Vous êtes sur la page 1sur 25

1.

0
PENGEN
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi

ALAN

manusia disebut bahasa lisan pertututran, kalimat atau ujaran. Bahasa lisan merupakan
percantuman bunyi-bunyi bahasa yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang, yakni satu
sistem bunyi yang teratur. Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila
udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke
rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut
atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.
Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan
terhasillah bunyi. Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yang
mempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi.
Menurut Rahim Aman (2007) Fonetik dan Fonologi adalah satu disiplin dalam linguistik.
Fonetik adalah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara per se, ertinya tanpa
memperhatikan fungsinya untuk membezakan makna, manakala fonologi pula adalah ilmu yang
menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi dan makna itu, disepakati dalam satu sistem komunikasi
manusia. Untuk memudahkan pemahaman, ada baiknya kita memperjelaskan dahulu seelokbelok ilmu fonetik dan kemudian disusuli pula dengan penjelasan berkaitan ilmu fonologi.
Secara kesimpulanya, untuk

mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat dalam satu-satu

pertuturan, kita boleh mensintesiskan ujaran tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan yang
diperoleh tidaklah sama seratus peratus atau benar-benar tepat dengan percakapan sebenar.
Malahan kita sendiri tidak dapat mengenali bunyi-bunyi yang telah atau pernah kita hasilkan.
Justeru, bidang kajian fonetik dan fonologi sedikit sebanyak telah membu dan memberikan
manfaat kepada ahli-ahli bahasa untuk menyelesaikan permasalahan tersebut serta memberi
pengetahuan kepada kita untuk mengenali bidang fonetik dan fonologi secara terperinci.

FONETIK &FONOLOGI

2.0 MEMBANDING BEZA TEORI FONETIK

& FONOLOGI; ARTIKULASI &
ARTIKULATOR
2.1 TEORI FONETIK
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011),

Fonetik adalah bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang
bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik
memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi
itu dihasilkan, didengar dan diinterprestasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyibunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam
sesuatu bahasa. Fonetik menyelidikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan
dan dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia berkerja
untuk menghasilakan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Tegasnya bidang fonetik melihat dari
segi fizikal bagaimana sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan
sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.

Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood

Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji
bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alatalat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Dalam bidang
fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:
(i)
fonetik artikulasi
- mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan
oleh alat-alat artikulasi
(ii)
fonetik akustik
- mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang
udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan
oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita
(iii)

FONETIK &FONOLOGI

suara, lidah, bibir dan sebagainya

fonetik auditori

merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran

terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu
dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

Menurut Arbak Othman (1983) (dalam modul BMM3108),

Fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha
menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum
tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu

Menurut Rahim Aman (2007:49)

Fonetik dapat dibahagikan kepad tiga jenis iaitu fonetik akustik, fonetik auditori dan
fonetik artikulatori. Fonetik yang mengkaji tentang penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini
adalah amat penting dalam linguistic. Justeru perincian selok-belok jenis fonetik ini
diutarakan dalam bahagian berikutnya. Selain itu, ciri khas masing-masing cabang
fonetik yang telah diutarakan diatas dapat digambarkan seperti rajah 1.1 berikut.

PENDENGAR

PENUTUR

Alat-alat ujaran

gelombang-gelombang udara yang

dihasilkan

FONETIK
ARTIKULATORI

FONETIK &FONOLOGI

telinga dan sistem

neurologinya

FONETIK
AKUSTIK

FONETIK
AUDITORI

Menurut Indirawati Zaihid & Mardian Shah Omar (2006:1)

Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.
Secara ringkasnya dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah
bagi menjawab soalan seperti bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ
sebutan manusia; bagaimana bunyi-bunyi tersebut dapat diklasifikasikan; bagaimana
setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain?;
bagaimana pendengar dapat mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain?.
Dengan demikian dapatlah kita katakana fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa itu
adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi
lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan
kajian fonetik. Umumnya ilmu fonetik terbahagi kepada fonetik artikulatori, fonetik
auditori, dan fonetik akustik.

2.1.1 CABANG ILMU FONETIK

Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan
pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.
Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur
dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian
dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling
kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari
ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam
pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan
FONETIK &FONOLOGI

fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang
menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

2.2 TEORI FONOLOGI

Menurut Abdullah Hassan (1993)

Fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi
bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia.
Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang
bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah
sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi
dalam sesuatu bahasa.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:87)

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu
bidang yang sangat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang fonologi
berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran
manusia dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut.kajian fonologi
juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya
menggambarkannya semula menggunakan symbol-simbol khusus. Kajian fonologi tidak
memerlukan transkripsi fonetik secara khusus. Beberapa pengertian fonologi adalah
seperti berikut:
a) Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan dengan senarai
bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang
menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.
b) Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik,
iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. Walau bagaimanapun, kajian fonologi
sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang
diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vocal dan konsonan
bagi menggambarkan bunyi-bunyi tersebut.
c) Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Fonologi turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan
dengan tujuan bagi mendapatkan satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu
bunyi bahasa.

FONETIK &FONOLOGI

Menurut Dr Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti Hj Alias (2013:1)

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi- bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Bunyi- bunyi bermakna
ialah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi
sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam
sesuatu bahasa dengan teliti untuk menetukan peraturan dan bentuk bunyi yang
tertentu. Fonogi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonologi.

Menurut Rahim Aman (2007:59)

Fonologi adalah salah satu cabang linguistic yang mengkaji tentang sistem dan fungsi
bunyi dalam sesuatu bahasa. Berkaitan dengan bahasa Melayu, penutur Melayu hanya
boleh menghasilkan bunyi-bunyi yang hanya ada di dalam bahasa Melayu. Sebenarnya
sistem bunyi dalam fonologi berkisar pada usaha untuk mengenal pasti bagaimana
bunyi-bunyi bahasa itu disusun,diatur dan distrukturkan. Setiap bunyi dalam tutura itu
dapat dipenggal-penggalkan, diberi lambing dan kemudiannya dikelompokkan dalam
sekumpulan bunyi tertentu berdasarkan ciri fonetiknya.

Modul BMM3108

Fonologi (daripada Greek: , phn, "suara, bunyi" dan , lgos, "perkataan,

pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi
bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank
Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu
bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat,
pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu
bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan
pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi
bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan
kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam
pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah
bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh
manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

FONETIK &FONOLOGI

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab kadir & Abdul Hamid Mahmmod (2005:39)

Fonologi ialah kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Dengan kata lain, fonologi
ialah bidang yang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan
jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau menentukan
huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi
satu-satu bahasa. Oleh itu, bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan
itu dikaji dalam bidang fonologi.

2.3 JADUAL
BANDING BEZA
FONETIK

FONOLOGI

Fonetik adalah subdisiplin linguistik,

Fonologi adalah subdisiplin linguistic

kajian tentang bunyi sebagai fenomena

yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu

dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi,

tentang

neurologi dan psikologi manusia yang

organisasi

menghasilkannya.

linguistic.

Kajian

tentang

sifat-sifat

fungsi
bunyi

perlakuan

dan

sebagai

item

semula

Kajian tentang sistem bunyi sesuatu

jadi,produksi dan persepsi bunyi-bunyi

bahasa dan sifat-sifat semula jadi

bahasa yang dihasilkan.

sistem tersebut secara umum. Segala

yang berkaitan dengan sistem dalam
bahasa

iaitu

pasangan

terkecil,

fonotaktik dan sebagainya.

Kajian ini dapat dipecahkan kepada

FONETIK &FONOLOGI

Kajian

adalah

berkaitan

dengan

tiga

iaitu

fonetik

akustik,

fonetik

hubungan antara butir-butir leksikal

auditori, dan fonetik artikulatori.

dengan butir-butir leksikal lain yang

membentuk ayat.

Mengkaji unsur setiap bunyi.

Kajian berkaitan dengan penelitian

pola-pola intonansi.

Menghasilkan transkripsi fonetik untuk

Menghasilkan sistem ejaan sesuatu

semua bunyi dari semua bahasa.

bahasa.

Fenomena

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu

bunyi

atau

pertuturan

manusia seluruhnya.

dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi

Dapat

yang dihasilkan oleh manusia, tidak

dan menjelaskan segala bentuk bunyi

dapat menghalusi segala variasi bunyi

dalam sesuatu bahasa secara teliti dan

tersebut dan tidak dapat menghuraikan

terperinci

sistem bunyi semua bahasa yang

menentukan

dituturkan

bunyi secara spesifik.

oleh

manusia

dengan

merumuskan,

dengan

menghuraikan

tujuan

peraturan

dan

untuk
bentuk

sempurna.

2.4 ARTIKULASI
Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:13)

Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas- tugas
asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alatalat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat
artikulasi tebahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011:91)

FONETIK &FONOLOGI

Artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Teradapat
banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi.
Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi
kepada dua, iaitu:
a) Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada
beberapa kedudukan di dalam mulut.
b) Daerah pengeluaran, iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah
atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.

Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood

Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan
atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian bahagian anggota
tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung ialah
alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam
penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada yang berikut:

(1) Paru-paru (lungs)

(2) Batang tenggorok (trachea)
(3) Pangkal tenggorok (larynx)
(4) Pita suara (vocal cords)
(5) Krikoid (cricoid)
(6) Tiroid (thyroid) atau halkum
(7) Aritenoid (arythenoids)
(8) Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx)
(9) Epiglotis (epiglottis)
(10) Akar lidah (root of tongue)
(11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue, dorsum)
(12) Tengah lidah (middle of the tongue, medium)
(13) Daun lidah (blade of the tongue, laminal)
(14) Hujung lidah (tip of the tongue, apex)
(15) Anak tekak (uvula)
(16) Langit-langit lembut (soft palate, velum)
(17) Langit-langit keras (hard palate, palatum)
(18) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola,

FONETIK &FONOLOGI

alveolum)
(19) Gigi atas (upper teeth, denia)
(20) Gigi bawah (lower teeth, denta)
(21) Bibir atas (upper lip, labia)
(22) Bibir bawah (lower lip, labia)
(23) Mulut (mouth)
(24) Rongga mulut (oral cavity, mouth cavity)
25) Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)

Alat-alat artikulasi
Menurut Indirawati Zahid Mardian Shah Omar (2006:28)

Setiap manusia yang sempurna kejadiannya dilengkapi dengan alat-alat yang berfungsi
menghasilkan bunyi. Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh
dipecahkan kepada tiga iaitu:

Alat-alat

bahagian

tubuh
- Bahagian
adalah

dalam

bahagian

dalam Alat artikulasi

Daerah artikulasi

tubuh - Alat artikulasi adalah alat yang yang

digunakan

ialah

bag sentuhan

memulakan sesuatu gerakan menghasilkan bunyi. Alat-alat semasa

FONETIK &FONOLOGI

10

kawasan
alat

tempat
artikulasi

menghasilkan

udara

seperti

trakea,

kotak

paru-paru, ini
suara,

adalah

bibir

atas

dan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi

pita bawah, hujung lidah, hadapan bahasa

suara, epiglotis, dan farinks

dapat

dihasilkan

lidah, belakang lidah, gusi, apabila daerah sebutan dan

batas

gusi,

lelangit

keras,

lelangit lembut dan pita suara.

alat sebutan dimanipulasi.

- Alat artikulasi yang sama

- Alat ini terbahagi kepada dua menghasilkan bunyi bahasa

iaitu yang aktif dan pasif. Alat
artikulasi
yang

aktif
boleh

adalah

yang

berlainan

apabila

alat menyentuh daerah artikulasi

digerakkan yang berlainan.

manakala yang pasif pula ada

sebaliknya.
- Alat Artikulasi aktif
(Lidah,

bibir,

gigi,

lelangit

lembut)
- Alat artikulasi pasif
(gigi atas, lelangit keras)

2.5 ARTIKULATOR
Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:14)

Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan , iaitu:

1. Lidah
2. Bibir
yang terletak di bawah rongga mulut
3. Gigi bawah
Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang boleh
digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa iaitu:
1. Gigi atas
2. Gusi
3. Lelangit keras
4. Lelangit lembut

FONETIK &FONOLOGI

yang terletak di atas rongga mulut

11

Kedudukan Artikulator

Daerah Artikulasi

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi

6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis
11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut
15. Tenggorok

2.6 JADUAL BANDING

BEZA ARTIKULASI &
ARTIKULASI

ARTIKULATOR

Alat artikulasi merupakan organ yang

Artikulator merupakan bahagian alat

berfungsi dan memainkan peranan

pertuturan

semasa

gerakkan,

mengeluarkan

FONETIK &FONOLOGI

bunyi-bunyi
12

yang

boleh

digerak-

bahasa.

Mempunyai

tugasan

mengunyah

makanan,

asas

iaitu

menelan,

Mempunyai

tugasan

mengeluarkan

menghembus nafas

bunyi

asas

bagi

apabila

alat

artikulator bergerak dan menyentuh

daerah artikulasi.

Terbahagi kepada dua bahagian :

a) Artikulator
b) Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi alat artikulasi yang

Salah satu bahagian dripada alat

artikulasi

Artikulator alat artikulasi yang terletak

terletak di atas rongga mulut dan tidak

di bawah rongga mulut dan boleh

dapat digerakkan dan hanya dapat

digerak-gerakkan.

didekati dan disentuh dalam proses

pengeluaran bunyi.

Gigi atas, gusi, lelangit keras, dan

Gigi bawah, lidah, bibir atas dan bawah

lelangit lembut

3.0 ANALISIS HURUF-HURUF DAN SIMBOL

FONETIK, FONEM SEGMENTAL DAN FONEM
SUPRASEGMENTAL
3.1 HURUF-HURUF
DALAM BAHASA

Bilangan abjad dalam ejaan Rumi bahasa Melayu ada 26 huruf kesemuanya. Nama
huruf-huruf tersebut dikekalkan berdasarkan sebutan menurut kaedah bahasa Inggeris.

Aa, Bb, Cc, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Kk, Ll, Mm, Nn, Oo, Pp, Qq,
Rr, Ss, Tt, Uu, Vv, Ww, Xx, Yy, Zz
FONETIK &FONOLOGI

13

3.2 FONEM DALAM

BAHASA MELAYU

Menurut Dr. Faridah binti Nazir & Dr Hjh Maridah binti hj Alias (2013:38)

Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih besar
daripada fon. Misalnya, fon [o], [] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu
fonem sahaja, iaitu /o/. Sehubungan dengan itu, perkataan buku terdiri daripada empat
fonem iaitu /b/, /u/, /k/, dan /u/. Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau

fonem segmental.
Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi keduadua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan
pasangan minimum atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi
yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada
satu fonem. Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas
contohnya /film/ - /pilm/ dan /balik/ - /bali?/.

3.2.1 Fonem Vokal

Fonem vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah
dan vokal belakang. Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam
linguagram atau keratan rentas lidah seperti di bawah.

FONETIK &FONOLOGI

14

Kedudukan Fonem Vokal Bahasa Melayu

Fonem vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga
mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan
berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan
luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram.

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam
bahasa Melayu standard terdapat tujuh fonem vokal yang dapat dihasilkan, iaitu /i, e, a,
o, u, / dan tiga vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu //, // dan //.

3.2.2 Fonem Konsonan

Fonem konsonan dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang
dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian
sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Fonem konsonan dapat
dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan,
geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir,
gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain. Fonem konsonan
terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan
dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y].
Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti
bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Kesemua fonem konsonan ini ditunjukkan dalam Jadual
di bawah.

FONETIK &FONOLOGI

15

Pita

Lelangit
Lembut
k
g

Suara

Lelangit
Keras

t
d

Gusi-L

p
b

Keras

Letusan

tb
b
tb

Gusi

Cara Penghasilan
Letupan

Bibir

Daerah Sebutan

Sengauan

Geseran

f
v

Getaran

tb
b
b

Sisian

Separuh Vokal

s
z

r
l
w

3.3 FONEM
SEGMENTAL
Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan
unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat

dianalisis kewujudannya.
Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan
antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan
ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika
difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/
dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka
bunyi tersebut digelar vokal misalnya, / a, i, u, /. Sebagai contoh, apabila
disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada
fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/.

3.4 JADUAL ANALISIS

HURUF, FONETIK,
FONEM, FONEM
3.4.1 Jadual Analisis Huruf Vokal
HURUF
a

FONETIK
[a]

FONEM
/a/

FONEM SEGMENTAL
ambil

TRANSKRIPSI
[ambl]

e- taling

[e]

/e/

/a/+/m/+/b/+/i/+/l/
dewan

[dewan]

e- pepet

[]

/e/

/d/+/e/+/w/+/a/+/n/
lebih

[lbeh]

/i/

/l/+/e/+/b/+/i/+/h/
itik

[ite?]

FONETIK &FONOLOGI

[i]

16

o
u

[o]
[u]

/o/

/i/+/t/+/i/+/k/
orang

[ora]

/u/

/o/+/r/+/a/+/ng/
ular

[ular]

/u/+/l/+/a/+/r/

3.4.1 Jadual Analisis Huruf Konsonan

HURUF
b
C

FONETIK
[b]
[]

FONEM
/b/

FONEM SEGMENTAL
budaya

TRANSKRIPSI
[budaja]

/c/

/b/+/u/+/d/+/a/+/y/+/a/
cekap

[ckap]

/c/+/e/+/k/+/a/+/p/
d

[d]

/d/

daun

[dawn]

/d/+/a/+/u/+/n/
f

[f]

/f/

tafsir

[tafser]

[g]

/g/

/t/+/a/+/f/+/s/+/i/+/r/
beg

[beg]

[h]

/h/

/b/+/e/+/g/
buah

[buwah]

[]

/j/

/b/+/u/+/a/+/h/
jala

[ala]

[k], [?]

/k/

/j/+/a/+/l/+/a/
paksa, kakak

[paksa]

/p/+/a/+/k/+/s/+/a/

[kaka?]

[l]

/l/

/k/+/a/+/k/+/a/+/k/
alas

[alas]

[m]

/m/

/a/+/l/+/a/+/s/
manis

[manes]

[n]

/n/

/m/+/a/+/n/+/i/+/s/
anak

[ana?]

[p]

/p/

/a/+/n/+/a/+/k/
siap

[siyap]

[q]

/q/

/s/+/i/+/a/+/p/
buraq

[buraq]

FONETIK &FONOLOGI

17

[r]

[s]

[t]

[v]

/r/

/b/+/u/+/r/+/a/+/q/
racun

[racn]

/s/

/r/+/a/+/c/+/u/+/n/
senyap

[sap]

/t/

/s/+/e/+/ny/+/a/+/p/
tuala

[tuwala]

/v/

/t/+/u/+/a/+/l/+/a/
van

[van]

/v/+/a/+/n/
w

[w]

/w/

wayang

[waja]

[x]

/x/

/w/+/a/+/y/+/a/+/ng/
xenon

[xenn]

[j]

/y/

/x/+/e/+/n/+/o/+/n/
yuran

[juran]

[z]

/z/

/y/+/u/+/r/+/a/+/n/
Lazat

[lazat]

/l/+/a/+/z/+/a/+/t/

3.4.1 Jadual Analisis Huruf Konsonan Rangkap/ Gandingan

HURUF

HURUF

FONETIK

FONEM

FONEM SEGMENTAL

TRANSKRIPSI

LAMA
kh

BARU
kh

[x]

/kh/

akhbar

[axbar]

gh

gh

[]

/gh/

/a/+/kh/+/b/+/a/+/r/
ghaib

[aeb]

ny

ny

[]

/ny/

/gh/+/a/+/i/+/b/
hanyut

[hat]

ng

ng

[]

/ng/

/h/+/a/+/ny/+/u/+/t/
kampung

[kamp]

sh

sy

[]

/sy/

/k/+/a/+/m/+/p/+/u/+/ng/
syarat

[arat]

ch(bacha)

c (baca)

[]

/ch/

/sy/+/a/+/r/+/a/+/t/
baca

[baa]

dz(dzalim)

z(zalim)

[ ]

/dz/

/b/+/a/+/c/+/a/
zalim

[ alim]

th(mithal)

s(misal)

[]

/th/

/z/+/a/+/l/+/i/+/m/
misal

[mial]

/m/+/i/+/s/+/a/+/l/
FONETIK &FONOLOGI

18

3.4.1 Jadual Analisis Huruf Diftong

HURUF
ai

FONETIK
[ay]

FONEM
/ai/

FONEM SEGMENTAL
salai

TRANSKRIPSI
[salay]

oi

[oy]

/oi/

/s/+/a/+/l/+/a/+/i/
dodoi

[dodoy]

/au/

/d/+/o/+/d/+/o/+/i/
surau

[suraw]

au

[aw]

/s/+/u/+/r/+/a/+/u/

3.5 FONEM

Dikenali juga sebagai suprapenggalan.

Ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem.
Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi

bunyi segmental.
Bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan.
Terdiri daripada tekanan, panjang-pendek, jeda, nada dan intonasi.

3.5.1 Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan
untuktekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan
itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

3.5.2 Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara
unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna contohnya, [#saya
makan nasi ema?#]

adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #

ema?].

FONETIK &FONOLOGI

19

3.5.3 Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi
sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik

bila ada tekanan dan turun hingga 1 contohnya, saya hendak balik.
Sehubungan dengan itu, dalam bahasa Melayu juga terdapat nada tidak fonemik. Hal ini
bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu
fonem.

3.5.4 Panjang-Pendek

Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang
sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.]
adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

FONETIK &FONOLOGI

20

4.0 TRANSKRIPSI
NOVEL OMBAK SENJA (M/S 108-109)
PENGARANG: AMIR HUSAINI

_______________________________________________

_____________________________________________________________________________________

21

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

22

23

5.0 REFLEKSI
TANALAKSHMI A/P SUKUMARAN
8801415-14-6158
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Melalui kerja kursus ini saya sebagai seorang pelajar dapat berpeluang memahami dan
mengenai teori fonetik dan fonologi; alat-alat atrtikulasi dan artikulator serta simbol fonetik
secara terperinci. Di samping itu, saya juga mempelajari dan mengelapasti perbezaan antara
fonem, fonem segmental dan fonem suprasegmental dengan membuat banyak rujukan dari
pusat sumber dan melayari internet. Seterusnya, saya juga berpeluang mendapat tahu
pengajaran tentang transkripnsi. Walaupun saya telah mempelajari tajuk ini terlebih dahulu
semasa saya PPISMP Semester 2, namun saya dapat lebih pengajaran dan input yang manfaat
semasa mempelajari tajuk ini pada semester ini. Pembelajaran menulis transkripsi merupakan
satu pengajaran sangat berfaedah kepada saya dan saya telah memberi penglibatan yang
penuh semasa mempelajari penulisan transkripsi.
Maka, sebagai satu pengukuhan pada diri saya, dengan melaksanakan kerja kursus ini
saya telah mempelajari dan menghafal simbol-simbol fonetik. Pada asalnya, saya sangat lemah
mengenal dan memahami simbol-simbol fonetik kerana ia agak susah kepada saya kerana ada
symbol-simbol yang pelik. Tetapi akhirnya saya dapat menghafal dan mengenali semua simbolsimbol fonetik dengan berjayanya. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya dan rakan-rakan sekelas telah membantu saya untuk mengenali
simbol-simbol fonetik dengan cepat dan tepat pada masanya. Saya juga telah berjaya
mentranskripsikan 300 patah perkataan secara persendirian dalam kerja kursus ini.
Pembelajaran simbol fonetik dan penulisan transkripsi adalah satu ilmu bertambah kepada saya
dan saya harap ia akan membantu saya pada masa hadapan semasa membuat kajian tindakan
dalam bidang fonetik atau meneruskan pengajian ke Master dalam bidang fonetik dan fonologi.
Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui tentang cara pengeluaran
bunyi iaitu melalui alat-alat artkulasi dan artikulator. Sebelum mempelajari tajuk ini, saya telah
mengalami kekeliruan dalam perbezaan tentang artikulasi dan artikulator. Tetapi, kekeliruan

FONETIK &FONOLOGI

24

saya terus hilang semasa saya membuat banyak rujukan dan memberi tumpuan semasa
pengajaran pensyarah dan sekarang saya lebih teliti tentang perbezaan di antara artikulasi dan
artikulator. Seterusnya, kebanyakkan rujukan membantu saya untuk menganalisis fonem,
fonetik, fonem segmental dan fonem suprasegmental dengan lebih mendalam. Maka kerja
kursus ini membantu saya menghasilkan suatu tugasan yang ilmiah dan akademik. Oleh itu,
saya memberi banyak penyertaan diri saya dalam membuat kerja kursus ini dengan baik dan
sempurna.
Seterusnya, kerja kursus ini juga dapat saya berfikir secara kreatif dan kritis. Antaranya,
yang membantu saya berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari maklumat dan menganalisi
maklumat yang saya diperolehi bagi membuat jadual banding beza tentang fonetik dan fonologi;
artikulasi dan articulator serta membuat jadual analisis bagi fonem, fonetik, fonem segmental
dan fonem suprasegmental.
Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.
Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, Selain itu saya juga tidak lupa untuk
membuat rujukan dalam buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus ini di perpustakaan,
surat khabar, tesis, jurnal dan sebagainya.
Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang begitu memahami serta
banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Kami bersamasama berkogsi idea dan membantu menulis transkripsi serta mencari maklumat, mengumpul
maklumat serta menganalisis maklumat sehingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini.
Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Dr Faridah
binti Nazir untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan
ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti
sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana
berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses
menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua sentiasa saya
hormati dan sanjungi.
Sekian, terima kasih.

FONETIK &FONOLOGI

25

Vous aimerez peut-être aussi