Vous êtes sur la page 1sur 25

iSina Global Media

(001611918-P)

PENGENALAN
BIODATA SYARIKAT
PENGURUSAN

AKTIVITI
PROGRAM KEMASYARAKATAN

ISINA GLOBAL MEDIA merupakan sebuah syarikat


Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2006 bagi
menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan
dan latihan pendidikan. Ianya dibarisi oleh
beberapa individu yang berpengalaman dalam
pelbagai bidang akademik yang berkongsi misi
yang sama dalam arena pendidikan.
Kualiti yang tinggi dan keberkesanan program
pendidikan dalam sesebuah penerbitan dan modul
latihan menjadi keutamaan bagi syarikat. Sebagai
sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan
keberkesanan ke atas majoriti kanak-kanak, ISINA
GLOBAL MEDIA telah mengusahakan satu inisiatif
untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi
kesukaran membaca dalam satu program yang
dipanggil Program JOMBACA.

PENGENALAN

Nama Syarikat

ISINA GLOBAL MEDIA

BIODATA SYARIKAT

No Pendaftaran

001611918-P

Tahun Ditubuhkan

APRIL, 2006

Jenis Perniagaan

Penerbitan Modul
Latihan Pendidikan
Penerbitan Buku
Pusat Latihan
Pendidikan

Alamat

No 7-1A, Tingkat 1, Jalan GJ2,


Tmn Gombak Jaya,
Batu 6 Jalan Gombak, 53100
Kuala Lumpur.

Telefon

03 4142 3917

Fax

03 4142 3934

Web

www.i-sina.net

Email

info@i-sina.net

Nama Bank 1

Bank Islam (M) Berhad


Taman Melawati
1211 30 100 25604

Nama Bank 2

Maybank Berhad
Pasar Gombak
5142 2622 1966

Pengurus Besar

Ahmad Latifi Abd Rahman


016 2112 474

Pengurus Program dan


Akademi iSINA

Rahmalizah Ali
016 - 2112 470

PENGURUSAN

AKTIVITI
PROGRAM KEMASYARAKATAN

MISI
Memberi latihan pendidikan dan
bimbingan agar lebih anak-anak buta
huruf dan keciciran dalam pelajaran
dapat dibantu agar mendapat peluang
akademik yang lebih cerah.

VISI
Menjadi satu organisasi ulung dan
berinovasi yang mampu menyediakan
perkhidmatan latihan pendidikan ke
seluruh negara.

OBJEKTIF
Membantu mengurangkan kadar buta
huruf di kalangan anak-anak dari semua
golongan masyarakat

PENGENALAN

Pihak pengurusan ISINA GLOBAL MEDIA


merupakan barisan individu yang berpengalaman
dan berdedikasi dalam mengutamakan kualiti dan
keberkesanan dalam penerbitan buku dan modul
latihan pendidikan.

BIODATA SYARIKAT
PENGURUSAN
AKTIVITI
PROGRAM KEMASYARAKATAN

Di bawah pusat latihan AKADEMI iSINA, terdapat


lebih daripada 20 tenaga pengajar yang terlatih
serta berpengalaman dalam bidang latihan,
terutama dalam usaha membantu membenteras
buta huruf di kalangan pelajar sekolah.

AHMAD LATIFI ABDUL


RAHMAN
(PENGURUS BESAR)

PROF EMERITUS DATUK DR NIK


SAFIAH KARIM
(Penasihat Program iSIna)

RAHMALIZAH ALI (PENGURUS


PROGRAM & AKADEMI iSINA)

NOOR AZWA MANSUR


(Pengurus Pentadbiran)

NOR AZIAH BINTI MOHD


HASSAN (Pengurus Hal Ehwal
Pelajar)

NOOR HAFIMI BT MOHAMED


JOHARI (Pengurus Projek)

TENAGA PENGAJAR
Korsiah Abdul
Nurzawani Binti Abdul Aziz
Ummi Nur Syuhadah Bt Mohamad
Harisun Bt Othman
Khairul Bakri Bin Mohd Ali
Wan Mariah Binti Wan Daud
Shakiroh Shawakir bt Salleh
Muhammad Faizal

Nor Azizah Binti Yaakub


Ruzita Bt Mohd Salleh
Che Sakinah Bt Che Aziz
Md Khiar Bin Ahmad
Wan Safiah Binti Wan Daud
Noor Atikah Bt Abd Rahman
Suhailey Bt Shamsudin
Naheed Azhari

PENGENALAN
PENGURUSAN
BIODATA SYARIKAT
AKTIVITI
PROGRAM KEMASYARAKATAN

AKADEMI iSINA

PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT


SELANGOR

ISINA GLOBAL MEDIA menjalankan pelbagai aktiviti


pendidikan yang bertujuan untuk membantu
pelajar-pelajar sekolah, terutama yang lemah dan
menghadapi masalah buta huruf serta keciciran
dalam bidang akademik di sekolah. ISINA GLOBAL
MEDIA juga telah menubuhkan TABUNG
JOMBACA yang membiayai pembelajaran dan
latihan untuk pelajar-pelajar dari kalangan keluarga
miskin dan berpendapatan rendah. Berikut adalah
beberapa aktiviti utama iSINA GLOBAL MEDIA.
Kelas Pemulihan Membaca dan Menulis BM
Kelas Membaca dan Klinik Bahasa Inggeris
Kelas Klinik Matematik
Kelas Fardhu Ain dan Membaca al-Quran.

Program Pemulihan Membaca dan Menulis jangka pendek


(20 hari ) untuk pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1
hingga 5

Program Pemulihan Membaca dan Menulis Intensif jangka


pendek (30 - 32 hari) untuk murid-murid sekolah dari umur 7
tahun.

Program Pemulihan Membaca

dan Menulis Intensif jangka


pendek (32 hari) untuk anak-anak ASNAF dari umur 7 tahun .

LATIHAN iSINA UNTUK GURU DAN


IBUBAPA

Kursus separuh hari untuk melatih guru-guru tadika/prasekolah dan ibubapa tentang bagaimana hendak mengajar
anak-anak kecil membaca menggunakan teknik iSINA.

PENERBITAN BUKU DAN MODUL


LATIHAN

Pelbagai buku dan modul latihan untuk murid-murid telah


diterbitkan sendiri oleh ISINA GLOBAL MEDIA yang
kebanyakannya digunakan di dalam kesemua program di
atas.

AKTIVITI

AKADEMI iSINA

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH


& MENENGAH
PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH
PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT
SELANGOR
PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN
THAILAND)
PENERBITAN BUKU DAN MODUL
LATIHAN

AKADEMI iSINA ditubuhkan pada


tahun 2006 sebagai sebuah pusat
latihan amal yang bertujuan
membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan
cepat, mudah dan berkesan.
Seawal umur 4 tahun, kebanyakan
pelajar Akademi iSina, telah berjaya menguasai
kemahiran membaca dalam masa yang singkat. Kelaskelas pemulihan juga diadakan untuk murid-murid
sekolah rendah dan menengah yang menghadapi
kesukaran membaca dan menulis serta murid-murid
yang menghadapi masalah keciciran dalam
pembelajaran di sekolah. Kesemua MODUL LATIHAN
yang digunakan dimiliki sepenuhnya oleh ISINA
GLOBAL MEDIA.

KELAS MEMBACA
DAN MENULIS
BAHASA MALAYSIA

KELAS MEMBACA
DAN KLINIK BAHASA
INGGERIS

KELAS KLINIK
MATEMATIK

KELAS FARDHU AIN


DAN AL-QURAN

Kelas Membaca
untuk anak-anak
seawal umur 4
tahun.
Kelas Pemulihan
membaca dan
menulis untuk murid
sekolah dari umur 7
tahun hingga ke
dewasa.
Kelas Asas Penulisan
Bahasa Malaysia

Kelas Membaca
untuk kanak-kanak
seawal umur 5
tahun.
Kelas Klinik Bahasa
Inggeris Grammar
and Vocabulary
untuk murid-murid
yang keciciran dalam
subjek Bahasa
Inggeris

Kelas Klinik
Matematik
memfokus kepada
kefahaman dan
latihtubi dalam
membentuk
kemahiran asas
matematik. Kelas ini
adalah untuk muridmurid yang keciciran
dan sangat lemah.

Kelas diadakan
secara percuma
untuk anak-anak 9
hingga 16 tahun dari
keluarga miskin di
kawasan Gombak
bagi membentuk
akidah dan akhlak
mulia yang dapat
membendung
mereka dari gejala
tidak sihat.

Kelas Pemulihan membaca dan menulis, serta kelas-kelas klinik


Bahasa Inggeris dan Matematik di AKADEMI iSINA, diberikan
secara PERCUMA untuk murid-murid sekolah dari keluarga
miskin dan kurang berkemampuan yang merangkumi 75%.
daripada kesemua pelajar yang belajar di Akademi iSina.

AKTIVITI

AKADEMI iSINA

PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH


& MENENGAH
PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH
PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT
SELANGOR
LATIHAN ISINA UNTUK GURU &
IBUBAPA
PENERBITAN BUKU DAN MODUL
LATIHAN

AKADEMI ISINA bertempat di No 7-1A, Jalan GJ2,


Taman Gombak Jaya, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Sejak tahun 2006, Akademi i-Sina telah
berkembang dan kini mempunyai ruang belajar
yang luas untuk murid-murid dengan kepadatan
maksima 100 orang pada satu masa.
Fasiliti di Akademi iSINA merangkumi:
1 bilik Seminar yang boleh memuatkan 40
orang, dengan kelengkapan kerusi, meja ,
penghawa dingin serta alat pemancar LCD.
1 bilik Kelas Pemulihan Membaca dan Menulis
yang boleh memuatkan 15 orang.
1 bilik Kelas Membaca Bahasa Inggeris yang
boleh memuatkan 15 orang.
Ruang luas untuk program fardhu ain dan
membaca al-Quran yang boleh memuatkan 30
orang.
Satu bilik pentadbiran dan pejabat.

Sehingga kini, AKADEMI ISINA telah membantu lebih


seribu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan lebih baik.

AKTIVITI
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH


PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT
SELANGOR
LATIHAN ISINA UNTUK GURU &
IBUBAPA
PENERBITAN BUKU DAN MODUL
LATIHAN

JOMBACA
SEK MENENGAH
KEBANGSAAN
RAWANG

JOMBACA
SEK MENENGAH K.
GOMBAK SETIA

ISINA GLOBAL MEDIA menjalankan program


dengan kerjasama pihak sekolah dan penajaan
pihak luar untuk membantu pelajar-pelajar yang
bermasalah di sekolah menengah dan rendah
untuk mengatasi kesukaran membaca dan menulis
mereka, sekaligus mengurangkan peratus buta
huruf di sekolah-sekolah tersebut.
Biasanya,
program-program di sekolah dijalankan secara
intensif selama 32 hari untuk sekolah rendah dan
20 hari untuk sekolah menengah dengan kejayaan
yang melebihi 80%. Antara sekolah rendah yang
pernah terlibat dalam program JOMBACA iSINA:
SK Setapak Indah
SK Taman Melati
SK Gombak 1 & 2
SK Gombak Utara
SK Sg Tua Baharu
SK Klang Gate
SK Tmn Melati SK Seri Perak

Dijalankan selama 20 hari pada Jun dan Julai 2011


Seramai 60 murid peralihan, tingkatan 1 hingga 5 di mana 70% terdiri
daripada pelajar berbangsa Cina.
53 pelajar (88%) berjaya menguasai kemahiran membaca.
Program ditaja oleh ISINA GLOBAL MEDIA dan PIBG sekolah.

Dijalankan selama 6 bulan dari tahun 2011 dan 2012


Seramai 105 pelajar dari tingkatan 1 hingga 4, kebanyakannya adalah
berbangsa Melayu.
88 pelajar ( 84%) berjaya menguasai kemahiran membaca.
Program ditaja sepenuhnya oleh BANK ISLAM (M) BERHAD

PROGRAM JOMBACA SMK RAWANG

PROGRAM JOMBACA SK GOMBAK 2

AKTIVITI
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH
& MENENGAH

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT


SELANGOR
LATIHAN ISINA UNTUK GURU &
IBUBAPA
PENERBITAN BUKU DAN MODUL
LATIHAN

KEM 2006
Program percubaan
yang hanya
mempunyai 20 orang
peserta antara umur 6
hingga 12 tahun.
berlangsung di
Akademi iSina
18 berjaya membaca.
Kejayaan = 90%

Program Kem Cuti Sekolah telah dijalankan sejak


tahun 2006. Ianya berlangsung sepanjang cuti
sekolah pada setiap hujung tahun (November
hingga akhir Disember). Program ini mensasarkan
murid-murid di sekitar kawasan Gombak/Setapak,
Kuala Lumpur. Komuniti dari penempatanpenempatan kos rendah seperti flat bandaraya
(PPR dan PPRT) dan kampung-kampung setinggan
dan orang asli menjadi tumpuan program. Muridmurid buta huruf dari kalangan keluarga miskin di
dalam komuniti ini diambil untuk menyertai
program secara PERCUMA. Kebanyakan program
ditaja oleh individu-individu dan syarikat-syarikat
swasta. Biasanya program berlangsung selama 32
hari, 2 jam sehari, dan murid diberikan makan dan
disediakan pengangkutan secara percuma.

KEM 2007
Program yang
melibatkan penajaan
anak-anak miskin yang
pertama diadakan.
Sasaran komuniti: PPR
Gombak Setia.
berlangsung di
Akademi iSina
59 peserta dan 54
berjaya membaca.
Kejayaan = 91.5%

KEM 2008
Sasaran komuniti
diperluaskan ke Kg
Kerdas dan Changkat,
Jalan Gombak.
berlangsung di
Kompleks Anjung
Rahmat
76 peserta dan 69
berjaya membaca.
Kejayaan = 90.8%

KEM 2009
Sasaran komuniti
diperluaskan ke Kg Org
Asli Batu 12 Jln
Gombak, Klang Gate,
Wangsa Maju dan
Sentul.
berlangsung di
Akademi iSina.
186 peserta dan 170
berjaya membaca.
Kejayaan = 91.4%

Pada waktu cuti sekolah hujung tahun 2010 dan 2011,


iSINA GLOBAL MEDIA tidak menjalankan kem JOMBACA
ini besar-besaran kerana terlibat dalam program Literasi
Zakat Selangor di Sungai Besar (2010) dan di Bukit
Beruntung (2011).

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2007

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2008

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2009

MAJLIS PENUTUP, PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH 2009

Majlis penutup telah dimeriahkan dengan kehadiran


salah satu daripada penaja Program Kem Membaca,
iaitu Pertubuhan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)

PROGRAM JOMBACA KEM SUTI SEKOLAH PANTAI DALAM 2013

Dengan kerjasama sebuah NGO, iaitu, ADRF


Malaysia, Program JOMBaca telah diadakan di
Dewan Orang Ramai, PPR Sri Pantai, Pantai
Dalam.
Program yang telah mendapat
sumbangan dari penyumbang individu dan
Kumpulan Syarikat OUG ini telah diadakan
selama 30 hari bermula 25 November 2013
hingga 28 Disember 2013.
Buat pertama kali Program JOMBaca
dilaksanakan di kawasan perumahan pesertapeserta itu sendiri, maka kehadiran adalah
tidak begitu memuaskan. Buat pertama
kalinya juga, ramai anak-anak dari golongan
berbangsa India (36%) menyertai program.

25 Nov 28 Dis 2013


Peserta 72 orang
62 orang berjaya
Kejayaan 86.11%
Kehadiran 75.49 %

Penerima anugerah kehadiran penuh.

AKTIVITI
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM JOMBACA SEKOLAH RENDAH
& MENENGAH
PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

PROGRAM TAJAAN LEMBAGA ZAKAT


SELANGOR

LATIHAN ISINA UNTUK GURU &


IBUBAPA
PENERBITAN BUKU DAN MODUL
LATIHAN

SG BESAR,
SABAK BERNAM
Disember 2010
Program perintis
Peserta 42 orang
30 orang berjaya
Kejayaan 71%
Kehadiran 71%

CHERAS,
HULU
LANGAT
22 Jun 31 Julai
Peserta 76 orang
70 orang berjaya
Kejayaan 92%
Kehadiran 95%

iSINA GLOBAL MEDIA, dibawah naungan NGO,


GLOBAL PEACE MISSION, telah menjalankan
Program Literasi 2011 di bawah tajaan Lembaga
Zakat Selangor.
Dengan perlantikan sebagai
konsultan Program Literasi yang bertujuan
mengurangkan kadar buta huruf di kalangan
ASNAF Selangor, iSina Global Media telah
menjalankan 8 buah program di 7 buah daerah di
Selangor bermula akhir tahun 2010 dan sepanjang
tahun 2011.
Berikut adalah butiran ringkas program-program
yang telah dijalankan mengikut daerah-daerah
serta kejayaan yang telah dikecapi bagi setiap
program.

SELAYANG, GOMBAK
21 April 4 Jun 2011
Peserta 70 orang
62 orang berjaya
Kejayaan 88.6%
Kehadiran 92%

SUNGAI BESAR 2,
SABAK BERNAM
29 Sep Nov 5
Peserta 69 orang
62 orang berjaya
Kejayaan 90%
Kehadiran 78%

BANTING, KUALA
LANGAT
28 April 11 Jun
2011
Peserta 48 orang
43 orang berjaya
Kejayaan 90%
Kehadiran 88%

TG KARANG, KUALA
SELANGOR
5 Okt 12 Nov
Peserta 80 orang
69 orang berjaya
Kejayaan 93%
Kehadiran 76%

KELANG
20 Jun 30 Julai 2011
Peserta 68 orang
60 orang berjaya
Kejayaan 88%
Kehadiran 89%

BKT BERUNTUNG,
HULU SELANGOR
10 Nov 17 Dis
Peserta 85 orang
76 orang berjaya
Kejayaan 89%
Kehadiran 90%

SELAYANG, GOMBAK

BANTING , KUALA LANGAT

KELANG

CHERAS, HULU LANGAT

SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM

TG KARANG, KUALA SELANGOR

BUKIT BERUNTUNG, HULU SELANGOR

Pada tahun 2012, Program JOMBaca telah dijalankan di 2 kawasan di dalam daerah Petaling.
Daerah mempunyai kepadatan penduduk miskin bandar yang tinggi. 2 buah kawasan yang
dipilih adalah seperti berikut:
1) PUCHONG
10 Sep 13 Okt
Peserta = 64 orang
58 orang berjaya.
Kejayaan = 90.63%
Kehadiran = 90.74%

2) KOTA DAMANSARA
3 Sep 6 Okt
Peserta = 58 orang
52 orang berjaya.
Kejayaan = 89.66%
Kehadiran = 89.89%

AKTIVITI
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM JOMBACA RENDAH &
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH
PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN
THAILAND)

LATIHAN ISINA UNTUK


GURU & IBUBAPA

PENERBITAN BUKU DAN MODUL


LATIHAN

iSINA GLOBAL MEDIA juga menyediakan latihan


untuk para guru dan ibubapa tentang cara
menggunakan teknik i-Sina semasa mengajar anakanak membaca. Kursus yang memakan masa lebih
kurang 8 jam itu memberi penjelasan bagaimana
memberi kefahaman kepada anak-anak ketika
mengajar dia membaca menggunakan i-Sina. Buku
rujukan utama dalam latihan ini
adalah buku i-Sina : Kaedah
Belajar Membaca Yang Efektif.
Sehingga kini, iSINA GLOBAL
MEDIA masih menawarkan
latihan kepada ibubapa dan
Guru yang berminat.

Pada tahun 2007, iSINA GLOBAL MEDIA telah


memberikan latihan kepada 256 guru-guru Tabika
Perpaduan Wilayah Persekutuan

iSINA GLOBAL MEDIA telah menerbitkan pelbagai


buku dan modul latihan yang kesemuanya
digunakan
dalam
program-program
yang
dijalankan samada di dalam mahupun di luar
Akademi ISINA.

AKTIVITI
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH
PROGRAM JOMBACA
SEKOLAH MENENGAH

MODUL LATIHAN MEMBACA iSINA

PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH

i-Sina : Kaedah Belajar Membaca Yang


Efektif memuatkan sebuah program
lengkap untuk mengajar kanak-kanak dari
umur 4 tahun ke atas untuk mula
mengenal
huruf dan mula membaca
dalam Bahasa Malaysia.
Modul ini juga mempunyai 4 buku latihan
menulis.

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN


THAILAND)
LATIHAN ISINA UNTUK GURU &
IBUBAPA

PENERBITAN BUKU DAN


MODUL LATIHAN

MODUL LATIHAN PEMULIHAN MEMBACA


PROGRAM PEMULIHAN i-SINA. Adalah satu program
lengkap yang boleh membantu murid dan pelajar sekolah
untuk mengatasi kesukaran dalam menguasai kemahiran
membaca dalam masa yang singkat. Terdapat 4 set modul
latihan penulisan untuk mengatasi keciciran dalam
penulisan Bahasa Melayu iaitu:

MODUL MEMBACA B INGGERIS


Early Reading in
English adalah satu
program lengkap yang
boleh membantu murid dan pelajar sekolah
untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris.
Modul membaca Bahasa Inggeris juga
mempunyai 4 set buku latihan.

MODUL 1: Bina perkataan (11 buku)


MODUL 2 : Ayat mudah ( 13 buku)
MODUL 3 : Asas B.Malaysia ( 12 buku)
MODUL 4: Kefahaman (10 buku)

MODUL LATIHAN KLINIK BAHASA INGGERIS


Terdapat 15 buku latihan untuk melatih murid-murid
yang sangat lemah dan keciciran dalam matapelajaran
Bahasa Inggeris. Tujuan modul ini ialah agar murid
dapat menguasai Grammar dan Vocabulary serta
menulis karangan pendek tahap sekolah rendah
(UPSR).

MODUL LATIHAN KLINIK MATEMATIK


Terdapat 24 buku latihan untuk melatih murid-murid
yang sangat lemah dan keciciran dalam matapelajaran
Matematik. Tujuan modul ini ialah agar murid dapat
menguasai kemahiran asas mengira dan menyelesaikan
masalah matematik tahap rendah (UPSR).

PENGENALAN
PENGURUSAN
BIODATA SYARIKAT
AKTIVITI
PROGRAM KEMASYARAKATAN

ISINA GLOBAL MEDIA sentiasa berhadapan dengan


golongan masyarakat yang kurang berkemampuan
semasa menjalankan program-program JOMBACA
dan aktiviti-aktiviti membantu mengurangkan
kadar buta huruf.
Oleh kerana itu, sejak tahun 2007, iSINA GLOBAL
MEDIA telahpun membuat inisiatif untuk
menjalankan
program-program
bersifat
kemasyarakatan demi membantu golongan yang
miskin dan kurang berkemampuan.
Berikut adalah beberapa inisiatif
kemasyarakatan yang telah dijalankan:

SUMBANGAN MAKANAN & PAKAIAN


TERPAKAI

PROGRAM LAWATAN
SUKARELAWAN JOMBACA

program

Pengumpulan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh


orang ramai supaya dapat diagihkan kepada yang
memerlukan terutama pakaian kanak-kanak semasa
menjelang hari raya aidil fitri.

Lawatan ke rumah-rumah fakir miskin yang terdiri daripada


keluarga anak-anak yang menyertai program JOMBACA.
Lawatan disertai individu-individu yang sentiasa memberi
sokongan kepada program JOMBACA dan ingin meninjau
sendiri keadaan keluarga fakir miskin dan melihat sendiri
keberkesanan Program JOMBACA ( menggunakan i-SINA).

Program untuk menaikkan semangat

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

PROGRAM JOMBACA
AYATA (SELATAN
THAILAND)

dan keyakinan diri


anak-anak yang menyertai JOMBACA agar tidak malu dan
berasa rendah diri untuk tampil di khalayak ramai.

Program Belajar Membaca i-Sina untuk anak-anak fakir


miskin dan anak-anak yatim di Tak Bai, Selatan Thailand.

PROGRAM KEMASYARAKATAN
SUMBANGAN MAKANAN DAN
PAKAIAN TERPAKAI

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN


JOMBACA
PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA
PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN
THAI)

SUMBANGAN BISKUT
RAYA DARI MAYBANK

Sejak tahun 2007, ISINA GLOBAL MEDIA telah


memulakan usaha mengumpul dan mengagihkan
pakaian terpakai kepada golongan fakir miskin.
Pada mulanya, aktiviti pengagihan hanya
dijalankan menjelang hari raya aidil fitri. Namun,
memandangkan sumbangan orang ramai semakin
banyak, ISINA GLOBAL MEDIA mengambil inisiatif
untuk membuat pengagihan pakaian terpakai ini
dengan lebih kerap. Pengagihan dilakukan kepada
keluarga-keluarga miskin dari program JOMBACA
dan golongan ASNAF dari program tajaan Lembaga
Zakat Selangor. Ada juga lawatan yang dibuat ke
kampung-kampung orang asli dan fakir miskin
untuk proses pengagihan. Sumbangan makanan
seperti beras, minyak, gula dan tepung juga turut
diberikan.

PROGRAM BERSAMA MYCORP


DAN GPM

KAMPUNG ORANG ASLI

PROGRAM KEMASYARAKATAN
SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN
TERPAKAI

PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN


JOMBACA

PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA


PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN
THAI)

Pada 19 November 2011, ISINA GLOBAL MEDIA


telah membuat satu inisiatif untuk membawa
beberapa orang sukarelawan program JOMBACA
untuk melawat program JOMBACA yang dilakukan
di luar kawasan bandar. Kawasan yang dilawati
adalah Tanjung Karang daerah Kuala Selangor.
Kunjungan telah dibuat ke beberapa rumah fakir
miskin di sekitar Tanjung Karang dengan
memberikan sumbangan wang dan makanan. Pada
sebelah malam, kumpulan sukarelawan juga telah
mengunjungi
tempat
JOMBACA
untuk
memerhatikan program yang berlangsung.
Peserta-peserta JOMBACA juga turut dihiburkan
dengan persembahan bercerita dan nasyid oleh
seorang sukarelawan pada hujung program.

PROGRAM KEMASYARAKATAN
SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN
TERPAKAI
PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN
JOMBACA

PERTANDINGAN DRAMA
JOMBACA

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN


THAI)

Kanak-kanak dan fasilitator masing-masing


sedang dalam sesi latihan 2 hari sebelum
pementasan bermula.

Pada Oktober 2010, satu Pertandingan Drama


Pementasan telah dijalankan oleh ISINA GLOBAL
MEDIA dengan kerjasama GLOBAL PEACE MISSION.
Pementasan tersebut telah melibatkan 40 orang
kanak-kanak yang kebanyakannya juga merupakan
bekas peserta JOMBACA yang dahulunya
mempunyai kesukaran dalam menguasai skil
membaca dan menulis.
4 drama telah dipentaskan oleh 4 kumpulan kanakkanak dengan dilatih secara sukarela oleh
sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa.
Usaha ini adalah untuk memberi semangat dan
keyakinan diri kepada kanak-kanak yang dahulunya
tidak mahir membaca.

PROGRAM KEMASYARAKATAN
SUMBANGAN MAKANAN DAN PAKAIAN
TERPAKAI
PROGRAM LAWATAN SUKARELAWAN
JOMBACA
PERTANDINGAN DRAMA JOMBACA

PROGRAM JOMBACA AYATA (SELATAN


THAILAND)

iSINA GLOBAL MEDIA dengan kerjasama GLOBAL


PEACE MISSION, telah menjalankan Program
Jombaca khusus untuk Pusat Kebajikan dan Anakanak Yatim Tak Bai atau AYATA. AYATA terletak di
daerah Naratiwat, Selatan Thailand yang
bersempadan dengan Negeri Kelantan, Malaysia.
Terdapat tiga daerah besar di Selatan Thailand di
mana majoriti masyarakatnya adalah berbangsa
Melayu dan beragama Islam, iaitu daerah
Narathiwat, Pathani dan Yala. Terdapat ramai anakanak yatim di daerah-daerah ini di mana
penduduknya ditindas dan tidak mendapat
pembelaan sepenuhnya.
Anak-anak Melayu Islam di Selatan Thailand
berdepan dengan situasi yang agak sugul di mana
mereka tidak mendapat pendedahan yang cukup
untuk belajar membaca tulisan rumi Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris, yang boleh memberi
mereka peluang pendidikan lepas sekolah yang
lebih besar.
Maka, ISINA GLOBAL MEDIA telah mengambil
inisiatif untuk membantu anak-anak yatim di
daerah Narathiwat di bawah AYATA, dengan
memberikan latihan guru dan membekalkan
modul-modul latihan iSINA secara PERCUMA.
Program JOMBACA di AYATA telah dimulakan sejak
bulan
Januari
2012
sehingga
sekarang,
dikendalikan oleh guru-guru terlatih (dilatih oleh
ISINA pada tahun 2011) dan kini telah berjaya
menunjukkan hasil yang positif.
ISINA GLOBAL MEDIA juga telah memberi latihan
percuma pada 21 Januari 2012 kepada lebih
kurang 30 orang guru tadika di seluruh daerah
Narathiwat.

Vous aimerez peut-être aussi