Vous êtes sur la page 1sur 17

1.

0 Pendahuluan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan pengajaran keusahawanan
dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) sejak awal tahun 1990-an. Mata pelajaran yang mengandungi topiktopik yang berkait terus dengan keusahawanan ialah Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu yang diajar di sekolah menengah rendah. Di
sekolah menengah atas, aspek keusahawanan diwujudkan dalam mata pelajaran elektif
seperti Perdagangan dan Asas Keusahawanan. Kandungan kurikulum ini lebih memberi
penekanan kepada pengetahuan bagi murid tentang proses-proses untuk menguruskan
perniagaan secara langsung. Aspek-aspek pembangunan murid untuk menjadi insan
yang memiliki ciri-ciri keusahawanan hanya disentuh secara tidak langsung. Hasil
daripada kaedah sebegini, murid yang terhasil didapati masih tidak membudayakan ciriciri keusahawanan dalam kehidupan seharian.
Pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum bermula dari
Tahun Satu adalah penting bagi mewujudkan kurikulum yang relevan dengan keperluan
semasa dan cabaran masa depan. Di samping itu, budaya keusahawanan juga dapat
membentuk generasi berwawasan yang mempunyai asas yang kukuh dalam aspek
pengetahuan,

kemahiran

berfikir,

berkomunikasi,

kreativiti,

pemikiran

inovatif,

bersemangat positif dan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
Sehubungan dengan perkara di atas, untuk menghasilkan murid yang
mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian, penerapan elemen
keusahawanan secara merentas kurikulum diperkenalkan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bermula di Tahun Satu pada tahun 2011.
Penerapan elemen keusahawanan merentas kurikulum perlu dilaksanakan
seawal Tahun Satu persekolahan. Ini bertujuan agar murid dapat mengamalkan sikap
keusahawanan, mengamalkan cara berfikir ke arah menghasilkan sesuatu idea,
memperoleh

kemahiran

dan

pengetahuan

asas

dalam

konteks

perniagaan,

menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional, serta

mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi topik-topik
mata pelajaran yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas.
Penerapan elemen ini akan menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri
keusahawanan dan budaya kerja yang baik selain daripada boleh menghasilkan
inovasi, mereka cipta dan mempunyai kecenderungan untuk berurus niaga. Penerapan
elemen keusahawanan boleh dirancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bermula seawal Tahap I (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) seterusnya di akhir Tahap II
(Tahun Empat hingga Tahun Enam). Penerapan elemen keusahawanan ini perlu
diteruskan sehingga ke Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Kamus Dewan Edisi ke Empat mentafsirkan usahawan sebagai orang yang
mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha manakala keusahawanan ialah
segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.
Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran
Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman Melayu Melaka mereka yang melibatkan diri dalam
perniagaan dikenali sebagai pedagang manakala pada tahun 1900an, mereka ini
dikenali sebagai peniaga.
Menurut Hisrich dan Peters (2008), keusahawanan ialah suatu proses dinamik
untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko
dalam bentuk modal, masa dan komitmen kerjaya. Seterusnya mereka menegaskan
bahawa keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yang baharu dengan mengambil
kira masa, usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari
segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.
Kuratko dan Hodgetts (2007) pula menjelaskan keusahawanan sebagai proses
inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar
dan proses. Mereka selanjutnya berpendapat, sikap boleh melihat peluang, berani
mengambil risiko dan mempunyai kelangsungan untuk merealisasikan idea bergabung
dalam satu perspektif yang tersendiri membentuk individu yang mempunyai minda
keusahawanan.

Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri


keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk
mempunyai amalan-amalan diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk
bertindak dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan untuk murid mengamalkan
lima elemen keusahawanan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sehingga menjadi budaya dalam kehidupan seharian mereka.

Murid yang mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dengan
elemen keusahawanan dalam pelbagai disiplin ilmu akan mengamalkan tingkah laku
yang terarah ke arah keusahawanan. Lima Elemen Keusahawanan (EK) yang
diterapkan adalah EK1

ialah mengamalkan sikap keusahawanan, EK2 ialah

mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan, EK3
ialah mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah, EK4 ialah
enghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi

dan

vokasional dan EK5 ialah mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks
keusahawanan. Kelima-lima elemen ini memberi penekanan secara langsung dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibekalkan dalam diri murid.

1.1 Latar Belakang Kajian.


Bagi memenuhi kehendak Tugasan Projek bagi kursus Perniagaan dan
Keusahawanan (RBT3119), saya perlu menyediakan satu laporan yang lengkap iaitu
merangkumi latarbelakang perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan
perakaunan perniagaan.

Tugasan ini juga dilaksanakan mengikut sukatan dalam Pro

forma RBT3119 di mana antara hasil pembelajarannya ialah menjelaskan kandungan


ilmu

yang

berkaitan

dengan

bidang

perniagaan

dan

keusahawanan

serta

menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan usahawan dengan komuniti.


Tugasan ini dilaksanakan secara individu dan saya bebas memilih usahawan yang
berjaya yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya telah menemubual
Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud yang menjalankan perniagaan berasaskan bahan
pertanian iaitu beras yang dijadikan putu mayam dan putu buluh serta beras pulut yang
dijadikan dodol. Beliau juga turut mempunyai ladang kelapa sawit, sawah padi, dusun
durian serta kebun sayur. Walaupun usia beliau sudah menjangkau lebih 6 dekad,
namun kelihatan beliau bersama suami masih sihat dan cergas ketika saya
menemubual beliau. Sikap beliau yang peramah dan member kerjasama yang baik
sangat menyenangkan hati saya.

2.0

Objektif Kajian
2.1 Objektif Umum
i.
ii.

Untuk mengenalpasti usahawan yang berjaya dalam perniagaan.


Untuk mengetahui ciri-ciri usahawan yang berjaya dan menghuraikan

iii.

konsep dan dimensi jaringan usahawan.


Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat

iv.

usahawan dengan komuniti.


Menjelaskan kandungan ilmu

yang

berkaitan

hubungan

antara

dengan

bidang

perniagaan dan keusahawanan.

2.2 Objektif Khusus

3.0

i.

Mendedahkan kepada pelajar situasi sebenar dan pengalaman

ii.

seseorang usahawan yang berjaya melalui kaedah temubual.


Menjelaskan aspek yang berkaitan dengan latar belakang perniagaan,

iii.

kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan.


Menghasilkan sebuah laporan temubual merangkumi unsur-unsur

iv.

perniagaan, kewangan, pemasaran dan perakaunan.


Menghasilkan penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Transkripsi Temu Bual.


5

Transkripsi Temu Bual bersama Usahawan Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud.
Saya

: Assalamualaikum.

Puan Sabariah : Waalaikumussalam.


Saya

: Saya ni sambung belajar kat Institut Perguruan Tuanku Bainun.


Saya kena buat tugasan tentang

usahawan yang berjaya seperti

Puan. Boleh saya tanya beberapa soalan kepada Puan.


Puan Sabariah : In Sha Allah, yang mana boleh jawab, Makcik jawab. Tak payahlah
berpuan-puan.
Saya

: Baiklah Makcik, dengar cerita makcik ni berniaga dan juga bergiat


dalam aktiviti pertanian.

Puan Sabariah : Ye, macam tulah kiranya. Makcik berniaga dah lama, sejak dari
muda lagi. Lepas tu ada la jugak buat bendang sikit, tanam kelapa
sawit dan adalah juga tanam sayur sikit.
Saya

: Boleh tak Makcik cerita bila makcik mula berniaga?

Puan Sabariah : Makcik ni berniaga lama dah. Kalau tak silap, tahun 1976 lagi.
Saya

: Makcik berniaga apa masa tu?

Puan Sabariah : Masa tu Makcik berniaga nasi lemak. Makcik letak kat kedai
orang saja. Pakcik hang memang la kerja dengan kerajaan tapi
Buruh Am JKR saja. Masa dia nak pergi kerja, dia terus bawa nasi
lemak letak kat kedai orang. Tapi Makcik tak berniaga nasi lemak
dah bila Makcik pindah ke sini. Dulu kami duduk Taiping.

Saya

: Oooo macam tu. Habis tu sejak bila Makcik berniaga seperti


sekarang.

Puan Sabariah : Sebenarnya macam ni. Dulu masa mula-mula pindah ke Parit
Buntar ni, dengan anak-anak yang masih kecil, Makcik rasa kena
bantu tambah pendapatan keluarga. Tambahan lagi bila anak dah
masuk 3 orang, dah tak boleh naik motor ke sana-ke sini, jadinya
Pakcik hang beli kereta Wagon. Makcik bagi cadangan kat Pakcik
hang untuk berniaga di pasar malam-pasar malam.
Saya

: Makcik berniaga apa kat pasar malam?

Puan Sabariah : Makcik jual sate, bihun sup, laksa dan air sirap. Disebabkan masa
tu anak-anak Makcik kecil lagi, Makcik upah pekerja untuk bantu
Makcik. Pekerja Makcik ada 5 orang. Ada yang bekerja di rumah
dan ada yang bekerja di tempat berniaga. Waktu tu mana ada
kilang lagi. Jadinya bila Makcik sediakan peluang perniagaan,
mereka sangat gembira. Masa tu Makcik muda lagi. Kederat kuat.
Lagi pun persaingan tidak ada masa tu. Seronok berniaga masa tu.
Hari-hari Makcik keluar berniaga. Anak-anak Makcik duduk dengan
pengasuh.
Saya

: Makcik berniaga di pasar malam saja ke?

Puan Sabariah : Tak jugak. Kadang-kadang Makcik berniaga di Ekspo. Ada juga
waktu, orang tempah untuk buat jamuan.
Saya

: Habis tu, macam mana Makcik boleh berniaga macam sekarang?


Sekarang kan Makcik berniaga putu mayam, putu buluh dan dodol.
Dengar cerita ada cawangan pulak tu.

Puan Sabariah : Sebenarnya Makcik mula beralih angin pada tahun 1989, masa tu
semua tapak pasar malam dah tidak dibenarkan meninggalkan
kerusi dan meja atau apa-apa sahaja di tapak-tapak pasar malam.
Kalau degil jugak, pihak berkuasa akan merampas semua barangbarang tersebut. Jadinya, Pakcik hang pi belajar buat putu mayam
dan putu buluh dan Makcik belajar buat dodol.
Saya

: Makcik ada dapat bantuan tak?

Puan Sabariah : Ada. Makcik pernah dapat bantuan daripada Pertubuhan Peladang
kawasan berjumlah RM10 000 bagi membeli kelengkapan membuat
dodol. Jabatan Pertanian pulak bagi RM10 000 bagi membeli
kelengkapan membuat putu mayam.
Saya

: Ni bengkel pemprosesan Makcik buat sendiri ke?

Puan Sabariah : Taklah. Ni pun bantuan jugak. Mereka bagi RM35 000 untuk
membina bengkel dan mereka juga yang masukkan kemudahan
elektrik dan air.
Saya

: Kena bayar balik tak?

Puan Sabariah : Tak payah bayar. Cuma mereka nak tengok duit keluar masuk saja.
Duit elektrik dengan air, bulan-bulan kena bayar sendirilah. Makcik
juga ada pinjam dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Dulu-dulu kan
susah. Masa anak-anak Makcik dok sekolah lagi.
Saya

: Hmm hmmmdengar cerita anak Makcik pun dah berjaya dalam


hidup.

Puan Sabariah : Alhamdulillah. Anak Makcik yang sulong kerja cikgu, yang nombor
dua, kerja Pegawai Tadbir Diplomatik kat Unit Perancang Ekonomi,
8

yang nombor tiga, pensyarah di Universiti Sains Malaysia, yang


nombor empat Pengurus Kawasan 7 Eleven, yang nombor lima,
kerja dengan Proton Services dan yang bongsu pula bekerja
sebagai juruteknik di Harta Packaging Sdn. Bhd.
Saya

: Seronok dengar cerita kejayaan anak-anak Makcik. Tapi Makcik


masih lagi rajin bekerja.

Puan Sabariah : Bukan macam tu. Bagi Makcik bekerja ni macam senaman. Bagi
keluar peluh. Pakcik hang pun dah pencen. Tu yang kami beli
tanah, tanam sayur. Kebun kelapa sawit dengan bendang, kami
upah orang buat kerja. Kami tak larat sangat dah. Kebun sayur tu
okla. Tak penat sangat. Kalau hang nak tau makcik pun ada dusun
durian. Nanti Makcik tunjuk gambar. Kami guna duit simpanan sejak
dari mula berniaga untuk membeli tanah bendang, tanah tanam
kelapa sawit dan tanah untuk berkebun sayur. Kalau hang pi
belakang rumah, hang boleh tengok Makcik jugak ada bela Ayam
Piru dan Ayam Kampong.
Saya

: Banyaknya kerja Makcik. Mampu ke Makcik dan Pakcik

buat

semua.
Puan Sabariah : Ish kan Makcik dah cerita, dari dulu lagi Makcik guna pekerja.
Mereka ni yang bantu Makcik buat kerja. Sekarang Makcik dan
Pakcik cuma buat kerja yang ringan sahaja.
Saya

: Dengar cerita Makcik ada cawangan untuk berniaga putu mayam.

Puan Sabariah : Pasal berniaga putu mayam dan putu buluh ni sekarang menantu
Makcik yang berniaga pada setiap petang di Sungai Acheh
manakala Pakcik dan Makcik masih berniaga di pasar malam
9

dengan di bantu pekerja. Dulu Makcik ada juga berniaga putu


piring, tetapi pekerja meninggal dunia jadinya sekarang Pakcik
cuma mesin beras dan jual kepada orang lain untuk dibuat putu
piring.
Saya

:
Boleh saya tahu berapa pendapatan sebulan makcik?

Puan Sabariah :
Makcik tak tau nak cerita. Kalau musim ambil padi tu kadang-kang
satu musim dapat la bersih RM10 000. Kalau masa kait sawit, jual
sawit, boleh dapat dalam RM500 sekali kait. Sayur-sayur pulak
sekali makcik pi tolak, dapat la lebih kurang RM100. Dua hari sekali
Makcik pi Bagan Serai jual sayur. Kadang-kadang Makcik jual
cabai, kadang-kadang tomato, kadang-kadang cabai benggala.
Bergantung pada hasil yang dah cukup tempoh untuk dituai. Ayam
Piru pulak kalau musim perayaan boleh jual sampai 10 ekor. Telur
Ayam Piru boleh dijual dengan harga RM2 sebiji manakala telur
ayam kampong boleh dijual dengan harga RM0.40 sebiji. Duit
berniaga putu mayam dan putu buluh, Makcik buat belanja hari-hari
dan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro dan bil internet.
Jangan hang tak tau, internet ni penting, kalau anak cucu balik
internet satu keperluan untuk mereka.
Saya

:
Makcik dah pernah pergi Mekah?

Puan Sabariah :
Dah. Makcik buat haji pada tahun 2003 dan Makcik pi umrah pada
tahun 2005. Makcik dok rancang nak pi umrah hujung tahun ni
sekali lagi.
Saya

:
Saya dengar cerita Makcik rajin pergi makan angin?

Puan Sabariah :
Alaa ada la jugak. Makcik cuma pernah pergi Jakarta. Yang lain
10

tu dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pergi dengan


anak-anak.
Saya

:
Bila saya tengok rumah Makcik, tengok kereta Makcik, saya bangga
sebab walaupun Makcik bermula dengan berniaga nasi lemak
secara kecil-kecilan tapi sekarang Makcik dah berjaya dan anakanak Makcik pun berjaya.

Puan Sabariah :
Alhamdulillah.
Saya

:
Boleh tak saya nak pi tengok bendang dan kebun sayur Makcik?

Puan Sabariah :
Boleh. Jom kita pi dengan anak bongsu Makcik.
Saya

:
Terima kasihlah sebab sudi berbual dengan saya.

Puan Sabariah :
Sama-sama.

4.0 Laporan Lengkap Temubual


11

Laporan Transkripsi Temu Bual Bersama Usahawan Puan Hajjah Sabariah binti Haji
Daud.
Pada 31hb Ogos 2013, saya guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun
2011 Kelas Matematik 2 telah pergi menemubual usahawan yang berjaya di Parit
Buntar, Perak. Saya telah menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud dan
Alhamdulillah beliau telah memberikan kerjasama bagi saya menjayakan sesi
temubual ini. Walaubagaimanapun suami beliau pulang ke rumah sebaik sahaja
tamat sesi temubual kerana baru pulang dari pasar.
Latar Belakang.
Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud merupakan seorang usahawan yang telah
berjaya. Beliau telah mengusahakan perniagaan berasaskan pertanian iaitu beras
yang diproses untuk dijadikan putu mayam dan putu buluh dan juga beras pulut
yang diproseskan untuk dijadikan dodol. Beliau menamakan produk yang dihasilkan
ini sebagai Putu Mayam Seri Idaman, Putu Buluh Seri Idaman dan Dodol Seri
Idaman. Di samping itu, beliau bersama suami turut mengusahakan sawah,
tanaman sawit, dusun durian, serta kebun sayur. Sebagai mengisi masa terluang,
beliau juga turut memelihara Ayam Piru dan Ayang Kampung.
Kewangan.
Dari aspek kewangan, beliau pernah mendapatkan pinjaman daripada Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Beliau juga pernah mendapat bantuan kewangan daripada Pertubuhan Peladang
Kawasan yang berjumlah RM10 000 bagi membeli peralatan membuat putu mayam
dan juga Jabatan Pertanian Malaysia yang berjumlah RM10 000 bagi membeli
peralatan membuat dodol. Beliau juga mendapat bantuan membina bengkel
pemprosesan makanan yang bernilai RM35 000.
Beliau menggunakan Bank Islam Malaysia untuk aliran keluar masuk wang.
Beliau juga turut membuat simpanan dalam Akaun Tabung Haji.
Pemasaran.

12

Puan Hajjah Sabariah memasarkan produk beliau iaitu putu mayam dan putu
buluh melalui jualan secara langsung kepada pembeli selain daripada membuka
cawangan di tempat lain. Bagi memasarkan produk yang tahan lama seperti dodol,
tempahan daripada peruncit-peruncit untuk diniagakan di kedai-kedai mereka.
Selain itu, ada juga tempahan untuk putu mayam dan dodol untuk majlis-majlis
kenduri kahwin dan kenduri tahlil.
Bagi hasil pertanian pula, kelapa sawit dan padi dijual terus ke kilang bagi
mengelakkan penipuan di peringkat orang tengah. Bagi sayur-sayuran pula, beliau
menjual kepada peniaga-peniaga di pasar iaitu mereka yang telah menempah lebih
awal. Beliau telah membayar gaji pekerja dan duit yang selebihnya baru disimpan
setelah menolak jumlah yang diperlukan untuk perbelanjaan harian.
Perakaunan.
Dari segi pengurusan perakaunan, Puan Hajjah Sabariah menguruskan sendiri
akaun dengan bantuan anak. Namun hasil dari pemerhatian saya, beliau lebih suka
membeli asset berupa tanah hasil dari keuntungan perniagaan selama ini.

Umum.
Saya sangat gembira ketika menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud
kerana hasil temu bual ini mendedahkan kepada saya bahawa di mana ada
kesungguhan di situ ada kejayaan dan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Di sini jelaslah bahawa setiap suatu perkara yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh

pasti

mendapatkan

keuntungan.

Setiap

usahawan

perlu

bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Kesanggupan mengambil


tanggungjawab terhadap hasil keputusan yang dibuat berkait rapat dengan kekuatan
kawalan dalaman diri seseorang usahawan itu.

13

Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, seorang usahawan perlu peka dengan
keupayaan sendiri dan

boleh melihat serta mengambil peluang yang terdapat di

persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh
orang lain, perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna, perubahan cara hidup,
perubahan sikap, sumber-sumber alam yang masih belum diterokai dan sebagainya.
Dalam dunia yang mempunyai kadar ketidaktentuan yang tinggi, seorang usahawan
perlu belajar mengurus risiko dan memastikan bahawa risiko yang diambil adalah
munasabah dan berpatutan dengan ganjaran yang diterima.

5.0 Rumusan.
Secara keseluruhannya, hasil temubual dengan Puan Hajjah Sabariah binti
Daud, saya dapati banyak pengetahuan baru yang didedahkan kepada saya.
Seseorang usahawan itu harus tetap melaksanakan tugasan yang diberi walaupun
menghadapi pelbagai kemungkinan situasi akibat daripada tidak mendapat
maklumat yang tepat atau perubahan yang tidak dijangka. Mereka juga

perlu

mempunyai kesabaran untuk bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu
serta

tenang mencari penyelesaiannya. Seorang usahawan yang berjaya juga

boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin hubungan kerjasama bagi


mendapatkan maklumat atau perkongsian sumber.
14

Saya juga akan mendedahkan kepada murid agar mereka boleh menguasai
pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah sekiranya
mereka sentiasa didedahkan perkara tersebut di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada mempunyai sikap dan cara berfikir ke
arah keusahawanan, murid boleh mengamalkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan asas perniagaan dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi
kehidupan harian yang relevan.
Saya mendoakan semoga Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud sentiasa
berjaya dalam bidang perniagaan dan pertanian yang diceburi beliau. Semoga
beliau dan suami sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

6.0 Refleksi
Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek
yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai memenuhi kehendak subjek
Reka Benrtuk dan Teknologi (RBT 3119). Saya telah mencari dan cuba memahami
pengertian usahawan dalam konteks yang sebenar sebelum menemuramah
seseorang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.
Saya telah menemubual Puan Hajjah Sabariah binti Haji Daud iaitu seorang
usahawan yang berjaya di tempat saya. Berdasarkan hasil temuramah saya, saya
mendapati tidaklah mudah untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi
tanpatsemangat dan keyakinan yang kental. Seorang usahawan yang berjaya
seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan
sesuatu projek yang diceburi. Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai
daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang tinggi untuk terus bertahan di samping
terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya.
15

Temubual ini dapat saya aplikasikan dalam tugas saya sebagai pendidik di mana saya
dapat dedahkan prinsip-prinsip keusahawanan kepada murid. Murid didedahkan kepada
corak perniagaan masa depan dengan harapan akan mempunyai keinginan untuk
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Murid harus sanggup menerima kegagalan
sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan satu pengajaran
supaya kesilapan yang sama tidak diulangi. Dengan sikap sedemikian, murid akan dapat
memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan. Murid diharapkan akan mempunyai
keupayaan untuk memimpin, memiliki pengetahuan tentang

teknologi dan keadaan

persekitarannya. Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang tidak mempunyai pengalaman,
berjaya di dalam bidang yang diterokainya. Murid yang telah membudayakan keupayaan
memimpin mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya sebagai pemimpin
dan seterunya akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Saya mengharapkan agar saya juga dapat mendedikasikan pengetahuan baru ini dalam
kehidupan seharian iaitu cekal dalam dalam apa juga bentuk cabaran yang ditempuhi dan
bersyukur dengan setiap kurniaan Ilahi..

Bibliografi.
1. Hajah Noresah bt Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Ke Empat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/05/elemen-keusahawanandalam-kssr.html.
dimuat turun pada 26 Ogos 2023.
3. http://www.aim.gov.my/. Dimuat turun pada 2 September 2013.

16

17

Vous aimerez peut-être aussi