Vous êtes sur la page 1sur 20

EDU3043

Bil

Persekitaran

pembelajaran kondusif

1.

Persekitaran yang

Aspek

Persekitaran
pembelaran tidak

Fizikal

kondusif
Persekitaran yang

selesa, kemas dan ceria

tidak teratur dan tidak

dan mampu

menarik serta

memberikan

membahayakan murid

pengalaman yang

murid.

menyeronokkan
pengalaman
2.

3.

pembelajaran murid.
Mempunyai suasana

Psiko - sosial

Mempunyai suasana

yang selesa, komunikasi

yang tidak mesra,

terbuka, pekongsian

tidak berlaku

idea.
Guru membentuk

perbincangan.
Guru tidak

peraturan yang

Peraturan bilik
darjah

menetapkan

bersesuaian dengan

peraturan atau

psiko sosial murid

menetapkan

murid.

peraturan yang
kurang sesuai kepada

4.

Mempunyai jadual

Rutin bilik darjah

tugas membersihkan
5.

kelas
Guru mengamalkan

murid murid.
Tidak mempunyai
jadual tugas

Kepimpinan guru

Guru tidak

etika guru yang baik

mengamalkan etika

dan menjadi qudwah

guru yang baik

yang baik kepada murid


- murid
Perbandingan antara persekitaran pembelajaran kondusif dan
persekitaran pembelajaran tidak kondusif

EDU3043
Menurut Hasfarina Abas, persekitaran pembelajaran kondusif adalah
tempat

pelajar

dapat

melibatkan

diri,

mengambil

bahagian

dan

menumpukan perhatian dalam pelajaran (Hasfarina Abas, 2012). Secara


am, persekitaran pembelajran merangkumi dua aspek; fizikal dan
psikososial (Cheong Lean Keow, 2009)

Maka, pengurusan fizikal bilik darjah juga perlu diberi perhatian oleh
guru. Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilk
darjah

yang

efektif

bagi

membantu

perkembangan

murid

dalam

pembelajaran (Hasfarina Abas, 2012). Persekitaran fizikal berperanan


sebagai keselamatan dan perlindungan di mana tempat PdP selamat
daripada sebarang bahaya, kontek sosial yang merujuk kepada susun atur
meja yang membolehkan berlakunya interaksi di dalam kelas tersebut,
identifikasi simbolik merangkumi maklumat mengenai guru dan pelajar di
dalam kelas tersebut, penyempurnaan tugas merujuk kepada tugasan dan
aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilk darjah, keseronakan iaitu bilik
darjah yang menarik dan akhir sekali, pertumbuhan dan perkembangan di
mana bilik darjah merupakan satu rumah kecil yang memberi peluang
murid-murid meneroka (Cheong Lean Keow, 2009). Persekitaran fizikal
bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai
dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti
yang sepatutnya boleh menyebabkan suasana dalam bilik kurang selesa
(Mok Soon Sang, 2011)

Psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi


individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang
sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana
selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi (Putra
Namza, 2011). Persekitaran psikososial merujuk kepada keprihatinan guru
terhadap kebajikan murid-murid dalam kelas yang diajar (Cheong Lean
Keow, 2009)
2

EDU3043

Faktor psikosial yang siat dalam pengurusan bilk darjah ialah


pendekatan pengajaran, gaya kepimpian guru, bentuk komunikasu dan
corak interaksi yang diwujudkan oleh guru (Hasfarina Abas, 2012).
Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai
iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan
sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama,
tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan
dan rasa selamat (Cheon Lean Keow, 2009). Guru memainkan peranan
yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat.
Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam
bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik
darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang
diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang
membantu pembelajaran (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009).

Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru


perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin
Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah
adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai
matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil
kepada semua murid (Cheon Lean Keow, 2009). Jika seorang guru ini
konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran
yang

tenang

dan

menyokong

perkembangan

pembelajaran

dan

psikososial murid.

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun


mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka
diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi
insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini
3

EDU3043
mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran baharu (Mok Soon Sang, 2001). Namun,
murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur
kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk
mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan
yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan
oleh murid (Cheon Lean Keow, 2009). Contoh peraturan yang biasa
ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan
bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan
mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab
sebarang pertanyaan. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang
guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil
walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu.
Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang
akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi
semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah
untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau
langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik
mereka (Cheon Lean Keow, 2009). Rutin bertujuan melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil
kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran,
membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja
rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa
dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi
satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya
di sekolah tersebut (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009).
Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan
Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk
bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

EDU3043

Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai


peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan
menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling
berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke
arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil
kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta
peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah
yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang

lebih berdisiplin

dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu
pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara
tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah. Pengurusan
bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan
dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan
masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN PERSEKITRAN


PEMBELAJARAN KONDUSIF BERDASARKAN ANJAKAN KE-7,PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013 2025)

Mengenai Anjakan ke-7 di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2013 2025)

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,


terdapat 11 anjakan yang telah dikemukakan. Anjakan ketujuh iaitu
memanfaatkan

ICT

bagi

meningkatkan

kualiti

pembelajaran

di

Malaysia. Untuk mengurangkan jurang digital yang berlaku antara


pelajar di bandar dengan di luar bandar, kerajaan ingin mengambil
5

EDU3043
langkah dalam menambahbaikkan sistem pendidikan. Salah satu langkah
iaitu menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk
belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global
dan digital. Hal ini adalah baik terhadap negara supaya menjadi
sebuah negara yang lebih canggih pada masa depan dengan mendidik
pelajar-pelajar menjadi individu yang dapat membantu negara. Tetapi,
kerajaan haruslah menetapkan umur yang sesuai untuk membelajari ICT
untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi tersebut seperti memain
pemainan komputer melalui internet dan lain-lain.

Melalui Anjakan ke-7, PPPM 2013-2015; Kementerian Pendidikan


Malaysia telah menggariskan kandungan ICT dalam pendidikan telah
dibahagikan kepada 3 gelombang. Gelombang pertama yang akan berlaku
pada tahun 2013 hingga 2015 dengan tujuan mempertingkatkan asas ICT.
Gelombang kedua dijangkakan berjalan pada tahun 2016 hingga 2020
iaitu untuk memperkenal inovasi dalam ICT dan gelombang terakhir
dijangka bermula pada tahun 2020 hingga 2025 dengan bertujuan
mengekalkan penggunaan meluas sistem ICT yang inovatif. Gelombanggelombang tersebut agak baik kerana ada mengikut peringkat iaitu ia
dilaksakan dari tahap asas supaya setiap pelajar dapat mempunyai
kemahiran asas dan seterusnya barulah dapat merangsang inovasi dalam
ICT dan menggunakannya dengan luas.

Peranan

guru

dalam

penggunaan

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi (ICT) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan


Kurikulum

(2011),

Maklumat

dan

telah

mendefinisikan

Komunikasi

(ICT)

Penggunaan
dalam

Teknologi

Pengajaran

dan

Pembelajaran (PdP) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,


6

EDU3043
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Dalam konteks penggunaan ICT dalam PdP, tiada satu cara pun
boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik
yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid,
serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang
munasabah. Penggunaan ICT dalam PdP dapat dilihat dari dua aspek, iaitu
aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid
mengguna ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam PdP
boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan (ekspotori), aplikasi dan
komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai

alat persembahan dan alat demonstrasi.

Peranan 1 : Guru menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


lebih

ceria

dan

dapat

memberikan

pengalaman

yang

menyoronokkan kepada pelajar melalui penggunaan ICT.

Umumnya,
menggunakan

dalam

kelas

pendekatan

pengajaran

tingkah

laku,

secara
pelajar

tradisional
dianggap

yang

sebagai

penerima yang pasif (Hooper S. H. & Riber L. P., 1999). Biasanya


pengajaran guru adalah dalam bentuk syarahan, dengan guru menulis
nota di papan hitam dan memberikan lembaran kerja kepada pelajar
untuk disiapkan.

Seiring dengan zaman digital dan globalisasi ini,

perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi menuntut agar


perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Ketika ini, guru
perlu membangunkan peranan mereka bagi memastikan Pengajaran dan
Pembelajaran bergerak seiringan dengan kemajuan ICT.

EDU3043
Peranan guru adalah menggunakan kemudahan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran agar perbelajaran lebih interaktif
dan seronok.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) merupakan salah satu cara untuk meningkatkan
kesoronokan ketika PdP (Papert, 1996). Menurut Tan Sri Muhyiddin,
penggunaan ICT dalam proses PdP telah membolehkan pembelajaran
interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda (Kosmo Online,
April 14, 2010). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan
penguasaan baru. Oleh itu, kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT
dengan cara bermakna. Guru boleh menggunakan komputer, laptop, LCD
projektor, cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai
bahan

bantu

mengajar

yang

dapat

menarik

dan

meningkatkan

kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Menyedari perkembangan fizikal dan mental murid murid di


sekolah, yang rata- ratanya adalah terdiri daripada golongan Gen Y dan
Gen Z, di mana mereka membesar seiringan dengan perkembangan ICT,
pihak Kementerian Pendidikan menyedari betapa pentingnya dunia langit
terbuka ini kepada mereka. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil inisiatif memberi kemudahan melayari internet
dalam program Pemberian Netbook 1 Malaysia bagi pelajar luar Bandar.
Menurut mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang
juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas pada 7 Nov 2010,
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang telah menelan belanja
sebanyak satu juta unit bernilai RM1 bilion kepada pelajar. Program ini
untuk merapatkan jurang digital merangkumi segala aspek teknologi

EDU3043
maklumat dan komunikasi," katanya ketika ditemui selepas program itu.
(Utusan Malaysia, November 7, 2010)

Guru

memainkan

peranan

penting

bagi

memastikan

bagi

memastikan ICT digunakan secara interaktif (Delcourt & Kinzie, 1993)


Selain menggunakan perisian aplikasi PowerPoint Presentation dan
penggunaan LCD sebagai bahan bahan bantu mengajar di dalam kelas,
penggunaan ICT akan lebih menarik apabila guru memberikan kerja
sekolah dalam bentuk ICT, sebagai contoh; guru boleh memberi tugasan
seperti, mencari data Perdana-Perdana Menteri Malaysia di Google atau
menonton satu filem animasi pendek seperti filem animasi Pada Zaman
Dahulu

dari Youtube dan buat ringkasan daripada animasi tersebut

tersebut beserta pengajarannya. Melalui aktiviti ini, murid akan berasa


seronok dan dapat meneroka sendiri dunia di hujung jari ini dan aspekaspek seperti integerasi kemahiran generik, pembelajaran akses kendiri,
kadar kendiri dan terarah kendiri (self acess, self paced, and self directed)
akan berkembang (Zailan, 2013)

Justeru, guru perlu bijak dan kreatif dalam penggunaan ICT ketika
PdP agar agar PdP lebih interaktif dan ceria sekaligus mewujudan suasan
pembelajaran yang kondusif.

Peranan 2 : Guru berperanan mengasah kemahiran berfikir


pelajar secara krearif dan kritis melalui penggunaan ICT

Dalam era globalisasi, instituisi sekolah dituntut mengeluarkan


pelajar yang berfikir, berkemahiran dan menguasai ilmu pengetahuan
selaras dengan hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
9

EDU3043
inovatif

melalui

tunjang-tunjang

komunikasi,

sains

dan

teknologi,

perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan


kerohanian, sikap dan nilai (Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
2012)

Sehubungan

dengan

itu,

di

samping

menyediakan

ilmu

pengetahuan berkaitan ICT kepada pelajar, para guru boleh menerapkan


nilai tambah lain seperti kemahiran berkomunikasi dan saling bertukar
idea dan pandangan. Pembelajaran ICT lebih menggunakan pendekatan
konstruktivisme yang berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan
seharian (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Guru perlu bijak menyusun
aktiviti ICT bagi merangsang semangat inkuiri mereka dan guru perlu
membimbing mereka sehingga tercapai objektif sesuatu objektif (Hooper
S. H. & Riber L. P., 1999).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP), ada empat


kategori penggunaan ICT dalam PdP antaranya adalah pembelajaran
penerokaan (Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan
Kurikulum

2011).

mengawal

dan

Dalam

pembelajaran

menentukan maklumat

penerokaan,
yang

diterima

murid
melalui

boleh
ICT.

Pendekatan ini serasi dengan pendekatan konstruktivisme. Guru boleh


mebuat aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan dan
pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan
sebenar (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Selain itu, aktiviti yang berkaitan
Kajian Masa Depan serta aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
Sebagai contoh, guru boleh membuat simulasi maya pembedahan katak
Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence
Berkley National Laboratory bagi kelas Biologi. Manakala, murid murid di
dalam Kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman
web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk ensiklopedia dalam
talian seperti Encarta.
10

EDU3043

Satu kajian untuk mengenal pasti satu kaedah mengajar yang


sesuai untuk mempromosikan budaya dan kemahiran ICT di kalangan
pelajar sekolah. yang telah dijalankan oleh Robiah Sidin dan Nor Sakinah
Mohamad dalam kajiannya yang bertajuk ICT dalam Pendidikan: Prospek
dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Satu sekolah di Bentong
Pahang sebagai bahan kajian. Kajian ini dibuat Eksperiman yang
melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan rawatan yang diajar subjek
literasi computer bertajuk pembinaan laman web, mengikut kaedah
perantis, manakala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar diajar
dengan kaedah tradisional yang menjurus kepada prinsip-prinsip serta
menjlankan langkah-langkah oleh guru satu persatu. Dapatan kajian jelas
menunjukkan prinsip dan pendekatan konstruktivisme jelas menunjukkan
terdapat perbezaan dalam tahap pencapaian murid. Di mana, kumpulan
rawatan lebih aktif bertanya, mereka bentuk dan mempunyai idea yang
lebih mencapah berbanding dengan kumpulan kawalan yang hanya
merujuk nota dan langkah-langkah yang diberi oleh guru. Maka, melalui
penggunaan ICT juga pelajar akan lebih banyak berkomunikasi samada
dengan guru dan dengan rakan sekumpulan.

Kelebihan menggunakan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan adalah


berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, pelajar didapati
menggunkan pemikiran aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta-fakta
sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan
masalah dan seterusnya lebih berdikari dan betanggungawab terhadap
pembelajaran (Nur Sakinah Mohamad, 2007). Ini bertepatan dengan
kehendak PPPM 2013-2025 yang menggariskan kemahiran berfikir kreatif
dan kritis dan dapat mengaitkan dengan pelbagai disiplin ilmu dalam
kehidupan seharian mereka (Kementerian Pendididikan Malaysia, 2012).
Daripada perspektif guru pula , kekuatan pendekatan konstruktivisme ini
kerana ia boleh memberi tumpuan kepada proses pembelajran agar ia
berjalan lancer dan peranannya adalah tidak hanya menyampaikan
11

EDU3043
pengetuan kepada pelajar (Hooper S. H. & Riber L. P., 1999). Justeru,
pengajaran dan pembelajaran mejadi lebih kondusif dan bermakna.

Peranan 3 : Guru berperanan dalam menerapkan persekitaran


pembelajaran maya (VLE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP)

Apabila

kita

bercakap

tentang

persekitaran

pembelajaran

maya, minda kita akan segera terbayang akan pembelajaran maya,


pembelajaran atas talian tanpa guru, tanpa kelas, tanpa buku-buku, tanpa
beg yang berat dan pembelajaran yang sangat hebat. Malah apabila
ditanya kepada kanak-kanak tentang suasana pembelajaran maya,
kemungkinan mereka akan membayangkan papan sesentuh digital yang
menggantikan

papan

tulis,

tablet

yang

menggantikan

buku-buku,

membuat kerja sekolah melalui tablet sahaja dan berbagai lagi andaian
apabila kita menyebut tentang, Persekitaran Pembelajaran Maya.

Persoalannya, sudah wujudkah 'Persekitaran Pembelajaran Maya ini


di Malaysia? Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menggariskan aspek
dalam Anjakan 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025)

agar

meningkatkan

akses

internet

dan

persekitaran

pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi ksemua 10,000 sekolah


menjelang 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Dalam masa
yang terdeat, semua murid akan mepunyai akses kepada rangkaian 4G di
sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas
kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan
12

EDU3043
oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran,
melaksanakan pembelajran secara interaktif dan berkomomikasi secara
maya (Frogasia, 2014).

Justeru itu, tugas guru adalah menggunakan kemudahan ini dengan


sebaiknya. Menurut Papert, (1996) pembelajaran ini membawa impak
yang signifikan kepada proses pengajaran. Ia menyediakan satu opsyen
baru untuk mengukuhkan dan menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Bayangkan Virtual Learning Environment (VLE) sebagai
Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu
bumbung.

Persekitaran

Pembelajaran

Maya

(VLE)

adalah

sistem

pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia


realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional
(Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof, 2014). Sebagai
contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak
kerja sekolah secara virtual. Manakala pelajar boleh menghantar kerja
sekolah dan melihat markah melalui VLE. Guru-guru juga boleh mendapat
bahan-bahan interatif untuk melalui Perpustakaan Video Guru Terbaik
menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013.

Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pelajar Universiti Malaysia


Terengganu bagi mengukur penerimaan teknologi di sebuah sekolah di
Pulau Pinang (Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof,
2014). Hasil daripada kajian menunjukkan Jangkaan Usaha

adalah

peratus

pelajar

tertinggi

dalam

model.

Ini

menujukkan

bahawa

mempunyai usaha yang positif di mana ia membantu mereka memberikan


tingkah laku yang positif menggunakan teknologi. Ini boleh ditafsirkan
bahawa mereka mempunyai minat untuk menggunakan teknologi dan
berusaha agar lebih mahir (Burnett, 2010).

13

EDU3043
Justeru,

guru

berperanan

dalam

menerapkan

persekitaran

pembelajaran maya (VLE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


selaras dengan perincian dalam anjakan 7, PPPM agar mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan maju sebaris dengan
negara-negara membangun lain.

Peranan 4 : Kepimpinan guru dalam mengintegerasikan ICT ke


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam

menelusuri

pascamodenisasi

ini, tugas

utama

seorang

pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.


Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi
mereka juga perlu merekabentuk pengajaran yang berkesan (Sharifah Nor
Puteh & Kamarul Azman Abd Salim, 2011). Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru
dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna,
guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan
teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan
pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Maka, dalam menentukan kaedah pembelajaran masa kini, para


guru perlu bersikap kreatif dan inovatif serta meneliti perkembangan
dunia ICT yang kian berkembang pesat (Kosmo Online, April 14, 2010).
14

EDU3043
Oleh itu para guru perlu sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat
terkini sambil menjelajah dunia IT serta melengkapkan diri dengan ilmu IT.
Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian oleh guru adalah
kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar yang
berada dalam ledakan ICT (Kinzie, 1993). Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran masa kini menjurus kepada intergrasi ICT dalam setiap
matapelajaran.

Pengintergrasi

ICT

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dapat dilakasanakan melalui dua pendekatan iaitu belajar


tentang ICT dan belajar dengan ICT di mana pelajar dan guru perlu
mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT.

Menurut

Tan

Sri

Muhyiddin

Yassin

berkata,

Malaysia

yakin

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses


pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan
dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Menurut
beliau lagi, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir
sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik
komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di
Malaysia (Utusan Melayu, Disember 12, 2012).
Menurutnya lagi, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008
dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya
Multimedia

(MSC)

Malaysia

menunjukkan

wujudnya

peningkatan

kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan


ICT (Utusan Melayu, Disember 12, 2012).. Timbalan Perdana Menteri itu
juga berkata dalam pertemuan yang lain, kini menjadi cabaran kepada
guru yang berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan, penggunaan
ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.
Pada masa sama, beliau juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa
teknologi itu adalah alat interaksi di dalam kelas di mana murid-murid
juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. (
Utusan Online, 2010)

15

EDU3043

Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan ICT merupakan


satu strategi menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian murid.
Namun begiru, gaya pembelajaran guru memainkan peranan penting
dalam pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Menurut Burnett
(2010), Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh
membantu guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, hanya dengan kepimpinan guru dalam mengintegerasikan ICT ke
dalam Pengajaran dan Pembelajaran akan menjadikan persekitaran
pembelajaran lebih teratur dan kondusif.

Peranan 5 : Peranan guru untuk menggunakan ICT dalam aspek


pengurusan dan penyimpanan maklumat murid

PPPM 2013-2015 telah membuat pembaharuan besar kepada sektor


pendidikan di negara ini. Melalui anjakan 7, ICT dalam pendidikan telah
dibahagikan kepada 3 aspek, iaitu aspek pembelajaran, penilaian dan
pengurusan. Sesebuah sekolah atau organisasi mesti berani membuat
perubahan dengan keluar daripada model hirarki yang mekanistik agar
organisasi dapat memaksimumkan keupayaan bertindak menyesuaikan
diri dengan perubahan, (Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @
Besar, 2012). Memetik kata-kata Tuan Haji Haliza bin Mohd Adnan, Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Aplikasi Bestari, Bahagian
Teknologi Pendidikan, antaranya adalah pentingnya bagi para guru
menyediakan
pendidikan

mindset

dalam

terbuka

semua

dalam

aspek

bagi

penerimaan

teknologi

melancarkan

dalam

pembangunan

pendidikan negara (Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @ Besar,
2012).

16

EDU3043
Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM)

telah

membuat

pengintegrasian data pendidikan di negara ini dengan memperkenalkan


satu sistem baru yang menggunakan ICT sepenuhnya iaitu Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS). Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan
aplikasi

yang

pengurusan

mengautomasi
danpentadbiran

dua

bidang

pendidikan

utama

di

sekolah

iaitu

serta

pengajaran

dan

pembelajaran (PdP), (Sektor Operasi Pendidikan, 2015).

Melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) ini, beban tugas guru dapat
dikurangkan kerana proses kerja jelas, cekap dan terurus kerana segala
data hanya perlu di masukkan ke dalam SPS tanpa menggunakan
berhelai-helai kertas dan menjaga data murid-murid daripada hilang,
diambil tanpa kebenaran dan sebagainya. Selain itu, murid-murid dan ibu
bapa boleh melihat sendiri rekod-rekod murid tanpa perlu berjumpa
dengan guru melalui rekod-rekod yang di muat naik oleh guru kelas ke
dalam SPS (Bahgaian Teknologi Pendidikan, 2013). Hal ini menjadi sumber
rujukan kepada mereka untuk mengambil tindakan susulan seperti
menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, merujuk ahli professional
seperti pakar perubatan, ahli psikologi (Cheong Lean Keow, 2009).

Justeru,

guru

perlu

menggunkan

sebaiknya

teknologi

yang

dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjadikan


persekitaran pembelajaran lebih kondusif dan tersusun.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya
meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran
17

EDU3043
terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana, penggunaan
teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar
terutama pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian,
guru sepatutnya melengkapkan diri mereka tentang pengetahuan yang
berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah meningkatkan
tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa
berhadapan dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna
dan

mengintergrasi

ICT

dalam

pengajaran

mereka

di

samping

membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.


Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT
dalam pendidikan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya
kekangan

untuk

menghabiskan

silibus,

kekurangan

kemudahan,

kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini


pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal
diambil oleh pihak sekolah haruslah disertai dengan keterbukaan guru
dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.

Rujukan

18

EDU3043
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (2012). Retrieved 3 31, 2015,
from Laman Web Rasmi Bahagian Kurikulum Pendidikan:
http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&
showall=1
Abas, H. (2012). Pengurusan Bilik Darjah. Journal MFP, 20-32.
Burnett, C. (2010). Technology and Literacy in Early Childhood Educational
Setting : A review and research. Journal of Early Childhood Literacy,
247.
Frogasia. (2014). Tentang Kami. Retrieved 3 26, 2015, from frogasia:
http://www.frogasia.com/v3/tentang-kami/?lang=ms
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah
Dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Hooper S. H. & Riber L. P. (1999). Teaching, instruction and technology. In
A. O. Behar-Horensten, Cotemporary Issues in Curiculum (pp. 252264). Boston: Allyn and Bacon.
Keow, C. L. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingksh Laku. Selangor:
U.G Press Sdn. Bhd.
Kinzie, M. B. (1993). Computer Technologies in Teacher Education : The
measuremnet of attitudes and self-efficacy. Jouralof Reasearch and
Development in Education, 27(1), 35-41.
Kurikulum, U. K. (2011). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lokman bin Mohd Tahir & Azizah binti Ismail @ Besar. (2012). Kemahiran
Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Besar di Kuala
Terengganu. Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
8.
Malaysia, K. P. (2012). Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia, K. P. (2012). Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
KPM.
Malaysia, U. (2010). 1,500 Pelajar di Jeli Terima Sumbangan Netbook
1Malaysia.
19

EDU3043
Melayu, U. (Disember 12,2012). Kreativiti, inovasi dalam pendidikan.
Methodist, S. (. (2013, 7 10). Apakah 1Bestari dan Frog VLE. Retrieved 3
26, 2015, from SK (P) Methodist:
http://mgs2brickfieldskl.blogspot.com/2013/07/apakah-1bestarinetdan-frog-vle.html
Mohamad, N. S. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dn Cabaran dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 14.
Namza, P. (2011, 3 7). Perbezaan Bilik Darjah Kondusif dan Tidak Kondusif.
Retrieved 3 18, 2015, from putranamza:
http://putranamza.blogspot.com/2011/03/hanya-perkongsianperbezaan-bilik.html
Online, K. (April 14, 2010). Keberkesanan Kurikulum Baru Bergantung
kepada Keupayaan Guru.
Papert, S. (1996). Connected family: Bridging the digital generation gap.
Marietta: Longstreet Press.
Pendidikan, B. T. (2013). Perancangan pelaksanaan Peluasan Sistem
Pengurusan Sekolah sebagai penyelesaian kepada menangani isu
beban tugas guru dan pengintegrasian satu data pendidikan KPM.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pendidikan, S. O. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan
Sekolah.
Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Hafiz Yusof. (2014).
Pemodelan Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran
Maya (VLE). Journal of Business and Social Development, 36.
Sang, M. S. (2001). Psikologi Pendidikan 1. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2011). Falsafah Pendidikan, Kurikulum & Profesionalisme
Keguruan. Selangor: Perpustakaan Kuala Lumpur.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salim. (2011). Tahap Kesedian
Penggunaan ICT dalm Pengakran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja
dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia
36(1) : 25-34, 25.
Zailan, A. L. (2013, 8 15). Peranan Teknologi Dalam Pendidikan. Retrieved
3 26, 2013, from ainiliyanamohdzailan.wordpress:
https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/perananteknologi-dalam-pendidikan/
20

Vous aimerez peut-être aussi