Vous êtes sur la page 1sur 18

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara meletakkan hala tuju yang jelas dalam melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmaninya. Perseimbangan aspek-aspek ini perlu di kalangan
pelajar untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kesukarelaan dan ketrampilan melalui aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Justeru itu,melalui
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJS) dapat melatih pelajar mengatasi pelbagai
kekangan dan rintangan serta mempunyai daya tahan, daya saing, daya suai dan daya cipta yang tinggi
agar para pelajar boleh dan sanggup menghadapi cabaran pendidikan alaf baru.
Bertitik tolak daripada matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan, perakuan Laporan
Jawataankuasa kabinet dan Falsafah Pendidikan Negara, objektif pembangunan sukan di institusi
pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah ialah, penyediaan seluas-luas peluang untuk pelajar
menyertai sukan secara aktif dan mendapat keseronokan daripada aktiviti sukan, dan bagi mereka
yang berbakat, untuk mencapai prestasi dan potensi setinggi mungkin dalam bidang sukan yang
diminati. Objektif ini selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara, iaitu Sukan Berprestasi Tinggi
dan Sukan untuk Semua serta menuju ke arah pencapaian hasrat falsafah pendidikan Negara.
Namun begitu, di dunia sukan yang sebenar kemampuan wanita sering diragui oleh
masyarakat. Terdapat beberapa faktor umum yang dikaitkan dengan kurangnya penglibatan wanita
dalam sukan. Antaranya ialah kekurangan pendedahan serta peluang untuk menyertai kegiatan sukan.
Selain itu, kurangnya keyakinan dalam kalangan wanita juga merupakan faktor yang menyumbang
kearah kemerosotan penglibatan wanita dalam arena sukan. Dari segi pakaian masa kini yang kurang
sesuai, sedikit sebanyak telah menggurangkan minat wanita khususnya wanita Islam. Kemudian
wujudnya mitos Sistem Peranakan. Senaman dan kegiatan sukan merosakkan alat dan sistem
peranakan dan pusingan haid wanita. Namun sebenarnya, wanita mengandung lebih elok bersenam
untuk kesihatan bayi. Kajian mendapati, wanita yang cergas dalam bidang sukan, melahirkan anakanak yang sihat dan cergas. Manakala alat peranakan wanita sebenarnya dilindungi oleh bahan cecair
yang dapat menyerap dan menyebarkan daya tekanan dan bukannya disebabkan aktif dalam aktiviti
sukan.

Dalam isu yang lebih global masyarakat kurang menggalakkan wanita menceburi bidang
sukan kerana terdapat banyak perbezaan antara lelaki dengan wanita dari segi rupa, bentuk badan,
pakaian, tabiat kehidupan, peranan dalam masyarakat, kerjaya dan lain-lain lagi. Mungkin kekurangan
maklumat dan kesedaran tentang perbezaan antara lelaki dengan wanita, maka wanita diajar, diasuh
dan dilatih dalam bidang sukan dengan cara persediaan yang dilakukan oleh kaum lelaki. Selain itu,
terdapat juga perbezaan yang berpunca dari segi sosial, iaitu kaum wanita sering diasuh supaya
bersifat lemah lembut dan dilatih dari kecil untuk mengambil tugas suri rumah tangga.

1.0 DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani dan Sukan menurut Pettifor (1999), Pendidikan Jasmani menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya
dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan kesihatan
berasaskan kesihatan, keyakinan dalam menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti
fizikal. Dengan kata lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak
yang mantap secara keseluruhannya yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek afektif, kognitif
dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapat Dauer (1995) yang
berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanakkanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan.
Pendidikan Jasmani juga merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamat pendidikan. Pendidikan
Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan
individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini
adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERIS (jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial) dalam membangun potensi seseorang individu.

Antara objektif Pendidikan Jasmani ialah:

Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan


motor

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai


kegiatan fizikal

Membentuk sahsiah dan disiplin diri

Membentuk keputusan bijak dalam hidup

Menurut Snyder & Spreitzer (1989), sukan adalah pertandingan aktiviti fizikal manusia yang
dikawal oleh peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Angela Lumpkin (2002) pula
mengatakan sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang yang
formal atau tidak formal membabitkan pertandingan secara individu atau berpasukan untuk
mendapatkan keseronokan dan rekreasi. Vander Swaag (1988) pula berpendapat Sukan adalah aktiviti
fizikal berbentuk pertandingan yang menggunakan peralatan dan kemudahan khusus dengan dimensi
yang unik berkaitan masa dan ruang. Oleh itu, sukan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang
melibatkan aktiviti fizikal yang ditentukan oleh peraturan formal atau tidak formal yang melibatkan
pertandingan antara individu atau pasukan dengan pihak lawan untuk tujuan keseronokan, rekreasi
dan pengiktirafan.

2.0 PERBANDINGAN GENDER DALAM PENYERTAAN SUKAN


Cabaran yang sangat besar kepada penyelidikan dan jurulatih sukan adalah untuk mengkaji dan
mengenal pasti perbezaan antara jantina kerana ia merupakan sesuatu yang kompleks dalam tingkah
laku sosial dan mempunyai pelbagai fenomena dalam pengaruh dan tingkah laku latihan sukan antara
lelaki dan wanita. Kajian dalam membezakan tingkah laku latihan sukan antara lelaki dan wanita ini
telah dijalankan oleh Dewar dan Horn (1992), di mana lelaki dikatakan lebih cenderung dan kuat
berbanding wanita dalam aktiviti kesukanan tetapi sama ada ia diakibatkan oleh perbezaan biologikal,
persekitaran dan peranan budaya sehingga penonjolan lelaki lebih nyata daripada wanita dalam
masyarakat, masih belum diketahui. Kebanyakan penyelidikan tentang jantina memfokuskan tentang
bagaimana sukan dan prestasi latihan serta pengalaman di kalangan wanita adalah berbeza daripada
lelaki.
Dalam kajian yang dibuat oleh Cox (1994) menyatakan wanita mempunyai perasaan malu
dalam penyertaan sukan yang tidak sesuai dengan peranan jantina mereka. Selain itu atlet wanita juga
dikatakan akan berasa selesa dalam permainan sukan seperti tenis dan bola tampar, dan akan berasa
lebih terancam dalam sukan seperti gusti dan bola sepak yang dianggap melanggar peranan stereotaip
seks mereka (Peplau, 1976). Manakala menurut Teng, Ang dan Mohd Sofian (2001) pula terdapat
perbezaan individu yang ketara apabila faktor jantina diperluaskan atau dikaji. Perbezaan individu
dikaji bukan sahaja tentang seks, ras dan budaya hidup tetapi juga dari segi perlakuan dan tingkah
laku.
Wanita dikatakan suka kepada benda-benda cantik dan kecantikan adalah suatu aspek yang
penting dalam kehidupan seorang wanita. Kecantikan bentuk dan berat badan mereka boleh diperoleh
melalui penyertaan aktiviti sukan dan ini adalah galakan kepada wanita untuk menceburkan diri dalam
sukan. Keyakinan diri mereka juga timbul dengan kesedaran akan kecantikan mereka dan sifat-sifat
positif yang lain juga akan turut wujud dengan penglibatan wanita dalam bidang sukan. Berbanding
dengan wanita menurut teori psikoanalitik, lelaki merupakan insan yang kuat dan mempunyai hasrat
dalaman yang tidak disedari dan digambarkan sebagai perjalanan hidup dan perasaan mereka.

Penyertaan lelaki dalam sukan akan melihatkan kejayaan hidup mereka dengan meningkatnya
prestasi, berkeyakinan dan berpendirian.
Menurut Martens (1978) proses perubahan tingkah laku dan perbandingan prestasi individu
boleh dikenal pasti berdasarkan pada kriteria tertentu seperti adanya kehadiran individu lain sebagai
penilai dan meningkatnya tret kebimbangan bagi dimensi personaliti. Sebagai contoh, jika atlet
dikehendaki melakukan dua aktiviti iaitu imbangan statik dan ketepatan menembak ketika kehadiran
penonton dan dalam situasi yang kompetitif. Dapatan mungkin menunjukkan subjek bagi acara
imbangan yang mengalami tahap kebimbangan yang tinggi menampakkan pencapaian yang rendah
tanpa mengira jantina, manakala dalam ketepatan menembak, subjek wanita yang mengalami tahap
kebimbangan yang tinggi memperoleh pencapaian yang rendah berbanding dengan subjek lelaki.
Tingkah laku juga ditentukan oleh kemudahan serta-merta dan faktor persekitaran, dan teori
ini boleh dikaitkan dalam kajian yang dijalankan oleh Masters, Ogles dan Jolton (1993) bagi
menunjukkan perbezaan jantina dalam penyertaan perlumbaan pelbagai jarak. Seramai 42 orang pelari
jarak jauh dan 47 orang pelari rekreasi telah diuji dengan menggunakan the Motivations of
Marathoners Scales (Masters, Ogles dan Jolton,1993). Dapatan kajian menunjukkan dalam
perlumbaan jarak sederhana menampakkan nisbah penyertaan yang tinggi daripada pelari wanita
rekreasi berbanding pelari wanita jarak jauh yang lebih menyokong berkaitan berat badan,
penggabungan, pengiktirafan diri, keupayaan psikologikal dan kehidupan merupakan motif penting
untuk

berlumba

berbanding

dengan

atlit

lelaki

bagi

kumpulan

yang

sama.

Kumpulan pelari jarak jauh bertingkah laku mengenal pasti kebolehan berlari berbanding
pelari rekreasi yang berlari untuk keseronokan. Kumpulan lelaki adalah secara langsung dikenal pasti
sebagai pelari tetap yang berkriteria untuk mencapai kejayaan dan mereka terlibat dengan motif
pencapaian matlamat pertandingan dan lebih menitikberatkan latihan. Wanita juga dikatakan tidak
mempunyai ketahanan, kekuatan dan kecergasan sebagaimana yang dimiliki oleh ahli-ahli sukan
lelaki. Dalam perkara ini, tiada bukti perubatan yang menunjukkan bahawa acara sukan yang
memerlukan ketahanan diri dan kecergasan itu tidak baik bagi kesihatan dan atlit yang terlatih. Wanita
mempunyai ketahanan diri yang lebih baik berbanding lelaki disebabkan mereka mempunyai peratus
lemak di bawah kulit badan yang berlebihan.

Tingkah laku yang diharapkan juga terbentuk melalui pengaruh psikologi sosial yang
ditegaskan lagi melalui kajian yang dijalankan oleh Hull, Miller dan Dollard yang menggunakan teori
tingkah laku sebagai suatu hasil yang menunjukkan perubahan sikap melalui faktor-faktor seperti
motivasi sosial, pembelajaran sosial dan ganjaran hukuman. Proses sosialisasi sukan juga
mempengaruhi perbezaan jantina di kalangan atlit dalam penyertaan sukan. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Durentini dan Lander (1987) dalam abstraknya yang mengkaji perbezaan jantina
dalam proses sosialisasi sukan di kalangan atlit sekolah tinggi telah menguji penglibatan sukan adakah
signifikan antara struktur peringkat permulaan sekolah atau peringkat menengah dan apakah sumber
motivasi di peringkat permulaan sekolah akan menyebabkan penglibatan atlit dan penyertaan
berterusan dalam sukan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lebih ramai atlit wanita daripada lelaki menyertai
sukan sebagai keseronokan bersukan, di mana ini menunjukkan bahawa dengan menyertai aktiviti
sukan mereka dapat membuat pilihan sama ada untuk bertingkah laku keseronokan atau prestasi
sukan. Manakala atlit lelaki pula menyatakan penyertaan berkawan dalam aktiviti rekreasi fizikal
adalah sejak dari kecil dan atas dorongan ibu bapa sebagai motivasi utama dalam permulaan
penyertaan atau penglibatan sukan mereka. Selain daripada itu, terdapat atlit wanita yang melaporkan
bahawa penglibatan awal mereka dalam sukan adalah melalui motivasi diri. Ini boleh disimpulkan
bahawa faktor motivasi juga penting dalam mengubah tingkah laku seseorang untuk menyertai sukan.
Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa faktor motivasi adalah diperlukan bagi
meningkatkan tingkah laku atlit dalam persediaan diri untuk belajar, bagi perkembangan dan
kematangan seseorang dapat mengawal emosi dan sikap atlit semasa bertanding atau berlatih dan
dapat meningkatkan keupayaan diri.
Faktor tret kebimbangan juga memainkan peranan penting dalam menentukan tingkah laku
dalam penyertaan sukan di mana atlit individu menonjolkan tret tahap kebimbangan yang lebih tinggi
daripada sukan berpasukan. Ini kerana bagi atlet sukan individu, bertanding secara berseorangan dan
perasaan takut mengalami kekalahan adalah ditanggung sendiri.

Dari segi jantina, adalah didapati bahawa atlit wanita adalah lebih tinggi tahap
kebimbangannya berbanding lelaki. Didapati juga peluang kaum wanita untuk menceburi dalam
pertandingan dan pendedahan wanita kepada situasi mencabar adalah kurang jika dibandingkan
dengan kaum lelaki. Oleh itu kaum wanita selalu menonjolkan tahap tret kebimbangaan yang lebih
tinggi daripada kaum lelaki. Dalam kajian yang dijalankan oleh Jones, Swain dan Cale (1991)
terhadap peranan sokongan jantina dan melibatkan pertandingan menampakkan lagi tahap
kebimbangan lebih signifikan berbanding jantina.
Menurut Bird (1973), terdapat dua ciri tentang wanita, pertama; mereka tidak mempunyai
keinginan dan kehendak yang tinggi untuk mencapai matlamat dan kedua; motivasi pencapaian
terbentuk hasil daripada latihan awal dan tahap itu akan terus kekal. Kenyataan ini sudah tidak sesuai
pada masa kini kerana atlit wanita sekarang tidak lagi mudah berpuas hati dengan pencapaian yang
diperoleh dan mereka akan sentiasa mencuba memperbaikinya dari masa ke masa. Wanita kini telah
dapat melepaskan diri mereka daripada ikatan sosial, politik, perundangan dan hukum adat.

3.0 FAKTOR-FAKTOR KURANGNYA PENGLIBATAN WANITA


BERBANDING LELAKI DALAM SUKAN
3.1 Fizikal
Dari segi fizikal, keupayaan individu daripada kedua-dua jantina adalah lebih kurang sama sahaja
sebelum akil baligh. Sebaik sahaja mereka melangkah ke alam remaja, pertumbuhan dan perbezaan
jantina menjadi semakin nyata. Dari segi social, seringkali wanita remaja terpaksa mengambil alih
peranan dan tugas seorang wanita dewasa. Akibatnya, kecergasan mereka merosot dan kekuatan otot
akan menurun. Ini merupakan salah satu sebab mengapa prestasi sukan wanita remaja secara
puratanya adalah jauh lebih rendah berbanding prestasi kaum lelaki.
Wanita memiliki rangka yang lebih kecil dan pendek, pusat graviti 2.3 cm lebih rendah dan
lebih berat di bahagian bawah tubuh, terutama di bahagian punggung. memandangkan hakikat ini,
wanita adalah lebih sesuai untuk sukan yang mementingkan pusat graviti yang rendah serta imbangan
seperti gimnastik. Setakat ini, pengaruh faktor fizikal ke atas prestasi lompat tinggi dan lompat pagar
belum dapat dikesan, tetapi pusat graviti yang lebih rendah bermaksud wanita tidak akan dapat
bersaing dengan lelaki dalam acara lompat tinggi. Tetapi kita perlu ingat bahawa sebelum akil baligh,
tubuh lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama. Apabila dewasa, ukuran purata lelaki adalah
12.7 cm lebih tinggi. Ini memberikan lelaki suatu kelebihan yang nyata dalam sukan seperti renang.
Pelvis wanita adalah lebih lebar dan sudut sendinya dengan tulang kaki adalah lebih besar.
Putaran di bahagian punggung adalah lebih nyata pada tubuh wanita dan ini bermaksud mekanik serta
teknik berjalan, berlari dan bergerak secara am adalah berlainan berbanding dengan kaum lelaki.
Tangan wanita adalah lebih pendek dan bersudut keluar dari tubuh di bahagian siku untuk
mengelak pelvis yang lebih luas. Tangan yang pendek akan menghasilkan daya tuil yang kurang
berkesan, sendi pada siku wanita yang bersudut juga bermaksud teknik menggunakan alatan seperti
raket badminton adalah berlainan daripada kaum lelaki. Pernahkan anda terfikir mengapa pada amnya
lelaki boleh melontar dan membaling dengan lebih tepat berbanding wanita? Ini adalah kerana lelaki
mempunyai tangan yang lebih lurus dan oleh itu mempunyi fungsi tuas yang lebih cekap.

Bahu wanita lebih sempit tetapi lebih bulat. Ini mengurangkan daya kuasa yang boleh
dihasilkan oleh bahagian atas tubuh. Tetapi ia juga membolehkan perenang wanita berenang dengan
lebih mudah lagi kerana bentuk badan yang lebih aerodinamik mengurangkan rintangan air.
Bagaimanapun wanita masih tidak dapat menandingi lelaki kerana otot lelaki jauh lebih kuat.
Peratusan lemak yang lebih banyak dalam tubuh membolehkan wanita menghadapi keadaan
suhu sejuk dengan lebih baik, terutama semasa berenang jarak jauh di laut. Simpanan lemak yang
banyak membolehkan wanita memiliki sumber tenaga yang lebih besar untuk membantu mereka
dalam acara jarak jauh sama ada berenang atau berlari. tidak hairanlah jika wanita pada amnya
mempunyai daya tahan yang lebih baik. Selain itu, simpanan lemak dalam tubuh juga membolehkan
mereka terapung dengan lebih mudah. Secara puratanya wanita mempunyai dua kali ganda peratusan
lemak (daripada jumlah berat tubuh) berbanding lelaki. Perenang maraton terkenal negara, Datuk
Abdul Malik Maidin berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada tahun 2003 kerana tubuhnya
boleh terapung dengan begitu baik dengan mengawal kandungan lemak di dalam badannya. Kejayaan
beliau bagaimanapun bukanlah kerana kandungaan lemak tubuh yang tinggi semata-mata, tetapi juga
disebabkan oleh keupayaan otot-ototnya menghasilkan daya yang kuat serta memiliki teknik renang
yang sempurna.
Wanita mempunyai kelenturan yang lebih baik. Ini adalah kemahiran fizikal yang berguna
dalam sukan gimnastik. Tubuh wanita mengeluarkan lebih hormon relaxin berbanding lelaki. Semasa
melahirkan anak, hormon relaxin membolehkan sendi dan otot mereka melentur dengan lebih baik.
Oleh itu kaum lelaki akan sentiasa kalah sekiranya mereka cuba membandingkan tahap kelenturan
mereka dengan kaum wanita ketika membuat latihan yang sama.
Kurang kuat berbanding dengan lelaki yang mempunyai saiz yang sama. Ini merupakan satu
kekurangan yang menjadikan wanita kurang berkesan dalam acara yang memerlukan kekuatan.
Sungguhpun wanita boleh melakukan latihan bebanan untuk menambahkan kekuatan, namun tahap
yang dicapai tidak boleh menandingi seorang lelaki yang bersaiz sama dengannya. Ini kerana secara
semulajadi tubuh wanita mempunyai banyak lemak, sementara lelaki mempunyai lebih banyak otot.
Wanita juga tidak boleh mencapai rupa bentuk yang berotot kenyal seperti lelaki. Suatu
perkembangan 30 peratus dari segi kekuatan, cuma menambahkan lilitan otot sebanyak 5 peratus

sahaja pada tubuh wanita. Pada amnya kekuatan bahagian atas tubuh wanita adalah 40 peratus, kurang
berbanding lelaki, sementara kekuatan bahagian tubuh bawah adalah 25 peratus kurang berbanding
lelaki yang mempunyai saiz tubuh yang sama. Walau bagaimanapun, wanita boleh menggunakan
manfaat latihan bebanan untuk mempertingkatkan prestasi di samping mengurangkan kemungkinan
berlakunya kecederaan. Ini kerana perbezaan kekuatan antara jantina adalah disebabkan oleh jumlah
otot serta saiz serabut otot yang lebih kecil dalam tubuh wanita.
3.2 Perbezaan Rangka Tubuh
Secara purata, rangka lelaki adalah 10 peratus lebih tinggi daripada wanita. Dari segi berat tubuh
orang dewasa, lelaki lebih berat lebih kurang 11 kg. Ini disebabkan oleh perbezaan struktur tulang
lelaki yang lebih besar dan juga dari segi otot yang lebih pada tubuh lelaki. Dari segi rupa bentuk
tubuh, lelaki adalah lebih besar. Tulang-tulangnya lebih berat. Tulang-tulang tangan, kaki lelaki juga
lebih panjang dan sendi-sendinya lebih besar kecuali sendi lutut wanita yang lebih lebar. ini
memberikan kestabilan kepada tubuh wanita. Pelvik girdle yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita
membengkok ke dalam. Akibatnya tapak dirian wanita lebih sempit.
Walau bagaimanapun, wanita mempunyai kelebihan dari segi saiz tubuh yang lebih kecil dan
lebih rendah. Ini ada kaitannya dengan kedudukan pusat graviti yang lebih rendah dan tumpuan berat
adalah di bahagian bawah tubuh. Dengan itu, wanita pada keseluruhannya mempunyai kestabilan
yang lebih baik.Wanita berjalan dengan cara dan gaya yang istimewa yang sedikit berlainan dengan
lelaki. Begitu juga dengan gaya larian wanita adalah berbeza dengan gaya larian lelaki. Bandingkan
pula dengan perbezaan saiz dan bentuk pelvis dan tulang femur wanita adalah lebih tirus. Ini
menyebabkan tulang kaki wanita membengkok ke dalam dan sedikit sebanyak menjadi halangan
kepada prestasi berlari.
Apabila dewasa lelaki akan mempunyai bahagian tubuh atas yang lebih besar dan lebar,
sementara wanita akan mempunyai bahagian abdomen yang lebih besar. Selain itu, kaki lelaki juga
lebih panjang dan tapak kakinya juga lebih lebar. Begitu juga dengan tangan lelaki yang lebih
panjang. Pada amnya, prestasi sukan wanita lebih rendah dan besar kemungkinan adalah disebabkan
perbezaan di atas.
Salah satu kesan perbezaan fizikal ini ialah wanita berkemungkinan banyak mengalami
masalah lutut semasa berlari, melompat serta menukar arah dengan tiba-tiba. Mereka juga mungkin
akan menghadapi masalah semasa bermain badminton, tenis, bola jaring dan sukan lain yang

memerlukan penukaran arah pergerakan dengan tiba-tiba. Dari segi rupa bentuk tubuh pula, pada
amnya wanita adalah lebih mirip kepada bentuk endomorf (kegemukan) dan lelaki pula kepada bentuk
mesomorf (tubuh yang lebih berotot). Rupa bentuk model atau bintang-bintang filem bukanlah bentuk
wanita yang normal, tetapi mungkin diterima sebagai rupa bentuk yang ideal. Pada amnya lelaki dan
wanita yang aktif dan berjaya dalam sukan lebih cenderung kepada bentuk mesomorf.
3.3 Saiz dan Kualiti Otot
Memandangkan kekuatan adalah berkadar terus dengan luas keratan lintang dan saiz otot, maka saiz
otot lelaki yang lebih besar adalah suatu kelebihan yang penting. Pada amnya, kekuatan wanita adalah
dua per tiga lebih rendah berbanding tahap kekuatan lelaki. Punca perbezaan ini ialah hormon
pertumbuhan testoteron yang lebih dalam tubuh lelaki. Oleh itu, ramai atlet wanita yang ingin
mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi menggunakan steroid dan juga testoteron tiruan (bahanbahan yang diharamkan oleh persatuan sukan antarabangsa). Tujuannya untuk membantu
pertumbuhan otot dan justeru itu membantu mempertingkatkan prestasi sukan mereka. Tetapi, ini
mungkin mengakibatkan penukaran bentuk tubuh mereka yang berkekalan serta mempunyai beberapa
kesan sampingan. Umpamanya, ada antara atlet wanita yang mendapati suara mereka menjadi lebih
kasar dan mula berjanggut dan bermisai. Kesan sampingan ini boleh berlanjutan sehingga dua tahun
ataupun lebih selepas mereka berhenti mengambil steroid berkenaan.
Menurut kajian, tidak terdapat perbezaan antara taburan serabut otot yang sesuai untuk kerja
yang berat dan pantas seperti berlari 100 meter ataupun melontar peluru dengan serabut otot yang
sesuai untuk kerja yang memerlukan daya tahan, umpamanya berlari jarak jauh pada kadar perlahan
pada wanita dan lelaki. Harus ingat bahawa tanpa kehadiran hormon pertumbuhan testosteron yang
banyak, saiz serabut otot wanita tidak akan menandingi perkembangan saiz otot pada seorang lelaki
sekiranya latihan yang sama dilakukan. Walau bagaimanapun hasil kajian terkini menunjukkan
bahawa saiz serabut otot kaki pelumba basikal wanita yang berlatih adalah lebih besar berbanding
dengan saiz otot lelaki atau wanita yang tidak berlatih.
3.4 Keupayaan Berlatih dan Menahan Sakit
Keupayaan wanita untuk berlatih adalah lebih kurang sama dengan lelaki. Tidak banyak perbezaan
antara seorang wanita dengan seorang lelaki yang tidak berlatih. Hal ini kerana kebanyakan wanita

tidak begitu aktif bersukan disebabkan mitos ataupun kepercayaaan karut tentang senaman dan
wanita. Umpamanya kepercayaan bahawa senaman akan mengakibatkan kehilangan sifat kewanitaan.
Sebenarnya latihan bebanan boleh menambahkan kekuatan dan saiz otot. Dengan adanya
latihan, kandungan lemak dalam tubuh akan kian mengurang, manakala otot tanpa lemak akan
bertambah. Atlet wanita dalam sukan yang bersifat daya tahan (endurance) seperti lari jarak jauh
mempunyai kadar lemak tubuh yang jauh lebih rendah berbanding dengan atlet lelaki dalam sukan
yang mementingkan daya kuasa, seperti lari pecut 100 meter, lompat tinggi dan lontar peluru.
Memandangkan wanita perlu menahan tahap kesakitan yang tinggi apabila melahirkan anak,
maka mereka dengan secara semulajadi berkemampuan menahan kesakitan. Ini bermaksud mereka
boleh melakukan beban kerja yang lebih tinggi tanpa rungutan. Wanita juga berkecenderungan untuk
menggunakan beban latihan yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan kecederaan. Semasa
bersenam, wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik. Asid inilah yang menyebabkan kita berasa
pedih pada otot-otot dan memaksa kita menghentikan senaman. Tanpa pengeluaran asid laktik yang
banyak, wanita boleh bersenam dalam tempoh yang lebih panjang. Mereka lebih sesuai melibatkan
diri dalam sukan yang memerlukan daya tahan. Di samping itu, wanita juga tidak begitu cenderung
mengalami kekejangan otot.
3.5 Faktor Fisiologi
Dari segi tindak balas kepada senaman, tidak ada perbezaan yang diperhatikan antara lelaki dengan
wanita. Mereka sanggup menjalani latihan yang berat tanpa menunjukkan kesan sampingan yang
buruk. Wanita juga sanggup bersaing dengan lelaki di arena sukan dan diramalkan bahawa prestasi
sukan wanita akan menandingi prestasi lelaki dalam beberapa sukan tertentu menjelang dekad kedua
abad ke-21.

Lelaki mempunyai lebih kurang 1000ml (1.0 liter) lebih banyak darah dalam tubuh mereka
berbanding dengan wanita yang sama saiz. Jumlah hemoglobin dalam darah lelaki juga lebih banyak,
iaitu 15.8 g/liter, berbanding dengan 13.9 g/liter bagi wanita. Oleh itu darah lelaki membawa dan
membekalkan lebih banyak oksigen berbanding wanita.

Saiz jantung dan isi padu darah yang dapat diedarkan oleh sistem kardiovaskular serta
kapasiti paru-paru wanita adalah 10 peratus lebih kecil berbanding lelaki. Sistem kardiovaskular ialah
sistem edaran darah tubuh yang terdiri daripada jantung, paru-paru, ateri, vena dan kapilari darah.
Saiz jantung kita lebih kurang saiz genggaman tangan. jantung kita adalah seperti enjin kereta. Enjin
kereta yang kecil dalam badan kereta yang kecil adalah sama kelajuannya dengan enjin besar dalam
badan yang besar. Tetapi enjin yang kecil dalam badan kereta yang besar akan menghadapi masalah
bebanan.
Di samping itu, nadi rehat seorang wanita lebih tinggi daripada lelaki. Walau bagaimanapun
kadar denyutan jantung maksimum bagi lelaki dan wanita adalah sama dan ditentukan oleh umur.
3.6 Haid dan Kehamilan
Wanita yang mengalami haid masih boleh berlatih. Paras kesakitan yang dialami oleh wanita pada
ketika itu dapat dikurangkan dengan amalan senaman. Wanita yang hamil juga boleh berlatih, tetapi
beban senaman hendaklah dikurangkan. Suhu tubuh harus diawasi supaya anak dalam kandungan
tidak

terdedah

kepada

suhu

yang

berlebihan

akibat

latihan

yang

terlalu

berat.

Atlet wanita yang mempunyai peratusan lemak tubuh yang rendah akan mengalami masalah
kitaran haid, iaitu kurang dua atau tiga kali setahun. Atlet gimnastik dan pelari jarak jauh berpotensi
mengalami masalah seperti ini. Wanita perlu memahami hakikat itu dengan baik untuk mengelakkan
masalah tekanan psikologi. Walau bagaimanapun tidak terdapat bukti yang menyatakan bahawa hal
ini akan berkekalan ataupun membawa kesan yang buruk. Apabila berat tubuh meningkat dan
peratusan lemak naik ke paras normal, atlet berkenaan akan pulih seperti sediakala. Kita sering
mendengar atau membaca berita tentang pemain wanita yanag handal secara tidak sangka menerima
kekalahan teruk ke atas pemain yang bertaraf jauh lebih rendah. Pihak tertentu sering kali menyatakan
bahawa kekalahan seperti itu berpunca daripada kedatangan haid. tetapi kini sudah ada cara mengawal
kedatangan haid supaya sesuai dengan keperluan jadual pertandingan, umpamanya dengan
menggunakan pil pencegah hamil. Jurulatih lelaki hendaklah sentiasa peka kepada masalah ini.
Mereka juga sewajarnya sedar bahawa ada atlet wanita yang sanggup berlatih atau bertanding semasa
datang haid. Walau bagaimanapun nasihat doktor diperlukan untuk menjamin keselamatan dan
kesihatan.

Tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wanita yang hamil tidak boleh bersukan,
cuma mereka tidak digalakkan bersukan terlalu aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan
keempat. Sukan yang berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak digalakkan
sama sekali. Berjalan dan berjoging adalah senaman yang lebih selamat dan bermanfaat untuk
dipraktiskan.
3.7 Pemakanan dan Kecederaan
Atlet wanita memerlukan lebih banyak zat besi kerana zat tersebut banyak hilang semasa haid.
Latihan fizikal yang berat juga menyebabkan kehilangan zat ini. Kehilangan tersebut perlu digantikan
kerana zat itu penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen
kepada otot yang berfungsi. Atlet wanita juga memerlukan zat kalsium yang diperlukan untuk
membentuk tulang yang kuat. Yang perlu diamalkan oleh wanita ialah minum susu lembu dan makan
makanan seperti tauhu dan keju. Di samping itu, wanita juga memerlukan lebih banyak vitamin B12
yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.
Semasa hamil, ramai wanita akan mengalami kekurangan zat tertentu kerana anak dalam
kandungan akan mengambil apa sahaja zat sebagaimana yang diperlukan oleh ibunya. Kerana itu,
wanita hamil kadang kala mengidam makanan yang ganjil. Ini sebenarnya adalah petanda bahawa
mereka memerlukan makanan yang mengandungi zat tertentu. Dari segi kecederaan pula, tiada
perbezaan yang dapat dikesan dari segi kekerapan berlakunya kecederaan antara lelaki dan wanita
kecuali kecederaan di bahagian lutut. Sendi tulang paha di bahagian lutut wanita tercondong keluar
pada posisi lutut. Sebaliknya wanita mempunyai lebih banyak hormon relaxin, ini menyebabkan
mereka

jarang

menghadapi

kecederaan

yang

disebabkan

oleh

kekurangan

kelenturan.

KESIMPULAN
Pembabitan kaum wanita dalam kegiatan sukan negara harus diberi galakan dan sokongan padu oleh
semua pihak bagi memastikan mereka terus bergiat aktif. Menurut Timbalan Ketua Pengarah

Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Wasitah Mohd Yusof berkata
pembabitan wanita dalam aktiviti sukan hari ini bergerak seiring dengan aliran perkembangan sukan
negara. Beliau berkata kebanyakan golongan wanita yang terbabit dengan sukan adalah bercorak ke
arah kecergasan dan riadah tetapi ada juga yang menyertai sukan berpotensi tinggi. Walaupun jumlah
mereka agak kecil tetapi pembabitan mereka dalam sukan negara agak meluas seperti Fatehah
Mustapa yang menyertai acara berbasikal Negara. Menurut beliau lagi ibu bapa turut memainkan
peranan penting untuk menggalakkan anak perempuan mereka bergerak aktif dalam sukan selain
dapat menjaga kesihatan.
Semasa Sukan Olimpik purba, wanita tidak dibenarkan mengambil bahagian dan juga tidak
boleh menyaksikan lelaki bertanding. Ini bermakna sejarah penyertaan wanita dalam sukan jauh lebih
pendek dan penyelidikan tentang kemampuan tubuh wanita masih belum lagi memadai untuk
membolehkan kita memahaminya dengan sempurna. Walau bagaimanapun penyertaan wanita kini
tidak dipersoalkan lagi dan sudah menjadi kenyataan bahawa banyak perkembangan telah dicapai
kebelakangan ini. Kita pasti dapat melihat peningkatan prestasi atlet wanita pada masa akan datang
hasil usaha fizikal dana mental yang berlipat ganda dan penemuan baru tentang latihan akhas untuk
mempertingkatkan lagi prestasi wanita dalam arena sukan.
Perbezaan fizikal yang ketara pada tubuh wanita berbanding lelaki akan mempengaruhi
penglibatan mereka dalam sukan. Memahami perbezaan ini memberi panduan umum kepada kaum
wanita, khususnya menjalani latihan sukan sama ada untuk pertandingan, berekreasi atau untuk
aktiviti kecergasan. Individu wanita akan mendapat faedah yang maksimum semasa latihan dan
pertandingan selagi mereka melihat perbezaan pada tubuh mereka berbanding lelaki sebagai satu
kelebihan dan keistimewaan.

LAMPIRAN

Keupayaan
Berlatih Dan
Menahan
Sakit
Pemakanan
Dan
Kecederaan

Fizikal

FAKTORFAKTOR
KURANG
PENGLIBA
TAN
WANITA

Haid Dan
Kehamilan

Faktor
Fisiologi

RUJUKAN

Saiz Dan
Kualiti Otot

Perbezaan
Rangka
Tubuh

http://mysukan.blogspot.com/2007/02/isu-gender-dalam-sukan.html
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/gend
er-dalam-pendidikan-jasmani-dan.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2000&dt=0825&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.ht
m
http://www.scribd.com/doc/85630880/buku-rujukan-sains-sukan-tingkatan5

Vous aimerez peut-être aussi