Vous êtes sur la page 1sur 3

Istilah kehakiman

1Afidavit
Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan dalam kes sivil /
kes jenayah.
2Alibi
Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh
berada di tempat lain.
3Appointee
Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.
4Assumpsit
Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.
5Autre conuict
Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa
bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa
itu.
6Bail
Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada
waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran
penjamin dirampas.
7Bailif
Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada
seseorang.
8Bona fide
Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang
salah.
9By-law/bye-law
Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.
10Certiorari
Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan
Mahkamah Rendah
11Common Law
Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah
lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk
lisan.
12Consensus ad idem
Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.
13Coroner
Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati
dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.
14Cy-pres

Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat


menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat
sesuatu niat yang umum.
15Deed
Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak
terbabit.
16De facto
Dari segi persoalan fakta
17Defendan
Tertuduh dalam kes perbicaraan.
18Ekstrinsik
Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.
19Ex parte
Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran
defendan (tertudh)
20Fustus officio
Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama
selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.
21Habeas Corpus
Writ diperoleh daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada
dalam tahanan pihak berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan
membela dirinya.
22Injuksi
Perintah mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu
perkara.
23Levi
Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.
24Mandamus
Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/ sesebuah badan
menjalankan kewajipan untuk orang awam.
25Mandatory
Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.
26Mortage
Gadai janji
27Penalty
Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang
bertentangan dengan syarat dalam kontrak.
28Petition
Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.

29Plaintif
Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.

30Prima facie
Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai
bukti kesalahan tertuduh.
31Status quo
Berada pada kedudukan asal
32Quarantine
Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.
33Saman
Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah
pada masa yang ditetapkan.
34Sherif
Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.
35Sapina
Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan
perbicaraan.
36Ultra vires
Perbuatan yang melampaui batas undang-undang
37Void
Terbatal kerana sah
38Waran
Perintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/
menghadapkannya ke mahkamah
39Writ
Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan /
mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya
daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan
defendan hadir dari kes sivil.

Vous aimerez peut-être aussi