Vous êtes sur la page 1sur 30

[HAFAZAN AL-QURAN]

PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN
~1~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Al-Quran merupakan kitab suci yang disampaikan kepada Nabi


Muhammad s.a.w melalui perantara malaikat Jibril a.s yang menjadi
rujukan serta panduan hidup kepada seluruh umat manusia. Al-Quran
merupakan sumber rujukan utama ajaran Islam yang mengandungi
pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan hukum-hakam,
aqidah, syariah dan juga akhlak. Mereka yang menghafaz Al-Quran
dijanjikan dengan pelbagai ganjaran oleh Allah s.w.t semasa mereka
didunia lagi. Ayat-ayat Al-Quran yang mereka hafaz inilah yang akan
memberikan syafaat kepada mereka di hari akhirat kelak.
Sememanganya begitu besar nikmat dan ganjaran yang dijanjikan
oleh Allah kepada mereka yang berpegang dan mengamalkan isi
kandungan yang terdapat pada Al-Quran. Oleh yang demikian, kesedaran
kepada generasi muda ini perlu dipupuk semenjak mereka dibangku
sekolah lagi agar minat yang mendalam dapat diterbitkan dalam jiwa
anak muda ini. Peranan guru sememangnya amat besar dalam usaha
untuk menerbitkan minat murid dalam pembelajaran ayat hafazan.
Menurut Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim
(2000:34) proses hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat
perolehan, kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat
perolehan

kembali.

Peringkat

perolehan

melibatkan

memberikan

perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan.


Pengekalan merupakan peringkat hafazan di mana maklumat disimpan
dan perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat daripada
simpanan apabila diperlukan.
Kaedah Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik
dan berkesan yang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan
al-Quran.

Kaedah

tersebut

digunakan

samaada

kaedah

semasa

menghafaz, kaedah mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan


hafazan.
~2~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang


berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah
dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

sesuai.

Pemilihan

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting


untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam yang lengkap dan berkesan terutamanya dalam pembelajaran ayat
hafazan.
Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan
yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

harian

seorang

guru.

Ini

bertepatan

dengan

aspek

pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu tiada satu
metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan
semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik
bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh
memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin
dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan,
kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.
Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang
disampaikan kepada murid selain daripada bakat dan pengalaman
seseorang guru dalam sesuatu bidang pendidikan terutamanya dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah
dapat menarik minat murid kepada sesuatu mata pelajaran sehingga
mampu mendorong mereka untuk terus berusaha meningkatkan potensi
diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang pembelajaran.

~3~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

KAEDAH DALAM
PENGAJARAN
DAN
~4~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

PEMBELAJARAN
AYAT HAFAZAN

2.0 KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AYAT HAFAZAN

a) Kaedah Talaqqi Musyafahah


Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid
secara
bersemuka

di

mana

murid

menerima

pengajaran dengan melihat

pergerakan
bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah
mempelajari bacaan Al-Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail
a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang
pertama. Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada
Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut
menghafaznya.

~5~

bacaan tersebut, lalu terus

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Kemudian, Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat-ayat tersebut


kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.
Menurut Abdul Halim al-Muhammady (1983), Rasulullah s.a.w, para
sahabat dan Tabiin mengajar dan mempelajari al-Quran secara talaqqi
dan musyafahah serta menyeluruh, meliputi aspek-aspek membaca,
menulis, menghafaz, memahami dan mengamal.
Kaedah ini boleh di aplikasikan di dalam kelas dengan cara
memberikan
contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut
bacaan
guru secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada
seorang
murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk
menjadikan

suasana

pembelajaran

lebih

menarik,

guru

boleh

memperdengarkan
bacaan ayat ayat Al-Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain.
Carta ayat-ayat Al-Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad
manila dan sebagainya.
Antara kekuatan kaedah ini adalah kaedah ini amat berkesan jika
kita ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan
murid terhadap hukum-hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum
tajwid. Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini pembelajaran boleh
dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas. Talaqqi bererti berjumpa
atau berhadapan manakala musafahah bererti, melihat gerak bibir guru.
Apabila mengajar hafazan, guru hendaklah berhadapan dengan murid
samada seorang dengan seorang atau seorang guru dengan beberapa
murid. Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yang mempunyai
daya ingatan yang kuat atau sebaliknya.
Melalui cara ini, guru dapat memperbaiki setiap kesilapan murid
yang mana seterusnya guru dapat membantu mana-mana murid yang
~6~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

memerlukan bimbingan. Ketika berhadapan, guru menyebut huruf dan


kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada
gerakan bibir. Aktiviti sedemikian bertujuan untuk menyebut dengan fasih
dan betul dihadapan murid supaya murid dapat mencontohi sebutan guru
itu berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru juga
akan mengulang-ulang sebutan huruf atau kalimah ayat-ayat al-Quran
dengan meminta murid memerhatikan gerak bibirnya. Kemudian guru
akan meminta murid menyebutnya dengan guru membetulkan sebutan
tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid-murid.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan
kaedah talaqqi dan musyafahah secara menyeluruh bertepatan dengan
pandangan Abu Najihat (2002) dan Abu al-Fida (2006) yang menjelaskan
bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang asas di
dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kaedah ini juga
merupakan kaedah yang telah dilaksanakan oleh Jibrail a.s dan Rasulullah
s.a.w di dalam menghafaz al-Quran semasa penurunan wahyu (Abu
Najihat, 2002; Abu al-Fida, 2006).
Schunk (1996) juga memperjelaskan bahawa ingatan akan kukuh
dan menjadi ingatan jangka panjang apabila ia dilatih secara berterusan.
Dalam pelaksanaan kaedah pengajaran tahfiz, guru kurang menitik
beratkan kaedah membaca bacaan contoh kepada pelajar, menyemak
bacaan pelajar sebelum dihafaz, memastikan pelajar agar melakukan
takrarsehingga dihafaz dan menjelaskan kefahaman ayat membantu
dalam mengh afaz ayat al-Quran. Kaedah ini telah diperjelaskan oleh Abu
Najihat (2002) dengan menyatakan bahawa guru berperanan memastikan
bacaan pelajar dan memperbetulkan bacaan pelajar. Manakala pelajar
berperanan mencontohi bacaan guru danmemperdengarkan bacaannya
kepada guru. Selepas melakukan amalan takrar pelajar dikehendaki
memperdengarkan hafazannya di hadapan guru untuk memastikan
kesahihan hafazannya (Abu Najihat 2002).

~7~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]
b) Kaedah Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang


bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran
Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan murid. Kaedah
tasmik melibatkan guru dengan murid di dalam kelas semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap
pencapaian murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Kaedah ini dilaksanakan dengan memberikan tugas menghafaz ayat
tertentu kepada murid di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari
yang ditetapkan, murid dikehendaki untuk membaca ayat al-Quran yang
dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Jika terdapat kesalahan, guru
akan memperbetulkan kesalahan bacaan murid. Selepas itu, murid boleh
ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tandatanda

bacaan

dalam

ayat

yang

dibaca. Tujuan

utama kaedah

ini

digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam


penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar
dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau
individu secara bergilir-gilir atau murid membaca dengan suara yang
nyaring. Murid yang telah menghafaz ayat yang ditetapkan akan dicatat
pada buku rekod guru manakala murid yang belum menghafaz diminta
untuk menghafaznya. Setiap guru yang mengendalikan pengajaran AlQuran terutamanya ayat hafazan perlu megetahui dan memahami
panduan dan teknik menghafaz Al-Quran dengan betul supaya mereka
dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan
mencapai hasil seperti yang diharapkan. Kaedah tasmik juga merupakan
kaedah

yang

utama

untuk

menilai

bacaan

dan

hafazan

serta

mengukuhkan kekuatan hafazan (Abu al-Wafa, 1999; Abu Najihat, 2002;


Abu al-Fida, 2006).

~8~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

Antara kekuatan mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan


pembelajaran ialah guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan
tepat disamping dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan.
Guru juga dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid serta
mengesan kelemahan bacaan setiap murid.
Antara teknik menghafaz al-Quran yang boleh dilakukan oleh guru
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas ialah
dengan membaca ayat yang hendak dihafaz dengan sebutan yang betul
dan perlahan-lahan (tartil). Jika ayat yang hendak dihafaz panjang, ambil
sebahagianya sahaja iaitu dengan membahagikan ayat tersebut kepada
beberapa potongan ayat tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.
Kemudian baca dan ulang-ulang beberapa kali sehingga lancar. Setelah
lancar membaca ayat berkenaan, baca ayat tersebut dengan lebih cepat
(Tadwir). Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir dan cuba mengingati
ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan
secara hafazan. Setelah ayat tersebut dapat diingat tanpa melihat
mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas.

c) Kaedah Tikrar (ulangan)


Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan
kaedah latih tubi. Pendekatan kaedah ini adalah dengan melakukan
pembacaan atau mengingat secara berulangkali. Maksud kaedah tikrar
atau mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh murid untuk
mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi
mengekalkan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan
(Abdullah al-Qari: 1995). Dalam satu kajiannya, Prof. W.C.F. Krueger telah
menggunakan kaedah mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz ke
atas sekumpulan murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa semakin
banyak mereka mengulang-ulang bacaan, semakin banyak yang mereka
hafaz.
~9~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Implikasi daripada kajian tersebut, jikalau kita hendak menghafaz


sesuatu maklumat, kita mesti terus mengulang-ulangnya. Kekerapan
mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan
mereka masing-masing. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang
kuat, masa yang digunakan untuk mengulang adalah sedikit berbanding
dengan mereka yang mempunyai ingatan yang lemah.
Untuk

melaksanakan

kaedah

ini,

guru

terlebih

dahulu

perlu

membaca ayat berkenaan kamudian barulah semua murid akan mengikuti


bacaan guru. Guru juga boleh meminta seorang murid untuk membaca
ayat tersebut dan diikuti oleh murid-murid lain secara kelas. Seterusnya,
murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, sementara kumpulan
lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara yang
lain mendengar bacaan murid tersebut.
Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik,
kaedah hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Dalam
sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para
sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.
Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan
supaya

ia

berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina


Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :
Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu
satu
ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah
s.a.w diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.

~ 10 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah


ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa
yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit
selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih
menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al-Quran dari
kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid.
Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam suara murid di
dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar
mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum
anda membetulkan kesilapan tersebut.
Antara kekuatan kaedah ini adalah guru dapat mengenalpasti
kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. Sebagai contohnya ketepatan
sebutan mahraj bagi setiap huruf yang di baca oleh murid. Selain itu,
kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. Guru secara tidak
langsung dapat membuat penilaian dan memperbetulkan kesalahan yang
dilakukan oleh murid mereka. Malahan, dengan mengaplikasikan kaedah
ini keyakinan murid dapat dipertingkatkan kerana kaedah tikrar ini dapat
meningkatkan daya ingatan murid disamping melancarkan bacaan murid
semasa tasmik dijalankan.

d) Kaedah Soal Jawab


Kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan
interaksi dua hala yang melibatkan murid dan guru yang memberi kesan
positif terhadap kefahaman murid terhadap topik atau muridan yang
dimuridi kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan
penjelasan lanjut mengenai tajuk muridan. Kaedah ini telah lama
diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran
murid melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalan

~ 11 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran


dan pembelajaran.
Kaedah ini menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir
serta memberi tumpuan terhadap muridan dan secara tidak langsung
dapat mengelakkan murid berfikir tentang perkara-perkara di luar
pembelajaran.

Dalam

pengajaran

tilawah

al

Quran,

guru

boleh

menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh


menyoal murid tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat
dalam

ayat

yang

dimuridi.

Sebelum

menyoal

murid,

guru

perlu

memberikan masa kepada murid untuk membaca dan menghafaz ayat


dengan betul. Bagi murid yang lemah, guru boleh memberi penerangan
tentang hukum tajwid dan cara bacaan terlebih dahulu.

e) Kaedah Sabaq
Melalui kaedah ini murid akan memperdengarkan bacaan baru yang
dihafaznya kepada guru dan juga rakan-rakannya yang lain. Kebiasaannya
murid akan menghafaz satu hingga dua muka surat sehari. Guru akan
mencatatkan dalam sebuah buku catatan jumlah bilangan ayat hafazan
yang telah dihafaz oleh seseorang pelajar pada hari tersebut beserta
dengan tarikh pada hari tersebut.
Bagi murid yang belum khatam menghafaz 30 juzuk, mereka
dikehendaki menghafaz ayat baru (sabaq) selepas selesai membaca surah
Yasin selepas waktu Subuh sehinggalah jam 7.30 pagi. Selepas makan
pagi, pelajar akan membaca sabaq pada bahagian belakang sebanyak
satu juzuk bermula pukul 8.30 hingga 11.00 pagi.

f) Cuba Jaya
~ 12 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Untuk melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa


yang terhad iaitu diantara 10 hingga 15 minit untuk menghafaz ayat-ayat
tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz
di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru akan meminta murid itu
untuk cuba

menghafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah iniboleh

dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

g) Kaedah Mendengar
Mendengar merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat
penting. Menurut Gamal Abdul Nasir (2003) kaedah mendengar adalah
sebagai

perkara

yang

mesti

ada

pada

setiap murid.

Kerana

mendengar mampu meningkatkan tahap penguasaan yang betul dalam


teknik menghafal. Kaedah ini juga disebut sebagai talqin, iaitu dengan
cara guru membaca setiap potongan ayat kemudian dibaca atau diikuti
oleh murid dengan cara betul dan tepat. Setiap bacaan itu diperhatikan
dan dipantau sehingga murid mampu menyebut dan menghafaz dengan
baik. Khalid Ahmad (2007) menyatakan kaedah mendengar ini boleh
melibatkan beberapa aspek yang penting seperti kecerdasan otak,
pancaindera, kerja deras, kesegaran jasmani, masalah mengantuk,
masalah lesu fikiran dan juga keadaan persekitaran tempat belajar.
Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting didalam
pembelajaran. Dalam aspek otak dan pancaindera merupakan aspek
utama dalam memberi perhatian terhadap mendengar. Otak yang baik
mampu memberi perhatian yang baik terhadap mendengar apa yang
diucapkan oleh gurunya. Manakala aspek pancainderan pula, mata
memerhati dan telinga mendengar apa yangdiucapkan dan diperkatakan
oleh gurunya. Dalam menghafaz al-Quran, otak yang kosong iaitu tidak
ada

gangguan

luar

mampu

memberi

ingatan

yang

cepat

dalam

menghafaz setiap perkataan dengan cepat. Aspek penumpuan iaitu mata


mampu member gambaran apa yang diucapkan oleh gurunya dengan
~ 13 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

melihat gerak geri bibir apa yang diucapkan oleh gurunya (Khalid Ahmad,
2007).

h) Kaedah Membaca.
Menurut Rubiah Aksiah dan Ong Yea Ying (2006), kaedah membaca
yang efektif ialah dengan membaca dan memahami apa yang dibaca.
Setiap orang yang ingin menghafal harus memahami dengan baik dan
teratur apa yang dihafal. Sesetengah murid mempunyai gaya dan cara
tersendiri dalam membaca. Begitu juga di dalam kaedah hafazan yang
mempunyai gaya dan bentuk hafalan yang tersendiri. Kaedah membaca
yang kuat ada sesetengah orang mampu melakukan dengan begitu
kerana mereka beranggapan mudah dan cepat faham dan ada juga
sesetengah orang membaca secara perlahan. Sebagaimana di dalam
kaeadah hafazan, kaedah membaca Al-Quran ini boleh dilakukan dengan
pelbagai cara. Dalam kaedah membaca ini, ianya juga boleh dilakukan
dengan cara membaca secara kuat dan perlahan. Semuanya bergantung
kepada kemahiran menghafal sama ada cara mana yang sesuai baginya.

i) Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraj'aah/I'adah )


Kaedah ini merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan
yang tersimpan dalam ingatan. Kaedah ini digunakan apabila sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan iaitu pada set induksi.
Pengekalan ini adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia
menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatan
murid. Ada dua bentuk pengekalan yang dilakukan bagi memastikan
murid tidak lupa iaitu pertama, mengulang ayat hafazan bersama orang
lain. Pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan
salah seorang di antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan
tersebut.
~ 14 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

Kedua, murid dinasihatkan agar selalu membaca ayat yang dihafaz


didalam bacaan dalam solat. Hal ini kerana membaca ayat-ayat yang
telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan
lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan
konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka
seorang murid perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan
melapangkan waktu yang panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah
bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan
ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membaca di dalam
solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan
terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat
lancar.

j) Kaedah Beransur-Ansur
Menurut

Gamal

Zakaria

ansur dalam pengajaran al-Quran

ini

(2002) proses beransur-

bermaksud

pembelajaran

yang

dimulai dahulu dengan ayat-ayat yang pendek dari al-Quran sehingga


menguasai dengan mengenal huruf-huruf, baris, tanda baca, hukum mad
dan sebagainya. Selepas itu barulah diikuti dengan surah yang panjang
dan selanjutnya.Seorang guru tidak boleh terus memindahkan murid dari
ayat ke ayat yang lain,kecuali setelah mereka betul-betul menguasai
tajwid dan tulisan ayat tersebut. Langkah ini adalah untuk tidak
membuatkan murid terkejar-kejar dalam menguasai tajwid dan tulisan
sesuatu ayat. Jika ini berlaku, kemungkinan seseorang murid akan
kehilangan input yang mereka dapat daripada ayat yang pertama kerana
ingin mengejar dan mengingat pula ayat yang kedua.
Walaupun begitu, ayat atau surah yang hendak di hafal oleh murid
hendaklah disempurnakan dan dilancarkan bacaannya terlebih dahulu
sebelum menghafal.

Kelancaran

dan

kesempurnaan

ini

adalah

merangkumi bacaan tajwid yang betul. Sebagai contoh jika hendak hafal
~ 15 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

sesuatu ayat maka mulakan dari ayat yang mudah dan seterusnya ayat
panjang. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar.
Kita perlu memastikan tidak mula menghafaz ayat yang seterusnya
sebelum bacaan awal betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan murid
mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan
hafalan murid akan bercelaru dan bercampur aduk dengan hafalan ayatayat yang lain.

k) Kaedah Pengamalan
Menurut Abdul Hafiz bin Abdullah et. al. (2003) cara yang boleh
diamalkan ialah membaca ayat-ayat yang telah kita hafaz dalam solatsolat yang kita lakukan. Banyakkan solat sunat atau membaca surah yang
dihafal dalam solat-solat fardhu yang dilakukan seharian sebagai satu
cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz
bertepatan seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ini bertujuan
membiasakan ayat-ayat yang telah dihafaz ke dalam amalan harian kita.
Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah
tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana
suasana solat itu sendiri memerlukan fokus yang tinggi dan serius dalam
melaksanakan

ibadat

tersebut.

Maka

seorang

penghafaz

perlulah

membuat pengulangan bacaan yang teratur dan meluangkan waktu yang


agak panjang.
Oleh yang demikian, langkah ini akan membolehkan pelajar
mengetahui kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat
yang hendak dibaca semasamembacanya di dalam solat. Apabila
perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem
hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang lancar. Bagi golongan murid yang
sentiasa bersosial, mereka boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang telah
dihafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut.
Sebagai contohnya ketika menunggang motorsikal, ketika termenung,
~ 16 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. Secara tidak
langsung kita dapat mengisi masa terluang kita dengan perkara yang
lebih berfaedah. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan seseorang
dalam hafalan untuk mengingati ayat-ayat hafazan tersebut dengan cepat
dan seterusnya terlekat pada fikiran.
l) Kaedah Kefahaman dan Penulisan
Kaedah kefahaman yang telah dihuraikan secara terperinci oleh
Ahwani (1955), As-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida (2006) dengan
menyatakan

bahawa

kaedah

kefahaman

merupakan

kaedah

yang

membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan


memahami

maksud

ayat

dan

makna

kalimat

murid

akan

dapat

menumpukan perhatian terhadap ayat yang dihafaz semasa amalan


takrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam membaca
ayat al-Quran. Kaedah penulisan dalam hafazan boleh mengukuhkan
hafazan tetapi kaedah ini kurang disarankan pada ayat-ayat yang susah
dan kurang memberi keyakinan kepada murid bahawa kaedah penulisan
boleh mengelakkan daripada mudah terlupa.
Ini dibuktikan dengan kaedah penulisan dan kaedah memahami
ayat berada pada tahap sederhana. Menurut Al-Qabisi (1955), Muhammad
Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999) dan Abu al-Fida (2006), kaedah
penulisan

merupakan

kaedah

sokongan

yang

membantu

dan

mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai


deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz al-Quran akan
mengukuhkan ingatan murid terutama pada ayat yang susah dan ayat
mutasyabihat. Kaedah penulisan ini juga boleh dilakukan berulang-ulang
kali untuk memantapkan hafazan dan mengelakkan hafazan daripada
mudah terlupa. Ini dibuktikan oleh Abdul Hafiz et al. (2003) dengan
menegaskan
mempunyai

bahawa

kaedah

keberkesanan

penulisan

yang

tinggi

pembelajaran.

~ 17 ~

merupakan
di

dalam

kaedah

pengajaran

yang
dan

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

j) Kaedah Penerangan
Manakala kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan
maksud ayat, menerangkan asbab nuzul ayat, menghuraikan kefahaman
ayat dan melakukan penilaian melalui penulisan amat kurang diberi
perhatian oleh guru sedangkan kaedah tersebut telah ditegaskan oleh Abu
al-Wafa (1999) dengan memperjelaskan bahawa dengan mengetahui
makna ayat yang dihafaz dan mengetahui asbab nuzul akan membantu
pelajar dalam menghafaz dan meyakinkan ingatan. Dalam kajian Misnan
(2003) beliau menegaskan bahawa pelajar yang cemerlang di dalam
hafazan al-Quran adalah murid yang memahami terjemahan ayat alquran, memahami maksud cerita al-quran dan mengaitkan kefahaman
serta analisis dari ayat yang dihafaz.

k) Kaedah Hattawiyyah
Kaedah

Hattawiyyah,

iaitu

kaedah

yang

bertujuan

untuk

memudahkan murid dapat membaca al-Quran serta menghafalnya.


Kaedah Hattawiyyah telah berkembang di wilayah Riau, Indonesia yang
diasaskan oleh Dr. Mohd Hatta Osman yang merupakan seorang pegawai
Jabatan Agama Tempatan di sana. Kaedah ini mula diasaskan bagi
membebaskan buta huruf al-Quran dalam kalangan kanak-kanak di sana.
Tempoh yang diambil untuk seseorang itu dapat membaca al-Quran dan
menghafalnya adalah selama empat atau lima jama sahaja, atau 6 kali
belajar.

Kaedah

ini

sangat

sesuai,

ringkas

dan

praktikal

untuk

dilaksanakan bagi mengurangkan masalah tidak kemampuan murid


membaca al-Quran tetapi dengan syarat mereka sudah lancar membaca
rumi.
Kaedah ini mula berkembang di Malaysia secara meluas melalui
guru-guru dari Indonesia yang terlibat dalam bidang pengajaran al-Quran.
~ 18 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

Ia juga dikembangkan oleh pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia.


( Adel M.Abdul Aziz: 2006). Kaedah ini iaitu dengan guru memperkenalkan
bentuk-bentuk huruf hijaiyyah kepada huruf latin seperti huruf kepada
huruf m, huruf kepada huruf t dan seterusnya. Walaupun begitu,
kaedah ini sangat memerlukan bimbingan yang terus agar murid tidak
terpesong apabila membaca al-Quran apabila ayat-ayat al-Quran yang
mengandungi tanwin, sabdu dan panjang pendek.

PELAKSANAAN
KAEDAH
~ 19 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

PENGAJARAN
AYAT
HAFAZAN
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
~ 20 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

3.0 PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a) Talaqqi dan Musafahah.


Sememangnya

tidak

dapat

dinafikan

bahawa

kaedah Talaqqi

Musahah ini amat penting dan menjadi asas kepada pengajaran al-Quran
samada bacaan atau hafazan. Untuk melaksanakan kaedah ini, guru
terlebih dahulu perlu memperdengarkan bacaan surah al-Quran samada
dari bacaan guru sendiri atau melalui kaset rakaman. Cara bacaan
perlulah bersesuaian dengan tahap murid sekiranya guru menggunakan
kaset. Jangan memilih kaset agak laju bacaannya, seelok-eloknya guru
sendiri yang merakamkan suaranya di kaset agar sesuai dengan murid.
Masa yang diperuntukkan untuk memperdengarakan ayat al-Quran ini
ialah selama tujuh hingga ke lapan minit secara latih tubi berulang-ulang
kali agar ianya tidak mengambil masa bagi langkah-langkah lain yang
dirancang agar tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru kerana
gagal mengurus masa dengan baik.
Langkah seterusnya yang perlu diambil oleh guru ialah dengan
mempamerkan ayat-ayat tersebut dalam bentuk keseluruhan dengan
menggunakan kad carta, LCD atau kad manila. Kemudian guru akan
memperdengarkan contoh bacaan kepada murid sambil murid mendengar
dengan penuh perhatian. Selepas itu, guru akan meminta murid untuk
mengikut bacaan guru yang telah diperdengarkan kepada mereka
sebentar tadi. Guru kemudiannya meminta murid membaca secara kelas,
kumpulan dan individu.
Guru menggunakan kaedah latih tubi dimana potongan kalimahkalimah dari ayat-ayat tertentu ditampal dihadapan kelas.Guru menyebut
berulang kali dan murid juga mengikut bacaan guru berulang kali hingga
dapat diingati. Sebutan secara hafazan digunakan iaitu guru menutup
~ 21 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

kalimah-kalimah yang dipamerkan dan meminta murid menyebut satu


persatu tampa melihatnya.Kalimah-kalimah tersebut mestilah disusun
mengukut urutan asal surah yang hendak dihafaz.
Guru perlu mengukuhkan hafazan murid dengan kaedah kuiz atau
permainan. Guru perlu bijak memainkan peranan agar aktiviti hafazan
tidak membosankan murid. Permainan secara menyusun semula atau
menampal semula adalah antara aktiviti yang dapat merangsang minda
dan menyeronokkan murid. Guru menyediakan kad-kad kalimah dan
menyelerakkannya seterusnya meminta murid dari kumpulan-kumpulan
berbeza untuk menyusunnya dan menampalkannya di hadapan kelas.
Murid perlu menyusun kalimah-kalimah agar menjadi ayat yang lengkap
dan sempurna.

b) Kaedah Tasmik
Untuk melaksanakan kaedah ini, guru perlu mendengar dan meneliti
bacaan ayat yang telah dihafaz oleh murid dengan suara yang kuat
(jahar) atau nyaring dihadapan guru samada secara kumpulan atau
individu bergilir-gilir. Kedudukan guru adalah berhampiran dengan murid
iaitu dalam keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat
melihat cara murid menyebut kalimah atau ayat yang dibaca dengan
betul. Kemudian guru akan mendengar bacaan atau hafazan murid
dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh
murid dalam bacaannya.
Guru juga boleh meminta murid untuk membaca secara kumpulan
kecil atau individu untuk memudahkan tugas mentasmik murid dijalankan.
Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid
tersebut. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh
menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
~ 22 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

c) Kaedah Tikrar (Latih Tubi)


Untuk melaksanakan kaedah tikrar, guru terlebih dahulu perlu
menampal

kad-kad

perkataan

atau

menggunakan

LCD

untuk

menayangkan bahan yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan


dipelajari di hadapan kelas. Guru perlu membaca ayat tersebut sebanyak
tiga

kali

dan

mengulang-ulangnya

sambil

meminta

murid

untuk

mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian barulah murid mengikut


bacaan guru.
Guru juga boleh meminta murid untuk mengulang bacaan guru
sebanyak tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat murid
terhadap

pembelajaran

hafazan

yang

dilaksanakan,

guru

boleh

memperdengarkan bacaan al-Quran oleh qari yang terkenal daripada


cakera padat. Untuk melakukan penilaian, guru menggunakan pita
rakaman

untuk

merakam

bacaan

murid

kemudian

guru

akan

memperdengarkan semula bacaan tersebut kepada murid. Langkah


seterusnya yang dilaksanakan oleh guru ialah dengan membetulkan
kesalahan murid dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga
dapat menghafaz ayat dengan betul.

d) Kaedah Soal Jawab


Guru mempamerkan carta yang mengandungi ayat yang akan
dihafaz oleh murid di papan tulis. Kemudian guru akan meminta murid
membaca secara senyap. Kemudian guru akan membaca ayat dengan
~ 23 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

kuat dan meminta semua murid mengikut bacaan guru. Guru


mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta murid mengikut
bacaan guru secara kumpulan. Guru meminta murid mengecam
kalimah dan potongan ayat supaya murid mudah mengingat untuk
aktiviti menghafaz ayat. Guru akan bersoal-jawab tentang ayat hafazan
dari segi menyambung ayat yang dibaca. Guru membaca permulaan
ayat dan meminta murid menyambung ayat tersebut. Untuk menarik
minat murid, guru menyoal murid yang paling cepat menghafaz ayat.
Guru perlu memastikan semua murid dapat menghafaz ayat yang
diminta dengan betul.

REFLEKSI
~ 24 ~

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

4.0 REFLEKSI

SYAHRUL HANIFF BIN SARMAN

(920623-10-5143)

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat yang
dilimpahkan atas nikmat kesihatan dan kesempatan untuk menyelesaikan
amanah yang telah dipertanggungjawabkan ini. Serta tidak lupa selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga juga
para

sahabat

baginda

yang

mulia.

Terlebih

dahulu,

saya

ingin

merakamkan ucapan terima kasih saya kepada pensyarah pembimbing


bagi subjek ini iaitu Ustaz Mohd Daud bin Mohamad dalam usaha untuk
membantu kami memahami setiap apa yang terkandung dalam kursus
PQE 3034E (Hafazan Al-Quran) ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa
saya, semua sahabat serta individu-individu yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung kerana turut sama memberi dorongan dan idea
kepada saya. Terima kasih diucapkan..
Melalui tugasan ini, pelbagai input baru telah berjaya saya perolehi.
Percambahan

pemikiran

yang

saya

~ 25 ~

rasakan

terbatas

sebelum

PQE
3034E

[HAFAZAN AL-QURAN]

melaksanakan tugasan ini, mampu menjalar kepada tahap pemikiran


yang kreatif serta kritis dalam menjana penghasilan tugasan yang lebih
cemerlang. Tugasan ini meminta saya untuk membincangkan kaedah
yang sesuai dan berkesan serta cara guru menerapkan kaedah tersebut
dan pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai ayat
hafazan dengan baik. Pelbagai kaedah telah diketengahkan oleh saya
dalam penulisan kerja kursus ini. Antaranya ialah talaqqi musyafahah,
kaedah tasmik, kaedah tikrar dan lain-lain lagi. Setiap daripada kaedah
tersebut saya perjelaskn satu persatu berdasarkan kepada maklumat
yang telah diperolehi.
Namun begitu, untuk menyelesaikan tugasan ini sememangnya
bukan mudah bagi diri saya. Saya perlu bijak menguruskan masa saya
dengan pelbagai tugasan yang lain. Hal ini kerana, dalam tempoh masa
yang diberikan untuk menyelesaiikan tugasan kerja kursus ini, saya
sedang menjalani praktikum. Tempoh ini sememangnya begitu mencabar
bagi diri saya dengan bebanan tugas untuk menyiapkan persediaan
mengajar.

Namun

begitu,

saya

berusaha

sebaik

mungkin

untuk

menyelesaikan tugasan ini kerana saya anggap ia adalah lumrah kepada


diri saya yang bergelar sebagai penuntut ilmu.
Antara kebaikan yang saya peroleh hasil kerja kursus ini ialah
memupuk sikap bersungguh-sungguh dalam diri saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan lebih sempurna. Selain itu, hasil daripada tugasan ini
adalah

mengeratkan

hubungan

persahabatan

semasa

pelaksanaan

tugasan ini, kami sering bertukar-tukar idea dan saling memberikan


sokongan antara satu sama lain serta bertanya sekira ada bahagian yang
tidak difahami. Tidak hairanlah jika tugasan ini berjaya saya sempurnakan
dengan jayanya, kerana perumpamaan Melayu yang berbunyi, seperti aur
dengan tebing, dapat disamakan dengan ukhwah antara kami yang saling
bantu membantu antara satu sama lain sehingga terhasilnya tugasan kali
ini dengan jayanya.

~ 26 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

Akhir sekali, sebagai bakal pendidik, saya harus menguasai


pelbagai perkara yang berkaitan dengan ilmu pendidikan terutamanya
strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan murid supaya
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mencapai objektif
yang ditetapkan. Saya berharap ilmu yang saya perolehi ini akan dapat
diterapkan pada masa yang akan datang. Semoga hasil tugasan yang
kami jalankan ini mampu menjana kecemerlangan saya dan rakan-rakan
sebagai bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa menjadi insan
yang berguna. Sekian,terima kasih.

~ 27 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

BIBLIOGRAFI

5.0 BIBLIOGRAFI

Buku:1. Ahmad Mohd Salleh (2004), Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan
Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi
Pengajian Islam, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3. Hassan Langgulung (1995), Pendidikan Islam dan Peralihan
Paradigma, Shah Alam, Hizmi Publication.
4. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee (1991), pedagogi 3 bahagian A
Pengajaran dan Persediaan Mengajar, KualaLumpur, Kumpulan
Budiman.
~ 28 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

PQE
3034E

INTERNET
1. Kaedah Tasmi', Kaedah Tikrar, Dan Talaqqi Musyafahah, Mohamad
Syahmi bin Harun (2011)
http://smilegivechance.blogspot.com/2011/06/kaedah-tasmi-kaedahtikrar-dan-talaqqi.html. Telah diakses pada 4/08/2014.
2. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sek Rendah,
Noor Azlinda (2012),http://naa87.blogspot.com/2012/06/5-kaedahpengajaran-dan-pembelajaran.html. Telah diakses pada 4/08/2014.
3. http://ojie.um.edu.my/filebank/published_article/4846/Article_3_Vol_
1_Issue_1.pdf. Telah diakses pada 15/08/2014.
4. 4.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran.
Noorhayati (2012)
5. http://www.slideshare.net/noor_hayati74/kaedah-pengajaran-danpembelajaran-tilawah-al-quran. Telah diakses pada 5/08/2014.
6. Hafazan, Roslizam (2010)
http://www.slideshare.net/noor_hayati74/kaedah-pengajaran-danpembelajaran-tilawah-al-quran. Telah diakses pada 5/08/2014.

~ 29 ~

[HAFAZAN AL-QURAN]

LAMPIRAN

~ 30 ~

PQE
3034E

Vous aimerez peut-être aussi