Vous êtes sur la page 1sur 12

PROGRAM K-FORCE

SEMESTER SEP 2013 /PART II

HUBUNGAN ETNIK
(MPU 3123)
TUGASAN BERKUMPULAN:
HARI PAHLAWAN

NORMAYUDI BIN ABU BAKAR (MD1309BD0404)


ROSLAND BIN OVON (MD1309BD0218)
SEKSYEN:
SCHOOL FOUNDATION AND GENERAL STUDIES
PENSYARAH:
SYED MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SYED OTHMAN
TARIKH HANTAR:
21 DIS 2013

HARI PAHLAWAN
Pendahuluan
Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa
pahlawan-pahlawan yang mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia
biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari
kepahlawanannya.

Hari Pahlawan di Malaysia


Hari Pahlawan di Malaysia disambut pada setiap 31 Julai setiap tahun.
Pelbagai acara diadakan sempena menyambut Hari Pahlawan ini bagi mengenang
jasa kesemua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan
selepas Malaysia merdeka.
Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sempena Hari
Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang di-Pertuan
Agong dan Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatannya serta Polis Diraja Malaysia
(PDRM) untuk bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran
Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Acara tradisi ketenteraan dimulai dengan tiupan Last Post dan Rouse serta
deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu tersebut. Acara-acara keagamaan

seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di
Masjid Negara.
Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke
sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah air. Pada
masa yang sama juga diadakan majlis-majlis rasmi bagi mengutip sumbangan
derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan akibat dari konfrantasi pada
masa tersebut.
Kerajaan pada 2010 telah memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang
sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya
di sebuah dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar yang bakal dibina. Namun
buat masa ini sambutan telah diadakan di Dataran Merdeka buat kali pertamanya
tanpa acara meletak kalungan bunga dan bertafakur di depan Tugu Negara seperti
yang sering dilakukan seiring dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Senario Sambutan Hari Pahlawan di Malaysia


Selain dari upacara yang kebiasaan yang diadakan bagi menyambut hari
tersebut, pihak penganjuran iaitu ATM dan PDRM juga turut mengadakan
pertunjukan seperti kawad berirama, tarian perang, serta persembahan pantomen
yang mengisahkan Sejarah Pejuang Negara. Untuk kali ini, pihak pengajuran telah
mengadakan sketsa atau drama yang mengisahkan perjuangan pahlawan negara
yang berlaku semasa konflik pencerobohan di Lahad Datu dan juga kisah
pemberontakan oleh kumpulan Al-Maunah di Sauh.

Pada era pemerintahan British atau pemerintahan kolonial, hari pahlawan


dikenali sebagai Poppy Day bagi memperingati perjuangan para perjuang pada
ketika itu. Ianya adalah sempena nama bunga poppy.
Pada zaman kini, ianya dikatakan tidak bersesuaian dengan kebudayaan
Malaysia dan kini telah digantikan dengan simbul bunga raya yang telah diilhamkan
oleh isteri bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Jeanne Abdullah.
Pemilihan bunga tersebut adalah sebagai lambang dalam kempen hari
pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati.
Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan
para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan
negara.
Kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak begitu mengerti maksud dan tujuan
sambutan Hari Pahlawan. Ada yang beranggapan ia hanyalah istiadat rasmi yang
diraikan setiap tahun di Tugu Negara/Dataran Merdeka di samping meminta
sumbangan untuk bekas tentera.
Jika semangat jati diri, patriotisme dan cintakan negara dapat dipupuk di
kalangan masyarakat, ia dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara
lebih terjamin.
Rakyat seharusnya mempertingkatkan daya ketahanan diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang cuba mengganggu perpaduan kaum
dan kestabilan negara.

Faktor Kurang Kesedaran Rakyat Malaysia


Dewasa ini hasil kemajuan yang dicapai oleh negara banyak memberikan
kesenangan dan keselesaan kepada generasi muda. Mereka lahir dalam keadaan
dimana negara telah mencapai kemerdekaan dan berkembang pesat untuk menjadi
sebuah negara maju. Walhal mereka tidak menyedari bahawa kesenangan dan
kemajuan yang dikecapi adalah hasil usaha pejuang-pejuang atau pahlawan negara
yang sebelum ini telah berkorban jiwa dan raga untuk bebas dari penjajahan dan
konfrantasi untuk merampas tanah air yang tercinta.
Golongan ini tidak merasai pahit dan getir generasi terdahulu terutamanya
pahlawan-pahlawan negara yang telah bermati-matian untuk mempertahankan
tanah air sehingga ada diantaranya yang terkorban dimedan pertempuran.
Menyingkap kisah sejarah yang telah berlaku semasa perang dunia kedua dimana
pahlawan negara iaitu Leftenan Adnan yang berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Di
Raja telah terkorban dimedan pertempuran setelah menentang tentera Jepun untuk
mempertahankan Bukit Chandu daripada ditakluki tentera Jepun. Sehinggakan
tentera Jepun mengakui bahawa sekiranya ada sepeluh lagi seumpama beliau maka
tentera Jepun akan tewas ditangan Askar Melayu.
Begitu juga kisah yang berlaku semasa era keganasan komunis dimana Bukit
Kepong telah diserang oleh sekumpulan pengganas komunis yang mengakibatkan
kesemua pejuang termasuk kaum keluarga telah terkorban didalam pertempuran
tersebut. Tidak ketinggalan juga semasa era penjajahan Inggeris dimana pejuang
sebelumnya seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Dol Said, Dato Bahaman, Mat Salleh,

Dato Maharaja Lela dan yang lain-lain juga merupakan pahlawan negara yang telah
berjuang untuk membebaskan tanah air dari penjajah.
Ekoran dari kesenangan yang dinikmati, mereka seperti gagal menghayati
sumbangan pahlawan-pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi
mempertahankan tanah air yang tercinta. Semangat para pahlawan harus dihayati
supaya dapat ditamankan sikap cintakan tanah air sendiri. Perkara ini sesuatu yang
amat dibimbangi oleh generasi lama sehinggakan dapat kita lihat pada masa kini
ramai golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasutan pihak yang
berkepentingan untuk menjatuhkan dan menggugat keamanan negara yang selama
ini telah terpelihara.
Kurangnya ditekankan pengetahuan dan maklumat berkaitan sejarah-sejarah
dan kisah-kisah yang telah berlaku dan dilalui oleh para pahlawan negara semasa
perjuangan mereka pada masa tersebut. Sebagai contoh diperingkat pendidikan
sekolah, perkara tersebut ada diajar tetapi tidak secara mendalam dan tidak
ditekankan sebagai salah satu tajuk utama didalam mata pelajaran sejarah.
Selain itu juga peranan media masa juga dilihat kurang memberikan
pendedahan

atau

maklumat

berkaitan

kesedaran

terhadap

peranan

atau

sumbangan para pahlawan negara. Baik dari segi promosi, iklan, dokumentari,
drama atau filem yang mengisahkan peranan dan sumbangan yang telah mereka
berikan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat
sepertimana yang kita nikmati pada masa kini.
Tidak juga dinafikan bahawa, ada segelintir generasi muda yang kurang
berminat dan beranggapan mengapa mereka perlu menghayati sejarah dan kisah
yang telah dialami oleh para pahlawan negara bagi memartabatkan negara, agama
dan bangsa sedangkan mereka kini telah hidup dalam keamanan dan keselesaan.
Mereka beranggapan bahawa perkara yang telah berlalu tidak perlu dikenangkan
dan mereka yang kini hidup dalam kesenangan perlu menikmati sepuas-puasnya.

Hasrat dan Harapan Kepada Rakyat Malaysia


Sebagai mengenangkan jasa dan pengorbanan para pahlawan negara,
pelbagai pihak harus memainkan peranan bagi memupuk kesedaran rakyat
Malaysia bertapa pentingnya para pahlawan ini dikenang dan disanjung terhadap
apa yang telah dicurahkan kepada negara. Media masa contonya, perlu lebih
mempromosikan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia tentang sejarah,
kisah dan pengajaran apa yang telah dilalui dan dialami oleh para pahlawan negara
melalui iklan, dokumentari, drama, filem, surat khabar, laman sesawang dan
sebagainya.
Hari pahlawan juga perlu disambut seperti hari-hari kebesaran yang lain
sebagai contoh Sambutan Hari Kemerdekaan dan ianya hendaklah mendapat
liputan yang meluas keseluruh negara baik sebelum sambutan mahupun selepas
sambutan. Penajaan dari badan-badan NGO dan swasta diharapkan agar sambutan
yang diraikan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi makna serta kesan
yang mendalam kepada rakyat Malaysia.
Seperti kebiasaan, Tabung Hari Pahlawan diwujudkan bagi membantu
pahlawan-pahlawan yang masih hidup dan ada diantaranya mengalami kecederaan
atau kecacatan kekal akibat dari kesan yang diterima semasa berjuang dimedan
pertempuran. Bagi pahlawan yang telah guguh dimedan pertempuran, sumbangan
disalurkan kepada waris bagi membantu meringankan beban. Tabung Hari
Pahlawan yang diwujudkan kebiasaannya diadakan disekolah-sekolah atau di
Wisma Kementerian Pertahanan. Adalah dicadangkan agar tabung ini diperluaskan
lagi diseluruh negara seperti disetiap kementerian kerajaan, dipusat membeli belah,

dipusat pengajian tempatan dan sebagainya bukan sahaja semasa menyambut hari
pahlawan bahkan pada sebilang masa dan dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal
Veteran ATM.
Peranan kerajaan bagi memastikan nasib para pahlawan negara terpelihara,
kerajaan berbesar hati telah memberikan alaun khas kepada para pahlawan negara
yang sebelum ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan
pingat SP (Sri Pahlawan Gagah Perkasa) dan PGB (Panglima Gagah Berani) bagi
mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Baru-baru ini budjet
kerajaan yang telah dibentangkan diparlimen telah menaikkan jumlah elaun tersebut.
Adalah disyorkan disini supaya, elaun ini diberikan juga kepada mana-mana para
pahlawan yang belum diperkenankan oleh Tuanku dengan pingat-pingat tersebut
supaya nasib para pahlawan negara yang lain dipelihara dengan sebaik-baiknya
termasuk waris-waris bagi pahlawan yang sudah meninggalkan kita.
Pendidikan awal disekolah juga harus ditekankan terutama mata pelajaran
sejarah tentang kepentingan para pahlawan kepada negara, kisah yang dilalui
sepanjang perjuangan mereka dan pengorbanan yang telah diberikan kepada
negara. Para pendidikan disekolah boleh mengadakan kempen-kempen kesedaran
kepada para pelajar bertapa pentingnya peranan yang diberikan oleh para pahlawan
negara dan mengadakan pertandingan poster, syarahan dan nukilan tentang hari
pahlawan. Menjemput para pahlawan negara yang masih hidup untuk menceritakan
kisah silam yang dihadapi semasa perjuangan mereka.
Dengan cara itu, para pahlawan ini akan menjadi contoh atau roll model
kepada para pelajar dan daripada situ, anak-anak bangsa telah ditanamkan dengan
sikap cintakan tanah air sendiri dan memelihara keamanan yang sedia ada. Dengan
cara itu juga, anak-anak bangsa kita tidak mudah terpengaruh dengan hasutan jahat
oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mencabuli keamanan yang telah
dikecapi negara.

Kepentingan Nilai Kepahlawanan


Dalam pembentukan anak bangsa yang mencintai tanah air sendiri, nilai
kepahlawanan perlu disemai dari awal iaitu diperingkat bangku sekolah lagi. Dengan
menerapkan nilai-nilai kepahlawanan ianya dapat membentuk semangat patriotisme
kepada anak bangsa. Sekira lunturnya semangat patriotisme dan gagal dihayati
khususnya generasi muda, ianya akan memberi kesan negatif kepada kestabilan
negara.
Nilai patriotisme ini merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni dan
sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, ianya akan dapat
menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak
mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai
patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap
lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era
pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Nilai-nilai murni
tersebut adalah seperti berikut:
1.

Berbangga sebagai rakyat Malaysia:


a.

Berakhlak dan berbudi pekerti mulia.

b.

Menghormati raja dan pemimpin negara.

c.

Menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu

kebangsaan, jata negara).

2.

d.

Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

e.

Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

Bersemangat setia negara:


a.

Cintakan bangsa dan negara.

b.

Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.

c.

Sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

d.

Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

e.

Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan

negara.
f.
3.

Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

Bersemangat kekitaan:
a.

Bersatupadu dan berharmoni.

b.

Bertolak ansur dan bertoleransi.

c.

Bekerjasama dan tolong-menolong.

d.

Hormat-menghormati.

e.

Bersefahaman dan bermuafakat.

f.
4.

5.

Muhibah.

Berdisplin:
a.

Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.

b.

Mematuhi peraturan dan undang-undang.

c.

Berkelakuan sopan dan bertatasusila.

d.

Bertanggungjawab.

e.

Bertindak dengan wajar.

f.

Bersifat amanah dan jujur.

g.

Berlaku adil dan bertimbang rasa.

Berusaha dan produktif:


a.

Rajin dan gigih.

b.

Berdikari.

c.

Sentiasa mempertingkatkan usaha.

d.

Tabah menghadapi cabaran.

e.

Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

negara.
Nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan
dapat menyumbang kearah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Justeru, wajar anak bangsa terutamanya di peringkat sekolah

menjadikan nilai kepahlawanan secara tidak langsung nilai patriotisme sebagai


amalan atau pegangan.
Penutup
Sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya berterima kasih
atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh para pahlawan negara untuk
mempertahankan tanah air dari penjajahan kuasa luar dan sekaligus mewujudkan
ketenteraman dan mempertahan keamanan negara sehingga kita hidup dalam
suasana aman dan damai hinggalah ke hari ini. Jasamu para perjuang negara akan
kami kenang hingga ke anak cucu dan ianya tidak ternilai dengan wang ringgit untuk
kami balas. Hidup Pahlawan Negara.
Bibliografi
1.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pahlawan#Malaysia (Wikipedia - Hari

Pahlawan).
2.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp (Utusan Malaysia Online).

3.

http://www.umno-online.my (UMNO online- Semangat Patriotisme).

4.

Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Abdul Latiff Abu Bakar dalam

Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.


5.

Cik Siti Azizah Abod. 2002. Dasar Pertahanan Negara dan Patriotisme.

6.

Mohamed Mustafa Ishak. 2002. Patriotisme dan Bangsa Malaysia.

7.

http://www.rmp.gov.my/ (Portal Rasmi PDRM).

Vous aimerez peut-être aussi