Vous êtes sur la page 1sur 15

ISU 3 : GURU INOVATIF MELONJAKKAN PRESTASI NEGARA

oleh SHAHIRA BT RAMLI

1.

1.1 PENGENALAN
Setiap tahun, sambutan hari guru disambut dengan tema tertentu yang mengandungi
makna tersendiri. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara telah
dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 bagi tahun
2012. Pemilihan tema ini bersesuaian dengan era kini yang bukan sahaja memerlukan
guru berpengetahuan bahkan juga memiliki ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan
proses pengajaran dan pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk yang
berkualiti.
Transformasi Pendidikan Negara yang berlaku memerlukan perubahan dari aspek
peningkatan profesionalisme guru. Bidang pendidikan mesti melalui pembaharuan agar
bidang ini tidak ketinggalan jauh oleh bidang-bidang lain seperti bidang ekonomi, reka
bentuk, teknologi, kejuruteraan dan lain-lain. Tambahan pula bidang ini merupakan
satu sistem dinamik yang memerlukan perubahan dari semasa ke semasa bagi
memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara.
Kamus Dewan edisi keempat mendefiniskan perkataan inovasi sebagai sesuatu yang
baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga
merupakan perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan
sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan inovasi ialah
inovatif yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi
mengada atau memulakan sesuatu yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)
Perkataan kualiti pula ditakrifkan sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi
dan mutu manakala berkualiti adalah mempunyai kualiti atau bermutu. Toh, 2005
(dalam Noraini Idris, Shuki Osman, 2009), menyatakan bahawa kualiti guru merujuk
kepada pengethaun, kemahiran dan sikap.

1.2 PERKEMBANGAN HUJAH

Dalam teks ucapan perasmian YB Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri


Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersempena dengan Karnival Sains dan
Inovasi Zon Timur pada 14 April 2012 di Jeli Kelantan, dinyatakan :
Daya kreativiti dan inovasi terletak kepada faktor sumber manusia negara iaitu rakyat
Malaysia. Setiap rakyat Malaysia seharusnya menerima inovasi sebagai sebahagian
daripada cara hidup. Inovasi bukan hak milik para saintis, penyelidik, teknologis dan
akademia semata-mata. Sebaliknya, melibatkan kelompok masyarakat Malaysia.
Dalam ucapan perasmian tersebut turut dinyatakan bahawa inovasi telah dijadikan
sebagai mauduk utama dalam usaha kerajaan mentransformasikan negara dari tahap
ekonomi sederhana kepada yang berpendapatan tinggi. Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri pernah berkata : Menjadikan inovasi supaya diterima oleh
masyarakat dahulu adalah penting sebelum setiap ahli masyarakat menerimanya
sebagai sebahagian daripada kehidupan sehariannya. Menjadikan inovasi sebagai
budaya kita akan membolehkan Malaysia mencapai tahap transformasi serta
pembangunan yang lebih tinggi dan maju di masa hadapan.
Yusniza Mohd Yusof, dalam artikel Tiga Agenda Besar Ubah Cara Masyarakat Berfikir
memberi definisi inovasi sebagai perubahan cara berfikir bagi mendapatkan hasil atau
produktiviti lebih baik dari semasa ke semasa. Ia bukan hanya berkaitan sains dan
teknologi semata-mata. Menurut beliau, inovasi juga bukan hanya untuk golongan
profesional tetapi termasuk masyarakat pelbagai taraf sosial tidak kira di bandar atau
pedalaman. Kesedaran mengenai kepentingan inovasi perlu ditingkatkan dalam
kalangan masyarakat, seiring kemajuan negara dan perubahan global.
Berdasarkan artikel ini terdapat beberapa ciri guru berinovasi yang dinyatakan oleh Tan
Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Antara ciri guru berinovasi
adalah mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi. Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan
Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan
inovatif.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam teks khutbah jumaat 11 Mei 2012,
menyatakan bahawa guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi
atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang
sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda
yang lebih dinamik.
Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa
berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang
lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman, 2003, guru perlu cekap mengubahsuai
pengajaran, prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan
sesuatu keadaan atau bahan tertentu.
Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya meneruskan
pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati sudah hilang
tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru seharusnya
melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang
minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya menarik minat murid
bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid tertunggu-tunggu untuk
melihat aktiviti berikutnya.
Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Antara
kepelbagaian aktiviti yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam
Belajar adalah melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid
menguasai sesuatu pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang
belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh
menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang
grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar. Guru turut boleh
mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan audio visual yang
menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan sendiri bahan
pembelajaran mereka.

Satu daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif.
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan
bahawa :
Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat
menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah,
pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa
inovasi merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti
kaedah, sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam
pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur
yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan
penghasilan kerja.
Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah
sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah. Orang yang
kreatif dan inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan
memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani mencuba.
Sebaliknya, sifat orang yang tidak mempunyai kreativiti dan inovasi antaranya adalah
tidak gemar kepada perubahan dan pembaharuan. Golongan ini juga tidak berminat
untuk mencuba dan takut kepada kegagalan di samping bersikap mudah putus asa.
Ciri negatif lain yang dimiliki oleh mereka adalah memandang remeh usaha-usaha
pembaharuan orang lain serta berperasaan hasad dan dengki.
Tan Sri Muhyiddin juga menyebutkan bahawa, "Keutamaan guru berinovasi adalah
memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah
bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka
menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata. Guru berinovasi mementingkan
aplikasi ilmu oleh para murid sebagaimana yang dikemukakan oleh Haliya Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bahawa mutu
pendidikan dapat dibuktikan melalui kefahaman murid yang mendalam terhadap topik
yang dikaji serta dapat menggunakan pilihan tersebut dalam situasi-situasi yang
memerlukan.
Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengutarakan bahawa guru berinovasi antara

lainnya mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi


ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.
Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu
aspek yang amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009, menyatakan bahawa
guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif terhadap
pembelajaran semasa mengajar. Persekitaran pembelajaran dalam konteks pendidikan
merujuk kepada iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi
beberapa aspek tertentu iaitu pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur
ruang fizikal, dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. (Choong
Lean Keow, 2009).
Mook Soon Sang, 2011, pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif
yang merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan
pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan
bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan antara pelajar-pelajar
dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan kewujudan satu keadaan
yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan
juga antara ciri bilik darjah yang baik.
Dari aspek iklim persekolahan yang kondusif, Mook Soon Sang, 2009 menyebutkan
iklim persekolahan yang kondusif adalah iklim persekolahan yang terbuka dan
menggalakkan murid bebas berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan
guru, serta bebas melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik
berupaya untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Dalam artikel berkenaan, Timabalan Perdana Menteri juga berpandangan bahawa guru
berinovasi juga termasuklah guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid
secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan
kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin
mencabar. Mahmud Khalifah dan Usamah Khutub mentafsirkan penilaian sebagai
proses metodologi yang tersusun rapi untuk mengumpulkan beberapa keterangan dan
mentafsirkan bukti-bukti guna melahirkan keputusan yang berhubungan dengan para
murid atau program pendidikan. Proses ini juga adalah sandaran informasi yang
digunakan pakai bagi tujuan mengetahui keberhasilan dan kekurangan dalam meraih
tujuan-tujuan umum yang terkandung oleh sistem pendidikan.

Menurut kamus dewan edisi keempat holistik membawa makna bersifat saling berkait
antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar
menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Berikutan pembaharuan dari segi pentaksiran
Azmi Mohamed, berpandangan pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
yang bermula bagi murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang
holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang
diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa guru berinovasi ialah guru yang sentiasa
memikirkan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah
keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu
memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan
pendidikan seperti yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan
1995 iaitu untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan
nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat
global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Satu alternatif telah dijalankan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan
Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran tinggi dan inovatif di
peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu program i-Think. Ia juga untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke
arah menghasilkan murid yang berinovatif. i-Think adalah pendekatan yang realistik
dan praktikal untuk memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di kalangan guru dan pelajar sama-sama melalui penggunaan
peta pemikiran yang dibangunkan oleh Dr David Hyerle.

1.3 IMPLIKASI HUJAH


Hujah-hujah yang diutarakan menunjukkan guru berinovasi sangat diperlukan selari
dengan kemajuan dan perkembangan semasa. Kriteria guru berinovasi sebagai satu
daripada ciri guru berkualiti berupaya meningkatkan kemahiran seseorang guru. Hal ini
selari dengan pandangan Mok Soon Sang, 2011, yang menyebut tentang satu daripada
peranan guru iaitu sebagai inovator. Menurut beliau, sebagai inovator guru seharusnya

memperkenalkan idea, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar yang baru
daam bilik darjah. Peranan ini penting bagi guru untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi dari aspek pengurusan bilik darjah yang kondusif menurut Noriati A. Rashid,
2010, membawa kepada perubahan dari aspek pendekatan berpusatkan murid,
kemudahan pengajaran dan pembelajaran dan landskap maklumat. Perubahan
daripada pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru perlu diubah agar
bersesuaian dengan kehendak semasa. Pengajaran yang berpusatkan murid
merupakan suatu pendekatan terkini yang dapat menggalakkan murid untuk berfikir
pada aras tinggi. Antara kaedah pembelajaran yang boleh digunakan ialah inkuiri
penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran berasaskan main.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, kemudahan harus dipelbagaikan dan
ditambah bagi memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid di samping
meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan diri, mencipta dan berkarya. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran
yang menitikberatkan kepelbagaian latar belakang dan sosiobudaya murid
membolehkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dikaitkan dengan
pengalaman baharu yang hendak dibina.
Perubahan landskap maklumat sudah tentu mengalami perubahan dengan
perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini
meliputi kualiti pusat sumber yang menjadi pusat Literasi Maklumat di sekolah. Guru
perlu bertindak untuk memainkan peranan dalam mengurus pusat sumber dengan
sehabis baik bagi membolehkan murid belajar untuk memperoleh kemahiran
mengakses maklumat, membuat penelitian bahan, memahami bahan serta proses
pemilihan dan memproses bahan.
Inovasi guru seterusnya membolehkan penilaian secara holistik dan menyeluruh ke
atas murid. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu
mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam
kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.
(Azmi Mohamed, Utusan Malaysia 5/11/2012). Hal ini seterusnya mendorong kepada

pembinaan modal insan yang bukan hanya mementing aspek intelek atau akademik
semata-mata tetapi menyeluruh dalam segenap aspek.
Glenn (2001) menyatakan bahawa kualiti guru merupakan faktor penting dalam
menentukan kualiti sekolah. Guru yang bersifat inovatif sekali gus dapat membawa
peningkatan kepada kualiti sesebuah sekolah. Dr. Baharom Mohamad dalam
Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009 menyatakan bahawa sistem
persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan
pembaharuan,memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem
persekolahan. Ini kerana ia merupakan institusi yang berkesan bagi merangsang dan
mengembangkan potensi pelajar. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa guru
berinovasi mampu meningkatkan sistem persekolahan dan kualiti sesebuah sekolah.
Suatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kesediaan para guru meningkatkan sifat
inovatif dalam diri berupaya membantu sistem pendidikan negara mencapai tahap
sistem pendidikan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelaksanaan proses integrasi
teknologi dan pendidikan dalam kalangan guru bukanlah suatu perkara yang mudah.
Perubahan dalam aplikasi TMK yang meluas untuk meningkatkan tahap pembelajaran
murid merupakan cabaran buat guru kerana fungsi teknologi hanyalah sebagai alat.
(Noraini Idris, 2009). Wujudnya faktor-faktor tertentu yang menjadi halangan kepada
pengintegrasian teknologi di sekolah seperti para guru yang menolak perubahan,
masalah kewangan, masa yang terhad, kekurangan kemahiran serta kekurangan
pekakasan dan perisian.
Pembaharuan yang berlaku juga menjadikan peranan guru semakin mencabar. Guru
mesti mempunyai kesedaran tentang keperluan untuk berinteraksi dengan teknologi
terkini supaya dapat membiasakan generasi kini dengan cara hidup canggih pada abad
ke-21. Antara kemahiran yang harus dimiliki oleh guru adalah dari segi penggunaan
multimedia dalam pendidikan dan pemilihan maklumat mengikut kesesuaian tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kemahiran selari dengan perkembangan
semasa adalah sesuatu yang amat penting bagi peningkatan profesionalisme keguruan
dan kualiti keguruan seseorang guru.
Mahmud Khalifah dan Usamah Qhutub dalam Menjadi Guru Yang Dirindu, satu
daripada sebab tekanan jiwa yang berhubungan dengan peribadi guru adalah hanya
menggunakan satu kaedah dalam pengajaran; tidak adanya pembaharuan mahupun

inovasi sehingga menjadikan proses belajar dan mengajar hanya rutin harian belaka.
Hal ini boleh menyebabkan guru berpandangan bahawa proses pendidikan merupakan
sesuatu yang tidak berkembang, bahkan mati. Pandangan sebegini menjadikan guru
gagal dalam meningkatkan kualiti diri sebagai seorang guru. Tekanan yang dihadapi
secara tidak langsung akan memberi kesan negatif terhadap kepada murid, sekolah
dan masa depan pendidikan.

1.4 CADANGAN DAN RUMUSAN


Berdasarkan pandangan yang diutarakan oleh, saya berpandangan bahawa seseorang
guru berkualiti masa kini mesti mengikuti perubahan yang berlaku dalam masyarakat
dan perkembangan antarabangsa. Maka, guru inovasi masa kini perlu berkemahiran
tinggi dari aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memandangkan pada
abad ini, negara berdepan dengan cabaran globalisasi, liberalisasi,
pengantarabangsaan dan pengembangan TMK.
Bagi melahirkan guru yang berinovasi, perkara paling utama yang mesti diutamakan
adalah latihan kemahiran kepada bakal guru dan para guru dalam perkhidmatan.
Latihan kepada para guru praperkhidmatan bermula daripada latihan guru sama ada di
Institut Pengajian Tinggi (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG). Pembentukan
modal insan guru harus diberi keutamaan bagi untuk membolehkan pembentukan
modal insan yang cemerlang. Bertitik tolak daripada ini, maka perubahan dalam latihan
perguruan yang selari dengan tuntutan perkembangan semasa merupakan suatu
keperluan.
Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan pendidikan, Mok Soon Sang, 2011,
mencadangkan agar guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti
kursus peningkatan ilmu profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau
konvensyen pendidikan di dalam atau luar negeri. Guru akan keluar daripada amalan
pengajaran dan pembelajaran yang lapuk hanya apabila mereka didedahkan dengan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi terkini. (Syed Ismail bin Syed Mustapa dan
Ahmad Subki bin Miskon, 2012). Maka dalam hal ini, pelaksanaan program Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalankan secara berkesan akan menyumbang ke

arah pembentukan guru yang inovatif seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan
kini.
Selaras dengan transformasi pendidikan yang mementingkan TMK, menurut Zahri
Ramlan dalam Pendidik bil. 58, Mac 2009, para guru di Malaysia diberi pendedahan
dengan kepelbagaian kursus pengkayaan dalam kemahiran dan kompentensi
menggunakan peralatan TMK seperti kemahiran perkakasan dan perisian aplikasi.
Kursus-kursus kemahiran TMK yang dilaksanakan dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sekiranya guru yang menerima kursus
ini berjaya mengintegrasikan kursus yang diterima.
Di samping itu, amalan reflektif dan penyelidikan tindakan wajar menjadi amalan para
guru dalam menyuburkan nilai-nilai inovasi dalam profesionalisme
keguruan. Pendekatan guru sebagai penyelidik akan memberi ruang kepada guru untuk
merancang sendiri inovasi seterusnya memerhati dan menilai sendiri tindakan yang
dilaksanakan. (Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009). Hal ini akan lebih mendatangkan
keberhasilan terhadap perubahan sebarang bentuk amalan dalam bilik darjah kerana
individu guru sendiri melalui pengalaman dalam melaksanakan perubahan tertentu.
Galakan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada para guru
untuk melaksanakan inovasi merupakan sesuatu usaha dan sangat baik dan wajar
diteruskan. KPM telah memperkenalkan Pertandingan Inovasi pada peringkat
bahagian dan institusi bertujuan memupuk dan mencungkil kehebatan inovasi dalam
kalangan warga kementerian. Selain itu, KPM telah menjadikan elemen kreativiti dan
inovasi sebagai satu daripada elemen yang terdapat dalam Pelan Strategik Interim
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020.
Perkongsian pintar antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak swasta
yang bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha
melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang
TMK merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kepada bidang pendidikan. Antara
projek perkongsian pintar termasuklah program i-Think seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini, Schoolnet , GSB Technology Learning in School, Program Sekolah Angkat
bersama Samsung Digital Classroom, K-Perak E-Learning Cluster No.1
(KPEC) dan Cyberkids Camp.

Selain itu, budaya kolaborasi dalam pendidikan juga adalah suatu usaha yang baik
dalam mempertingkatkan amalan inovasi dalam kalangan guru. Budaya ini boleh
dijadikan amalan sama ada sesama guru dalam sekolah yang sama atau dalam
program-program tertentu merangkumi peringkat daerah, kebangsaan bahkan
antarabangsa. Penyelidkan tindakan juga boleh dijalankan secara kolaborasi. Pada
era ini, terdapat juga kolaborasi guru dalam bentuk atas talian melalui pembinaan
laman web tertentu seperti laman portal cikguNet dan portal pendidikan utusan. Hal ini
membolehkan para guru dan pelajar berbincang serta berkongsi ilmu dan kemahiran
tanpa sempadan.
Secara keseluruhannya, era globalisasi dunia dan transformasi pendidikan dalam
negara memerlukan para guru sebagai agen penggerak untuk melaksanakan
perubahan dalam kepelbagaian aspek pendidikan. Peranan guru sebagai inovator
penting dalam usaha melahirkan generasi memenuhi ciri-ciri modal insan holistik iaitu
modal insan yang sejajar dengan perkembangan peringkat global dan memiliki peribadi
unggul, menjunjung budaya bangsa dan negara. Guru perlu sedar bahawa bidang
pendidikan akan ketinggalan sekiranya tidak mengikut perkembangan arus perdana.
REFLEKSI

Sepanjang melalui proses menyelesaikan tugasan EDU 3108, saya telah memperoleh
banyak pengalaman dan mendapat input-input baru berkaitan pendidikan serta isu
keguruan. Tugasan bagi subjek ini bukanlah sesuatu yang mudah dan agak mencabar
buat saya. Tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengulas
artikel dan membina blog berunsurkan pendidikan secara kolaboratif bersama rakanrakan lain.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usaha saya menyelesaikan kerja
kursus ini, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Langkah pertama bagi pelaksanaan tugasan ini adalah pencaran isu
yang bertepatan dengan guru dan keguruan. Saya telah melayari laman-laman web
tertentu, mencari, memahami dan memilih isu yang tertentu. Seterusnya saya telah
berbincang dengan rakan-rakan dan merujuk kepada Puan Salina binti Mokhtar,

pensyarah subjek ini bagi membincangkan kesesuaian isu yang dipilih dengan
kehendak tugasan subjek.
Dari aspek pemerolehan maklumat, saya telah membuat rujukan bahan-bahan ilmiah
seperti buku-buku yang berkaitan dan artikel daripada majalah serta akhbar atas talian.
Di samping itu saya melayari laman-laman web tertentu berkaitan pendidikan bagi
meningkatkan pemahaman saya berkaitan guru berinovasi dan inovasi pendidikan yang
berlaku pada hari ini. Saya turut membuat pembacaan berkaitan program-program dan
pelan-pelan yang direncanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Melalui kerja kursus ini, saya dapat memperoleh pengalaman dan kemahiran untuk
membaca secara dan berfikir secara kritikal. Aspek ini saya peroleh melalui proses
menganalisis bahan bacaan yakni artikel yang telah saya pilih dan kemudiaannya
mencari bahan rujukan bagi proses mengulas perkara-perkara tertentu yang terdapat
dalam artikel berkenaan. Pembacaan secara kritikal memerlukan saya memahami
konsep, istilah, logik dan sebagainya. Manakala pemikiran kritis menuntut saya
membuat banyak rujukan untuk penjanaan idea.
Bagi pembinaan blog laman ilmu, kerjasama sesama ahli kumpulan merupakan sesuatu
yang sangat penting. Pembinaan blog membolehkan saya da rakan-rakan
mengaplikasikan kemahiran dari aspek TMK. Selain itu, ianya secara tidak langsung
dapat meningkatkan amalan kolaboratif sesama kami dalam membangunkan blog
laman ilmu bagi memenuhi tugasan bagi subjek ini. Hal ini menyedarkan saya bahawa
perkongsian kemahiran melalui amalan kolaboratif sememangnya memberi manfaat
dan meningkatkan kemahiran guru sekali gus memberi impak positif kepada
profesionalisme keguruan.
Tugasan bagi subjek ini telah membuka hati saya untuk menjadi seorang yang lebih
sensitif tentang profesin yang telah saya pilih iaitu profesin keguruan. Isu-isu
berkaitan pendidikan dan keguruan merupakan antara isu yang kerap diperkatakan.
Dalam hal ini, sebagai seorang bakal guru, saya tidak sepatutnya mengambil remeh
tentang isu-isu ini memandangkan saya sendiri berada dalam bidang ini.
Pembinaan blog laman ilmu sewajarnya saya teruskan dan pengetahuan berkaitan
kemahiran dalam bidang integrasi maklumat dan komunikasi perlu saya tingkatkan
pada masa hadapan sebagai satu usaha meningkatkan kualiti diri sebagai seorang guru

yang inovatif. Anlisis daripada artikel yang saya pilih mendorong saya supaya
sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dari semasa ke semasa kerana setiap
saat dunia ini mengalamai perubahan.
Harapan saya agar segala ilmu dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang proses
yang saya lalu bagi menyelesaikan tugasan ini tidak saya persia-siakan. Ilmu hanya
benar-benar
bermanfaat
sekiranya
dijadikan
amalan.

BIBLIOGRAFI

BUKU
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1993). Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang
dalam Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN).
Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (1994). Citra Karya Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN).
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (Jun 2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. ( 2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mahmud Khalifah, Usamah Khutub. Menjadi Guru Yang Dirindu. Bagaimana Menjadi
Guru Yang Memikat dan Profesional. Kuala Lumpur : SynergyMedia,
S.A.Majeed & Co. Sdn. Bhd.
Noraini Idris, Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Rashid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zainal bin Haji Bujang. (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari. Kuala Lumpur : AlHidayah Publication.

MAJALAH
Zahri Ramlan. (Bil. 58 Mac 2009). Guru Inovatif didik pelajar alaf kini. Pendidik, muka
surat 50-53.

INTERNET
Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh. Kepimpinan Pendidikan Dalam
Pembangunan
Modal
Insan diakses
daripada http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/1998/98_Muhd.pdf pada 27
Ogos 2012.
Berita Harian Online. (16 Mei 2012). Guru berinovasi adalah guru berkualiti:
Muhyiddin diakses
daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruberinovasiadalahgurub
erkualiti_Muhyiddin/Article pada 13 Ogos 2012.
Azmy Mohamed.
(5/12/201). Rasional Pelaksanaan PBS diakses daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm pada
27 Ogos 2012.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Khutbah Jumaat 19 Jamadilakhir 1433h (11 Mei
2012m)
Guru
Penjana
Inovatif
Pendidikan
diakses
daripada http://www.jheains.sabah.gov.my/downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun2012/05-Mei/11-Mei-2012.pdf pada 27 Ogos 2012.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Strategik Interim Kementerian
Pelajaran
Malaysia
2011-2012. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Pelan
%20Strategik%20Interim%20KPM%202011-2020.pdf diakses pada 28 Ogos
2012.
Laman
Web
Rasmi
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
diakses
daripada http://www.moe.gov.my/ pada 27 Ogos 2012.

Modul

i-Think
diakses
daripada http://www.ipkent.edu.my/ipkent/images/ithink/ithink.pdf pada 26 Ogos
2012.
Ucapan perasmian YB Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri bersempena dengan Karnival Sains dan Inovasi Zon
Timur pada 14 April 2012 di Jeli Kelantan diakses daripada
http://sgi2012.mosti.gov.my/sgi/index.php?r=site/getSpeech&id=7 pada 27 Ogos 2012.
Yusliza Mohd Yusoff. Tiga Agenda Besar Ubah Cara Masyarakat Berfikir diakses
daripada
http://www.bharian.com.my/articles/Tigaagendabesarubahcaramasyarakatberfikir/Article
/ pada 26 Ogos 2012

Vous aimerez peut-être aussi