Vous êtes sur la page 1sur 12

ISI KANDUNGAN

PERKARA

TOPIK
1

Hasil Penemuan
1.1 Drosophila melanogaster/ Lalat buah.
1.1.1 Ciri- ciri morfologi lalat buah
1.1.2 Adaptasi lalat buah
1.1.3 Klasifikasi saintifik

1.2 Kutu kepala


1.2.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah
1.2.2 Adaptasi labah- labah
1.2.3 Klasifikasi saintifik

1.3 Labah-labah
1.3.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah
1.3.2 Adaptasi labah- labah
1.3.3 Klasifikasi saintifik

MUKASURAT

1.1 LALAT BUAH (Drosophila melanogaster)


1.1.1 Ciri- ciri morfologi lalat buah
Drosophila melanogaster mempunyai panjang tubuh sekitar 3 sampai 4 mm, tubuhnya
berwarna kuning kecoklatan. Telur Drosophila kecil dan berbentuk bulat panjang dan
biasanya diletakkan di permukaan makanan. Betina dewasa mulai bertelur pada hari kedua
setelah menjadi lalat dewasa dan meningkat hingga seminggu sampai betina meletakkan 5075 telur perhari dan mungkin maksimum 400-500 buah dalam 10 hari. Telur Drosophila
dilapisi oleh dua lapisan, iaitu satu selaput vitellin nipis yang mengelilingi sitoplasma dan
suatu selaput nipis tapi kuat (Khorion) di bahagian luar dan di anteriornya terdapat dua
tangkai nipis. Korion mempunyai kulit bahagian luar yang keras dari telur tersebut. Pada
hujung anterior terdapat mikrophyle, tempat spermatozoa masuk ke dalam telur. Walaupun
banyak sperma yang masuk ke dalam mikrophyle tapi hanya satu yang dapat bersenyawa
dengan pronuleus betina dan yang lainnya terus terserap dalam perkembangan jaringan
embrio.

Keterangan Gambar:
A. Antena
B. Mata
C. Tibia
D. Tarsus
E. Protorax
F. Abdominal segmen
G. Sayap

Rajah 1: Morfologi lalat buah

1.1.2 Metamorfosis Lalat Buah

Rajah 2: Metamorfosis lalat buah

Perkembangan hidup lalat buah bermula sebaik sahaja berlaku persenyawaan yang terdiri dari
dua tempoh. Pertama, tempoh embrionik di dalam telur pada waktu persenyawaan hingga
ketika larva muda menetas dari telur dan ini terjadi dalam waktu lebih kurang 24 jam. Pada
waktu ini, larva tidak berhenti- henti untuk makan. Tempoh kedua adalah tempoh setelah
menetas dari telur dan disebut perkembangan post-embrionik yang terbahagi kepada tiga
tahap, iaitu larva, pupa, dan imago (fasa seksual dengan perkembangan pada sayap). Formasi
lainnya pada perkembangan secara seksual terjadi apabila ia telah dewasa. (Silvia, 2003).
Larva Drosophila berwarna putih, bersegmen, berbentuk seperti cacing, dan menggali
dengan mulut berwarna hitam berhampiran kepala. Untuk pernafasan pada trakea, terdapat
sepasang spirakel yang keduanya berada pada hujung anterior dan posterior. Apabila kutikel
semakin mengeras, larva muda secara periodik berganti kulit untuk mencapai ukuran dewasa.
Kutikel lama dibuang dan integumen baru diperluas dengan kadar pengambilan makanan
yang tinggi. Selama tempoh pergantian kulit, larva disebut instar. Instar pertama adalah larva
yang telah menetas hingga pergantian kulit pertama. Instar boleh dikenali melalui ukuran
larva dan jumlah gigi pada mulut hitamnya. Selepas pergantian kulit yang kedua, larva (instar
ketiga) makan sehingga bersedia untuk membentuk pupa. Pada tahap terakhir, larva instar
ketiga merayap ke atas permukaan medium makanan yang kering dan berhenti bergerak.
Selama makan, larva membuat saluran-saluran di dalam medium, dan jika terdapat banyak
saluran maka proses pertumbuhan dapat dikatakan berlangsung dengan baik. Larva yang
dewasa biasanya merayap naik pada dinding botol atau pada kertas tisu dalam botol. Dan di
sini larva akan melekatkan diri pada tempat kering dengan cairan dan kemudian membentuk
pupa (kepompong). Ketika larva Drosophila membentuk pupa, tubuhnya memendek, kutikula
menjadi keras dan berpigmen, tanpa kepala dan sayap ianya dipanggil larva instar 4.
Pembentukan pupa ditandai dengan pembentukan kepala, gumpalan sayap, dan kaki.
Puparium (bentuk terluar pupa) menggunakan kutikel pada instar ketiga. Pada stadium pupa
ini, larva dalam keadaan tidak aktif, dan dalam keadaan ini, larva bertukar menjadi lalat
dewasa. Struktur dewasa tampak jelas selama tempoh pupa pada bahagian kecil jaringan

dorman yang sama seperti pada tahap embrio. Pembatasan jaringan preadult ( sebelum
dewasa ) disebut anlagen. Fungsi utama dari pupa adalah untuk perkembangan luar dari
anlagen ke bentuk dewasa. Dewasa pada Drosophila melanogaster dalam satu kitaran
hidupnya berusia sekitar 9 hari. Setelah keluar dari pupa, lalat buah warnanya masih pucat
dan sayapnya belum terbentang. Sementara itu, lalat betina akan mengawan setelah berumur
8 jam dan akan menyimpan sperma dalam jumlah yang sangat banyak dari lalat buah jantan.

1.1.3 Adaptasi lalat buah terhadap persekitaran

1.1.4 Klasifikasi saintifik lalat buah


Alam
Filum
Kelas
Order
Suborder
Famili
Genus
Subgenus
Spesies

: Haiwan
: Arthropoda
: Insecta
: Diptera
: Longhorn, Shorthorn
: Drosophilidae
: Drosophila
: Sophophora
: Drosophila melanogaster

1.2 KUTU KEPALA (Pediculus humanus capitis)

Pediculus humanus capitis disebut juga kutu kepala yang merupakan ektoparasit yang
menjangkiti manusia, termasuk dalam family pediculidae dimana penularannya adalah
melalui sentuhan langsung dan dengan perantara barang-barang yang dipakai bersama-sama
seperti sikat rambut, topi, skaf, penutup kepala, selimut dan lain-lain (Weems and Fasulo,
2013).
1.2.1 Ciri- ciri morfologi kutu kepala

Keterangan Gambar:

A. Antena
B. Kuku cangkuk
C. Mata
D. Forns

Nimfa kutu kepala berbentuk seperti kutu rambut dewasa, tetapi bentuknya lebih kecil.
Telurnya berwarna putih mempunyai operculum 0.6-0.8 mm disebut nits. Bentuknya lonjong
dan memiliki perekat, sehingga dapat melekat kuat pada rambut. Warna telur terlihat samar
dan mirip dengan warna rambut dan mudah dilihat pada bahagian posterior. Telur yang
kosong (nits) lebih mudah dilihat karena tampak putih diantara rambut yang gelap. Beberapa
ahli menyebut nits lebih menunjuk pada telur yang kosong. Telur dieram oleh kepanasan

tubuh dan biasanya menetas dalam masa 8 hingga 9 hari , tapi boleh menetas antara 7 hingga
12 hari bergantung kepada udara persekitaran samaada panas atau sejuk. Tempat yang paling
mudah dilekati telur adalah berhampiran telinga dan bahagian belakang kepala.

Rajah 4: Metamorfosis kutu kepala


Lingkaran hidup kutu rambut merupakan metamorfosis tidak lengkap, iaitu telur- nimfadewasa. Telur akan menetas menjadi nimfa dalam tempoh 5-10 hari setelah dikeluarkan oleh
induk kutu kepala. Selepas mengalami 3 kali pergantian kulit, nimfa akan berubah menjadi
kutu rambut dewasa dalam waktu 7-14 hari (Wijayanti, 2007). Dalam keadaan cukup
makanan kutu rambut dewasa dapat hidup sehingga 27 hari lamanya (Sutanto dkk, 2008).

1.2.2 Adaptasi kutu kepala terhadap persekitaran


Kutu tidak boleh melompat atau terbang tetapi boleh merangkak. Kutu kepala dapat
bergerak dengan cepat dan mudah berpindah dari satu perumah kepada perumah yang lain.
Penelitian menjelaskan bahawa kutu dapat berpindah di antara sarung- sarung bantal pada
malam hari namun dengan kebarangkalian yang rendah ( 4 % ) (Weems dan Fasulo, 2013).
Kutu kepala ini dapat bertahan 10 hari pada suhu 5oC tanpa makan, dapat menghisap darah
untuk waktu yang lama dan mati pada suhu 40OC. Panas yang lembab pada suhu 60oC
memusnahkan telur dalam waktu 15-30 minit. Kutu kepala mudah dijangkitkan melalui
sentuhan langsung atau dengan perantara barang-barang yang dipakai bersama-sama.
(Wijayanti, 2007).
Kutu dewasa dan nympha mendapatkan makanannya dengan menghisap darah
manusia. Kutu makan dengan cara menggigit melalui kulit dan menyuntikkan air liur untuk
mencegah darah dari membeku, kemudian mengisap darah ke saluran pencernaan.
Penghisapan darah boleh berlaku dalam jangka waktu yang lama jika kutu tersebut tidak
terganggu. Sementara itu, ketika makan kutu dapat mengeluarkan kotoran berwarna merah
gelap pada kulit (Weems dan Fasulo, 2013). Lepuhan pada kulit kepala akan berlaku
disebabkan oleh tusukan kutu kepala ketika menghisap darah. Lepuhan sering ditemui di
belakang kepala atau tengkuk. Air liur yang merangsang menimbulkan papula merah dengan
rasa gatal yang hebat. Diagnosis dibuktikan jika terdapat rasa gatal-gatal yang hebat dengan
bekas-bekas garuan kebiasaannya menemukan Pediculus humanus capitis dewasa, nimfa dan
telurnya (Wijayanti, 2007).

1.2.3 Klasifikasi saintifik kutu kepala


Alam
Filum
Kelas
Order
Superorder
Famili
Genus
Spesies

: Haiwan
: Arthropoda
: Insekta
: Phthiraptera
: Anoplura
: Pediculidae
: Pediculus
: Pediculus humanus capitis

1.3 LABAH- LABAH (Lycosa pseudoannulata)

1.3.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah

Labah-labah, tidak seperti serangga lain, hanya mempunyai dua tagma dan bukannya tiga;
kepala yang bercantum dan toraks (dikenali sebagai sefalotoraks atau prosoma) dan abdomen
dikenali sebagai (opistosoma). Sejenis labah-labah yang kelihatannya pengecualian adalah
apa yang dikenali sebagai labah-labah pembunuh, yang sefalotoraks kelihatan hampir
terbahagi kepada dua unit yang bebas. Kecuali bagi beberapa spesies labah-labah yang amat
primitif (famili Liphistiidae), abdomen tidak terbahagi secara luaran. Abdomen dan
sefalotoraks dihubungkan oleh pinggan yang halus dikenali sebagai pedikel atau somit
pragenital, satu ciri yang membenarkan labah-labah menggerakkan abdomennya pada semua
arah. Pinggan ini sebenarnya segmen terakhir (somit) sefalotoraks dan hilang bagi
kebanyakan ahli Araknid lain (pada kala jengking ia hanya dapat dikesan pada
peringkat embrio). Labah-labah telah pun wujud di dunia semenjak 110 juta tahun dahulu,
hasil daripada jumpaan fossil labah-labah di dalam batu amber di Sepanyol, contoh fossil
sarang labah-labah tertua pernah dijumpai. Di dalamnya terdapat 26 utas sutera labah-labah,
kebanyakanya bercantum, termasuk mangsa labah-labah seperti lalat, langau, kumbang, dan
penyengat.

1.3.2 Adaptasi labah- labah terhadap persekitaran


Labah-labah merupakan haiwan invertebrat pemangsa yang menghasilkan sutera, dan
mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labahlabah dikelaskan dalam susunan Araneae, satu daripada beberapa susunan dalam kelas
araknid yang
lebih
besar,
kumpulan
yang
turut
mengandungi kala
jengking, tungau, sengkenit,
dan falangid.
Pengkajian
labah-labah
dikenali
sebagai araknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagai ahli araknologi.
Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk
memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas
benang protein yang
halus
dan
kukuh
yang
dihasilkan
oleh
labah-labah
daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen. Membandingkan
dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli.
Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi
menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas
dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa,
menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.
Kesemua kecuali satu genus labah-labah mempunyai keupayaan bagi mencucuk bisa untuk
membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang
terhad yang mampu mengakibatkan masalah perubatan yang teruk apabila
menggigit manusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang
menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka
panjang.

1.3.3 Klasifikasi saintifik labah- labah

Alam
Filum
Kelas
Order
Famili
Genus
Spesies

: Haiwan
: Arthropoda
: Arachnida
: Araneida
: Lycosidae
: Lycosa
: Lycosa pseudoannulata

Vous aimerez peut-être aussi