Vous êtes sur la page 1sur 3

Assignment 2 Arts in Education

Mohd Abdul Nasir Bin Kalib


810126-07-5441

Pengintegrasian Teknologi Pendidikan Dalam P&P


Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Pengintegrasian teknologi pendidikan dalam P&P Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan telah memberikan impak yang baik kepada pelajar mahupun guru mata
pelajaran di mana terdapat banyak faedah yang diperolehi. Semestinya dalam P&P
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai aktiviti-aktiviti yang melibatkan
kecergasan fizikal. Oleh itu, pengintegrasian teknologi pendidikan ini dapat
memantau denyutan jantung pelajar iaitu dengan menggunakan alat pengukur
automatik dan alat transmisi. Kadar denyutan jantung pelajar akan diambil melalui
pemakaian jam tangan di pergelangan tangan serta getah elastik yang akan diikat di
sekitar dada pelajar untuk merekodkan data. Pengintegrasian teknologi ini akan
membantu untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan.
Selain itu, sistem telemetri kadar nadi juga boleh digunakan untuk
menetapkan sasaran individu. Contohnya, berdasarkan data nadi yang telah
direkodkan, pengajar pendidikan jasmani menyediakan preskripsi kepada ibu bapa
tentang bagaimana untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan fitness. Di
samping itu juga, kadar nadi yang telah dicatatkan sebelum ini akan dijadikan
sebagai motivasi kepada rakan sekelas.
Teknologi yang semakin moden pada masa kini telah memudahkan lagi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam Pendidkan Jasmani
dan Kesihatan. Ketika aktiviti-aktiviti kecergasan fizikal dilakukan, pengajar boleh
menggunakan perakam video untuk merakam teknik-teknik pelajar semasa bermain
sesuatu permainan, kemudian dapat menganalisis keputusan dan menawarkan
cadangan penambahbaikan. Penggunaan model perakam video monitor LCD yang
baru boleh mendapat maklum balas dengan serta merta. Penggunaan teknologi ini
adalah untuk membantu pelajar memahami apa corak pergerakan yang baik dan
bagaimana untuk menganalisis dan memotivasi para pelajar untuk kemahiran
mereka dari masa ke masa. manakala video yang dihasilkan juga boleh digunakan
untuk menunjukkan teknik yang betul kepada pelajar, terutama apabila pengajar
tidak mempunyai kepakaran.

Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang menggunakan video kamera dalam
pengajaran pendidikan jasmani harus memainkan pita kamera dengan serta-merta
selepas setiap prestasi, menggunakan maklum balas secara lisan dan memberi
isyarat semasa memainkan pita, gunakan video secara berulang kali, zoom in untuk
memberi tumpuan kepada aspek-aspek tertentu, menukar sudut kamera, termasuk
perspektif alam sekitar, dan menonton skrin yang berpecah. Dengan adanya
kemudahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar memahami dengan
lebih mendalam tentang apa yang dipelajari sekaligus dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sukan.
Kesan Pengintegrasian Teknologi Pendidikan Dalam P&P
Pengintegrasian teknologi pendidikan ini juga mempunyai banyak kesankesannya sama ada positif mahupun negatif. Namun penggunaan teknologi ini lebih
banyak memberikan kesan yang positif dimana ianya dapat membantu guruguru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai contoh
penghasilan perisian berbantukan multimedia-komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran (p&p) mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
Tingkatan Lima, membantu pelajar sekolah manfaatkan kehebatan teknologi
teknologi maklumat dalam p&p mata pelajaran sukan. Guru mata pelajaran PJK
boleh mempelbagaikan kaedah p&p, iaitu selain daripada menggunakan kemudahan
fizikal seperti padang atau gelanggang, mereka juga boleh melaksanakan p&p di
makmal komputer dengan menggunakan perisian yang direkacipta itu.
Begitu juga dengan ujian kecergasan pelajar di sekolah boleh dijalankan
dengan menggunakan beberapa peralatan yang telah direka cipta seperti
pembangunan makmal pintar Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Alat
Ujian Tekan TubiMenggunakan Sensor, Alat Ujian Lompat Jauh Berdiri Menguji
Kekuatan Otot Berelektronik, Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) bagi Subjek Kecergasan Fizikal dan sebagainya.
Manakala dalam bidang sukan pula, para jurulatih di sekolah khususnya,
boleh mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk membolehkan para atlet
mendapat kesan yang positif dalam latihan dan seterusnya menjulang
kecemerlangan dalam kejohanan yang disertai. Sebagai contoh, terciptanya alat
pengesan batal dalam acara lompat jauh menggunakan sensor, alat koordinasi
menggelecek bola keranjang berelektronik bagi ujian kecergasan fizikal, analisis
kinematik pergerakan kaki dalam latihan sukan lawan pedang menggunakan alat
bantuan latihan, alat kiraan mata berelektronik dalam sukan netbal dan sebagainya.
Di antara kelebihan penggunaan semua hasil rekacipta yang dinyatakan ini adalah,
ianya lebih murah berbanding dengan kos yang perlu dibelanjakan sekiranya

menggunakan peralatan yang sama yang terdapat di pasaran, baik dari dalam atau
luar negara. Sebagai contoh, rekacipta dan pembangunan Makmal Pintar Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk Sekolah-sekolah di Malaysia yang
mengandungi tujuh stesen ujian hanya menelan belanja sekitar lebih kurang
RM5000 sahaja, sedangkan kos di pasaran melebihi RM30,000. Keadaan ini
menunjukkan hasil rekacipta teknologi sukan tempatan amat kompeten dan boleh
bersaing di peringkat global dengan bukan sahaja hasil yang sama mutunya dengan
keluaran luar negara, malah boleh dimiliki dengan harga yang amat rendah,
berpatutan dan mampu milik.

Vous aimerez peut-être aussi