Vous êtes sur la page 1sur 3

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2013

SEMPENA SAMBUTAN HARI FALAK (ASTRONOMY DAY) 2013

A. PERATURAN UMUM
1.

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah seluruh negeri Melaka

2.

Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang (3) pelajar dan diiringi oleh seorang (1)
guru pengiring sahaja.

3.

Pertandingan ini terbahagi kepada kategori Payung Terjun (Parachute) serta


menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter.

4.

Setiap pasukan perlu membina model roket air mengikut bilangan seperti berikut:
Payung Terjun (Parachute) dua (2) model roket

5.

Setiap pasukan perlu membina roket air tersebut di sekolah masingmasing dan
dibawa semasa hari pertandingan diadakan iaitu pada 18 Mei 2013 bersamaan hari
Sabtu pada pukul 7.30 pagi.

6.

Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara
sahaja.

7.

Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang
disediakan oleh pihak penganjur sahaja.

8.

Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
tanpa notis awal.

9.

Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.

10.

Pihak urusetia tidak bertanggugjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan


oleh kecuaian peserta dan guru.

B. SYARATSYARAT
Kategori Payung Terjun (Parachute)
1.

Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung
terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2.

Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila
rujuk lampiran Komponen Utama Roket Air.

3.

Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.

4.

Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan
tekanan udara.

5.

Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.

6.

Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.

7.

Masa akan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga ianya:
I.
II.

Jatuh ke permukaan tanah; atau


Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau

III.

Hilang daripada pandangan para hakim; atau

IV.

Berada di udara melebihi 15 minit.

8.

Roket air tersebut akan dilancarkan tegak (90) ke udara.

9.

Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dengan hanya menggunakan
bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.

LAMPIRAN KOMPONEN UTAMA ROKET AIR (CONTOH)