Vous êtes sur la page 1sur 14

1.

0 PENDAHULUAN
Akhbar atau majalah memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di negerinegeri melayu atau tanah melayu fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita
dan peristiwa yang terjadi di serata tempat 1. Perkembangan penerbitan akhbar pada perinkat
pertama adalah dipelopori oleh orang Inggeris seawal abad ke-19 yang menerbitkan The
Government Gazette2 dan pada akhir abad tersebut barulah muncul akhbar berbahasa melayu
pertama iaitu Jawi Peranakan di Singapura. Namun akhbar ini juga bukannya diterbitkan
oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di singapura3. Pada abad
ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan
selepas hujan. Penerbitan dan peneraju bagi akhbar akhbar4 melayu ini adalah dari kalangan
orang melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwaperistiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang
melayu, pendidikan dan politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut
semakin besar dan semakin penting dalam membentuk komunikasi yang lebih berkesan
dalam masyarakat Melayu. Akhbar melayu dalam tempoh 1900 sehingga sebelum tercetusnya
Perang Dunia Kedua memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran sosial dalam
kalangan diri orang melayu yang masih tidur dan menyemarakkan lagi semangat orang
melayu yang telah untuk membela nasib mereka. Peranan akhbar dilihat sebagai satu alat bagi
1 Amzah Abdul Manaf,(2001),Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala
Lumpur:Utusan publications & Distributors Sdn Bhd, hlm.313
2 Akhbar berbahasa Inggeris ini telah diterbitkan pada tahun 1806 di Pulau
Pinang. Ia diusahakan oleh pencetak berbangsa Inggeris iaitu A.B. Bone.
3 Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1876 yang merupakan perintis dalam kegiatan
penerbitan akhbarMelayu di Negeri-negeri Melayu. Lihat Kassim Thukiman,
(2002), Malaysia: Perspektif Sejarah dan
Politik, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 59. Melalui akhbar ini berita-berita dari
luar dan
dalam negeri dimuatkan di samping menggalakkan pendidikan Melayu dan pembicaraan
tentang Bahasa
Melayu. Lihat juga Yahaya Ismail, (1986), Ke Mana Melayu Pulau Pinang?, Kuala Lumpur:
Dinamika
Kreatif Sdn. Bhd.

4 Contohnya seperti akhbar Chahaya Pulau Pinang oleh Abdul Ghani Muhd.
Kassim,Utusan Melayu olehMohd. Yunus Abdullah, akhbar Suara Melayu, Lembaga
Malaya dan Utusan Zaman.

1 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

mengwujudkan kesedaran sosial dan ianya dapat dibuktikan melalui penerbitan akhbar Alimam iaitu bertujuan mengingatkan mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan
menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan5.
Awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam
semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah seperti British dan
masyarakat imigran seperti orang Cina menjalani kehidupan yang selesa dan lebih maju di
atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Bagi mewujudkan
kesedaran dalam kalangan orang Melayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencanarencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu.
Contohnya puisi yang bertajuk Tanahairku oleh Ibrahim Hj.Yaakob telah disiarkan dalam
Warta Negeri yang bertarikh 3 Febuari 19306.
Selain itu, banyak lagi akhbar-akhbar Melayu yang menyiarkan penulisan atau rencanarencana yang menyentuh perihal orang melayu. Hal ini secrara tidak langsung akan
menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang melayu. Antara akhbar yang menimbulkan
kesedaran dalam kalangan orang melayu ialah seperti akhbar Pengasuh (1917-1940), Idaran
Zaman (1925-1930), warta Malaya (1930-1941) dan majlis (1931-1941) turut membicarakan
isu-isu penting yang menyentuh kepentingan semasa dan masa hadapan orang Melayu dalam
kemelut politik dan sosial yang sedang melanda.7

5 Lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali, (1988), (disunting oleh Adnan Haji Nawang), Perak,
1651-1955:Satu Tinjauan Mengenai Perjuangan Orang Melayu dalam Perak Dahulu dan
Sekarang,Kuala Lumpur:
Persatuan Muzium Malaysia, Hlm. 165. Ada yang menganggap Al-Imam ini adalah
merupakan sebuah
majalah Melayu.

6 Lihat Abdul Latiff Abu Bakar, (1991), Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di
Malaysiadalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur:
Kerjasama (Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka), Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme
Malaysia dan Penerbit Universiti Malaya

7 Abdul Rahman Hj. Ismail, (2005), Cabaran dan Tindak Balas (18961946) dalamMalaysia,Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

2 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

Akhbar-akhbar melayu juga menjadi tempat serta alat kepada golongan terpelajar atau
golongan intelektual menyebarkan pemikiran idea, fahaman dan pendapat mereka terhadap
isu dan permasalahan yang menyelubungi orang Melayu pada masa itu. Golongan ini dilihat
cuba memecahkan kepompong yang selama ini menyelubungi pemikiran orang Melayu pada
masa tersebut supaya sedar akan kedudukan sebenar mereka yang semakin hari hak mereka
semakin dirampas oleh orang asing yang tidak mempunyai hak ke atas tanah air mereka.
Tokoh-tokoh seperti Muhammad Yunus bin Abdullah, Muhamad Yunus bin Abdul Hamid,
Syed Syeikh al Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Onn bin Jaafar, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim
haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad yang bertugas sebagai pengarang atau pembantu
pengarang telah menggunakan peluang ini untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka
dan serta menyeru orang melayu bangun memperbetulkan keadaan dari setiap segi
termasuklah politik.8 Sebagai contoh, Abdul Rahim Kajai yang bertugas sebagai pengarang
akhbar majlis, Warta Malaya dan Utusan telah menggunakan ruangan rencana pengarang
sebagai medan mengkritik penjajah British, orang asing dan membela nasib orang Melayu
untuk mencapai kemajuan 9. Selain para wartawan, guru-guru, pendakwah dan penggiat
masyarakat juga turut menggunakan akhbar-akhbar Melayu untuk menyemarakkan kesedaran
sosial dan politik dalam kalangan orang melayu.

2.0 SEJARAH AKHBAR WARTA MALAYA


Pada tahun 1936, keluaran pertama Majalah Warta Jenaka diterbitkan di Singapura
oleh Warta Malaya Press Limited. Majalah ini ditulis dalam bahasa Melayu dengan huruf
Jawi dan dicetak oleh Warta Malaya Press Limited. Ia diterbitkan sekali seminggu dan
mengandungi 30 halaman berukuran 24 sentimeter lebar dan 35.5 sentimeter panjang
berharga 15 sen senaskah. Penerbit majalah ini ialah Tuan Syed Hussein Ali Al-Sagoff dan di
antara sidang pengarangnya ialah Encik Abdul Rahim Kajai, Encik Hashim Yunos, Encik
Ibrahim Mahmud, Encik Ishak Hj. Muhamad dan Encik Osman Kalam. Majalah Warta
Jenaka melaporkan berita-berita dan peristiwa-peristiwa penting dalam dan luar negeri yang
berlaku dalam seminggu yang dipetik dari akhbar hariannya Warta Malaya. Majalah ini juga
melaporkan perkembangan politik di Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Warta Jenaka
membuat liputan tentang kegiatan kerajaan Inggeris di Malaya dan banyak mengkritik secara
8 Ibid, Hlm. 300
9 Abdul Latiff Abu Bakar, Op.Cit
3 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

halus tentang ketidakikhlasan pemerintah Inggeris melalui mesej-mesej kartun dan sindiran
pengarangnya. Ia juga digunakan oleh pengarang-pengarangnya bagi menyemarakkan
semangat anak tempatan tentang kesedaran dan tanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Majalah Warta Jenaka telah terpaksa diberhentikan penerbitannya pada bulan Disember 1941
disebabkan kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Sesungguhnya majalah Warta Jenaka
adalah sebuah majalah Melayu yang tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan
untuk memberi kesedaran kepada tempatan sebagaimana akhbar-akhbar Melayu yang
sezaman dengannya. Akhbar Warta Malaya dilihat lebih kepada untuk memperjuangkan hakhak orang melayu terutama dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan orang melayu.

3.0 HAK-HAK ORANG MELAYU


Akhbar warta Malaya turut memberi perhatian kepada isu pergerakan politik orang
melayu iaitu memperjuangkan hak-hak orang melayu. Kesinambungan isu memperjuangkan
hak-hak orang melayu ini dimulai oleh akhbar Idaran zaman. Sebagai contoh melalui
rencananya yang bertajuk Persatuan Melayu telah bersetuju terhadap penubuhan Kesatuan
Melayu Singapura (KMS). Rencana seperti ini turut memberi kesedaran kepada pembacapembaca terutamanya orang Melayu akan perlunya diwujudkan persatuan Politik seperti
KMS di NNM10. Akhbar Saudara pada tahun 1931, telah mencadangkan supaya diadakan
kongres di kalangan orang Melayu di seluruh NNM 11 dan mencadangkan penubuhan

10 Ibid, Hlm. 105-106. Lihat juga Azmah Abdul Manaf, Op.Cit


11 Tiap-tiap negeri dikehendaki menghantar wakil-wakil mereka di perhimpunan besar
kongres Melayu.Dalam perhimpunan ini, orang Melayu dikehendaki mengemukakan
masalah yang mereka dihadapi.
Abdul Rahim Kajai sebagai pihak Saudara mencadangkan supaya Kongres Melayu ini
diadakan di Johor
Bharu kerana merupakan kawasan yang maju dan moden

4 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

Persekutuan Melayu.12 Cadangan yang dikemukakan oleh akhbar Saudara ini telah mendapat
respon yang positif daripada akhbar-akhbar Melayu lain seperti Warta Malaya13.
Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh akhbar-akhbar Melayu telah memberikan
tiket kepada mereka untuk menegur segala kepincangan kepimpinan yang wujud dalam
mana-mana pihak tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Onn Jaafar yang merupakan
pengarang Warta Malaya telah menyiarkan rencananya dalam akhbar tersebut, rencana yang
membidas raja-raja Melayu yang telah gagal menjadi sebenar-benar pemimpin kepada orang
melayu. Dalam banyak hal, raja-raja Melayu tidak lagi melindungi rakyatnya, tetapi
bertindak menekan mereka. Onn menyatakan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya melahirkan
rasa hormat dan sayang mereka kepada rakyat dan bukan sebaliknya.14
Penyiaran rencana seperti ini oleh akhbar Melayu setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang
Melayu setidak-tidaknya dapat menyedarkan orang Melayu bahawa pemimpin yang
dipercayai dapat membela nasib mereka tidak seperti yang diharapkan. Golongan ini lebih
suka berdiam dan mengikut telunjuk penjajah walaupun dalam keadaan terpaksa demi
menjaga kepentingan mereka berbanding membela nasib rakyat.
Begitu juga halnya dengan masyarakat Melayu. Mereka juga tidak kurangnya dikritik
oleh akhbar-akhbar Melayu. Contohnya rencana-rencana Onn Jaafar dalam Warta Malaya
yang membidas tindak tanduk dan sikap orang Melayu itu sendiri yang menghalang
pembangunan masyarakat Melayu.15 Tujuan ini bukan sahaja sekadar untuk menarik para
12 Persekutuan Melayu yang dicadangkan ini adalah berhaluan kanan iaitu mengikut
undang-undangnegeri dan patuh kepada raja-raja Melayu dan kerajaan British.
Persekutuan ini cubamembantu kerajaan
British memajukan orang Melayu dan cuba mengatasi kemajuan bangsa asing di NNM.
Lihat Abdul
Latiff Abu Bakar, Op.Cit

13 Cadangan ini turut mendapat sokongan daripada majalah Malaya melalui rencananya
yang bertajukKongres Bagi Umat Melayu Dalam Negeri.

14 Kenyataan ini ada disiarkan dalam Warta Malaya pada tahun 1930-an. Untuk
keterangan lanjut sila lihatRamlah Adam, (1994), Dato Onn Jaafar Pengasas
Kemerdekaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hlm. 42

15 Yahaya IsmailOp.Cit., Hlm. 42


5 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

pembaca tetapi juga diharapkan dapat memberikan satu kesedaran kepada orang Melayu
supaya berubah untuk memperbaiki nasib mereka.
Kerajaan British juga turut mendapat kritikan daripada akhbar-akhbar Melayu. Dalam Warta
Malaya, hal ini telah dibidas atas dasar politik, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi British
yang merugikan dan memundurkan orang Melayu. Kritikan secara langsung ini diharapkan
dapat menyedarkan orang Melayu terhadap penindasan British yang telah dilakukan secara
sengaja ke atas mereka.16 Dasar British terhadap kemasukan imigran ke NNM juga turut
dikritik dan ditentang hebat oleh akhbar Melayu. Hal ini kerana imigran yang datang bekerja
di NNMtelah mempengaruhi kemiskinan dan kemunduran orang Melayu di tanah air sendri.
Imigran-imigran ini juga lama-kelamaan semakin berani menuntut hak mereka sebagai
penduduk di NNM dan hak politik daripada kerajaan British. Keadaan ini telah membawa
kepada kritikan dan tentangan daripada orang Melayu umumnya dan akhbar melayu
khususnya.17
Akhbar Warta Malaya juga turut menyentuh isu pendidikan orang melayu yang berada pada
tahap yang paling rendah. Onn Jaafar dalam rencana-rencanannya telah membangkitkan
dasar pelajaran British terhadap orang Melayu. Kerendahan mutu pelajaran sekolah Melayu ,
ketiadaan nilai ekonomi dan keengganan British mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu
menjadi isu penting yang diutarakan dalam Warta Malaya. 18 Ketiadaan nilai ekonomi dalam
pelajaran Melayu dan agama menyebabkan orang Melayu tidak berupaya untuk mengejar
perkembangan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, pengetahuan
teknologi moden serta pengetahuan moden lainnya yang tidak dapat diperoleh oleh orang
Melayu telah menyebabkan timbulnya penindasan psikologi dari penjajah dan juga dari orang

16 Ibid, Hlm. 34.


17 Ibid
18 Rencana Onn Jaafar yang bertajuk Sekolah Melayu menyentuh akan kerendahan
mutu pelajaranvernakular Melayu yang diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.
Sistem ini memastikan setiap
kanak-kanak Melayu bersekolah selama lima tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris.
Sukatan
pelajarannya sangat asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Ilmu pertukangan,
anyaman dan pertanian
kemudiannya diperkenalkan supaya sesuai dengan kehidupan luar bandar

6 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

asing. 19 Kritikan terhadap dasar British ini adalah kerana pendidikan dilihat sebagai alat yang
amat penting untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu.
4.0 KEMAJUAN ORANG MELAYU
Dalam akhbar warta Malaya juga turut menulis tentang usaha-usaha yang dilakukan
oleh orang melayu untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya setanding dengan bangsa asing
seperti cina. Orang melayu dilihat berusaha untuk menyamai atau bersaing dengan kaum lain
khususnya kaum cina dalam sektor perusahaan dan permainan yang dijalankan pada masa
tersebut.
Sungguhpun kita tiada berani berkata yang kita Melayu ini boleh mengatas atau
sekurang-kurangnya bertanding dengan semua bangsa-bangsa asing di dalam
sebarang perbuatan sama ada di dalam medan perusahaan atau permainan yang ada
di dalam pengetahuan kita Melayu20'
Namun begitu tidak semua perkara yang dilakukan oleh bangsa-bangsa asing mampu
dilakukan oleh semua bangsa melayu. Namun begitu pada terdapat juga beberapa pekerjaan
yang tidak bergitulah sempurna yang dilakukan oleh orang melayu tetapi kualitinya hampir
menyamai oleh hasil pekerjaan bangsa asing. Hal ini boleh dibuktikan melalui hasil tangan
orang melayu dahulu kala iaitu hasil kerja tangan dan pertukangan dan ia juga turut digemari
oleh bangsa asing. Kehalusan hasil pertukangan orang melayu tidak boleh disangkal lagi
kehebatannya. Orang melayu memiliki satu keistimewaan dalam seni pertukangan yang
meliputi seni ukiran. Selain itu, Warta Malaya juga turut mengupas isu orang melayu juga
mampu mengatasi bangsa lain dalam apa jua perkara termasuk dalam sukan antarabangsa
seperti bola sepak.
Tidakkah pertukangan tangan orang-orang Melayu dahulu kala dan juga hari ini
digemari oleh bangsa-bangsa asing. Di dalam medan permainan zaman ini, football
umpamanya, tidakkah Melayu telah mengatasi daripada segala bangsa-bangsa di
sebelah sini dan menghamburkan keharuman nama Melayu, beberapa tahun

19 Lihat Yahaya Ismail, Op.Cit., Hlm. 18


20 Warta Malaya 28 jun 1934
7 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

lamanya, di serata Semenanjung ini, bahkan disegugus gugusan pulau-pulau Melayu


ini?21
Jika dilihat dengan mendalam, banyak perusahaan yang dilakukan oleh orang melayu
mampu dijalankan dengan baik setanding dengan bangsa asing. Walaupun begitu, terdapat
beberapa faktor yang menjadikan bangsa-bangsa asing melabelkan bahawa orang melayu ini
adalah bangsa yang pemalas. Hal ini berikutan segelintir sikap masyarakat melayu yang tiada
semangat untuk berusaha atau mencuba sesuatu pekerjaan. Hal ini bukan kerana kekurangan
pengetahuan tetapi tiada usaha untuk menjadi yang lebih baik dari dahulu.22
Dalam akhbar Warta Malaya juga telah menulis bahawa jika kaum melayu tidak
malas, ia mungkin sudah mendahului bangsa-bangsa lain dan mampu memacu Negara kearah
pemodenan yang pesat23. Oleh itu sebagai sebuah bangsa yang mendominasi Tanah Melayu
haruslah menanamkan semangat untuk memajukan bangsa melayu dalam kalangan anak-anak
muda. Warta Malaya juga ada menyatakan bahawa walaupun orang melayu kebanyakkan
daripada orang-orang melayu yang berketurunan daripada orang-orang kebanyakan dan
golongan bangsawan tetapi mereka mampu bercampur sesama mereka dan mewujudkan
semangat kerjasama24.
Kita percaya bahwa siapa-siapa juga daripada ahli-ahli kaum kita yang kurang
kepercayaannya atas kemajuan amalan jimat-cermat kaum kita Melayu di masa ini
akan mendapat perhatian yang kita percaya, kelak menambah kepercayaannya atas
adanya kaum Melayu di masa ini berkeadaan lebih baik dan maju di dalam amalan
jimat cermat di dalam kehidupan mereka itu.25
5.0 HAK PENDIDIKAN ORANG MELAYU

21 ibid
22 Warta Malaya 28 jun 1934
23 ibid
24 Warta Malaya 11 jan 1935
25 Warta Malaya 27 Jun 1934
8 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

Warta Malaya juga ada menyatakan bahawa orang melayu hanya mendapat
pendidikan sekadar sekolah rendah dan belum lagi mendapat pendidikan yang tinggi seperti
peringkat menengah namun orang melayu setanding dengan bangsa lain kerana mereka
gemar bercampur dengan bangsa lain.
Maka dengan hitungan dipukul rata, ahli-ahli daripada bangsa Melayu itu
belumlah lagi tiba kepada darjah yang tinggi sekali di dalam pelajaran moden, tetapi
ada alamat-alamat yang menunjukkan iaitu orang-orang Melayu ada cepat juga
mara ke hadapan di dalam kehidupan campuran yang lebih tinggi daripada apa yang
telah menjadi tabiat bagi mereka itu.26
Warta Malaya juga ada memuatkan surat-surat kiriman mengenai pelajar-pelajar yang
tidak lulus dalam peperiksaan sekolah-sekolah Inggeris yang dikhabarkan kononnya guruguru bangsa asing berat sebelah dan sengaja melebihkan budak-budak bangsa asing
berbanding budak melayu 27. Di dalam isi kandungan surat tersebut, satu badan khas diminta
untuk menyiasat kesahihan akhbar tersebut. Pada zaman tersebut, anak-anak melayu
menerima pendidikan sekolah melayu selama empat tahun sebelum ditukar ke sekolah
Inggeris. Oleh itu, pelajar-pelajar melayu sukar untuk menandingi bangsa-bangsa asing dalam
sekolah Inggeris. Hal ini turut dikukuhkan dengan pelajar melayu yang jarang mengulangkaji
pelajaran di rumah pada zaman tersebut.
Galangan empat tahun di dalam sekolah-sekolah Melayu itu telah menjadikan
mereka terkebelakang apabila berbandingan dengan budak-budak yang terus ke
sekolah Inggeris dari kecilnya dan sebagaimana pun pandai guru-guru itu, maka
tentulah sekali tidak boleh budak-budak Melayu itu menyamai budak-budak bangsa
asing itu, dikecualikan sedikit sahaja yang berakal lebih daripada yang biasa.28
Oleh itu sistem yang mengwajibkan persekolahan selama empat tahun patut
dihapuskan pada zaman tersebut kerana pelajar-pelajar melayu perlu menghabiskan pelajaran
mereka selama empat tahun sebelum berpindah ke sekolah Inggeris. Hal ini mengakibatkan
pelajar-pelajar melayu ketinggalan jauh di belakang berbanding bangsa lain kerana kekangan
26 ibid
27 Warta Malaya, 30 dec 1931
28 ibid
9 | H S M 3 0 4 3 M A L AY S I A A B A D K E - 2 0

bahasa. Selain itu juga, akhbar Warta Malaya juga turut menyeru orang melayu tidak
meninggalkan pendidikan islam serta mengekalkan nilai-nilai baik yang telah lama diamalkan
oleh masyarakat Melayu29.
Isu pendidikan orang melayu yang dibangkitkan dalam akhbar Warta Malaya turut
dikaitkan dengan isu penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran British dengan bertujuan
supaya dapat memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan kiriman surat
kepada Tuan Pengarang Warta Malaya30.
Berkenaan dengan tulisan dan Bahasa Melayu, kata pengarang nampaknya
mengapa tidak sangat dipergunakan di dalam Johor, bahkan terasa sedih juga hati
penulis seorang penduduk lama di dalam negeri Johor, membandingkan tersangatlah
jauh benar bezanya semenjak 30 tahun dahulu, iaitu boleh dikatakan tulisan menulis
Melayulah di dalam pejabat-pejabat kerajaan Johor sekali pun bertulis-tulis surat
dengan kerajaan selat, seperti Singapura dan Melaka. Itupun bertulis-tulis dengan
tulisan Bahasa Melayu.31
Isi kandungan surat tersebut memerihalkan betapa kecewa penulis terhadap
pentadbiran British kerana tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dalam pentadbiran. Hal ini ditambah lagi, Bahasa Melayu sudah diguna pakai sejak 30 tahun
yang dahulu dalam surat-surat kepada kerajaan selat. Oleh itu, penulis seperti Munsyi
Muhammad Saddiq dan Abdul Jalil sangat popular pada masa itu32.
Pada masa tersebut hampir separuh pejabat-pejabat kerajaan tidak lagi menggunakan
tulisan melayu tetapi ditukar dengan tulisan rumi. Kerani-kerani melayu yang ingin bekerja di
pejabat kerajaan perlulah memiliki kelulusan dari sekolah Inggeris.
Di dalam Johor pada hari ini hampir-hampir tiga perempat di dalam pejabatpejabat kerajaan tidak memakai tulisan Melayu lagi, melainkan tulisan dari kiri ke
29 Warta Malaya 11 Jan 1935
30 Surat kiriman dari seorang penulis yang mengandungi ketidakpuasan hati
masyarakat melayu mengenai isu bahasa melayu
31 Warta Malaya,29 dec 1931
32Jurutulis Melayu di Singgapura untuk Negeri-negeri selat
10 | H S M 3 0 4 3 M A L A Y S I A A B A D K E - 2 0

kananlah dan kerani-kerani pun kalau hendak masuk bekerja dengan kerajaan,
dikehendakkan ada akuan sekolah Inggeris tidak kurang daripada Junior Cambridge,
Sijil Melayu apa kata?33
Hal ini menjadi rumit

apabila surat-surat samaada notis mahupun saman yang

dihantar oleh kerajaan tidak dapat dibaca oleh penduduk kampung kerana mereka bahasa
yang digunakan ketika itu dan rungutan tersebut pernah disiarkan di dalam akhbar Warta
Malaya keluaran yang lepas. Oleh itu, melalui surat ini, penulis membangkitkan perkara
memohon sekolah rendah Inggeris ditubuhkan bagi mengajar anak-anak melayu supaya
pandai membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini berikutan, pada zaman tersebut
hanya terdapat segelintir atau degan lebih tepat lagi hanya sedikit bilangan anak-anak melayu
yang dipilih untk memasuki sekolah aliran Inggeris walaupun ramai anak-anak melayu yang
lulus darjah empat. Oleh itu terdapat juga beberapa cadangan untuk meminta dibinanya
sebuah sekolah di kawasan kampung untuk anak-anak melayu supaya dapat belajar bahasa
Inggeris sejak dari kecil lagi.
Di dalam surat tersebut juga turut menyatakan rungutan penulis yang kesal kerana orang
melayu diibaratkan hanya layak untuk membuat kerja kampung seperti bersawah, berkebun
dan bertukang. Sekolah juga dibina seperti hanya khas untuk anak-anak bangsa lain dan
orang melayu seperti dipinggikan dan dilarang untuk bersekolah
Kalau lebih dahulu dia hendak mengaji ke sekolah Inggeris sama ada sekolah
private, apatah lagi sekolah kerajaan dengan bayaran sekalipun, tak boleh mengaji!
Anak-anak bangsa lain boleh pula diterima halnya hendak menghantar anak-anak ke
sekolah Melayu dengan beberapa susah pula tiap-tiap tahun entah berapa banyak
kanak-kanak yang cukup umurnya 6 tahun tak dapat masuk mengaji. Sebab apa?
Kata cikgunya bangku tak cukup tahun ini, hanyalah saya boleh terima sekian
banyak sahaja yang dibenarkan oleh kepala saya, kasihan!
Oleh itu, Warta Malaya cuba untuk mengupas dan memperjuangkan seberapa banyak
isu mengenai hak-hak orang melayu yang semakin terpinggir pada zaman tersebut. Tambahan
lagi, isu-isu yang disiarkan di Warta Malaya telah membangkitkan semangat orang-orang
melayu dalam menuntut hak mereka sebagai kaum majority di Tanah Melayu.

33 ibid
11 | H S M 3 0 4 3 M A L A Y S I A A B A D K E - 2 0

6.0 KESIMPULAN
Demikianlah antara peranan-peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Melayu
terutamanya Warta Malaya sejak awal abad ke-20 sehinggalah sebelum tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Isu-isu penting yang dibincangkan di atas adalah saling berkaitan antara satu
sama lain yang berakarumbikan kepada masalah kemunduran masyarakat Melayu dalam
semua aspek termasuklah dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan hak orang
Melayu.34 Melalui akhbar Warta Malaya juga dilihat, orang melayu mampu setanding dengan
bangsa lain dan dapat menyemarakkan semangat orang melayu untuk lebih maju berbanding
bangsa lain. Pandangan- pandangan yang dilontarkan dalam penulisan yang sering disiarkan
dalam akhbar ini menunjukkan keberanian orang melayu dalam menyuarakan hak-hak
mereka sebagai penduduk Tanah Melayu.
Dapat dinyatakan bahawa hubungan akhbar dengan orang Melayu adalah bagai aur
dengan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu
yang agak malap pada awalnya akhirnya menjadi semakin bersemarak dan merebak ke
seluruh NNM. Seperti kata pepatah Melayu, selembap-lembap puntung di dapur, akhirnya
api menyala jua.

34 Khoo Kay Kim, Majalah Melayu Dan Akhbar Melayu sebagai Sumber Sejarah,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984.
12 | H S M 3 0 4 3 M A L A Y S I A A B A D K E - 2 0

RUJUKAN

Abdullah Zakaria bin Ghazali, (disunting oleh Adnan Haji Nawang), Perak, 1651-1955:
Satu Tinjauan Mengenai Perjuangan Orang Melayu dalam Perak Dahulu dan Sekarang,
(1988),
Kuala Lumpur
Abdul Latiff Abu Bakar, Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di Malaysia
dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, (1991),
Kuala Lumpur
Abdul Rahman Hj. Ismail, Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946) dalamMalaysia,
Sejarah Kenegaraan dan Politik, (2005),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Amzah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: (2001),
Utusan publications & Distributors Sdn Bhd
Khoo Kay Kim, Majalah Melayu Dan Akhbar Melayu sebagai Sumber Sejarah, 1984

13 | H S M 3 0 4 3 M A L A Y S I A A B A D K E - 2 0

Kuala Lumpur: Universiti Malaya,


Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, Kuala Lumpur: (1994),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Warta Malaya 29 Dec 1931


Warta Malaya, 24 Apr 1934
Warta Malaya, 27 Jun 1934
Warta Malaya, 28 Jun 1934
Warta Malaya, 11 Jan 1935
Warta Malaya, 24 Jan 1935

14 | H S M 3 0 4 3 M A L A Y S I A A B A D K E - 2 0

Vous aimerez peut-être aussi