Vous êtes sur la page 1sur 38

Sistem Suria

TEORI SEMULA JADI SISTEM SOLAR


Sistem solar terjadi daripada kepulan
gas- gas dan debu- debu yang besar.
Ahli astronomi menamakan awan- awan gas
ini sebagai Nebula.
Nebula ini kemudiannya mengecut dan
runtuh. Keruntuhan ini berlaku disebabkan
oleh graviti yang menarik setiap objekobjek dan jasad- jasad yang terdapat di
sekitarnya.

Sambungan
Kepulan debu dan gas di dalam Nebula ini mula
menarik antara satu sama lain untuk
menjadikannya lebih tumpat, lebih padat dan
berjisim.
Kepulan awan ini akan mengecut dan pada masa
yang sama, ianya juga berputar (spinning).
Sampai pada satu tahap, ianya bertukar menjadi
piring (disk) yang tebal dengan unjuran yang besar
di tengah- tengahnya.
Unjuran yang berada di tengah- tengah tersebut
akan memastikan ianya tetap mengecut bagi
memastikan keadaan menjadi bertambah tumpat
dan padu.

Sambungan

Apabila ianya semakin tumpat, maka ianya


menjadi panas dan mempunyai haba yang
tinggi.
Haba tersebut datangnya dari tenaga yang
dihasilkan daripada perlanggaran zarah- zarah.
Apabila nebula itu runtuh, keabadian
momentum sudut bermakna ia berputar
semakin laju dan semakin panas.
Campuran daya-daya graviti, tekanan gas,
medan magnet dan putaran menyebabkan
nebula yang mengecut itu mula mendatar
menjadi cakera protoplanet berputar dengan
protobintang yang semakin mengecut di
tengah.

Sambungan

Matahari, planet- planet dan jasad- jasad lain mula


terbentuk apabila kepulan awan ini runtuh (collapsed) di
bawah pengaruh graviti.
Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet
terjadi.
Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi
akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil
nebula suria
Selepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan
hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar
untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran
termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah
keseimbangan hidrostatik diperolehi.
Angin suria Matahari baru itu kemudiannya
membersihkan semua gas dan debu dalam cakera
protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam,
dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.

BIMA SAKTI
Merupakan salah satu daripada 500 juta galaksi
di alam semesta.
Merupakan sekumpulan bintang, planet yang
berputar mengelilingi alam semesta ini.
Juga dikenali sebagai Milky Way
Terdapat sistem suria di dalam galaksi ini.
Merupakan sistem bintang berbentuk piring rata.
Terdapat berjuta- juta bintang dan salah
satunya ialah Matahari.
Bimasakti berbentuk pusar

AHLI-AHLI SISTEM SURIA


Sistem Suria terdiri daripada
Matahari, 9 buah planet,
asteroid, komet, meteor dan
meteoroit.
Matahari adalah pusat Sistem
Suria dan jasad-jasad yang lain
dalam Sistem Suria beredar
mengelilingi Matahari.

MATAHARI
Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria.
Matahari mengandungi lebih daripada 99 % jumlah jirim
dalam Sistem Suria.
Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua
jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya.
Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan
oleh gas-gas yang amat panas, hampir semuanya hidrogen
dan helium.

Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok

hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok


hitam, terdapat letusan gas yang disebut nyala suria. Nyala suria
berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit.
Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh

mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut


prominen.
Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan asas

bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting kepada


hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada
tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

PLANET-PLANET
DALAM
SISTEM SURIA

Planet ialah nama yang diberikan kepada


jasad besar berbentuk sfera yang
beredar mengelilingi Matahari.
Terdapat sembilan planet dalam Sistem
Suria.

UTARID
Planet ini kecil dan paling dekat
dengan matahari. (57.9 km)
Mengambil masa selama 88 hari
untuk membuat satu edaran
mengelilingi matahari.
Satu putaran Utarid atas paksinya
dijangka mengambil masa 59 hari.
Suhu permukaan kira- kira 360 C
Planet ini berputar dalam orbit
yang agak membujur
menyebabkan jarak tersebut
berubah dari 0.31 hingga ke 0.47
AU.

ZUHRAH
Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan
merupakan planet yang keenam besar dalam Sistem
Suria.
Diameternya berukuran 12 100 km.
Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat dari Bumi
kerana diseliputi awan-awan yang tebal.
Lapisan tebal atmosfera Zuhrah merangkap haba
daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu
permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria.
Suhu di permukaan Zuhrah adalah di antara 430 C
dan 480 C.
Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon
dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik.
Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi
matahari dengan arah ke belakang (retrograde)

BUMI
BUmi ialah planet yang ketiga dari Matahari
dan merupakan planet yang kelima besar
dalam Sistem Suria.
Mengambil masa 365 hari untuk mengelilingi
matahari
Mengambil masa 24 jam untuk membuat satu
putaran lengkap
Berputar mengikut arah lawan jam.
Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria
yang menyokong kehidupan dan mempunyai
air dalam bentuk cecair pada permukaannya.
Bumi mempunyai satu Bulan.
Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen
dan 21 % oksigen serta sedikit karbon dioksida,
argon dan air.

MARIKH
Marikh ialah planet yang keempat dari
Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh
besar dalam Sistem Suria.
Diameternya lebih kurang 6 670 km.
Marikh kelihatan merah kerana permukaannya
mengandungi banyak karatan besi.
Marikh mempunyai polar putih pada keduadua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon
dioksida pejal.
Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri
daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen.
Marikh
mempunyai
dua
Bulan
dinamakan Phobos dan Deimos.

yang

MUSYTARI
Musytari ialah planet yang kelima dari
Matahari dan merupakan planet yang
terbesar dalam Sistem Suria.
Diameter planet ini adalah lebih kurang
14 300 km.
Musytari tiada permukaan pejal.
Musytari dibentukkan
hidrogen dan helium.

daripada

gas

Atmosfera luar Musytari mempunyai


jalur-jalur berwarna dan satu tompok
merah besar
( tiga kali saiz Bumi).
Musytari mempunyai 16 Bulan.

ZUHAL
Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari
dan merupakan planet yang kedua besar
dalam Sistem Suria.
Diameternya berukuran 120 400 km.
Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran lebar
dan cerah mengelilinginya yang terbentuk
daripada ketulan-ketulan ais.
Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas
hidrogen dan helium.
Atmosfera Zuhal terdiri daripada
hidrogen , helium dan sedikit metana.

gas

Planet yang berwarna kuning ini mempunyai


banyak Bulan ( sekurang-kurangnya lebih
daripada 23 Bulan).

URANUS
Uranus ialah planet yang ketujuh dari
Matahari dan merupakan planet yang
ketiga besar dalam Sistem Suria.
Planet yang berwarna biru hijau ini
mempunyai 15 Bulan.
Planet Uranus mempunyai sekurangkurangnya 24 satelit-satelit. Dua
daripada mereka yang terbesar sekali
dikenali sebagai Titania dan Oberon.
Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang
halus yang terdiri daripada ais
bergaris-pusat beberapa meter, yang
gelap dan tidak begitu berkilat.

NEPTUN
Neptun ialah planet yang
kelapan dari Matahari dan
merupakan planet yang keempat
besar dalam Sistem Suria.
Atmosfera
Neptun
terdiri
daripada gas hidrogen, helium
dan metana.
Planet yang berwarna biru ini
mempunyai 8 Bulan.

PLUTO
Pluto ialah planet yang paling
jauh
dari
Matahari
dan
merupakan planet yang paling
kecil dalam Sistem Suria.
Pluto mempunyai 1 Bulan.
Pluto ditemukan oleh Clyde
William Tombaugh, seorang
astronom
muda
di
Observatorium Lowell, pada 18
Februari 1930

Jenis Planet
Planet Bumian

Planet Bergas

i. Utarid

i. Musytari

ii. Zuhrah

ii. Zuhal

iii.Bumi

iii.Uranus

iv.Marikh

iv.Neptun

Perbezaan di antara Planet Bumian dan Planet Bergas.


Planet Bumian
Kecil dan padat

Planet Bergas
Saiz

Atmosfera yang nipis dan wujud


di semua planet bumian kecuali

Lapisan atmosfera

Utarid
Tinggi
Dekat antara satu dengan yang
lain
Berdekatan dengan matahari
Berada dalam lingkungan
asteroid
Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh

Ketumpatan

Jarak orbit di antara planet

Jarak dari matahari

Lingkungan asteroid

Contoh planet

Besar dan kurang padat

Lapisan atmosfera yang nipis


wujud di semua planet bergas

Rendah
Jauh antara satu dengan yang
lain
Jarak yang sangat jauh daripada
matahari
Berada di luar lingkungan
asteroid
Musytari, Zuhal, Uranus dan
Neptun

OBJEK-OBJEK LAIN
DALAM SISTEM
SURIA

Asteroid
Asteroid adalah batu atau logam
yang
beredar
mengelilingi
Matahari dalam satu jalur di antara
Marikh dan Musytari.
Ada lebih kurang 100 000
asteroid dalam Sistem Suria.
Asteroid mempunyai pelbagai
bentuk dan saiz.
Asteroid yang terbesar ialah
253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar Ceres yang mempunyai diameter
diambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker
1000 km.

Meteor dan Meteorit


Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai tahi
bintang pada waktu malam.
Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir
batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang
jatuh ke Bumi.
Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi
menyebabkan meteor itu berbara dan
kelihatan sebagai satu coret cahaya.
Satu meteor yang besar tidak dihapuskan
dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi
dan dapat sampai ke permukaan Bumi.
Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit.
Satu meteor besar yang menghempas Bumi
boleh menghasilkan kawah yang besar pada
permukaan Bumi.

Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai


ke permukaan Bumi

KOMET
Komet adalah ketulan ais dan debu
yang beredar mengelilingi Matahari.
Apabila suatu komet menghampiri
Matahari, komet dipanaskan lalu
melepaskan gas dan debu.
Pantulan cahaya Matahari daripada
gas dan debu itu kelihatan sebagi
ekor komet.

Sebuah komet

Ekor
sebuah
komet
sentiasa
menghala menjauhi Matahari.

TAHUKAH ANDA ?
Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim
Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu permukaannya 6000
C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi.
Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan
cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana
memantulkan cahaya dari Matahari.
Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan Raksaksa
Bergas kerana keempat-empat planet itu amat besar dan
dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.

TAHUKAH ANDA ?
Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan
meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga
beberapa meteorit yang berpunca daripada komet.
Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh
dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.
Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi.

TAHUKAH ANDA ?
Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi
Matahari dalam arah yang sama dan pada waktu yang
sama berputar pada paksi masing-masing dalam arah
yang sama.
Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat satu
pusingan yang lengkap mengelilingi Matahari.
Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan
kejadian 4 musim ( Musim Bunga, Musim Panas, Musim
Luruh dan Musim Sejuk).

TAHUKAH ANDA ?
Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu
putaran lengkap pada paksinya.
Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian
siang dan malam.

TAHUKAH ANDA ?
Jarak Bumi dari Matahari
Tempoh setahun

150 juta km
365 hari

Tempoh sehari

24 jam

Diameter Bumi

12 760 km

Suhu purata di permukaan Bumi

22 C

PERBANDINAGAN ANTARA PLANET-PLANET


Planet

Terdiri
daripada

Jarak dari
Matahari
(km)

Bilangan
Bulan

Lingkaran

UTARID

Batuan

58 juta

Tiada

ZUHRAH

Batuan

108 juta

Tiada

BUMI

Batuan

150 juta

Tiada

MARIKH

Batuan

228 juta

Tiada

MUSYTARI

Cecair dan
gas

778 juta

16

Ada

ZUHAL

Cecair dan
gas

1427 juta

18

Ada

URANUS

Cecair dan
gas

2800 juta

15

Ada

NEPTUN

Gas beku

4500 juta

Ada

PLUTO

Batuan dan
ais

5900 juta

Tiada

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET MARIKH

TAHUN

NAMA KUAR
ANGKASA

PENCAPAIAN

1965

Mariner 4 dari
Amerika Syarikat

Melalui Marikh

1971

Mariner 9 dari
Amerika Syarikat

Mengelilingi Marikh
untuk kali yang
pertama. Mengambil
banyak gambar foto.

1976

Vikings 1 & 2 dari


Amerika Syarikat

Pendaratan pertama
di marikh.
Mengumpul banyak
data dan gambar
foto.

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET


MUSYTARI

TAHUN

NAMA KUAR
ANGKASA

PENCAPAIAN

1973

Pioneer 10

Melalui Musytari
untuk kali pertama

1974

Pioneer 11

Melalui sahaja

Mac 1974

Voyager 1

Terbang berdekatan
Musytari untuk
mengambil gambar
foto planet itu dan 5
Bulannya.

Julai 1979

Voyager 2

Sama dengan
Voyager 1

KUAR ANGKASA YANG DIHANTAR KE PLANET ZUHAL

TAHUN

NAMA KUAR
ANGKASA

PENCAPAIAN

1979

Pioneer 11

Melalui Zuhal untuk


kali yang pertama.

1980

Voyager 1

Terbang berdekatan
planet untuk
mengambil gambar
foto planet,lingkaran
dan Bulan.

1981

Voyager 2

Sama dengan
Voyager 1

Kita akan jumpa lagi dalam penerokaan yang seterusnya.!

Vous aimerez peut-être aussi