Vous êtes sur la page 1sur 5

ASPEK_ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti
manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan
dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu
perkara. Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap
individu adalah berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan individu boleh dihayati daripada
huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

Perbezaan fizikal
Semua murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan
kepada kekuatan fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih
kuat berbanding murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan
gemar terlibat dalam aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain
papan luncur dan lain-lain aktiviti yang mencabar.
Perbezaan dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan
pembelajarab murid. Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas
mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik. banyak kajian telah
menunjukkan murid perempuan murid perempuan mempunyai pencapaian
akedemik yang lebih baik daripada murid lelaki. Tetapi, di peringkat sekolah
menengah dan selepas berumur 15 tahun, murid- murid lelaki lebih Berjaya
berbanding dengan murid-murid perempuan.
Perbezaan fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan
kadar kebotakan dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga
berubah mengikut kematangan.
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Ini dapat kita memerhatikan
perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan
jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak
perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun
sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah.

Contohnya, kanak-kanak

perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanakkanak lelaki.
Sheldon

(1942)

mengategorikan

temperamen

kepada

tiga

kategori

iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri
sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf (tubuh badan otot yang
kuat)

menujukkan

bersifat

agresif,

bertenaga

dan

kuat

bersukan.

Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka bersendirian dan
seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia juga ditentukan oleh
tindakbalas dengan persekitaran.

Perbezaan Kognitif.
Secara lazimnya semua manusia mempunyai kebolehan kognitif yang
berbeza-beza termasuk kebolehan lisan, memproses maklumat, kebolehan
spatial dan matematik. Memori dan kemahiran menulis adalah berbeza di
kalangan murid-murid. Secara amnya, murid-murid perempuan lebih baik dari
segi ingatan daripada murid lelaki terutama di sekolah rendah. Kebolehan
spatial ialah kebolehan mengagak membuat sesuatu, contohnya
memasukkan perabot ke dalam kereta.
Kebiasaannya, murid-murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan
sains, tetapi murid-murid perempuan lebih bagus dalam aspek mebaca dan
bidang sastera.
Selain itu, masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Kognitif seperti
disleksia dan Attention Defict Hyperactive Disorder (ADHD) atau Learning
disabilites (LD) mencacatkan kebolehan murid-murid untuk mencapai
pencapaian akedemik yang lebih tinggi.
Murid-murid mempunyai kepelbagaian tahap kestabilan emosi. Kepelbagaian
ini disebabkan oleh keadaan emosi di sekeliling murid-murid semasa proses
pembesaran mereka. Emosi seseorang kanak-kanak berasal daripada ibu
bapa dan keluarganya yang mempunyai pelbagai kemahiran bersosial dan
tahap sosio-emosi yang berbeza. Hal ini akan mengakibatkan melahirkan
personality murid-murid yang berbeza.
Sesetengah murid mempunyai tahap kecergasan emosi (EQ) yang tinggi
berbanding murid-murid yang lain. Perezaan emosi merangkumi emosi-emosi
ketakutan, sensitive, cepat marah, pemalu dan pasif.
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat,
menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang
berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada
persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Contohnya murid-murid perempuan
mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian
Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding
murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik, Sains dan sukan. Manakala
pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam
matapelajaran masakan dan jahitan.

Perbezaan Sosial
Perbezaan sosial berpunca dari latarbelakang sosio-ekonomi murid-murid
dan kapasiti pendapatan keluarga masing-masing.
Murid-murid berasal dari kalangan keluarga yang mewah mendapat nutrisi
yang lebih bagus dan keadaan fizikal yang terjaga rapi. Manakala muridmurid yang berasal dari keluarga kelas pertengahan mendedahkan anakanak mereka kepada pelbagai aktiviti yang mencabar seperti perkhemahan
dan bengkel-bengkel kemahiran.
Murid-murid yang berasal dari keluarga yang susah pula tidak mampu
mempunyai nutrisi yang seimbang dan tidak mempunyai begitu banyak
peluang untuk melibatkan diri dalam program-program yang pelbagai dan
tidak mampu menghadiri kelas-kelas teras utama.
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut
ciri-ciri semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam,
mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif.

Manakala minat, sikap, keperluan,

kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi individu.

Manakala

Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar
tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain.
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosioekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi,
maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam
kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya wujud di dalam kelas yang terdapat pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan etnik yang lain. Perbezaan ini merangkumi perayaan,
sistem kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.
Oleh itu, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormatmenghormati terhadap perbezaan budaya itu.

2.

Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka
berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial
yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini
adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan

sebagainya.

Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak

perempuan.
Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan
cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu merancangkan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya
dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.

Emosi :

(struktur

emosi yg menjd sebahagian personaliti) berebza dlm


situasi yg sama
Kecenderungan

yg disedari utk ke arah @ menjauhi objek dan


diiringi dgn perasaan fizikal tertantu
Perasaan

@ reaksi afektif

Libatkan

4 aspek :
Fisiologi : perubahan fizikal yg aktif (degupan jantung, mata
terbeliak, berpeluh)
Kognitif

: pemikiran, kepercayaan, ekspetasi

Tingkah

laku : ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada

suara)
Pengalaman

Subjektif : keseronokan / tdk suka kerumitan perasaan


Kebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan emosi,
ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan menanggung
kekecewaan, kesabaran dan mengawal emosi (gembira, duka,
suka,marah, benci, cinta,kasih sayang,takut dll)

Emosi seronok (daya penarik terhadap sesuatu objek) kasih sayang,


cinta, keinginan dan kegembiraan

Emosi tdk seronok (menjauhi sesuatu objek) takut marah, benci / duka.

KKL bersifat temperamen (resah & aktif) drp KKP

Peranan guru :

Beri perhatian wajar

Membentuk nilai sbg objektif kurikulum sek & arah tuju matlamat pencapaian
ind.

KK tdk mahu berusaha disebabkan sikap / nilai terhadap pelajaran (sikap / nilai
+ve terhadappelajaran berusaha)

2.4

Tingkah laku

Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang
alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Menurut Mok
Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan,
interaksi dan aktiviti sosial. Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka
akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif. Dari segi pengaruh persekitaran
adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan.

Perbezaan rohani dan Agama


Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza
dengan individu yang lain. Mereka mempunyai agama mereka yang
tersendiri. Anak- anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Contoh:
Murid- murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat
ibadat yang berlainan dan mempunyai kepercayaan- kepercayaan yang
berlainan.
Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan
terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing. Aspek rohani
dalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa. Murid-murid dibesar
mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa. Guru-guru bertanggungjawab lebih
sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina
kesihatan dan kekuatan minda murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang
stabil dan seimbang.
Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan
individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti
bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan
sebagainya.
Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan
murid supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.

Vous aimerez peut-être aussi