Vous êtes sur la page 1sur 1

Soalan 2 : Apakah kesan masalah bahasa terhadap pencapaian akademik.

Menururt Wallach dan Butler, 1984, kanak- kanak yang mempunyai risiko
yang tinggi untuk gagal dalam akademik. Kanak- kanak yang tidak mempunyai
kemahiran bertutur/ lisan akan mengalami kesukaran untuk belajar membaca
dan menulis. Maknanya di sini, apabila kanak- kanak mempunyai masalah untuk
menguasai bahasa maka mereka juga akan mengalami masalah untuk
membaca dan belajar. Di sini kita dapat melihat di mana masalah bahasa
menjadi punca kepada kegagalan pelajar berkeperluan khas dalam bidang
akademik mereka. Ini kerana kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam proses
P & P.
Selain itu kanak- kanak dengan masalah bahasa mempunyai masalah
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana walaupun mereka mempunyai
pengalaman namun mereka tidak mampu untuk menghuraikan pengalaman
mereka dalam bentuk lisan ataupun betulis sehingga menyukarkan mereka untuk
membuat karangan.
Menurut Simon, 1979, masalah ini akan meningkat dalam mata pelajaran
Matematik terutamanya soalan- soalan yang melibatkan penyelesaian masalah
dalam bentuk cerita. Maksud kenyataan Simon ini adalah kanak- kanak masalah
bahasa ini mempunyai masalah untuk memikirkan sesuatu yang terlalu kompleks
dan sukar difahami untuk peringkat kebolehan mereka. Ini akan menimbulkan
masalah dalam mata pelajaran matematik dan boleh mempengaruhi pencapaian
dalam akademik.

Vous aimerez peut-être aussi