Vous êtes sur la page 1sur 11

Akauntabiliti Guru

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi penekanan tinggi
terhadap pembangunan modal insan kelas pertama.Ianya adalah bagi mencapai
status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti
bergantung kepada pendidikan berkualiti. Pendidik yang berkualiti adalah ajen
pembentuk modal insan. Pendidik yang berkualiti dapat menghasilkan individu
yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.
Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.
Kesan

daripada

globalisasi,

liberalisasi,

pengantarabangsaan

dan

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), negara menghadapi


pelbagai cabaran baru. Justeru, Malaysia memerlukan modal insan yang juga
celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia mengikut acuan Malaysia. Justeru itu, golongan pendidik dikehendaki
memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi
dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan seperti berikut:
... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central
to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling
depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as
teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access
to high quality teaching.
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha


untuk melahirkan guru yang berkualiti. Ianya tidak terhad di situ sahaja, malah
memastikan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan
kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi tujuan itu, pelbagai
langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,
menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan
institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan
guru.
Bahagian

Pendidikan

Guru

(BPG),

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. Institusi Pendidikan


Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan
perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan
seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek
utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian

Pendidian

Guru

telah

mengambil

langkah

proaktif

dalam

membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru,


pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.
2.0 Isu Semasa
Satu berita bertarikh 5 Mac 2007 yang bertajuk Guru pukul pelajar dengan
kasut diberi kaunseling telah dipaparkan di Utusan Online. Berita ini menyatakan
bahawa seorang guru cemerlang bahasa inggeris yang mempunyai rekod yang
baik telah memukul 4 orang muridnya menggunakan kasut tumit tinggi atas
kesalahan tidak membawa buku latihan matapelajaran yang diajarnya. Tiga
orang murid masing masing terpaksa menerima 2 jahitan di kepala dan seorang
lagi menerima satu jahitan.
Guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dimana dia berjaya
meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu
daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91.4 peratus

tahun sebelum itu.Dia juga pernah menerima sijil penghargaan Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 selain menjadi penulis modul literasi
maklumat untuk pelajar tahun empat, lima dan enam dari 2004 hingga 2006.
Ekoran kejadian tersebut, guru tersebut telah ditukarkan ke sekolah lain
walhal langkah itu bertentangan dengan peraturan pekeliling perkhidmatan
Kementerian Pelajaran. Dia sepatutnya ditahan kerja selama dua bulan mengikut
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Tatatertib 1993 sementara
menunggu keputusan siasatan yang dilakukan ke atasnya berhubung kes
berkenaan.
Dengan rekod perkhidmatan yang baik, ianya menjadi persoalan tentang
punca sebenar guru tersebut bertindak sedemikian. Guru tersebut telah
diarahkan menjalani sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca sebenar yang
membawa kepada guru itu bertindak sedemikian rupa.
3.0 Kod Etika Keguruan
Perkara pertama yang menjadi isu dalam kes ini ialah guru tersebut telah
melanggar kod etika keguruan. Apa itu etika? Perkataan etika berasal daripada
bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu
cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia
diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan,
bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan
falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk.
Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup
manusia.
Dari sudut Islam, etika diasaskan oleh tiga perkara berikut :

Dalam buku Siri Pengajian Profesional : Asas Kepimpinan & Perkembangan


Profesional oleh Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon telah
menyatakan Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan
menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian
sebagai guru. Maka, etika perguruan diwujudkan bagi menjadi garis panduan
kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian dengan mengamalkan tingkah
laku positif dan menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
yang ada bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang.
Antara kod etika yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan ialah :-

Sumber : http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruanmalaysia.html

Dalam konteks isu bertajuk Guru pukul pelajar dengan kasut diberi
kaunseling ini, guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di
mana dia merupakan seorang guru cemerlang dan telah berjaya meningkatkan
prestasi murid dalam matapelajarannya. Akan tetapi, guru tersebut gagal
mengamalkan tingkah laku positif dimana dia gagal mengawal kemarahannya
sehingga

menyebabkan

insiden

memukul

pelajar

sehingga

mengalami

kecederaan yang teruk. Di sini dapat dilihat guru tersebut gagal mengamalkan
sifat sabar dan berfikiran rasional. Ianya memberi impak yang besar terhadap
profesion perguruan di mana insiden seperti ini akan memberi tanggapan buruk
kepada golongan guru serta kepercayaan masyarakat kepada guru akan
tergugat. Akauntabiliti seorang guru akan tercemar.
Sebagai seorang guru yang professional, sepatutnya berupaya membuat
keputusan pertimbangan berdasarkan dengan pemikiran yang rasional dan tidak

membiarkan perasaan mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Guru yang


beretika dinilai melalui tingkah laku yang bermoral dan mengamalkan nilai-nilai
murni serta mengamalkan ilmu keguruan yang

telah dipelajari dalam

melaksanankan tugasan hariannya dalam mendidik.


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Mlaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Niat yang betul


Perlakuan yang baik
Penggerak kea rah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
(S. Ismail & A. Subki, 2010)

Justeru, seorang guru yang beretika perlu menjaga aspek amalan


profesionalnya serta menjaga tingkah laku dalam mendidik modal insan. Bukan
sekadar dapat meningkatkan prestasi dan mencapai tahap perkhidmatan
cemerlang dan mengabaikan amalan professional. Ianya penting dalam
mencapai sistem pendidikan bertaraf dunia di mana pendidik adalah tunjang
utama.
4.0 Akauntabiliti Guru
Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji,konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan
tersebut.Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu
keputusanyang telah diambil(S. Ismail & A. Subki, 2010).

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan


dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan.Akauntabiliti atau tanggungjawabseorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diriguru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti seorang guru terbahagi kepada empat, iaitu :-

(S. Ismail & A. Subki, 2010)

Seorang guru terhadap muridnya haruslah menjalankan tugasnya dengan


penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Disamping itu, guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan
dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Dalam konteks isu yang diketengahkan, guru tersebut telah mengabaikan
akauntabiliti terhadap muridnya di mana dia telah mengabaikan kebajikan dan
keselamatan muridnya. Hal demikian adalah suatu yang tidak boleh diketepikan
oleh seorang guru yang diberi tanggungjwab mendidik muridnya. Wujudnya
akauntabiliti supaya guru dapat menilai keputusan, tindakan dan kesan yang
diambil sebelum ianya dilaksanakan. Guru yang baik dapat menilai langkahnya
dan tidak akan menggunakan kekasaran sebagai satu jalan untuk mendisiplinkan
pelajar kerana implikasi yang bakal diterima membawa banyak kesan negatif
daripada

positif. Guru yang

berakauntabiliti merasakan

wujudnya

rasa

tanggungjawab dalam melaksanakan suatu tugas yang diamanahkan kepada


dirinya dengan cara yang terbaik dan menepati piawaian yang telah ditetapkan

dan seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil


olehnya.
Seorang guru yangbertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajarpelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik,
sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarangbayaran atau hadiah
daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiahkepada
murid-muridnya

untuk

menggalakkan

mereka

berminat

terhadap

prosespembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian


kemas, berbudi bahasadan bersopan santun semasa bertugas harus juga di
amalkan supaya murid memperolehimodel yang baik.
Merujuk kepada isu yang dibincangkan, adakah guru tersebut mempamerkan
ciri-ciri seorang guru yang boleh dijadikan model teladan? Sifat melulu dan tidak
dapat mengawal perasaan serta tidak rasional dalam tindakan menunjukkan
bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap muridnya. Akibat
dari mengabaikan akauntabiliti, insiden yang mencemarkan profesion keguruan
seperti ini boleh berlaku. Ianya satu insiden yang serius sehingga menyebabkan
kecederaan fizikal dan mungkin boleh menjejaskan kesihatan mental pelajar jika
pelajar tersebut mengalami trauma. Jika pelajar tersebut mengalami trauma,
kemungkinan pelajar tersebut takut untuk ke sekolah kerana takut dipukul. Murid
tersebut boleh jadi tidak bermotivasi untuk belajar ketika berada di sekolah dan
persepsi murid itu terhadap guru telah berubah. Demikian adalah implikasiimplikasi yang mungkin terjadi kesan daripada insiden ini. ianya berpunca dari
guru yang tidak mengamalkan akauntabiliti terhadap muridnya.
Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati
olehpelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru
supaya mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak di hormati lagi oleh
anak muridnya.
Seorang guru juga perlu mengamalkan akauntabiliti terhadap dirinya sendiri.
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di


kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggutugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan

dengan

perbelanjaan.

Ini

adalah

kerana

jika

gurugagal

menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang


bolehmenjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkanmelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi danaktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.
Justeru, guru yang mengamalkan akauntabiliti terhadap diri sendiri akan
menjaga kesihatan mental dan fizikal serta mengamalkan cara hidup yang sihat.
Ianya memastikan kecergasan fizikal dan kompetensi emosi yang stabil dapat
dikekalkan pada tahap yang optimum. Ianya diperlukan oleh seorang yang
bergelar guru dalam menghadapi tekanan kerja sebagai seorang guru.
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.
Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa
menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka
supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa.
Perkara inilah yang menjadi asas kepada akauntabiliti guru terhadap ibu bapa.
Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan
wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta
menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Utamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing
mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.

Dengan

pelaksanaan

Akta

Pendidikan

1996,

Perintah

Pendidikan

( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk


menjalankan kewajipan berikut:

Guru sebagai seorang yang memegang amanah ibu bapa murid supaya
mendidik dan membentuk peribadi murid menjadi modal insan yang cemerlang
perlulah memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Dalam
konteks isu yang dibincangkan, dapat dilihat bahawa guru tersebut telah gagal
untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya. Ianya menunjukkan
bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapa
muridnya. Kepercayaan ibu bapa kepada guru adalah suatu yang perlu dijaga
dan menjadi tanggungjawab guru supaya ianya terpelihara dan kekal teguh.
Akan tetapi insiden seperti ini akan menyebabkan hilangnya kepercayaan ibu
bapa kepada guru dan seterusnya akan mempengaruhi pihak sekolah. Perkara
ini akan mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru yang tidak diberi
kepercayaan penuh dan sentiasa dihujani prasangka akan tidak dapat
berkhidmat dengan baik kerana perasaan takut dan tidak selesa dalam
melaksanakan tugas atas sebab tekanan dari pihak ibu bapa. Oleh itu, amatt
penting bagi guru menjaga akauntabiliti terhadap ibu bapa kerana mereka

meletakkan harapan penuh kepada guru bagi mendidik anak yang merupakan
suatu yang paling berharga bagi mereka.
5.0 Kesimpulan
Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. bagi mencapai standard
itu, seorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika
perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan
membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika
perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, betatasusila
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya. Ianya
juga

dapat

membendung

guru

daripada

insiden-insiden

yang

bakal

menghancurkan kariernya sendiri.


Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita
memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru
perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil,
akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset besar yang
dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang merupakan
seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal menentukan
masa depan negara. Adakah kita sebagai seorang bakal guru sedar akan
perkara ini?
Insiden seperti guru memukul murid sepatutnya tidak berlaku jika guru
mendalami erti sebenar profesion sebagai seorang guru. Justeru, profesion
perguruan bukanlah suatu yang mudah atau remeh. Seorang guru perlu
mengambil serius tentang setiap aspek dalam bidang keguruan ini. ianya
termasuklah aspek etika dan akauntabiliti, ianya bagi menjamin nama baik
bidang keguruan di mata masyarakat kekal utuh serta memperkembangkannya
bagi mencapai standard system pendidikan bertaraf dunia seperti yang
diaspirasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi