Vous êtes sur la page 1sur 2

Kata Bantu

1. Kata bantu ialah perkataan yang berperanan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa dan ragam.
2. Kata bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
3. Kata bantu aspek digunakan untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu pada masa kini, pada masa
hadapan, dan pada masa lampau.
Kata Bantu Aspek
akan

Ayat Contoh
Peperiksaan UPSR akan bermula pada bulan September.

belum

Amar belum menghantar buku latihan Bahasa Malaysia.

masih

Kia Qi masih tinggal di Taman Impian Emas.

pernah

Shie Fang pernah menetap di Kuala Lumpur.

sedang

Ibu sedang menyiram pokok bunga.

sudah

Ayah sudah bertolak ke Ipoh pada malam tadi.

telah

Azman telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya.

4. Kata bantu ragam digunakan untuk menunjukkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan.
Kata Bantu Ragam
boleh

Ayat Contoh
Adik sudah boleh membaca dengan lancar.

dapat

Nazrul dapat menyiapkan latihan itu dengan cepat.

harus

Kita harus menghormat ibu dan bapa.

hendak

Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.

manu

Jasmine mahu ke kedai untuk membeli sekilo gula pasir.

mesti

Kita mestilah rajin belajar untuk memperoleh kejayaan.

5. Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir serentak seperti belum pernah, sudah pernah, masih sedang,
masih belum, dan sebagainya.
6. Sesetengah kata bantu ragam juga boleh hadir serentak seperti mesti dapat, mesti mahu, harus boleh, dan
sebagainya.
7. Selain itu, kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir serentak dalam ayat-ayat tertentu.
Contohnya :
Kata Bantu Aspek dan

Kata Bantu Ragam

Ayat Contoh

masih boleh

Pakaian itu masih boleh dipakai, kata ibu kepada adik.

sedang hendak

Kapal terbang itu sedang hendak mendarat di lapangan


terbang.

belum boleh

Buah mangga itu belum boleh dimakan.

belum dapat

Pihak polis belum dapat menangkap pencuri itu.

belum hendak
akan dapat

Kami belum hendak pulang lagi.


Pemenang kuiz akan dapat melancong ke New Zealand.

8. Begitu juga dengan kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Contohnya :
Kata Bantu Ragam dan
Kata Bantu Aspek
harus sudah

Ayat Contoh
Kamu harus sudah menyiapkan kerja itu kerana sudah
petang

mesti akan

Sampah itu mesti akan busuk jika tidak dibuang.

mesti boleh

Kami mesti boleh menjuarai perlawanan itu.

mesti sudah

Rancangan televisyen itu mesti sudah tamat.

Vous aimerez peut-être aussi