurus.


Melalui limpah kurnia Allah yang menciptakan hidayah di
dalam hati manusia sebagaimana diterangkan di dalam
firman-Nya surah Al-An'aam, ayat: 125 : Maksudnya: Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah
pertunjuk kepadanya nescaya la melapangkan dadanya
(membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang
Allah

kehendaki

untuk

menyesatkannya,

nescaya

la

menjadikan dadanya sesak sempit sesempit - sempitnya,


seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah
payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada
orang-orang yang tidak beriman.
4. Hidayah jenis pertama terbuka kepada sebahagian orang mukallaf
sedangkan hidayah jenis kedua merupakan hidayah istimewa dari
limpah kurnia Allah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya
menerima hidayah sebagaimana ditetapkan dalam surah Yunus,
ayat 25:
Maksudnya:

(Itulah

dia

kesudahan

kehidupan

dunia),

dan

sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang


selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayah-Nya
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).
5. Pendapat Ahli Sunnah mengenai ajal seseorang ialah setiap orang
yang mati secara tabie atau dibunuh bererti mati mengikut ajal
yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Ini bertentangan dengan
pendapat kumpulan Qadariyah yang menyatakan orang yang mati
kerana dibunuh itu adalah dipotong ajalnya.
6. Pendapat Ahli Sunnah mengenai rezeki ialah sesiapa yang makan
dan minum sesuatu maka bererti ia mengambil habuan rezekinya
samada apa yang dimakan dan diminum itu adalah halal atau
haram. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah
yang menyatakan bahawa seseorang itu kadangkadang makan
rezeki orang lain.

16

Dasar Fahaman 7: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul


Itu Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia.
Kritikan
1. Perbezaan antara Rasul dan Nabi ialah Nabi adalah seorang yang
menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat dan disokong
dengan sesuatu mukjizat yang ada mencarikkan adat, sedangkan
Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama dengan
Nabi tetapi secara khusus ia ditugaskan membawa suatu syariat
yang

baru

iaitu

ditugaskan

membatalkan

setengah-setengah

peraturan syariat yang telah diturunkan sebelumnya.


2. Bilangan para anbia sangat ramai, sedang bilangan para Rasul
adalah sebanyak 313 orang. Rasul yang pertama adalah Adam dan
Rasul yang terakhir ialah Muhammad s.a.w. Ini bertentangan
dengan pendapat kumpulah Khamiyah yang menyatakan Rasul itu
dibangkitkan berturut tanpa akhir.
3. Ahli Sunnah mengiktikadkan bahawa Isa a.s. tidak mati dibunuh
malah beliau diangkat ke langit dan akan turun semula ke bumi
selepas keluarnya, dajal dan beliaulah yang akan membunuh dajal
dan babi, mencurahkan arak, mendirikan solat dengan mengadap
kiblat, menegakkan syariat Muhammad s.a.w. dan menghidupkan
apa

yang

dihidupkan

oleh

al-Quran,

mematikan

apa

yang

dimatikan oleh al-Quran.


4. Menurut Ahli Sunnah, para anbia lebih tinggi darjatnya daripada
malaikat. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah
yang melebihkan darjat malaikat daripada para anbia.

Dasar Fahaman 8: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi Itu


Mestilah

Mempunyai

Suatu

Mukjizat

Kebenarannya.
Kritikan

17

Yang

Membuktikan

1. Apabila berlaku sesuatu mukjizat yang membuktikan kebenarannya


maka wajiblah kaumnya mempercayai dan mematuhinya. Ini
bertentangan

dengan

dakwaan

kumpulan

Qadariyah

yang

menyatakan bahawa Nabi tidak memerlukan mukjizat yang lebih


daripada kelulusan syariat yang betul yang dibawanya.
2. Ahli Sunah mengharuskan berlakunya keramat kepada para wali
bertentangan dengan kumpulan Qadariyah yang mengengkari
berlaku kekeramatan para wali.
3. Ahli Sunnah menyatakan mukjizat

al-Quran

adalah

pada

susunannya, bertentangan dengan Qadariyah. (Haji Abdul Hamid @


Yusoff bin Yunus, 2005)
Dasar Fahaman 9: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam
Dibina Atas Lima Rukun Iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah,
Solat, Zakat, Puasa Dan Haji.
Kritikan
1. Mengikut Ahli Sunnah, sesiapa yang menggugurkan kewujudan
salah satu rukun Islam itu maka dia menjadi kafir. Ahli Sunnah
mewajibkan solat Jumaat dan mengkafirkan kumpulan Khawarij dan
Rafidhah yang menyatakan bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan
sehingga zahir Imam ghaib yang ditunggu mereka.
2. Menurut Ahli Sunnah, bulan Ramdhan ditentukan dengan rukyah
anak bulan Ramadhan atau dengan genapnya 30 hari bulan
Syaaban, begitu juga bagi akhir bulan Ramadhan ditentukan
dengan rukyah anak bulah Syawal atau dengan genapnya 30 hari
bulan Ramadhan.
3. Mereka mewajibkan jihad fi sabilillah untuk menentang musuh Islam
sehingga mereka memeluk Islam atau membayar jizyah.
Dasar Fahaman 10: Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah
kepada lima hukum iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
Dasar Fahaman 11: Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah berkuasa
memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa memusnahkan sebahagian
dan mengekalkan sebahagian yang lain, juga mengatakan manusia dan
seluruh binatang yang telah mati akan dibangkitkan kembali pada hari
akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat syurga kekal kepada penghuninya
18

dan azab neraka adalah kekal kepada orang musyrikin, munafiqin dan
orang kafir.
Dasar Fahaman 12: Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam Wajib
Menegakkan Khalifah
Kritikan
1. Iaitu mengadakan pemerintahan, mengendalikan urusan pengadilan
dan pentadbiran, urusan pertahanan negara, urusan peperangan,
pembahagian

harta

rampasan

perang

dan

pemerintah

itu

hendaklah dilantik menerusi pilihan dengan menggunakan ijtihad.


2. Menurut Ahli Sunnah, tidak ada satu nas pun daripada Nabi s.a.w.
yang

menentukan

seorang

imam

yang

tertentu

sahaja.

Ini

bertentangan dengan dakwaan kumpulan Rafidhah yang mendakwa


bahawa Nabi s.a.w. telah menentukan Ali sebagai imam al-ummah
dengan nas yang sahih, sedangkan tidak terdapat hadis-hadis
seperti itu.
3. Menurut Ahli Sunnah, syarat Imam Mahdi adalah dari pada
keturunan Quraisy, ini bertentangan dengan kumpulan Dharawiyah
bahawa jawatan imam Mahdi itu adalah layak dipegang oleh manamana bangsa samada Arab atau bukan Arab.
4. Menurut Ahli Sunah syarat yang harus wujud kepada seseorang
imam itu ialah berilmu, adil dan berkebolehan dalam menjalankan
siasah dan imam itu hendaklah seorang sahaja di seluruh bumi
Islam kecuali ia dipisahkan oleh lautan dan kekuatan musuh yang
tidak dapat ditentang. Penduduk Islam di dua tempat itu tidak dapat
membantu antara satu sama lain. Apabila wujud keadaan yang
seperti

ini

maka

setiap

tempat

dibolehkan

mengadakan

pemerintahan masing-masing.
Dasar

Fahaman

13:

Dasar

Yang

Menetapkan

Bahawa

Asas

Keimanan Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di Dalam Hati


Dan Nama Iman Tidak Terlucut Dengan Sebab Dosa Yang Lain
Daripada Dosa Kekafiran.
Kritikan

19

1. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa yang bukan dosa kekafiran,
ia masih disifatkan sebagai seorang mukmin, walaupun ia telah
menjadi

fasik

disebabkan

maksiat

yang

dilakukannya.

Ini

bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah dan Khawarij


bahawa nama mukmin akan terlucut daripada sesiapa yang
melakukan dosa.
2. Menurut Ahli Sunnah

seorang

mukmin

tidak

halal

dibunuh

melainkan dengan sebab salah satu daripada tiga kesalahan iaitu:


i) Murtad
ii) Berzina dalam keadaan mohsen
iii) Qisas kerana membunuh
3. Pandangan ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Khawarij
yang mengharuskan membunuh setiap orang yang melakukan
penderhakaan terhadap Allah.
Dasar

Fahaman

14:

Dasar

Yang

Menetapkan

Bahawa

Para

Malaikat Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi S.A.W.


Telah Ditetapkan Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga Iaitu
Khalifah Yang Empat, Talhah, Zubir, Saad B. Abi Waqas, Said B.
Zaid, Abdul Rahmah B. Auf Dan Abu Ubaidah B. Al- Jarrah.
Kritikan
1. Menurut Ahli Sunnah semua sahabat yang menyertai peperangan
Badar adalah tetap menjadi ahli syurga
2. Begitu juga sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Uhud
kecuali seorang yang bernama Quzman kerana ia dikatakan
munafik
3. Semua sahabat yang menyaksikan Perjanjian Setia Bai'ah Al
Ridzuan Hudaibiah adalah ahli syurga dan mengikut hadis yang
sahih di mana terdapat 70,000 umat Islam dimasukkan ke dalam
syurga tanpa hisab dan setiap orang daripada mereka dapat
memberi syafaat kepada 70,000 orang pula.
4. Termasuk dalam golongan ini ialah Ukasyah

bin

Muhsin.

Termasuklah umat Islam yang meninggal dunia dalam agama Islam


dan yang sebelum kematiannya berada dalam bidaah daripada
kesesatan pengikut hawa nafsu yang sesat. (Abdul Shukor Haji
Husin, 1998)

20

Dasar Fahaman 15:

Dasar Yang Menentukan Hukum-Hukum

Terhadap Musuh-Musuh Islam.


Kritikan
1. Terdapat dua jenis musuh-musuh agama Islam iaitu musuh yang
wujud sebelum Islam dan musuh yang lahir di dalam negara Islam
yang berselindung di sebalik tabir Islam, sedangkan mereka bekerja
secara diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum
muslimin.
2. Musuh yang wujud sebelum Islam adalah terdiri daripada berbagai
jenis.

Di

antaranya

penyembah-penyembah

ialah

penyembah-penyembah

sesama

manusia

seperti

berhala,

penyembah-

penyembah Maharaja Namrud bin Kanan,


3. Maharaja Fir'aun dan sebagainya, penyembah bintang-bintang dan
planet-planet,

penyembah-penyembah

malaikat,

penyembah-

penyembah syaitan, penyembah-penyembah lembu dan api. Oleh


kerana

itu

kaum

muslimin

diharamkanmemakan

sembelihan

mereka dan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.


4. Para fuqaha' Ahli Sunnah telah ijmak menghalalkan sembelihan
orang-orang Yahudi asal dan Kristian asal dan mengharuskan
berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.
5. Adapun musuh yang lahir dalam negara Islam dan berselindung di
sebalik nama Islam adalah terdiri daripada berbagai kumpulan sesat
seperti

kumpulan-kumpulan

pelampau

Rafidhah,

Hululiliyah,

Batiniah, Khawarij, Hallajiyah, Qarmiliyah dan sebagainya dan


hukum kumpulankumpulan ini adalah sama dengan kumpulan
orang-orang murtad yang tidak dihalalkan sembelihan mereka dan
tidak dihalalkan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.
6. Adapun kumpulan-kumpulan yang mengikut hawa nafsu seperti
kumpulan

Jarudiyah,

kumpulan

Imamiah

Hisyamiyah,
yang

Najariyah,

mengkafirkan

Jahmiyah

dan

sahabat-sahabat

juga

kumpulan Qadariyah, Dharawiyah, Musyabbihah dan Khawarij maka


kami mengkafirkan mereka sebagaimana mereka mengkafirkan Ahli
Sunnah. Oleh itu sembelihan mereka tidak halal dimakan dan
perempuan mereka tidak halal dikahwini.
21

DEFINISI MUKTAZILAH
Nama Mu'tazilah yang diberikan kepada mereka berasal dari kata Itazala,
yang bererti mengasingkan diri. Menurut suatu teori, nama itu diberikan
atas dasar ucapan Hasan Al-Basri, setelah melihat Washil memisahkan
diri. Hasan Al- Basri diriwayatkan memberi komentar sebagai berikut :
Itazala anna (ia mengasingkan diri dari kami). Orang-orang yang
mengasingkan diri disebut Mu'tazilah.
Mengasingkan diri mungkin bermaskna mengasingkan diri dari majlis
kuliah Hasan Al- Basri, atau mengasingkan diri dari pendapat Murjiah dan
pendapat Khawarij.
Menurut teori lain nama Mu'tazilah bukan berasal dari ucapan
Hasan Al-Basri, tetapi dari kata Itazala yang dipakai terhadap orang-orang
yang mengasingkan diri dari pertikaian politik yang terjadi pada zaman
Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib.
Kata Itazala dan Mu'tazilah menurut penulis sejarah al-Thabari dan
Abu al-Fuda3 Memang sudah dipakai pada zaman itu. Golongan yang tidak
mau turut campur dengan pertikaian politik, mengasingkan diri dan
memusatkan perhatian pada ibadah dan ilmu pengetahuan. (Ahmad Amin,
1964).
.
Di antara orang-orang demikian terdapat cucu Nabi Muhammad,
Abu Husein, Abdullah dan al-Hasan bin Muhammad bin al-Hanafi. Ada
anggapan bahwa kata Mu'tazilah mengandung arti tergelincir, dan kerana
tergelincirnya aliran Mu'tazilah dari jalan yang benar, maka ia diberi nama
Mu'tazilah, yaitu golongan yang tergelincir.
Sebenarnya kata Itazala berasal dari kata akar azala yang
berartimemisahkan dan tidak mengandung erti tergelincir. Kata yang
dipakai dalam bahasa Arab untuk tergelincir memang dekat bunyinya
dengan azala iaitu zalla. Tetapi bagaimanapun, nama Mu'tazilah tidak
berasal dari kata zalla.
Orang-orang Mu'tazilah sendiri meskipun mereka menyebut diri Ahl
al-Tauhid wa ahl al-Adl, tidak menolak nama Mu'tazilah itu. Bahkan dari
22

ucapan-ucapan pemuka Mu'tazilah dapat ditarik kesimpulan bahwa


mereka sendirilah yang menimbulkan nama itu.
Menurut al-Qadhi Abdul Jabbar, seorang pemuka Mu'tazilah yang
buku-bukunya banyak ditemui kembali pada abad kedua puluh Masehi ini,
di

dalam

teologi

terdapat

kata

Itazala

yang

mengandung

arti

mengasingkan diri dari yang salah dan tidak benar.


Dengan demikian kata Mu'tazilah mengandung arti pujian. Menurut
keterangan seorang Mu'tazilah lain, Ibn Al-Murtadha, nama Mu'tazilah itu
bukan diberikan oleh orang lain, tetapi orang-orang Mu'tazilah sendirilah
yang menciptakan nama itu.

Prinsip Ajaran Muktazilah


Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah Islam.
Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam memahami dan
menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima doktrin iaitu
asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul Khamsah, yang
menjadi

pegangan

seluruh

ahlinya

iaitu:

1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah,


Sebagai contoh : keesaan yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah
keesaan yang mutlak kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan
hakiki yang sesuai bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur
atatu aspek yang boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah
berasingan dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah
bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang
banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat.
Sifat azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar,
melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang azali
dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan hakikat
azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah bersifat
mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.
Muktazilah tidak menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan
tentang sifat-sifat tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah
yang azali berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud
nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.
23

2) Keadilan (adl),
sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan tidak menindas makhluk
yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan keadilanNya mengharuskan manusia
memiliki kekuasaan untuk membuat sesuatu mengikut kehendaknya
sendiri.
3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (AlWad wa Al- Waid)
Ia juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji dan ancaman Allah adalah
sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan telah memastikan ganjaran
kepada orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dan menentukan
hukuman atau balasan kepada orang yang tidak mentaatiNya, dan ia juga
adalah tidak pasti tentang itu.
4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua
tempat).
Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah melakukan
satu

dosa

besar

seperti

minum

arak,

berzina,

atau

penipu

dan

sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka tetap


mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau perantara antara
kepercayaan atau kecurangan.
5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar
Iaitu cuba untuk buat benda yang baik menurut undang-undang, dan
mengerunkan apa yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undangundang. Muktazilah menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan
antara mukmin dan kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah
tentang kewajipan Islam ialah:
1. Bahawa

syariah

mengenalpasti

tidak

memberi

makna

yang

tentang

perkara

makruf

dan

khusus
munkar.

atau
Ini

membolehkan manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap


berat sebelah, dan bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan
yang terdapat pada perkara-perkara makruf dan mungkar.
2. Pelaksanaan kewajipan ini bukan sahaja memerlukan adanya Imam
atau ketua, dan ia adalah meliputi kewajipan bagi semua yang
bergelar muslim, tidak kira samaada Imam atau ketua pada masa
24

sekarang ataupun bukan. Hanya sesetengah kategori yang terdapat


pilihan Imam atau penguasa bagi orang-orang muslim, sepertimana
yang melibatkan hukuman (hudud) yang telah ditentukan oleh
syariah, pengawalan sempadan negara-negara Islam dan masalahmasalah lain mengikut pemerintahan Islam.
KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH
1. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi
Pada

ajaran

Mutazilah

at-Tauhid

dikatakan

bahawasanya

Mereka

menafikan/ meniadakan sifat-sifat Allah sebab bila Allah bersifat dan


sifatnya itu bermacam-macam, pasti Allah itu berbilang. Sudah dijelaskan
di Al-Quran bahwa Allah mempunyai sifat wajib yang sebanyak 20, iaitu
wujud, qidam, baqa, muqalafatililqawatisi, dsb. Jadi sangat jelas bahwa
ajaran at-Tauhid ini menyimpang dengan esensi Al-Quran. Pada kes ini,
orang-orang Mutazilah salah menafsirkan sifat-sifat Allah. Sifat yang
banyak tidak bererti Allah berbilang-bilang. Allah tetap Esa dengan segala
sifat-sifatnya. (Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi, 1960).

2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi


At-Tauhid juga mengajarkan bahwa Allah tidak dapat diterka dan dilihat
mata walaupun di akhirat nanti. Ajaran ini juga tidak sesuai dengan AlQuran, karena di Al-Quran dikatan barang orang-orang soleh akan
berjumpa dengan Allah nanti di akhiat. Aliran Mutazilah juga tidak
menyebutkan atas dasar apa ajaran ini dikeluarkan, jadi kefalidannya tidak
jelas. (Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi, 1994)

3. Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari


Ajaran ketiga aliran Mutazilah adalah janji dan ancaman yang di
dalamnya tertulis bahwa di akhirat tidak akan ada Syafaat karena syafaat
berlawanan dengan al-Wadu wal Waid (janji dan ancaman). Di dalam AlQuran dijelaskan bahawa siapa yang selalu berselawat atas Nabi maka di
hari akhir akan mendapat Syafaatnya. Memang Syafaat ini hanya untuk
25

orang-orang yang taat, jadi orang-orang yang berbuat dosa besar dan
meninggal sebelum bertaubat sudah dipastiakan tidak akan mendapat
Syafaat di hari akhir. Sesuai dengan Al-Quran, Syafaat ada di hari akhir,
jadi sekali lagi ajaran ini menyimpang dari dasar-dasar agama Islam.
(Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari, 2001).

4. Muhammad bin Ismail Al-Sonani


Selanjutnya iaitu ajaran tentang tempat di antara dua tempat, tempat
bagi orang Fasik, yaitu orang-orang Mutazilah yang melakukan dosa besar
tetapi tidak Musyrik, nanti akan ditempatkan disuatu tempat yang berada
di antara surga dan neraka. Ajaran ini sangat membingungkan, kerana
Mutazilah sendiri tidak mendiskripsikan bagaimana keadaan tempat
tersebut.
Mungkin tempat yang setengah surga dan setengah neraka, atau
mungkin juga tempat yang setengah panas dan setengah indah. Kalau
difikir secara logic sangat tidak rasional. Tidak adil juga jika orang yang
berbuat dosa besar tidak disiksa dalam neraka, padahal dikatakan dalam
Al-Quran,

jangankan

dosa

besar,

dosa

sekecil

man

saja

akan

dipertanggungjawabkan iaitu berupa siksa api neraka.


Dalam ajaran amar maruf nahi munkar, Mutazilah mengatakan
bahwa Orang yang menyalahi pendirian mereka dianggap sesat dan
harus dibenarkan atau diluruskan. Tercatat oleh sejarah bahwa kaum
Mutazilah pernah membunuh ulama-ulama Islam diantaranya ulama Islam
yang terkenal Syekh Buwaithi, seorang ulama pengganti Imam Syafii
dalam suatu peristiwa Quran Makhluk. Pada ajaran ini kaum Mutazilah
menggunakan dasar al-Hadist yang artinya siapa diantaramu yang
melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganmu.
Nampaknya salah penafsiran terjadi kembali pada ajaran ini. Hadist
mengatakan ubahlah dengan tanganmu sendiri maksudnya tidak
dengan kekerasan tangan (membunuh) seperti yang dilakukan kaum
Mutazilah

tersebut.

Namun

bagaimana

kita

bertindak

untuk

membenarkan mereka yang salah dengan halus dan sopan seperti cara
Rasul menyebarkan ajaran Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahwa yang
26

dinamakan amar maruf atau menyuruh kebaikan itu dimaksudkan hanya


maruf (kebaikan) bagi kaum Mutazilah, iaitu hanya pendapat mereka
bukan maruf (kebaikan) yang sesuai dengan Quran. (Muhammad bin
Ismail Al-Sonani, 1996)

5. Drs. Wagino Hamid Hamdani


Walaupun golongan Mutazilah mengalami berbagai perpecahan dan
paham yang berbeda, sesama mereka dalam masalah akidah, seperti
halnya Syiah dan Khawarij, namun mereka memiliki asas atau prinsip yang
mengikat mereka dalam suatu golongan (firqah) dan yang karena ini,
mereka disebut sebagai golongan Mutazilah. Selagi mereka berpegang
pada lima prinsip gelaran tersebut tetap melekat pada
mereka walaupun dalam masalah rinciannya mereka berselisih.
Dalam zaman washil, baru empat prinsip yang telah dirumuskan, yaitu:
tauhid, keadilan Allah, manzilah baina al-manzilataini, dan penilaian
bahwa ada yang salah antara pihak yang bertarung. Siapa yang bersalah
dalam peristiwa-peristiwa yang berdarah itu. Dengan empat prinsip ini,
golongan ini menjadi lebih jelas perbedaannya dengan golongan lain. (Drs.
Wagino Hamid Hamdani. 2007)

Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya


1. Washil Ibn Atha'
Abu Huzaifah ibn A'tha al-Ghazali(nama lengkap), lahir di Madinah
tahun 80 H, dan wafat pada tahun 131 H. Mengenai pemikiran dan
pendapat-pendapat Washil ibn Atha', yaitu tentang faham al-manzilah bain
almanzilatain, dikarenakan ia menghindar atau tidak sependapat ketidak
tuntasan golongan Murjiah serta berlebih-lebihannya golongan Khawarij.
Yang kedua adalah faham qodariah yang dianjurkan oleh Mabad dan
Ghailan tuhan itu bersifat adil dan tak dapat berbuat jahat atau dzalim,
dan manusialah yang menciptakan perbuatan baik atau buruknya. Yang
ketiag yaitu tentang nafy al-sifat dalam arti bahwa apa-apa yang disebut

27

sifat tuhan sebenarnya bukanlah sifat yang mempunyai wujud diluar zat
Tuhan, etapi sifat adalah esensi Tuhan itu sendiri.
2. Abu al-Huzail al- Allaf
Nama lengkapnya adalah Abu al-Huzail Muhammad ibn Abdillah ibn
Makhul al-Allaf, ia lahir pada tahun 135 H, dan wafat pada tahun 235 H,
dan banyak hubungannya dengan falsafah yunani. Beliau menjelaskan
tentang apa arti dari nafy al-sifat, menurut beliau sifat tuhan itu adalah
dzat tuhan, sehingga persoalan adanya yang qodim selain Tuhan menjadi
hilang dengan sendiinya. Selanjutnya Abu Huzail berpendapat bahwa
dengan akalnya manusia dapat dan wajib mengetahui Tuhan.
3. Al-Nazzam
Nama lengkap Abu Ishaq Ibrahim ibn Sayyar ibn Mani' al-Nazzam,
lahir di Basrah pada tahun 185 H dan wafat pada tahun 221 H. ia adalah
murid Abu Huzail al-Allaf, seorang tokoh Mu'tazilah di Basrah. Keduanya
pernah sama-sama menghadiri majelis al-Makmun.
An-Nazzam mempunyai pemikiran yang sangat menarik, yaitu
bahwa Allah tidak bisa disifati dengan al-qudrah untuk berbuat jahat dan
maksiyat. Perbuatan tersebut tidak ada dalam kekuasaan Tuhan. Dan
berlawanan dengan pendapat para sahabat yang menyatakan bahwa
tuhan kuasa melakukannya. Tapi tidak melakukannya karena perbuatan
tersebut termasuk buruk, melainkan Tuhan tidak sanggup berbuat yang
tidak baik, tuhan yang wajib berbuat hanya bagi manusia.
Menurut An-Nazzam, bahwa yang menjadi hakekat manusia adalah
jiwanya, badan hanya sebagai alat saja. Jiwalah yang mempunyai daya,
kemampuan kehidupan dan kehendak.
4. Al-Jubba'i
Abu Ali Muhammad ibn Abdul Wahab ibn Khalid ibn Imran ibn Aban
al-Jubba'I, di lahirkan di Jubba', daerah Khuzistan,pada tahun 235 H dan
wafat pda bulan sya'ban tahun 303 H. Diantara pemikiran yang menonjol
iaitu :
a. Tentang zat Allah dan sifat-sifatnya.

28

Mengenai peniadaan sifat Tuhan, beliau berpendapat bahwa Tuhan


mengetahui melalui esensi-Nya, demikian pula berkuasa dan hidup
melalui esensinya.
b. Perbuatan Manusia
perbuatan yang diciptakan manusia yaitu kebaikan atau kejahatan,
ketaatan atau kemaksiatan, itu semua karena kebebasannya dan
adanya kemampuan sebelum berbuat.
c. Kedewasaan, Akal dan Ilmu
Kedewasaan manusia tidak tergantung pada umumnya, tetapi
tergantung pada kesempurnaan akalnya. Yang juga disebut (albulugh takammulul al'aql).
PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH DAN MUKTAZILAH

1. PELAKU DOSA BESAR


Muktazilah
1. Pada aliran mutazilah tidak menentukan status yang pasti pada
bagi pelaku dosa besar, apakah ia tetap mukmin atau kafir, kecuali
dengan sebutan al-manzilah bain al-manzilatun .
2. Setiap pelaku pelaku dosa besar, menurut mutazilah,berada
diposisi tengah antara posisi mukmin dan kafir. Jika pelakunya
belum sempat bertaubat, ia akan dimasukkan dalam neeraka
selama-lamanya. Namun siksanya lebih ringan daripada seksa
orang kafir.
3. adi, menurut muktazilah yang dimaksud dengan dosa besar adalah
segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara tegas dalam
nas, sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya

Ahli Sunnah
1. Dosa besar menurut aliran asyariyah adalah pelaku dosa besar
masih tetap sebagai beriman, akan tetapi apabila ia beranggapan

29

bahawa dosa ini dibolehkan (halal) dan tidak diharamkan maka ia


dipandang kafir.
2. Adapun balasan di akhirat kelak apabila ia meninggal tidak sempat
bertaubat maka, hal itu diserahkan kepada kehendak Allah dan
mendapatkan syfaat Nabi SAW, sehingga bebas dari seksaan
neraka atau kebalikannya.
3. Meskipun begitu, ia tidak akan kekal di neraka seperti orang kafir
lainnya. Dan boleh masuk syurga.
2. IMAN DAN KUFUR
Muktazilah
1. Aliran mutazilah sepakat bahawa amal perbuatan merupakan salah
satu unsur terpenting dalam konsep iman.
2. Kerana itu merupakan salah satu dari prinsip muktazilah (alwaad
wa al waid) dan marifah (pengetahuan dan akal) dalam masalah
iman, yang merupakan persoalan teologi iaitu iman seseorang
dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal ibadahnya.
Ahli Sunnah
1. Aliran asyariyah mendefinisikan iman dalam berbagai macam.
Iman

adalah

qawl

dan

amal

dan

dapat

bertambah

dan

berkurang.Dalam al-luma iman maksudnya sebagai tashdiq billah


2. Jadi, bagi asyariyah dan juga al-asari sendiri iman hanyalah tashdiq
yang juga diluahkan dalam bentuk syahadatain. (Muhammad Bin
Shalih Al-Utsaimin, 1983)

3. PERBUATAN ALLAH (

Muktazilah
1. Aliran muktazilah, sebagai aliran kalam yang bercorak rasional,
berpendapat bahawa perbuatan tuhan hanya sebatas pada hal-hal
yang baik.
2. Namun , ini tidak bererti bahwa tuhan tidak mampu melakukan
perbuatan buruk kerana Tuhan mengetahui keburukannya. didalam
al-quran pun dijelaskan bahwa tuhan tidaklah berbuat zalim.

30

3. Tentang keadilan tuhan, muktazilah berpendapat bahwa tuhan


mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap manusia. iaitu berbuat
baik
i.
ii.
iii.

terhadap manusia. Macam-macam faham kewajipan Allah:


kewajiban tidak memberikan beban diluar kemampuan
kewajiban diutuskan rasul
kewajiban menepati janji (al-waad) dan ancaman (al-waid)

Ahli Sunnah
1. Ulama al-ghazali mengatakan bahawa Allah tidak berkewajipan
berbuat baik dan terbaik kepada manusia.
2. Perbuatan-perbuatan Allah bersifat (jaiz) dan tidak satupun darinya
yang

mempunyai

sifat

wajib.

Dengan

demikian

Allah

maha

berkehendak terhadap makhukNya.


3. Kerana percaya pada kekuasaan mutlak Tuhan. Maka, al-asyari
mengatakan dalam al-luma, bahwasannya tuhan dapat meletakkan
beban yang tidak dapat dipikul oleh manusia.
4. Aliran asyariah memaklumi bahawa diutuskan

rasul-rasul

mempunyai erti penting, kerana mereka banyak bergantung pada


wahyu untuk mengetahui tuhan dan alam ghaib.
5. Bahkan juga untuk mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan
hidup di dunia. Namun, semuanya dikembalikan pada kekuasaan
dan kehendak mutlak Allah.
6. Apabila Allah menghendaki manusia hidup dalam kekacauan. Tuhan
dalam hal ini tidak berbuat untuk kepentingan manusia.
7. Tentang kewajiban menepati janji dan menjalankan ancaman yang
tersebut dalam al-quran dan al-hadis, alasyariah berpendapat
bahwa, semua lafaz yang bererti siapa diertikan sebagai sebagian
orang bukan keseluruhan.
8. Dengan kata lain yang diancam itu bukanlah semua orang tetapi
sebahagian orang . adapun sebahagiannya akan terlepas dari
ancaman atas dasar kekuasaan dan kehendak Allah. (Muhammad
'Uthman El-Muhammady. 1996)

4. PERBUATAN MANUSIA (

Muktazilah

31

1. Aliran mutazilah berpendapat bahwa manusia mempunyai daya


yang

besar

dan

bebas.

Oleh

kerana

itu,

manusialah

yang

menciptakan perbuatan-perbuatannya.
2. Manusia sendirilah yang berbuat baik dan buruk. Ketaatan dan
kepatuhannya adalah kehendak dan kemahuannya sendiri, daya(alistithaah)

untuk

mewujudkan

kehendak

terdapat

dalam

diri

manusia sebelum adanya perbuatan . meskipun berpendapat


bahwa

Allah

tidak

menciptakan

perbuatan

dan

tidak

pula

menentukannya, kalangan muktazilah tidak memungkiri adanya


ilmu azali Allah yang mengetahui segala apa yang akan terjadi dan
diperbuat manusia
Ahli Sunnah
1. Dalam fahaman asyari dikenal teori alkasb (perolehan) yaitu segala
sesuatu yang terjadi dengan perantaraaan daya yang diciptakan,
sehingga menjadi peolehan bagi muktasib yang memperoleh kasab
untuk melakukan perbuatan sebagai konsekuensi nya ,manusia
kehilangan daya dalam perbuatannya. (Haji Abdul Hamid @ Yusoff
bin Yunus, 2005)

5. SIFAT-SIFAT ALLAH (

Muktazilah
1. Aliran muktazilah berpendapat bahwa Allah tidak mempunyai sifat.
Alah

bersifat

negatif

.Tuhan

tidak

mempunyai

pengetahuan,

kekuasaan dan hajat.


2. Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahawa Allah tidak
mempunyai

sifat-sifat

jasmani.oleh

sebab

itu

mutazilah

menafsirkan ayat-ayat yang memberikan kesan bahwa Tuhan


bersifat jasmani secara metaformosis.
3. Selanjutnya muktazilah berpendapat bahawa Allah bersifat (ghaib).
Allah tidak mengambil tempat sehingga tidak dapat dilihat. Bila
Allah dapat dillihat maka Allah dapat tampil didunia ini, sedangkan
kenyataanya belum ada yang melihatnya.
4. Mengenai hakikat al-quran, aliran muktazilah berpendapat bahawa
al-quran adalah makhluk sehingga tidak kekal,
32

Ahli Sunnah
1. Aliran asyariyah berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat-sifat,
dan sifat-sifat Allah itu unik kerana tidak dapat dibandingkan
dengan sifat-sifat manusia.
2. Sifat-sifat Allah berbeza dengan allah sendiri, Alasyariyah menolak
bahwa Allah itu mempunyai sifat-sifat jasmani.
3. Namun ayat-ayat al-Quran menggambarkan sifat-sifat tersebut

tidak boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya saja, namun


semua itu dikatakan layukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui
bagaimana cara dan batasnya) .(Drs. Wagino Hamid Hamdani. 2007)

TUGASAN 2: WAWANCARA

33

BIODATA TOKOH
NAMA
PEKERJAAN
ALAMAT TEMPAT KERJA
KELULUSAN AKADEMIK

BIL
1

Boleh

SOALAN
jelaskan apakah

maksud ajaran sesat?

JAWAPAN
Iaitu sesuatu ajaran itu didapati bertentangan
dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan
sumber di atas secara automatik tertolak.
Dan boleh diklasifikasi sebagai ajaran salah
atau sesat. Contohnya, seseorang mendakwa
mendapat wahyu dari malaikat dan mengaku
diri sebagai nabi yang diutuskan selepas
kenabian Muhammad SAW.
Dakwaan

ini

adalah

sesat

lagi

menyesatkan kerana al-Quran, al-Sunnah dan


Ijmak secara tegas menjelaskan bahawa Nabi
Muhammad SAW itu adalah penutup Nabi2

Boleh berikan beberapa


ciri ajaran sesat ini?

Nabi dan para Rasul.


1. Sembarangan Dalam

Pengambilan

Hukum Dan Fatwa


Aktiviti

ajaran

berdasarkan
amalan

sesat

secara

kepada nafsu

asasnya

dan semangat

semata-mata.

Mereka

tidak

menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam


ajaran

mereka.

kepercayaan

atau

Situasi

ini

tindakan

menjadikan

mereka

tidak

berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas.


Malah, ia dilihat sebagai keputusan akal yang
bebas dari individu atau kumpulan tertentu
sahaja. Hasilnya, segala ketentuan hukum
seperti

wajib,

makruh

diabaikan.

34

sunat,

harus,

Malah

haram

batasan

dan

hukum

dilanggar

dan

dipermainkan

dengan

sewenang-wenangnya.
Contohnya, ajaran terdapat ajaran yang
mendakwa

gurunya

pengikutnya

terdiri

seorang
dari

Wali.

Para

kelompok

yang

istimewa dan tidak perlu lagi mendirikan


solat. Malah kelompok mereka hanya perlu
beratib beramai-ramai di atas rakit dengan
menyusuri sungai sahaja.
Sedangkan ketentuan mendirikan solat
adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang
mencukupi

syarat-syaratnya.

sesiapapun

yang

kewajipannya.

Dan

boleh

Sebarang

tiada

menafikan

penafian

rukun

agama menyebabkan seseorang itu dihukum


kafir dan murtad dari Islam.
Kesimpulannya, ternyata ajaran ini dan
selainnya menjadikan hukum-hakam agama
sebagai

mainan

Berbeza

dengan

dalam
tradisi

ajaran
Ahli

mereka.

Sunnah

Wal

Jamaah yang menjadikan syariat itu sebagai


jalan kehidupan untuk menuju Allah.
2. Bersifat Tertutup Dan Banyak Berahsia
Ajaran sesat kebiasaannya disebarkan secara
tertutup. Mereka yang menganggotai sesuatu
ajaran kebanyakannya mempunyai pertalian
erat

antara

satu

sama

lain.

Contohnya,

hubungan di antara Ketua dengan orang


kanannya
beradik,

adakalanya
sepupu,

melibatkan

saudara

terdekat

adikatau

kenalan terdekat.
Hal ini dilihat penting bagi mereka
supaya

segala

maklumat

ajaran

dapat

dirahsiakan dari pengetahuan awam. Dan


modus operandi mereka juga tidak dapat
35

dihidu

sewenang-wenangnya

oleh

pihak

berkuasa. Keadaan ini membolehkan mereka


menyebarkan ajaran ini dengan selesa tanpa
sebarang gangguan dari pihak berkuasa.
Selain itu, mereka juga menjadikan
tempat-tempat

yang

berlokasi

strategik

sebagai markas ajaran mereka. Kebiasaanya,


lokasi

yang

pedalaman,

dipilih

kawasan

adalah
terpencil

kawasan
lagi

sunyi,

perumahan mewah, flat tertentu, kawasan


hutan, tanah milik individu sebagai pusat
aktiviti.
Penganut

sesuatu

ajaran

pula

kebiasaanya bersikap pasif. Mereka kelihatan


tidak

suka

bergaul

dengan

masyarakat.

Bahkan tidak mengambil peduli terhadap isuisu yang berlaku. Apa yang penting bagi
mereka ialah ajaran mereka dapat diamalkan
tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. Situasi ini
berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah Wal
Jamaah yang menggalakkan kita mengambil
berat urusan dunia demi tujuan akhirat.
Kesimpulannya, sikap seseorang yang
mempelajari

sesuatu

secara

rahsia

dan

tertutup boleh mengundang tafsiran yang


salah terhadap agama. Dan kemungkinan
besar sikap sebegini memberi peratusan yang
tinggi untuk seseorang terlibat dengan ajaran
sesat. Metod ini sengaja dipergunakan oleh
ketua atau pemimpin ajaran sesat supaya
operasi mereka tidak diganggu masyarakat
3

Apakah punca timbul


ajaran sesat

dan pihak berkuasa.


1. Kurang
mengambil
sumber-sumber
yang

sebenar

seseorang

36

berat

utama
telah

individu

itu

tentang

ajaran

Islam

mendorong
mempelajari

mengenai Islam dari sumber yang tidak


wajar sehingga ia membuat kesimpulan
dan kefahaman yang salah tentang
Islam. Hasil dari kefahaman yang salah
tersebut, diajarkan pula kepada orang
lain.
2. Pengetahuan agama Islam yang cetek
dan amalan agama yang kurang. Ratarata mereka yang terpengaruh kepada
ajaran

sesat

ini

didapati

tidak

mempunyai asas agama yang kukuh


dan longgarnya pegangan iman.
3. Jahil tentang ilmu-ilmu seperti Aqidah,
Feqah, al-Quran, al-Hadis dan usul fiqh
yang

membantu

kefahaman

yang

kepada
betul

proses

dan

terhadap al-Quran dan as-Sunnah.

JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT

1) Bahaya Terhadap Agama


1.
2.
3.
4.

Merosakkan Aqidah Seseorang


Gejala Pencemaran Aqidah Dan Murtad Berleluasa
Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah
Mengganggu Agenda Pembangunan Islam

2) Bahaya Terhadap Negara


1.
2.
3.
4.
5.

Minda Tertutup Dan Dikongkong


Kehidupan Tidak Stabil
Tanggungjawab Terabai Runtuhnya Institusi Kekeluargaan
Mengancam Keselamatan Negara
Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara

CARA PENYELESAIAN

37

tepat

1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan


Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am
dari unsur-unsur khurafat dan bidaah di media massa agar tidak menjadi
idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya
dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem
agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan ajaran sesat,
bidaah serta ajaran sesat terhadat agama dan negara.
Setiap

umat

islam

khususnya

perlulah

menimba

ilmu

yang

mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas


pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang
berwibawa(mempunyai salasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab
kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas
pemikiran.
2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang Berkesan
Iklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am sama
ada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat
negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala ajaran sesat yang
bertentangan dengan ajaran Islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa
peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah
bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap
dan negara.
Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita
seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman ajaran sesat dan bidaah
adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya
melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku di dalam masyarakat
kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang
dikehendaki oleh agama.
3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu Muslim
Bukan sahaja guru Pendidikan Islam malah setiap individu muslim perlulah
menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam
kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat,
caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalanpersoalan

serta

ajaran

yang

menyimpang

dari

islam

seterusnya

menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam. Satu talian Bebas
38

Tol dan Kaunter Aduan perlu diadakan agar setiap aduan dapat
ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung dan
seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.

PENUTUP
Masyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan mengamalkan
Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah Wal jamaah. Dalam aspek
Akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asya cirah dan
maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunah.
Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan
rohani dan masyarakat. Tetapi perkembangan sunnah alam tidak mungkin
dapat disekat. Dalam zaman langit terbuka dan bumi ilmu tanpa batas,
keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain ditonjolkan di dalam
masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu pada hakikatnya masih
di bawah payung Ahli Sunah.
Masyarakat Islam yang terus ligat mencari hakikat Ahli Sunah tidak
harus disalurkan ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin dan tokohtokoh tertentu sahaja. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan
dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara tradisi harus
diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan objektif yang
tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli Sunah.
Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan.
Ia perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul
dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya.
Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di Malaysia
maka kefahaman betul kepada manhaj Ahli Sunah amat penting.

39

RUJUKAN
Ibn Hazm, Ali bin Ahmad (1985). al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal.
Juz. 2, Beirut: Dar al-Jayl.

Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin. (1983). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Riyad:
Pusat Penelitian Ilmu Pengetahuan, Fatwa, Dakwah, dan Bimbingan

Mohd Sulaiman Yasin. (1997). Ahlis-Sunnah Wal-Jamaah, Bangi: Yayasan


Salman

Muhammad 'Uthman El-Muhammady. (1996). Sejarah dan Konsep Ahli


-Sunnah wal Jama'ah. Kuala Lumpur: BAHEIS, JPM

Muhammad Abdul Hadi al-Mishri. (1992). Manhaj dan Aqidah Ahlussunnah


wal Jamaah Menurut Pemahaman Ulama Salaf: Jakarta: Gema Insan
Press
Dr Abdul Halim El-Muhammady. (1992). Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah
dalam Dinamika Dakwah. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd,

40

Drs. Wagino Hamid Hamdani. (2007). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bandung
Propinsi Jawa Barat: Yayasan P3i Husnul Chotimah

Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. (2005). Mengenal Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Abdul Shukor Haji Husin. (1998). Ahli Sunah Waljamaah : Pemahaman


Semula. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi. (1960). Bughyatul


Mustarsyidin Kaherah: Darul Maarif
Ahmad Amin. (1964). Fajr Al-Islam , Dar Al-kitab Al-hadits, Kairo,

Ibnu Manzur Al-Afriki. tt. Lisan al-Arab Beirut : Dar al-Soodir


Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi . (1994). Mukhtar al-Sihah. Beirut:
Maktabah Lubnan.
Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari. (2001). Al-Wajiz Fi Aqidah al-Salaf alSoleh. Arab Saudi: Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah
dan Irsyad
Muhammad bin Ismail Al-Sonani. (1996). Al-Insaf Fi Hakikat al-Auliya Wa
Ma Lahum Min al-Karamah Wa Altaaf . Kaherah: Darul Maarif

Harun Nasution. (1996). Teologi Islam: Aliran-aliran Sejarah Analisa


Perbandingan. Jakarta: UI-Press.

41

Vous aimerez peut-être aussi