Vous êtes sur la page 1sur 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP PPG JAN 2012)

HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEPTEMBER 2012

NAMA:

ZULKIFLI bin ABDUL WAHAB

NOMBOR MATRIX:

810712115207/001

KAD PENGENALAN:

810712115207

NOMBOR TELEFON:

019-9250698

ALAMAT EMAIL:

khathira12@yahoo.com

NAMA TUTOR:

MOHD NAIM bin LASIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN:

OUM Kuala Terengganu

SEMESTER: SMP PPG SEPTEMBER 2012

Pengenalan

Pengertian seni mengikut kamus pelajar bahasa Malaysia bermaksud kecil sekali, halus, molek,
kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah. Mengikut Ibn. Khaldun pula seni itu
adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan dimana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan
logika. Secara umumnya pula pengertianya adalah agak luas seperti seni halus, seni tari, seni
muzik, seni bina, seni lakon, seni silat,seni ukir dan sebagainya lagi. Kesenian ini sebenarnya ada
kategorinya sendiri, seperti Seni Persembahan (lakonan, nyanian dan sebagainya), seni Penulisan
kreatif (cerpen, puisi,skrip drama dan sebagainya) dan Seni Visual (seni Kraf, seni lukis, seni
ukir, seni bina dan sebaginya lagi).

Seni visual bermaksud sesuatu yang kelihatan atau Nampak (tampak)., secara terminologinya
bermaksud boleh dilihat, di sentuh dan dinilaikan. Seni visual yang boleh di lihat dan disentuh
adalah seperti catan, lukisan, arca, ukiran, binaan dan sebagainya. Ianya pula bukan sekadar
dilihat, tetapi ia perlu difahami (nilai) maksudnya.

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah, halus dan seni bukan
sahaja diaplikasikan dalam satu bidang sahaja tetapi ianya juga diunjurkan pada bidang lain
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Seni tersebut merupakan seni yang memerlukan
pergerakan, suara dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalaman diri
seseorang. Seni juga turut diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran sememangnya
memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni
yang di sematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberikan satu nilai dalam jangka masa
yang panjang dan memberi impak yang positif.

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif,
inventif, mempunyai jati diri yang tinggi, seimbang dan harmonis. Pengabungan tiga jenis seni
yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang

holistik. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid menjadi
lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga
membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia
juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan
secara seimbang dan menyeluruh.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid menjadi
lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia
juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain
itu ia juga turut memotivasikan guru agar menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti
yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan
insan secara seimbang dan menyeluruh.

Seni dalam pendidikan juga dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap
insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain.

kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran. Begitu juga dengan hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak
pada persekitaranya. Untuk itu terdapat pelbagai domain yang dapat dikembangkan bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

1. Aspek Kognitif
Pengajuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan.

2. Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psikomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

3. Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses
berbanding dengan hasilan akhir.
4. Aspek Perspsi
Murid boleh mempertingkat dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
5. Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan
diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk.
Nama Pendidikan Seni telah digantikan dengan nama Pendidikan Seni Visual oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni visual atau tampak, dan tidak merujuk
kepada cabang seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan sebagainya. Pendidikan
Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar
serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
lebih kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang

sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea
dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia akan membantu murid membina keyakinan
diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu
dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan
menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menekankan bahawa setiap murid mempunyai pelbagai
kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting
untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara
seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran akan lebih berkesan dan bermakna.

Matlamat

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Objektif
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Organisasi Kurikulum

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid
dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.
Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan
peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan
dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai
bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip
rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan,
alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi
bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu:
a. Pemerhatian Secara Aktif
Pemerhatian secara aktif

yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan


deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini
adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam
fantasinya

ke

arah

perkembangan

persepsi

dan

pemikiran

abstrak.

b. Interaksi Yang Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat
dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada
murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka
boleh

lakukan

dalam

penghasilan

seni

di

masa

akan

datang.

c. Apresiasi Seni Visual Secara Mudah


Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari
aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
pendidikan

seni

visual

sekolah

rendah.

d. Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan


Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran
dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah
bidang:
1. Menggambar
Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai
media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara
kegiatan dalam bidang ini ialah lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan,
Stensilan, Percikan, Gurisan, Capan, Mozek dan Poster.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan
menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan
kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik
dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus.
Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap
asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid
menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti
menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial,
emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat,
bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat
hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri
kanak-kanak.

Contoh lukisan hasil daripada teknik mengambar

Aktiviti mengambar dan mewarna

2. Membuat Corak dan Rekaan


Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya
melalui kegiatan seperti corak tidak terancang secara (Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan
celupan, Renjisan dan percikan) dan Corak terancang secara (Lukisan atau Catan). Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid
terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid
dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti
Arca timbul, Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti
mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.

Contoh Membuat Corak

Aktiviti membuat corak


3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

ini menegaskan perkembangan

persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul,
Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan
membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan
kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai
satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

Contoh Membentuk dan Membuat Binaan


4. Kraf Tradisional.
Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang
diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional
seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri, Perhiasan diri (ornamen) ,
Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.Bidang ini memberi kesedaran
tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf
tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran
yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap
bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan
konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan,
koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah
rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat

pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan
prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan
maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam
kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Contoh Mengenal Kraf Tradisional

Kesimpulan
Seni amat memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak
dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan kerana
sejarah telah membuktikan bahawa seni amat berperanan dalam pembentukan ketamadunan
manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan
teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, seimbang
dan harmonis serta baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat
berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

Seni dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi faktor terpenting dalam masyarakat kerana
melaluinya sistem pendidikan di susun dengan baik bagi proses pembelajaran masyarakat dan Ia
saling memerlukan, sememangnya benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan
masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya
adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
(2648 Patah Perkataan)

BIBLIOGRAFI
1. Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan (2006), Quantum Books Peti Surat
55, Tanjung Malim.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia KPM(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah, Pendidikan Seni Visual.

3. Mazlan Mohamad, (1996).Perkembangan Seni 1- Prinsip Pendidikan Seni, Selangor.


Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

4. Mohd Johari Ab Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni; Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim.

5. Muliyadi Mahamood (1995); Seni Lukis Dalam Peristiwa. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

6. Mohd Nasir Ibrahim, Prof Madya Iberahim hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan
Universiti, Tanjung Malim. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI.

7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (ms 39-55)

Vous aimerez peut-être aussi