Vous êtes sur la page 1sur 37

Salah satu kemahiran asas Matematik ialah kemahiran menambah iaitu operasi

yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga iaitu jumlah atau
hasil tambah. Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan bagi menjelaskan konsep
penambahan.

Kaedah pertama yang digunakan adalah melalui penyatuan set iaitu

penambahan nombor bulat yang dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu
set objek lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu
set objek yang disatukan. Kaedah yang kedua pula merujuk kepada pengukuran pada
garis nombor. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara
titik pada garis bernilai 1.
Penguasaan tentang fakta asas dalam operasi tambah adalah penting kerana
melibatkan kombinasi penambahan nombor 1 digit.

Untuk tujuan ini, murid perlu

didedahkan dengan operasi tambah secara konkrit terlebih dahulu bagi mengembangkan
kefahaman mereka. Pendedahan mengenai operasi penambahan dapat dilakukan kepada
murid sebaik sahaja mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas
tambah.

Operasi penambahan dapat didedahkan kepada murid secara berperingkat

bermula dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit,


menambah nombor nombor 2 digit dengan nombor 2 digit, menulis ayat Matematik dan
menyelesaikan masalah Matematik dalam bentuk lazim.
1.2
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar. Di
sekolah ini terdapat 6 kelas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi. Semasa mengajar
komponen Matematik bagi kelas Saintis, saya mendapati 3 daripada 9 orang murid tidak
menguasai kemahiran membilang nombor dalam tertib menaik dan menurun. Saya
telah membuat satu ujian ringkas iaitu Ujian Diagnostik (Rujuk Lampiran 1)

merangkumi subtopik-subtopik dalam kedua-dua kemahiran tersebut bagi mengesahkan


lagi masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga murid berkenaan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dijalankan, iaitu berkaitan
kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 9, saya telah mengajar murid menambah
dengan melukis lidi mengikut bilangan nombor yang diberi dalam soalan dan saya
mendapati murid boleh melakukannya

Saya juga telah menggunakan objek bagi

memudahkan mereka memahami konsep penambahan. Pendekatan yang saya gunakan


untuk mereka mengira adalah dengan menggunakan teknik counting on iaitu mengira
menggunakan pembilang yang menggunakan bahan-bahan maujud seperti jari murid,
bintang, kulit kerang dan kayu aiskrim sebagai objek pembilang.

Saya mendapati

bahawa semua murid dapat memahami konsep penambahan dan dapat menyelesaikan
lembaran kerja dengan betul. Berdasarkan Jurnal Kajian Tindakan yang ditulis oleh
Chua Lay Ing (2005) dalam kajian Halijah Bt Shamsudin (2012) yang bertajuk
Pembilang Dwiwarna Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah , menyatakan
bahawa penggunaan pembilang yang dilakukan pada peringkat awal, kemudian
digantikan dengan pengiraan dengan jari tangan dan mulut dapat membantu murid
dalam peningkatan pencapaian kemahiran tambah yang ingin dikuasai.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kedua dijalankan iaitu berkaitan
kemhiran hasil tambah dalam lingkungan 20 dengan menggunakan teknik counting on,
saya telah mendapati 3 daripada 9 orang murid menghadapi masalah untuk
menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan.

Berdasarkan pemerhatian yang saya

dilakukan, 3 orang murid tersebut menunjukkan cara mereka mengira dengan


menggunakan jari.
melebihi nilai 10.

Masalah dikesan apabila penambahan melibatkan jumlah yang


Contohnya,

7 + 4 =, iaitu sebelah tangan menunjukkan 7 dan

apabila mereka ingin menambah 4, kekeliruan mula timbul tentang bagaimana untuk
3

menambah 4 sedangkan sebelah tangannya hanya mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan


yang diberikan oleh murid adalah berbeza dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11.
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah dalam operasi tambah
yang melibatkan jumlah melebihi nilai 10. Menurut Baharin Shamsudin (1995), operasi
tambah ialah suatu operasi atau pengolahan mengenai dua nombor yang dipanggil juzuk
tambah untuk mendapatkan nombor yang ketiga dipanggil jumlah.
Apabila murid mengira dengan menggunakan pembilang pula, kekeliruan mulai
timbul apabila mereka terus menambah bilangan pembilang kepada kumpulan
pembilang yang pertama tanpa mencampurkan kedua-dua bilangan pembilang mengikut
nilai nombor yang diberikan dalam soalan. Oleh itu, murid tidak dapat mencari jawapan
bagi operasi tambah yang diberikan dengan menggunakan pembilang. Hasil jawapan
yang dikumpul melalui lembaran kerja murid, mereka menunjukkan kekeliruan untuk
menentukan nilai nombor mengikut bilangan pembilang yang sepatutnya.
Berdasarkan temu bual tidak berstruktur yang saya laksanakan bersama Puan
Salmah (bukan nama sebenar) guru yang mengajar Matematik di kelas tersebut, saya
mendapat maklumat bahawa ketiga-tiga murid berkenaan tidak dapat menentukan nilai
pembilang dalam dua kumpulan mengikut nombor yang diberikan dalam sesuatu soalan
operasi penambahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mendapat jawapan yang
tepat bagi operasi tambah yang diberi.
Saya mula menyedari tentang masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan
tindakan seterusnya yang perlu saya ambil adalah memperkenalkan suatu intervensi
Matematik dalam bentuk bahan bantu mengajar beserta langkah-langkah penggunaannya
bagi membantu murid mengatasi masalah untuk menyusun nombor mengikut urutan
menurun dan menambah nombor yang hasilnya dalam lingkungan 20.
1.3

Pengumpulan Data Awal


4

Bagi mengumpul data awal, pengkaji telah mendapatkan maklumat-maklumat daripada


beberapa sumber seperti semakan data ujian diagnostik murid, pemerhatian di dalam
kelas, semakan hasil kerja murid dan temubual secara tidak berstruktur.
Sebelum pengajaran bermula bersama murid, pengkaji telah menjalankan suatu
Ujian Diagnostik Matematik ke atas 9 orang murid dari kelas Saintis untuk menentukan
daerah kelemahan atau kemahiran yang teleh mereka kuasai. Ujian tersebut ditadbir ke
atas 9 orang murid selama 60 minit dengan pelbagai tahap kemahiran yang diuji dari
mudah ke sukar (Lampiran 1).

Hasil ujian menunjukkan bahawa 3 orang murid

mengalami masalah menyusun nombor dalam tertib menaik dan menurun serta
mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20
tanpa menggunakan gambar atau pembilang.

Jawapan yang ditulis oleh murid

berkenaan didapati berbeza dengan jawapan sebenar mengikut soalan yang diberikan.
Mereka mengambil masa kira-kira 90 minit untuk menjawab 31 item soalan dalam ujian
tersebut dan keadaan ini telah memberi petanda awal kepada pengkaji tentang masalah
yang dihadapi oleh murid.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap 9 orang murid dari semasa ke
semasa dengan menggunakan borang senarai semak (Lampiran 2), 3 orang murid yang
dibuat pemerhatian tidak dapat menguasai kemahiran menambah sama ada yang
melibatkan nombor 1 digit dengan nombor 1 digit yang lain mahu pun antara nombor 2
digit dengan nombor 1 digit dalam lingkungan 20. Murid memberikan jawapan yang
tidak tepat kepada soalan-soalan yang dikemukakan sama ada secara langsung atau tidak
langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, semakan yang dibuat ke atas hasil kerja 9 orang murid menunjukkan
bahawa 3 daripada 9 orang murid yang diberikan soalan penambahan yang hasilnya
dalam lingkungan 20 memberikan jawapan yang salah seperti yang dapat dilihat dalam
5

Rajah 1 (Lampiran 3). Apabila pengkaji memberikan soalan bagi operasi tambah dalam
lingkungan 9, murid masih dapat memberikan jawapan yang betul. Berbeza pula apabila
pengkaji mengemukakan soalan operasi tambah nombor 1 digit dengan nombor 1 digit
dalam lingkungan 20 secara bertulis, murid mula memberikan jawapan-jawapan yang
tidak tepat.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengira nilai

nombor melebihi sepuluh untuk operasi penambahan sama ada dengan menggunakan
jari, kaedah melukis lidi mahu pun menggunakan objek sebagai pembilang.
Pengkaji mendapatkan maklumat mengenai murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 daripada guru Matematik yang pernah
mengajar mereka pada tahun lepas. Daripada temu bual yang dijalankan, guru tersebut
telah memaklumkan bahawa murid berkenaan sememangnya masih keliru untuk
menggunakan objek sebagai pembilang dalam operasi tambah. Mereka sukar untuk
mengira objek yang dijadikan pembilang kerana masalah ingatan yang agak lemah dan
tidak memahami konsep menambah lagi bilangan pembilang mengikut nombor yang
perlu ditambah. Hal ini jelas membuktikan bahawa murid tersebut mengalami masalah
untuk menambah nombor yang hasilnya dalam lingkungan 20.

2.0
FOKUS KAJIAN
2.1
Huraian Fokus Kajian
Penyelesaian masalah dalam Matematik merupakan perkara yang perlu ditekankan.
Selain memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, sistematik dan kritis, murid juga
perlu mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan
ilmu pengetahuan Matematik. Kemahiran dalam operasi menambah merupakan aspek

penting yang perlu dikuasai oleh murid dalam sesuatu penyelesaian masalah.
Kemahiran ini dapat digunakan oleh murid untuk sesuatu perkara dalam kehidupan
mereka. Di samping itu, kemahiran ini dapat meningkatkan lagi perkembangan kognitif
murid supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam
kehidupan.

Krulik dan Rudnick (1980) dalam Effandi Zakaria et al. (2007)

mendefinisikan masalah sebagai kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian itu tidak begitu nyata atau
ketara.
Pengkaji telah mengenal pasti beberapa sebab yang mendorong murid
menghadapi masalah dalam kemahiran menyusun nombor dalam urutan menaik dan
menurun serta menambah nombor dalam lingkungan 20.

Antaranya, murid tidak

memahami konsep urutan nombor malah hanya menghafalnya sahaja. Selain itu, murid
tidak dapat menggunakan objek seperti jari dan pembilang yang boleh membantu
mereka menjalankan operasi penambahan antara 2 nombor. Oleh itu, pengkaji telah
memilih bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dan dapat digunakan mengikut
kemampuan murid itu sendiri.
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek
untuk menilai sejauh mana kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Antara aspek yang dinilai adalah seperti kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kerelevenan,
kawalan, kolaborasi dan kepentingan kepada pengkaji dan murid.
Sepanjang sesi pengajaran bagi menjalankan intervensi tersebut, pengkaji dapat
melaksana, mentadbir serta mengurus segala perkara yang berkaitan dengan sempurna.
Sebelum menjalankan intervensi, pengkaji telah mengadakan perbincangan bersamasama guru yang mengajar Matematik bagi kelas tersebut tentang jadual waktu, tempat,
tingkah laku murid, peralatan dan sebagainya.

Perbincangan ini adalah bagi


7

mendapatkan maklumat awal bagi memastikan segala masalah yang berlaku dapat
diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang halangan. Terdapat beberapa masalah yang
telah dikesan seperti gangguan daripada murid lain, kesuntukan masa dan susunan
peralatan dalam bilik darjah. Namun demikian, pengkaji telah menyelesaikan masalah
tersebut dengan sistematik. Sebagai contoh, sebelum menjalankan intervensi, pengkaji
telah mengubahsuai kedudukan susunan kerusi dan meja bagi menyediakan ruang
supaya murid dapat menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan dengan selesa
dan tepat.
Bahan bantu mengajar serta kaedah penggunaan bahan bantu mengajar atau
intervensi yang dijalankan mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Hal ini kerana
murid telah menggunakan bahan yang disediakan mengikut langkah-langkah intervensi
yang digariskan kepada mereka dengan sendiri. Cara penggunaan bahan yang mudah
dan menarik dengan penggunaan kad nombor yang berbeza warna membolehkan murid
mengaplikasikannya dengan baik sehingga dapat menyelesaikan masalah mereka pada
kemahiran yang telah difokuskan oleh pengkaji. Bahan bantu mengajar serta intervensi
tersebut juga digunakan oleh guru-guru lain yang mengajar subjek Matematik
terutamanya bagi kemahiran menambah.

Murid lain yang bermasalah dalam

menjalankan operasi tambah juga menggunakan bahan tersebut semasa sesi


pembelajaran mereka.
Fokus kajian yang ditetapkan telah dipengaruhi oleh tahap kerelevanan bahan
bantu mengajar dan intervensi yang dicadangkan ini dengan pihak sekolah dan murid
bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana, murid di sekolah sering mengalami masalah
dalam subjek matematik termasuklah operasi tambah. Oleh itu, penggunaan bahan
bantu mengajar dan intervensi ini telah dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut

dengan lebih mudah dan sebagai asas kepada mereka untuk menyelesaikan operasi
tambah berkenaan.
Intervensi yang

dijalankan

tersebut

juga

dapat

menggalakkan

murid

berkolaborasi antara satu sama lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa
menggunakan intervensi, murid dibenarkan untuk membantu rakan mereka yang
menghadapi kesukaran. Murid juga dapat berkolaborasi bersama dengan guru melalui
bimbingan yang diberikan bagi menyelesaikan soalan operasi tambah.
Selain itu, bahan bantu mengajar tersebut dapat dikawal dengan mudah oleh
murid.

Bagi menggunakan bahan berkenaan, murid perlu menggunakan kemahiran

koordinasi mata dan tangan dengan baik. Murid tidak perlu bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain semasa menggunakannya dan dapat memudahkan guru melaksanakan
kawalan kelas dengan baik.
Bahan bantu mengajar tersebut juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri
terhadap murid. Bahan tersebut adalah penting bagi murid yang tidak dapat menambah
nombor sama ada dengan menggunakan pembilang atau menyelesaikannya dalam
bentuk lazim. Oleh itu, murid yang dikenal pasti menghadapi masalah tersebut berjaya
menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan ini bersama-sama intervensinya
dalam menyelesaikan masalah mereka itu.
2.2
Tindakan/Intervensi
Tindakan atau intervensi merupakan langkah yang diambil untuk mengelakkan atau
mengatasi sesuatu masalah. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid,
pengkaji telah memperbaiki amalannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
melalui kajian yang dijalankan ini. Pengkaji telah memperkenalkan Neraca Nombor
yang dapat membantu murid menguasai kemahiran dalam urutan nombor dan kemahiran
hasil tambah dalam lingkungan 20. Bahan tersebut telah diadaptasikan daripada konsep
penimbang yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu barang.

Alat ini dapat


9

digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah penambahan menggunakan konsep


imbangan. Konsep imbangan merujuk kepada proses meletakkan 2 pemberat yang
mempunyai nilai berat yang sama supaya penimbang tersebut dapat diseimbangkan.
Berdasarkan fungsi dan kesesuaian alat dengan masalah yang dihadapi oleh
murid, pengkaji telah memilih Neraca Nombor seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 2
sebagai bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid menyelesaikan masalah
Matematik yang diberi terutamanya dalam kemahiran hasil tambah dalam lingkungan
20.

Kad nombor

40cm

Tiang
85cm

Tapak

Rajah 2 : Neraca Nombor


Neraca Nombor merupakan bahan yang berfungsi sebagai alat penimbang yang
diperbuat daripada kayu sebagai bahan utamanya. Neraca ini mempunyai tapak untuk
menjadi penyokong kepada pembaris yang ditanda di kanan dan kirinya nombor bermula
0 hingga 20 di kedua-duanya dengan warna hijau dan merah.

Kad nombor yang

berwarna hijau mewakili soalan operasi tambah manakala kad nombor yang berwarna

10

merah mewakili jawapan bagi operasi tambah. Kad-kad nombor tersebut dan pembaris
boleh dibuka dan dipasang semula apabila hendak digunakan. Bahan bantu mengajar ini
telah digunakan untuk kemahiran menyusun urutan nombor kerana murid perlu
menyusun kad-kad nombor terlebih dahulu pada neraca tersebut mengikut skala yang
telah ditanda. Oleh itu, murid dapat mengetahui cara-cara menyusun urutan nombor dari
0 hingga 20 dan dari 20 hingga 0. Di samping itu, bahan bantu mengajar ini juga
digunakan bagi membantu murid yang mengalami kesukaran untuk menambah nombor
dalam lingkungan 20. Murid perlu meletakkan objek yang dijadikan pemberat pada
cangkuk yang terdapat di neraca. Objek pertama dan kedua diletakkan di sebelah kiri
mereka pada neraca dan mengikut nombor yang diberi dalam soalan pada kad ayat
Matematik. Kemudian, murid dikehendaki meletakkan pula satu lagi objek di sebelah
kanan mereka pada neraca dengan menggunakan kaedah cuba jaya iaitu dengan
menggerakkan objek berkenaan dari satu cangkuk ke cangkuk yang lain sehingga neraca
tersebut menjadi stabil.

Apabila neraca tersebut stabil, murid berkenaan akan

memperoleh jawapan atau hasil tambah nombor yang diberikan berpandukan angka
yang tertera pada neraca.
Neraca Nombor ini juga dapat digunakan oleh murid bagi kemahiran menyusun
urutan nombor dan operasi tambah dalam lingkungan nombor yang lebih besar. Hal ini
dapat dilakukan dengan mengubah nilai pada kad-kad nombor yang terdapat pada neraca
tersebut. Di samping itu juga, Neraca Nombor ini dapat mempertingkatkan lagi tahap
keupayaan motor halus murid. Aktiviti menyangkut pemberat pada cangkuk dapat
melatih kemahiran motor halus murid yang melibatkan jari mereka. Aspek koordinasi
mata dan tangan murid turut dapat dipertingkatkan lagi semasa mereka menggunakan
bahan bantu mengajar ini.
11

3.0
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20
bagi murid bermasalah pembelajaran menggunakan Neraca Nombor.
3.2
Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
Adakah kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi murid bermasalah
pembelajaran dapat ditingkatkan menggunakan Neraca Nombor?
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah melibatkan 3 orang responden dari kelas Saintis di bawah Program
Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah di daerah Kota Setar.

Responden-

responden tersebut terdiri daripada seorang responden lelaki dan dua orang responden
perempuan. Ciri-ciri responden berkenaan dapat dilihat melalui Jadual 1 di bawah :
Jadual 1 : Ciri-ciri responden

RESPONDEN

JANTINA

KATEGORI

Lelaki

Slow learner dan


hiperaktif

CIRI-CIRI

Perempuan

Slow learner

Perempuan

Slow learner

Kurang memberikan
tumpuan.
Lemah ingatan.
Tertarik dengan bahanbahan maujud.
Suka bercakap.
Suka bercakap.
Mudah hilang fokus.
Lemah ingatan.
Tidak aktif.
Mematuhi arahan.

5.0
PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
5.1
Langkah-langkah Tindakan
Kajian ini telah dilaksanakan melalui tiga langkah yang melibatkan penggunaan bahan
bantu mengajar yang disediakan.
5.1.1 Langkah 1 : Menyusun Kad
12

Langkah pertama yang telah pengkaji jalankan kepada responden ialah menyediakan
Neraca Nombor dan dua set kad nombor kepada responden. Kemudian, responden
diberi arahan untuk meletakkan satu set kad nombor yang berwarna hijau mengikut
urutan menaik bermula angka 1 hingga 20 di sebelah kiri responden pada neraca tersebut
mengikut skala yang telah ditandakan.

Setelah siap, responden diarahkan untuk

meletakkan satu lagi set kad nombor yang berwarna merah di sebelah kanan responden
pada neraca berkenaan dalam urutan menurun pula iaitu dari 20 hingga 1. (Rajah 3)

Rajah 3 : Proses menyusun kad.


Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan, pengkaji telah melakukan aktiviti
menulis nombor di udara bersama responden. Pengkaji akan menyebut nombor secara
lisan bermula dari 0 hingga 20 dan responden telah menggerakkan jari mereka untuk
menulis nombor tersebut di udara dengan menggunakan jari mereka.
5.1.2 Langkah 2 : Meletak Objek
Langkah seterusnya yang telah pengkaji lakukan ialah memberikan kad ayat Matematik
bagi operasi tambah kepada responden. Pengkaji telah menyediakan magnet sebagai
objek pemberat untuk diletakkan oleh responden pada neraca berkenaan. Berdasarkan
nombor yang terdapat pada kad ayat Matematik, responden telah meletakkan pemberat
pada cangkuk besi mengikut nombor yang diberikan dalam kad tersebut di sebelah kiri
13

responden pada neraca contohnya, bagi ayat Matematik 5 + 7 = , responden telah


meletakkan pemberat pada neraca di sebelah kirinya iaitu pada nombor 5 terlebih dahulu
dan kemudian meletakkan pula pemberat pada nombor 7. Apabila kedua-dua pemberat
telah disangkut, neraca tersebut menjadi condong dan memberat di sebelah kiri. (Rajah
4). Langkah seterusnya yang telah dilakukan oleh responden adalah untuk menstabilkan
semula neraca berkenaan.

5+7

Rajah 4 : Proses meletak objek


5.1.3 Langkah 3 : Cuba Jaya
Langkah ketiga yang telah dilakukan oleh responden ialah melakukan kaedah cuba jaya
bagi mendapatkan hasil operasi tambah bagi ayat Matematik tersebut. Responden telah
menggunakan kaedah cuba jaya dengan meletakkan pemberat pada neraca di sebelah
kanan mereka. Responden telah meletakkan pemberat di setiap nombor satu demi satu
sehingga dapat menstabilkan neraca tersebut. Apabila neraca tersebut stabil, secara tidak
langsung responden telah memperoleh jawapan berdasarkan pemberat yang telah
diletakkan pada nombor yang tertentu contohnya, pemberat yang diletakkan pada

14

nombor 12 yang telah menstabilkan neraca berkenaan dapat memberikan jawapan


kepada operasi tambah yang telah dikemukakan tadi. (Rajah 5)

12

Rajah 5 : Proses cuba jaya.


5.2 Cara Mengumpul Data
5.2.1 Pemerhatian
Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap
responden.

Pemerhatian tersebut dilakukan semasa sesi interaksi pengajaran dan

pembelajaran yang pertama. Aspek yang diperhatikan ialah tempoh masa responden
menjawab soalan yang direkodkan dalam unit saat bagi memastikan lagi kejituan masa
yang diperoleh dan ketepatan responden memberikan jawapan sama ada betul () atau
salah (X) dengan menggunakan borang senarai semak (Lampiran 4). Pemerhatian ini
dilakukan bertujuan untuk melihat kemampuan responden menggunakan Neraca
Nombor. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data
yang berguna dapat diperoleh untuk membantu pengkaji memahami tindakan yang
dilaksanakan. Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian
iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur (Chow Fook Meng dan Jaizah
Mahamud, 2011). Dalam pemerhatian tersebut, pengkaji telah memberikan 4 keping
kad ayat matematik dan responden telah diminta untuk menjawab soalan tersebut
menggunakan Neraca Nombor.
15

5.2.2 Analisis Dokumen


Selain itu, pengkaji telah menggunakan analisis yang diberikan dalam bentuk lembaran
kerja kepada responden bagi mendapatkan data mengenai kajian ini. Soalan-soalan
tugasan yang telah pengkaji sediakan kepada responden dapat menguji kemahiran yang
telah difokuskan dari aspek kemahiran menjawab soalan dan tempoh menjawab bagi
semua soalan tersebut dengan menggunakan bahan dan intervensi yang disediakan.
Pemerhatian tersebut telah dijalankan di dalam kelas sebanyak 3 kali interaksi
pengajaran dan pembelajaran bersama 3 orang responden berkenaan dengan
menggunakan borang senarai semak (Lampiran 5). Tugasan tersebut telah diberikan
secara bertulis kepada responden dalam tempoh masa kira-kira 15 minit bagi setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Tugasan 1 merujuk kepada Lampiran 6, tugasan 2
merujuk kepada Lampiran 7 dan tugasan 3 merujuk kepada Lampiran 8. Pengkaji telah
memastikan responden menggunakan bahan bantu mengajar dan melakukan intervensi
semasa menyelesaikan tugasan yang dikemukakan bagi menguji keberkesanan intervensi
dan bahan bantu mengajar berkenaan.
5.2.3 Soal Selidik
Pengkaji juga telah mengumpul maklumat berkaitan keberkesanan intervensi yang
dijalankan ini melalui soal selidik. Soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan
untuk mengukur tingkah laku responden. Pengkaji telah menjalankan soal selidik ini
bersama-sama responden dalam tempoh masa 5 minit setelah responden menjalani
intervensi semasa sesi interaksi yang terakhir. Soal selidik yang telah dijalankan ini
merangkumi perasaan responden semasa menggunakan intervensi, adakah intervensi ini
mudah dan senang untuk digunakan, kebolehan responden menggunakan intervensi dan

16

keupayaan intervensi tersebut membantu responden menyelesaikan soalan operasi


tambah.
Item-item soal selidik ini disediakan bagi mendapatkan maklumat mengenai
perasaan dan kebolehan responden ketika menggunakan Neraca Nombor. Maklumat
tersebut telah direkodkan dalam borang yang telah disediakan (Lampiran 9) dan
mengandungi 4 item soalan seperti berikut:
1. Adakah murid gembira menggunakan Neraca Nombor?
2. Adakah Neraca Nombor mudah dan senang untuk digunakan?
3. Adakah murid dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran?
4. Adakah Neraca Nombor dapat membantu murid menyelesaikan operasi tambah?
6.0
DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Setiap kajian yang dijalankan perlu dikemukakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan
sah bagi memastikan kajian tersebut mempunyai tahap ketepatan, kebolehpercayaan dan
kesahan yang tinggi.

Keberkesanan tindakan intervensi dapat diukur melalui hasil

dapatan data-data yang telah diperoleh semasa dan selepas intervensi dijalankan.
Melalui dapatan data yang telah dikumpul,pengkaji telah menggunakan kaedah analisis
pemerhatian, analisis hasil tugasan dan analisis borang soal selidik untuk menganalisis
data tersebut.
6.1
Analisis Pemerhatian
Instrumen pertama yang telah pengkaji gunakan ialah pemerhatian.

Pengkaji telah

menjalankan pemerhatian dalam kajian tindakan ini untuk melihat kesesuaian


penggunaan Neraca Nombor dalam meningkatkan kemahiran hasil tambah tambah
dalam lingkungan 20.

Pemerhatian ini dilakukan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan menggunakan Neraca Nombor.


Pemerhatian pertama dilakukan untuk menilai kemampuan responden menguasai
penggunaan Neraca Nombor yang dilihat melalui tempoh masa yang diambil oleh

17

responden menjawab soalan dan ketepatan responden memberikan jawapan sama ada
betul () atau salah (X). (Lampiran 4).
Berdasarkan pemerhatian ini, pada peringkat awal penggunaan Neraca Nombor,
responden mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan jawapan bagi dua
soalan yang diberikan. Namun begitu, responden dapat menjawab dua soalan yang
seterusnya dalam tempoh masa yang semakin pendek.

Hasil pemerhatian telah

dianalisis di dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Masa yang diambil oleh responden untuk menjawab soalan


Responden / Tempoh Masa (saat)
Bil.

Soalan

1.

Responden A

Responden B

Responden C

6+5=

120 saat

163 saat

90 saat

2.

3+6=

120 saat

160 saat

78 saat

3.

9+4=

84 saat

137 saat

70 saat

4.

5+8=

80 saat

123 saat

62 saat

Berdasarkan analisis pemerhatian pertama, dalam Jadual 2 didapati pada


peringkat awal penggunaan Neraca Nombor, responden A, B dan C telah mengambil
masa yang lama untuk menjawab soalan yang diberikan tetapi selepas beberapa kali
menjalankan intervensi, semua responden telah berjaya meningkatkan kefahaman untuk
menambah dengan lebih cepat. Bagi soalan 1 iaitu 6 + 5 =, responden A mengambil
masa untuk menjawab soalan tersebut selama 120 saat, responden B selama 163 saat dan
responden C selama 90 saat. Masa yang diambil oleh responden B untuk menjawab
soalan 1 adalah paling lama berbanding masa yang diambil oleh responden A dan

18

responden C kerana responden B sukar menumpukan perhatiannya terhadap intervensi


yang dijalankan.
Kemudian, bagi soalan 2 iaitu 3 + 6 =, responden A yang dikategorikan sebagai
slow learner dan mempunyai sedikit ciri-ciri hiperaktif mengambil masa selama 120 saat
untuk menjawab soalan tersebut dan responden B mengambil masa selama 160 saat.
Responden C menjawab soalan 2 selama 78 saat kerana responden C mematuhi arahan
yang diberikan oleh pengkaji semasa di awal sesi interaksi. Masa yang diambil oleh
responden A, B dan C menjawab soalan 3 iaitu 9 + 4 =, ialah selama 84 saat, 137 saat
dan 70 saat. Masa yang diambil oleh responden B yang mengalami masalah slow
learner adalah paling lama jika dibandingkan dengan responden A dan responden C.
Responden A, B dan C masing-masing mengambil masa yang semakin singkat
bagi menjawab soalan 4 iaitu 5 + 8 =. Responden A menjawab soalan 4 selama 80 saat,
responden B selama 123 saat dan responden C mengambil masa yang paling singkat
iaitu 62 saat setelah melakukan beberapa kali intervensi. Perbezaan masa yang diambil
oleh responden A semasa menjawab soalan 1 dan 4 adalah selama 40 saat menunjukkan
bahawa responden A berjaya melakukan intervensi dengan lebih cepat kerana responden
A merupakan seorang responden yang mudah belajar. Sementara itu, responden C
merupakan seorang responden yang mempunyai kemampuan yang sangat baik dalam
pelajarannya kerana dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dalam tempoh masa
yang semakin singkat berbanding responden A dan B dengan tempoh masa menjawab
soalan antara 90 saat hingga 62 saat sahaja.
Berdasarkan Jadual 2 tersebut, dapat dirumuskan bahawa responden A, B dan C
dapat menjawab keempat-empat soalan operasi tambah yang diberikan dalam tempoh
masa yang semakin singkat walaupun pada awalnya mereka menghadapi kesukaran
untuk melakukan intervensi. Semasa menjawab soalan 3 dan 4, responden A, B dan C
19

semakin mahir dalam melakukan intervensi berkenaan berdasarkan peningkatan tempoh


masa yang semakin baik yang diambil oleh mereka untuk menjawab soalan.
Dalam pemerhatian yang dilakukan itu juga, ketepatan responden menjawab
soalan tambah dalam lingkungan 20 dengan bantuan Neraca Nombor dapat dilihat.
Jadual 3 di bawah menerangkan analisis pemerhatian tersebut.
Jadual 3 : Ketepatan jawapan yang diberikan oleh responden
Ketepatan jawapan ( / x )
Responden

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Soalan 4

Data di atas menunjukkan bahawa terdapat 2 kesalahan semasa menjawab soalan


1 yang dilakukan oleh 2 orang responden iaitu responden A dan B yang tidak dapat
menjawab soalan operasi tambah dengan betul dan tempoh masa menjawab soalan yang
paling lama berbanding responden C kerana tidak dapat memahami konsep penggunaan
intervensi tersebut dengan baik berikutan pertama kali menggunakannya. Terdapat 1
kesalahan yang dilakukan oleh responden B semasa menjawab soalan 2 kerana tidak
mengingati langkah-langkah semasa melakukan intervensi dengan betul sehingga
menyebabkan responden B mendapat jawapan yang salah bagi soalan 2. Bagi soalan 3,
responden B masih melakukan kesilapan dan menyebabkan terdapat 1 kesalahan semasa
responden menjawab soalan 3 tersebut kerana responden B masih mengulangi kesilapan
yang sama semasa menjalankan intervensi. Bagi soalan 4, responden A, B dan C
20

menjawab soalan tersebut dengan betul kerana telah menguasai intervensi yang
dijalankan dengan baik.
Secara keseluruhannya, responden dapat menjawab soalan operasi tambah yang
diberikan dengan betul setelah menguasai langkah-langkah intervensi dengan betul.
Hasilnya, responden A, B dan C telah menjawab soalan 4 dengan betul iaitu setelah
berjaya memahami dan melakukan cara menjalankan intervensi yang betul dan sekaligus
dapat membuktikan bahawa intervensi yang dilakukan oleh responden A, B dan C telah
membantu meningkatkan kefahaman mereka untuk menyelesaikan hasil tambah dalam
lingkungan 20.

6.2

Analisis Dokumen

Dokumen tugasan yang berbentuk lembaran kerja diberikan kepada responden setiap
kali mereka selesai menjalani aktiviti intervensi. Tugasan ini mengandungi 10 soalan
operasi tambah yang hasilnya adalah dalam lingkungan 20.

Soalan tugasan telah

diberikan kepada responden setiap kali mereka selesai menjalani aktiviti intervensi bagi
melihat pencapaian responden setelah menjalani aktiviti intervensi. Melalui tugasan ini
juga, tahap penguasaan bahan oleh responden turut direkodkan.

Rumus pengiraan

peratus markah tugasan diperoleh dengan membahagikan jumlah soalan yang berjaya
dijawab oleh responden dengan jumlah semua soalan yang diberikan dan didarabkan
dengan 100 bagi mendapatkan peratus markah.
Data yang telah dikumpulkan pula direkodkan dalam bentuk peratus dan
dicatatkan dalam Jadual 4. Berdasarkan markah yang diperoleh, analisis keputusan dari
21

Jadual 4 menunjukkan bahawa responden A, B dan C boleh menjawab soalan yang


diberikan kerana ketiga-tiga respoden ini telah menjalani intervensi kali pertama dengan
menggunakan Neraca Nombor dalam aktiviti Meletak Objek dan Cuba Jaya.

Jadual 4 : Analisis ketiga-tiga hasil tugasan


Tugasan

Peratus
markah
betul

Peratus
markah
betul
Tugasan
2

Peratus
markah
betul

Responden

Tugasan
1

Tugasan
3

8/10

80%

8/10

80%

10/10

100%

6/10

60%

7/10

70%

8/10

80%

9/10

90%

10/10

100%

10/10

100%

Merujuk kepada jadual 4 di atas, semasa sesi interaksi pertama dijlankan iaitu
apabila pengkaji memberikan tugasan 1, responden A berjaya menjawab 8 daripada 10
soalan tambah yang diberi dengan betul. Responden B menunjukkan prestasi yang agak
lemah pada peringkat awal iaitu berjaya menjawab hanya 6 daripada 10 soalan dengan
betul. Responden C berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan betul dalam tugasan
1. Berdasarkan semakan hasil tugasan 1, responden A mendapat markah sebanyak 80%,
responden B mendapat markah sebanyak 60%

sementara responden C mendapat

markah sebanyak 90%. Semasa sesi interaksi pertama ini, pengkaji telah meminta setiap
responden menjawab soalan di mana responden diminta untuk menggunakan Neraca
Nombor dan mencari jawapan yang betul bagi soalan operasi tambah yang diberikan
22

iaitu tugasan 1 (Lampiran 6). Tugasan ini diberikan selepas responden menjalankan
aktiviti Menyusun Kad. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pengkaji mendapati
terdapat responden yang masih belum menguasai aktiviti tersebut dan hal ini mendorong
pengkaji untuk memberikan lagi latihan kepada responden dalam bentuk lembaran kerja
yang lain.
Pengkaji telah memberikan set lembaran kerja yang kedua atau tugasan 2 kepada
responden A, B dan C (Lampiran 7). Berdasarkan hasil tugasan tersebut, terdapat
peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran hasil operasi tambah dalam
lingkungan 20 yang dibuktikan melalui keputusan tugasan yang diberikan selepas tamat
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi sesi interaksi kedua. Bagi tugasan 2, responden
A berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan tambah yang diberi dengan betul. Setelah
menjalankan aktiviti selanjutnya pada interaksi kedua, responden B menunjukkan
peningkatan dalam amalan penggunaan intervensi bagi menyelesaikan operasi tambah.
Responden B dapat memberikan 7 daripada 10 jawapan berdasarkan soalan yang diberi
dengan betul dalam tugasan 2.

Pengkaji mendapati bahawa responden C telah

menunjukkan kemajuan dengan memberikan jawapan yang betul bagi keseluruhan 10


soalan operasi tambah yang diberikan dalam tugasan 2 kerana kemampuan daya
kefahaman yang diperolehi oleh responden C semasa interaksi kali pertama dan kedua
menggunakan Neraca Nombor.

Keputusan markah yang diperoleh menunjukkan

peningkatan jika dibandingkan dengan keputusan markah bagi tugasan 1 khususnya


markah responden B dan C. Markah yang diperolehi responden A adalah sama dengan
keputusan tugasan 1 iaitu sebanyak 80%. Responden yang menunjukkan peningkatan
markah merupakan responden B dan C iaitu masing-masing mendapat markah sebanyak
23

70% dan 100%. Responden A, B dan C mula menunjukkan peningkatan markah yang
baik dalam tugasan 2 yang diberikan oleh pengkaji.
Pengkaji mendapati dua orang responden iaitu responden B dan C semakin
memberikan respon yang positif terhadap soalan-soalan operasi tambah yang
dikemukakan.

Seterusnya, pengkaji telah memberikan lagi tugasan kepada semua

responden untuk melihat sama ada mereka benar-benar telah menguasai kemahiran
operasi tambah seperti yang telah difokuskan atau masih menghadapi masalah untuk
menyelesaikannya iaitu dalam tugasan 3 (Lampiran 8). Berdasarkan semakan terhadap
tugasan 3, pengkaji mendapati responden A dan C telah menunjukkan kemajuan dengan
memberikan jawapan yang betul bagi keseluruhan 10 soalan operasi tambah yang
diberikan dan responden B dapat memberikan 8 daripada 10 jawapan dengan betul.
Berdasarkan markah bagi tugasan ini, responden A telah menunjukkan peningkatan
markah dengan mendapat markah penuh iaitu 100% . Responden B sekali lagi telah
menunjukkan peningkatan markah iaitu dengan mendapat 80% berbanding sebelumnya
iaitu 70%. Responden C masih berjaya mengekalkan markah tugasannya iaitu dengan
mendapat markah penuh. Berdasarkan hasil tugasan 3, markah yang diperoleh oleh
responden A, B dan C menunjukkan kesan intervensi yang dijalankan dapat
meningkatkan pencapaian ketiga-tiga responden tersebut dalam setiap tugasan yang
diselesaikan oleh mereka.
Responden A dan C yang mendapat markah tugasan penuh tidak perlu lagi
meletakkan objek satu per satu pada nombor untuk mendapatkan hasil tambah
sebaliknya hanya meletakkan objek terus pada nombor yang terbesar bagi dua nombor
yang dijadikan soalan operasi tambah. Hal ini menunjukkan bahawa responden A dan C
24

telah memahami nilai hasil tambah yang akan diperolehi adalah melebihi nilai nombor
yang

terbesar

pada

soalan

tambah

yang

diberikan.

Peningkatan

yang

memberangsangkan ini telah membuktikan bahawa intervensi yang dijalankan terbukti


berkesan bagi responden A dan C. Pengkaji mendapati bahawa latih tubi perlu diberikan
kepada responden B yang mendapat markah sebanyak 60% dalam tugasan 1. Oleh itu,
pengkaji telah memberikan beberapa latihan kepada responden C dalam sesi interaksi
yang seterusnya.
Dalam sesi interaksi yang ketiga, didapati intervensi ini telah menunjukkan kesan
positif kepada semua responden di mana pengkaji dapat melihat terdapat beberapa
peningkatan dalam keputusan yang diperolehi responden A, B dan C dalam penguasaan
kemahiran hasil operasi tambah dalam lingkungan 20. Hal ini dapat dilihat apabila
responden A, B dan C sudah cekap mengendalikan Neraca Nombor tanpa memerlukan
proses cuba jaya yang terlalu lama untuk mendapatkan hasil tambah berdasarkan soalan
yang diberi.
Responden B mula mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan apabila
memperoleh markah sebanyak 80% berbanding markah pada peringkat awalnya iaitu
hanya 60%. Responden A juga menunjukkan peningkatan prestasi apabila memperoleh
markah sebanyak 100% dan begitu juga dengan responden C. Semua keputusan yang
diperoleh dalam tugasan yang terakhir ini menunjukkan peningkatan sekali gus
membuktikan bahawa penggunaan Neraca Nombor mampu membantu murid
bermasalah pembelajaran meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dengan
hasil dalam lingkungan 20. Keputusan yang lebih jelas telah pengkaji rekodkan melalui
rajah di bawah (Rajah 6).
25

76.7%

83.3%

93.3%

Rajah 6 : Graf keputusan hasil tugasan dan purata peratus skor


Sehubungan itu, berdasarkan graf bar dalam Rajah 7 di bawah menunjukkan
perubahan pencapaian responden A, B dan C yang dapat dilihat melalui tugasan yang
berbentuk lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji. Bar yang berwarna biru adalah
mewakili responden A.

Sementara itu, bar yang berwarna merah adalah mewakili

responden B manakala bar yang berwarna hijau mewakili responden C.

Paksi x

menunjukkan tugasan yang disiapkan oleh ketiga-tiga responden manakala paksi y


menunjukkan skor markah yang diperoleh oleh setiap responden dalam setiap tugasan.
Responden A, B dan C hanya berjaya menjawab 2 hingga 3 daripada 10 soalan
operasi tambah dalam lingkungan 20 berdasarkan pemerhatian bersama guru kelas
Saintis sebelum menggunakan intervensi. Pada peringkat awal penggunaan intervensi,
purata peratus skor yang diperoleh oleh responden A, B dan C dalam tugasan 1 ialah
sebanyak 76.6%. Responden A, B dan C berjaya menjawab beberapa soalan semasa
26

tugasan 1 diberikan.

Responden A mendapat 8 skor dalam tugasan 1 manakala

responden B mendapat skor yang paling rendah iaitu sebanyak 6 skor. Responden C
mendapat skor yang tertinggi dalam tugasan 1 jika dibandingkan dengan responden A
dan responden B dengan mendapat skor sebanyak 9 walaupun pada peringkat awal
penggunaan intervensi ini kerana responden C dapat mematuhi arahan untuk
menggunakan intervensi dengan tepat dan mematuhi arahan pengkaji untuk menyiapkan
tugasan yang diberi.
Berdasarkan tugasan 2, purata peratus skor bagi ketiga-tiga responden dalam
telah meningkat kepada 83.3% berbanding purata peratus skor bagi tugasan 1.
Responden A tidak menunjukkan peningkatan kerana masih mendapat skor yang sama
dengan tugasan 1 iaitu sebanyak 8 skor. Responden B mula menunjukkan peningkatan
apabila dapat menjawab soalan dalam tugasan 2 dengan mendapat sebanyak 7 skor dan
begitu juga dengan responden C yang turut meningkat pencapaiannya dengan mendapat
skor yang penuh iaitu 10.
Terdapat peningkatan dari segi purata peratus skor responden A, B dan C dalam
tugasan 3 kerana masing-masing telah mendapat skor yang lebih banyak berbanding
tugasan-tugasan yang sebelumnya iaitu sebanyak 93.3%.

Responden A, B dan C

menunjukkan peningkatan dalam jumlah skor yang diperoleh.

Responden A dan

responden C mendapat skor yang penuh iaitu 10 skor dalam tugasan 3 ini berbanding
dengan skor yang diperolehi dalam tugasan 1 iaitu sebanyak 8 skor bagi responden A
dan 9 skor bagi responden C. Pencapaian responden B terus meningkat dari tugasan 1
hingga 3. Responden B mendapat 8 skor dalam tugasan 3 dan peningkatan yang dicapai
oleh responden B dilihat semakin baik dari semasa ke semasa.
27

Secara keseluruhannya, purata peratus skor bagi tugasan 1, tugasan 2 dan tugasan
3 telah meningkat seiring dengan peningkatan skor yang diperolehi responden A, B dan
C dalam setiap tugasan yang diberikan. Pengkaji mendapati semua responden semakin
mahir menggunakan intervensi yang disediakan.

6.2.1

Perbandingan Min Masa Bagi Setiap Tugasan

Catatan masa diambil telah diambil oleh pengkaji ketika responden melakukan
intervensi dan menyiapkan tugasan yang diberikan. Catatan masa menjawab soalan
tugasan bagi setiap sesi interaksi direkodkan di dalam borang senarai semak (Lampiran
5). Min masa menyelesaikan soalan bagi setiap tugasan dicari bagi tujuan mendapatkan
perbandingan masa untuk ketiga-tiga tugasan tersebut. Rumus pengiraan min masa
diperoleh dengan membahagikan tempoh masa yang diambil oleh responden dengan
jumlah soalan yang diberikan. Data yang telah dikumpul direkodkan dalam unit saat
dan dicatatkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 : Min masa murid menyiapkan tugasan
Min masa (saat)/ soalan*
Responden

Tugasan 1

Tugasan 2

Tugasan 3

84

82

81

132

98

95

62

60

60

*Berdasarkan bacaan pada jam randik

28

Berpandukan Jadual 5, purata masa responden A menyiapkan setiap soalan


tugasan bagi tugasan 1 ialah selama 84 saat.

Purata masa yang direkodkan bagi

responden A menyiapkan setiap soalan tugasan 2 dan 3 ialah selama 82 dan 81 saat.
Responden B menjawab setiap soalan tugasan 1 dalam tempoh masa 132 saat.
Responden B menunjukkan peningkatan yang baik apabila hanya mengambil masa
selama 98 saat bagi menjawab setiap soalan dalam tugasan 2 dan 95 saat bagi setiap
soalan tugasan 3.
Purata masa yang diambil oleh responden C untuk menjawab ketiga-tiga soalan
tugasan ialah yang paling singkat iaitu selama 62 saat bagi menjawab setiap soalan
tugasan 1 dan bagi tugasan 2 dan tugasan 3, responden C berjaya menjawab setiap
soalan yang diberikan selama 60 saat sahaja. Secara keseluruhannya, setiap responden
berjaya menunjukkan peningkatan kecekapan mereka dalam menggunakan neraca
nombor berdasarkan min masa yang semakin singkat semasa menjawab satu-satu soalan
operasi tambah yang diberikan.

6.3

Analisis Borang Soal Selidik

Selepas menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


intervensi bersama responden, pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada responden
A, B dan C. Pengkaji telah merekod data bagi soal selidik ini di dalam borang yang
telah disediakan dan telah dianalisis melalui Jadual 6 di bawah.

29

Jadual 6 : Analisis borang soal selidik

Bil.

Item

Responden / Keputusan Soal Selidik


(YA/TIDAK)
Responden
A

Responden
B

Responden
C

1.

Adakah murid gembira


menggunakan Neraca Nombor?

YA

YA

YA

2.

Adakah Neraca Nombor mudah


dan senang untuk digunakan?

YA

TIDAK

YA

3.

Adakah murid dapat


menggunakan Neraca Nombor
dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran?

YA

TIDAK

YA

4.

Adakah Neraca Nombor dapat


membantu murid menyelesaikan
operasi tambah?

YA

YA

YA

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa responden


A, B dan C memberikan respon positif terhadap penggunaan intervensi ini. Responden
A, B dan C berasa gembira semasa menggunakan Neraca Nombor yang disediakan
kerana mereka dapat menyusun kad-kad nombor pada Neraca Nombor dan cuba mencari
jawapan bagi soalan yang diberikan dengan meletakkan magnet yang berlainan warna
pada penyangkut yang disediakan.
Pengkaji mendapati 2 orang responden iaitu responden A dan C telah
menyatakan bahawa mereka dapat menggunakan Neraca Nombor dengan mudah dan
senang berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan kerana cara penggunaanya yang

30

mudah. Responden A dan responden C dapat menggunakan Neraca Nombor dalam


setiap sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa bimbingan daripada pengkaji. Dalam hal
ini, pengkaji hanya melakukan pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh
responden. Responden B mengalami sedikit kesukaran semasa menggunakan Neraca
Nombor. Masalah yang dihadapi oleh responden B ialah kurang fokus terhadap aktiviti
yang sedang dilakukan olehnya kerana asyik melihat aktiviti yang dilakukan oleh murid
dari kelas yang lain. Responden B didapati sering terleka melihat sesuatu yang lain dan
hal ini menyebabkan responden B mengambil masa yang lama untuk menyiapkan soalan
yang diberikan.
Responden A dan responden C dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik
dalam aktiviti pembelajaran hasil daripada soal selidik yang dijalankan. Responden A
dan responden C dapat menggunakan intervensi yang disediakan mengikut urutan yang
betul sehingga berjaya mendapatkan jawapan bagi soalan operasi tambah yang diberi.
Responden B tidak dapat menggunakan Neraca Nombor dengan baik dalam aktiviti
pembelajaran kerana sikapnya yang terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan dan
akibatnya responden B meninggalkan beberapa langkah penggunaan intervensi yang
telah ditetapkan oleh pengkaji. Keadaan ini semakin menyukarkan responden B mencari
jawapan kepada soalan operasi tambah yang diberikan oleh guru lalu mengambil masa
yang agak lama.
Penggunaan Neraca Nombor juga dapat membantu responden A, B dan C
menyelesaikan operasi tambah terutamanya dalam lingkungan 20. Responden dapat
mencari jawapan bagi soalan-soalan operasi tambah dengan hasil dalam lingkungan 20
dengan lebih tepat.

Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum intervensi ini


31

diperkenalkan, responden A, B dan C tidak dapat membuat operasi tambah dalam


lingkungan 20 dengan tepat. Responden dapat memberikan jawapan yang tepat pada
kebanyakan soalan operasi tambah yang diberikan setelah menggunakan intervensi ini.
Responden A dan responden C berjaya menjawab semua soalan tambah yang diberikan
dalam tugasan 3 (lembaran kerja) dengan tepat tanpa melakukan kesilapan. Responden
B berjaya menjawab sebanyak 8 daripada 10 operasi tambah yang diberikan dengan
betul dalam tugasan 3. Data ini telah membuktikan bahawa Neraca Nombor yang
digunakan dapat membantu responden menyelesaikan operasi tambah.

7.0

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan perkembangan dan tindak balas yang
positif diberikan oleh responden. Analisis pemerhatian, hasil tugasan dan soal selidik
telah membuktikan bahawa ketiga-tiga langkah intervensi yang dijalankan mendapat
komitmen yang baik dan amat berkesan serta dapat membantu meningkatkan
penguasaan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 dalam kalangan murid
bermasalah pembelajaran.
Pada peringkat awal iaitu sebelum kajian ini dilaksanakan, kutipan data awal
yang dilakukan oleh pengkaji melalui ujian diagnostik, semakan hasil kerja murid dan
temu bual bersama guru yang mengajar responden berkenaan telah menunjukkan
bahawa keputusan mereka adalah tidak memuaskan.

Data awal yang dikumpul

membuktikan bahawa responden A, B dan C tidak dapat memperoleh hasil tambah


melebihi nilai 10 dengan tepat apabila diberikan soalan-soalan kepada mereka kerana
32

responden A sering lupa dengan pengiraan pembilang-pembilang yang digunakan


olehnya semasa mengira. Responden A sering berbual bersama rakannya dan guru lain
semasa menjawab soalan yang diberikan kepadanya.

Responden A hanya akan

menjawab soalan yang diberikan apabila ditegur oleh pengkaji.


Responden B hanya dapat menjawab soalan yang diberikan apabila melakukan
pengiraan dengan menggunakan pembilang dengan bantuan daripada guru. Responden
ini menyatakan kekeliruannya untuk menggunakan pembilang yang dilihatnya terlalu
banyak. Responden C pula mengambil masa yang lama untuk mengira menggunakan
pembilang. Oleh itu, pengkaji telah memperkenalkan penggunaan Neraca Nombor yang
diubah suai daripada alat penimbang yang digunakan untuk mengukur berat sesuatu
objek.
Bagi memantapkan lagi kajian ini, pengkaji telah membaca buku-buku yang
berkaitan bagi mendapatkan maklumat untuk membantu pengkaji menjalankan aktiviti
intervensi kepada responden tersebut.

Akhirnya, pengkaji telah memilih untuk

menggunakan Neraca Nombor untuk memudahkan responden menambah nombornombor yang hasilnya melebihi nilai 10 bagi mengatasi masalah penggunaan pembilang
yang mengelirukan dan masalah penggunaan jari yang tidak mencukupi untuk
menambah melebihi nilai 10.
Objektif kajian yang ditetapkan telah berjaya dicapai kerana penggunaan Neraca
Nombor dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 20 bagi
murid bermasalah pembelajaran. Neraca Nombor ini merupakan bahan intervensi yang
mudah untuk digunakan kerana membolehkan semua responden mendapatkan hasil

33

tambah dua nombor dengan hanya menyangkutkan magnet pada cangkuk besi yang
tersedia di setiap nombor. Responden akan memperoleh jawapan hasil tambah dua
nombor berkenaan apabila dapat menyeimbangkan Neraca Nombor tersebut sehingga
menjadi lurus. Hal ini telah dibuktikan apabila responden menunjukkan kemajuan
mereka dengan memberikan jawapan yang tepat kepada soalan-soalan operasi tambah
yang diberikan dan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab soalan tugasan
telah dapat dikurangkan dari setiap sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.
Semua responden dilihat dapat menjalani pembelajaran dalam suasana yang
terkawal.

Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, ketiga-tiga

responden iaitu responden A, B dan C menunjukkan minat yang tinggi untuk


menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Responden dapat menyelesaikan operasi
tambah yang diberikan dengan lebih baik dari semasa ke semasa dan hal ini
menyebabkan responden berasa lebih gembira dan bersemangat ketika menjalankan
aktiviti.
Sungguhpun begitu, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki. Intervensi
tersebut tidak dapat digunakan oleh responden dalam jumlah yang ramai pada satu-satu
masa. Hanya seorang responden sahaja dapat menggunakan intervensi tersebut semasa
menjawab soalan operasi tambah yang diberikan. Responden dikehendaki menunggu
giliran masing-masing untuk menggunakan intervensi berkenaan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

34

Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang dapat dikenal pasti melalui


pelaksanaan intervensi ini.

Penggunaan intervensi ini dapat mempelbagaikan lagi

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Latihan yang diberikan secara latih tubi dan
beransur maju kepada responden dapat meningkatkan kemahiran menyusun urutan
nombor dalam tertib menaik dan menurun serta

membolehkan responden

menyelesaikan operasi tambah dengan lebih berkesan. Selain latihan, intervensi ini
dapat digunakan semasa melaksanakan aktiviti set induksi dan kuiz. Responden juga
dilihat berupaya menerima arahan daripada pengkaji pada setiap kali sesi interaksi
dijalankan dan akhirnya dapat melakukan setiap aktiviti dengan baik.
Secara keseluruhannya, pengkaji amat berpuas hati kerana hasil dapatan daripada
penggunaan intervensi ini menunjukkan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan dapat
memberikan perubahan dan peningkatan tahap responden dalam kemahiran yang telah
difokuskan.

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan Neraca Nombor telah berjaya
membantu responden menguasai kemahiran menambah dua nombor sama ada nombor 1
digit dengan nombor 1 digit atau nombor 1 digit dengan nombor 2 digit lain dalam
lingkungan 20 bagi murid bermasalah pembelajaran. Berdasarkan skor yang semakin
banyak diperolehi responden dan masa yang semakin singkat yang telah diambil oleh
responden untuk menyelesaikan operasi tambah dalam lembaran kerja semasa sesi
interaksi dijalankan membuktikan bahawa kajian ini telah berjaya dijalankan.
35

Berdasarkan masalah yang timbul dalam kitaran pertama ini, pengkaji


merancang untuk membuat beberapa penambahbaikan. Pengkaji akan membaca jurnaljurnal kajian yang lepas dengan lebih banyak lagi bagi mendapatkan idea untuk
menambah baik intervensi supaya dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih
menarik dan berkesan.

Melalui pembacaan tersebut, pengkaji yakin bahawa lebih

banyak pengetahuan dan idea menarik yang akan pengkaji perolehi dari semasa ke
semasa.
Pengkaji juga bercadang untuk melakukan penambahbaikan dari aspek saiz
bahan bantu mengajar yang disediakan. Saiz bahan bantu mengajar yang lebih sesuai
dan mudah dibawa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat membantu
keberkesanan proses pembelajaran murid.
Berdasarkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan
peratusan kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20 bagi kumpulan sasaran,
pengkaji bercadang untuk memantapkan lagi intervensi ini dari aspek kaedah
penggunaan yang lebih mudah supaya responden dapat menguasai kemahiran
menambah dalam lingkungan nombor yang lebih besar. Pengkaji bercadang untuk
menambah baik intervensi iaitu dengan menghasilkan Neraca Nombor Elektronik yang
lebih canggih supaya

dapat membantu murid bermasalah pembelajaran menambah

nombor-nombor lebih banyak jumlah hasilnya.


Kesimpulannya, pengkaji yakin bahawa penggunaan Neraca Nombor dapat
mencapai objektif yang ditetapkan dan dapat membantu responden menguasai
kemahiran hasil tambah dalam lingkungan 20.

36

9.0

SENARAI RUJUKAN

Alis Bin Puteh. (2009). Kajian tindakan di sekolah. Kedah : Pure Honey Enterprise.
Amin Senin. (1993). Memahami matematik prasekolah & sekolah rendah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Baharin Shamsudin. (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik untuk sekolah


rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Bob Williams et all. (2010). Matematik prasekolah. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve
Holdings Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & amalan
dalam pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia)
Sdn.Bhd.

Effandi Zakaria. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan bilik darjah dan tingkah
laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

John L. Marks et all. (1988). Metode pengajaran matematika untuk sekolah dasar.
Jakarta : P. T. Gelora Aksara Pratama.

K.A Raziyah. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Kraus. (1990). Childrens mathematic : The Learning Process. New York : D Van
Nostrand.
37

Leonard M. Kennedy. (1984). Guiding childrens learning of mathematics. United States


of America : Library of Congress Cataloging in Publication Data.

Mok Soon Sang. (1989). Psikologi, strategi pengajaran dan penilaian matematik.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian matematik untuk


Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

diploma perguruan. Kuala

Noor Shah Saad. (2001). Teori dan perkaedahan pendidikan matematik. Selangor :
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.

Prof. Madya Dr. Lim Chap Sam etc all. (2003). Alaf baru mengajar matematik. Kuala
Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rosalind Charlesworth & Deanna J. Radeloff. (1991). Experiences in math for young
children. New York : Delmar Publisher Inc.

Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications


& Distributors Sdn. Bhd.

Sharon MacDonald. (2010). Cepat matematik. Kuala Lumpur : Al-Ameen Serve


Holdings Sdn. Bhd.

Wan Maziah Hamzah. (1997). Bantu anak anda mempelajari matematik. Kuala
Lumpur : Medan Press Sdn. Bhd.

38

Vous aimerez peut-être aussi