Vous êtes sur la page 1sur 3

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu

:1

Tarikh

: 13 April 2015

Tajuk Jurnal

: Murid Bersikap Terlalu Kompetitif Ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

1.

Isu Yang Difokuskan


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 5 Harapan. Saya
mendapati ketika set induksi dijalankan, tumpuan pelajar adalah memuaskan, namun
setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan selama 15 minit, saya mendapati
murid mulai bersikap terlalu kompetitif antara satu sama lain. Saya dapati sekumpulan
murid seramai lima orang telah dikenal pasti terlalu bersaing dalam memberi respon
terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

2.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)


Punca murid bersikap terlalu kompetitif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hasil
daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah mereka telah
mempunyai pengetahuan asas mengenai topik yang saya sampaikan pada hari
tersebut. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid-murid lain hilang tumpuan pada
pengajaran dan pembelajaran dan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
pengajaran yang disampaikan secara sempurna, selain daripada terganggu dari segi
emosi (tidak mendapat motivasi) justeru, menjejaskan minat mereka untuk terus
mempelajari ilmu baru, selain itu, ia turut akan memberi kesan terhadap keputusan ujian
dan peperiksaan.

3.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah
merupakan pengajaran yang berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan
kepada guru dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang menggalakkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT).
ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan yang mempunyai kepelbagaian kebolehan.
iii) Mewujudkan peraturan kelas.

5.

Tempoh Masa Penyelesaian


Satu minggu

6.

Tindakan Susulan
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mewujudkan peraturan kelas dan
attention grabber bagi mengawal perlakuan murid-murid supaya tidak menganggu
suasana P&P.

7.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


16 April 2015

8.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui
peningkatan bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dan mengambil bahagian sewaktu sesi soal jawab dan perkongsian.

9.

Kesimpulan/Refleksi (Kesan Tindakan dan Halangan)

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya sampaikan dengan mewujudkan peraturan kelas. Pendekatan ini mampu menarik
serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.

Vous aimerez peut-être aussi