Vous êtes sur la page 1sur 4

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid


Tahun 4 untuk meningkatkan penguasaaan dalam kemahiran
menulis perkataan jawi. Penyelidikan ini menggunakan Model
Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart. 3 orang responden telah
dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan dalam
kalangan murid di sebuah sekolah di Miri. Kajian ini memfokuskan
penggunaan kaedah Plus Minus dalam meningkatkan kemahiran
membaca jawi dan menulis perkataan-perkataan jawi responden
yang terpilih. Data yang dikumpul melalui lembaran latihan,
pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis secara
analisis dokumen dan analisis pola.

KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

ABSTRAK

ABSTRACT

ii

KANDUNGAN
1.0

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
4
2.0 FOKUS KAJIAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
3.2 Soalan Kajian
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Prosedur Tindakan
5.2 Cara Mengumpul Data
5.3 Cara Menganalisis Data
5.4 Pelaksanaan Tindakan
6.0 Anggaran Kos
17
RUJUKAN
LAMPIRAN

135-6
7
8-9
10-16

18

1.0 PENDAHULUAN
Tulisan jawi merupakan tulisan yang diwarisi dari zaman ke
zaman. Ia telah digunakan dalam urusan-urusan rasmi negara
Islam

seperti

Tanah

Melayu(Malaysia),

Brunei,

Thailand

dan

Indonesia. Contohnya perjanjian antara pihak-pihak Raja Tanah


Melayu dan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Menurut Amat Juhairi Moain (1996) perkataan Jawi berasal
daripada perkataan arab Jawah dan apabila ditukarkan kepada kata
adjektif ia menjadi Jawi. Ibn Batutah (1964) pula menggunakan alJawah bagi merujuk Nusantara. Perkataan Jawi pula adalah merujuk
kepada penduduk-penduduknya.
Sejarah tulisan jawi seiring dengan perkembangan agama
Islam di Tanah Melayu. Menurut Professor Dr Abdul Jalil bin Borham
(1988), pendidikan Islam yang pertama adalah berbentuk mengajar
al-quran dan pembelajarannya dimulakan dengan mengenal hurufhuruf. Bagi memudahkan penyebaran ilmu Islam, suatu tulisan
huruf telah dicipta yang menyerupai tulisan arab yang dikenali
sebagai tulisan Jawi.
Hasilnya, tulisan jawi telah berkembang fungsinya kepada
urusan-urusan

rasmi

seperti

surat

menyurat,

perundangan,

malahan dalam penulisan buku seperti Sulatus Salatin yang


dikarang oleh orang Melayu juga ditulis dalam tulisan Jawi.
Ini menunjukkan kebolehan tulisan jawi bukan sahaja dalam
urusan agama malahan ia juga mampu untuk berkembang untuk

digunakan di dalam karya-karya malahan urusan-urusan rasmi


negara.

Vous aimerez peut-être aussi