Vous êtes sur la page 1sur 6

JULIANA SAMUEL EMANG BA13110142 (JEPUN-EKONOMI)

PENGENALAN
Kebangkitan kuasa Jepun di bawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis
di rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
1941.Kehadiran Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan
bahan-bahan mentah untuk ekonomi Negara Jepun. Dengan sloganAsia untuk
Asia dan Menghapuskan imperialism kuasa-kuasa Baratperjuangan Jepun
pada awalnya dilihat murni oleh masyarakat setempat kerana melambangkan
kebangkitan masyarakat Asia.Malahan orang melayu dan India mengalu-alukan
kedatangan orang Jepun yang melihat sebagai penyelamat dan penghalau
penjajahan British.
Kerajaan Jepun membuat keputusan untuk berperang pada malam 7-8
Disember 1941 dengan melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour,
Hong Kong dan Tanah Melayu. Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
(1939-1945) didorong oleh beberapa perkara:
(a) Kesan dasar imperialism yang dikesan sejak abad ke-19. Jepun
menamakan
gerakan
menguasai
Asia
Tenggara
sebagai
Nanshin(Gerakan ke Selatan). Mulai tahun 1936, kerrajaan Jepun sendiri
mulai aktif untuk mencapai matlamat ini dengan menubuhkan
Suruhanjaya Laut Selatan di bawah Kementerian Luar.
(b) Kesan perkembangan facisme dalam sekad 1930-an di Jerman, Itali dan
Soviet Rusia. Sebenarnya Jepun sendiri mempunyai akar umbi tradisi
samurai sejak zaman-berzaman. Perkembangan fahaman ketenteraan
bertambah meluas selepas kemenangan Jepun ke atas China (1894-1895)
dan Rusia (1904-1905). Pada tahun 1930 berlaku cubaan rampasan kuasa
tentera dalam usaha mewujudkan pemerintahan tentera tetapi gagal.
Walaupun begitu peranan tentera terus penting. Belanjawan tentera
meningkat dari tahun ke tahun. Antara tahun 1938-1942, Jepun
membelanjakan 11,900 juta yen untuk tentera. Industri bersifat
ketenteraan uga dipergiatkan.
(c) Kepentingan ekonomi juga menjadi dorongan mengheret Jepun ke kancah
perang. Adalah menjadi sebahagian usaha Jepun unuk mendapat bahan
mentah dan pasaran yang berterusan. Menjelang tahun 1930, berlaku
kemelesetan dunia dan kuasa penjajah barat berkuasa di Asia mengawal
ketat bahan mentah ke Jepun. Jepun menghadapi masalah kerana tidak
mempunyai jajahan yang dapat menampung keperluannya. Asia Tenggara
menjanjikan bekalan minyak, getah, timah dan sebagainya.
(d) Penaklukan Tanah Melayu sebagai sebahagian rancangan Jepun
menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya. Jepun juga
mempelopori sikap anti imperialism Barat di kalangan orang Asia kerana
Asia hanya untuk orang Asia.
(e) Jepun membuat pakatan dengan Jerman dan Itali. Perjanjian antikomintern
ditandatangani pada bulan November 1936 dengan Jerman dalam usaha
menentang pengaruh komunis. Ini diikuti perjanjian yang serupa dengan
Itali pada tahun 1937. Apabila perang meletus di Eropah, Jepun mendapati

kekuatan Britain, Amerika Syarikatdan Belanda di Pasifik lemah dan


peluang ini digunakan untuk melancarkan peperangan.

PENDUDUKAN JEPUN
Jepun mulai bertapak di Melaka pada tahun 1941 sehingga 1945. Jepun mulai
menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 ogos 1945.
Kezaliman sewaktu memerintah adalah lebih pahit daripada penjajahan sebelum
ini. Jepun telah Berjaya menakluki Tanah Melayu dan dapat sokongan daripada
anak-anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah
dijanjikan.1
Pendudukan-penduduk Tanah Melayu, terutama, mereka yang bencikan penjajah
Inggeris pada mulanya berasa gembira kerana kedatangan Jepun itu bukan
sahaja telah menghapuskan penjajahan barat itu tetapi juga, pada sangkaan
mereka, akan membawa kesenangan kepada orang-orang miskin. Harga barangbarang murah dan mewah terutama kain baju, dan barang-barang makanan
terutama beras. Kerana sebelum perang, harga barang-barang Jepun memang
murah. Tetapi apa sebenarnya telah didapati? Yang murah sekali bukannya harga
barang-barang tetapi ialah tempeleng, pukulan, penderitaan dan potong kepala. 2

KESAN EKONOMI
Penglibatan orang Jepun dalam bidang ekonomi dapat dikesan sejak sebelum
perang meletus. Mereka melibatkan diri dalam perusahaan getah, perlombongan
dan perniagaan. Matlamat Jepun seterusnya apabila menguasai Tanah Melayu
ialah mengeksploit bahan- bahan mentah dan meluaskan pasaran.
Bagaimanapun matlamat Jepun tidak tercapai kerana peperangan yang
berlarutan dan terpaksa menghadapi sekatan ekonomi Barat. Jalan perhubungan
darat banyak yang musnah. Demikian juga pengangkutan laut terbantut kerana
banyak kapal terpaksa digunakan untuk tujuan peperangan. Di samping itu,
pengangkutan laut juga menghadapi ancaman serangan kapal perang pihak
Berikat. Dan Tanah Melayu juga menghadapi masalah ekonomi akibat dasar
British yang melaksanakan dasar bumi hangus semasa mereka berundur dahulu.
Lombong- lombong serta peralatannya dimusnahkan, bekalan minyak dibakar,
bekalan makanan dibiarkan rosak dan infrastruktur dirosakkan. Ini memberikan
kesan jangka panjang sebelum dapat dipulihkan. 3

1 Ghazali Lateh & SMSI. 2006. Fakta Sejarah 1. Selangor: Pekan Ilmu Publications
Sdn Bhd.Hlm.138
2 Ibrahim Mohmood. 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu.Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.hlm 24

Akibat pendudukan Jepun , rakyat Tanah Melayu terpaksa menghadapi tekanan


ekonomi. Inflasi meningkat tinggi. Ini adalah kesan pihak Jepun mencetak wang
tanpa kawalan. Dalam masa dua bulan pendudukan Jepun, sebanyak 65 juta
wang Jepun berada di edaran. Dan pada bulan Februari 1943 diangggarkan
terdapat 285 juta wang kertas diedarkan.4
Pihak Jepun cuba memonopoli ekonomi di Tanah Melayu. Pelbagai rancangan
dibuat untuk mencapai maklumat ini. Permit-permit perniagaan dikeluarkan oleh
pentadbiran tentera bagi memastikan syarikat-syarikat Jepun diberi layanan
istimewa. Pengurusan perusahaan dan perniagaan diserahkan kepada kaisha
(syarikat) dan kumiai (persatuan perniagaan)5.
Akibat pendudukan Jepun, rakyat tempatan menghadapi masalah ekonomi.
Rakyat menghadapi masalah kekurangan makanan, pakaian dan barang-barang
keperluan harian yang lain. Akibat kekurangan beras, rakyat terpaksa makan apa
sahaja terutama ubi kayu sehingga zaman pemerintahan Jepun dikenali juga
sebagai Zaman Ubi Kayu. Walaupun pentadbiran Jepun cuba mengurangkan
masalah ini dengan mengadakan kawalan harga dan mengisytiharkan hukuman
yang berat kepada sesiapa yang melanggarkan peraturan tetapi tidak
berhasil.Pasar gelap dan penyeludupan berleluasa.
Akibat bekalan
yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan
pemerintahan yang bersifat Self Sufficient. 6Dasar ini telah menyebabkan
rakyat bergantung kepada kegiatan dalam Negara bagi tujuan memenuhi
keperluan masing-masing. Pihak Jepun telah menggalakan rakyat menanam
makanan sara diri seperti beras, Ubi kayu, keledek, sayuran dan sebagainya. Hal
ini berbeza dengan zaman panjajahan British yang menjalankan dasar buka pintu
untuk perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan
dasar secukup makan ini dan perusahaan getah diberhentikan untuk
mengantikan tanaman getah dengan bercucuk tanam terutamanya ubi kayu dan
bersawah padi. Dengan ini diharapkan dapat mengurangkan masalah makanan
malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing.

3 Mohd.Isa Othman.2002. Sejarah Malaysia (1800-1963) .Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd.hlm 283-284.
4 Mehmaet Sami Denker.1985. Contituity and Change in Japanese-Malaysian
Relations Before and After the Second World War.hlm.12.
5 Yoji Akashi.1970(1).Japanese Policy Towards the Malayan Chinese(19411945),Journal of Southeast Asian Studies. Hlm.81.
6 Wan Noraini Wan Ahmad.1986. Pendudukan Jepun (1942-43)& Thai (1943-45)
di Kelantan: Kesan ke atas masyarakat melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.hlm 44-45

Selain itu, untuk mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa


memakai baju yang diperbuat daripada guni pada zaman tersebut.Situasi ini
dapat dilihat di merata tempat contohnya Pulau Pinang akibat kesukaran
mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan Alor
Setar di Kedah7. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan
industry tempatan bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit,
menggantikan minyak pelincir dan minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan
sebagainya.
Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk
tempatan menyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama
Speci & Ltd, Perak People Park yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor,
Singapura dan Pulau Pinang 8. Tetapi matlamatnya tidak berjaya. Malahan
semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan berat dimonopoli Jepun dan
kebanyakkan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di
kawasan estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kaisha dan The
Kabuski di Perak.9 Hal ini menyebabkan member kesan negatif terhadap
perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Inflasi berlaku dengan sangat teruk semasa pemerintahan Jepun.Pengeluaran
wang pokok pisang yang ttidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi
rendah dan barang-barang melambung harganya. Pengeluaran barang utama
dikawal dan permit telah dikenakan bagi semua pengangkutan dan
perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan dan pembelian
menggunakan kupon dari pejabat kawalan makanan di Bandar 10. Malahan
kegiatan eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja.
Contohnya Pulau Pinang mengeksport getah dan bijih timah ke Negara Jepun.
Manakala Jepun membekalkan tentera, perubatan, anak patung, rokok dan
sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap. Hal ini
membantutkan dan melumpuhkan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu.
Situasi kemelesetan ini,inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran
mendapatkan makanan telah menyebabkan beralkunya penyeludupan, pasaran
gelap,boker
lintah
darah
dan
eksploitasi
kegiatan
haram
yang
berleluasa.Penyeludupan ini berkembang pesat akibat sikap pihak Jepun yang
tidak campur tangan, mendiamkan diri,rasuah,pilih kasih dan orang jepun sendiri
7 Kratioska, Paul H dan Abu Talib Ahmad. 1989. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.hlm 114
8 Ghazali Mayudin.1978. Johor Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945).Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.hlm57
9 Ibid.hlm 57
10 Siti Zamiyah Zakaria.1996. Zaman Pendudukan Jepun. Petaling Jaya: Penerbit
Setia Emas.hlm 24

terlibat dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan


bertambah.Selain itu,orang Jepun telah merampas barang makanan peniaga
tanpa memberikan bayaran.Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak
menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga
yang lebih mahal dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para
petani telah menyorok beras mereka untuk diseludup ke negeri Terengganu dan
Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara $10 hingga $13 bagi satu
gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50sen bagi beras
kelas pertama.11
Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk
terhadap masyarakat Tanah Melayu.Tetapi jika kita lihat segala
pengalaman dalam pemerintahan Jepun ini telah menyedarkan
masyarakat terutamanya orang melayu selama ini hidup dalam
bersenang-lenang kepada berfi kir dan berjuang untuk meneruskan
kehidupan.Mereka diajar maka keberanian, kepercayaan diri,untuk terus
hidup
dan
semangat
spiritual
dan
mental
yang
kuat.Mereka
memanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan
mengajar agar berdiri di kaki sendiri, membuat baju, mencari alat
gentian untuk enjin dan tidak menyerah kepada takdir.Orang Melayu
telah mencipta sesuatu yang baru, contohnya senapang patah, tayar
basikal dari getah kasar atau sekerap, abu menggantikan sabun, gobek
untuk mendapatkan api, gula dari nira dan sebagainya. 12 Semua ini
seolah-olah membentuk jiwa masyarakat dan pengalaman berharga yang
mengajar masyarakat untuk berfi kir dan berfi kir dalam memperjuangkan
kehidupan mereka.
Di Samping itu,pihak Jepun juga menggunakan buruh-buruh paksa bagi
memenuhi keperluan ekonomi. Kerja-kerja mereka tidak dibayar dan sesiapa
yang menentang akan diseksa oleh polis tentera (kempetai). Selain digunakan
untuk kerja-kerja di Tanah Malayu, ada juga buruh-buruh dihantar keluar. Ramai
romusha Tanah Melayu yang terlibat diangggarkan 73 502 orang.

KESIMPULAN
Walaupun kehadiran Jepun melumpuhkan ekonomi Masyarakat Tanah Melayu
tetapi dalam masa yang sama telah menerbitkan satu pemikiran baru bahawa
ekonomi boleh dijana dengan pelbagai cara dan mengajar masyarakat agar
berjimat cermat dan tidak sentiasa bersenang-lenang kerana musibah mungkin
11 Wan Noraini Wan Ahmad.1986.Pendudukan Jepun(1942-43)& Thai(1943-45)di
Kelantan: Kesan ke atas masyarakat Melayu.Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.hlm52-53
12 Abu Talib Ahmad.1986-1987. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.Penang:
Universiti Sains Malaysia.hlm 109

muncul secara tiba-tiba. Malahan , memupuk sikap agar lebih berhati-hati


dengan setiap pertolongan kerana bayaran yang perlu kita bayar mungkin tinggi.

Rujukan
Mohd.Isa Othman.2002.Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd
Ibrahim Mohamood.1981.Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur :
Penerbit Pustaka Antara
Ghazali Lateh & SMSI.2006. Fakta Sejarah 1. Selangor: Pekan Ilmu Publications
Sdn Bhd
www.scribd.com/doc/21053042/KESAN-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-MALAYSIA

Vous aimerez peut-être aussi