Vous êtes sur la page 1sur 3

REFLEKSI KERJA HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

Semasa melaksanakan kerja kursus Hubungan Etnik (WAJ 3106), saya telah
mendapat pelbagai faedah dalam membina diri sebagai insan guru pada masa
hadapan.Pelbagai masalah yang telah dihadapai sepanjang proses menyiapkan
penulisan esei ini.Namun hasil bimbingan pensyarah iaitu Encik Jalil, masalahmasalah ini dapat diselesaikan dengan mudahnya. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana telah membimbing dan teguran
membina

untuk menghasilkan tugasan yang sempurna.Beliau merupakan

pensyarah yang sangat berkaliber. Setiap penyampaiannya di dalam kuliah sangat


berguna kepada saya dan rakan-rakan sebagai bakal guru kelak. Tanpa nasihat dan
motivasi yang diberikan kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik
dan mengikut kehendak yang telah ditetapkan.
Sepanjang menghasilkan esei ini, terdapat pelbagai manfaat yang saya
peroleh. Antaranya saya dapat mengetahui sejarah pembangunan ekonomi di
negara kita. Ternyata kerajaan sangat berkerja keras dalam memajukan ekonomi di
negara kita di samping menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Malaysia
iaitu kemiskinan dan kurangnya perpaduan.Saya juga dapat mengetahui setiap
intipati yang diperturunkan di dalam setiap dasar. Apa yang saya perolehi melalui
kajian saya terhadap kerja kursus, tanpa perpaduan etnik di Malaysia, bukan sahaja
pembangunan ekonomi malah aspek sosial dan politik juga tidak akan dapat
dibangunkan dan seterusnya mentransformasikan negara ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. Melalui pengalaman yang saya alami sendiri, bantuan yang
telah diberikan kepada rakyat Malaysia di bawah Gagasan 1 Malaysia telah banyak
membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Sebagai pelajar guru , saya juga
tidak ketinggalan

memperoleh bantuan dari kerajaan iaitu baucer buku 1

Malaysia.Bantuan ini sangat bermakna kerana saya dapat memanfaatkan baucer ini
untuk membeli buku-buku ilmiah yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik saya
untuk menjadi guru yang berkaliber dan berdedikasi. Sebagai rakyat Malaysia kita
haruslah bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan. Secara tidak langsung,

bantuan ini sebenarnya telah menyatupadukan rakyat Malaysia kerana kerajaan


telah mengaplikasikan konsep penyamarataan kepada setiap etnik. Konsep
penyamarataan ini sangat penting untuk mengelakkan krisis perkauman.Sudah
semestinya kita tidak ingin mengulangi peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.Saya
sangat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia ini. Sebagai bakal guru,
terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan dalam menyatupadukan pelajar yang
berbilang kaum.Sebagai contoh, RIMUP dan mengadakan aktiviti berkumpulan yang
melibatkan kumpulan yang berbilang kaum. Guru haruslah kreatif dalam membina
insan yang berjiwa semangat cintakan negara.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah kemasukan migrasi
antarabangsa dan implikasinya terhadap Malaysia. Pada pendapat saya, terdapat
kelebihan dan keburukan melalui kedatangan imigran ini ke Malaysia. Melalui
pemerhatian saya, lambakan pekerja asing terlibat dalam sektor pembangunan dan
pembinaan di Malaysia. Kepakaran mereka sangat mengagumkan kerana tanpa
hasil titik peluh mereka tiada bangunan yang gah berdiri untuk dijadikan kebanggaan
kita. Kegigihan mereka dalam bekerja juga patut kita contohi kerana meraka bekerja
adalah untuk membantu keluarga mereka yang susah di negara asal. Sebagai anak,
adalah sebagai tanggungjawab saya untuk belajar dengan gigih supaya saya dapat
membantu keluarga dan masyarakat lain sama ada dari segi bentuk kewangan
ataupun kemahiran saya dalam profession keguruan.Migrasi antarabangsa ini juga
memberi impak yang negatif kepada negara kita. Baru-baru ini,negara kita telah
digemparkan dengan serangan puak Sulu di Sabah. Serangan ini telah
mengorbankan banyak nyawa dan mengugat keamanan negara kita. Puak Sulu ini
telah berkampung di Sabah dalam tempoh yang agak lama sebelum membuat
serangan. Bagi saya,kerajaan perlulah memberi tumpuan dan siasatan yang lebih
terperinci akan kemasukan warga asing ke negara kita kerana kita tidak tahu agenda
dan tujuan mereka di sini sama ada baik atau tidak. Kemasukan warga asing ini
boleh dikurangkan dengan mengambil rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor
pembinaan dan pembangunan atau sektor lain menggantikan warga asing ini.
Peristiwa dan kes-kes yang melibatkan warga asing ini memberi kesedaran kepada
saya agar memandang serius dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan
politik,ekonomi serta sosial di negara kita.

Kesimpulannya, subjek Hubungan Etnik telah banyak mengajar saya betapa


pentingnya kita mengetahui isu semasa kini.Akhir sekali, terima kasih diucapkan
kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan sepanjang semester dua ini kerana
telah banyak membantu saya dalam memahami pembelajaran subjek ini di dalam
kelas.Terima kasih kerana telah memberi semangat dan dorongan ketika saya
berasa jatuh dan putus asa.Kesusahan mengajar saya untuk menghargai masa
dengan sebaiknya. Sesungguhnya pengalaman bergelar pelajar ijazah sangat susah
namun pengalaman ini akan mengajar saya untuk menjadi insan guru yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Guru.Jasa baik kalian hanya Tuhan dapat
membalasnya. Sekian, terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi